Back to home page

Bukan Yahudi, Tetapi Zionis

22 Mei 2008 • 19 Komen Cetak Chenta!
Kita wajar meluruskan beberapa fakta yang kita tahu selama ini tentang kekejaman yang berlaku di bumi berdirinya Masjid al-Aqsa. Selepas 60 tahun negara haram Israel ditubuhkan, masih ramai yang tidak tahu membezakan di antara Zionis dan Yahudi. Jika kita sendiri malas memahaminya, maka jangan pula melatah apabila dunia Barat merumuskan Taliban dan al-Qaeda adalah manifestasi dan refleksi sebenar ajaran Islam.

Musuh sebenar pada waktu ini ialah Zionis, bukannya Yahudi. Maka sebab itu saya nasihatkan jangan sewenang-wenangnya melaungkan Yahudi laknatulullah sebagai satu tanda protes kita terhadap kekejaman rejim Zionis di Palestin.

Negara Israel yang ada pada hari ini bukannya sebuah negara berideologi Yahudi, sebaliknya ia adalah sebuah negara Zionis yang memperkudakan agama untuk terus berkuasa. Ini bukan saya yang kata, tetapi inilah intipati utama dalam buku yang ditulis oleh Alan Hart, Zionism: The Real Enemy of the Jews.

gambar rabbi yahudiAlan Hart (tengah) diapit oleh 2 orang rabbi Yahudi yang turut menentang kezaliman Zionis di tanah
Palestin. Gambar diambil ketika konferens Against Zionism: Jewish Perspective. [Kredit foto: Abadi]


Di kala Parlimen Malaysia menentang usul pendudukan haram Israel di Palestin yang dicadangkan oleh Tuan Guru Hadi Awang, sehingga membuatkan Che Det menyirap,
Dewan Rakyat kita yang dipenuhi wakil-wakil kita tidak menyokong usul untuk menunjukkan simpati kita terhadap Palestin. Sebab itu dalam negara kita ini ada orang yang layak jadi Presiden Israel tetapi tidak layak jadi Presiden Singapura.

namun perkara sebaliknya pula yang berlaku di kalangan orang-orang Yahudi di Amerika dan Israel. Malah di kala Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menolak usul tentang sambutan Hari Naqba yang ke-60 kerana katanya usul itu 'tidak perlu disegerakan', 20 orang aktivis Yahudi ditangkap di San Fransisco kerana protes mereka terhadap 60 tahun pembentukan negara mahaharam Israel.

gambar yahudi protes zionisAntara slogan mereka, "Jews in Solidarity with 60+ years of Palestinian Resistance"
dan "No Time to Celebrate".



Tidak segankah kita sebagai sebuah negara yang kira-kira 60% penduduknya beragama Islam? Atau kalau pun kita tidak mahu mengaitkannya dari aspek agama, lalu adakah negara Malaysia ini sudah pekak matanya, bisu telinganya dan buta lidahnya tentang pencabulan hak-hak asasi manusia di Palestin? Maka selepas ini janganlah kita terlalu prejudis kepada Yahudi, tetapi sila bencikan Zionis secukup rasa.

Perjuangan Palestin adalah satu perjuangan yang besar. Kadang-kadang kita sendiri terpinga-pinga bagaimana untuk berjuang untuk Palestin. Oleh kerana menentang Zionis dan sekutu rapatnya adalah salah satu caranya, maka apa kata kita semua ambil tahu tentang sikap kerajaan terhadap Syarikat Halliburton yang ada kaitan dengan Zionis itu, yang kini telah pun melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar, iaitu satu wilayah kontroversi yang dikatakan tempat 'terjualnya kedaulatan negara'.

Apa guna melempang nyamuk yang jauh, jika yang di depan mata dibiarkan terbang?

---
Baca juga:
- What is Israel Doing? A Call by Jews in Britain.
- Wilayah Pembangunan Iskandar lebih membimbangkan dari Batu Puteh.

19 Komen Tambah Komen↴

salam Tawel...
Terima Kasih atas pembetulan dan peringatan ini..bukankah ad-deen itu nasihat ? jadi bernasihat-nasihat lah kita ye...

Memang benar Al-Aqsa menjadi sasaran golongan ekstremis yahudi dan golongan zionis kristian yang rata-ratanya terdiri dari golongan Evangelis.Mereka ini bercita-cita merobohkan Al-Aqsa dan digantikan dengan Haykal (kuil suci org. yahudi).Walaupun objektif berbeza tetapi impian kedua-duanya adalah sama...iaitu merobohkan Al-Aqsa.Saya pernah membaca petikan yang berbunyi begini

'Yahudi mengimpikan pembinaan kali ketiga kuil suci mereka yang dipanggil HaMikdash sebagai prasyarat kedatangan Messiah, manakala kristian Evangelis menjadikan agenda pembinaan Haykal tersebut sebagai pra syarat kedatangan jesus yang hanya akan muncul di baitul Maqdis, apabila suasana di sana menjadi seperti suasana kemunculannya kali pertama dulu. Pokoknya kedua-dua golongan tersebut mengimpikan kehancuran masjid al-aqsa dan juga penggantiannya dengan sebuah binaan lain bernama Haykal atau HaMikdash. Sedangkan Al-Aqsa dan Baitul Maqdis mempunyai kedudukan istimewa di dalam hati setiap orang islam.Bagi yahudi pula Kota Al-Quds yang disebut Urshalem merupakan tanah yang paling suci di mukabumi iaitu kota suci yg dijanjikan oleh tuhan Yawheh yg banyak disebut dalam kitab Torah. Di sinilah kononnya sulaiman membina Haykal, di dlmnya terdapat satu tapak yang paling suci dinamakan Holy Of Holies.
Rabbi-rabbi Yahudi pernah berkata " how can I forget you Urshalem, curse upon my right hand if I ever forget you oh Urshalem "

Selepas zionis menginisiatifkan pengistiharan " The Greater Jerrusalem " dan dlm usaha meluaskan ukuran geografi kota suci Al-Quds, dengan cara memasukkan kebanyakan penempatan yahudi di dlm lokaliti itu utk menambahkan demografi bangsa Yahudi ke dalam kota itu, dan Ql-Quds semakin membesar. Zionis mengambil 70% daripada keseluruhan tanah di kota suci itu, memberikan cuma 13% kepada pemilikan rakyat Palestine, manakala 17% untuk bangsa Yahudi..Jadi apakah bezanya pemilikan bangsa yahudi dan pemilikan rejim zionis ini kerana kedua-duanya menganiaya rakyat Palestine...wallahualam

Apa-apa pun saya percaya, masih ada yahudi yang tinggi rasa kemanusiaannya terhadap muslim Palestine..

Bacalah buku Dari Beirut Ke Jerussalem ( from Beirut to Jerrusalem - Dr. Ang Swee Chai) menyoroti rasa penderitaan rakyat Palestine dari kacamata seorang non-muslim. Beliau adalah saksi tragedi sabra dan syatila. Saya sudah menikmatinya ..Allahuakhbar..I burst into a flood af tears...sudahkah Tawel membacanya??

Tanpa Nama

salam.

aku tak setuju, jika semata-mata kita letak zionis sebagai musuh di kalangan kaum yahudi yang disebut di dalam quran sendiri hingga kita terlepas pandang bahawa yahudi bergerak dalam pelbagai cabang (ekonomi,politik,sosial,budaya,sub budaya, ideologi,intelektual). hingga kita menjadi bodoh menjadi kambing-kambing mereka, dengan alasan mereka 'baik' dan 'bukan zionis'.mereka boleh muncul sebagai individu atau kelompok yang tidak termasuk dalam gerak kerja zionis, tapi mereka juga bergerak kerja untuk memusuhi agama Allah.

kerana itu telah ditegas bahawa yahudi dan nasara tidak akan redha pada kita hingga kita mengikut cara mereka, bukan semata-mata zionis, tapi waspadalah dengan gerak kerja yahudi dan nasara yang kita boleh nampak haq dan batil dalam gerak kerja mereka itu dengan jelas.

dalam masa yang sama kita menunaikan hak kafir-kafir zimmi termasuk yahudi dan nasara, tapi kewaspadaan pada puak kafir dan munafik mesti terus diperhati dengan tajam. sikap itu juga akan melahirkan pelan tindakan dan gerak kerja kita mempertahankan agama Allah, jua menegakkan kalamNya agar tinggi hingga membawa rahmah ke seluruh alam.

wallahua'lam.

@mfrstudio, kita bukan setakat perlu berwaspada pada Yahudi dan Nasara, tetapi pada semua, bahkan dengan orang Islam sendiri pun kita kena berhati-hati memandangkan majoriti negara-negara Islam pada hari ini punya rekod yang teruk dari segi hak-hak asasi rakyatnya.

Tetapi jangan terlalu paranoid. Nabi Daud dan Nabi Musa sendiri berketurunan Bani Israel. Bahkan masih ada juga Yahudi konservatif yang hidup di Israel. Mereka ini juga tidak suka dengan kebejatan masalah sosial rakyatnya. Jika tidak, masakan ada Yahudi yang tak suka bila rancangan Sex in the City mahu diiklankan di Jerusalem?

Dan aku lebih rela bodoh menjadi kambing-kambing kepada mereka yang 'baik' dan 'bukan zionis' ini sebab aku menghukum pada yang zahir sahaja. *Mungkin* satu hari nanti akan terbukti bahawa mereka yang 'baik' dan 'bukan zionis' ini juga memusuhi agama Allah, namun di masa ini secara taktikalnya adalah lebih bijak menjadikan mereka ini sebagai sekutu dalam usaha menentang rejim Zionis yang bukan sahaja terlalu menzalimi umat Islam di Palestin, malah juga membawa ketidakstabilan iklim politik dan ekonomi dunia.

Apa yang lebih penting, wajarkah kita berhukum dengan *mungkin*? Jika semuanya mahu disandarkan dengan *mungkin*, maka mari kita bunuh semua bayi-bayi yang lahir di dunia pada hari ini kerana ada di kalangan mereka yang berpotensi untuk menjadi pencuri, perogol, penyamun, dan tidak ketinggalan juga, the next evil leaders of the future world.

uhuhu. Halliburton, tapi sebelum terlibatnya Syarikat Halliburton kat wilayah Pembangunan Iskandar, mereka memang dah bertapak lama daa pun kat tanah kampus saya , for research and development.

So apakah perasaan saya? Wajarkah saya kumpul orang dan buat sepanduk, "nyah ko dari sini zionist dan blax3". Particularly i think it's waste of time since banyak lagi benda lain yang lebih produktif perlu dibua.

So saya ingin buat penegasan disini , hadirnya syarikat Halliburton kat dalam kampus saya tidaklah bermakna saya or mahasiswa-mahasiswi lain "redha" akan kezalimam zionist!! For the love of knowledge i guess.

@tawel sensei. sudah ku kata mereka itu bergerak dalam pelbagai lapangan walaupun mereka itu bukan zionis atau termasuk pekerja-pekerja zionis, tapi mereka itu tetap bergerak kerja memusuhi agama Allah yang kita boleh lihat dengan jelas antara haq dan batil gerak kerja mereka.memang jelas. tak ada zahir-zahir lagi, memang jelas terlebih zahir.bukan hukum-hukum mungkin atau batin. memang jelas. dan telah dijelaskan.

ini tiada mungkin. ini tiada zahir batin. ini suatu yang jelas, realiti sedang bergerak, dan fakta pada umum yang sudah lama menganalisis dunia. dan memang ada kambing-kambing yang rela bodoh untuk memaaf dan meliberal, memplural diri, mengikut rencana dan propaganda mereka, kononnya itu suatu kemuliaan yang wajar disambut.kambing-kambing ini merebak di kalangan pejuang seni, politikus keparat,dan ahli-ahli peserta kapitalis.

ibarat satu kelompok mubaligh kristian yang menghulur bantuan di indonesia, setiap mereka bergerak mengajak muslim meninggalkan agama islam.yahudi-yahudi bergerak rancak dalam propaganda kapitalis global (ekonomi),meluas demokrasi dan suara hak-hak asasi manusia "human rights" (politik),dan memperkenal budaya popular vs underground kedua-duanya suntikan budaya (sosial).

kita tak hukum semua, kita tak bertindak bunuh bayi mereka, itu semua pejaung-pejuang yang malas dan lembab.sudah dikatakan kita kena berwaspada dan memerhati dengan tajam.ini bukan main-main.ini bukan hal remeh, fantasi, emosi, atau gelojoh dan gopoh. atas pemerhatian yang tajam menghasilkan pelan tindakan dan gerak kerja.sudah ku kata yahudi,nasara dan munafik. memang ada munafik. dan munafik ada dalam umat islam. dan mereka kambing hitam yang bodoh dan rela bodoh.

pelan tindakan dan gerak kerja. pemerhatian kita akhirnya membuahkan pelan tindakan dan gerak kerja. bukan bunuh bayi atau menjadi kambing. pelan tindakan dan gerak kerja.pelan. tindakan. gerak. kerja.

wassalam.

Dari dulu lagi para mubaligh Kristian dan mubaligh agama-agama lain dah bergerak. Bila Nabi buka semula kota Mekah, adakah Nabi terus menghalau dan menghapuskan para mubaligh Yahudi, Kristian dan kaum Musyrikin dari bumi Mekah? Tidak, sebab mereka tidak memerangi umat Islam secara senjata. Sebab itu di Andalusia ketika zaman keemasannya, terutamanya di kawasan Toledo, umat Islam, Kristian dan Yahudi boleh hidup dengan harmoni. Hal ini berbeza dengan Zionis.

Kalau kita rasa tergugat dengan kebanjiran mubaligh Kristian yang menghulur bantuan dan dalam masa yang sama menyebarkan dakyah mereka di Indonesia, maka salahkan umat Islam yang agak kedekut dan penuh dengan karenah birokrasi dalam menghulurkan bantuan. Pernah lihat statistik expected vs donated di kalangan negara-negara Islam kaya seperti Arab Saudi, UAE dan Kuwait, dalam rayuan derma antarabangsa oleh PBB masa tsunami 2004?

Ringkasnya, propaganda mereka dari segi ekonomi, ideologi, politik, budaya dan sebagainya, memang kita perlu berhati-hati dengannya. Tetapi adakah menjadi satu kezaliman apabila mereka menyebarkan propaganda-propaganda berkenaan?

Itu hak mereka dan kita juga ada hak untuk menyebarkan propaganda kita. Tapi bila propaganda ini dah mula dicemari dengan kezaliman, contohnya dalam kes Zionis ini, maka saat ni kita kena tentang habis-habisan. Maknanya di sini, pendekatan umat Islam sepatutnya berbeza dalam menangani propaganda yang dilakukan oleh kafir harbi dan kafir dhimmi.

Pada akhirnya, jika mahu propaganda kita mengatasi propaganda mereka, itu bergantung kepada usaha, kegigihan dan sumbangan umat Islam secara kolektif.

"Percaya kepada Allah, tapi jangan lupa untuk ikat unta itu", kata pepatah lama Arab.

Salam.

Mungkin boleh baca ini, sebagai tambahan

http://maszleemalik.blogspot.com/2008/03/fatwa-halalkan-darah-warga-arab.html

Walaupun aku kenal Mazlee Malik camna orangnya, tapi dalam isu palestin, aku salute gak ler..

Salam saudara Tawel,

Merujuk perenggan pertama: Masih ramai yang tidak tahu membezakan di antara Zionis dan Yahudi; mungkin kerana kita malas memahaminya atau mengkajinya…

ATAU mungkinkah kerana kata-kata para pemimpin Zionis sendiri?:

1. Levi Eshkol (mantan Perdana Menteri rejim Zionis) sejurus selepas menawan Al-Quds Timur

“ Sesungguhnya hari ini adalah hari paling hebat dan bersejarah di dalam sejarah bangsa YAHUDI”

2. Benjamin Netanyahu (mantan Perdana Menteri rejim Zionis):

“ Al-Quds adalah ibu kota abadi bagi Israel dan akan terus kekal di bawah naungan pemerintahan bangsa YAHUDI serta tidak boleh dikongsi dengan orang lain”

3. Moshe Dayan (mantan Menteri Pertahanan rejim Zionis) ketika beliau mengetuai tentera rejim memasuki Kota Al-Quds pada 7 Jun 1967:

“ Kita telah sampai di Urshalem dan dihadapan kita(kita masih perlu menawan), kerana ia adalah milik kaum YAHUDI”


ATAU mungkinkah juga daripada fatwa ulama berkaitan isu Palestin?:

1. Fatwa Syeikul Azhar dan Mufti Mesir al-Syeikh Hassan Makmun, tahun 1956 iaitu : Apa yang dilakukan olah kaum YAHUDI pada hari ini adalah satu penindasan terhadap umat Islam dan wajiblah dibalas dengan balasan yang setimpal terhadap mereka untuk menghentikan penindasan tersebut.


2. Fatwa Syeikh Muhammad Rashid Redha menyatakan-menjual tanah Palestin kepada YAHUDI atau Inggeris maka dia seolah-olah menjual Masjidil Aqsa dan watan seluruhnya.



Apa yang hendak saya garisbawahkan disini ialah penggunaan kalimah YAHUDI yang digunakan oleh pemimpin Zionis dan ulamak Islam secara langsung dan tidak langsung menunjukkan YAHUDI itu jahat, kejam dan mesti ditentang oleh kita.


Maka tidak hairanlah jika saya tanyakan kepada pelajar-pelajar dan sahabat-sahabat saya:
“ Apa persamaan Yahudi, Zionis dan Israel?”


Jawapan.

“ Semua jahat”
“ Kejam!”
“ Mangkuk ayun!”


Dan bila saya tanyakan :
“Apa perbezaan antara mereka?”

Jawapan:

“ Beza ke? Sama je.”

“ Yahudi = Bedebah, Zionis = mangkuk ayun, Israil = macam $%&!”


Untuk meluruskan fakta bahawa BUKAN YAHUDI, TAPI ZIONIS yang jahat ,mungkin mudah tapi nak meluruskan fikiran/pandangan masyarakat kita tentang ini mungkin sukar. Kita tahu faktanya memang sedia lurus, tapi untuk menselarikan pandangan kita dengan fakta tersebut memerlukan banyak usaha lagi.

Satu perkara lagi yang perlu diluruskan ialah,kefahaman kita tentang Islam, agar isu Palestin dan isu Al-Aqsa dapat dilihat dari kaca mata Islam dan bukan hanya dari kaca mata politik atau material sahaja.


FORMULA saya:

Penduduk Israel/Amerika + beragama Yahudi + berfahaman Zionis = TENTANG HABIS HABISAN!


Penduduk Israel/Amerika + beragama Yahudi - berfahaman Zionis = tak perlu diraikan tapi masih boleh diterima dengan penuh waspada.

Ahli Dewan Rakyat + beragama Islam + berfikiran Zionis = TALAK OTAK PUNYA OLANG!




Sekian adanya…^_^

Tanpa Nama

@Cik Pora, memang susah nak meluruskan fakta tu. Ini seperti mana susahnya kita nak meluruskan fakta bahawa Islam tidak diwakili oleh ideologi Taliban.

Kalau ikut buku The Art of War, karangan Sun Tzu, katanya:

"Kenal musuhmu, kenal dirimu, dan kau tak akan kalah dalam seratus pertempuran. Jika kau tak kenal musuhmu, tapi kenal dirimu, maka kau akan menang satu, kalah satu. Jika kau tak kenal musuhmu dan tak kenal dirimu, maka kau akan kalah dalam setiap pertempuran."

Jadi kita kena kenal siapa musuh sebenar kita dalam konteks isu kekejaman Palestin.

Assalamu'alaikum...

ini satu lagi contoh "generalization":

"U**O itu Melayu dan Melayu itu *MN*"?

Kita suka menisbahkan satu kumpulan kecil kepada kumpulan yang lebih besarnya. Contoh lain

"Perempuan...."
"Kalau dah dasar lelaki..."
"Melayu mudah lupa(?)"
"Tengok macam orang Cina.."
dan banyak lagi.

Padahal, apa yang hendak ditunjukkan hanyalah apa yang dilakukan oleh sebahagian kecil dari kumpulan tersebut.

Benda ni memang susah nak ubah. Tapi kita kena juga berusaha mengubahnya sebab kita tahu ia salah.

@Cik Pora.

Bukan setakat zionis dan ulama Islam sahaja menggunakan kalimah YAHUDI, malah ALLAH s.w.t juga menggunakan kalimah YAHUDI di dalam al Quran,contoh:

"Niscaya engkau akan dapati orang yang paling memusuhi (murka) kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin.” (Al-Maidah: 82)

Rasulullah s.a.w juga menggunakan kalimah YAHUDI:

"Sungguh akan aku keluarkan orang-orang Yahudi dan Nashara dari Jazirah Arab sampai aku tidak sisakan padanya kecuali orang muslim.”

Tak apa kalau ada yahudi buat baik, tak apa.Kita tak memerangi orang yang tak memerangi kita. Tapi waspada tetap waspada, seperti firman Allah s.w.t:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka."(al baqarah:120)

antara Yahudi dan Nasrani, hanya Nasrani yang diiktiraf oleh Allah sebagai tidak memusuhi orang beriman jika benar mereka tak memusuhi:

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena diantara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rabib-rabib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri. (al maidah 82 (ayat penuh))

Yahudi dalam rencana untuk memperkotak-katik dunia sering mencambahkan dua puak yang bertentangan. demokrasi didalangi yahudi, sosialis,komunis dan fasis didalangi oleh yahudi, sehingga eropah berbunuhan dan dunia berperang kerana pertembungan ideologi ini. dalam rencana hedonis,muzik popular didalangi yahudi,muzik underground didalangi yahudi, akhirnya kumpulan muzik ini bertembung sesama sendiri.demi memasang backup plan, versi anti-zionis yahudi juga muncul di kala zionis sedang beroperasi. samada anda bersama zionis atau proksinya anda bersama YAHUDI, atau anda bersama 'anti-zionis' atau kumpulan hak-hak asasi manusia anda bersama YAHUDI juga. Tak percaya? kumpulan hak asasi manusia ditunjangi dari kumpulan liberal,plural,sekular,free thinker dan ateis. siapa lagi yang mencambah idea melawan Tuhan jika bukan YAHUDI.

bagaimana nak selamat dari mengikut jejak YAHUDI? gigit dengan geraham al-quran dan sunnah baginda dan para sahabat (jalan ahlus sunnah wal jamaah).Kita cinta Islam, kita amal islam, kita promosi Islam.

salam,

american jew yang bernama norman finkelstein adalah contoh seseorang yang telah dan masih memperjuangkan hak-hak orang palestine. His work and passion for this cause puts us all to shame.

"Orang-orang Yahudi adalah orang-orang paling kaya di Mesir dan banyak negara Muslim lainnya. Tidak ada permusuhan antara Muslim dan Yahudi." - Yusuf Qardawi.

Syaikh Yusuf Qaradawi: Umat Islam Tidak Memusuhi Yahudi, Tapi Zionis

quote monday May 26:

"Tak apa kalau ada yahudi buat baik, tak apa.Kita tak memerangi orang yang tak memerangi kita. Tapi waspada tetap waspada, seperti firman Allah s.w.t:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka."(al baqarah:120)


aku yakin yahudi yang tak senang dengan umat Islam bukan zionis semata-mata. seperti juga dalam politik israel, mereka dalam zionis sendiri ada puak-puak termasuk pengaruh sesetengah rabai.

aku akan terus waspada dengan semua kuffar, musyrikin, munafik walaupun aku tak kenal mereka. aku akan gigit dengan geraham islam, aku kekal sanjung islam, jaga islam, benteng islam, promosi islam, amal islam, sebar islam, mati dalam islam dan iman. ameen.

Tak pandai sungguh jika kita menyamakan zionis dengan judaism. Ingat, Nabi s.a.w akan tersenyum setiap kali nama seorang yahudi disebut (yang saya lupa namanya), dan baginda akan berkata "itulah sebaik-baik yahudi". Sebab apa? sebab yahudi tu turut serta perang uhud, ketika banyak orang islam (read: munafiq) yang berpatah balik.

Conclusion: tak semua yahudi jahat, dan ada yahudi sanggup mati berjuang bersama Nabi s.a.w. Kalau kita hidup pada tahun 3 hijrah, ada kemungkinan kita ni tergolong dalam golongan yang berpatah balik.

yahudi tetap yahudi.melayu teteap melayu.islam tetap islam.

Tanpa Nama

salam... dari pemahaman dan pengetahuan saya , saya bersetuju dengan pendapat mfrstudio...
mungkin tujuan saudara tawel untuk menceritakan perbedaan maksud antara yahudi dan zionis.. namun dari pengamatan saya... yahudi ker zionis ker sama sahaja terutama dalam membenci islam... kedua-duanya musuh islam... dan dalam kitab al-quran menyebut kaum YAHUDI secara umum tak pulak mengkhususkan kepada suku-suku dalam kaum YAHUDI... so, jelasnya yahudi ker zionis ker sama jer... sekadar penggunaan nama yang berbeza... BAGAIMANA KALAU YAHUDI ITU YAHUDI YANG BAIK? - yang nie perlukah kita bicarakan? macam buang karan jek...

tapi satu jek yang saya tak paham... "Tetapi jangan terlalu paranoid. Nabi Daud dan Nabi Musa sendiri berketurunan Bani Israel." ayat nih... apa masalahnya dengan nabi2? kita bicarakan soal kebencian yahudi terhadap islam.. so apa kena mengena nabi yang membawa risalah ALLAH dengan kaitkan bangsanya?

Tanpa Nama

@Tanpa Nama, jadi hujah anda ialah "tiada Yahudi yang baik"? Semua Yahudi adalah musuh Islam? Hebat hujah ni. Tak sangka, Rasulullah yang lagi faham tentang sifat Yahudi yang digambarkan di dalam al-Quran pun, tak ada pula terus lenyapkan Yahudi sebaik sahaja membuka Kota Madinah.

Oh, macam mana la agaknya juga zaman 4 orang khalifah al-rasyidin, sehinggalah ke Bani Umaiyyah, ke Bani Abbasiyyah, ke Turki Uthaminyyah, semuanya tak dapat faham bahawa semua Yahudi adalah musuh Islam dan mereka wajib diperangi dan dihapuskan.

Hujah kau memang hebat. Ok, saya tak mahu buang karan berhujah panjang dengan pengomen Tanpa Nama. Perbincangan lebih lanjut hanya akan dilayan sekiranya saya betul-betul kenal identiti pengomen, salah satu caranya adalah dengan menyertakan pautan ke blog sendiri.

PS: Mengatakan bahawa tiada langsung Yahudi yang baik adalah ibarat menyatakan bahawa semua orang Islam itu baik, suci, mulia dan lagi tiada sanggup melakukan kekejaman ke atas manusia. Soalan untuk semua: Siapakah tok dalang yang membunuh orang-orang Kurdish di Iraq suatu ketika dahulu?

Zionisme adalah penjenayah yang besar yang menyalahgunakan agama Yahudi. Mereka adalah musuh besar Islam dan Yahudi, yahudi zionis bukannya yahudi yang benar, mereka tidak mengamalkan agama sendiri
dan mereka tidak faham apa-apa tentang agama, mereka hanya mahu
kuasa yang paling besar di dunia ini.
Yahudi ortodoks telah menentang zionis kerana ingin nak musnahkan
masjid al-aqsa, mereka juga cakap orang yahudi dan islam boleh hidup
aman damai seperti dahulu sejak zaman Rasullullah s.a.w.
Neturei Karta adalah sekumpulan yahudi ortodoks yang telah menentang
zionisme 70 tahun dahulu dan mengutuk kewujudan dan perbuatan israel
sejak 1948. Mereka juga menyokong Hamas dan panggil Hamas adalah organisasi nationalisme bukan pengganas, mereka juga pernah berjumpa
dengan ketua hamas iaitu Ismail Haniyah waktu konvoi yang dipimpin oleh ahli politik British George Galloway pada 2009.
Ramai aktivis dari Amerika, Britain, Eropah, dan dari seluruh dunia memberi pertolongan kepada orang2x Palestin di Gaza. Mereka akan disayangi oleh Allah kerana kebaikan mereka terhadap orang-orang yang ditindas.

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.