Mosc Atha Cliath adalah sebutan Masjid Dublin di dalam bahasa Gaelic yang menjadi bahasa asli rakyat Irish. Namun bahasa Inggeris menjadi bahasa nadi rakyat di sini. Masjid Dublin terletak betul-betul di hadapan rumah aku. Kalau nak tahu, rumah aku di kawasan inilah.
Masjid ini tidak berapa besar. Namun ia lebih besar dari sekangkang kera dan masih cukup luas bagi menampung kehadiran jemaah setiap hari. Cuma yang menjadi masalah besar adalah apabila tibanya Solat Jumaat, Solat Aidilfitri, dan Solat Aidiladha. Memang melimpah-ruah hingga hampir ke jalanraya.
Masjid ini sedang dalam proses mengumpulkan dana bagi menampung kos pembesaran dan pengubahsuaian. Anggaran kos dalam 570,000 Euro (kira-kira RM 2.6 juta). Setakat ini, wang yang sudah terkumpul masih tidak melebihi 150,000 Euro. Bilalah agaknya nak capai sasaran. Silap-silap, aku dah habis belajar pun masih belum dapat lagi capai angka yang disasarkan.
Ada 2 masjid utama di Dublin. Satu lagi terletak di Clonskeagh, Dublin. Kalau naik bas dari Dublin Mosque, mengambil masa kira-kira 40 minit. Tapi itu semua bergantung kepada trafik. Clonskeagh Mosque jauh lebih besar, lebih selesa dan lebih moden. Maklumlah, masjid baru.
Namun, Dublin Mosque ada satu keistimewaan yang tidak dapat ditandingi oleh Clonskeagh Mosque. Apa lagi kalau bukan iftar percuma yang diberikan setiap kali datangnya bulan Ramadan. Di sini, setiap hari pada bulan Ramadan, menu Ayam Tandoori dan nasinya menjadi buah mulut budak-budak Dublin yang datang berbuka di sini setiap hari. Kenapa jadi buah mulut?
Sebab kesedapannya yang tidak terkata! Susah nak cakap. Di Malaysia pun aku tak pernah makan sesedap itu, sampai ketagih aku dibuatnya. Resepinya memang asli. Rempah-ratusnya cukup. Memang sedap. Semua orang kata macam tu. Kawan aku sendiri pun pernah menulis di dalam ruangan blognya tentang kesedapan resepi Ayam Tandoori tersebut. Hmm..ada sesiapa yang meleleh air liur? Datanglah melawat Dublin. Boleh kita makan di situ. Tapi kalau bukan bulan Ramadan, kena bayar 6 Euro (RM 30) untuk sekali makan :)
Lupa pula nak beritahu, masakan Ayam Tandoori itu dimasak oleh seorang pakcik Pakistan yang membuka restoran di sebelah Masjid Dublin ini. Setiap kali nak solat di masjid ini, pasti akan meleleh air liur sebab terpaksa menghidu bau Ayam Tandoori yang sedap (pintu masuk ke masjid terletak sebelah sahaja dengan restoran). Maklumlah, dapat bau sahaja. Nak makan selalu mana mampu. Bocor pula poket seluar nanti! Sebulan sekali pun dah kira OK.
Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada Hamba Allah yang memberikan sponsor untuk iftar kami setiap hari. Moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.
6 Komen • Tambah Komen↴
salamss...bagus blog ko ini..berilmiah...bila nak buat chatterbox?..boleh leave message...teruskan usaha 'mempengaruhi' orang ramai...
btw...apa function feedburner tu?...tak pahamlaa aku...aku ader register, tapi xtau nak wat ape ngan menatang tu..
btw...aku tak termasuk dlm senarai org2 yg menikmati tandoori seperti yg ko sebutkan ...mmg, hampir setiap hari aku makan..*sigh*...takderla 'enjoyable' sangat...tandoori is just like an ordinary meal to me...tapi..makan habis gak..heheh :P
~cheme
saya sgt bersetuju dgn komen anda.memang ler tak boleh lawan nasi tandoori dublin mosque.tak hairanlah, encik tawel tidak pernah ponteng makan tandoori setiap hari pada bulan puasa.tak kira masa busy,byk lecture,sihat,sakit dan sebagainya, tawel sentiasa menjadi penunggu masjid ini.
dia orang takde usaha nak mintak fund kat tok syeh yang kaya raya kat mid east ke ? setakat 2-3 juta takkan takleh bagi kotttt..
mashallah~ such a nice pic!captured by a nice cameraman.. ;D
Alhamdulillah. Akhirnya niat saya yang hampir terkubur telah hampir-hampir menggapai zaman emasnya selepas membaca entri ini.
Sebenarnya saya bercadang untuk menulis tentang masjid-masjid di New Damietta City ini. Tapi niat itu makin pusar selepas pulang ke Malaysia.
Apa yang penting sekarang ialah saya perlu bertekun. Ya, Abqori perlu bertekun.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.