Eid Mubarak!
Tapi, saya tiba-tiba rasa tak puas hati dengan dia. Waktu itu tangan saya sedang memegang kamera. Dia bertanya, "What's this?". Saya cakap dalam hati, "Aik? Takkan tak tahu ni apa."
Saya jawab, "This is camera." Kawan saya itu tidak berkata apa-apa selepas itu. Dia kemudian bersalaman dengan rakan-rakan saya yang lain. Sesudah itu, dia berkata dengan saya lagi, "This is haraam", sambil jarinya menunjuk kepada kamera saya.
Saya berkata, "What haraam?" Dan dia tidak menjawab apa-apa selepas itu.
Kes Lain
Ada seorang Brother yang lain pula. Dia cakap pada saya, dia tak suka tengok orang berdoa sambil menadah tangan. Dia kata bidaah. Saya tak membalas kata-katanya. Malas nak bertelagah perkara-perkara kecil.Dalam hati saya, "Ada hadith yang membuktikan Nabi SAW menadah tangan ketika berdoa."
Wahhabisma
Ini topik berat kalau nak tulis. Dan saya bukannya pakar dalam hal-hal ini. InsyaAllah akan saya tulis sesuatu tentang hal ini dengan merujuk tulisan Sheikh Nuh Ha Mim Keller. Tapi kes-kes yang saya ketengahkan dalam entri ini berakar umbi dari pengaruh Wahabbisma.Maaf kalau anda yang membaca ini cenderung kepada fahaman Wahabbi. Maaf Zahir Batin.
Perbanyakkan juga membaca dan memahami isi Al-Quran walaupun Ramadhan sudah berlalu. Gambar diambil ketika Majlis Tadaruus Al-Quran di Malaysia Hall Dublin.
---
NB
1) Golongan Wahabbi (yang kini dipanggil Salafi) memandang seni fotografi dan gambar adalah haram, berdasarkan fatwa Allahyarham Sheikh al-Albani yang juga merupakan sahabat Sheikh Yusuf Qardawi. Sheikh Yusuf Qardawi pula mengatakan fotografi dan gambar tidak haram.Sebenarnya banyak lagi isu yang menyebabkan golongan Wahabbi tidak berpuas hati dengan Sheikh Yusuf Qardawi kerana fatwa-fatwanya yang nampak kurang tegas. Ada yang memang benci dengan beliau, tetapi ramai juga yang masih hormat kepadanya.
2) Kes berdoa tak tadah tangan pula. Bagi saya, kawan saya itu mungkin terlepas satu hadith:
Dari Ibnu Abbas ra katanya: "Rasulullah saw bersabda: ...mintalah kepada Allah dengan (menadah) tapak tangan kamu dan jangan kamu meminta kepadaNya dengan belakang (tangan kamu). Apabila selesai hendaklah sapu muka kamu dengannya (tangan)." (Hadith Riwayat Abu Daud)
Sejak duduk sini, dah macam-maca isu saya jumpa yang ditimbulkan oleh golongan Wahabbi. Dari sebesar-besar isu (seperti tawassul) sampailah sekecil-kecil isu (seperti cara-cara solat).
Bila diterangkan mengapa kami buat begitu, mereka menjawab (antara jawapan-jawapan lazim):
1) Just follow the Quran and Sahih Bukhari and Muslim.
2) We don't follow mazhab. We are Salafi.
3) Imam Shafi'i is a normal human. He is not entirely correct. Quran and sahih hadiths are definitely correct.
4) No, no..you are wrong. You must follow our way.
5) There is no democracy in religion.
Saya ingin menulis tentang ini. Kadang-kadang orang kita pun ada juga yang seperti ini. Ada jiran saya kata: Saya kalau sentuh suami, tak batal wudhuk.
Ya, memang betul. Itu mazhab lain. Tak salah. Tapi kenapa kita nak pening-pening kepala ikut mazhab lain. Apakah kamu fikir Imam Shafi'i salah? Apakah kamu bilang kita ini hanya bertaklid buta dengan mengikut sahaja segala apa yang diperkatakan oleh ulama-ulama dari mazhab Shafi'i. Apakah kamu fikir bermazhab itu tidak penting?
Saya rasa adalah tanggungjawab yang besar bagi saya dan kita semua bagi menerangkan ini semua. Saya rasa hal ini bertambah-tambah penting bila kakak saya bertanya kepada ibu saya:
Kenapa diorang buat lain-lain ye mak masa solat? Habis tu diorang tu umat Nabi Muhammad ke tak mak?
Apakah kalian nampak betapa besarnya isu dalam soalan yang agak ringkas itu?
¶ Teruskan membaca entri ini »





