Back to home page

Sepinggan Nasi untuk 4 Juta Faqir Miskin Setiap Hari

08 September 2010 • 8 Komen Cetak Chenta!
Ada sesiapa masih ingat entri saya pada 2 tahun lepas tentang permainan Free Rice? Bagi setiap jawapan yang betul, 10 butir beras akan disedekahkan kepada PBB, yang kemudiannya akan diagihkan kepada golongan faqir miskin.

Sebenarnya, saya pun terlupa dah dengan permainan ni. Haha. Maklumlah, benda 2 tahun lepas. Tapi hari ni terbaca lagi berita tentang Free Rice.



Siapa sangka, permainan yang nampak mudah dan remeh ini, sebenarnya telah mampu memberi makan kepada lebih 4 juta orang yang kebulur di negara-negara miskin seperti Uganda dan Bangladesh. 4 juta beb!

Ok, silalah ke FreeRice.com kalau mahu main game sambil menderma.

Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada pengunjung blog ini. Terima kasih kerana setia datang (walaupun jarang ada entri baru) dan selalu mengomen (walaupun saya jarang balas komen).

Terima kasih sekali lagi! Ada masa, ku tulis lagi!

8 Komen Tambah Komen↴

selamat hari raya maaf zahir batin

Nyimpan jenang nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingapuro

SabiqJr

SabiqJr, kau cakap apa tu. Aku tak faham. Haha. Apa nombor telefon kau ni?

Bagitahu kat emel aku naa.

Best la main game ni. Lagi bagus daripada main game tanam pokok atau bela haiwan ternakan di FB. Haha. Boleh la isi masa 'lapang' saya di office minggu depan. Semua orang cuti, saya kerja. -_-"

Selamat Hari Raya Tawel! Meh jemput datang beraya di rumah.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin juga..

nur

selamat hari raya untuk bro Tawel :D

selamat hari raya & maaf zahir batin encik tawel!

Best jugak main game tu. Thanks for the info. Salam aidilfitri dari ardul kinanah encik tawel.

seimura

selamat hari raya...

ya, ingat lagi dengan entry lama ni, okay..saya pun nak sambung main game ni balik *setelah bertahun2*

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.