Back to home page

Tragedi Kecewanya Pemungut Derma di Satu Maghrib yang Bergerimis

14 Januari 2011 • 29 Komen Cetak Chenta!
Hari ini Maghrib di Shah Alam jatuh pada pukul 7:23 malam. Sesudah solat di surau, terus sahaja angkat punggung sebab gerimis di luar macam makin melebat. Saya sekadar merempit ke surau, jadi tak mahu terkandas dek hujan. Lagi-lagi, perut pun sedang berdondang minta diisi. Namun perlu singgah di stesen minyak terlebih dahulu kerana motor saya ini kelihatan lebih darurat laparnya.

Selesai mengepam, saya didekati oleh seorang remaja perempuan berkurung merah gelap. Umurnya sekitar 14-15 tahun. Wajahnya kelihatan penat, berminyak-minyak seperti selepas berjalan di bawah terik tengahari yang tidak berawan.

Katanya, "Abang, derma untuk pusat tahfiz bang?"

Sebenarnya memang selalu sahaja ada orang yang meminta sedekah/derma di stesen minyak ini seputar Asar ke Maghrib. Saya menjawab, "Adik ni dah Maghrib ke belum?"

"Sudah", jawabnya ringkas. Kemudian dia merayu lagi supaya ditunaikan hajatnya sambil tangannya menggerak-gerakkan sebuku resit derma. Ayat dan lenggok rayuannya ini tetap sama seperti tadi; seolah-olah di hadapan matanya ada skrip yang perlu dipatuhi.

Naik pelik saya bila dia menjawab sudah selesai solat Mahgrib. Saya keluar surau (antara orang terawal) dalam jam 7:33 malam. Jarak dari surau tersebut dengan stesen minyak ini pun dalam 3 minit kalau merempit. Saya sampai-sampai, budak ini sudah terconggok di situ. Jadi di mana dia bersolat? Stesen minyak ini pun bukannya ada surau. Bahkan tidak logik muka seseorang itu nampak berminyak sesudah berwudhuk dan bersolat.

Saya ini bukanlah jenis manusia yang mudah nak percaya dengan peminta derma/sedekah jalanan. Jadi bila ditambah dengan sikap mereka yang cuba bergebang dusta, lagi malaslah saya nak beri.

Lalu saya tinggalkan sahaja budak perempuan ini tanpa memberi apa-apa. Dalam hati, tertanya-tanya siapalah yang mengerahkan tenaga budak bawah umur ini bagi mengutip derma untuk "Pusat Tahfiz" yang entah wujud, entah tidak itu.

Bukankah selayaknya budak ini duduk di rumah membaca buku, atau sekurang-kurangnya bermain Facebook dalam bilik?
---

P.S. Satu-satunya jenis peminta derma jalanan yang saya percaya adalah mereka yang tidak meminta duit, sebaliknya merayu kita agar melakukan derma secara Standing Instruction (SI). Konsep menderma seperti ini popular di negara-negara Barat. Tapi di negara kita masih susah nak diamalkan sebab nak buat benda ni pun, mula-mula sudah kena bayar stem duti RM10. Contoh dari Bank Islam:


Kebaikan menderma secara SI adalah:
  1. Pemungut derma jalanan susah nak menipu sebab kalau pertubuhan itu tidak sah atau tidak wujud, maka mana mungkin SI dilakukan.
  2. Derma yang berterusan akan dapat disalurkan secara berkala seperti RM10/sebulan atau RM50/tahun.
Tapi apapun, saya masih tak pernah lagi jumpa orang yang minta derma cara begini di Malaysia. Dahulu semasa di Ireland, sampai naik muak saya mengelaknya!

29 Komen Tambah Komen↴

kadang2 bukan salah budak tu tapi salah org yg menyuruhnya...kata mak, lebih baik bagi walaupun sedikit daripada budak tu akan didera dengan teruk oleh org yg x bertanggungjawab....

Saya setuju dengan aihanmujar, bagi sedikit daripada budak itu mungkin akan didera.

Kasihan tapi.. tak boleh beri muka.

Ada hadithnya yang melarang kita memberi kepada 'peminta sedekah' yang meminta-minta di jalanan.

mungkin dia datang bulan.
segan nak mengaku, jadi dia bohongkan saja..

around my former workplace dulu bersepah budak2 minta sedekah ni, especially during lunch hour. i never entertain such things, because i believe if we do, we are only making the syndicate bigger.

bole tak sesapa gi follow bebudak ni n bongkar citer sbnr? manatahu depa kena paksa ke...byk pahala kalau kita dpt lpskn depa dr sendiket mcm ni..dulu waktu keja kt klcc, mmg ramai bebudak kecik minta sdkh, esp wktu lunck kt wisma central..x de sapa pun yg hlg, stop, siasat etc..polis sibuk dok jg pembangkang krjaan n biar jer sendiket minta sdkh ni berleluasa...,\mmg haram ler gaji pihak2 berkuasa yg tutup mata ni..

Tanpa Nama

Inilah antara salah satu punca mengapa ibu-bapa enggan menghantar anaknya ke sekolah tahfiz, takut2 jadi pengemis.

Hatta sekolah agama yg tidak tahfiz pun menerima tempiasnya sekali.

Minggu lepas semasa dialog antara dan ibu-bapa pelajar baru pimpinan sekolah saya :

"saya nak tanya sket la, adakah sekolah ini akan menghantar anak2 kami mengutip derma di jalan? Maaf la kalau soalan ni kasar sangat" Tanya seorang bapa yg berasal dari Damansara. Sangat prihatin dengan masa depan anaknya.

"Itu bukan budaya kami, kami tak pernah buat begitu dan tak akan buat macam tu", Jawab Timbalan Pengetua. Tegas.

Saya yg menjadi pengerusi majlis pada hari itu hanya mampu menelan air liur sahaja.

Saya derma senyuman, sambil berkata: "Meh ikut akak pergi balai polis."

@Hamba Ilahi, katakan budak ni memang dari Pusat Tahfiz. Sepatutnya orang yang belajar di tempat macam ni, mereka diajar untuk bercakap "Uzur" jika ditanya dah solat ke belum. Bukannya berbohong semata-mata segan nak cakap datang bulan. Apa pun isu utama di sini, mengapa budak bawah umur dibiarkan kutip derma? Siang dah bersekolah, takkanlah petang sampai ke Maghrib, dikerah untuk memungut derma?

@Dieya, thank you for not supporting this industry!

@Paracletos, respek kepada si bapa yang bertanya!

@Nooreena, sebelum tu, pastikan dulu umur budak tu berapa. Sebab kalau bawah 16 tahun, barulah benda ni melanggar Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947. Ini aktanya kalau nak baca:

bagi melarang orang di bawah umur yang ditetapkan
daripada bertindak, dan orang lain daripada menyebabkan
atau membenarkan orang di bawah umur itu bertindak,
sebagai pemungut;

[Seksyen 5(2c)]

selalu kalau didekati oleh org yg minta derma mcm ni jadik serba salah sbb nak bagi takut dia menipu..x bagi mcm x murah hati plak..terutama bila yg kat dari pertubuhan anak yatim la hapa..salunya sy bagi tp sikit..kdg2 x bg langsung..

bru tadi terjadi kat aku,kat shell jln duta..
aku bg singgit,pstu trus blah~

Benda yang sama baru saja berlaku dalam hidup saya. Lebih tragis dan sadis malah lebih bergerimis.

Cuma masih belum ada masa untuk menceritakannya. Tengoklah bila ada waktu.

@Paracletos Bila saya baca bahawa yang menyoal itu dari Damansara, saya terus sangka itu adalah kakak saya. Tapi nasib baik "bapa". Kakak saya lagi direct.... Tertelan kahak sekaligus. Bukan lagi airliur. :)

@Rina, nak bagi atau tak, terpulang. Tapi kalau jelas budak ni bawah umur, janganlah bagi.

@Abqori, apa kakak hang tanya tu?

saya biasa x bg duit tp saya suka nk blanje dia nasik/air/kuih, saya x pecaye sgt derma utk tahfiz/surau/madrasah ni.

Tanpa Nama

mereka sentuh sentimen dalaman la wel. di atas pagar dibuatnya. last-last berlalu pergi.

emmm...betol2...kekadang banyak di antara peminta sedekah ini adalah sendikit, bebudak tu tak salah tapi terpaksa...jalan terbaik adalah belanja diorang makan tp jgn bg duit sebab duit tu tah kemana perginya....

1. Saya ambil nilai-muka lainlah saya mampu nak mengkaji setiap kes budak minta derma ni.
2. Pahala kita menderma atas nilai-muka tersebut telah pun dihisab walaupun si peminta derma tersebut itu menipu kita.
3. Kita bersangka-baik sesama manusia.
4. Bila menderma, derma seikhlas hati dan jangan berkata2 atau menyakitkan hati orang yang meminta derma tu.

Wallahualam.

peristiwa mmg selalu berlaku.tp kalo hamba tak brani tak derma.penipuan itu, hubungan mereka yg terlibat dangan allah s.w.t..kdg2 ia ujian bg kita.hamba slalu gak didatangi mereka yg seperti itu...bila tak beri derma dan menganggap mereka itu penipu ..adalah dugaan yg diterima selepas itu ..duit ilang la...dan mcm2 lg.jd anggap saje ujian bg kite dan derma je lah sekadar yg mampu walaupun kite rase itu satu penipuan atau paksaan...3minit dari surau wak suradi ke stesen minyak...laju benor...ni mesti x jadi imam...

Sabiqjr

@Norizzuddin, Ambil nilai muka, ambillah juga. Tapi jangan lupa juga 2 benda kena ingat:
1) Budak bawah 16 tahun kalau kutip derma, dah langgar Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947. Kita tak mahu manipulasi pada budak-budak.
2) Kalau di Indonesia, mungkin ada sebab rasional bila Majlis Ulama Indonesia sampai sudah berfatwa bahawa haram memberi sedekah kepada peminta sedekah/derma jalanan.

Memberi boleh, tak salah. Tapi jangan membabi-buta. Mungkin lebih afdal kalau disalurkan ke tempat yang lebih wajar.


@Sabiqjr, salah surau tu. Di sini surau dalam cerita ni.

Kat bawah office saya yang meminta2 jarang..tapi yang pimpin orang buta 'jual' tisu mmg confirm ada everyday heheheh..

ooh ..tempat biase lepak nie..

Sabiqjr

Salam brother Tawel,
Tidak dapat saya nak berikan ulasan selanjutnya berkenaan isu ini sebaik apa yang ditulis oleh Puan Haza (petikan) seperti dibawah. Beliau menulis apa yang dialami olehnya berhadapan dengan situasi dengan peminta sedekah dari pusat tahfiz.

"Actually, I have come to believe it is Allah The Bestower who sends us these opportunities to “buy our tickets to Al-Jannah”. Would you believe that? Subhanallah, what easier way to make infaq fisabilillah (charity in the name of Allah) than simply parting with a little money and make someone else’s day without having to go out of our way!

But what we often overlook is it may come with a little test, we doubt."

Artikel penuh disini

Oh, tak sangka pulak memang ada istilah khusus. Saya pernah tulis pasal ni dulu:-

http://k4ml.blogspot.com/2009/08/menguruskan-kutipan-derma-secara-telus.html

@Norizzuddin, Puan Haza memang betul apa yang ditulisnya. Tapi dalam semua perkara, yang sebaiknya kita lihat "Big Picture". Puan Haza melihatnya dari mata tasawuf semata-mata, tanpa mengambil kira fiqh dan situasi semasa. Macam yang pernah dinukilkan Imam Malik:

"Sesiapa yang mengamalkan sufi tanpa mempelajari syariah (fiqh), maka akan rosak imannya. Sesiapa yang belajar syariah tanpa mengamalkan sufi, maka dia sekadar merosakkan dirinya sendiri. Hanya yang menggabungkan kedua-duanya berada di dalam kebenaran"

Maksudnya di sini, sesuatu isu tak boleh hanya sekadar diukur dengan satu jenis cabang ilmu sahaja untuk mencapai kebenaran.


@kamal, itu memang cara terbaik bro! Bila ada orang ketuk pintu, kita minta saja no akaun bank dia. Tak pernah pun saya terfikir pasal ni sebenarnya.

P.S. Sejak bila ada akaun blogspot? Dulu rasa di Drupal je?

Assalammualaikum,

Tak sangka pula artikel saya disebut di sini, patut tersodak-sodak den :-)

Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ini belum lagi sampai ke tahap sufism, hanya seorang hamba serba dhaif yang masih mencari Tuhan. Jadi mungkin benarlah pendapat saudara Tawel yang saya masih perlu mendalami ilmu fiqh dan menyesuaikan segalanya dengan keadaan semasa.

Saya setuju juga dengan pendapat saudara Tawel agar kita lebih berhati-hati, sebab itu jika dibaca keseluruhan artikel saya itu, di hujungnya saya cadangkan cara paling mudah untuk infaq fisabilillah, selain memasukkan barang seringgit dua dalam tabung masjid setiap kali kita ke sana. Kaedah SI ini saya pun belum pernah jumpa di malaysia, tapi bilangan rumah anak yatim dan kebajikan yang mengiklankan no akaun mereka memang banyak. Mudah sahajalah, jumpa sahaja CDM masukkan saja duit lebih-lebih kita bershopping itu.

Wassalam.

@Haza, Wa'alaikumussalam. Tersodak takpo, jangan tercokik :) Tapi saya tak kata Puan Haza ke tahap sufism, cuma mengambil pendekatan secara tasawuf semata-mata.

Tasawuf = mengajar kita bersangka baik
Fiqh = mengajar kita supaya sentiasa menganalisis

Bro Tawel & Puan Haza,
Alhamdulillah, saya dpt pelajaran baru lagi hari ini.

sebagai orang luar yang memerhati, rasa kurang selesa jugak dengan kegiatan mereka..

bawak je gi balai.
biar polis siasat trus.
makin mnjadi2 skrg ni.

Ustaz..SI sudah ada dgunakan di Malaysia..AlhamduliLlah, sedekah org ramai.. bagunan berharga Rm850K sudah berjaya di beli dlm masa 1 1/2 tahun..SI setiap bulan rm10...

fagir

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.