Back to home page

Kisah Sijil & Logo Halal yang Haram

01 Mac 2010 • 16 Komen Cetak Chenta!
Mari mengimbau masa silam..
Keputusan jemaah menteri mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya menyediakan satu kertas cadangan untuk menyelaraskan peraturan dan prosedur persijilan halal di negara ini amat dialu-alukan. Ini kerana, sebelum ini peraturan sedia ada mengenai pengeluaran sijil serta penggunaan logo halal dibuat oleh pihak berkuasa negeri dan ia tidak selaras antara satu sama lain..

Perkemaskan pengeluaran sijil halal, Utusan Malaysia, 28 Mac 2003
Kini..
Hanya satu sijil dan logo halal akan digunakan di negara ini dan ia dikawal serta dikeluarkan oleh Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata, penyeragaman sijil dan logo halal oleh Jakim itu akan memudahkan masyarakat mengenal pasti sijil halal sah dikeluarkan Jakim dengan yang palsu.

Hanya satu logo halal, Harian Metro, 27 Februari 2010
Akhirnya setelah hampir 7 tahun memerah otak dan menitiskan peluh, Malaysia telah berjaya melakukan apa yang sepatutnya.

Awas awas dan awas, perenggan di bawah ini pula adalah spoiler bagi berita yang mungkin akan terbit di dada-dada akhbar dalam beberapa tahun lagi. Tolong hentikan membaca kalau anda lebih gemarkan kejutan!
Kerajaan akan merangka satu pelan yang lebih drastik bagi menghukum syarikat yang sewenang-wenangnya memalsukan logo dan sijil halal. Jakim telah mencadangkan agar logo halal pada produk makanan diwajibkan dalam bentuk pelekat hologram agar ia tidak mudah dicetak rompak.

Logo halal bakal jadi lebih canggih, inilah bukti Malaysia Boleh!, Berita Harian, 1 Jan 2020
Ok, jangan jadi lurus bendul tentang sedutan berita bertarikh 1 Jan 2020 itu.

Sesuatu yang Kurang Pada Logo Halal Jakim

Saya naik takjub apabila membaca berita tentang penyelarasan satu logo halal sahaja selepas ini. Saya mendapati antara isi yang cuba ditekankan ialah dengan mempunyai satu logo yang seragam, masalah logo palsu dapat dibanteras dengan jayanya. Ini apa yang disebut oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom:
Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan, elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan...

...ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan. Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab.
Anda bayangkanlah, di zaman ini, semuanya boleh dipalsukan. Duit boleh dipalsukan, kad pengenalan pintar boleh dipalsukan, serta identiti diri anda juga pun mudah dipalsukan. Hatta, lelaki pun boleh dipalsukan menjadi wanita; sampai kita sendiri pun boleh naik keliru sama ada awek cun bergetah yang kita lihat di Lorong Haji Taib itu benar-benar tulenkah dia? Atau bahagian yang bergetah itu cuma sekadar silikon untuk mengaburi nafsu kita? Oops, tapi saya tidaklah suka-suka lalu di situ.

Justeru, bukankah itu semua sudah cukup sebagai satu amaran bersifat common sense bahawa logo halal Jakim adalah sangat mudah dipalsukan? Bukan susah pun untuk melakukan replika logo tersebut di Photoshop, sedangkan yang lebih kompleks pun kita boleh melakukannya dengan mudah!

[Edit 4/3/2010]: Contohnya telah pun berlaku dalam kisah 'Mamak' pucat lesi:
Menurutnya, sebaik tiba ke restoran terbabit, pegawai Jakim dan KPDNKK mendapati tiga logo halal Jakim disyaki palsu sengaja diletak di tiga penjuru restoran berkenaan yang diuruskan peniaga bukan Islam.

Seorang penyelia restoran yang disoal siasat bagaimanapun berpura-pura mendakwa restoran terbabit ditauliahkan sijil halal Jakim, namun gagal membuktikan atau menunjukkan sijil berkenaan.

"Lelaki terbabit sebaliknya memberi alasan sijil halal Jakim berkenaan kini disimpan pemilik syarikat yang sedang berada di Kedah atas alasan mempunyai urusan perniagaan," katanya.
Maka cara paling afdal adalah dengan mempertingkatkan lagi mutu dan keupayaan SMS Halal yang dibangunkan oleh Jakim. Saya mendapati sistem ini masih mempunyai beberapa kelemahan utama.

SMS Halal - Hantar ke 32728

Soalan bijak: Bagaimana saya mahu menyemak status halal premis makanan seperti Sushi King, Old Town Kopitiam, dan Dome Cafe?


Sila lihat keratan akhbar ini dan berikan tumpuan kepada petikannya di bawahnya:


...pengguna hanya perlu menghantar SMS ke 32728 dengan menaip kod bar barangan yang menggunakan Global Standard 1 (GS1)...

...bagi produk, premis atau rumah sembelihan yang tidak mempunyai nombor GS1, Jakim akan menggunakan nombor rujukan permohonan sijil halal Jakim untuk didaftarkan melalui e-Halal...
Kalau mengikut apa yang saya faham, semakan boleh dibuat dengan kod bar ATAU nombor rujukan permohonan sijil halal Jakim bagi yang tiada GS1. Namun pemahaman saya mungkin juga salah kerana laman web Halal Malaysia gagal mendokumentasi perkara ini dengan sebaiknya, bahkan apabila membuka bahagian SMS Halal itu, ia seolah-olah hanya menekankan bahawa semakan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kod bar SAHAJA. Sila ambil perhatian bahawa, sistem yang diperkenalkan semenjak September 2005 ini (bermaksud sudah hampir 5 tahun), masih mempunyai dokumentasi yang cacamarba.

Apa pun, katakan pemahaman saya itu benar. Maka ini sudah tentunya bermaksud saya perlu masuk terlebih dahulu ke dalam premis makanan yang terlekat stiker logo halal Jakim di cermin luarnya, lalu bertanya kepada pekerja di situ (ada kemungkinan mereka ialah mat bangla yang tak tahu sangat kecek BM), tentang apakah nombor rujukan sijil halal Jakim restoran ini?

Ini sangat melecehkan dan nampak terlalu kerek.

Bahkan juga, bukan semua produk ada kod bar berteknologi GS1. Ini perkara lazim pada produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS); contohnya produk Keropok Lekor keluaran Industri Keropok Sedunia yang memang telah disahkan halal oleh Jakim ini:

Kod bar? GS1? Keropok di atas tidak memilikinya.

Maka, mungkin salah satu cara menyelesaikan kebuntuan ini adalah dengan memetakan segala macam jenis kod bar dan nombor rujukan sijil halal itu ke dalam satu sistem lain, yang memiliki kod yang lebih generik.

Sebagai contoh:
  1. Semua produk, yang memiliki kod bar GS1 atau pun tidak, dipetakan ke dalam kod generik PKxxxxx-xxxxx
  2. Semua premis makanan dan hotel yang memiliki nombor rujukan halal, seperti JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/2003-08/2004, dipetakan ke dalam kod generik PSxxxxx-xxxxx
  3. Semua rumah sembelihan dipetakan ke dalam kod generik RSxxxxx-xxxxx
Kemudian, kod ini wajib diletak di bawah setiap logo halal Jakim tersebut. Bagi sesebuah produk, kod berkenaan mungkin boleh juga dicetak seperti mana tarikh luput dicetak. Maka sesiapa pun akan dapat menyemak status halal produk, premis makanan dan restoran dengan lebih mudah.

Sistem SMS Halal yang Kurang Tepat

Namun begitu, perkara paling penting yang perlu dilakukan buat masa ini adalah dengan memastikan ketepatan maklumat sistem SMS ini. Mula-mula, sila beritahu dengan jelas kepada orang ramai bahawa sistem ini berharga RM0.50 bagi setiap SMS yang diterima. Perkara ini wajib didokumentasikan dengan betul kerana kita tidak mahu ada orang yang merungut kerana menyangka servis ini percuma.

Saya ada menyemak status halal Gardenia Delicia Soft Roll (Butter Toffee), yang mana terpampang logo halal Jakim pada bungkusannya. Kod bar bagi produk ini ialah 9556231120181 seperti dalam gambar ini:

Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan.

Namun ini jawapan yang saya terima:

Eh, tiada dalam senarai?

Saya sudah keliru. Semakan kod bar di laman webnya juga gagal memberikan keputusan positif:


Lalu bagaimana produk ini boleh tersenarai di dalam direktori halal bagi produk keluaran Gardenia Bakeries?
Klik untuk besarkan gambar. Lihat no 32.

Maka tolonglah permudahkan, serta siumankan segala proses semakan ini, maka barulah Malaysia benar-benar boleh menjadi hab halal yang diiktiraf dunia (Oops, dengan syarat berita bertarikh 1 Jan 2020 itu tidak benar-benar berlaku!)

16 Komen Tambah Komen↴

Hohoho. Kalau terlalu syadid mahu tahu halal atau tidak dan sangat was-was atau ragu-ragu, tinggalkan ia, jangan makan. Islam itu mudah. Jika ragu-ragu, tinggalkan. Jika yakin, tiada masalah. Dalam kaedah Fiqh mengatakan 'yakin itu menghapus segala keraguan'.

Kalau was-was dengan semua makanan yang dijual negara ini, tak perlu beli lah, tak perlu makan. Tanam sendiri, ternak sendiri. Bukan begitu Encik Tawel?

Haha betul la tu Cik Seimura. Tapi harapnya jangan salah faham pula dengan tulisan ni yang sebenarnya lebih kepada satu kritikan sosial terhadap usaha kerajaan yang mahu menjadikan Malaysia hab halal bertaraf antarabangsa, namun hakikatnya masih banyak yang pincang di sana-sini, sejak sekian lama.

Jom ternak kambing dan tanam cili!

Sudah terlalu banyak caca merba dalam perlaksanaan hukum hakam Islam di Malaysia....

AlhamduliLlah,

Semoga kritikan ini dapat memberi penambah baikan kepada sistem halal yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menerajui HAB HALAL Sedunia.

Apa lagi ? Uar-uarkanlah kelemahan yang ada dan semoga ada tindakan penambahbaikan akan dibuat. :)

Patut diadukan pada Aduan Rakyat TV3 dan dikenakan panggilan hangit saja pada mereka yang berkenaan. Baru rakyat dan yang 'berkenaan' ambil kisah tentang hal ini. Sistem ada, tapi habuk pun takdak. Eh habuk roti ada bertaburan kat kawasan keyboard. :D


PS: Idea pelekat hologram itu macam real la. Mana tau lepas ni ada pelekat blue ray ke kan? Haha.
PSS: Saya ambil url ini untuk di tampal di wall FB ye. Kuang2..

Salam,,,

Kalau rajin tak jadi macam ni,,,

Tapi agaknya tak payah tunggu 1 Jan 2020, 2015 dah keluar dah berita ni,,, ;)

Tanpa Nama

biar betul, baru je makan gardenia yang sama minggu lepas bukan butter saja malah cinnamon coffee.
menarik juga letak tambahan initial pk, rs, ps itu sebab selalunya semua produk kod barnya memang start dengan number saja. senang sikit kalau ada huruf2 tersebut.
apalagi tawel sensei, majukan cadangan anda pada pihak bertanggungjawab!

Baru cerita tentang logo palsu, tengok-tengok dah berlaku. Kisah 'Mamak' pucat lesi:

Menurutnya, sebaik tiba ke restoran terbabit, pegawai Jakim dan KPDNKK mendapati tiga logo halal Jakim disyaki palsu sengaja diletak di tiga penjuru restoran berkenaan yang diuruskan peniaga bukan Islam.

“Seorang penyelia restoran yang disoal siasat bagaimanapun berpura-pura mendakwa restoran terbabit ditauliahkan sijil halal Jakim, namun gagal membuktikan atau menunjukkan sijil berkenaan.

“Lelaki terbabit sebaliknya memberi alasan sijil halal Jakim berkenaan kini disimpan pemilik syarikat yang sedang berada di Kedah atas alasan mempunyai urusan perniagaan,” katanya.

@IbnuNafis dan azie in wonderland, insyaAllah. Tunggu sikit masa sahaja lagi untuk forward entri ni ke bahagian yang berkenaan. :)

@Nooreena, pelekat blue ray? Ahaha, haru sangat tu kalau sampai begitu sekali :P

Terima kasih kepada para pengomen yang lain!

One research well done...

JAKIM atau agensi halal kerajaan cukup tangan ke nak uruskan 1001 macam jenis makanan dalam pasaran?

Tanpa Nama

Usaha menjadikan Malaysia sebagai hab halal mesti realistik...bukan tong dram kosong....

Langkah memansuhkan pengesahan halal antarabangsa menyusahkan rakyat je....sepatutnya perlukan koordinasi serantau.Bagaimana kalau negara pengguna islam lain tak terima halal JAKIM dsb?

Bagaimana nak eksport/promosi?

Tanpa Nama

@Tanpa Nama, memang satu poin yang baik. Saya tak pernah terfikir kesan yang itu pula.

Jakim ni memang caca merba sistem dia.Sistem nampak macam bagus, tapi bila kita cuba guna baru tau semuanya indah khabar dari rupa!

Bagus cadangan encik tawel, saya sekarang sedang bangunkan sistem halal untuk dicadangkan kepada JAKIM sebagai projek Master saya.

Tanpa Nama

salam... ingatkan senang nak makan apa sahaj kat m'sia nie... rupanya yang ade tanda halal pun belum tentu halal..kalau kat luar m'sia camna agak2 nye ekk..?

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.