Sepanjang bulan lalu, saya melihat budak pengemis yang sama itu sebanyak dua kali di lokasi yang berbeza. Pertama kali rasanya dalam minggu pertama bulan puasa di bazaar Ramadhan Seksyen 17 Shah Alam. Kali kedua, pada 29 Ramadhan di Seksyen 27 (Alam Megah).
Saya tidak tahu apa kecacatan sebenarnya. Sepanjang masa dia duduk. Untuk bergerak, dia mengengsot-engsot kakinya yang tidak berselipar itu. Wajahnya comot dan bajunya lusuh. Jika tiada langsung terbit rasa kasihan, memang hati kita sudah keras membatu. Maka, keadaan sedemikian membuatkan orang ramai tidak putus-putus memberikan wang kepadanya.
Bayangkan, dalam kira-kira 30 saat sahaja saya memerhatikannya, ada 4 orang yang menghulurkan wang. Jarang-jarang saya terjumpa dengan kemurahan seperti itu. Dalam bekas duit yang sentiasa dipegangnya itu, saya menganggarkan sekurang-kurangnya dia boleh mendapat RM100++ sehari dengan mudah.
Kali pertama tersua dengannya, kasihan adalah apa yang bermain di hati saya. Kali kedua, rasa curiga mula terdetik. Ini gara-gara saya tidak tahu bagaimana dia boleh bergerak daripada Seksyen 17 ke Seksyen 27 semata-mata untuk meminta sedekah. Jarak kedua-dua seksyen ini bukanlah dekat. 20 minit dengan motosikal, 25-30 minit dengan kereta. Bas yang tersedia cuma RapidKL dan sekurang-kurangnya dua kali transit diperlukan untuk sampai ke sana. Mungkin 2 jam baru tiba ke destinasi.
Bagi orang yang kurang upaya sepertinya, untuk meminta sedekah di lokasi-lokasi berbeza di sekitar Shah Alam adalah kerja yang maha rumit. Orang yang cukup upaya sekali pun tak akan pernah terfikir untuk melakukan perjalanan Seksyen 17-Seksyen 27 dengan menaiki bas.
Lantas saya tertanya-tanya, di mana dia tinggal? Siapa yang menolongnya bergerak ke sana-sini? Masih ada keluarga atau tidak? Jika sebatang kara, bagaimana budak itu boleh diabaikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Mudah-mudahan dia tidak menipu, atau pun dipergunakan oleh sindiket. Ada sesiapa pernah tengok filem Slumdog Millionaire yang mana mangsa akan dicacatkan terlebih dahulu sebelum mereka dilepaskan untuk menjadi peminta sedekah?
Sejak terjumpanya budak itu buat kali yang kedua, saya membuat keputusan hanya akan menderma kepada peminta sedekah yang turut membuat show untuk menghiburkan orang ramai yang lalu lalang. Pasangan suami isteri buta yang meminta ihsan kita sambil menyanyikan lagu dan memukul tabla di pasar malam, adalah antara golongan yang saya maksudkan. Sekurang-kurangnya mereka ini tidak terima sedekah buta.
Atau pun juga golongan OKU yang memang sah status mereka. Ada seorang brother OKU berkerusi roda yang menjual tisu, pen dan sebagainya, yang sering saya lihat di Mydin Seksyen 18. Jika tidak salah, di kerusi rodanya itu, ada terlekat dokumen pengiktirafan yang mengakui bahawa mereka ini benar-benar OKU.
2 golongan ini sahaja yang patut saya bantu sekiranya saya terjumpa mereka di mana-mana pasar malam atau pun kaki lima. Bukan mahu bersangka buruk kepada mereka, namun saya sekadar tidak mahu memajukan industri pengemis jadian.
Seorang Pengemis di Shah Alam
Label:
duit
jangan jadi soh chai
oku
pengemis
Untuk mendapatkan entri-entri terkini pada masa akan datang secara automatik, langgan blog ini secara e-mel atau pun RSS. Atau boleh juga melanggan melalui fungsi Blogspot itu sendiri.
Langgan:
Feed entri ini
18 Komen • Tambah Komen↴
Keadaan seperti ini selalu berlaku di mana2 sahaja.
Suatu hari saya dalam perjalanan ke kuliah, terlihat seorang arab meraung2 meminta sedekah dengan menjerit "alam..alam.."(sakit..sakit). Kelihatan die sedang menahan kesakitan yang teramat sangat, sehingga menangis. Itu hari pertama saya melihatnya.
Beberapa hari kemuadian, ketika sedang solat jumaat di Hayyu a'syir(Mesir), terkejut benar saya melihatnya sedang bersandar di dinding, duduk di sebelah saya dengan muka rileks. Setelah tamat sahaja solat, dia mula menampakkan kakinya yang terdapat bekas kudis dan menjerit kembali; "alam..alam..". Menagih simpati manusia sekeliling. Seperti biasa, dia cuba menangis.(telah beberapa kali melihatnya)
Saya mula rasa pelik. Perjalanan daripada kuliah saya ke hayyu a'syir teramatlah jauh. Jauh sangat. Tanpa memikirkan yang bukan-bukan, saya terus berjalan keluar meninggalkan satu persoalan yang tidak perlu dijawab; "apakah benar ia sedang kesakitan?"
Alahai, manusia... manusia...
herm. manusia oh manusia.macam-macam boleh berlaku.
tapi, pakcik jual tisu tu saya rasa saya tahu. kalau di pasar malam depan kolej cemara pun dia ada meniaga di situ tak silap saya. dia jual tisu dan pen, bukan?
Masa makan di gerai seksyen 20 (berdekatan SMC), ada seorang pakcik berkaca mata hitam (pada anggapan saya, dia buta) yang dipimpin oleh seorang wanita yang cukup sifatnya, datang meminta sedekah dari meja ke meja. Sangat tidak faham. Siapa wanita itu? jika wanita itu anaknya, takkanlah sanggup membawa ayah sendiri meminta sedekah? Adakah pakcik itu benar-benar buta ataupun berpura-pura buta? Rasa macam tak kena aje MB Selangor dulu isytihar Selangor Maju. Maju ke jika masih ramai pengemis & golongan miskin tegar? Maju ke kalau masih berlambak mat rempit & mat dadah? Huh.. geram!
Di Penang pun ramai pengemis jalanan terutama di area Komtar. Aduhai.. teringat kata-kata yang didengari dalam rancangan Al-Kuliyyah bertajuk 'Zakat'.. "Jika setiap orang kaya membina 500 buah rumah untuk mereka yang miskin tegar ini, pasti bilangan orang miskin akan berkurangan." Keyword pernyataan ini ialah 'jika'.
Semoga dimurahkan rezeki pada mereka yang bersedekah. Insha-Allah.. Salam Aidilfitri ya Encek Tawel!
slamat hri raya saudara tawel:)
erm,macam2..ada kat pasar sni, siap ade 2, 3 org yg pantau mereka dri jauh.
sye ni sye "buat jaha", kluarkan kamera.sat lagi pusing, yg minta derma dgn yg pantau2 sekali hilang da..erm..wallahua'lam.
aku pun kdg2 tak jadi belas dgn pengemis yg cenggini...
kdg2 ade yg mengkelepetkan kaki utk bagi nmpk mcm cacat, duduk di tgh2 jalan pasar yg sibuk, dok mintak sedekah...
org bagi...
tapi, aku...erm...pikir dua kali.
kalau dia jual brg ke ape, baru aku pikir sekali kalau nk tolong...
yg org bute dok jalan dipimpin tangan oleh org yg cukup sifat tu pon kdg2 mengjengkelkan...
Aslkm, SELAMAT HARI LEBARAN Tuan Tawel. Maaf salah silap zahir wa batin. Nak duit raya mai rumah : )
1. OKU pun nak kena tengok-tengok juga sekarang. Di Taiping ni, di pasar-pasar malam, 5-6 orang OKU ada. Mula-mula jumpa orang pertama rasa kesian. Tapi lepas tu ada lagi. Selang 4-5 gerai ada lagi. Rupa-rupanya di sekitar pasar malam ada OKU! Mulalah hari berasa syak... macam sindiketttt je.
2. Ada budak kecil hilang. Belum darjah satu pun kalau tak silap. Makan tahun juga lepas tu, orang jumpa di Hong Kong/ Taiwan, siap tangan sudah kudung sebelah (tentunya dikudungkan oleh sindiket)sedang minta sedekah. Memang jahanam betul mereka yang terlibat! :S
Bismillah....
Pada pendapat dan telahan ana, sungguh, mungkin kanak2 tersebut adalah mangsa sendiket2 tertentu. Jika berdepan dengan peminta sedekah sebegitu, ana juga berada di persimpangan...
ingin memberi --> gusar pula jika sumbangan kita itu menjadi penggalak aktiviti meminta sedekah sendiket berkenaan.
tidak memberi ----> jika pula kanak-kanak itu kembali kepada 'kepala' nya, dan didapati tiada hasil yang dapat dikutip. Tentu sekali kanak2 yang menjadi mangsa sendiket itu, turut menjadi punch bag 'kepala' yang ingin melepaskan marah atas sebab kesusutan hasil kutipan kanak-kanak tersebut....
Lebih kasihan, bukan....
Jika berdepan dengan peminta sedekah kanak2 yang disyaki mangsa sendiket, mungkin boleh kalau setakat belanja dia makan (jika sedang makan diwarung2 ke). Sekurang-kurangnya, dia dapat sesuatu untuk dirinya. Kanak2 malang itu hanya lah mangsa keadaan...
Allahu'alam...
Salam.. ish2.. kejadian macam ni.. memang kena berhati-hati..
p/s:
incek tawel.. kenalan incek tawel yang jual buah pinggang tu ada kerja kosong tak? nak jugak saya kerja dengan dia.. hahaha.. banyak DSLR boleh beli tu nanti.. (^__^)
bagi je..niat utk sedekah.klu die nak menipu pon,tu antara die ngan Allah.lagipon bkn sng nak mintak sedekah ni.dah tebalkan muke sambil nyanyi2/ngaji/dok dpn shopping complex.klu nak pk dorg tipu,haii,xyah sedekah la.derma kat organization pon bkn leh caya.kat masjid plak,tabung masjid pon kene curi..hehehehe
update lah blog.... =) Best lah bace blog ini...
faithful reader
salam sume.
bab pengemis ni atok pun ada cite gak. kisah ni dah lama. masa atok masih sekolah dulu.
bila cuti penggal akhir tahun atok akan cari kerja bagi menampung kos persekolahan tahun berikutnya.....
so dipendekkan cite, atok penah kerja kat kedai jual perabot. satu hari tu hari jumaat. mlmnya ada pasar malam. elok sebelum pasar malam bermula tu ada sepasang suami isteri dengan seorang anak kecik (dalam anggaran atok sekitar 1 tahun lebih), dtg memilih perabot. si suami buta, cuma dapat meraba2 je, yg isteri sibuk dengan meninjau perabot itu dan ini..... (tp xbeli, sekadar survery je kot)
tepat jam 9mlm atok abis keje, sebelum balik tu nk beli barang sikit kat pasar mlm, so atok pun meronda la seketika. eolk sampai pd satu tempat atok terjumpa sibuta tadi sdg meminta sedekah. perassan pelik dah mula timbul dlm diri atok. ahhhh lupakanlah..... elok di satu sudut yg lain atok terjumpa si isteri sdg duduk terlepuk sama memegan seorang bayi yg xberpakaian langsung sambil menggoncang kole meminta sedekah.....
apa semua ni???..... ptg td semuanya dalam keadaan bergaya memilih perabot, dikala mlmnya menjadi orang yg menderita mengharapkan belas..... sedangkan atok yg masih berusia 11 tahun pd masa tu dah dididik berdikari menyara keperluan sendiri, sebaliknya pulak pada pasangan td yg hanya tau mahadah tangan merayu simpati orang....
waallahu aklam
http://atok6800.blogspot.com/
salam
saya sudah tengok itu Slumdog Millionaire! best saya suka :D filem yang dapat award international kalau tak silap. memang best. banyak memberikan pengajaran. tapi kan, apa yang saya tahu lah, di India memang begitu keadaanya. mereka akan dicacatkan terlebih dahulu, untuk meminta sedekah. terutamanya dilakukan pada budak-budak yang tak menahu apa (macam dalam filem tu lah) tapi tak tahu pula kalau di malaysia seperti itu. tapi, di Indonesia tak perlu cakap. memang banyak sangat. di tengah-tengah jalan kadang-kadang waktu kereta berhenti (lampu merah), adalah beberapa pengemis jalanan ni yang datang ke kereta-kereta meminta sedekah. kadang yang minta sedekah tu siap menyanyi sambil bermain gitar sementara tunggu lampu hijau. suara pun ala-ala artis band gitu. pergh. melihat orang-orang tua yang duduk dan baring di tepi-tepi jalan tu yang membuatkan saya kasihan sampai tak tahu nak buat apa. tsk
Di tempat saya tinggal, Taman Seri Gombak memang selalu sangat didatangi pengemis ketika kita sedang menjamu selera.
Yang membuat saya tertanya-tanya, senario hampir semua sama. Seorang isteri memimpin tangan suaminya (kalau benar suami isteri) yang buta meminta sedekah dari meja je satu meja yang lain. Si isteri siap bersolek cantik walaupun mengemis pada waktu malam. Saya pun tak bersolek semasa pergi makan di kedai bersama suami dan anak2. Si isteri pakai baju kurung dan tudung fesyen terkini lagak macam orang nak pergi kerja di pejabat. Itu yang saya musykil. Jalan punya le laju seolah2 spt mengheret suaminya, takut ditangkap penguatkuasa lagaknya.
Ada juga muka isteri masam mencuka, ada yang tidak ucapkan terima kasih pun. Suami saya tak pernah tak bagi, kadang2 sebelum pengemis itu datang ke meja kami, saya sudah pesan dengan suami yang saya cam sangat muka pasangan itu. Dah banyak kali suami saya bagi duit, tapi dia masih nak bagi lagi.
Kata suami saya jika dia berbohong itu antara dia dengan Allah s.w.t, kita yang ada rezeki lebih ni sedekahkan saja, jangan berkira. Bukan berkira tapi saya tengok kedua2nya badan masih sihat dan segar cuma suaminya saja yang buta.
Kalau dikumpulkan hasil kutipan mengemis mungkin mereka boleh jadikan modal berniaga nasi lemak, misalnya. Itu yang selalu terlintas dalam fikiran saya.
Wallahualam.
memberi adalah baik walaupun yg menerima itu jahat. kalau ikhlas nak bagi, bagi jela.. pastu jgn pk ape2 dah.. ikhlas
sebab ada org yg selalu memberi tanpa usul periksa nie lah yg mereka ni semua berleluasa.... mmg lah itu antara mereka dengan Allah... tapi korang sedar tak yg korang tu lah yg sebenarnya macam menyokong dan mengalakkan perbuatan mereka..... so korang pon ade share lah kot dosa mereka tu sebab korang nie kire mcm pengalak mereka jadi lemak mcm tu sekali.
kalo sy ada duit sy hulurkan aje, walaupun 50 sen. manalatau kebaikan yg dia lakukan pahalanya tempias pula kat kita. byk pahalanya orang memberi sedekah ni... bagi sambil pejam mata ajelah, x susah...
sy org johor...org kluang..sy slalu nampak ader sorang budak belasan tahun bangsa aper xtaula..slalu mintak sedekah...jika diperhatikan...tgn bdk tu mcm bengkok sket...n muker pon mcm retard n kotor...sy pon bg jela sedekah...kesian...kebetulan sy dgn kwn...kwn sy pon bg sedekah...selang beberape jam..sy dgn kwn tu pegi meronde la dlm shopping kompleks...smpi tpt arcade game, kitorang punyela terkejut...bdk yg mintak sedekah td tu tgh main game...sehat je...tgn xbengkok pon...adusss....terkena...kwn sy mmg nk hamun bdk tu...tp sy ckap...dh dier pilih jln nk carik rezeki dier cmtu...biarla....aper yg sy dh derma tu sy halalkan je...tp tula...behrhati2 sebelom mnderma
@Tanpa Nama di atas, tangan budak tu bengkok di mana? Jangan hang kata di siku pula :D
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.