Back to home page

Utusan Kantoi Lagi: Edisi Mayat Suci

11 Februari 2012 • 14 Komen Cetak Chenta!

Masih ingat lagi bagaimana tidak lama dahulu Utusan pernah kantoi padamkan logo Barisan Nasional pada sebuah payung?

Kali ini kisahnya lebih kurang sama; bezanya, benda yang tidak ada, telah diada-adakan. Selalunya teknik jurnalisme murahan seperti ini digunakan oleh akhbar tabloid sahaja. Tapi entah bagaimana, akhbar teras pemikiran Melayu ini turut terkena perciknya.

Perhatikan artikel bertajuk "Jenazah wanita masih utuh, berbau wangi".



Berita luar negara ini adalah cuplikan dari Okezone.com. Dan jika anda pergi ke sumber asal artikel ini di sana, ini sahaja yang anda dapat lihat:



Maka dari mana pula datangnya gambar mayat dalam artikel cap Utusan itu?

Pada mulanya, saya terkejut juga melihat gambar mayat "yang masih utuh dan wangi" itu. Ini kerana saya 100% yakin pernah melihat gambar ini dalam sebuah buku (yang tidaklah pula saya ingat tajuknya). Maka masakan pula boleh gambar itu adalah gambar mayat wanita tersebut.

Dan apabila menyedari tiada gambar mayat tersebut di artikel asal, maka sahihlah Utusan sudah tokok tambah berita. Mungkin untuk menyedap berita dan menambah sensasi. Tapi kalau iya pun, letaklah kenyataan "Gambar sekadar hiasan".

Tapi juga, kalau pun gambar itu sekadar hiasan semata-mata, yang paling tak boleh tahan, macam mana Utusan boleh letak gambar mayat firaun sebagai gambar hiasan untuk artikel tersebut?



14 Komen Tambah Komen↴

adoyai..apelah ade pade firaun tu...

lol..
Utusan pon dah nak jadi tabloid ke??

lawak plak tgk depa ni kan? camna la depa ni. kot ye pn takyah la wat macam tu kan? adoiyaiiiii

mungkin da abis idea ape nak dilaporkn...

Dah lama tak baca utusan...

D

link kan semua kebodohan utusan ni pada cheif editornya...

Ada caption sekali dengan gambar tu...

ps: Tak perasan pun gambar tu bukan yang sebenar.

@beliamuda Nampaknya Utusan dah buang artikel tu. lol.

Ya, memang pernah nampak gambar itu dalam artikel lain, mumia Firaun.

p/s: mungkin benar Utusan terlupa letak *gambar hiasan*

AKU SEJAK SURAT KHABAR UTUSA JADI SURAT KHABAR UMNO....SAMPAI LA NI TAK PENAH BELI

Tanpa Nama

harap utusan terus lenyap dari muka bumi..hahaha

Tanpa Nama

tawel..
artikel tu masih ada, bukan dibuang tapi dipindahkan...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0211&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_paraoh.htm&arc=hive

sebelum membaca berita ini, saya bukan sahaja meragui gambar itu, tetapi turut meragui kesahihan berita itu.

Terima kasih Zahid atas info. Tapi pelik. Cuba tengok URL dia. Ada perkataan "paraoh". Firaun la tu.

assalamu'alaikum tawel.. bila mau menulis lagi ? dah 2 tahun lebih menghilang..

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.