Back to home page

Harga Besar dan Kecil

05 Julai 2011 • 15 Komen Cetak Chenta!
Selalunya kalau makin besar saiz sesuatu barang yang dibeli, biasanya akan murah sedikit harganya. Di antara Milo seberat 500 gm dan 2 kg, selalunya 2 kg itulah yang lebih murah.

Tapi saya sudah sekian lama perasan yang kekadang sifir beli barang seperti ini tidak semestinya betul. Contohnya baru-baru ini, saya membeli sabun basuh cap Bio Zip. Perhatikan harganya seperti yang tertera dalam gambar di bawah:



Secara spontan selalunya kita akan bertanggapan Bio Zip 4 kg adalah lebih murah dari jenis 2.5 kg. Namun, mari kita bandingkan harganya per kilogram.
Jika 4 kg = RM 15.49, maka 1 kg = 15.49/4 = RM 3.8725

Jika 2.5kg = RM 8.49, maka 1 kg = RM8.49/2.5 = RM 3.3960

Lalu ini bermaksud, Bio Zip 2.5 kg adalah lebih murah sebanyak RM 0.4765 per kilogram. Kalau 4 kg, anda sudah kerugian RM 1.906.

Tapi masalahnya kalau saya belikan barang untuk orang, mesti mereka akan tanya, "Kenapa tak beli yang lagi besar? Kan lagi jimat?" Bila saya cakap yang kecil ini lagi jimat, mereka semacam tak percaya.

Ah sudah. Saya nak selamatkan duit mereka, tapi saya pula terkena balik.
---

Nota Kaki: Kadang-kadang juga, bila saya buat perbandingan harga, dan saya dapati saiz yang lebih besar cuma jimat dalam beberapa puluh sen sahaja, dan saiz yang kecil pula ada hadiah percuma, saya pilih yang kecil.

15 Komen Tambah Komen↴

Wah, pemerhatian yang baik... :-)

wow, saya tak pernah perhatikan benda-benda macam ni..thank you ye.

huhu..
lepas ni kene kira dlu harga sebelum beli suatu barangan... ;)

As salam...
Persepsi - harga murah bila saiz besar, nampaknya di manipulasikan oleh syarikat pengeluar jenama tersebut / penjual. Ramai yang tak perasan sebenarnya, termasuk kak su. Tapi hubby perasan ttg isu ni. So, kiranya selamat jugaklah dari 'terkena'.

@Suara, Hubby Kak Su jenis macam saya juga rupanya. :)

TQ juga kepada para pengomen lain yang masih juga datang walaupun blog ni dah berbulan menyepi :)

Dunia ini penuh dengan tipu daya dan yang menipu adalah manusia....

tak pernah terfikir nak kira..tpi betul juga...

Mereka sentiasa perbaharui strategi pemasaran. Peluang terbuka bagi pengguna yang lalai. Setelah mereka didik pengguna bahawa beli yang besar lebih jimat, sekali-sekala mereka kenakan pengguna dengan beli yang besar lebih mahal. Dalam masa yang sama, mereka tidak berhenti dari memerhati tindak-tanduk pengguna.

Bila tengok saudara Tawel aktif di Twitter, jenguk blog sekejap. Oh, rupa-rupanya ada post baru.

@Ramadhan Awang, aktif di Twitter ni macam makan kacang goreng. Saya nak tulis blog ni, macam nak masak rendang lecehnya.

haa.. good observation.. tq for sharing... kena bwak calculator bila bershopping barang rumah ni..

Betul juga. Saya pun selalu bandingkan harga pek besar dan kecil. Siap congak dalam kepala bahagi per kilogram mana lagi jimat. :p

Tu la sepatutnya semua barang dalam timbangan genap 0.5KG,1Kg, 2Kg, dsb jangan ada point dlm timbangan Kg. Baru senang nak banding harga. Rasanya kementerian patut beri perhatian ni.

Awanama

memanglah mentaliti kbykan orang begitu. Beli yang lbh besar lbh jimat.

nadh sllu perhati menda macam ni. sllu akan beli y lebih besar kalau lebih murah la. kalau tak amek yang kecik je. :D

biasa gak buat pengiraan gini, terutama nak compare barang yang kuantiti berbeza :)

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.