Pameran di Dalamnya
Di dalam Masjid ini juga ada dipamerkan beberapa khazanah-khazanah tinggalan Islam dan juga Kristian (yang aku tak tahu apa-apa tentangnya sebab tak faham Spanish). Inilah antara bahan-bahan pameran tersebut.Batu bersurat agaknya
Teknik Pencahayaan Dalaman
Pencahayaan dalaman masjid yang dilihat hari ini adalah lebih malap jika dibandingkan dengan keadaan masjid sebelum ia ditawan Kristian. Masjid yang asal mempunyai bukaan pada gerbang-gerbangnya. Oleh itu, cahaya matahari dapat menembusi bahagian dalam Masjid Cordoba. Cuma bahagian pusat masjid ini yang tidak mendapat cahaya matahari.Namun bila Kristian datang, mereka telah menutup bukaan-bukaan tersebut. Tujuannya adalah sebagai backdrop untuk gereja-gereja kecil di dalam masjid ini. Gereja-gereja kecil itu diwujudkan sebagai satu dedikasi kepada 'wali-wali' Kristian yang mereka hormati.
Perkarangan Luar
Bercerita tentang bahagian luarnya, terdapat banyak pokok-pokok oren yang ditanam untuk membina satu lanskap yang menarik. Lanskap taman di hadapan pintu masuk Masjid Cordoba memiliki lantai yang disusun dari batu-batu kecil.Lantai yang dibina dari susunan rawak batu-batu kecil.
Sebuah paip air yang tidak diketahui usianya.
Tempat Lain
Ada lagi beberapa kawasan-kawasan lain yang boleh dilawati di sekitar masjid tersebut. Tapi, kena bayar! Aku bernasib baik sebab sampai di Masjid Cordoba awal pagi (dalam pukul 8 pagi). Kalau lambat sikit, mesti kena bayar. Selamat...hehe.. (masuk masjid pun nak kena bayar ke?)Tempat-tempat lain tu sebenarnya macam muzium dan taman. Semua aku tak masuk. Ni semua gara-gara malas nak bayar. Tapi rasanya, masuk Masjid Cordoba sahaja pun dah cukup.
Beberapa Gambar
Beberapa gambar menjadi penutup entri kali ini.Bahagian siling
Tulisan yang terdapat di pintu masuk masjid
Antara pintu masuk Masjid Cordoba yang dikunci.
Aku rasa itu pintu.
Sebuah taman mini.
Tujuan ia dibina tidak dapat difahami (masalah bahasa lagi). Cuma 2 ukiran tangan itu mewakili tangan lelaki dan perempuan.
Binaan tu bukan masjid Cordoba. Aku pun tak pasti apa di dalamnya sebab tak masuk. Tapi rasanya ada taman.
0 Komen • Tambah Komen↴
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.