Back to home page

E471 Tak Bermaksud Ada Lemak Babi

11 Ogos 2010 • 24 Komen Cetak Chenta!
Pada suatu hari, saya berhajat mahu membeli coklat Cadbury. Lalu saya ceritakan niat ini sepintas lalu sahaja kepada seorang kawan saya. Namun tidak saya duga, dia menjawab bahawa Cadbury ini haram.

Tersentak saya dibuatnya. Bagaimana coklat Cadbury ini haram statusnya sedangkan baru beberapa hari yang lepas ketika saya membelek-belek coklat ini di pasaraya Mydin, ada jelas tertempek logo halal JAKIM di pembalutnya.

Kemudian saya bertanya kepadanya, "Tahu dari mana?" Dia menjawab ada terbaca emel. Dia menambah lagi, "Coklat Cadbury haram dimakan sebab ada kod bahan makanan yang ada lemak babi." Saya bertanya, "E471 ke?" Dia jawab, "Tak ingat".

Namun saya hampir 100% yakin bahawa kod yang disebutnya itu merujuk kepada E471 kerana lazimnya inilah kod makanan yang paling digeruni oleh mereka yang agak warak. Baru-baru ini pula, saya menerima emel 'forward' yang mendakwa teh tarik mengandungi babi.

Teh tarik 3-in-1 ChekHup. Ada babi kah dalam cawan itu?

Maka persoalannya, betul kah E471 ini berasal daripada babi?

Kisah E471

Saya mula mengenali apa dia E471 ini kira-kira 7 tahun yang dulu, iaitu ketika kali pertama saya tinggal di Ireland. Secara umumnya, para senior waktu itu menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan makanan yang ada kod popular E471 ini. Di samping itu, kami diberikan juga satu kad kecil yang mengandungi senarai kod-kod makanan yang perlu diawasi ketika mahu membeli sesuatu makanan. Namun demikian, kami juga disurah bahawa walaupun makanan itu ada E471, tetapi jika di pembalut atau pembungkusnya terdapat dakwaan "Suitable for vegetarian", maka Insya-Allah ia halal dimakan.

Dengan nasihat itu sebagai pedoman, maka makan dan minumlah saya dengan tanpa perlu syadid dengan bahan makanan yang ada E471 tetapi "Suitable for vegetarian". Letaklah apa-apa kod sekalipun, asalkan ada "Suitable for vegetarian", maka tiadalah saya ragu padanya. Namun dalam masa yang sama, saya tetap berwaspada kalau-kalau ia mengandungi alkohol.

Mungkin anda bertanya sejauh mana "Suitable for vegetarian" ini benar-benar muktabar dakwaannya? Benda ini susah saya mahu cakap. Namun secara umumnya, para pengusaha makanan di negara-negara Barat ini adalah cukup profesional. Kalau ada lemak haiwan dalam makanan, mereka akan cakap ada. Kalau tiada, mereka cakap tiada.

Ini apa yang saya alami sendiri berdasarkan pertanyaan yang saya ajukan kepada beberapa buah syarikat makanan dan ubatan di sana dahulu. Dan sikap profesional mereka ini turut sama dirasai oleh mana-mana umat Islam, baik dari Malaysia atau pun bukan, yang pernah tinggal di sana.

Tambahan pula, dengan adanya lebih 3 juta vegetarian di United Kingdom sahaja, maka industri berasaskan vegetarian di Barat ini bukanlah sesuatu yang main-main. Kesungguhan NGO bersifat kebajikan seperti The Vegetarian Society dalam mempromosikan makanan vegetarian boleh disamakan dengan usaha JAKIM dalam mempromosikan Malaysia sebagai hab halal serantau.

Cuma kalau di negara kita, selalu terdengar berita-berita pengusaha makanan yang kantoi menggunakan logo dan sijil halal palsu. Manakala sewaktu saya di sana pula, tidak pernah lah pula mendengar berita syarikat yang kantoi kerana menggunakan logo vegetarian palsu.

Bahkan berdasarkan pengamatan saya selama beberapa tahun di sana, semakin banyak makanan yang dilabelkan dengan "Suitable for vegetarian". Contohnya waktu saya awal-awal di sana dahulu, makanan ringan Pringles tidak dilabelkan sebagai sesuai untuk vegetarian. Kini, ia sudah sesuai untuk vegetarian dan vegan. Vegan adalah diet yang lebih syadid berbanding vegetarian. Menjadi vegan bermaksud seseorang itu langsung tidak makan apa-apa yang datang daripada haiwan seperti susu dan telur.

Maka, hukum survival membeli makanan bagi si vegan dan vegetarian, si Hindu yang berpuasa, para Muslim dan Yahudi yang tinggal di Barat ialah: E471 tak semestinya berasal daripada sumber haiwan. E471 adalah daripada sumber tumbuhan jika makanan itu sesuai untuk vegan/vegetarian.

E471 di Malaysia

Lalu saya khabarkan kepada kawan saya bahawa saya selamba sahaja makan coklat Cadbury, baik sewaktu di sana, mahupun sewaktu di Malaysia. Lebih-lebih lagi sewaktu di Malaysia, saya kira lebih wajar untuk saya bertaklid kepada senarai halal JAKIM. Jika JAKIM kata halal, maka ia halal. Kalau ia tidak halal, tetapi JAKIM suka-suka kata halal, maka tanggung lah dosa itu wahai sesiapa yang terlibat dalam operasi penyemakan status halal itu. Bukankah ini lebih memudahkan bagi kita selaku orang awam?

Namun kawan saya seakan tidak berpuas hati pula dengan pendirian saya. Benar, saya bersetuju dengannya bahawa dalam bab makanan ini, kita kena elakkan perkara-perkara syubhah sebab ia akan jadi darah daging kita. Namun saya cuma kurang bersetuju kerana dia mempertikaikan apa yang telah JAKIM luluskan sebagai halal.

Maka jalan terakhir yang saya lakukan adalah dengan 'menyerangnya' dengan berkata: "Kalau kau syadid sangat dan tak percaya dengan JAKIM, maka janganlah makan KFC lagi ok. Antara KFC dan Cadbury, yang mana lagi banyak kontroversi?" Dia yang merupakan penggemar KFC itu, lantas senyap dan tak membalas 'serangan' saya itu.

Oh, dan sebenarnya dia merajuk sedikit dan saya perlu memujuknya.

24 Komen Tambah Komen↴

good information.
selama ni saya sangka yang e471 tu lemak babi sahaja.
thanks ye? :)

Salam Ramadhan Tawel.

Setakat ini, negara non-muslim yang paling saya respek dari segi pemakanan adalah Thailand. Setiap makanan mereka yang halal, pasti mempunyai cop halal. Betapa kerajaan mereka mengambil ihtimam terhadap masyarakat Muslim asli di sana.

Jadi terkejut beruk saya apabila di Yaman, ketika berkawan dengan kawan-kawan Thailand asal Bangkok, yang membawa pelbagai jenis Maggi dalam satu bagasi. Pertama, terkejut sebab satu bagasi, kedua sebab kesemuanya ada tanda halal. [Lalu saya pun, dengan sedikit segan silu, telah mengecek maggi-maggi mereka yang pelbagai rasa itu. Crunch! :) ]

Sepatutnya, secara peribadi, negara-negara Eropah yang mempunyai peratusan peningkatan Umat Islam yang tinggi, seperti Perancis, mengikut jejak langkah Thailand ini. Atau mana-mana saja negara yang mempunyai muslimin sebagai penduduk kedua terbanyak. Tapi, semua ini juga bertitik tolak daripada orang Islam yang kena buat kerja. Mereka perlu yakinkan kerajaan.

Apa pun, dalam menjaga makanan kita memang perlu warak. Salam Ramadhan. Bila lagi nak berpuasa semula di oversea, Tawel? Seronok tau puasa dan berbuka dan bersahur di Oversea. lol

P/S : "Oh, dan sebenarnya dia merajuk sedikit dan saya perlu memujuknya."

Ish..ish..ish... Takut saya baca ayat itu. Macam ada bau-bau songsang saja. Oh!

terima kaseh untuk info yang baik ini.

Awanama

Baru sekarang ke nak bahaskan mengenai E 471 ini?

@Abqori, Salam Ramadhan juga.

Alamak, betul ke kerajaan Thailand ni menjaga kebajikan rakyatnya. Ahem, tiba-tiba teringat tragedi berdarah di Selatan Thailand beberapa tahun lepas.

Aha, betul ke seronok berpuasa dan bersahur di oversea ni? Eden tak percaya :P

P.S. Perempuan daa.

@Abqori,
Bau songsang? Ada ke bau tidak songsang?? :D

@Tawel,
Cayalah. Saya setuju! (penggemar coklat Cadbury)

yup.. sy stuju ngan pndrian kamu..

@Tawel @Nooreena
Bau tak songsang adalah bau Tawel sekarang, selepas penjelasan beliau.
Bila saya tahu rupa-rupanya perempuan, saya dengar bunyi, "Puk kelepuk kelepuk kelepuk, puk kelepuk kelepuk kelepuk". Haha!

Oh, tiba-tiba rasa macam puasa di Malaysia lebih seronok. Ada keluarga. Mak, nak balik! (T____T)

Salam Ramadhan utk semua umat islam - bagi teman walaupun E 471, kebanyakkan nya menjurus kpd lemak BABI atau khusus nya lemak haiwan yg tak disembelih secara islam tp teman memang takut dgn huruf dan angka itu, walau pun kini ada pandangan suara2 yg mendebatkan nya utk jln penyelesaian, bagus usaha itu.. Dlm hal ini sbg org islam lebih2 lg yg bergelar Mukmin memang cukup berhati2 dlm soal pemakanan..krn apa?..krn walau pun yg subhah itu kecil/sedikit atau main agak2 aje..elok lah di jauhi dari memakan nya sbb utama krn dia akan menghijab segala doa kalau dah termakan walaupun dia seorang yg alim/warak.

qashrul

Salam.

Pengalaman sama di Australia. Teringat seorang teman pernah bertanya kepada kakak senior, "Macam mana kalau benda tu ada lemak haiwan tapi dia tetap kata Suitable for Vegetarian?" Kakak tu cuma jawab, "Di sini tiada penipu macam di Malaysia tu dik."

Di Australia Cadbury yang dimakan hanya yang mengandungi logo halal, tidak kira ada 471 atau tidak. Tetapi coklat lain agak berbeza pula 'undang-undangnya'. Wallahu'alam.

salam tawel
setuju dgn tawel
saya sgt bersyukur wujudnya golongan vegetarian ni, kalau x, apelah benda kt ireland yang boleh dimakan
namun, dek obses dgn 'suitable for vegetarian', akhirnya termakan tiramisu yg besar2 tulis 'containing alcohol' huuuu =(

'Oh, dan sebenarnya dia merajuk sedikit dan saya perlu memujuknya'
comel giler ayat nih haha

kalau syubhah elak..:).

salam, info yang sangat berguna....patut menjadi pedoman buat semua pengguna Islam..

saya suka dengan idea dr asri mantan mufti perlis agar jakim wujudkan cop haram dan bukan cop halal untuk kegunaan malaysia:

1. dalam islam byk y halal dr y haram... so tanda y haram je la. lagipun dlm negara y majoriti islam sudah tntu byk y halal dr y haram.

2. org xkan buat cop haram palsu... rugilah company y buat cop haram palsu tu...

3. company akn teransang dan terdorong untuk buat barangan makanan halal y menguntungkan lebih dari y haram...

so.. fikir2kan lah...

Awanama

mmg btul tu TANPA NAMA...
dr No. 1,2 & 3.. idea yg cukup bernas...

Awanama

salam warahmatullah..
kalau yakin halal, makan je...
kalau tak yakin, awal2 jgn mkn..nnti dua tiga hari dok fikirkn status mknn tu..

Awanama

Aslmlkm...sori mencelah....pdpt saya,apb ada perdebatan yang cukup dengan segala dalil maka kita sebagai individu awam----ikutlah apa yang diyakini dengan tawakkal.
tapi apa yang diutarakan oleh tanpa nama tentang cadangan dr.Asri tu cukup baik,ada kelainan yang munasabah.
terima kasih.

Awanama

salam..saya suka entri neh sbb byk sgt email yg m'dakwa mcm2 halal/haram m'kan ttu tanpa sumber yg sahih
stuju gak apa2 hal rujuk hub halal JAKIM utk mgelakkn ragu2..

sy mohon share entri neh bole ke..? hehehe...di blog saya.

kalo sdra xkisah :
i. sy nak add blog sdra neh d blog sy
ii. jenguk2 lah blog sy yg seadanya shj.

tq:)

salam...

kalo boleh elakkan..mana yang kita dah tau status makanan tu ade rase was2, maka jgn lah makan..kita pun tak tau cara pembuatan sesuatu makanan tu..apa diorang letak pun kita tak tau..mmg kata dorang x letak, tp hakikatnya juga kita tak tau..diorang janji dapat keuntungan sudah..lagi2 kalo company tu ownernya bukan islam..sapa nak p kaji? diorang tau nak untung je..n lagi satu, orang skang, mana yang dikata x boleh@haram lagi la kita suka..contoh dah terlalu bnyak..pikir2kan..

salam skali lagi...:)

Awanama

saya dulu masa kat oversea kalau was was tentang engredients saya terus email atau call costumer service product/company tu untuk confirmation hehe..dan seingat saya setiap email saya berbalas - kalau mmg ada alcohol atau animal/pig products memang companies akan cakap :)

sejak blk msia ni tak penah pulak email lagi..sbb ada jakim kot haha

Oh, dan sebenarnya dia merajuk sedikit dan saya perlu memujuknya.

ayat paling mendalam.. =)

Awanama

btul ke cadbury tu haram?? ssh nk caye.. klau haram knp jual jgk dan masih ramai orang islam yg membeli coklat cadbury..

Awanama

cadbury tu halal, cuma produknya menyumbang kepada israel. itu yang kita kena elak jugak. sama macam kfc, ownernya dah diambil alih oleh johor coperation dan ternyata sejak itu ianya halal. tetapi share pelaburan ada menyumbang kepada israel, maka kalau boleh kita elakkan. macdonals apatah lagi... boleh google tentang berita harian keluarkan artikel kesihatan. makanan segera lebih teruk kesannya dari rokok dan alkohol. renung2kan..

Awanama

@abhamz - kalau xda cop halal tapi bubuh cop haram lagi senanglah kerja orang nak menipu sebab tak payah tiru cop dah biar kosong saja sebab kalau halal dah xda cop :facepalm:

kita kena tengok lebih jauh dari laman sendiri , untuk pasaran global lebih baik ikut piawai yang majoriti guna supaya xserabut nanti.

Awanama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.