Back to home page

Tweet-tweet

    Tentang Blog Ini

    ...lebih bersifat komentar tentang isu sosial. Blog ini jarang ada entri baru. Ada masa, aku tulis. Tak cukup masa, aku tak tulis.
    Oleh Tawel Sensei • Hubungi

    Hembusan boleh dilanggan secara
    e-mel atau pun RSS. (?)


    Rugi Lagi?

    16 November 2005 • 3 Komen
    Kenapa syarikat-syarikat Malaysia asyik rugi? Sekarang ni MAS pula. Saya tidak ikut sangat perkembangan jatuh bangun syarikat MAS ini. Tetapi selalu yang ditempiakkan di media massa adalah rugi memanjang.

    Bila membaca berita ini, saya memandang poster MAS yang terlekat di bilik saya. Saya dapat poster tersebut dari majalah TIMES. Besar poster tu. Mesti banyak MAS bayar untuk iklan tersebut. Pada poster tersebut tertulis:
    Complemented by an in-flight service that has been voted as the World's best for 4 consecutive years.*

    Tertanya-tanya saya. Bagaimana 'The World's Best' boleh rugi besar?

    Dalam kedua-dua kes ini, ada satu idea penyelesaian sama yang saya dengar: Kerugian akan 'dipindahkan' kepada para pekerja.

    Ish, ish...mana patut. Gaji para pekerja bukanlah besar sangat. Harga barang makin naik. Patutlah para pekerja pun tak setuju. Saya yang bukan ahli pekerja di Bank Islam dan MAS pun terasa idea itu sangat 'terdesak'.

    Para pekerja jawab: "Sepatutnya pihak pengurusanlah yang perlu bertanggungjawab." Betul juga. Apa kena-mengena pekerja MAS yang jaga kaunter check-in dengan kerugian syarikat? Ada terbaca komentar Jeff Ooi. Katanya, lukisan bernilai RM1 juta, boleh dijumpai terpampang di dinding pejabat pengerusi syarikat yang sedang tenat itu! Betul atau tidak, tanyalah Jeff Ooi. Mungkin ini satu khabar angin sahaja.

    Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Hilmi Yahya dalam The STAR:
    It was public knowledge that FOOD was being supplied to MAS at a high cost. They should look into this. I have asked MAS to take a re look at the contract to ensure they are being reasonably charged.
    Bila terbaca kenyataan ini, teringat pula apa yang saya baca dalam Ensiklopedia Ripley's Believe It or Not:
    American Airlines saved an estimated $40,000 (RM152,000) in 1987 by removing one olive from each salad served with first-class meals.
    Mungkin MAS memang patut menyemak semula menu makanan yang dihidangkan di dalam pesawat. Apa pun, rugi tetap rugi. Nasi sudah menjadi bubur.
    ---

    *Skytrak Global Survey UK 2001, 2002, 2003, and 2004
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    When Feeling Down...

    14 November 2005 • 0 Komen
    I just copied and pasted this time. It was grabbed from a friend of mine in which I met him several months ago in UK. It was a great short article indeed, especially for the seeker of knowledge. I hope he would not mind as I haven't got a consent from him yet =).

    I think al-Fatrah crush me down quite often. I beg you to make a du'a for Anak Alam, for me, and for the rest. I'll always need it.


    Photo from AerosolArabic.com

    The article starts here:

    al-Fatrah in our religion means different things. One is 'the period of intermission' experienced by the Prophet s.a.w. when the revelation of al-Qur'an was stopped for a while. It was distressing for him especially when the non-believers started making jokes about it. But he s.a.w. showed patient and Allah finally sent down surah ad-Dhuha to end the period, in which one of the verses calmed him down, by saying which means, 'Your Lord has not forsaken you, nor is He displeased with you,' and that caused great joy in the life of the Prophet s.a.w.

    The second meaning of al-Fatrah refers to the group of people (Ahl al-fatrah) who lived in between the time of revelations, and also to people to whom revelation has not reached them.

    Alhamdulillah, I have witnessed Sidi Abdul Aziz explained about the third meaning in at least two occasions. He said al-fatrah also denotes the interval between a strong state of iman and the weaker state of iman. And he said that student of knowledge will be acutely aware of its coming, and their hearts will feel the pain of not being able to do their maximum wird during it. He said also, a real student of knowledge will understand that a state of fatrah is natural for a human, and he will prepare for it by setting up his personal set of minimum wird, which he will persevere upon regardless of what, and maximum wird which he will strive upon once the state of fatrah passes away.

    Imam al-Haddad commented in his Risalah al-Muawanah, 'Beware of leaving a wird for fear of not being able to persevere in it, for this is foolishness. You should not do, in each period of time, whatever happens to suit your energy and free time; on the contrary, you should have a minimum that you perform, which you can add to whenever you feel energetic, but never fall below when you feel lazy.'

    Among a quick cure for this state of fatrah is by staying near to a righteous man and love him as much as one can, because good company adds up to one's strength and encourages one to do more.

    Seeking and longing for the companionship with good people with the intention to rejuvenate one's desire and drive for worship is not wrong, in fact a worthy deed that must be sought after, and those who says otherwise is a fool. Reflect upon this hadith which means:

    Umar ibn al-Khattab related that the Messenger of Allah said: 'Among the servants of Allah are individuals who, though they are neither prophets nor martyrs, are envied by the prophets and martyrs for their rank with Allah on the Last Day.' A man asked 'Umar, 'Who are they and what are their deeds that we may love them?' He said, 'People who love each other by the ruh of Allah without being related by blood and without sharing wealth between them, by Allah, their faces have light, and they are on minbars of light without fear when others are afraid and without sadness when others are sad.' Then he read from the Qur'an: 'Surely for the Awliya of Allah there is no fear upon them nor are they sad.' Ya Salam!

    When feeling down (al-fatrah) , let's look at them, listen to the lovers and may the One loved by the lovers love us in return, and return us to our state of obedience, amin.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Bidaah dan Wahabbisma

    06 November 2005 • 8 Komen
    Pagi-pagi raya lagi ada seorang kawan saya berbangsa Pakistan bersalaman dan berpelukan dengan saya. "Eid Mubarak and May Allah accept our good deeds", katanya.

    Gambar masjid di pagi raya.
    Eid Mubarak!

    Tapi, saya tiba-tiba rasa tak puas hati dengan dia. Waktu itu tangan saya sedang memegang kamera. Dia bertanya, "What's this?". Saya cakap dalam hati, "Aik? Takkan tak tahu ni apa."

    Saya jawab, "This is camera." Kawan saya itu tidak berkata apa-apa selepas itu. Dia kemudian bersalaman dengan rakan-rakan saya yang lain. Sesudah itu, dia berkata dengan saya lagi, "This is haraam", sambil jarinya menunjuk kepada kamera saya.

    Saya berkata, "What haraam?" Dan dia tidak menjawab apa-apa selepas itu.

    Kes Lain

    Ada seorang Brother yang lain pula. Dia cakap pada saya, dia tak suka tengok orang berdoa sambil menadah tangan. Dia kata bidaah. Saya tak membalas kata-katanya. Malas nak bertelagah perkara-perkara kecil.

    Dalam hati saya, "Ada hadith yang membuktikan Nabi SAW menadah tangan ketika berdoa."

    Wahhabisma

    Ini topik berat kalau nak tulis. Dan saya bukannya pakar dalam hal-hal ini. InsyaAllah akan saya tulis sesuatu tentang hal ini dengan merujuk tulisan Sheikh Nuh Ha Mim Keller. Tapi kes-kes yang saya ketengahkan dalam entri ini berakar umbi dari pengaruh Wahabbisma.

    Maaf kalau anda yang membaca ini cenderung kepada fahaman Wahabbi. Maaf Zahir Batin.

    Gambar kawan baca al-Quran.
    Perbanyakkan juga membaca dan memahami isi Al-Quran walaupun Ramadhan sudah berlalu. Gambar diambil ketika Majlis Tadaruus Al-Quran di Malaysia Hall Dublin.

    ---

    NB

    1) Golongan Wahabbi (yang kini dipanggil Salafi) memandang seni fotografi dan gambar adalah haram, berdasarkan fatwa Allahyarham Sheikh al-Albani yang juga merupakan sahabat Sheikh Yusuf Qardawi. Sheikh Yusuf Qardawi pula mengatakan fotografi dan gambar tidak haram.

    Sebenarnya banyak lagi isu yang menyebabkan golongan Wahabbi tidak berpuas hati dengan Sheikh Yusuf Qardawi kerana fatwa-fatwanya yang nampak kurang tegas. Ada yang memang benci dengan beliau, tetapi ramai juga yang masih hormat kepadanya.

    2) Kes berdoa tak tadah tangan pula. Bagi saya, kawan saya itu mungkin terlepas satu hadith:
    Dari Ibnu Abbas ra katanya: "Rasulullah saw bersabda: ...mintalah kepada Allah dengan (menadah) tapak tangan kamu dan jangan kamu meminta kepadaNya dengan belakang (tangan kamu). Apabila selesai hendaklah sapu muka kamu dengannya (tangan)." (Hadith Riwayat Abu Daud)

    Sejak duduk sini, dah macam-maca isu saya jumpa yang ditimbulkan oleh golongan Wahabbi. Dari sebesar-besar isu (seperti tawassul) sampailah sekecil-kecil isu (seperti cara-cara solat).

    Bila diterangkan mengapa kami buat begitu, mereka menjawab (antara jawapan-jawapan lazim):
    1) Just follow the Quran and Sahih Bukhari and Muslim.
    2) We don't follow mazhab. We are Salafi.
    3) Imam Shafi'i is a normal human. He is not entirely correct. Quran and sahih hadiths are definitely correct.
    4) No, no..you are wrong. You must follow our way.
    5) There is no democracy in religion.

    Saya ingin menulis tentang ini. Kadang-kadang orang kita pun ada juga yang seperti ini. Ada jiran saya kata: Saya kalau sentuh suami, tak batal wudhuk.

    Ya, memang betul. Itu mazhab lain. Tak salah. Tapi kenapa kita nak pening-pening kepala ikut mazhab lain. Apakah kamu fikir Imam Shafi'i salah? Apakah kamu bilang kita ini hanya bertaklid buta dengan mengikut sahaja segala apa yang diperkatakan oleh ulama-ulama dari mazhab Shafi'i. Apakah kamu fikir bermazhab itu tidak penting?

    Saya rasa adalah tanggungjawab yang besar bagi saya dan kita semua bagi menerangkan ini semua. Saya rasa hal ini bertambah-tambah penting bila kakak saya bertanya kepada ibu saya:
    Kenapa diorang buat lain-lain ye mak masa solat? Habis tu diorang tu umat Nabi Muhammad ke tak mak?

    Apakah kalian nampak betapa besarnya isu dalam soalan yang agak ringkas itu?
    ¶ Teruskan membaca entri ini »