Anda SENGAL apabila..
..anda hanya tonton RTM dan TV3; baca Utusan dan Berita Harian; dan anda nekad memangkah Barisan Nasional.
Anda SENGAL apabila..
..anda hanya baca Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket; dan anda nekad memangkah Pakatan Rakyat.
Anda GILA apabila..
..anda hanya tonton RTM dan TV3; baca Utusan dan Berita Harian; dan anda memangkah Pakatan Rakyat.
Anda GILA apabila..
..anda hanya baca Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket; dan anda memangkah Barisan Nasional.
Anda SIUMAN apabila..
..anda tonton RTM dan TV3; baca Utusan, Berita Harian, Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket; kemudian anda memangkah sama ada Pakatan Rakyat, Barisan Nasional atau pun Bebas.
Moga tidak ramai orang sengal dan gila yang berkeliaran di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7 April ini. Oh ya, jangan mabuk pangkah di Bukit Selambau!
Sengal, Gila dan Siuman di Pilihan Raya
Label:
pilihan raya
Untuk mendapatkan entri-entri terkini pada masa akan datang secara automatik, langgan blog ini secara e-mel atau pun RSS. Atau boleh juga melanggan melalui fungsi Blogspot itu sendiri.
Langgan:
Feed entri ini
20 Komen • Tambah Komen↴
Apa pula kategori bagi mereka-mereka yang tidak tahu apa-apa, tidak membaca surat khabar, tidak menonton TV tapi pergi memangkah semasa pilihan raya...
salam...bkn sengal, tp mls..kalo rajin, msti nk baca semua..kdg2,walopn tahu perkara 2 benar, tp wat2 x tahu..asl dpt jaga interest, yg salah, ttp betul..biasalah, manusia akhir zaman.. 2 get the best evaluation and decision, get all information, and analyze it..hehe..salam..
saya ingin menambah:
anda sengal,gila,tidak siuman, malah anda bagaikan binatang ternak bahkan lebih sesat lagi jika anda baca Utusan, Berita Harian, Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket, tetapi anda tidak membaca kalam Allah, ALQURAN.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (al a'raf 179)
Pilihan raya kecil ini perlukan lebih stamina. Latihan membaca kertas undi juga perlu. Daya memilih mesti kuat, mata kena terang. Ingat!! Calon ramai, pilihan bnyak. Rasanya inilah pilihanraya paling mewah dengan calon. Anggaplah ini boleh mengurangkan dilema memilih.
En. Tawel. Wah.. berhabuk. Rindu juga saya dengan kamu. Fuh.. saya kadang-kala keliru juga dengan politik ini. Bolehkah saya memangkah semua? Oh, saya sudah boleh mengundi tahun ini. Tapi rasanya bukannya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. :D
tak faham
Salam...
huhu...
saya bace harakah, suara keadilan, berita harian, utusan, nst, usha tv3 n rtm
tp sy x pangkah maner2 parti
sbb sy x cukup umo lagi...
Salam,
nak tambah sikit2 jek.
Anda Tido! ...
Jika tak pegi mengundi sedang itu hak anda.
Anda Momok! ...
jika pegi mengundi walaupun nama anda tak
ada dalam senarai pengundi kawasan itu.
Selamat menunaikan tanggungjawab.
anda lagi tak siuman kalau apapun tak dak baca pastu lepak kat umah basuh kereta dan tak pedulikan apa-apa pun yang berlaku...
Saya belum pernah mengundi walaupun pada hakikatnya sudah dibolehkan berbuat demikian. Sengal, gila atau siuman? Huk!
Jom Fikir :)
Ini yang hendak aku nyatakan, rata-rata yang memberi sokongan pada DS Nizar di Bukit gantang baru-baru ni adalah mereka yang membaca dari sumber kedua-dua pihak dan rata-rata yang mengundi Ismail adalah mereka yang mambaca sebelah pihak aje, jadi mana agaknye yang sengal ye
Salam...
Apa pula gelarannya jika tonton RTM dan TV3; baca Utusan, Berita Harian, Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket tapi TIDAK memangkah Pakatan Rakyat, Barisan Nasional mahu pun Bebas walaupun sudah berada dalam kategori umur 'wajib' untuk mengundi? :D
Pendeknya post kali ini. Update lah lagi blog.
"Komen 'bikin panas' adalah OK asalkan kami boleh tahu siapa anda"
-memang kena la.
Salam..
~neutral je entri ni.indah;)
Tawel, saya dah daftar sebagai pengundi. Bila sampai masanya nanti, saya tak jadi Sengal, sengal, gila dan gila. Saya nak jadi siuman bila sampai waktu mengundi tersebut. Terima kasih atas tips-tips yang diberikan. :)
Nice entry! And nice blog too.
Assalamualaikum..
Macam2 ek..pilihanraya boleh merubah manusia..pangkah yang mana boleh buat kerja untuk rakyat..jangan masa pilihanraya je turun..
Saya suka PAS keranan hijau favourite colour saya...saye juga suka BN kerana lambang dacing tu kelihatan menarik...namun, x lupe juga pada lambang anak bulan yang juga menjadi idaman orang bila nak tgu hari raya...huhh..sungguh susah nak pilih...
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.