Back to home page

Syahid Di Karachi

14 April 2006 • 12 Komen Cetak Chenta!

Maulana Abbas Qadri (kanan) antara korban letupan.

Sila Baca

* Message Board dari Deen Port
* Galeri gambar tragedi (tak tahan darah jangan tengok)
* Thousands attend Karachi funerals dari BBC


Beberapa minit sebelum pengebom meletupkan bahan letupan yang dianggarkan seberat 5 kilogram. Gambar ini menunjukkan barisan solat paling hadapan.


Reaksi Awal Saya

1. Dah tak ada cara lain ke kalau teringin sangat nak masuk Syurga? Apasal la ada umat Islam hari ini asyik fikir kalau jadi suicide bomber nanti mati masuk Syurga. Diorang ni tau ke tak apa yang diorang nak bom tu?

2. Apahal la kau pergi bom masa orang baru habis solat? Dah tu masa sambutan Maulid Nabi pulak. Dari kau pergi bom kat situ, ada baiknya kau pergi bom disko atau pub (Statement ini sekadar retorik. Ini bukan bermaksud saya menganjurkan si pengebom untuk meletupkan bom di disko.)

Persoalan

1. Siapa dalang di sebalik kejadian ini?

2. Jika Islam, apakah patut mereka mengebom saudara satu agama, satu Tuhan iaitu Allah? Kita sendiri tidak boleh bunuh orang Kafir sesuka hati. Tetapi mengapakah hari ini ada umat Islam yang melihat darah saudara seIslam semakin 'murah'?

3. Sejak bilakah harga darah umat Islam ada 'diskaun' bila wujud perbezaan pendapat dan aliran? Apakah patut seorang Sunni itu membunuh seorang Syiah? Apakah patut seorang Wahhabi itu membunuh sorang Sunni? Sejak bila wujud semula fahaman suka mengkafirkan umat Islam? Adakah ini merupakan kebangkitan semula fahaman Khawarij? Fikir-fikirkan.

4. Terlalu banyak fahaman Islam yang wujud pada hari ini. Dan di antara fahaman yang paling bahaya adalah apabila fahaman itu melihat umat Islam yang tidak sekepala sebagai Kafir.

5. Nasihat dari saya, walau apa pun jemaah Islam yang kamu hendak masuk, pastikanlah ia tidak bertentangan dari apa yang disepakati oleh ahlus sunnah wal jammah. Berhati-hati supaya anda tidak termakan racun pemikiran puak militan yang menggunakan nama Islam - tapi pada hakikatnya jauh menyimpang dari Islam. Kadang-kala pemikiran ini meresap dalam otak kita tanpa disedari. Berhati-hati dengan buku-buku yang kamu baca. Kita tidak mahu negara kita dipenuhi dengan pemikiran-pemikiran yang bercanggah dari ahlus sunnah wal jamaah.

6. Tawel-Sensei menentang kegiatan keganasan dan militan yang dilakukan atas nama Islam. Tawel-Sensei mengkritik pembunuhan yang tidak berdosa, memusnahkan harta benda awam, dan sebagainya, yang dilakukan atas nama Islam. Tapi ini tidak bermakna Tawel-Sensei berdiam diri atas keganasan yang dilakukan kepada umat Islam di Iraq, Palestin, dan lain-lain negara Islam. Keganasan-keganasan tersebut haruslah ditentang oleh umat Islam dengan cara dan kaedah yang halal dari segi syariah Islam.

Info Tambahan

1 - Islam Denounces Terrorism oleh Harun Yahya
2 - Bombing Innocents: IAMS's Statement
3 - Fatwa Against The Targeting Of Civilians oleh Sidi Muhammad Afifi al-Akiti

12 Komen Tambah Komen↴

Kurang ajar! Tak pernah aku dengar org serang kenduri maulud lebih2 lagi time sembahyang.... Yaa Rabbi!!

Hukum feqah "targeting civilians" sepertimana yang ditegaskan di dalam fatawa Sahibus Samahah Mufti Tanah Melayu kita di Oxford is SO SIMPLE:

"The result in Islamic jurisprudence is: if a Muslim carries out such an attack voluntarily, he becomes a murderer and not a martyr or a hero, and he will be punished for that in the Next World."

http://www.livingislam.org/maa/dcmm_e.html

Tanpa Nama

Terima kasih Zaidi. Juling mata aku nak baca betul-betul fatwa Sidi Afifi tu ;). Aku baca sepintas lalu aje..tak berapa berkesempatan untuk hadam betul-betul.

Walaupun fatwa tu 'according to the madhab of Imam Shafi'i', tapi aku rasa begitu jugalah lebih kurang dengan tiga mazhab yang lain. Tapi pada hari ini yang mana fenomena 'tidak bermazhab' semakin berleluasa, nak dengar ke orang-orang yang menolak mazhab ni? Hmm...

Tertarik pula bila dalam artikel tu ada memetik kenyataan rasmi Al-Muhajiroun. This is indeed the 'war' within Muslim - which kind of sects/ideas/etc should represent Islam as a whole? I believe, it should be the Sunni way of thinking.

Have you watched the Danish TV interviewed Sheikh Hamza Yusuf? Click here.

sebenarnya ada satu kitab berjudul " al-Istisyhadiah fil-Islam". Tapi belum habis baca Juga beberapa kitab lain yang menceritakan tentang hukum ini..

Pelik juga, ini fitnah yg amat besar. Kenapalah ada org Islam sanggup buat begini

Tanpa Nama

Salam tawel,

Bomber tegar ni ada satu fahaman sendiri di mana mereka percaya dgn mati syahid cara ini (pada anggapan mereka ) boleh membawa 70 anggota keluarganya turut syahid jika mati...

Wsalam deanz. Uish, dahsyat sungguh fahaman tu. Hmm..mati syahid ke kalau yang dibunuh tu termasuk individu yang takde kena-mengena pun dengan pertelagahan mereka. Dan kadang-kadang, yang terbunuh tu ada juga dari kalangan orang Islam. Kalau kau rajin nak baca fatwa oleh Sidi Afifi tu, tindakan mereka tidak dianggap mati syahid. Dan inilah ijmak ulama.

Me, semoga khatam kitab tu. Kitab tu kitab dari zaman dulu atau kitab moden? Siapa pengarangnya?

Amin
Tadi menyelongkar kitab-kitab lama, dan mencari dimanakah kitab tu..Ada kat rumah rasanya..Nanti check siapa muallaf dia. Tak silap ana kitab baru.

Tanpa Nama

nak tahu ader bukti ke org islam yg buat?kalo ader sila buktikan..jgn terpengaruh dakyah kuffar yg nk laga2kan sama2 islam..lagi satu,kenapa nak beza wahabi ngan sunni?apa pendapat saudara kalau beza sufi dan sunni plak?

Tanpa Nama

Artikel ini ditulis beberapa jam selepas berita kejadian ini keluar. Masa tu, pihak polis Pakistan baru menjumpai satu kepala yang terpisah dari badan. Dalam kebanyakkan kes Pengebom Berani Mati, pasti akan dijumpai kepala si pengebom yang terpisah dari badan.

Antara ciri kepala yang dinyatakan dalam kejadian ini ialah: "Mempunyai janggut yang agak lebat." Oleh kerana saya tidak mahu menuduh si peletup bom itu adalah seorang Muslim - kerana masih tiada lagi pihak yang mengaku bertanggungjawab - maka awal-awal lagi saya sudah mengambil jalan berhati-hati dengan menggunakan ayat: "Jika Islam....". Cuba semak semula pada bahagian PERSOALAN. Oleh itu, tidak timbul isu saya menuduh orang Islam sebagai dalang kejadian ini.

Namun, harus kita sedar bahawa hari ini apabila kita mendengar perkataan suicide bomber, pasti perkara pertama yang terlintas dalam otak kita adalah ISLAM. Sepanjang yang saya tahu, semua suicide bomber pasti ada kaitan dengan mana-mana pertubuhan yang berdiri atas nama Islam. Sila beritahu saya andai saudara pernah membaca berita suicide bomber yang terdiri dari golongan non-Muslim - yang mana mereka meletupkan dirinya sebagai tanda perang dan benci kepada orang-orang Islam. Berikan buktinya sekali.

Lagi satu, kalau saudara tak mahu percaya laporan berita orang kafir, maka silalah bentangkan laporan berita dari sumber yang benar-benar Islam di sini. Cari dan kaji di mana wujud percanggahan berita dari pihak Islam dan Kafir. Kemudian, barulah kita boleh hentam media kafir yang kita dakwa sebagai menyebarkan berita bagi melaga-lagakan umat Islam. Bagi saya, sekafir mana pun syarikat berita itu, tidak semestinya mereka melaporkan berita yang bohong setiap masa.

Saya serahkan tanggungjawab ini kepada saudara. Saya pun tidak track tragedi ni lagi. Dan saya tidak tahu sama ada sudah ada pihak yang bertanggungjawab atau tidak. Kalau saudara rajin, silalah bantu saya. I'm happy to know if this tragedy was not masterminded by Muslim.

Apa beza sufi dan sunni? Nak tanya dulu, apa yang saudara faham tentang sufi? Adakah ia bermaksud orang Islam yang hanya belajar ilmu tasawwuf semata-mata? Atau adakah sufi itu adalah umat Islam yang ikut tariqat?

Saudara tanya kenapa nak bezakan Sunni dan Wahhabi? Kalaulah Wahhabi dan Sunni itu tiada beza, kenapa pula para ulama dari mazhab Shafi'i, Maliki, Hanbali, dan Hanafi DITENDANG KELUAR dari Haramain oleh para pemuka Wahhabi? Siapa sebenarnya yang mewujudkan perbezaan? Kalau benar tiada perbezaan, maka silalah saudara cadangkan kepada para ulama Wahhabi di Arab Saudi bagi membenarkan para ulama dari empat mazhab mengajar semula di Masjidil Haram dan juga di univerisiti-universiti yang ada di Arab Saudi.

saya pun berharap bukan org islam yg buat kerja2 ni..kena tau bahaya golongan yg mmg memusuhi islam sejak dahulu kala mcm yahudi..org kafir kalo nk dipikir secara zahir buat ape nk suicide bomber..kelengkapan senjata bagus..kita takder ape..berpecah..tula..ade janggut je islam..mcm puak lain sumer takder janggut..tak kata berita kuffar tak boleh pakai..zionis pun pandai..ingatkan kisah sept 11..berita merakamkan ape yg dorg rakamla kan..belum tentu betul kata2 "intelligence" tu..kalo yg buat tu islam berharap tak berulang lagi tragedi berbunuh sama2 saudara seislam..saya tak tau sgt pasal sufi ni..drp pengamatan zahir,sapa yg meneliti tasawuf..berjalan diatas nya maka dia sufi..dan tasawwuf tu ilmu pembersihan hati..pemantapan rohani..tarekat tu jalan..utk sampai rabb kita..biasa diajar zikir2,wirid,hizb,lataif tertentu..bersufi tak semestinya bertarekat..tak berapa reti nk terang..bukan ahli..siapa yg berjalan berpandukan alquran dan hadith insyaAllah tidak akan sesat selamya..sunni ni mazhab akidah..yg saudara sebut shafie maliki hanafi hanbali tu mazhab fekah..saudara tau beza kan..yg mana mazhab akidah,yg mana mazhab fekah?apekah wahabi bermasalah dalam akidah dorg?terkadang ada yg bermazhab syafie tapi penulisannya berunsur prosyiah..terkadang ade yg bermazhab hanbali tetapi ade yg claim penulisannya berunsur mujassimah atau musyabbih..saya tak menghukum sape2..siapala saya ni..ok..wasalam

Tanpa Nama

Sebab tu la saya minta saudara berikan sumber berita dari yang betul-betul Islam tentang hal ni. September 11 tu lain cerita sebab saya pun memang tak percaya sumber berita Barat dalam kes ni. Tapi tahun lepas saya ada tengok satu berita video dari CNN yang mempertikaikan konklusi September 11 oleh White House. Memang bagus le.

Ish2 saudara ni memang bagus le kalau bawak berbincang. Tapi masalahnya, saya ni ada kekangan masa untuk menulis panjang-panjang ni. Pasal sufi dan tariqat ni, saya bukanlah orang terbaik untuk menjawabnya. Dan belum masanya untuk saya masuk bab tasawwuf. Kalau mu tanya saya apa itu sufi, saya jawab ikut apa yang Sidi Ahmad al-Zarruq bilang: "Keikhlasan menuju Allah." Ada lagi komentar panjang Sidi Ahmad al-Zarruq tu. Tapi kita sembang lain kali la ye. Tapi bukan pada pos ini.

Tapi satu aje la saya pelik. Kenapa le asal ada orang yang belajar/menekankan ilmu tasawwuf, terus dilabel sebagai Budak Sufi. Padahal dia ni belajar juga ilmu fiqh, akidah, dan lain-lain. Apasal tak digelar juga Budak Fiqh? Malah ada juga saya tengok umat Islam yang memandang hina pada tariqat. Kekadang tu saja aje eja tariqat sebagai Tarik dan Ikat. Confuse den..

Tapi yang jadi masalahnya bila wujud Sufi Pretenders, ataupun Sufi Palsu. Semuanya nak mengaku ikut tariqat, padahal ilmu Islam yang lain bercelaru. Jangan sampai ada orang dakwa Ayah Pin tu pun tariqat jugak sudah le..haru.. Oleh itu, jadi tugas kita semua untuk beritahu umat Islam faham apa sebenarnya tariqat ni, di samping turut memberi amaran tentang kewujudan tariqat yang mengarut-ngarut.

Oh ya saudara, nak minta tolong. Kalau boleh buat perenggan ye kalau menulis. Mata saya ni bercelaru kalau takde perenggan.

Bro Tawel.

Kitab yg ana sebutkan dulu tu
" Al-Ishytishad bil-Ayatil Jihad"
karangan Ibrahm bin Umar Bin Hassan ar-Rbat Al-Baqaie

Dan diselangi juga dengan rentetan talkhis kitab

" Kalam Su'ada' ala Arwah as-shhhada'"- Karangan Imam Jalaluddin as-Sayuthi-

Taqdim oleh : Fadhlah Ustdz Dr. Al Juma'ah.

Waalhua'lam

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.