Back to home page

Hello WiMAX!

06 Jun 2009 • 28 Komen Cetak Chenta!
Tarikh saya mohon Streamyx adalah pada 23/2/2009. Namun sampai sekarang, tak juga masuk-masuk. Dey apa daa Telekom Malaysia.

Setelah Streamyx buat donno saja, maka saya pun tak ingin lagi nak menyorongkan pipi kepadanya. Lalu pada hari Khamis lepas, saya telah mengambil P1 Wimax; seraya itu saya bermonolog, "Tidak mungkin ku berpaling lagi."

Pemasangannya senang dan mudah. Bayar duit muka RM100, terus dia bagi modem dan boleh digunakan sejam selepas itu. Maksudnya kalau kita daftar dan bayar pada pukul 5 petang, maka pukul 6 petang sudah boleh ronggeng!

Setakat ini saya guna okay saja. Tahap kepuasan saya adalah pada kadar 80%. Cuma kalau nak guna torrent, tak tahu la kenapa terkedek sangat lajunya (Nota Geek: Ya, saya dah buat port forward). Saya ambil pakej RM99. Janjinya 1.2 mbps / 0.5 mbps. Dan ini keputusan ujian terbaik yang saya dapat:


Harap-harap lepas beberapa minggu guna, tak lah jadi macam beberapa kes seperti ini yang mana kelajuannya semakin lama makin menyiput. Kalau jadi juga, jangan harap saya nak bayar RM 99 sebulan selama tempoh kontrak 2 tahun. Nak saman, samanlah. Nak senarai hitam pun silakan. Di Tribunal Tuntutan Pengguna, kita semua mengadu!

Err tapi masalahnya, seperti mana tipikalnya laman web agensi kerajaan yang lain, laman web ini juga tersangatlah lembap untuk diakses. Ini nak mengadu kepada siapa pula?

28 Komen Tambah Komen↴

Salam Encik Tawel. Akhirnya! :D
Eh, laman TTPM tu memang sangat-sangat lambat. Sempat pergi buat air teh dan makan lebih daripada 10 keping biskut mayat!


PS: Kenapa Doraemon masuk dalam gambar?

nak jugak letak doraemon kat sebelah tu :P

kamel

Ku hulurkan salam peluk barakaat buat sahabat lamaku Tawel yang senantiasa ku rindu-rindukan selepas beberapa sesi kehilangan.

Nak tanya, bagaimana nak check kelajuan internet macam yang anta buat itu? Ubuntu ada menyediakan program macam itu juga ke? Tak jumpa pun sebelum ini. Almaklumlah, hamba ini bukanlah arif sangat tentang komputer, hanya sekadar pandai teruja lebih (baca : berfoya-foya) saja dengannya. (Nota Geek : Masih belum guna Ubuntu versi baru, kata orang, ia tak menyokong bunyi. Tak ada suara keluar. Betul ke?) (Nota Geek lagi : Setelah baca entri ini sekali lagi, baru saya perasan anta check menggunakan menggunakan SpeedTest.Net. Memang Yop kena selalu sabo, kan? Haha.)

Setuju sangat tentang anta nak mogok dari membayar kalau servis yang disediakan tidak seperti yang dijanjikan. Tak payah lapor. Jadikan saja bab Bai3ul Khiyar dalam Feqah itu sebagaimana bentengan. Dah cukup kukuh. Tapi, ikut nasib badanlah, sebab tak semua orang setuju dengan hukum-hakam sekarang ini. Tapi, eh, sejak bila Penguin anta tu telah disumpah menjadi Doraemon?

Yang pasti, mengadulah pada Allah Subhanahu wa Taala.

Oh ya, lagi satu nak beritahu! Hampir-hampir saja saya menyedekahkan Al-Fatihah kepada blog ini kerana ianya telah terlampau lama berhibernasi, namun setelah mendapati bahawa itu adalah suatu bidaah, saya telah cepat-cepat bertaubat.

Apa-apa pun, Alhamdulillah. Kini anta dah kembali. Cuma selepas ini janganlah hilang lagi ya, kerana selepas beberapa pemerhatian, saya menyedari bahawa internet dan segala isinya rupa-rupanya tidak beerti tanpa adanya Hembusan, milik Panglima Jawa yang tulisan-tulisannya telah banyak meninggalkan kesan (lagi-lagi Nota Geek : Syafik yang ajar saya cakap macam ini. Saya tak bersalah).

so??
yg ujian speedtest tuh yg terbaek... kalo besenye brape dapat??
agak berminat nk try P1 tp kne survey dlu... thx

Jom meronggeng! Hahah!

hahaha.

jordan punya sistem ada download limitation. awal bulan laju, akhir bulan lembap! apa dey!

Hai Tawel.. Batuk.. batuk.. (sebab berhabuk).. Eh2, hai Wimax!.. Batuk.. batuk.. (dan terus batuk)

Tahniah anda kembali.

Bosan wo Tawel tak update entry.

Ape ke halnye ada doraemon di sisi wimax tuh?
Bukan ke itu tempat burung penguin mu?

Adapun, pepatungan itu eloklah di main/ganas oleh siapa sahaja(nak main buleh?) berbanding dimuliakan sebagai barang hisasan.

woahah, tak pernah dengan lagi wimax? very new to me, pernah dgr snailmyx?

@Nooreena, salam juga. Doraemon tu anak buah punya. Pinjam kejap. Hehe.

@kamel, jeles ke? Eh, kenapa blog dah buat private?

@Abqori, bila masa pula saya jadi Panglima Jawa ni. Hehe orait bro, ada masa dan kesempatan, ada la saya tulis. (Eh, Syafik ajar apa lagi?)

@H4ir3e hu3ain3e, biasanya dapat > 1.0mbps. Tadi saya buat sekali lagi test tu dalam keadaan cuaca mendung dan macam nak hujan kat luar tu, dapat 1.19 mbps / 0.24 mbps. Biasanya kelajuan upload masih tak memuaskan.

@susu dan biskut, meronggeng sambil pekena burger Pakcik Shukri baru la syok!

@Dhuat, Doraemon tu anak buah punya la. Saja je pinjam kejap :P

@bebaskan, haha itu pertanyaan tulus atau retorik?

Assalamu'alaikum Encik Tawel,

Lama sungguh Encik Tawel menyepikan diri. Terasa sunyi dunia tanpa entri baharu dari Encik Tawel. Sudahlah Encik Saladin pun menyepi diri tanpa khabar berita. Terasa hambar dunia ini. Nasib baiklah kini Encik Tawel kembali.

Wah! Sampai 4 bulan Encik Tawel menunggu TM-Streamyx. Bahkan masih tak kunjung tiba. Memang ingin rasanya saya memboikot TM, tapi apakan daya. Di Kampar ini, hanya dia seoranglah pembekat internet yang boleh diharapkan (walaupun sentiasa tak berapa boleh diharap).

Saya sampaikan sudah jemu untuk menelefon Khidmat Pelanggan (baca: Costumer Service - Ehem, bukan apa nanti ada yang salah faham, betul tak Encik Abqori) TM. Sudahlah hendak bercakap dengan pegawai khidmat pelanggannya pun susah. Lepas tu, kebolehharapannya pun tidak mampu bertahan lama. Kenalah telefon lagi.

Semoga WiMAX yang Encik Tawel gunakan boleh diharap dan mampu memberikan khidmat yang terbaik. Jadi, rajin-rajinlah mengisi entri, buat pengubat rindu di hati.

salam...
sudah lama juga saudara x update blog..
hermm wimax yerk...
teringin gak nak ader..
tapi skang gna streamyxla..
mmgla slow sgala bagai
(waktu peak la. waktu awl pg lps subuh lajula)
but i think if you wanna stream youtube or imeem faster,
try use google chrome. its fast, really!

Salam untuk Saudara Tawel

Alhamdulillah, sudah ada Wimax. Bolehlah bergembira kiranya ya. Lupakan sahaja Telekom dan usah menyorong pipi pada mereka. Kalaulah di Kuala Terengganu ada Wimax, pasti ana sudah menyambarnya. Namun sayang sekali, masih belum ada liputan. Namun sudah menghantar borang permintaan. Harapnya mereka pertimbangkan walaupun peratusannya kecil sekali.

Selamat pulang dan selamat menulis kembali!

salam, dah lama juga saya 'mengkhusya2' p1 wimax ni. dengar-dengar, wymax ni tengok tempat-tempat dia jugak.

Pasal streamyx tu pun satu hal, sama kisahnya :

dulu saya pernah 'beria' apply untuk 'mengadakan' internet di rumah papan milik mak abah. Setelah hampir 6 bulan, ada pulak bunyi

" tinggg, tinggggggg ," bunyi ring tone henset

" hello, ni encik kamal ka ? saya nak pasang line telefon lah "

saya dan lupa habis-habisan baru dia orang sebuk nak pasang line telefon, dah tu internetnya bila ?

" sesungguhnya allah bersama orang-orang yang sabar "

aku baru pasang streemex.tunggu seminggu baru dapat pasang tapi bukan kat pdg jawa.kat kampung yang tak de orang nak daftar streemex pun lambat.da lama blog ni menyepi tertanye - tanye gak.jumpe kawan lame katenye en tewel merayau -rayau di sekitar s.alam.tapi tak jupe pun en tewel kat sini,dulu selalu gi ali shoping,sekarang da susah da nak gi setiap minggu,byk keje....aku da kehilangan ramai kawan waktu sekolah dulu kerana ramai yg dah berpindah...tinggal aku sensorang kat sini...ha ..harap en tewel bagi nasihat camne nak.....

Awanama

@Tawel, banyak lagi yang diajar oleh Syafik. Contohnya seperti bagaimana menjawab soalan peperiksaan. Hampir-hampir saya menjawab soalan Nahu dengan tips "faktor ajaib" yang diutarakannya akibat kaedah Nahu itu sendiri yang banyak sungguh rumusnya.:))

@aiyrie, Oh, kini daku mengerti! Dan telah bertaubat hamba ini dari sebarang kesilapfahaman dalam membaca entri. :p

Salam Tawal,

pertama kali mengomen, ooohhh nasib baik sy terbaca entri kali, isnin lepas dh pegi TM pun nak apply streamyx tp tak jadi..kensel.. bila sy google w1max plak, blum ada 'coverage' di area sy tinggal ni (kesian tul sy)...ke sana ke mari menjaja w1max, yg lucunya ada jugak yg jawap "apa benda tu (w1max)...tak pe lah, sy dh pun merasmikan celcom broadband semalam...alhamdulillah

jahatnya ...lama menyepi takkan ku maafi....apatah lagi kenduri nasi minyakmu tanpa kad jemputan untuk kami...mencii..

salam dan selamat kembali

slow tak pe asalkan steady....ngeh ngeh

boleh tanye x??
ape kelebihan w1max, streamax, celcom or maxis broadband??
mane yg lebih bagus??
blh bg cadangan x ape yg perlu sye amek??
thanks.. ;)

Permohonan TM Streamyx boleh melalui laman sesawang dia tetapi kawasan yang sedia ada liputan streamyx saja. Mudah buat konfigurasi secara atas talian. Kawasan saudara belum ada liputan streamyx kot? sebab tu lambat. Patut la. Celcom dan Maxis sedang berentap pakej tanpa wayar. Celcom kena beli modem dia dan Maxis kita boleh sewa. Lebih kurang sama saja. Mungkin servis saja lain sebab nama lain dan tuan punya pun lain.
TM patut kerja lebih kuat kerana ini syarikat GLC dan duit rakyat juga. Sama dengan Celcom lah. Maxis dipunyai oleh AK dan Telekom Saudi beli 20% saham Maxis tahun tahun 2007.

Awanama

salam tawel sensei,

rindunya dah lama tak jumpa. ingatkan dh tak blogging dh. mana tau dh kawen je terus stop.ramai kkawan sy yg mcm tu. btw nak komen pasal wimax ni. kata orang, wimax hanya tempat2 tertentu je dpt coverage. so sy telah memilih celcom sbg bb sy.bru sje merasmikan 3 hari yg lepas.ok la jugak.tapi sy tak test lg kelajuannya mcm yg en tawel buat kt wimax.Ok,tu je. Renung-renungkan dan selamat beramal..

indah

Salam semua wahai para pengomen!

@Hati Yang Keboringan, kalau rumah, elok la guna Streamyx atau Wimax. Tapi kalau Wimax ni, kena pastikan dulu kawasan rumah berada dalam liputan.

Kalau kita ni selalu online bersama laptop ke sana-sini, ambil lah Maxis atau Celcom broadband. Yang ni banyak kekurangannya. Contohnya bagi plan yang setara dengan Streamyx atau Wimax, Maxis dan Celcom ni ada had bandwidth yang lebih kecil, di samping kadang-kala ada banyak masalah connection.

Tapi apa-apa hal pun, jalur lebar di Malaysia ni masih lembap. Negara maju lain kalau 10 mbps tu dah satu perkara biasa. Kita selaku negara yang ber-MSC, rakyatnya secara majoriti menikmati 1 mbps.

Salam,

saya sudah terkena.. ludah ke Streamyx sekarang kena jilat balik..

p1 cuma bagus sekitar bulan pertama-kedua sahaja. Selepas dari tempoh tersebut, perkhidmatannya akan merosot.

Saya telah menggunakan Wimax P1 semenjak Ogos, 2008.

Askum Saudara Tawel

WiMax baru ada di Terengganu bermula akhir Jun baru ni. Awalnya kami gembira. Sebelum beli, ana buat research dan baca review-review dulu. Di Forum lowyat, tanyasifu dan laman-laman lain.

Macam yang Tawel kata sendiri, masalahnya Wimax ni akan merosot kadar kelajuannya setelah beberapa lama dan ada maklumbalas mengatakan ia tidak sesuai untuk heavy users.

Entahlah, mungkin terlalu awal tapi apa cadangan akh Tawel?

Kami guna broadband celcom. Biasalah katanya unlimited, tapi belum beberapa hari dari 13hb (waktu dikira awal bulan) dah di warn sudah melebihi 5mbps rasanya. Ana bukan heavy users rasanya. Tak download torrent atau download-download perkara berat yang lain. Hanya streaming dan download software-software tertentu je.

Tulah masalahnya, Malaysia ni ketinggalan amat. Malu kita berbanding singapura dan indonesia. MSC kununnya.*Sigh.

So,apa saranan Tawel. Guna stremyx combo dengan pakej broadband (ada ke) atau Wimax?

JazkAllahu Khairan jaza' in advance.

Oh lupa pula maklumkan. Kami guna laptop. Biasanya di rumah selalu. Tapi kadang-kadang vacation dan ada program luar juga.

mrsalQasam

@Puan al-Qasam, salam juga dan selamat pengantin (yang tak berapa) baru. Hehe tak berkesempatan nak ucapkan sebelum ni.

Apa pun susah la saya nak bagi review buat masa ni. Sebab saya guna okay saja dalam masa dekat 2 bulan ni. Tapi apa pun, tengok juga la nak definisi 'heavy user' ni macam mana.

Kalau selalu online gaming dan torrent, WiMax tak berapa sesuai. Selain daripada tu, memanglah WiMax lagi bagus berbanding Celcom dari segi limit 5GB vs 20GB. Tapi sebenarnya 5GB amatlah tak cukup bagi hatta 'light user'.

Buat matematik sikit. 5GB (iaitu 5000MB) sebulan bermaksud 167MB sehari. Cukup ke nak layar dalam 167MB sehari?

Apa pun, kalau keadaan Streamyx di sana tu bagus, eloklah ambil Streamyx saja. Tapi sama ada Streamyx, WiMax, Celcom atau Maxis, rata-ratanya orang cakap semua kompeni ni ada bad customer service.

Salam Mr Tawel.
bukan nak komen tp sekadar ingin bertanya. sekarang mr tawel guna miwax dan berada di pdg jawa kan. bermakna pdg jawa ade signal utk wimax dan sgt laju. kalau guna wimax wiggy, agak2 bole ke kita terima kelajuan yg sama?

@Hilmi, salam juga.
Kalau ikut logik, sepatutnya Wiggy tak ada masalah. Saya guna setakat ni masih okay lagi. Cuma kadang-kadang ada perlahan sikit la. Tapi tak kerap.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.