Back to home page

Dosta Mi Je Allah Moj

10 Januari 2007 • 6 Komen Cetak Chenta!
yusuf islam
Saya tiada meriam-meriam yang mengaum.


Syukur. Akhirnya dapat juga saya cari lirik asal Allah is Enough For Me oleh Aziz Alili, iaitu Dosta Mi Je Allah Moj. Lirik asalnya adalah dalam bahasa Bosnia. Punyalah susah saya nak mencarinya.

Dan inilah dia:



Kad u jami osvanu
i tamnice dopa'nu
Jusuf lijepi uzdahnu
Dosta mi je Allah moj!

Tiridžije žeđ nose
kofu praznu donose
nad jamu se nadnose.
Dosta mi je Allah moj!

Dokaz i san usnije,
prođu teške godine
do teobe njezine.
Dosta mi je Allah moj!

Eto dana radosnog
i mog babe kaharnog
i devleta rahatnog.
Dosta mi je Allah moj!

Svaka noć sad dan rodi
Allah muku providi,
svemu kraj se nahodi.
Dosta mi je Allah moj!

Hasta traži dermana,
asker svoga sultana,
ašik dragog insana.
Dosta mi je Allah moj!


Lagu ni sebenarnya dimuatkan dalam album Yusuf Islam (tahun 2000) yang bertajuk I Have No Cannons That Roar . Album ni dirakamkan sebagai satu dedikasi istimewa kepada Dr Irfan Ljubijankic (bekas Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Bosnia) yang terbunuh pada penghujung peperangan etnik di Bosnia, apabila helikopter yang dinaikinya telah ditembak oleh peluru roket tentera Serbia.

Beberapa bulan sebelum beliau terbunuh, beliau telah berjumpa dengan Yusuf Islam di London dengan membawa satu kaset, yang didalamnya terkandung satu lagu yang digubah oleh Dr Irfan Ljubijankic sendiri, yang bertajuk "I Have No Cannons That Roar". Memandangkan Yusuf Islam adalah seorang ahli muzik merangkap aktivis keamanan sejagat, maka Dr Irfan berharap agar Yusuf Islam boleh melakukan sesuatu ke atas lagu itu, demi membantu rakyat Bosnia yang ditindas oleh Serbia.

Berita terbunuhnya Dr Irfan menjadi pemangkin utama Yusuf Islam untuk menghasilkan album I Have No Cannons That Roar - satu album dedikasi kepada Dr Irfan, dan juga satu album yang memberikan harapan kepada penduduk Bosnia waktu itu. Dari 6 orang penyanyi yang menjayakan album ini, 4 orang daripadanya memiliki darah Bosnia, iaitu Aziz Alili, Dino Merlin, Senad Podojak, Burhan Saban. Dan dari 11 lagu yang ada, 7 adalah dalam bahasa Bosnia. Lagu-lagu berbahasa Bosnia ini dikatakan amat popular di waktu Bosnia terjebak di dalam peperangan etnik.

Apa yang uniknya, lagu-lagu yang berbahasa Bosnia ini begitu enak pada telinga dan lembut pada hati, walaupun kita tidak memahami sama sekali lirik lagu-lagu tersebut. Mungkin kesannya sama sebagaimana orang yang tidak faham bahasa Malaysia mendengar nasyid-nasyid alunan Raihan. Apapun, mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah pula maksud lirik lagu di atas itu? Oleh sebab saya pun tak faham bahasa Bosnia, maka saya letakkan sahaja versi Allah is Enough For Me oleh Zain Bikha:

Allah is Enough For Me
(A story of Prophet Yusuf)

When he was placed in the well
or locked in the dungeon
betrayed by his own flesh and blood
convicted of what he did not
handsome Yusuf sighed
Allah is enough for me!

Taken in as a slave
made to work night and day
resisting all temptation
Allah is enough for me!

Until the king had a dream
Many hard years had gone by
patience and repentance
Allah is enough for me!

Till...the fortunate day
there he sees his father
in the land of content
Allah is enough for me!

Handsome Yusuf cried
Allah is enough for me!

Every night brings a new day
Allah alleviates all pain
Everything has its end
Allah is enough for me!

Everything has its end
Allah is enough for me!
Allah is enough for me!


Amat memuaskan hati sesudah kita tahu serba sedikit makna dan juga latar belakang sesuatu lagu itu. Jadi, mari saya tanya kepada para peminat nasyid di luar sana. Apakah sejarah lagu nasyid Demedim Mi yang dipopularkan oleh Zain Bikha, dan juga Allahu oleh Raihan dan juga Sami Yusuf?

Kesimpulan Utama

Kalau baca Al-Quran, tapi tak faham maksud, dan tak faham pula serba sedikit sebab turunnya sesuatu ayat (asbabun nuzul), maka kuranglah asyik dan nikmat ketika membacanya. Tetapi, tetap juga diberikan pahala oleh Allah. Insha-Allah. Semoga kita menjadi setabah dan secekal Nabi Yusuf alayhi salam.

6 Komen Tambah Komen↴

MasyAllah a nice piece!

Tanpa Nama

lagu Allahu dendangan Raihan dan Sami Yusof adalah berasal dari lagu dendangan nusrat fateh ali khan.. beliau adalah seniman berbangsa pakistan yang terkenal dengan jolokan qawali master. qawali adalah salah satu muzik kesufian yang mungkin dipersembahkan dalam majlis sima'. muzik yang dibawa oleh nusrat fateh ini ber'genre'kan world music. pernah mengadakan konsert di festival muzik anjuran WOMAD (world music and dance) dibawah kelolaan Peter gabriel. Nusrat fatih ali khan pernah bekerjasama dengan Eddie Vedder, vokalis kumpulan grunge pearl jam dalam pembikinan soundtrack filem dead man walking. bagi saudara yang inginkan maklumat lanjut sila buka http://en.wikipedia.org/wiki/Nusrat_fateh_ali_khan. wallahua'lam..

Tanpa Nama

Tahniah kerana anda tahu latar belakang lagu Allahu ini :) Alhamdulillah. Semoga lebih ramai yang tahu juga.

Takde hadiah ke?

Tanpa Nama

lagu yang menusuk kalbu ku

terima kasih kerana mengetengahkan lirik lagu aziz aili itu. macam nak gamat saya cari lirik tu. saya suka blog awak.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.