Back to home page

2 Jenis Cermin

23 Oktober 2010 • 27 Komen Cetak Chenta!
Dua orang ahli bomba masuk ke dalam hutan untuk memadamkan satu kebakaran kecil. Sesudah selesai, mereka berdua lantas menuju ke arah sebuah sungai.

Wajah salah seorangnya telah dilumuri abu hitam; sebaliknya wajah seorang lagi adalah bersih sama sekali tanpa sebarang noda.

Soalan: Ahli bomba manakah yang akan membasuh muka?

Mengapa Cermin Dicipta?

Sebab utama cermin dicipta adalah untuk melihat kalau-kalau ada yang tidak kena pada penampilan diri. Adakah rambut kita tersisir rapi? Adakah tudung yang dipakai itu senget? Adakah jambang yang dicukur itu kemas lagi licin? Adakah celak dan gincu yang ditempek itu herot? Atau masih adakah saki-baki air liur basi yang terlekat di pipi?

Dengan kata lain, kita melihat cermin untuk memastikan kesempurnaan fizikal diri. Kata kunci di sini ialah "memastikan kesempurnaan". Ini bermaksud, melihat cermin dengan tujuan untuk "syok sendiri akan kesempurnaan" diri adalah sangat terpesong daripada tujuan asal mengapa cermin dicipta.

Berbalik kepada soalan di awal-awal tadi, siapakah yang akan membasuh muka? Yang berwajah kotor atau pun yang berwajah bersih? Jawapan yang betul adalah si ahli bomba yang berwajah bersih. Mungkin jawapan ini agak mengelirukan. Mengapa pula yang si berwajah kotor tidak membasuh mukanya?

Begini: Apabila yang berwajah kotor itu melihat rakannya yang berwajah bersih, maka dia pun berpendapat bahawa wajahnya pasti lah bersih seperti rakannya. Namun perkara yang sebaliknya berlaku kepada yang berwajah bersih. Apabila dia melihat kekotoran pada wajah rakannya itu, maka dia pun berkata kepada diri sendiri: "Muka aku pun mesti kotor juga macam dia. Baik aku basuh." [1]

Cermin yang betul dan Cermin yang salah

Cermin yang betul, apabila memandangnya, kita mampu menginsafi akan kelemahan diri. Ia adalah analogi kepada apa yang berlaku apabila ahli bomba berwajah bersih melihat wajah kawannya yang kotor itu.

Jika kita ada seorang kawan yang baik sifatnya, maka mereka adalah cermin untuk menilai apa yang masih kurang pada diri. Jika kawan itu kurang baik pula sifatnya, ia tetap boleh menjadi cermin bagi mengingatkan adakah kita juga begitu sebenarnya?

Itulah dia cermin yang digunakan oleh mereka yang selalu muhasabah diri.

Cermin yang salah pula, apabila memandangnya, kita semakin berbangga akan kesempurnaan palsu pada diri. Ia adalah analogi kepada apa yang berlaku apabila ahli bomba berwajah kotor melihat wajah kawannya yang bersih itu.

Dalam kes ini, kawan di sekeliling dijadikan cermin untuk melihat betapa sempurnanya diri kita jika dibandingkan dengan mereka. Pada akhirnya, cermin yang salah ini dijadikan justifikasi untuk kita kekal di takuk lama. Kata kita kepada diri sendiri, "Aku ni kira baguslah. Kalau nak dibandingkan dengan si polan yang duduk seberang jalan, lagi macam setan dia tu!"

Itulah dia cermin yang digunakan oleh mereka yang selalu syok sendiri akan kesempurnaan diri.
---

Nota Kaki

[1] Sebenarnya soalan ini berasal daripada novel The Zahir oleh Paulo Coelho. Ini petikannya:
Marie, let's suppose that two firemen go into a forest to put out a small fire. Afterwards, when they emerge and go over to a stream, the face of one is all smeared with black, while the other man's face is completely clean. My question is this: Which of the two will wash his face?'

'That's a silly question. The one with the dirty face of course.'

'No. The one with the dirty face will look at the other man and assume that he looks like him. And, vice versa, the man with the clean face will see his colleague's grime and say to himself: I must be dirty, too. I'd better have a wash.'

27 Komen Tambah Komen↴

Citer yang simple tapi penuh makna...

A good read.

Walaupun saya dah agak bahawa jawapannya adalah bomba yg muka bersih, tapi tak boleh pula agak apa sebabnya. Terima kasih kerana telah membuat saya muhasabah diri hari ini. Insya Allah pada hari-hari yang mendatang juga. =)

RaRa

Salam... good article. saya nk mtk izin copy artikel ni. TQ -hidayah

Tanpa Nama

inspiring :)
شكرا......................

ini alasan lain, sekadar suka-suka:

ahli bomba yang wajah bersih itu sebenarnye pemalas dan tak jalankan tugasnya dengan sungguh-sungguh.makanya muka bersih. dia cucikan mukanya supaya rakan-rakan setugasnya yang lain menyangka dia dia sudah selesaikan tugasnya seperti mereka.^^

Tanpa Nama

@RaRa, saya pernah tanya soalan ni kat ramai orang. Kalaupun mereka boleh agak jawapannya bomba yang berwajah bersih, tapi mereka tetap tak boleh bagi sebabnya. Hehe.

@Hidayah, dipersilakan.

@Tanpa Nama 25/10/10 11:30 AM, ada lagi alasan lain. Ahli bomba tu sebaik saja selesai tugas, dia terdengar laungan azan Asar. Lalu dia pun membasuh muka dan seterusnya mengambil wudhu. Ahli bomba yang berwajah kotor tu tak kisah nak basuh muka sebab dia bukan Islam ;)

Saya rasa, atas individu itu sendiri. Misalkan situasinya adalah kedua-duanya berwajah bersih atau kedua-duanya berwajah kotor.

salam Sensei,

Teringat lagi cermin M. Nasir.
Ada ke liriknya.

Salam Tawel,

Erm... cermin ya. Antara barang yg selalu ada dalam beg perempuan. Tapi bukan beg kak Su tau, walaupun kak su perempuan. ;D

Tetiba teringat cermin mak tiri snow white.

Dua-dua pun tak basuh muka sebab air sungai kotor. Jawapan meraban. Hehe.

Cermin diri ada di mana-mana. Cermin cerminkan diri anda~



PS: Terjumpa harta karun di pulau. Sudah selamat dimakan. :D

@abuyon, Di Balik Cermin ke? Ada je banyak lirik nun merata-rata di internet :)

@suara, cerita pasal beg, adakah ini lanjutan dari cerita blog Dhuat? Hehe. Tapi perempuan zaman sekarang dah jarang bawa cermin rasanya dalam beg. Telefon bimbit berkamera dah jadi pengganti.


@Nooreena, baru saya tahu bahawa harta karun adalah sesuatu yang boleh dimakan!

Telah menceritakan kepada kami [Ar Rabi' bin Sulaiman Al Muadzdzin] berkata, telah menceritakan kepada kami [Ibnu Wahb] dari [Sulaiman] -maksudnya Sulaiman bin bilal- dari [katsir bin Zaid] dari [Al Walid bin Rabah] dari [Abu Hurairah] dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Seorang mukmin itu cermin bagi mukmin lainnya, dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin lainnya; ia membantunya saat kehilangan (ikut menanggung kesulitannya) serta menjaganya (membelanya) dari belakang." [sunan abu daud 4272 lidwa.com]

Mungkin kedua2nya akan bersihkan muka. Sebab? Selepas bomba wajah bersih tu basuh muka, dia offer pada bomba lagi satu untuk turut bersihkan muka :P

@l0veyd0veyd00, dah agak dah akan ada orang jawab macam tu. Haha, ok kena tukar soalan: Siapa yang akan basuh muka dulu?

cermin oh cermin. entri yang bagus. nice.

hehe.
da agk da jugak mesti ahli bomba yang muka bersih tu.
tp, klaka gak, jwpn l0veyd0veyd00. mmg kene tukar soalan lah.
hmm, kene byk-byk muhasabah diri utk cari makna dalam hidup yang Allah perintahkan kita sbg hambaNya, dan khalifah.
insyaAllah.
thnx.~

minta izin copy utk dijadikan salah satu bahan dlm usrah

Tanpa Nama

Alhamdulillah sudah baca The Zahir kira2 dua tahun lalu, malah pernah saya tuliskan resensinya. Dan memang sangat saya ingat analogi dua ahli bomba tu. Novel2 coelho sentiasa menarik minat saya :)

~Hani

Tanpa Nama

menusuk ke kalbu. thanks (:

Tanpa Nama

nice info.. mmg tertarik dgn ulasan yg d buat oleh tuan blog ni.. apa2pun hopely saya akan sntiasa menantikan en3 seterusnya.. tuk myingkap pgupasan isu dan perkongsian info dari tuan.. sy follow blog tuan ni..

seronok baca cerita ni :)

Tanpa Nama

Ermmm..aku rasa.. yang muka kotor dulu akan bersihkan muka dia lah. Sebabnya: Dia tengok bayang muka dia kat sungai tu la huhu...

entry y menarik ;)

salam kenal...
ooo..byk nasihat ni...kakD mai dr blog incek ben...
nanti singgah2 la blog kakD plak no...

muhasabah yang baik...!terima kasih atas perkongsian :)

salam.. minta izin utk share artikel ni..jzkk

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.