"99% daripada manusia yang rajin beli buku, tidak akan membacanya sehingga habis. Manakala 80% daripada baki 1% itu sekadar membacanya ala kadar."
Kalau mahu, gelarlah ia hipotesis kangkung kerana tiada bukti empirik buat masa ini. Tiadalah saya marah adanya.
Tapi sebelum hendak dikangkung sebegitu rupa, kepada kau-kau berkenaan yang rajin sangat beli buku: Ada atau tidak sekurang-kurangnya 1 buah buku yang dibeli bermusim dahulu - dengan pengecualian terhadap material seperti kamus, ensiklopedia, buku rujukan, manual dan sewaktu dengannya[1]- yang masih belum dilumat isinya dari kulit ke kulit? Atau jika kau baca kesemuanya, boleh atau tidak kau fahamkan kepada orang lain akan isi-isi penting sebuah buku yang selamat kau khatam pada tahun lepas?
Jangan buat lawak: Buku seperti Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Harry Potter dan Twilight, tak masuk pot dalam hipotesis liar itu. Kau juga jangan angau sendiri dengan mendabik dada kerana membaca paling kurang 24 buah buku setahun, tetapi bila ditanya apakah ia, majoritinya dari spesis fiksyen tulen.
Apa pun, definisi membazir ini mudah sahaja. Beli tapi tak guna, maka itulah membazir. Namun tidak seperti kau memborong baju dan kasut berpeti-peti, tiada siapa akan menuduh kau terjelopok di dalam lubang konsumerisme apabila kau membeli buku berkati-kati tapi tak habis dibaca. Sebabnya, ia adalah pembaziran termulia di atas muka bumi ini [2].
Rugi, bila beli tapi tak baca! Ruginya macam sekadar membelek sahaja 3 course dinner yang kau pesan di Burj al-Arab. Dalam nada yang lebih provokatif: Ruginya macam kau kahwin tapi tak tidur sama.
---
Ada Buku 3. Dulu sudah ada Buku 1.
Nota Kaki
^[1] Bukan semua buku yang dibeli harus dibaca dari depan sampai belakang. Sir Francis Bacon mengungkapkannya dalam bait yang lebih baik:Some books are to be tasted, others to be swallowed, and some few to be chewed and digested: that is, some books are to be read only in parts, others to be read, but not curiously, and some few to be read wholly, and with diligence and attention.
^[2] Jenis yang paling mulia di kalangan pembaziran termulia ini adalah apabila buku yang dibeli itu adalah al-Quran. Tapi ini bergantung kepada situasi. Contoh:
- Beli al-Quran yang sangat mahal dan cantik untuk hantaran kahwin. Namun sesudahnya, langsung tidak disentuh.
- Sedekahkah al-Quran untuk surau atau masjid yang mana jumlah al-Quran yang sedia ada itu sendiri sudah berkali-kali ganda berbanding purata jemaah yang hadir. Lagi baik kau sedekah sahaja kepada masjid/surau itu dalam bentuk duit. Kalau mereka rasa al-Quran tidak cukup, pandai-pandailah mereka beli.
8 Komen • Tambah Komen↴
aku setuju sgt dgn hipotesis tuh.
agak betullah hipotesis tu...
macam yang ditulis dalam komen Buku 1, terasa juga ni.. kalau baca buku macam tu, sekerat jalan je, lepas tu dah hilang rentak... cabaran untuk membaca sampai habis, dan TAHU... :)
ada 3 org yang saya kenal CINTA beli buku, tapi diorang sumer habiskan je baca buku-buku tu. malangnya yg masuk hipotesis tu adalah saya sniri,heheh..jd 99% tu macam tinggi...tp yang 80% tu tak pasti, mungkin betul...ya, betul tu..
Assalamualaikum,
saya berbeza pendapat pd 1 perkara.Penulis karya fiksyen sudah tentu pergaulannya dengan buku-buku fiksyen.Tidak adil mengecualikannya daripada hipotesis Sensei =)
Saya sedang mengalami seperti yang terungkap pada hipotesis anda ... ALLAHu ALLAH
Salam tawel...
Uhuks... tetiba kak su rasa pipi kak su pedih bila membaca entry ini.
@muhammad fakhruddin, karya fiksyen ada dua jenis. Fiksyen tulen dan fiksyen separa tulen. Penulis seperti A Samad Said, Abdullah Hussain, dan orang muda seperti Faisal Tehrani, genrenya banyak yang separa tulen. Tak dapat tidak, mereka ni wajib membaca banyak buku-buku bukan fiksyen sebelum dapat menghasilkan karya fiksyen separa tulen yang mantap.
@Suara, salam juga :) Kenapa pedih? Luka ke? :P
Hadoi! *cuba menggambarkan perasaan tatkala membaca entri ni*
PS: Kempen Beli dan Baca.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.