Back to home page

Top 20 'Nasyid' yang Bukan Nasyid

25 Disember 2007 • 40 Komen Cetak Chenta!
Tulisan ini terdapat kesinambungan melalui artikel Menasyidkan Semula Nasyid
-------

Saya sepatutnya menjadi seorang peminat nasyid yang tegar. Menjadi sesuatu yang 'tegar' bermaksud biar apa pun yang terjadi, nasyid akan tetap di hati. Nasyid mendidik, memberi keinsafan, mengingatkan tentang kematian, dan menjadi motivasi kepada diri saya.

Namun akhirnya, saya tidak berjaya menjadi seorang peminat nasyid yang tegar. Nasyid bagi saya sudah mati beberapa tahun yang lampau. Majoriti lagu-lagu nasyid pada hari ini cumalah lagu cinta yang 'diIslamkan'. Tolonglah.. jika saya ingin mendengar lagu cinta yang meleleh-leleh, maka saya akan mencari lagu yang didendangkan oleh Tomok New Boys, dan bukannya nasyid.

Selagi industri nasyid tidak menuju ke Zaman Renaissance, maka selagi itulah saya akan seangkatan dengan seorang kawan saya yang mengatakan bahawa nasyid zaman sekarang = nak sh*t.


ALTERNATIF KEPADA MUZIK NASYID
Jika anda jenis yang tidak syadid pada jenis peralatan muzik yang digunakan dalam sesebuah lagu, maka percayalah bahawa lagu-lagu di bawah ini adalah lebih nasyid dari nasyid-nasyid kontemporari yang berlambak-lambak di pasaran pada hari ini. Mungkin rentak dan bunyinya tidaklah Islamik, tetapi liriknya adalah sangat baik dan mempunyai banyak nasihat. Sesuai untuk orang-orang yang berjiwa rockitis.

Top 20 ini disusun mengikut tahap kesukaan saya kepada lagu-lagu tersebut. Lagu terdapat di bahagian akhir entri ini.

20) Alam Barzakh - Wings



Wings adalah kumpulan rock paling popular pada akhir dekad 80 dan awal 90-an. Lagu ini adalah tentang alam kematian dan kehidupan di alam barzakh. Jadi anda tidak menyangka bahawa rockers juga boleh ingat tentang kematian? Sesungguhnya kadang-kadang kita tidak boleh menduga seseorang dari gaya mereka berpakaian.
Lirik Alam Barzakh
Album: Teori Domino
Tahun: 1990


Yang ku rindukan
Akhirnya berada di sini
Yang ku tinggalkan
Menangis di pintu kuburku

Ku lihat mereka
Berbisik sambil berdoa
Aku di sini
Sedang hanyut dalam cahaya

Hilanglah semua
Ketakutan dan kebimbangan
Yang ada hanya
Kemanisan sejahtera

Tak perlu aku
Bertanya lagi
Siapakah diri ini
Tak perlu aku
Bertanya lagi
Apakah nasibku nanti
Di alam barzakh

Aku berlindung dari api yang membakar
Aku bergantung pada tali yang sejahtera
Sejahtera..

19) Maghrib - Bumiputra Rockers



Apabila lima jejaka Melayu ingin menjadi rockers, maka terjadilah Bumiputra Rockers. Khabarnya lagu Maghrib ini adalah lagu yang popular pada tahun 60-an dan dinyanyikan oleh orang lain. Bumiputra Rockers kemudiannya menyanyikan semula lagu ini dalam album pertama mereka iaitu Selamat Pagi Malaysia.

Lagu ini menegur manusia yang malas mahu menunaikan solat dan mengingatkan kita bahawa mati datang pada bila-bila masa. Jangan menangguhkan amal-amal soleh kerana esok mungkin kan mati. Oh ya, lagu ini sesuai ditujukan kepada kawan-kawan kita yang masih bermain bola sepak di padang apabila waktu Maghrib telah pun menjelma.
Lirik Maghrib
Album: Selamat Pagi Malaysia
Tahun: 1987


Kala mentari mula tenggelam
Awan di langit mulai menguning
Terdengar suara azan
Memuja nama Tuhan
Namun tiada kau endahkan
Menyahut seruan Maghrib

Suara Bilal menyebut nama Allah
Pesuruh-Nya Muhammad Rasulullah
Suasana sedu-sedan
Menghening keadaan
Namun tiada kau endahkan
Menyahut seruan Maghrib

Ku tahu di hatimu
Mungkin berat nak kau tunaikan
Ku tahu alasanmu
Mungkinkah esok nanti
Akan kau cuci dosa-dosamu

Di bumi inilah kita tinggal
Izin hidup hanya satu penggal
Mungkin esok kan mati
Dunia tiada lagi
Barulah kau nak menyesal
Banyak telah kau tinggal lagi

18) Kau Satu-satu-Nya - Ukays



Kumpulan Ukays yang diketuai oleh Amir (rujuk gambar) adalah sangat popular pada awal tahun 90-an. Majoriti lagu-lagu hits Ukays biasanya bersifat cinta sesama manusia yang akhirnya kecundang dengan kekecewaan. Tajuk asal lagu ini sebenarnya adalah Kau Satu-satunya dan bukan Kau Satu-satu-Nya. Tetapi saya masukkan juga dalam carta Top 20 ini kerana ketika saya kecil, saya pernah membaca temuramah dengan kumpulan Ukays yang mana mereka mengatakan bahawa sebenarnya lagu ini memang bersifat keTuhanan.

Mungkin Kau Satu-satu-Nya adalah satu-satunya lagu Ukays yang membawa mood ceria dan mampu mengingatkan kita bahawa betapa perlunya kita ini kepada Allah. Lagu-lagu Ukays yang lain mungkin agak berbahaya bagi mereka yang baru frust menonggeng.
Lirik Kau Satu-satu-Nya
Album: Bisa Berbisa
Tahun: 1994


Oh siapalah diri ini
Aku ini tanpa-Mu
Duniaku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku satu-satu-Nya
Pada-Mulah ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku Kau abadi

Dengan sinaran kasih-Mu
Kian terancang hidupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua ku berada
Ditemani cahaya cinta

Sejak diri-Mu ku dekati
Diriku ini ku kenali
Hanya Engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diriku serba kekurangan
Namun bagi-Mu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa

17) Hijau Bumi Tuhan - XPDC



Dalam situasi gawat yang mana ketulan ais di Artik akan mencair sepenuhnya pada tahun 2013, maka manusia perlu diberitahu tentang betapa pentingnya menjaga alam ini. Hijau Bumi Tuhan telah memainkan peranannya. Tambahan pula pada hari ini, aktivis dan saintis dari negara mana yang lebih banyak memainkan peranan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar?

Oh ya, lagu What A Wonderful World oleh Louis Armstrong pun bagus juga!
Lirik Hijau Bumi Tuhan
Album: Un'Metal
Tahun: 2000


Sekali ku memandang
Kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang
Hati riang nikmatnya Tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Semusim ia datang
Keindahan ciptaan Tuhan
Hijau yang terbentangan
Makhluk Tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Damai terperi, kicau menyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas, pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari-hari ini
Tegur dan sapa, senyum ketawa
Itu tanda kita riang-riang
Abadikan keindahan ini

16) Kau Yang Satu - Ramli Sarip



Semua orang kenal penyanyi kelahiran Singapura yang diberikan nama timangan Papa Rock ini. Pada asalnya Ramli Sarip mencipta nama dalam kumpulan Sweet Charity sebelum bergerak secara solo. Jika anda meminati lagu Jangan Tunggu Lama-lama, maka Sweet Charity bukan satu nama yang asing.

Kau Yang Satu adalah lagu yang mengesakan Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, dan hanya kepada-Nya sahajalah tempat kita berharap.
Lirik Kau Yang Satu
Album: Perjalanan Hidup
Tahun: 1987


Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpa-Mu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpa-Mu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh Tuhan yang satu
Engkau Tuhan yang satu

Segala puji-pujian
Ku tujukan pada-Mu.. pada-Mu
Dan hidup dan matiku hanyalah
Untuk-Mu.. untuk-Mu.. untuk-Mu

15) Sufi - Damasutra



Kumpulan ini mungkin tidak ramai yang mengenalinya pada hari ini. Ia berpecah selepas melahirkan sekadar 2 buah album sahaja (Album ke-3 cuma sekadar kompilasi yang menampilkan satu lagu baru iaitu Permata Yang Hilang). Pada hari ini, sekali-sekala anda akan melihat ketua kumpulan ini iaitu Bagio, berlakon dalam cerita-cerita Melayu.

Jadi lagu ini tentang apa? Ia tentang kisah ahli sufi yang menyerahkan sepenuh cintanya kepada Allah. Biar derita hidup di dunia, tetapi kasih kepada Allah tidak akan berubah. Inilah jalan Sufi.
Lirik Sufi
Album: Kurnia
Tahun: 1993


Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah dihina kau tak berubah

14) Insan - Yantzen



Lagu ini terdapat dalam album solo kedua Yantzen setelah beliau meninggalkan kumpulan Rusty Blade. Insan adalah lagu yang sangat popular dan pernah mendapat anugerah lagu yang paling lama bertahan dalam carta Top 20 Muzik-Muzik satu ketika dahulu (40 minggu lebih jika saya tidak silap). Lagu yang menyentuh tentang konsep keinsanan ini pernah dinyanyikan semula oleh kumpulan nasyid Rabbani.
Lirik Insan
Album: Impian '94
Tahun: 1994


Kita adalah insan
Menumpang di atas dunia
Aku dengan cara ku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar keredhaan-Nya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

13) Haji - Sweet Charity



Saya sudah beritahu tadi, dan saya beritahu sekali lagi: Jangan menduga orang dari cara mereka berpakaian. Siapa sangka kumpulan Sweet Charity ini pernah membawakan lagu yang sungguh syahdu sekali . Jika anda rindukan Baitullah, tetapi masih belum berkemampuan untuk pergi, maka dengarlah lagu ini. Oh ya, terdapat juga bunyi pukulan beduk di dalam lagu ini.

Teka-teki: Cari Ramli Sarip dalam gambar ini.
Lirik Haji
Album: Penunggu
Tahun: 1982


Setelahku hadapkan
Wajahku di rumah-Mu
Barulahku sadari keagungan-Mu

Laa Ilaahi ya Rabbi
Ampunilah diriku
Berikanlah bimbingan kedamaian

Terasa hidup ini
Tiada berarti
Tanpa rahmat Ilahi
Jiwaku sunyi
Ku bermohon setulus hatiku
Serahkan diriku ini
Tuntunlah jalanku

Setelahku hadapkan
Wajahku di rumah-Mu
Barulah ku sadari keagungan-Mu

Tuhan ku datang pada-Mu
Tuhan ku ketuk pintu-Mu
Oh segala puji untuk Mu
Tiada selain dari Mu

12) Tetamu Senja - Kopratasa



Kumpulan trio yang bernama Kopratasa ini sememangnya tidak asing lagi bagi peminat lagu-lagu puisi dan rakyat. Tetamu Senja asalnya adalah sebuah puisi yang ditulis oleh A. Samad Said bertajuk Kita Ini Tetamu Senja. Harus diingatkan bahawa lagu ini telah diubahsuai sedikit (dalam 1%) dari bait-bait puisinya yang asal.

Cukup menyedihkan apabila puisi ini seperti direndah-rendahkan tarafnya oleh para peserta Akademi Fantasia yang tidak tahu menghayatinya.
Lirik Tetamu Senja
Album: Sesetia Malam
Tahun: 1996


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

11) Untuk Kita Renungkan - Ebeit G Ade



Di tangga ke-11 adalah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi yang berasal dari Tanah Seberang, Ebiet G. Ade.. Lagu-lagunya memang sangat puitis.
Lirik Untuk Kita Renungkan
Album: Tokoh-tokoh
Tahun: 1982


Kita mesti telanjang
Dan benar-benar bersih
Suci lahir dan di dalam batin
Tengoklah ke dalam sebelum bicara
Singkirkan debu yang masih melekat

Anugerah dan bencana
Adalah kehendak-Nya
Kita mesti tabah menjalani
Hanya cambuk kecil agar kita sadar
Adalah Dia di atas segalanya

Anak menjerit-jerit asap panas membakar
Lahar dan badai menyapu bersih
Ini bukan hukuman hanya satu isyarat
Bahwa kita mesti banyak berbenah

Memang bila kita kaji lebih jauh
Dalam kekalutan
Masih banyak tangan
Yang tega berbuat nista

Tuhan pasti telah memperhitungkan
Amal dan dosa yang kita perbuat
Ke manakah lagi kita kan sembunyi
Hanya kepada-Nya kita kembali
Tak ada yang bakal bisa menjawab
Mari hanya runduk sujud pada-Nya.

10) Permaidani - Aris Ariwatan



Ini lagu bersifat keTuhanan yang sering dinyanyikan kembali oleh ramai penyanyi tanahair yang lain. Kumpulan nasyid remaja, Saujana, juga pernah menyanyikannya semula.

Lagu yang sering juga menjadi lagu latar drama-drama Melayu ini, di samping banyak kali diputarkan di RTM ketika datangnya bulan Ramadhan, telah berjaya mendapat status evergreen, baik di kalangan peminat nasyid atau pun bukan.
Lirik Permaidani
Album: Balada Orang Berdosa
Tahun: 1992


Rimbun dan redup kasih-Mu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsan-Mu
Walau ku sedari

Oh nyamannya
Bila diperlukan rindu-Mu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada-Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

9) Dari Tuhan - Wings



Dari Tuhan adalah satu lagi lagu Wings yang bersifat keTuhanan. Pada hari ini, peminat nasyid tanah air hanya mengetahui kewujudan lagu ini setelah Raihan merakamkannya semula dalam album Allahu. Dalam rakaman semula ini, Awie yang merupakan bekas vokalis Wings, telah turut dijemput sama untuk menjayakannya. Rasanya, suara Awie dalam lagu asal adalah lebih mantap dan padu.
Lirik Dari Tuhan
Album: Belenggu Irama
Tahun: 1987


Tuhan
Berombak lautan
Tajam duri di hutan
Begitu kuasa-Mu
Kepada alam

Insan
Renangi lautan
Tempuhi onak tajam
Ada balasan
Untukmu insan

Bila mentari terpadam
Kita akan dibangkitkan
Menerima harapan
Atau kepanasan

Insan
Berseri cahayamu
Bersinarlah budimu
Kerana ketakwaan
Kepada Tuhan

8) Silaturrahim - Bumiputra Rockers



Anak-anak Bumiputera ini memang suka mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Silaturrahim adalah lagu yang merupakan satu komentar sosial terhadap sikap penduduk bandar yang semakin individualistik.
Lirik Silaturrahim
Album: Era 90'an
Tahun: 1991


Aku sendirian di sini
Terbujur berdiri
Di tengah kota

Ramai manusia di sisi
Sombong dan tidak
Bertegur sapa

Bagaimana harus aku buktikan
Silaturrahim suruhan Tuhan
Sampai bila, sampai bila
Begini..

Jika kita hidup di perbatasan
Peluru tidak kenal kasihan
Sampai bila, sampai bila
Begini..

7) Perjalanan Hidup - Ramli Sarip



Sekali lagi Ramli Sarip. Sekian adanya.
Lirik Perjalanan Hidup
Album: Perjalanan Hidup
Tahun: 1987

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian, rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam, surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Dimana berakhirnya perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku, oh Tuhanku
Lindungilah hamba mu yang hina ini
Aku setia hanya padamu, oh Tuhanku

6) Permata Untuk Isteri - Kopratasa



Lagu yang sudah berusia lebih 10 tahun ini adalah antara lagu paling popular dari Kopratasa. Jika anda tanya saya apakah lagu cinta terbaik yang ada di dunia ini, maka saya jawab: Permata Untuk Isteri. Lagu ini jauh lebih bagus dan bermakna dari nasyid yang meleleh-leleh pada hari ini.

Jika anda meminati lagu ini, maka mungkin anda akan meminati juga lagu Senandung Untuk Zubaidah dan Kekasih yang turut dinyanyikan oleh Kopratasa.
Lirik Permata Untuk Isteri
Album: Sesetia Malam
Tahun: 1996


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau berilti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

5) Berita Kepada Kawan - Ebiet G Ade dan M. Nasir



Lagu ini pada asalnya dinyanyikan secara solo oleh Ebiet G. Ade. Namun, versi duet bersama M. Nasir dalam Konsert Akar adalah kedengaran lebih merdu, bertenaga dan harmoni. Setelah lebih 25 tahun dicipta, lagu ini menjadi popular kembali di Indonesia dan Malaysia selepas tragedi Tsunami yang melanda Acheh di akhir 2004.

Lirik lagu ini ada sedikit kontroversi, iaitu pada ayat "Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita". Untuk lebih selamat, kita nyanyikan lagu ini sepertimana yang dilakukan oleh Ustaz Akhil Hayy. Beliau mengubah ayat itu menjadi "Itu tanda Tuhan murka melihat tingkah kita".
Lirik Berita Kepada Kawan
Album: Camelia II
Tahun: 1979


Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk di samping ku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menambah kering rerumputan
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumpun yang bergoyang

4) Senandung Hidup Berbudi - Ramli Sarip dan Jay Jay



Jika anda meminati Lukisan Alam oleh Hijjaz, maka tambahkan lagu Senandung Hidup Berbudi ini dalam koleksi anda. Begitu jugalah sebaliknya. Sebagai nota tambahan, Jay Jay adalah bekas penyanyi kumpulan Carefree yang popular dengan lagu Belaian Jiwa dan Rindu Bayangan.
Lirik Senandung Hidup Berbudi
Album: Ziarah Seni
Tahun: 1994


Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai

Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan
Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang ditadbir

Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau menggadai diri

Mencari penghormatan
Janganlah sampai terkorban
Yang mulia pasti kita hormatkan
Yang rendah jangan dihinakan

Tenang di air yang tenang
Jangan di sangka boleh direnang
Kail panjanglah sejengkal
Janganlah lautan hendak diduga

Itulah pesan orang lama
Menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
Menjadi panduan hidup berbudi

3) Lagu Untuk Seorang Ibu - Kembara



Kumpulan Kembara terkenal dengan lagu-lagu rakyatnya yang bersifat komentar terhadap situasi sosial semasa. Dalam kumpulan inilah M. Nasir memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi. Lagu yang terdapat dalam album pertama mereka ini mampu membakar semangat anak-anak muda untuk berbakti kepada ibu bapa.
Lirik Lagu Untuk Seorang Ibu
Album: Kembara
Tahun: 1981


Ibuku mengapa engkau menangis
Apakah yang kurang
Walaupun ayah telah tiada
Itu tak bermakna akhirnya hidup kita
Ibuku tenangkanlah hatimu
Kerna suria kan pasti menjelma

Usia mudaku tak menghalang diriku
Untuk membela dirimu

Ayahku walaupun engkau gugur
Kerna Pertiwi
Namun jasamu ku kenang selalu
Ku mahkotakan ke puncak cemara

Nanti bila aku sudah dewasa
Ingin ku menjadi pemimpin negara
Akan ku bela nasib kita
Itulah sumpah anakmu

Dari itu hentikan tangisan
Pandanglah masa depan
Betapa ku cinta padamu
Pelukanmu menguatkan semangatku
Duhai ibuku dengarkanlah lagu
Untukmu..

2) Samarkand - Bloodshed



Kumpulan ini jika dinilai berdasarkan namanya, seakan-akan sebuah kumpulan Black Metal. Tapi sebenarnya tidak. Lagu paling popular mereka, iaitu Srikandi Cintaku adalah lagu yang wajib diketahui oleh peminat rock kapak tanahair. Samarkand adalah lagu kedua paling popular mereka.

Tidak semua orang tahu lagu Samarkand ini tentang apa. Samarkand adalah satu wilayah di Uzbekistan yang pada satu masa dahulu berada di bawah kongkongan Kesatuan Soviet (ketika lagu ini dihasilkan, USSR masih lagi belum roboh). Uzbekistan mempunyai dua buah bekas kota Islam yang sangat hebat, pertama Bukhara (di sinilah Imam Bukhari lahir), dan kedua Samarkand. Maka lagu Samarkand adalah tentang kebangkitan dan kebebasan kota Samarkand dari belenggu jajahan.

Samarkand juga adalah bekas pusat pengajian Islam yang agung yang terletak di tengah-tengah Jalan Sutera. Di sinilah Imam Abu Mansur al-Maturidi lahir dan meninggal. Imam Bukhari pula meninggal dunia semasa dalam perjalanan menuju ke Samarkand dan kuburnya tidak jauh dari kota ini.

Cuba dengar lagu ini, dan anda mungkin boleh merasakan satu semangat perjuangan meresap ke dalam diri.
Lirik Samarkand
Album: Samarkand
Tahun: 1988


Di antara debu angin bersama
Pasir-pasir bertaburan di sana
Bersemadi langkah perjuangan
Bersaksikan kebenaran

Samarkand kau tak terasing
Tindasan berlalu jiwamu satria
Walau getir ditempuh jua
Di Laluan Sutera
Mengalir ketenangan

Titis darah mensuci kekufuran
Mengerat rasa kasih pada-Nya

Samarkand kaulah pentas perjuangan
Indera alam tertumpu padamu
Demikian kesetiaanmu
Perjuangan murni
Keagungan di jiwa
Samarkand.. Samarkand..
Samarkand sebahagian dari kebangkitan

Samarkand engkau tak terasing
Tindasan berlalu jiwamu satria
Tak hiraukan kekejaman
Semakin tertekan
Iman makin terbukti
Samarkand.. Samarkand..
Samarkand sebahagian dari kebangkitan
Samarkand sebahagian dari kebangkitan

1) Bukan Kerana Nama - Ramli Sarip dan A. Romzi



Okay, okay. Ini kali terakhir Ramli Sarip muncul kerana kita sudah pun di tangga yang pertama. Tentang A. Romzi, beliau merupakan bekas ahli kumpulan kugiran The Hooks. Kini dengar-dengarnya A. Romzi sudah beralih ke arah muzik dakwah, tetapi tidak dapat dipastikan cerita ini.

Sebab saya meletakkan lagu ini di nombor satu? Baca liriknya dan dengar lagunya, maka anda akan tahu. Setelah lebih 20 tahun, Bukan Kerana Nama adalah lagenda muzik tanah air.
Lirik Bukan Kerana Nama
Album: Bukan Kerana Nama
Tahun: 1986


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama

Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerna dia merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat-laun hancurlah dirimu
---------------------
Rumusan dan lagu Top 20 Nasyid yang Bukan Nasyid (disusun dari tangga-20 dan menaik):

20) Alam Barzakh - Wings
19) Maghrib - Bumiputra Rockers
18) Kau Satu-satu-Nya - Ukays
17) Hijau Bumi Tuhan - XPDC
16) Kau Yang Satu - Ramli Sarip
15) Sufi - Damasutra
14) Insan - Yantzen
13) Haji - Sweet Charity
12) Tetamu Senja - Kopratasa
11) Untuk Kita Renungkan - Ebiet G. Ade

10) Permaidani - Aris Ariwatan
09) Dari Tuhan - Wings
08) Silaturrahim - Bumiputra Rockers
07) Perjalanan Hidup - Ramli Sarip
06) Permata Untuk Isteri - Kopratasa
05) Berita Kepada Kawan - Ebiet G. Ade & M. Nasir
04) Senandung Hidup Berbudi - Ramli Sarip & Jay Jay
03) Lagu Untuk Seorang Ibu - Kembara
02) Samarkand - Bloodshed
01) Bukan Kerana Nama - Ramli Sarip & A. Romzi

Kembali ke permulaan carta...

Dan ini lagu-lagunya:





Sebagai penutup, sentiasa ingat bahawa muzik adalah alat dan bukannya matlamat hidup di dunia ini. Jika anda kaki muzik sekali pun, akan sentiasa ada ruang untuk anda menjadikan dunia ini tempat yang lebih selesa, aman dan selamat untuk didiami. Rock rock juga, akhirat jangan lupa.

Tiru Yusuf Islam, tiru Bono!

----------
Kredit: Gambar dan kulit album artis diambil dari pelbagai sumber yang bertebaran di internet. Oleh kerana agak rumit untuk mencari dan memberikan kredit kepada kesemua tukang upload yang asal, maka saya tidak meletakkan sebarang kredit di sini. Sila hubungi saya jika anda rasa anda patut diberikan kredit. Terima kasih!

40 Komen Tambah Komen↴

Assalamu`alaikum.

Ouch, hamba tidak menyangka akan mendengar kata² ini lagi dari orang lain setelah mendengarnya dari seorang "doktor falsafah" yang kini sudah menjadi "mufti termuda" di sebuah "negeri terkecil" di Malaysia yang pernah menyuarakannya di sebuah "rancangan kuliah" di sebuah "stesen TV swasta".

Tapi kalau dari dia, mungkin hamba faham, agaknya dia nak kata kumpulan nasyid kita sekarang ni dok buat benda bid`ah la kot. Makanya dia pun mengutuklah kumpulan nasyid yang dok ada sekarang ni dan memuji pula penyanyi bukan nasyid yang menyanyikan lagu yang lebih Islami daripada nasyid... itu menurut dia. Barangkali menyanyi lagu rock yang ada selit lagu berunsur nasihat itu tidak sebid`ah menyanyi dalam kumpulan nasyid, menurut dia juga.

Jangan salah faham, hamba sebenarnya setuju bahawa ada lagu yang "bukan nasyid" yang dinyanyikan oleh "bukan kumpulan nasyid" yang ada unsur Islami, dan hamba juga minat lagu² macam ini. Dan saya setuju dan meminati SEPARUH daripada lagu² yang terdapat dalam "top-20" ini (separuh sebab separuh lagi tak pernah dengar, maklumlah, muda lagi, tak minat pulak mendengar lagu ketika lagu² berkenaan diputar di radio pada zaman tu).

Ohoh, lagu DAMASUTRA (yes, Bagio! Dulu hamba kompius nama ini dengan perkataan "bagero") tu pun lagu Islami ropanya. Memang la dok perasan dia dok sebut "tirai sufi", "tirai sufi", tapi ingatkan saja main sebut ja, hahah! Lagu ni mengingatkan hamba kepada perkelahan di Bukit Wang! Oh, zaman kanak²ku...

Ahem, balik pada topik, yeah, hamba setuju pada ke"baik"kan yang terdapat pada lirik² lagu mereka ini, biarpun mereka ni "rockers" atau bukan "penyanyi nasyid yang berkopiah" (ini ayat mufti termuda). Ebiet G Ade (owh, kontroversi ni, orang Indonesia persoal kita pakai lagu dia dalam iklan Petronas!), Kopratasa (mah faveret!), Aris Ariwatan (okay jugak), Ramli Sarip (Papa Bear... eh salah, Papa ROCK!), semua sekali lah, memang ada lagu mereka yang hamba minat.

Nak tambah lagi, lagu² DEWA 19 dari album Republik Cinta mereka pun Islami juga. Lagu SATU dan LASKAR CINTA (baru² ni diduetkan oleh Dewa 19 dan Rabbani di KL).

Dalam dunia fiksyen pulak, band rock yang diberi nama DONKOLL dari sinetron KIAMAT SUDAH DEKAT juga memperjuangkan lagu² Islami (setelah ketua band berkenaan jatuh cinta dengan seorang wanita bertudung anak kepada seorang kiyai).

Jadi, kesimpulannya, lagu² begini memang bagus, mantap, wajar "diiktiraf" (oleh hamba sajalah, sang pendengar "kasual" yang tidak bertauliah ini) sebagai "nasyid".

Dan hamba setuju dengan tuan blog mengenai ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi..........
.
.
.
.
.
.
.
.
Mengulangi kata² "mufti termuda" membuatkan hamba rasa tidak enak. Secara jujur, hamba mengatakan hamba tidak tahu dimanakah "melelehnya" lagu nasyid zaman sekarang.

Mungkin ianya berlaku sekitar 10 tahun dulu kot (hamba tak tahu, zaman tu hamba tak dengar/layan lagu LANGSUNG)?

Mungkin ianya dibawa oleh "gelombang kedua"/"generasi kedua" band nasyid kontemporari kot? Hamba perasan la jugak kat jodol album/lagu depa semua tu ada la kalimah "kasih²", itu kasih, ini kasih.

Mungkin juga, sebab band nasyid pada zaman ini menggabungkan dua atau lebih kalimah bahasa Inggeris untuk membentuk perkataan bahasa Melayu atau Arab sebagai nama band mereka. Mereka pakai kurta dan kopiah putih atau bermacam kaler. Mereka pakai kot (kot baju, bukan kot orang Kedah!).

Hamba juga DAHULUNYA, terpengaruh dengan sentimen sedemikian rupa, sebab hamba dulu memang "anti" dengan band nasyid yang ahlinya "sebaya" dengan hamba ni, hahah (faktor "jeles" terhadap mereka turut diambil kira)! Nampak ja jodol mereka ada "kasih", terus hamba kata "lagu mereka ni cintan lagi jiwang karat!".

Namun, zaman beredar, manusia berubah, dan, seperti tajuk episod pertama siri animasi TMNT (2003), "Things Change". Persepsi hamba pun banyak berubah. Dari yang ambil ringan, "transform" kepada ambil berat soal agama (tapi malangnya tercenderung Wahhabi), dan "henshin" lagi kepada diri hamba sekarang.

Eh, melalut pulak! Balik pada lagu. Aaa... IKIM.fm memunculkan dirinya sekitar 5 tahun dahulu. Di situ, berpeluang mendengar lagu nasyid 24 jam, plus lagu bukan nasyid tapi Islami dinyanyi penyanyi bukan nasyid yang sungguh "rare" dan tak didengar oleh sesiapapun melainkan dia ada album yang mengandungi lagu berkenaan, membuka minda. Nak jadi lagi syok tu, boleh kata satu perlima daripada senarai lagu top-20 ini ada diputarkan di stesen radio berkenaan (sekurangnya dalam bentuk yang original, sementara yang dinyanyi semula oleh penyanyi lain hamba tak kira, sementara ada pula yang terlalu "keras" batunya (faham tak? Batu? Rock? Ahahaha!) menurut standard Syed Ali Tawfik Al-Attas dan akibatnya tak lepas censorship ke playlist radio IKIM).

Bila dengar banyak kali, oh, baru tahu, lagu yang ada "kasih" tu, memang la ada "jiwang karat"nya, tapi ropanya lagu sebegitu tak banyak sangat pun peratusannya. Kalau masuk statistik, boleh kot kita kata sebagai "kes terpencil". Tak tahulah. Yang hamba tahu, di radio IKIM sekarang ni, rasanya takdak pun lagu nasyid meleleh. Dan rasanya hamba pun tak berjumpa dengan band nasyid mana² yang buat lagu meleleh. Hamba salah dengar radio atau salah dengar lagu nasyid kot? Radio tu 24 jam, dan hamba memanglah tak mampu nak dengar 24 jam secara direct, haha! Ataupun definisi hamba mengenai nasyid ini tidak betul? Waw!

Hoho, membandingkan lagu nasyid itu se"meleleh" lagu Tomok Newboyz tu rasanya, bak kata orang Indonesia, "agak kelewatan". Ah, baru teringat, Tomok pernah nyanyi duet dengan band nasyid mana entah, nyanyi satu lagu nasyid. Tapi tak pasti la itu lagu meleleh atau tidak.

Hai, tak mengapalah munsyid sekalian. Hangpa buatlah apa yang hangpa nak buat pun. Asalkan ianya baik, sudahlah. Nak buat lagu cinta nanti kena label "meleleh". Nak buat lagu rancak nanti kena label yang lain pulak. Payah sungguh menjadi hangpa semua ni. Tak mengapalah, kot mana pun hamba sapot hangpa semua, dan ucap terima kasih kerana memberikan hiburan "alternatif" (hahah, sedih jugak apabila sesuatu yang "Islami" ni bukannya "utama" tetapi sekadar "alternatif"). Daripada mendengarkan lagu omputeh yang asyik dok mengajak orang berzina tu, kira okay lagilah mendengarkan lagu² hangpa.

P/S: Oh, suara Awie (yang kedengaran agak "budak²" lagi tu) dalam lagu DARI TUHAN versi asal tu, mengingatkan hamba kepada vokalis kumpulan Kristal! Almaklumlah, anak murid Awie!

P/S lagi: Waduh, nanti sepuluh tahun akan datang, ramai lagi penyanyi lain akan nyanyi semula lagu yang sedia ada. Ada yang hamba baru tahu bahawa lagu yang hamba dok dengar selama ini rupanya dah pernah dinyanyikan oleh orang lain DUA PULUH TAHUN lalu. Ini membuktikan bahawa kreativiti manusia.... terbatas, hehe...

Lagi² P/S: "Tiru Yusuf Islam, tiru Bono!", kata anda. Hamba tambah lagi, "tiru juga Bang Fandi dari band DONKOLL"... biarpun dia cuma watak fiksi... ;)
"Okay man!", sahut si Saprol.

Bila Diri Disayangi - Ukay's

Tanpa Nama

Terjumpa link blog saya di sini.
U got a good blog, here.

Tanpa Nama

Aku yg masih di perjalanan,

Salam,

Singgah di blog ini memang btul give me a lesson..
Tahniah kerana come out dgn post ini,
apa yg kalian katakan benar..
Nasyid yg kita harapkan menjadi nasyid yg benar2 nasyid, ada yg mengecewakan kita, tapi InsyaAllah tak sume yg mengecewakan..

Menyentuh bab nasyid cintaz yg tuan hamba kata itu,

Btul la jugak..
hu3..
maleyh nk dgor, hu3 boleh buat diri lagha ..

Tapi..
berfikir sejenak..
Kot2 kalau ade yg tercari lagu untuk dipasangkan time kenduri kahwin..
I'm surely will choose that nasyid yg sebelum ni sy kata "nothing" tue...

Why?
Hu3 drpd sy pilih lagu Ratu ke? Irwan syah ngan "sepatria" tue?
atau penyanyi lain (tak mau ckp lagu dr Malaysia,nanti terpanjang pulak komen nie.. hu3 tak tau la nape bnyak tak suke ngan lagu2 indon.. adeyh.. ngade2 je tgok die org tue.. hu3 tp I'm not racism, Alhamdulillah I love songs from Opick and karya Kang Abik.. NICE ;) )

*minta maaf jika terkasar penggunaan bahasa.

Actually sy tak jwab lagi kenapa saya pilih lagu nasyid yg ade "kasihz" tue dr lagu yg usually dipasang kat kenduri kahwin dan menjadi tema utk perkahwinan.
quote skit" Duduk bersanding .... mata menjeling....." hu3... dah lah bersanding xde dlm syariat ... pastue gie jeling2 pulak..
tapi kalu org yg suami Isteri tue yg menjeling tak per la..
nie..
org yg tak kahwin pun ikut menjeling2 sama... adeyh.. nasib baik mata tak juling jer..

Maaf terbeleter pulak,

So as my decision to choose lagu nasyid yang still taking it lane as Islamik song.. I mean, they still mention about something yang eihter more or less ada unsur Islamik disitu.. Better saya pilih lagu nasyid tu kan?? ye tak cik kiah?? Selain ada yg suggest pasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran..

Sy membuat kesimpulan bhw..
Things come with good and bad... It's up to you to decide..
Seperti panasnya si api yg mampu membakar rumah/dan hutan.. tapi api mampu mencairkan si besi untk dibentuk menjadi pedang/pisau..
and just like pisau...
it's up to you to use it utk potong daging ayam ataupun "potong daging manusia"(kill people)..

Ramai yg ckp nasyid skrg dah x nasyid... haih.. nanti saya harap "kalian" datangkan nasyid yg menjadi dambaan setiap insan eh..

Really.. it's hard untuk memuaskan hati sume insan..

But u can try.. InsyaAllah..

Saya meluahkan kerana rasenye tak tau nk luahkan kat mana.. maaf sekali lagi jika ayat2 saya menusuk kalbu ,menghiris jiwa..

Kerana saya akui..
saya juga tak terkecuali melakukan kesilapan..

Just my 3 cents...

Wallahu'alam

Salam

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam dan terima kasih kepada yang menulis komen. Kepada Convoy, sesungguhnya diri hamba ini tidak seangkatan dengan mereka yang sefikrah dengan Mufti Perlis itu.

Saya pernah juga membaca komentar seorang penyokong kuat Dr Asri tu yang mengatakan Ustaz Akhil Hayy punya konsert kat Kelantan (yang PAS jemput tu) sebagai bidaah. Katanya sebab melagu-lagukan zikir. Malaslah nak layan orang-orang macam depa ni.

Tentang bila nasyid mati, bagi saya ia mula mati apabila In-Team muncul. Kejayaan album pertama In-Team membuatkan ramai munsyid dan syarikat rakaman cuba melakukan perkara yang sama..ini apa yang kita namakan Bandwagoon Effect.

Apapun, cuba cari kumpulan nasyid mana hari ini yang lagu-lagunya berjaya mendapat status evergreen, truly memorable dan boleh pula diterima oleh semua peringkat usia dan golongan, seperti mana yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan nasyid kontemporari yang muncul pada akhir dekad 90-an.

TNB, ye terima kasih. Teruskan juga penulisan di blog awak. Make it better by adding more depth in it.

Kepada anonymous di atas pula, memang sukar untuk memuaskan hati semua insan. Tetapi apabila golongan peminat veteran nasyid (maksud saya yang lebih veteran dari saya juga) sudah mula bising-bising dengan nasyid saat ini, maka itu sudah tentu tidak ada yang kena.

nah lagu nasyid yang bukan nasyid aku no 1:

1 2 3 4 aris ariwatan
http://www.youtube.com/watch?v=Mx6BVrO0PU8

Hoho, ketahuilah wahai cikgu, hamba sudah mengenali blog anda ini LAMA sebelum hamba memaparkan diri hamba di sekitar sini, jadi pastilah hamba tahu anda memang BUKAN sefikrah "mufti termuda".

Bahkan blog andalah antara blog PERTAMA yang tidak menyokong geng "mufti termuda" itu yang hamba temui di dunia siber ini (dan sekaligus antara yang pertama yang "memulihkan" hamba daripada terpengaruh geng "mufti termuda" itu). Atas sebab ini hamba mengucapkan terima kasih.

Cuma hamba menyatakan apa yang anda bangkitkan itu "senada" dengan apa yang encik mufti tu pernah sebut setahun lalu.

Ahem, hehhehehe, hamba sudah mengagak, mesti kumpulan yang "berkenaan" yang anda maksudkan sebagai pembunuh nasyid di Malaysia! ;)

Ya, kumpulan yang, bagi hamba, berjaya menggabungkan DUA kalimah bahasa Inggeris dan membentuk suatu istilah yang selari maknanya, baik dalam bahasa Inggeris mahupun dalam bahasa Melayu! Kira boleh diucapkan tahniah juga kepada kumpulan nasyid ini!

InTeam, peh, kreatif jugak namanya tu!

Berbanding dengan DeHearty (serpihan InTeam) yang malangnya membawa makna negatif dalam bahasa Inggeris, hahah!

Sejajar dengan pandangan anda, terus terang hamba pun menyangka sedemikian ketika pada awal kemunculan mereka, iaitu mereka ini "perosak" kesucian nasyid.

Tapi setelah hamba mendengar atau terdengar sendiri lagu² mereka, hamba dapati, seperti yang diucapkan, lagu "jiwang" mereka cuma sedikit.

Mungkinlah sekadar ingin "mencuri" perhatian remaja kot?

Tapi mendengarkan lagu mereka yang lain, ish, rasanya tak jiwang atau meleleh pun.

Kalau anda maksudkan meleleh dalam ertikata lagu cinta-cintun (atau macam kata² manusia sefikrah "mufti termuda", CINTA ANTA-ANTI), ya sekali lagi hamba ulangi, lagu mereka yang sebegitu tak banyak.

Kalau meleleh dari segi irama lagu mereka secara keseluruhan? Wow, ini tak dapek nak dikomentarkan lagi, sebab ianya adalah pilihan kumpulan itu sendiri.

Lepas itu ada yang kata, "nasyid sekarang bukan lagi nasyid".

Hahah, nanti kalau main² dengan istilah atau bahasa, orang makin kompius pulak, sebab nasyid itu maksudnya ialah lagu (dalam b.Arab la kan?)!

Tak ka pelik orang kata "lagu sekarang bukan lagi lagu"? Lainlah kalau kita kata "rap bukan lagu" sebab dalam rap bunyi macam orang bercakap bukannya menyanyi.

Tapi sekarang ada rapper yang menyelit dalam lagu nasyid, baik di sini mahupun di barat.

Oh, ya ka barat pun ada band nasyid???

Apakah mereka ini tak boleh atau tak layak dipanggil grup nasyid dalam definisi yang kalian semua fahami?

Apakah mesej dakwah mereka tak sampai?

Oh, coba tanya pandangan Imam Zaid Shakir tengok, hehheh...

Hemm, biasalah, manusia kan berbeza pendapat, mestilah ini perkara yang normal.

Ada sahabat hamba yang minat Rabbani dan Hijjaz, tapi anti Raihan (biarpun tanpa Raihan, tak terbangkit barangkali band yang lain tu. Oh ya, sahabat hamba yang ini seorang lelaki).

Ada yang minat Raihan, Hijjaz, InTeam, Mestica, tapi "cannot go" dengan Rabbani (ha, sahabat hamba yang ini pula seorang perempuan).

Ada pulak yang tak suka Rabbani asosiasikan diri dengan KRU sampai ada unsur rap dalam lagu depa.

Ada pulak yang suka bandwagon nasyid sekarang dan tak minat nasyid generasi Raihan.

Ada pulak yang suka nasyid sekarang (band atau bandwagon) dan tak minat stail nasyid dulu yang suka berdiri, terhangguk kepala sambil kiam tangan di dada ketika menyanyi.

Ada yang secara keseluruhannya tak suka nasyid kontemporari, dan lebih bergantung pada lagu nasyid zaman dulu.

Namun, bagi yang tak minat nasyid langsung, depa akan kata "peduli hapa haku, hahah!".

Nah, begitulah pelbagai "mazhab" terhadap industri nasyid tanah air ini.

Tapi di Malaysia ni nampaknya agak teruk juga label melabel ni, sampaikan ada band nasyid yang mengisytihar diri mereka bukan lagi band nasyid (sungguhpun masih memaparkan lagu Islamik) hanya kerana mereka bercadang nak pakai bunyi gitar dalam muzik mereka.

Malah ada pula individu yang keluar dari bandwagon nasyid dan menyanyi solo yang langsung mahu lari dari imej "stereotaip" penyanyi nasyid, biarpun masih menyanyikan lagu berunsur Islamik, dan ada pula yang memang dari awal menyanyi solo, dan pakai tudung dan nyanyi lagu ala nasyid, tapi dengan TEGAS tak mahu dilabel penyanyi nasyid, kenapa?

Mungkin kerana mereka tak mahu kena tempias label sebegitu kot?

Atau mereka tak mahu seandainya mereka buat silap, nanti nama "nasyid" itu sendiri yang akan ditarik sekali untuk diburukkan.
.
.
.
.
.
Apahalpun, untuk menanyakan apakah lagu evergreen yang boleh disenaraikan dari bandwagon nasyid zaman sekarang, mungkin tidak adil jika ditanya sekarang.

Kena tunggu lagi sepuluh atau dua puluh tahun, haha, nanti baru kita boleh tau yang mana satu evergreen dari bandwagon nasyid zaman moden.

Tu pun tak adil jugak, sebab manusia ni memang secara kebiasaannya akan menyanjung yang lebih lama ketimbang yang lebih baru.

Lagu yang bukan nasyid pun orang suka lagu lama. Lagu omputeh ka, hatta lagu raya pun!

Filem pun orang akan puji filem klasik.

Komik pun orang suka yang lama².

Sebagai gamer, hamba juga suka game² lama².

Orang pun akan respek orang lama ketimbang orang baru, malah dari situlah datangnya istilah OTAI (Old Timer), kan?

Atau... veteran?

Orang juga suka zaman lama, depa akan kata "those simpler old days...".
.
.
.
.
.
.
Jadi seruan saya di sini ialah, marilah bersikap adil menilai bandwagon nasyid sekarang secara lebih menyeluruh, sebelum kita pun meloncat masuk ke suatu bandwagon pemikiran yang menolak mentah² bandwagon nasyid sekarang kerana alasan "lagu mereka meleleh".

Wow, aku mesti berhenti menulis di sini...

Sekian, terima kasih.

Wassalam. =)

Pada pandangan saya perbezaan utama antara nasyid sekarang dengan nasyid pra-INTEAM (jika boleh dikatakan demikian) ialah pada lirik. Lirik nasyid pra-INTEAM (sekali lagi, jika boleh dikatakan demikian) adalah mudah dan jelas kepada maksudnya. Mendengarnya membawa kita terus kepada mesej yang hendak disampaikan. Berbeza dengan nasyid sekarang, liriknya terlalu puitis. Mendengarnya membuatkan kita tenggelam dalam keasyikan melodi tetapi mesej yang hendak disampaikan ? Contohnya saya meminati lagu Layar Keinsafan - Mestica (huhu, malunya nak ngaku) namun secara jujur saya tidak begitu menghayati maksud yang disampaikan. Saya cuma tertarik kepada melodinya. Akhirnya ia menjurus kepada apa yang saya rasa telah disimpulkan dengan baik dalam artikel:-

Nasyid Kontemporari Hilang Arah - http://saifulislam.com/?p=120

Dan sekadar makluman, koleksi nasyid2 lama boleh didapati di laman http://wewr.multiply.com/ . Cukup untuk mengubat rindu bagi mereka yang telah kehilangan koleksi kaset-kaset nasyid ataupun tiada cassete player di zaman serba canggih ini ;)

Tanpa Nama

Convoy, haha manusia memang macam-macam. Apapun, sebagai menutup perbincangan hamba dan tuan hamba, ingin hamba petik kata-kata Tuan Al-Bakistani:

"Ada sebilangan kumpulan nasyid, nyanyian mereka tidak dinafikan kehebatannya, tetapi nyanyian tersebut bukanlah dapat menaikkan semangat jihad fi Sabilillah, keinsafan dan sebagainya, tetapi nyanyian itu sekadar meluahkan semangat “Jiwang karat” terhadap pendengar."

Dipetik dari Kesenian yang Membina Keinsafan.

Kamal, saya setuju sangat. Terima kasih untuk pautan tu. Ada juga satu lagi yang Ustaz Hasrizal tulis. Tajuk artikel tu Nasyid Kontemporari Mematikan Semngat Berjuang.

Jadi, kepada yang mahu buat kajian tentang perjalanan industri nasyid tanah air, 3 artikel ini adalah wajib dibaca:

1) Nasyid Kontemporari yang Mematikan Semangat Berjuang
2) Nasyid Kontemporari Hilang Arah
3) Kesenian Yang Membina Keinsafan.

Fuh, memang mengumpan ana nih. : )
Teringat aih zaman'head-bang' dulu.
Belum ada masa nak komen... sibuk. Insyaallah ada banyak benda nak sembang pasal nasyid, rock n muzik ni. Tapi takut tak cukup ruang komen. : )

Sabar... sabar... : )

salam,
apa pula pendapat kalian tentang qasidah?

Mengumpan ke? Hehe, memang pun. Dulu pernah tengok ada lagu Samarkand di blog Alexanderwathern ;)

None, qasidah ( serta mawlid, hadra, dan sebagainya) rasanya kita boleh kategorikan dalam kumpulan nasyid tradisional. Dalam entri ini, segala kritikan dan cadangan hanya difokuskan kepada nasyid kontemporari.

Aaaaahahahaha, memang sudah hamba jangkakan alasannya!
PUITIS!
Sebab lagu mereka PUITIS, maka kalian bilang lagu mereka MELELEH?
Sebab lagu PUITIS, ada yang tak faham, maka terus dibilang MELELEH?

Wow!
Adilkah?

Persoalan yang menarik untuk ditanya:
Apa salahnya lirik lagu mereka PUITIS?
Apakah lirik lagu 'straight forward' akan memberi kesan yang berbeza, kepada mereka yang tak pedulikan nasyid?

Hamba bukan berjiwa seni mahupun puitis.
Tapi hamba rasa.
Tak salah pula kalau sesuatu lagu itu bersifat puitis.
Takkanlah "haram" bagi sesuatu lagu nasyid itu bersifat puitis?
Kenapa orang yang melahirkan perasaan secara puitis dipanggil "jiwang karat"?
Adui, kasihan!

Kemudian, apakah perlu semua lagu islamik mengajak kepada apa yang dilabelkan sebagai "jihad fi sabilillah"?
Sebab melihat pada 20 lagu "bukan" nasyid yang kalian anggap lebih islamik daripada bandwagon nasyid sekarang pun, tak semua yang mengajak kepada "jihad".
Malah ada lagu yang bersifat puitis di situ (hello? Kopratasa!)

Lagu pasal kematian?
Bandwagon nasyid sekarang pun ada lagu pasal tu.
Lagu pasal keesaan Ilahi?
Berlambak juga daripada bandwagon sekarang.

Oh, lagu sekarang berjiwa lembek?
Maka apakah kita perlu sentiasa "berkeras" hatta dalam seni yang sepatutnya "lembut" dan "halus"?

Hamba tak faham.
Coba fahamkan hamba.

Kalau boleh bagi contoh lagu yang meleleh itupun bagus jugak.
Jodol lagu serta liriknya sekali.
Boleh kita pakat² i`rab lagu tu bersama.
Jangan pakai "pukul rata".

Ataupun saya ada cadangan yang lebih menarik.
Usulkan kepada bandwagon nasyid sekarang.
"Haram"kan mereka daripada pakai label "nasyid" pada diri mereka.
Biarkan mereka dikenali sebagai "penyanyi" yang tiada bezanya dengan penyanyi lain.

Pi mai pun kita la ni dok salah pakai istilah "nasyid" pun.
Pi mai pun kerja depa dok cari duit secara menyanyi.
Orang ramai pun keliru dan dikelirukan.
(Oh wow, hamba bagi cadangan paling bernas yang pernah hamba fikirkan!)

Tak mengapalah.
Hamba memang bukan budak aliran sastera.
Hamba juga tak pernah masuk kumpulan nasyid atau tulis lirik.
Hamba cuma orang awam yang mengapresiasi seni seadanya.
Hamba juga seorang peminat nasyid yang menerima mana² lagu nasyid seadanya.
Jadi apalah nilai kata² hamba mengenai sastera atau nasyid.
Tak layak, tak pernah dapat ijazah.
Hohoho, mungkin juga hamba patut merombak semula "i`tiqad" atau pemahaman hamba mengenai seni yang mungkin salah.

Puitis di sini merujuk kepada lagu-lagu puitis mereka yang lebih mengangkat semangat jiwang karat. Memang mereka ada menghasilkan lagu-lagu yang tidak jiwang, dan tidak meleleh.

Tapi kena ingat bahawa dalam mana-mana kumpulan muzik (nasyid, rock, pop, dan lain-lain), perjuangan mereka akan diukur melalui MAJORITI lagu-lagu mereka yang paling popular.

Wings tidak pernah dilihat sebagai kumpulan yang mengajak manusia untuk menjadi lebih bertakwa kepada Allah, hanya semata-mata mereka menyanyikan lagu Alam Barzakh dan Dari Tuhan. Bloodshed juga tidak dilihat sebagai kumpulan muzik yang memperjuangkan nasib umat-umat Islam yang tertindas, hanya disebabkan salah satu lagu popular mereka adalah Samarkand.

Dalam satu album nasyid, jika ada 10 buah lagu, 7 lagu tidak jiwang (tapi tak popular) dan 3 lagi jenis yang meleleh-leleh (popular), maka mereka akan sentiasa diingati melalui 3 lagu mereka yang meleleh itu. Akhirnya first impression yang orang dapat: "Nasyid sekarang memang meleleh-leleh".

Bukan senang untuk membuang first impression seseorang. Ini disebabkan kesan psikologi imprinting. Kalau nak reset semula imprinting ini, maka sila buat satu revolusi dalam jenis lagu yang dihasilkan. Jika tidak, jangan salahkan orang ramai jika mereka melabelkan nasyid hari ini sebagai jiwang tak ingat.

Jangan fikir semua orang dalam dunia ini minat nasyid dan dengar Radio IKIM. Bagi jenis yang tidak minat nasyid dan tidak pula mengikuti Radio IKIM, apabila mereka terdengar lagu-lagu nasyid hari ini yang paling popular adalah jenis yang meleleh-leleh, maka mereka akan mempunyai persepsi bahawa lagu nasyid tidak ada bezanya dengan lagu-lagu yang bukan nasyid. Lantas, mengapa mereka patut mendekatkan diri mereka dengan nasyid? Tidakkah ini akan semakin menjauhkan mereka dengan nasyid?

Tidak kisah berapa banyak lagu tidak meleleh yang mereka buat, apa yang akan sentiasa dikira adalah lagu mereka yang paling popular adalah jenis yang bagaimana? Jenis yang mengangkat semangat jiwang karat, atau mengangkat rasa keinsafan dan ketakwaan kepada Allah?

Ini belum lagi ambil kira trend video klip nasyid seperti ini, ini dan ini.

Hmm..tengok video klip Ultraman Hadhari lagi semangat rasanya.

Pergi YouTube dan tengok view counts lagu-lagu nasyid yang jiwang dan tak jiwang.

BICARA NASYID BERSAMA TAWEL

Sungguh tak kusangka Tuan Tawel akan menulis tentang muzik. : ) Bukan apa, teringat zaman ‘jahiliyyah’ saya dahulu yang ‘full-time rocker’, yang membawa maksud ‘celik mata waktu pagi dengan muzik rock ataupun gitar, dan tutup mata terlena pada waktu malamnya juga dengan muzik rock ataupun gitar’. Sungguhpun begitu, solat jemaah di surau biasanya dapat takbir pertama. : )

Hendak disembang tentang dunia muzik lebih-lebih lagi dunia rock, tujuh hari tujuh malam belum tentu habis kerana banyaknya malumat dalam kepala ini suatu waktu dahulu. Sekarang, walaupun sudah bertahun-tahun meninggalkan semua itu tetapi rasanya masih mampu untuk bersembang tujuh hari tujuh malam lagi ni walaupun mungkin akan ada maklumat yang tersalah. Maklumlah, sudah lama benar.

Timbul keinginan menulis komen kerana ada magnet yang Tawel letakkan di sini-iaitu MUZIK ROCK dan lagu ‘SAMARKAND’ (Samarqand) dari kumpulan Bloodshed (kemudiannya Blackshed) (1). Kebetulan lagu ini selama berbulan-bulan menjadi lagu tema blog saya- ‘Bersama Alexanderwathern’. Saya buangkan lagu itu kerana masalah server (sudah lupa apa namanya)- tak mahu berbunyi, dulu OK saja. Memang saya tidak mahir dalam bab-bab ini, hendak guna Imeem pun tak tahu. : )

(1) Bloodshed asalnya ‘ganas’ tetapi jadi lembut sedikit atas politik syarikat rakaman, terpaksa ikut konsep yang ditetapkan agar boleh bikin duit. Hal ini menyebabkan vokalisnya mengundur diri lalu melahirkan diirnya yang sebenar melalui band underground ‘Punisher’. Kini dia sudah botak dan meneruskan kerjayanya sebagai pelukis/ pengajar di sebuah negara Eropah. Dalam satu ceramah Ustaz Akhil Hayy, diberitahu bahawa bekas vokalis Bloodshed ini mula berjinak-jinak dnegan ceramah. Wallahualam. Lagu lagenda mereka- Srikandi Cintaku http://youtube.com/watch?v=FOA9c8kTtSg&feature=related dan Samarkand http://youtube.com/watch?v=NW-TajgXPK4&feature=related . Dulu saya minat lagu ‘Mata Cinta’ nyanyian vokalis baru ketika Bloodshed sudah bertukar menjadi Blackshed.

Memang benarlah luahan Tawel tentang industri nasyid tanah air. Zaman Nada Murni Darul Arqam http://youtube.com/watch?v=6gZJUsxplNk dulu sudah berlalu. Dewasa ini, kebanyakannya KUMPULAN POP yang memakai kopiah sahaja. Roh nasyid sudah begitu banyak hilangnya, yang ada hanyalah ‘rentak nasyid’ mungkin sedikit-sedikit. Dunia nasyid yang sepatutnya digunakan untuk berdakwah, kini lebih memikirkan keuntungan hinggakan disebut orang ‘ustaz cari makan’. Ustaz Ashaari Muhammad http://youtube.com/watch?v=Y3YJxB7TU00&feature=related (untuk pengenalan sahaja, tidak bermakna saya menyokong) pernah mengkritik keras kumpulan-kumpulan sebegini (terutamanya yang ex-Arqam) dalam lagu ‘Satu Peringatan’ oleh Kumpulan Diwani (tajuk album juga ‘Satu Peringatan’). Contoh lagu Diwani http://youtube.com/watch?v=NvpJk72WMAM Malangnya Ustaz Ashaari sendiri pun melakukan kesilapan juga kemudiannya apabila mempromosikan kumpulan Mawaddah http://youtube.com/watch?v=He1pQ4YiIJA&feature=related secara melampau beberapa kali (dengan solekan, suara dan gaya).

Sebelum pergi lebih jauh, saya rasa eloklah mereka yang ingin tahu halal haram alatan muzik ini membaca sebuah artikel saya di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=10&mode=&order=0&thold=0 . Ada 4 siri kesemuanya.

Pada saya, penggunaan SEMUA ALAT MUZIK adalah HARUS. Semua rentak adalah harus SELAGI LIRIKYA LEBIH KUAT DARIPADA RENTAK. Apabila mendengar sesuatu lagu yang membuatkan kita terlalai daripada menghayati maksudnya tetapi lebih leka mendengar sedap alunan muzik dan irama lagunya, ELOKLAH DITINGGALKAN.

Dalam soal SUARA WANITA, saya AGAK TEGAS. Jika yang menyanyi itu seorang dan SUARANYA DILENGGOK-LENGGOKKAN, bagi saya TIDAK HARUS. Jika yang menyanyi itu RAMAI (macam koir) tanpa menonjolkan suara individu tertentu, pada saya HARUS. Namun begitu, saya lebih suka jika kaum wanita menjadi pemain muzik sahaja. Walaupun dikatakan Qardhawi sendiri gemar mendengar lagu-lagu Ummu Kalthum, pada saya tetap tidak harus. Tapi… tidaklah saya membidaahkan Qardhawi pula. : )

Tiada keharusan wanita-wanita yang MENARI ataupun BERTABARRUJ di depan yang bukan mahram walaupun bukan menyanyi. Wallahualam.

Antara lagu-lagu yang bagus didengar ialah:
1. yang mengingatkan kita kepada Tuhan
2. yang melembutkan hati kita
3. yang memotivasikan diri ke arah kebaikan
4. yang mengingatkan kita kepada ibu bapa
5. yang mengingatkan kita kepada rakan-rakan sefikrah
6. lagu-lagu patriotik
7. yang menyegarkan hubungan kasih dalam rumahtangga
8. yang memberi ilmu kepada kanak-kanak
9. menaikkan semangat untuk berjuang
10. yang menjadi muhasabah untuk dosa-dosa dan kelemahan kita
11. yang membuatkan kita terfikir akan ciptaan dan kebesaran Tuhan

ALAM BARZAKH-WINGS

Selaku bekas ‘lead-guitarist’ merangkap ketua kumpulan ‘band kampungan’, apabila mendengar sesebuah lagu, biasanya saya mendengar semua bunyi hampir-hampir sekaligus. Tidak seperti orang biasa (orang awam- dalam muzik ni kiranya saya sudah sampai ke peringkat tadid celik, tidak taqlid buta) yang hanya mendengar suara penyanyi ataupun muziknya secara keseluruhan. Saya suka mendengar suara penyanyi, gitar utama, gitar kedua dan seterusnya, gitar bass, drum (deram?), keyboard dan lain-lain ketika mendengar lagu tersebut. Maksudnya saya DENGAR HAMPIR KESEMUA ELEMEN. Oleh itu, saya mudah terpengaruh dengan muzik. Ini membuatkan KAYU UKUR ‘LEKA’ saya tidak sama dengan orang lain, ia khas untuk saya dan yang sewaktu dengan saya sahaja. : )

Untuk lagu Alam Barzakh ini, ia tidak mendakwahkan saya (untuk orang lain dan Tawel ‘ya’). Liriknya akan tenggelam begitu sahaja kerana saya bakal fana bersama muziknya. Zikir khafi pun ‘hanyut’ : ) Tapi jika orang lain pasang dan saya tidak beri tumpuan, tak ada masalah. Pasanglah lagu apa pun.

Di samping itu jangan lupa dendangan Wings (terutamanya buah tangan M. Nasir) yang … tak tahulah nak kata apa. Saya jenis yang mudah faham hal-hal yang abstrak. Sebab itu juga saya dimudahkan Tuhan memahami ilmu tasauf dan hakikat wlaupun baru satu dua kali baca ataupun dengar, Alhamdulillah. Jadi, saya cepat mengesan lirik-lirik lagu yang tidak sepatutnya (ketika itu). Kawan-kawan terkejut mendengar kupasan saya tentang perang Dinamik-Wings melalui lagu ‘Dedalu’ vs ‘Bazooka Penaka’ sedangkan kami memang tidak ada sebarang info tentang hal itu. Saya juga berjaya mengesan lagu-lagu yang bermasalah termasuklah dendangan Wings.

Mari kita lihat apa dia, sekadar apa yang saya masih ingat. Saya tidak akan menghuraikannya, terpulanglah kepada pemahaman tuan-tuan. : ) Saya petik yang berkenaan sahaja.

GEMURUH (Wings & Search)
http://youtube.com/watch?v=0A165KKUj1A&feature=related

Di dalam gerimis penuh rahmat
DIA TERSENTUH ‘CENDAWAN AKRAB’ SESEGAR PAGI
Nan permai damaikan
‘TUNGGUL’ DI PINGGIR ‘RIMBA’

Tak tersedar MENYERESAPI KE ‘PUSAR KEINSANAN’
MEMBIBITKAN ‘TITIS-TITIS SEPEKAT’ warna darah dan dosa


GEMALA SAKTIKU (Wings)

GEMALA SAKTIKU (apa dia tu?)
(Berada) DALAM DIRI SEORANG PERAWAN


DI AMBANG WATI (WATTI dalam Bahasa Arab)
http://youtube.com/watch?v=9FX5aGaT0qA

YANG PUTIH BERSIH dalam gita kama
Di ambang WATI
Malam antara malam SEPASANG REMBULAN
KEMBALI TERPATRI ‘PANJI SEJAHTERA’


Sesiapa yang tidak faham, eloklah begitu… : )


MAGHRIB-BPR

Pertama kali dengar. Sekali imbas, bagus. Belum boleh beri pandangan. : )


KAU SATU-SATU-NYA –UKAYS
Saya dulu ‘heavy rock’, mana minat dengan Ukays. Dengar lagu Ukays, terasa lembik. Album pertama ada sikit elemen rock. Album-album seterusnya… terus tak dengar. Lagu ini pernah dengar, selalu kawan-kawan pasang tapi saya tak ambil peduli. Baru hari ini tahu liriknya bagus.


HIJAU BUMI TUHAN-XPDC (2)
Lagu yang sedap! Pada saya (seorang) lirik dan muziknya sama kuat. Eloklah saya tidak dengar selalu kerana terasa anggota hendak bergerak mengikut rentak dengar lagu ini. : )

(2) Salah satu kumpulan pilihan zaman muda-muda dulu. Banyak lagu XPDC yag kami ‘jammed’ seperti Cekal, Ikatan, CINTA, CT Cinta Kenangan Silam, Hairan bin Ajaib, Kau Bukan Milik dan lain-lain. …Tak puas hati dengan cara XPDC memperlakukan vokalis mereka Mael dan kemudiannya Ali (Terra Rossa, kini Umpire). Teringat juga kisah Zua Apache (bassist) belajar bass dengan Fauzi Marzuki (kalau tak silap… ataupun Nicky Oii)- tak tahan, lari. Lucu rasanya apabila bassist rock boleh ‘kantoi’ dengan bassist pop. : )

bersambung...

Tulisan tentang muzik ini sekadar sembang-sembang santai di bawah pokok ciku, manggih dan deghian aje. Tak berkesempatan lagi nak tulis macam Tuan Alexanderwathern buat masa ni ;)

Banyak pengalaman Tuan Alexanderwathern dalam dunia rockers rupanya! Tak sangka! Boleh jadi Akhil Hayy kedua ni.

Saya pun taklah layan sangat Wings dan Search ni, tapi tahu jugalah lagu-lagu yang disebutkan tu sebab abang minat Wings. Tapi nak tanyalah sama ada Tuan Alexanderwathern pernah terbaca satu artikel yang ditulis oleh 'kawan baik' Alexanderwathern di Al-Ahkam tu yang mengatakan lagu nasyid kumpulan Far East bertajuk Menanti Di Barzakh ada unsur-unsur syirik.

Itu belum lagi apabila dia menjatuhkan hukuman bidaah (semestinya dia merujuk kepada bidaah sesat) secara tidak langsung kepada para munsyid, yang mana salah satu hujahnya: "Menjadikan Kalamullah dan Hadis-hadis Rasulullah sebagai mainan di pentas-pentas hiburan." Ustaz Akhil Hayy pun dia pernah labelkan sebagai pembuat bidaah.

Kalau ada masa, cubalah cari artikel yang dia tulis tu, dan kalau kot-kot Tuan Alexanderwarthern yang boleh memahami sesuatu yang lebih abstrak dari saya ni, maka bolehlah mengconfirmkan sejauh mana kebenaran ada elemen-elemen syirik dalam lagu tu.

Apapun, dalam hal muzik ni, saya tak mensyadidkan diri saya sangat dan orang lain. Tapi bagi mereka yang suka mengambil jalan warak, mungkin lebih elok ditinggalkan dari mendengar lagu-lagu yang menggunakan peralatan bertali dan bertiup. Apapun, ini bab khilaf dan harap-harapnya entri ini tidak dijadikan medan untuk berhujah muzik itu halal atau haram. Kita tidak akan cuba untuk mencari penyelesaian kepada masalah khilaf yang sudah berusia 1400 tahun itu.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar pandangan Imam Zaid Shakir yang diutarakan oleh Convoy, sila tengok video ini. Transkrip temu-bualnya:

"Not to say that personally that's something [music] I would do myself. But to say that they're doing something that can Insha-Allah present an alternative to a lot of young Muslim who are going to listen to music anyway. So if they're going to listen to music anyway, no matter what I say, I can give you [a] fatwa music is haram, those kids will still going to listen to music.

So having an Islamic alternative, having a message that's positive, that's being put out by Muslims who pray, who fast, as opposed to negative messages only, is something that I think should be encouraged."

KAUYANG SATU- RAMLI SARIP (3)
http://youtube.com/watch?v=Lu-tGAMT0M8&feature=related

Tak dinafikan, ia satu lagu yang bagus. Ramai orang biasa dengar lagu ini.

(3) Haji Ramli Sarip- Papa Rock. Akan disentuh pada bahagian Sweet Charity nanti.


SUFI – DAMASUTRA (4)
http://youtube.com/watch?v=-4e_NSdbfqQ

Mendengar lagu ini tanpa ada asas kesufian, menjadikan liriknya tidak bermakna dan maksudnya tidak kesampaian. Akibatnya- sedap dengar lagu sajalah. Orang awam tidak akan mampu memahami dan menghayati “hingga dirimu tiada”, “Nafi dan isbat kau sandingkan”, “kau hilang di pandangan, Ada di dalam kenikmatan”, “Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah” dan “Andai tertutup tirai sufi, Yang terang tidak nampak terang”. Tapi ahli sufi yang mendengar akan asyik dalam mengingati Allah.
Ketika mendengar lagu ini pada masa remaja, liriknya hanya hiasan suara. Kalau sekarang… aduh… menusuknya…

Kesimpulannya, lagu ini lebih sesuai untuk ‘yang ahli’. Dengarkan juga lagu ‘Asyik’ http://youtube.com/watch?v=WxrwJJUtRpM yang turut dikaitkan dengan ‘sufi’.

(4) Nama asalnya dicadangkan Kamasutra tetapi ditarik balik kerana ada persamaan dengan nama kitab ilmu senggama bangsa India kuno. Masih teringat ketika vokalisnya Baggio (kini pelakon drama) menyanyikan lagu hits mereka ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi” dalam pertandingan akhir Muzik Muzik/ Juara Lagu. Rangkap pertama tidak kedengaran kerana mikrofon bermasalah lalu datang krew tukar ‘mic’. Kononnya, untuk tutup kesilapan penganjur, Damasutra pun diberi tempat ke-tiga persembahan terbaik. : )


INSAN-YANTZEN (5)
http://youtube.com/watch?v=BWl33C6mtm4

Pada diri saya (sahaja) lagu ini kurang berkesan kerana saya lebih terpengaruh dengan vokal Yantzen yang ‘rock’. Sekiranya bahagian ‘jeritan’ itu dikurangkan, mungkin kesannya lebih.

(5) Mulanya dengan Rusty Blade. Saya kurang terdedah dengan kumpulan dari Singapura ini. Mula mengikuti perkembangan Yanzten ketika dia bersama May. Yanzten ini dilihat berhadapan seorang yang putih melepak kulitnya. Tiga kali rasanya pernah ke konsert Yantzen & May.
Dalam album Wira Cyborg terdapat lagu ‘Suci’ http://youtube.com/watch?v=UUbd-FqCFos&feature=related yang sesuai untuk mereka yang bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan kerana Allah. Terdapat sebuah lagi lagu ‘side A’ (lupa tajuk” yang liriknya ‘power’ juga.

Tidak berubah kasih pada-Mu
Pada-Mu Tuhan melebihi dirimu (isteri/ bakal isteri) itu
Dia sinar sewaktu kukegelapan
Pengasih dan Maha Penyayang

Bersama-Nya, kau kurasa tiada
Bersamamu, Dia tak kulupa

Oh ya, tidak lupa sebuah lagu Mus & May berjudul ‘Janji Ilahi’ (kalau tak silap).


HAJI- SWEET CHARITY (6)

Lagu yang menyentuh hati. Lirik pun bagus. Sesuai!

(6) Antara ‘rock band’ terawal di Singapura (dan Malaysia). Banyak juga lagu berunsur keMelayuan. Antara lagu pujaan ialah Teratai, Jangan Fikir Lama-lama, Berita Gempa, Kamelia, Musibah dan lain-lain. Pemain gitar utamanya Rosli Mohalim pada zamannya ialah salah seorang pemain gitar terbaik Asia.
Zaman Sweet Charity tak sempat saya lalui. Elok saja saya mendengar lagu-lagu rock, Ramli Sarip sudah bergerak secara solo. Sungguhpun saya meminati kumpulan ini namun masih tidak masuk dalam senarai ‘favourite’ seperti Crossfire, Search, May, Graviti, Cromok, Wings, Dinamik, FTG dan lain-lain. Banyak juga ‘group’ lagenda yang tidak masuk pilihan saya seperti Lefthanded, SYJ, Sofea, Sweet Charity, Rusty Blade dan lain-lain-kurang minat.

Kumpulan muzik kegilaan Alexanderwathern pada zaman jahiliyyahnya tidak lain ialah Manowar http://youtube.com/watch?v=ThIzo5FInn0 . Di kala ‘rockers’ lain terpikat dengan kumpulan-kumpulan besar Deep Purple, Metalica, Nirvana, Sodom, Iron Maiden, Kiss, Scorpions, Loudness dan lain-lain, saya setia dengan Manowar. Pada saya Manowar adalah kumpulan paling ‘metal’ di dunia dan penyanyinya mempuyai suara paling tinggi, panjang dan sedap.

Lagu ‘berhantu’ saya ialah ‘Heart of Steele’ http://youtube.com/watch?v=6ayzWdbfEVk&feature=related . Sebuah lagu ‘slow’ tapi ‘metal’ luar biasa. Sekiranya lagu ini menggantikan gendang perang, saya setuju, tapi sebaiknya kena fahamlah Bahasa Inggeris. Kebanyakan lagu Manowar berunsurkan peperangan jihad versi Kristian (Perang Salib).

Antara liriknya yang masih saya ingat:

Build a fire a thousands miles away
To light my long way home
I ride a comet my trail is long to stay
Silence is a heavy stone

I’ll fight the world and take all they can give
There a times my heart hangs low

Born to walk against the wind
Born to hear my name
No matter where I stand I’m alone

Stand and fight live by your heart
Always one more try I’m not afraid to die
Stand and fite, say what you feel
Born with the heart of steele

Burn the bridge behind you leave no retreat
There’s only one way home
??????
???????
(sudah lupa) : )


Di Malaysia, tak ada ‘band’ sekeras Manowar.


TETAMU SENJA- KROPATASA

Boleh tahan lagu ini, tapi saya kurang minat.


UNTUK KITA RENUNGKAN- EBEIT G ADE
Selalu kita dengar, tapi saya kurang minat


PERMAIDANI- ARIS ARIWATAN
Sedap dan masyhur lagu ini, cuma kurang berkesan kepada diri saya.


DARI TUHAN-WINGS (7)
http://youtube.com/watch?v=wu2tJpKGLA8

Kurang ‘feel’ keIslaman pada lagu asalnya kerana saya pasti akan terbayang Wings yang ‘rock’. Kena buang bayangan Wings dulu, baru saya dapat ‘feel’. Dinyanyikan semula oleh Raihan bersama Awie, tapi iramanya sudah jadi ceria- hilang ‘feel’ juga. Lagu ‘Seruan’ http://youtube.com/watch?v=eIlCZed7RPY&feature=related dari Lefthanded liriknya bagus namun tidak mentarbiah saya kerana saya bakal ‘hilang’ dalam menikmati muziknya yang padat dengan ‘guitar works’.

(7) Salah seorang penyanyi Wings iaitu Mel http://youtube.com/watch?v=h3TKLDahCgo kini menjadi pemuisi bersama Rufaqa’ dan akhirnya menghasilkan sebuah album Islamik. Cerita tentang Wings… ramai yang maklum kerana popular. Jadi tak perlu dipanjangkan di sini.

bersambung...

SILATURRAHIM- BUMIPUTRA ROCKER (BPR) (8)
http://youtube.com/watch?v=Hnd8soFJ8K4

Lagu yang ‘relax’.

(8) Banyak lagu-lagu ballad BPR yang sedap. Saya kurang minat BPR kerana ‘tak heavy’ dan suara Joey pun ‘tak power’. Yem Bai salah seorang ‘bassist’ terbaik tanah air.


PERJALANAN HIDUP- RAMLI SARIP
http://youtube.com/watch?v=Qy4ExRtKhMY

Iramanya begitu menyentuh hati. Muziknya membawa elemen ‘segar’ dan ‘pagi’. Membawa ketenangan dan kesyukuran. Sedap dan boleh mengurangkan stress. : )


PERMATA UNTUK ISTERI-KOPRATASA
http://youtube.com/watch?v=ScIpWPTOQX8

Lagu yang sangat baik, terutamanya yang sudah berumahtangga. Liriknya pun kurang puitis. Kalau puitis sangat, biasanya apa yang nak disampaikan tak sampai kepada pendengar.


BERITA KEPADA KAWAN-EBIET G ADE & M NASIR (9)

Tak berkesan kepada saya, tak boleh ‘masuk’. : )

(9) M. Nasir juga ada beberapa lagu berlirik sufi. Antaranya sebuah lagu dalam album yang ada Mentera Semerah Padi (lagu ini memang menaikkan semangat berjuang saya) ‘side B’. Sudah lupa apa lagunya tapi ada kata-kata lebih kurang begini:

Dalam Dia ada kita
Dan dalam kita ada semua

(Lebih kurang…)


SENANDUNG HIDUP BERBUDI- RAMLI SARIP & JAY JAY
Liriknya tak berkesan kepada saya (seorang). Saya terpesona dengan iramanya. : )
Samlah dengan lagu popular ‘Kembara di Tanah Gersang’, saya hanyut dalam iramanya.

LAGU UNTUK SEORANG IBU-KEMBARA

Tak boleh ‘masuk’. : )


SAMARKAND-BLOODSHED

Menaikkan semangat juang walaupun dinyanyikan oleh mereka yang ‘rock kapak’ atau ‘rock kangkang’. Teringat wilayah-wilayah Islam yang masih kelam-kabut. Teringat juga imam-imam besar dari Uzbekistan. Rasa sedih apabila mendengar lagu ini- sedih tapi bersemangat untuk menyatukan seluruh dunia Islam dan membenamkan musuh-musuh Islam. Mereka yang tak tahu-menahu lirik lagu ini tentu tak rasa apa-apa. Tuan Tawel dah hurai tu, bertambahlah orang yang faham.


BUKAN KERNA NAMA- RAMLI SARIP & A. ROMZI
http://youtube.com/watch?v=T06i6qHv5zk

Lagu lama, selalu dengar dulu tapi tidak dapat mentarbiah diri saya (sahaja).

bersambung... (jangan marah aaa)

Such an interesting post. Sebenarnya tulisan tentang muzik islam dah lama ana fikirkan juga. Ana sebenar juga sedang 'merajuk' dengn industri nasyid Malaysia dah agak lama. Sebab utama, bukan sekadar lirik atau nyanyian cintan ala-ala islamik tetapi kepada perkra pokok lain yang besar. Tapi, tak dnafikan masih ada yg tegar.

Kalau diikutkan begitu jugalah alqasam, kaset nasyid apa yang tidak kan dibeli, forum nasyid mana yang tidak disertai. Kira-kira hardcore industri nasyid. Muzik Islam memang hiburan Islam. Tetapi itu dahulu..

Seolahnya kita meilhat konflik dalam industi nasyid. Isunya:-

1)Lirik. Mencipta lirik-lirik berbaur ungkapan perasaan cinta dengan hujah ingin memberi jlan kepada pendengar memahami cinta yang dibenarkan syara'.

2)Susunan muzik. Gabungan kolabrasi susuna muzik dengan pemuzik aliran lain sebagai reformasi menarik pendengar dari kalangan muzik pop, r&b, hiphop etc.

3) Kolabrasi nyanyian.

4) Penampilan.

--> Sebenarnya isu-isu atas bukanlah major issues namun ana lebih terkesan dengan pemahaman,prinsip dan akhlak penasyid sekarang.

Terlalu banyak yang mengguris dakwah dan memberi impak kelam kabut nya pemahaman tujuan apa kita menyampaikan nasyid. Terlalu banyak dah berlaku samada temuramah melalui radio, tv. Tidak kurang juga banyak perkara yang mendtangkan fitnah dan memberi kekeliruan kepada masyarakat awam.

Kita, ana memang sudah lama menunggu revolusi muzik Islam.

Dalam keempat2 point di atas, 2,3 dan 4 bukan satu isu dalam mencipta revolusi industri nasyid. Ianya perlu malah satu jalan inovsi kreatif dalam menyampaikan mesej dengan syarat tidak mengorbakan prinsip sehingga hilang qudwah dan izzah sebagai mereka yang mendakwa membawa nama-nama Allah dan Islam.

Namun apa agak mengecewakan peminat nasyid evergreen atau underground adalah lirik. Lirik yang kurang matang dan isu-isu mudah dan berulang, kurang mengesankan dan menampilkan kalam-kalam puitis@ meleleh (sama sahaja) yang tidak membina malah MELALAIKAN.

Sebagai contoh: " Aku melihanya, lembut, menarik hati ingin menjadikkannya teman jiwa bla..bla.."

Ada, jangan terkejut, lebih kurang begitu bunyinya.

ATAU

" Bukan aku tidak cinta, tapi mahar cinta belajar dulu..bla..bla."

Kita tidak ingin katakan ianya lirik picisan namun ianya memaparkan sejauh mana kematangan
penggerak nasyid dalam memahami erti muzik Islam secara pakej.

Sebagai contoh, Yusuf Islam, Outlandish, Sami Yusuf, Hamza Robertson, Native Deen, 786, Muhammad Khaleel, Muhammad Husayyan, Zain Bikha, Daud, Mesut Kurtis, Nazeel Amani serta ramai lagi pemuzik-pemuzik Islam diluar sana yang menyampaikan mesej Islam secara kreatif, inovatif dan mengesankan.

Mereka membina empayar dengan membina identiti sendiri, muzik asli yang mengesankan, walaupun pelbagai genre dan cara penyampaian tetapi apabila kita mendengar kesemuanya kita dapat merasakan adanya satu ruh yang sangat kuat walau berbeza dari pelbagai sudut.

Samada Yusuf Islam yang baru menerbitkan album poprock atau Outlandish yang mempunyai seorang anggota Kristian dan pernah ke anugerah MTV atau 786 yang berpenampilan inde dan rugged atau Zain Bikha yang tidak menggunkan instrumen, Native Deen kumpulan hip-hop yang mempenyui pengaruh dakwah yang besar atau aa sahaja genre muzik yang disampaikan.

Memang di situ mereka masih mempunyai pertikaian dalam beberapa perkara contohnya isu instrumen muzik. Bagi yang ingin mengambil hujah Dr. Yusuf Qardhawi mereka bersenang dengannya, bagi yang cenderung memegang pendapat haramnya istrumen haya mengguna instrumen komputer bass.

Bukan kita sudah lupakan akar Melayu, ana secara peribadinya sangat mengharapkan lahirnya revolusi nasyid yang tegar, mempunyai identiti dan prinsip yang kukuh sehingga tidak kita digolongkan sama dengan mereka yng bercelana pendek& mereka yang ke kelab Malam atau bersenang-senang dengan perempuan.

Revolusi yang masih memelihara keaslian dan tujuan menyampaikan. Untuk kebaikan dan mengingatkan manusia kepada Tuhan. Melahirkn kefahaman tujuan Islam dilahirkan dengan konsep tersendiri yang yang masing2 lahirkan juga revolusi yang mampu sampai kepada semua lapisan tanpa perlu mencacatkan prinsip asal. Muzik Islam yang dihormati dan mampu megetuk hati kepada Allah.

Namun ana masih terhibur dengan alunan burdah, qasidah dan zikir selawat daripada penasyid kita; Habib, Nowseeheart, U. Akil Hayy, fareast.

Mereka antara yang berpotensi.

Miwarna mempunyai kelebihan dr sudit keaslian dan vokal dan kekuatan kelainan yang luar biasa.Namun....

Kumpulan underground nasyid masih belum bangun, mereka sedang mencipta suatu revolusi. Kita tunggu sama-sama.

Allahua'lam

Tanpa Nama

Ana teringat satu wawancara di Tv 9 dalam beberapa tahun yang lepas ketika tv9 belum bergabung dengan MediaPrima. Program bertajuk Hijrah tentang muzik Islam. Mereka menjemput orang-orang awam dr pelbagai latar. Ada yang tidak pakai hijab etc.

Kebanyakan mereka mengtakan mereka inginkan nasyid yang spiritul fokus kepada Tuhan. Mereka katakan kalau mereka ingin mendengar muzik tentang cinta lebih baik mereka akan mendengar lagu Sheila Majid etc. Kata mereka, bila kami beralih kepada nasyid kami ingin fokus kepada Tuhan. Juga dantara mereka ada juga mengatakan kadang2 muzik itu menenggelamkan lirik itu sendiri.

Jesteru, ini antara point2 penting yang perlu diambil kira penggerak nasyid kita dalam memastikan mesej kita sampai.


Mungkin kita ghairah ingin melakukan perubahan dn menarik pendengar yang lebih besar sehingga kita terlepas pandang perkara2 pokok yang mencacatkan mesej itu sendiri. Hingga tidaklah org awam mersa terkesan dengan nasyid malah merasakan nasyid dan muzik pop sama sahaja, malah menyebabkan pendengar nasyod hardcore 'merajuk' atau membawa mereka tenggelam dalam lirik yang melalaikan. Dahulu kita membina semangat juang dengan nasyid. Kita membina generasi Islam dengan nasyid.

Apapun, moga2 akan lahir genersi pendokong baru yang akan memartabatkan kembali industri muzik Islam.Kita mempunyai ramai yang berpotensi namun kita perlu lebih berhati-hati dengan pembersihan hati dan keikhlasan kita kepada Allah. Semoga Allah membantu dan memelihra mereka dan kita semua.

p/s: Ust. Maszlee Malik ad menulis isu lebih kurang ini dalam MAjalah I tentang " Melahirkan penghibur bertaraf antarabangsa". Agak menarik juga pandangan u.Maszlee.

Allahua'lam.
-dr insan yg tidak tahu pasal muzik, namun pendengar hardcore nasyid yg sedang 'merajuk' sebentar.

Tanpa Nama

Baru terbaru beberapa komen di atas

Encik Anoy: Salah satu muzik Islam yang membina dan masih evergreen dengan suntikan kontemperori yang halus dan indah serta mengingatkan kita pd Allah ana setuju, Opick. Satu revolusi yang cantik namun masih memelihara nilai2 dan prinsip2 asal pemuzik Islam.

Tawel: Kalau dikatakan kumpulan yg masih tegar, ana memilih Raihan dan FarEast. Karya mereka asli, lirik mereka kukuh. Mirwana pula, vokal mantap namun,ada homework (mcm pandai je pasal muzik kan padahal tiada apa pun tahu sgt) dari sudut2 lain. Muadz x-Almasaar: Ana kurang berminat, tapi ada kelainan. U.Akil Hay juga satu pilihan. ( ketepikan soalpolitik dan apa2 yang berlegar dengannya sebentar)

Kamal: Benar. Masalah utama pada lirik yang tenggelam dengan susunan muzik yang tidak seimbang. Selain akhina wewr, saudara kita Ahmad Dhuat juga penasyid underground kita.

encik tawel, benarlah tu, kalau org2 lama veteran sudah mula bising2 pasti ada yang tidak kena. P.cik2 veteran bising bukan sebab terlalu jumud atau tidak terbuka. Mereka juga mendengar Yusuf Islam serta artis2 luar negara yang pelbagai tetapi ada suatu round-up nasyid Malaysia yang menyeluruh perlu dimuhasabah bersama. Izzah Islam sgt perlu dipelihara. Setju juga dgn en Tawel tentang tidaklah hanya kita mendengar Ikim. Ana kurang berminat dngan ikim, boleh dikatakan atas sebab2 tertentu suadah lama menjauhi hanya bila2 pulang ke rumah, keluarga mendengar ikim maka dengarlah sekali ikim. Sejara jujurnya, bila kita membuat survey, tidak ramai pendengar muzik pop yang berminat benar dengan nasyid2 sekarang. Jika kita ingin menarik mereka.

1) Asli prinsip dan kekeuatan irik.
2) Kesegaran revolusi sususan muzik dan melodi namun masih mengekalkan unsur tradisonal nasyid.

Kita boleh belajar dr kumpulan2 dan penasyid2 Islam luarnegara. Mereka mampu menarik pendengar non-Muslim hatta. Kita adun dan uli apa yg kita dapat ambil dr mereka sesuai dengan ciri kemelayuan dan siapa yang berminat jadikannya sesuai dengan selera dunia Islam antarabangsa.

Segala yang baik dr Allah, yang kurang dr alqasam yg faqer sendiri.

Allahua'lam

Tanpa Nama

Imam Zaid Shakir dalam temubual yang akhina Tawel qoute itu memang menarik. Ana ada dengan dr Jejak Rasul Asalam Ramadhan yg lepas. Imam Zaid Shakir menghadiri satu persembahan kumpulan hiphop Muslim di Us. Bukan Native Deen tetapi satu yang lain. Dengan mendekati mereka yang membawa mesej positif sesuai dengan selera pendengar muda, mampu membawa mereka ke arah yang lebih sihat. Uslub yang digunakan oleh Imam Zaid Shakir sangat kena. Jika dilihat pada persembahan mereka memang sangat moden ( mungkin ada yg kita tidak setuju bila peminat2 perempuan mereka menjerit2), tetapi salah seorang anggota kumpulan mereka berkata: " Kami tidak menggunakan muzik , gitar, etc tetapi komputer bass atau base." Begitulah lebih kurangnya.

Mereka sedang survive dalam dunia hiburan orang putih dengan memaparkan sedikit mesej Islam ( walau sedikit).

Kita, punya platform yang lebih kukuh, inshAllah kita mampu membuat yang lebih baik dalam masa yg sama memaparkan izzah Islam dan meningkatkan ketaqawaan.

-maaf en Tawel terlebih panjang komennya.

Tanpa Nama

pertama sekali saya ingin katakan bahawa telah banyak yang telah saya pelajari dari blog ini... artikel kali ini telah membuatkan ramai yang memberi komen.. jadi saya pun ingin menumpang sekaki =)

sewaktu saya dalam usia kanak2.. saya sangat minat pada nasyid.. bapa saya pun semangat beli cd nasyid seperti raihan, rabbani dan hijjaz... tapi lama kelamaan minat saya terhadap nasyid kian pupus semenjak saya meningkat dewasa.. mungkin sibuk dengan pelajaran dan hiburan2 yang lain... semenjak itu saya seperti sudah hilang minat terhadap nasyid... tetapi ada juga beberapa teman saya yang sangat fanatik terhadap nasyid.. ketika itu sudah timbul inteam, unic dan selainnya.. saya pun dengarlah beberapa lagu yang mereka minati... tetapi ia tidak memberi kesan pada saya...

jadi..pada pendapat saya... nasyid 'sekarang' tidak sama dengan nasyid 'dahulu'... nasyid 'dahulu' sangat memberi kesan pada saya.. mungkin kerana lirik yang 'straightforward'... dan senang untuk saya menghayatinya... sampai sekarang masih terngiang2 lagu2 nasyid dahulu.. hehe

walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa saya anti nasyid 'sekarang'.. tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa nasyid yg bagus...

kesimpulannya ialah, walaupun nasyid 'sekarang' ingin menarik para remaja... tidak semestinya mereka harus membuat lagu yang berunsurkan cinta... afterall life is just not about love.. banyak lagi tema lain seperti teman, pelajaran.. dan selainnya..

mungkin pandangan saya berat sebelah kerana saya bukanlah pendengar nasyid yang setia cuma dengar di sana sini sahaja... tetapi ini sekadar pandangan sahaja seperti tetamu2 di blog ini.. =)

-sekadar ingin menambah- lagu melawan arus dari m. nasir ada juga unsur2 sufi... itu pun saya ketahui selepas mendapat penjalasan dari cikgu saya... salah satu lagu nasyid yang bukan nasyid... =)

thats all from me for now,
budak baru belajar.

Tanpa Nama

nah lagu evergreen RAIHAN 2006 (pada pemikiran aku):

TAWAKKAL-RAIHAN

(pernah dicalon sebagai album nasyid terbaik AIM 2006)


terimalah videoklip yang direka sendiri oleh makhluk sapphire dgn diiringi lagu raihan tawakkal:
http://www.youtube.com/watch?v=u6Ni0O9FGmA

lirik paling padat mesej dakwahnya dalam dunia nasyid mengenai perjuangan hidup. tepat, ringkas, betul, dan mesra.

nasyid berlambak yang evergreen zaman kini. cuma peminat nasyid sejati yang tahu memilih nasyid dan mengangkat nasyid yg evergreen.selongkar dunia nasyid dan pilihlah mana-mana nasyid terbaru untuk jadi evergreen anda di laman sahabat kita ahmad hasrulnizam:
http://ahas.multiply.com/music

Zaman Alexanderwathern berambut kembang panjang hingga ke tengah belakang (seperti rambut Karl Cromok ketika di Australia) sudah berlalu. Zaman ‘menggoreng’ gitar dan melompat di atas pentas-pentas ‘gigs’, pulang pukul 2-3 pagi setiap hari melepak di tembok-tembok dengan gitar tong, memakai rantai leher berkilat, seluar jean yang sengaja dikoyak-koyak di tempat-tempat tertentu, but bertumit dan berantai bermuncung tajam separas betis, rasa megah memakai serba hitam dengan gambar jin Iron Maiden ‘Shoot That Fokker’ dan lain-lain tidak akan akan berulang lagi. Saya sangat bersyukur kerana Allah meletakkan saya di tempat sekarang.

Sadina Umar ra (yang pada zaman jahiliyahnya menyembah berhala, peminum arak dan pernah membunuh anak perempuannya) lagi Tuhan selamatkan dan akhirnya menjadi Amirul Mukminin yang syaitan takut bertembung dengannya.

Ustaz Akhil Hayy (D’riyadh) dan Ustaz Radhi (Melissa) yang jauh lebih ‘rock’ daripada saya pun Dia selamatkan. Jadi, janganlah dihukum kami berdasaran ‘jahiliyah’ kami, ia sudah berlalu. Dan… tak mustahil kami Tuhan letakkan kami lebih baik daripada mereka yang dulunya tak ‘rock’. : )

Seperti Ustaz Akhil, ketika saya mula-mula bersara daripada mejadi ‘rockers’, hanya muzik bergenderang saja yang saya mahu dengar. Asal ada saja bunyi gitar, bass, biola, piano dan keyboard saya tak boleh dengar. Semua kumpulan nasyid saya tolak kecuali Raihan (yang ketika itu masih bergenderang). Kenapa ya?

Kerana hampir-hampir jadi Salafi Wahabi yang menghukum berdasarkan ‘teks’. Teks-teks sunnah yang saya kumpul semuanya nampak macam mengharamkan 100% alat muzik bertali. Keyboard pun masuk sekali kerana ia memindahkan bunyi-bunyian bertali ke dalam bentuk elektronik. Kejahilan diri mengatakan cukuplah dengan teks-teks itu sebagai hujah pengharaman.

Namun setelah belajar serba-sedikit cara-cara berinteraksi dengan ‘teks’ al-Kitab dan as-Sunnah, barulah jelas mengapa Imam al-Ghazali, Dr. Qardhawi, Dato’ Nik Abdul Aziz, Amru- al-Ass, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair, Muawiyah dan lain-lain mengharuskan alat muzik bertali dan seterusnya memahamkan saya keharusan menggunakan semua jenis alat muzik. Nasib baik Allah selamatkan saya daripada sefaham dengan Salafi Wahabi. Jika tidak, sudah tentu saya menghukumkan bumi ini terbentang seperti sehelai tikar. Belayar jauh-jauh ‘kecebom!’ jatuh entah ke mana. : )

Kumpulan nasyid hari ini… memang patutlah Allah tenggelamkan- tidak semeriah zaman awal Raihan, Hijjaz dan Rabbani. Album Raihan yang terkini sudah setahun di pasaran, jualan baru mencecah 10 000 (mengikut laporan akhbar).

(Ada segolongan Salafi Wahabi yang mengharamkan muzik, tapi televisyen tengok juga)

Oleh kerana Tawel sudah bawa keluar kompilasi Top 20nya, kini Top 20 Alexanderwathern pula. Tapi maaflah, saya tak pandai hendak cari lagu dan buat carta ‘hidup’ macam Tawel. Jangan lupa juga, lagu-lagu ini mungkin berkesan buat saya tetapi mungkin tidak buat orang lain. Carta ini campuran nasyid dan tak nasyid.

TOP 20

1-6
Dengar sahaja lagu-lagu ini, air mata saya akan menitis. Kadang-kadang di depan orang ramai pun ia bergenang. Seandainya suatu hari nanti saya ‘tersilap langkah’, kawan-kawan yang mahu membantu tolong ingatkan saya dengan lagu-lagu ini (di samping pelbagai kaedah lain). Insyallah hati saya akan lembut kembali. Lagu-lagu pernah berjasa beberapakali menginsafkan saya ketika saya leka.

CINTA AGUNG-QATHRUNNADA
http://youtube.com/watch?v=f0j_9F9_rX0
RINDU-HIJJAZ
JANGAN TINGGALKAN AKU TUHAN-DIWANI
TENTERA TUHAN-MAWADDAH KECIL
BUATMU IBU-AEMAN
http://youtube.com/watch?v=dRM8Vueibyk
DI PONDOK KECIL- NADA MURNI
http://youtube.com/watch?v=ZW-Mn_V7poQ&feature=related

7-13
Turut membantu proses penginsafan diri, tapi setakat ‘sayu’ saja.

KEBESARAN AL-QURAN- kumpulan nasyid…?
HIJJAZ- Lagu pertama dari album mana entah (Peliota Hidup 2 rasanya). Lagu ini memujuk kita agar jagan bersedih dengan ujian yang berat kerana para Rasul dan Nabi menerima ujian yang lebih hebat.
KEAGUNGAN TUHAN-DLOYD (kumpulan pop)
http://youtube.com/watch?v=1L5myk2VAEQ
TUHAN YANG ESA- kumpulan nasyid…?
TUHAN, PANGGIL LAGI AKU (?)- SHEQAL
MENTARI HIDUP-HAIKAL
http://youtube.com/watch?v=hGu0H5IyUd8
DI DUNIA TIADA HARI RAYA- MAWADDAH PUTERA

14-17
Lagu-lagu yang mengertkan ‘hubungan’.

SUFI-DAMASUTRA (kumpulan glam rock)
http://www.youtube.com/watch?v=-4e_NSdbfqQ
RUMAHTANGGA SYURGA-QATRUNNADA
KELUARGA BAHAGIA-SAUJANA
http://youtube.com/watch?v=3H8pkgiJ3Ck&feature=related
TEMAN SEJATI-BROTHERS
http://www.youtube.com/watch?v=sQxIU6JZEgA

18-20
Seandainya kita terlibat dengan perjuangan jihad suatu hari nanti, sesiapa yang ada lagu-lagu ini bawalah kepada saya. : )

ADAKAH KAU LUPA- ALARM ME
http://youtube.com/watch?v=0ATouSgG9RI
HEART OF STEELE-MANOWAR (kumpulan heavy metal)
http://www.youtube.com/watch?v=6ayzWdbfEVk&feature=related
SAMARKAND- BLOODSHED (kumpulan rock)
http://youtube.com/watch?v=NW-TajgXPK4&feature=related

Selain itu ada juga beberapa LAGU BUKAN NASYID (selain dalam Top 20 Tawel Sensei) yang mungkin boleh kita pertimbangkan (tapi untuk saya tidak berkesan kecuali lagu Derita):

BUATMU IBU- EXIST
http://youtube.com/watch?v=S3h5g37Z7DY&feature=related
DERITA- O KID (best lagu ni)
http://youtube.com/watch?v=Sozgj6XFAKY
SUCI- MAY
http://youtube.com/watch?v=UUbd-FqCFos&feature=related
TIDAK BERUBAH CINTA PADAMU (?)-MAY
JANJI ILAHI-MAY
DEBU KHAYALAN-SOFEA
SERUAN-LEFTHANDED
KAIN PUTIH-KOPRATASA
SYAHID-DINAMIK

Wallahualam.

Rasanya TAMAT dah.

Alhamdulillah terselamat dari Wahabi ni. Terima kasih atas input-input yang berguna tu Tuan Alexanderwathern, tak ketinggalan juga Al-Qasam, MFR, Convoy dan lain-lain lagi.

Lain kali, kalau nak buat list Top 20 ke, Top berapa-berapa, kena cari Alexanderwathern ni ;). Baru senarai tu boleh jadi lebih komprehensif.

alexanderwathern menulis:

"Kerana hampir-hampir jadi Salafi Wahabi yang menghukum berdasarkan ‘teks’. Teks-teks sunnah yang saya kumpul semuanya nampak macam mengharamkan 100% alat muzik bertali. Keyboard pun masuk sekali kerana ia memindahkan bunyi-bunyian bertali ke dalam bentuk elektronik. Kejahilan diri mengatakan cukuplah dengan teks-teks itu sebagai hujah pengharaman."

saya respon:
saya tak fikir kalau kita tolak muzik bertali 100%, maka kita wahabi. malah sheikh nuruddin juga cenderung untuk mengatakan muzik bertali itu tak patut dihalalkan.sheikh nuruddin berkali-kali menyindir fatwa yang membolehkan muzik bertali dengan alasan dakwah (kemungkinan merujuk dr yusuf alqardawi).saya juga setiap hari sudah mula cenderung bersetuju dengan sheikh nuruddin, dan membenarkan apa yang sheikh nuruddin sebutkan. malangnya rakaman kuliah mengenai hal muzik, dakwah bermuzik, dan lain-lain dalam kuliah beliau semasa ramadhan lepas telah lenyap bila disk komputer saya crash bulan november.harap satu hari saya boleh talaqqi dengan sheikh nuruddin, dan akan mula menulis blog bila sudah padat ilmu talaqqi.

p/s- top 6 alexanderwathern majoriti dari kumpulan nasyid latihan asaari rufaqa. patutlah asaari bila dakwa sbg orang tuhan maka pengikutnya yakin, sebab strategi muzik memang eksploitasi terunggul untuk buat hati manusia terpaut.org rufaqa dgr nasyid lebih byk dari dgr quran. syiah iran glamor juga sbb nasyid (zikir) depa mengharukan. amerika glamor juga sbb berjuta muzik depa buat manusia khayal.

Islam merangkumi semua, saya terpanggil untuk menyalurkan sumbangan melalui medium musik.Saya obsess dengan bunyi-bunyian.

Tidaklah bermaksud saya tidak menyertai program partai langsung kerana dok asyik bernyanyi saja.

Tidak juga bermaksud saya amat bagus atau amat arif dalam bidang ini.

Segala asam garam berdakwah saya lagukan, semangat juang saya tiupkan, kesedihan saya belaikan, ya dan mana mungkin kami melakukan itu semua tanpa berjiwa daei, menyertai program dakwah, protes-demo, membantu komuniti yang ditindas, tanpa menyertai seraya memahami konsep perjuangan.

Bagi kami, penghasilan munsyid yang melakukan kerja dakwah lebih kami hargai kerana lagu yang mereka hasilkan mempunyai roh islam.

Bukan semata bernyanyi dan mempunyai suara 'harmoni-cantik-cantik', 'lunak-lemak madu', tetapi kami ingin menerapkan penghasilan lagu yang bukan RETORIK.

KAMU ADALAH APA YANG KAMU LAGUKAN.

LAGU KAMU SEBAGAI PENIUP SEMANGAT, PENGIKTIBARAN.

Justeru itu, kami seikhlas hati ingin menghasilkan bunyi-bunyian yang jujur, lahir dari hati sanubari kami Pendakwah Sejati, Pejuang Sejati!

Jikalau kamu (musyid) dok asyik bernyanyi tentang cinta sahaja, saya pasti kamu bukanlah pejuang agama, kamu hanyalah pejuang melodi nasyid dan tidak lebih dari itu.

Bukanlah saya memperkecilkan kamu, tetapi saya menyeru kamu munsyid di luar sana supaya MENJADI DAEI MENGATASI MENJADI MUNSYID SEMATA.(Kalau bolehlah).

Aku pun bukannya bagus sangat, tetapi inilah yang boleh aku sumbangkan.

salam..syukran buka tajuk begini..apa khaba tuan rumah?ana baru 1 jejak keblog ni. Apapun berkenaan carta nasyid bukan nsyid tu..memanglah pada hakikatnya kita melihat lagu diorg menjurus kepada nasihat dan islamik.Tetapi, adakah anda sedar siapa yg menyanyikan lagu tersebut?Anda yakin dengan personaliti mereka?tidak pernah terjumpakah ayat quran mafhumnya Allah swt tidak suka kepada mereka yg pandai berkata tetapi tidak buat..mungkin ada sesetengah penyanyi rock diatas sudah insaf.Tetapi adakah anda lebih suka manusia mendengar nyanyian lagu lebih melalaikan, omputih, artis dedah aurat, kumpulan rock isap daha dari nasyid kontemporiri skrg?Mungkin perkataan meleleh itu merjuk kepada beberapa kerat kump nasyid saja.Tetapi janganlah kita menghukum majaroti mereka, itu sekadar minoroti..Apapun sy kurang bersetuju pendapat saudara..sekian..teruskan mendengar lagu hiburan Islami!!

Tanpa Nama

Kepada sahabat saya Tuan Mfrstudio,

PANDANGAN SAHABAT:
saya tak fikir kalau kita tolak muzik bertali 100%, maka kita wahabi.

PENJELASAN SAYA:
Mungkin ada sedikit salah faham di sini. Tuan perhatikan ayat-ayat tersebut dengan lebih teliti. Saya TIDAK PERNAH KATA ‘kalau kita tolak muzik bertali 100%, maka kita wahabi’ ataupun memaksudkannya di mana-mana bahagian. MUSTAHIL saya akan menghukum mana-mana pihak hanya kerana mereka menolak muzik bertali. Hal ini sangat jelas saya paparkan dalam artikel saya “KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU’ http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=283 . Mereka yang sudah pernah membaca artikel tersebut tentu akur bahawa MUSTAHIL saya akan berhukum begitu. Saya menilai seseorang itu ‘berfahaman Wahabi’ berpandukan ‘KAYU UKUR yang saya nyatakan dalam artikel tersebut, bukan berdasarkan ‘tolak muzik bertali’.

Salah satu ciri mereka yang berfahaman Salafi Wahabi ialah SUKA menghukum berdasarkan teks. Inilah ‘SALAH SATU CIRINYA’ . Berdasarkan sikap ini, mereka menghasilkan beberapa keputusan yang janggal dan salah satunya ialah dalam hal ehwal muzik bertali- yang sedang kita bincangkan sekarang. Saya juga ada memberikan contoh bagaimana sebahagian mereka menghukumkan bumi terbentang seperti tikar kerana menggunakan ‘SALAH SATU CIRINYA’ tadi.

Jadi, kata-kata “saya tak fikir kalau kita tolak muzik bertali 100%, maka kita wahabi” tidak sepatutnya muncul. ‘Respon’ YANG PALING HAMPIR PUN (itu pun tidak kena juga) mungkin berbunyi “saya tak fikir kalau kita SUKA BERHUKUM BERDASARKAN TEKS semata-mata, maka kita wahabi”.

Kerana apa? Kerana suka ‘BERHUKUM BERDASARKAN TEKS’ itulah IDEA UTAMANYA, bukan ‘tolak muzik bertali’.


PANDANGAN SAHABAT:
malah sheikh nuruddin juga cenderung untuk mengatakan muzik bertali itu tak patut dihalalkan.

PENJELASAN SAYA:
Dalam hal ini saya tidak nampak sebarang masalah. Syeikh Nuruddin seorang yang MENGHORMATI KHILAF. Lagipun tuan sendiri menulis beliau hanya CENDERUNG untuk menolaknya, bukan MUKTAMAD menolaknya.


PANDANGAN SAHABAT:
sheikh nuruddin berkali-kali menyindir fatwa yang membolehkan muzik bertali dengan alasan dakwah (kemungkinan merujuk dr yusuf alqardawi).

PENJELASAN SAYA:
Tuan telah mendengar kuliah Syeikh, tuan tentu lebih arif tentang apa yang diperkatakannya. Saya belum mendengar, tak berani komen apa-apa. Cuma setakat yang saya kenal peribadi Tuan Syeikh kita ini, dia bukan jenis yang mudah-mudah MENYINDIR. Apatah lagi jika disedarinya jika dia menyindir pendapat ini, bermaksud dia menyindir para ulama yang mengharuskan alat muzik bertali seperti di bawah:

Abdullah bin Umar (sahabat)
Abdullah bin Zubair (sahabat)
Muawiyah (sahabat)
Amru al-Ass (sahabat)
Imam al-Ghazali
Al-Mawardi
Imam asy-Syaukani
Imam Mohd. Asy-Syazili
Imam al-Haramain
Dr. Abdul Karim Zaidan
Dr. Yusuf Qardhawi
Dato’ Nik Aziz

Dan lain-lain.

* Boleh rujuk keempat-empat siri artikel saya di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=Stories_Archive&sa=show_month&year=2006&month=11&month_l=November


PANDANGAN SAHABAT:
saya juga setiap hari sudah mula cenderung bersetuju dengan sheikh nuruddin, dan membenarkan apa yang sheikh nuruddin sebutkan. malangnya rakaman kuliah mengenai hal muzik, dakwah bermuzik, dan lain-lain dalam kuliah beliau semasa ramadhan lepas telah lenyap bila disk komputer saya crash bulan november.harap satu hari saya boleh talaqqi dengan sheikh nuruddin, dan akan mula menulis blog bila sudah padat ilmu talaqqi.

PENJELASAN SAYA:
Boleh saja kita ikut mana-mana pandangan. Begitulah ADAB BERKHILAF. Dalam HAL INI, saya secara peribadi lebih memilih untuk bersama para sahabat dan ulama di atas tadi berbanding Syeikh Nuruddin. Sesiapa yang mahu bersama Syeikh, saya menghormatinya.


PANDANGAN SAHABAT:
p/s- top 6 alexanderwathern majoriti dari kumpulan nasyid latihan asaari rufaqa. patutlah asaari bila dakwa sbg orang tuhan maka pengikutnya yakin, sebab strategi muzik memang eksploitasi terunggul untuk buat hati manusia terpaut.org rufaqa dgr nasyid lebih byk dari dgr quran. syiah iran glamor juga sbb nasyid (zikir) depa mengharukan. amerika glamor juga sbb berjuta muzik depa buat manusia khayal.

PANDANGAN SAYA:
Memang benar kecuali lagu Aeman (tak tahulah pula kalau itu juga lagu lama Darul Arqam).

“org rufaqa dgr nasyid lebih byk dari dgr quran.”

Wallahualam. Saya ada juga dua orang rakan baik dari ‘Rufaqa’ tapi mereka jenis yang rajin baca Quran dan rajin dengar nasyid. : )

Salam. x sangka tawel minat muzik rock!!! heheh. Dulu, kak mardiah minat lagu2 kumpulan Ukays, especially SEKSA. hahah...lawak je bile teringat.

Bile bace semua komen2 yang ade ni, semua orang pon ade point of view masing2. Tapi, janganlah jadikannya alasan untuk kite berbalah. Sebaliknya, carilah titik persamaan kita, dan kita bersatulah dari situ.

Masalah umat Islam hari ini ialah kita banyak menghabiskan masa kita untuk berbalah tentang perkara2 furu' atau remeh. Tak salah untuk kite memberi komen tentang pendapat orang, tapi sekali cukuplah (sekadar untuk meluahkan suara), tak perlulah berlanjutan dan meleret-leret pule.

Alangkah indahnya kalau umat Islam boleh bersatu pada persamaan2 yang kite ada dan berlapang dadalah dengan perbezaan2 kerana sesungguhnya memang Allah menjadikan kita berbeza dan unik supaya kita dapat mengenali antara satu sama lain dan menghargai perbezaan itu insyaAllah.

Love the songs in this top 20. I wonder how can i get or download these songs?

Tanpa Nama

Kak Mardiah, saya tak minat sangat rock. Cuma beberapa lagu rock saja saya minat ;)

Mana nak download lagu-lagu tu? Entahlah. Orang kata boleh cari di internet, apa orang panggil alat untuk mencari tu..Google kot.

Lagi satu, orang yang banyak duit sikit kadang-kadang akan beli lagu..kat mana ye diorang beli tu..apa orang panggil tu, Amazon kot. iTunes store pun ada juga rasanya. 99c per song? Entah le.. ;)

Lagu MENANTI DI BARZAKH memang best! Tiada unsur syirik sepertimana yang dicanangkan oleh Hok Aloh Kam dot net tu.

Hamba juga suka lagu DI AMBANG WATI! Itu lagu pertama hamba minat yang dinyanyikan oleh Awie. Teringatnya zaman nonton filem SEMBILU dolu²... Oh, hamba tak tahu ini lagu "nasyid"! Hamba ingat "Wati" dalam lagu tu merujuk kepada Erra Fazira (sebagai Wati) dalam filem tu! Hmm... ini pun termasuk lagu "nasyid" yang "berbelit-belit" liriknya tu ya?

Hamba juga terpanggil untuk membuat "Top n". Kenapa "n"? Sebab hamba tak mahu menghadkan kepada 10 atau 20 atau 100, tapi biarlah kepada infiniti, hahah!

Ataupun alasan sebenarnya ialah kerana hamba ada beberapa lagu yang hamba tak ingat jadi tak dapat dimasukkan dalam senarai "Top" hamba ni, jadi biarlah diletakkan "n" menggantikan "angka".

Okay, mari bermula!

Oh ya, dalam senarai hamba ini, tak timbul yang mana nombor satu yang mana kemudian, sebab untuk berlaku adil, semuanya sama.

Hmm... baiklah, tukar fikiran; yang nombor satu itu memang nombor satu, sementara yang kedua hingga ke-n tu, mana² dulu atau kemudian pun boleh.

Oh, sedikit amaran. Ini "Top n" bagi lagu BUKAN nasyid yang dinyanyikan oleh penyanyi BUKAN nasyid TAPI ada unsur positif.

(Format: [Penyanyi - Tajuk lagu])

1. DOA - Eiyuu (video 1 (bukan video rasmi, tapi peminat yang buat), video 2 (peminat jugak yang buat) dan lagi satu video (versi pendek, ada terjemahan lirik ke Bahasa Inggeris, tapi kena jegilkan mata tu sikit))
Haha, ini bukan perkataan "doa" dalam bahasa Melayu tu, tapi hamba pun tak tahu DOA tu akronim bagi apa. Tajuk lagu tu pun kalau tanya orang yang faham bahasa Jepun, mesti dia boleh bagi jawapannya, hah! Lagu mengisahkan supaya seseorang itu jangan mengalah dan bangkit semula kalau gagal.

2. Tommy Page - A Shoulder to Cry On (video)
Ni lagu yang dikongsikan oleh seorang sahabat saya (sebelum ni saya tak pernah dengar pun). Okay la jugak, lagu jenis memujuk sahabat (ataupun kekasih kalau ikut konsep asal lagu ni, tapi berdasarkan lirik, rasanya ianya agak universal, tak merujuk pada kekasih semata). Lagu ini tak ada kena-mengena dengan lagu MENANGISLAH DI BAHUKU nyanyian kumpulan Firdaus tu.

3. Jason Mraz - Life is Wonderful (video)
Ini pun lagu yang dikongsi bersama oleh seorang sahabat gak (terima kasih pada dia kerana "memperkenalkan" aku pada lagu² ni :D). Liriknya sungguh indah, cuba dengar.

4. Stan Bush - The Touch (video
Ni merupakan soundtrack bagi... ahem... sebuah filem lama. Lagu pemberi semangat, hehehe...

5. Phil Collins - You'll be in My Heart (video)
Bukan lagu MY HEART tu ya, tapi lagu soundtrack untuk sebuah filem. Hehe, sekali lagi hamba melanggar teori mengatakan orang lebih suka dengar lagu nyanyian penyanyi asal (seperti yang dinyatakan dalam ruang komen di entri susulan kepada entri ini... ;D), hamba pula lebih sukakan versi BM yang dinyanyikan oleh Zainal Abidin.

6. Entah siapa - Biar Jasa Jadi Kenangan (video 1 (muzik asal) dan video 2 (nyanyian semula))
Ini... merupakan... sebuah lagu... pembakar semangat juga ni... =D

7. OAG - NowWhy2 (video)
Bukan NowSeeHeart ya? Heheh! NowWhy2 ni secara jelasnya diorang nak maksudkan sebagai "Nawaitu". Mungkin liriknya agak pelik sikit (hati² mendengarnya), tapi menurut pemahaman aku, lagu ni menyatakan keEsaan Allah (melalui cara muziknyalah).

Oh, cuma 7 saja rupanya, haha! Tak mengapalah, kira cukuplah 7 lagu ni, itu saja yang hamba ingat (7 pun memang angka yang cantek! SAMURAI 7! KERIS HITAM BERSEPUH EMAS, semua tu geng yang ber7!). Ada lagi lagu² lain, yang hamba sudahpun "ter"cakap secara sengaja atau tidak dalam komentar sebelum ini, jadi tak dimasukkanlah dalam senarai "Top n" hamba di sini ni, hehe... ;)

Alexander wrote:
[PANDANGAN SAHABAT:
sheikh nuruddin berkali-kali menyindir fatwa yang membolehkan muzik bertali dengan alasan dakwah (kemungkinan merujuk dr yusuf alqardawi).

PENJELASAN SAYA:
Tuan telah mendengar kuliah Syeikh, tuan tentu lebih arif tentang apa yang diperkatakannya. Saya belum mendengar, tak berani komen apa-apa. Cuma setakat yang saya kenal peribadi Tuan Syeikh kita ini, dia bukan jenis yang mudah-mudah MENYINDIR. Apatah lagi jika disedarinya jika dia menyindir pendapat ini, bermaksud dia menyindir para ulama yang mengharuskan alat muzik bertali seperti di bawah:] Qoute


Salam, hanya sedikit tambahan dari kami yang mengenal Syeikh Nuruddin seadanya. Melalui pandangan ana apa yang akhina Mfr cuba terangkan melalui perkataan 'menyindir' itu bukanlah menyindir dr bentuk yang negatif.

Mengenali dan berguru dengan Syeikh Nuruddin ana maklumi beliau mempunyai pandnagan yang jelas dan kaedah penyampaian yang tertentu.

Menyindir di sini bermaksud adalah menyanggah atau tidak setuju akan pendapat Ulama' kontemperari yang mungkin bagi Syeikh agak mengambil mudah dalam istinbat hukum tentang muzik.

Namun dalam masa yang sama beliau menghormati khilaf tentunya. Namun Syeikh amat menjaga wara' dan Sunnah sangat suka mengambil hukum yang ihtiyaton ( berjaga-jaga).

Menurut pengalaman ana pula, biasanya teman2 dr luar negara yang betul2 berpegang dengan mazhab bukan pengikut mazhab berpendapat setiap pengasas mazhab dan ulama' mazhab mengambil pendapat yang menjadi pegangan Sheikh Nuruddin.

Alakulliha, ini masalah khilaf. Namun khilaf yang tidak boleh diambil mudah atau melupakan sifat wara' dan berjaga-jaga. Tambahan bila melibatkan soal hati.

Walau ana tidak berapa setuju dengan beberapa perkara dalam industri nasyid Malaysia namun ana juga tidak cenderung untuk mendengar musik bersifat keTuhanan dari pemuzik-pemuzik rock.

Untuk mereka yang berjiwa kesenian menghayati sesuatu muzik, bukan sekadar lirik namun setiap pendendangnya menjadi keutamaan.

Kita tidak mengatakan mereka tidak baik, namun untuk mendengar sesuatu dari mereka yang kita tidak pasti menjaga solatnya merupakan satu pilihan masing-masing.

Namun seandainya diadakan kolabrasi yang memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak dengan menjadikan si pemuzik tadi terkesan dengan Islam, mempunyai ruh dalam muziknya maka kita mengalukan.

Seperti contoh Habib dr Indonesia ada berduet dengan Padi. Sangat menyentuh.

Allahua'lam

Tanpa Nama

Salam...

sgt menyentuh hati biler melihat nasyid2 skarang yg kebanyakkannya melebihkan cinta dn jiwang semata2..
tp jika dilihat sekarang mereka bagai sudah tersedar dn kembali kpd tujuan asal nasyid... sbgi contoh kump in-team, sudah tidak terlalu berjiwang dlm lagu mereka...

namun begitu, ana ingin juga memeperlihatkan alternatif lain bg mereka2 yg tidak berapa gemar nasyid2 tempatan dgn beberapa nasyid inggeris yg memang boleh tahan rentak dn lirik2 mereka...

anda semua bolehlah melihat dn mendengar nya di.....

http://cetusanmindaseorangpemuda.blogspot.com/2008/07/top-10-nasheed-inggeris.html

sebenarnyer dpt idea nak kompilasikan drpd saudara tawel sensei sendiri.. syukran atas ideanya...

Salam Bro..

Ambo nak tumpang tanya..camner nak masukkan window imeem dlam blog. Sudi-sudikanlah mengajar ambo yang sedikit bute IT nih..wslm.

DIMANA NAK CARI NASYID MP3 'UMAT ISLAM BOLEH"

tak salah saya ianya menjadi nasyid rasmi kumpulan "HPA

Tanpa Nama

rasanya banyak lagu2 m nasir yang lama2 berkonsep islamik..

contoh.. di jalan sesat, kau yang satu :)

kenapa tak ada lagu "terbangkitnya aku dari sebuah kematian".tak silap saya tajuk lagu dia menanti di bhazar

Tanpa Nama

lagu lain yg mungkin blh masuk list kt atas tu:
xpdc - hairan bin ajaib
xpdc - semangat perjuangan harmoni
xpdc - hujan air mata (lagu utk palestin)
search - meniti titian usang

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.