Back to home page

Maksud Negara Berpendapatan Tinggi?

08 Januari 2011 • 16 Komen Cetak Chenta!
Dari Meja Twitter...

Bila Kadar Nisab Semasa dah naik lebih 300% sejak 2001, ini tanda kos sara hidup di negara kita adalah sangat mendesak. http://goo.gl/VzrH8


Kadar nisab tahunan bagi Selangor. Kadar ini berbeza mengikut negeri.


paracletos7: "@tawel Adakah ia bermaksud nilai ringgit semakin susut?"


tawel: "Tak semestinya bro. Kadar nisab semasa = Harga emas semasa 85 gm. Jadi katakan dalam kes zakat simpanan 2010 (Selangor), dalam setahun tu mesti ada baki terendah paling kurang RM9000, barulah kena zakat. Tapi bagi 2001, kena ada sekurang-kurangnya RM 2826.30, barulah kena zakat simpanan.

Nilai duitnya berbeza, tapi nilai emasnya tetap sama (iaitu 85 gm). Harga emas turun dan naik dan benda ni bergantung kepada "supply & demand" di pasaran spekulatif.

Tapi apapun, kalau ringgit menyusut, lagi banyaklah duit yang diperlukan untuk membeli per gram emas (padahal kenaikan GDP rakyat tak setara dengan kenaikan harga emas). Kekayaan dalam Islam diukur dengan emas, bukan dengan wang kertas. "Threshold" kekayaan ini akan berlegar pada angka 85 gram emas (bersamaan RM9000 pada 2010, dan mungkin bersamaan RM20000 pada 2020).

Oleh yang demikian (pusing bab lain kejap), walaupun kerajaan Najib Razak menyasarkan Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, ini sebenarnya akan jadi tak relevan jika angka rakyatnya yang dapat menyimpan kekayaan sekurang-kurangnya 85 gram emas tidaklah seramai mana."

16 Komen Tambah Komen↴

bagus entri yang baik dalam keadaan rakyat marhaen bergelumang dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi.teringat kata - kata seorang ustazah di sebuah siaran radio...kita tidak boleh mengeluh saja dengan keadaan yang mendesak ini...kitalah yang perlu membuat perubahan dan bertindak.

Sabiqjr

eh, pendek pula entri kali ini. walaupun tak berapa faham tapi memang betul la kos sara hidup sangat mendesak.

@Seimura, Bahagian mana yang tak faham? Tak perlu pening-pening, cuma bila dah berkerja nanti, cuba tengok sama ada kita ini ada duit atau tidak untuk membeli 85 gram emas dan dan menyimpannya dalam tempoh paling kurang setahun (iaitu jangan digadai atau dijual).

Kalau tak mampu, secara umumnya ini bermaksud yang kita ni dalam kumpulan yang bergaji rendah atau sederhana sahaja. Sebabnya, hanya orang yang bergaji besar sahaja boleh membeli emas sebanyak itu.

topik yang menarik bro..
tapi harga tuh kt Selangor jer dan konon nyer paling tinggi di Malaysia.. jadi kalo di kira secara purata, mungkin separuh kot~ x gitu??

invest emas kat mana yg bagus? public gold ke?

@kyo_9, dari segi kadar nisab jika dibandingkan dengan negeri lain, Selangor adalah terendah. Katakan: Selangor RM9,000 vs Negeri ABC RM10,000. Jadi bermaksud nak jadi Orang Kaya (baca: layak keluar zakat) di Selangor adalah lebih mudah berbanding di ABC.

Tapi bila campur tolak faktor jumlah pendapatan dan kos hidup bagi setiap negeri, senang cakap RM9,000 di Selangor = RM10,000 di ABC.


@Rina, saya tak tahulah. Hehe bukan pakar pelaburan emas. :)

sekarang sume barang naik.. camne nak beli emas.. alahai..

Menurut website ini: http://emas-semasa.com/archives/332

Harga 100 gram emas lebih kurang RM15,449. Jadi untuk tergolong dalam kumpulan Orang Kaya, kamu perlu ada simpanan lebih kurang jumlah di atas. Kan?

Psst.. Adakah entri kamu ini bermaksud, kita sebenarnya adalah negara berpendapatan rendah?

Ada seorang teman di ofis, angka gajinya ku agak2 dalam 3000 mungkin tak sampai. namun, dia rajin membeli emas. saya sendiri pernah melihat koleksi nya. Banyak, telan air liur! Dari pelbagai negara pula tu. Dinar yang paling cantik dari Kelantan, bangga sekejap jd org Kelantan.:)

Kalau kita mampu kumpul dan tak jual/ gadai..memang kita antara orang yang bergji tinggi. namun? saya nak beli?? nak buat koleksi lagilah tak mampu!

Kita tak akan jadi negara berpendapatan tinggi kalau inflasi meningkat seiring dengan pertambahan pendapatan, malah mungkin lebih lagi.

Tapi, penting sangat ke untuk jadi kaya? Silap haribulan, terus jatuh meniarap...

Teringat duit poket kak su masa sekolah rendah dulu. 50sen je tau. 30sen beli mee goreng, 10sen untuk air sirap. 10sen lagi untuk tabungan. Sekarang harga karipap inti kentang pun, dah 60sen.

@Nooreena, 85gm emas, bukan 100gm. Sebenarnya entri sebelumnya dah ada cakap secara tersirat yang Malaysia negara berpendapatan rendah (40% penduduk Malaysia bergaji bawah RM1500).


@Wan Hafisah, Kalau gaji sekadar RM1500 pun, tapi kalau tanggungan kecil, memang tak perit. Keperitan Hidup (KH) = Pendapatan - Keperluan asasi. Makin rendah KH, makin perit hidup.


@suara, memang penting jadi orang kaya. Makin sikit umat Islam yang kaya, makin kurang kutipan zakat. Mungkin sudah memadai kalau majoriti umat Islam ni "kayanya" di antara 85gm - 100gm emas.

setuju. memang penting jadi kaya. lebih2 lagi klu kita umat Islam. ya lah..bila kaya, kita tidak perlu meminta2 dengan orang lain. cuma, yg xbest bila jadi kaya ni..kaya nak menunjuk2 bukan kaya nak menolong orang..haish..

bertihjagung

Pendedahan yang menarik. Seperti biasa.

najib kata kita kna contohi rasul iaitu wasatiyah...tp kalo berpendapatan tinggi ibaratnya mcm thagha la plak... biler negara pesat membangun...akibatnya sungai di serata m'sia ni berada kelas 4 je la

ini cuma pendapat, dan kesahihan nya tidak dapat dipastikan. Rakyat kini semakin derita kerana diikat dengan cukai pintu, cukai tanah, cukai kenderaan, cukai perkhidmatan 6%, saman, duti eksport, import, dan macam2 lagi. Ini bermaksud pihak berkuasa menyedut hasil rakyat dan rakyat semakin miskin.macam drakula sedut darah. Jika pelaksanaan infak dijalankan....biarla ia nya berpatutan.....tidak melampaui batas.....sekarang ni nak dapatkan 5 gram yang berharga 700 lebih pun x mampu.....

Tanpa Nama

Najib tak pe lah dah mmg kaya dia boleh ckp apa saje..makan minum terhidang depan mata gaji pun tak sentuh. Kita ni yg tergolong dlm golong org susah,nak beli beras pun nak kena berkira kira,kita derita Allh je yg tau...Ckp je berpendapatn tinggi sapa yg dpt dan sape yg beruntung....mereka-mereka la....kdg kdg mereka ini wang byk sampai membazir konon nk tunjuk ada class..nnt jawab lah bila masuk kubur dari mana dpt harta dan mcm mana jdi kayaraya ....aku dh fhm sgt hal hal begini sbb dh hidup 54tahun...MAKSUD NEGARA PERPENDAPATN TINGGI TAK ADA APA_APA MAKNA UTK ORG ORG SUSAH MCM SAYA...HARAP MAAF JIKA TERSALAH SILAP !!!Amin

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.