Echo chamber is a colloquial term used to describe a group of media outlets that tend to parrot each other's uncritical reports on the views of a single source, or that otherwise relies on unquestioning repetition of official sources.Namun setelah memantau di Blog Search, saya mendapati apa yang saya ingin kongsikan ini masih belum dibuat oleh mana-mana blog berbahasa Malaysia, maka tiadalah saya malu-malu kucing untuk melakukan entri kopi-dan-pasta pada kali ini.
Terimalah Google Zeitgeist 2008 edisi Malaysia. Ini adalah tentang carian paling popular di Malaysia pada tahun 2008:
Paling cepat meningkat
- malaysiakini
- harakah
- tv3
- malaysia today
- rapidshare
- blogspot
- youtube
- malaysian insider
- beijing 2008
Paling Popular
- youtube
- yahoo
- friendster
- utusan
- mp3
- games
- map
- lyrics
- myspace
Carian di Google News
- ibiden asia
- anwar ibrahim
- datuk seri
- olympic badminton results
- chua soi lek
- malaysian election results
- malaysia budget 2009
- malaysia new cabinet
- permatang pauh election
- gamuda bhd
Selebriti
- anwar ibrahim
- barack obama
- lim kit siang
- chua soi lek
- mahathir mohamad
- miley cyrus
- lee chong wei
- tony pua
- hannah montana
- siti nurhaliza
Destinasi pelancongan tempatan
- terengganu
- pulau tioman
- genting highland
- port dickson
- melaka
- penang
- pulau perhentian
- bukit tinggi
- sunway lagoon
- selangor
Jenama kereta
- perodua nautica
- toyota rush
- proton mpv
- proton blm
- honda city
- proton saga
- grand livina
- honda accord
- myvi
- honda civic
Lihat juga keputusan untuk negara lain, contohnya negara jiran kita iaitu Singapura. Oh, alangkah saya tidak tahu bahawa orang Singapura paling gemar makan nasi ayam.
32 Komen • Tambah Komen↴
kalau tuan rumah pemalas, kopi pun tadak, nescaya tiada yang mahu datang ziarah lagi.
"Apabila Encik Tawel berasa malas...(sambunglah sendiri)"
Eh, susunan carian ni ikut turutan ke tak?
Kalau ikut, saya sedang ternganga kejap (kejap je) sebab Anuar Ibrahim, si selebriti merupakan carian tertinggi mengalahkan Barack Obama! Awak pasti ke itu Barack, bukan Mubarak?
Hehe!
Pulau Perhentian?
Yum2!
Best tu..
Bila Double Exposure nak tersenarai ni?
Ishk...
JANGAN SELALU MALAS-MALAS YE ADIK TAWEL,HIDUP KENA SELALU BERMOTIVASI.
salam..
wahh x sangka yerk....
bley track ap pengguna internet malaysia ska cari.....
@AA dan HETTY, itu semua kitaran normal seorang blogger :)
@susu dan biskut, baik-baik nanti Syafik terasa!
Apa pun, saya pasti itu Barack Obama dan bukannya Mubarak, apatah lagi Mubarak Majid si pelakon drama Melayu itu.
Err, bermimpi di siang harilah untuk Double Exposure tu tersenarai ;)
@Sarah, ha tu la. Baik jangan cari benda yang pelik-pelik. Hehe
Tawel malas? Sejak bila?? :D
Walopun kopi dan pasta tp
tetap ummphhh gak. Hehehe!!! :)
Biasala Tawel. Sindrom malas tu memang selalu berlaku pada blogger.
Just keep up your good writing =) Siri La Tahzan dah habis ke Tawel?
@Nooreena, ala janganlah tanya :D
@Kak Eriyza, haha nasib baik ada yang sudi nak menjamah!
@Amalduta, Hehe, siri La Tahzan ye? Ada 2 yang masih dalam draf :) Entah bila nak tersiap. Saya ni pula jenis yang tak kerap menulis. Tapi nanti bila dah siap, muncullah ia!
TQ untuk pelawat dan pengomen yang tak jemu-jemu melawat blog hamba ini. Hehe!
a little correction...
akan ku tukar kan selebriti Tony Pua kepada Tony Jaa~~
ehehe...
Uhuk.. uhuk.. terbatuk seketika, bukan kerana kopi ni. Ehem... ada orang pasal saya nampaknya. Haha.
@Tawel : Malas itu adalah lumrah hidup. Muahaha. :D
p/s: Er.. en. Tawel. Bolehkah saya nak memeriksa populariti nama saya di dalam Google Zeitgeist?
Salam tawel,
anda berasa malas? itu biasa. Tetapi yang buat ia luar biasa, kamu mencari satu alternatif untuk menampung rasa malas tersebut. Tahniah!
Entri kamu biasanya mengundang 'keinginan' untuk saya terus mengkaji topik yang kamu bicarakan. Harus saya akui, ilmu google dan capaian internet kamu tinggi. Jujur saya katakan, entri kamu mengenai google banyak membantu saya dalam mencari maklumat untuk sumber penulisan tesis saya.
Ala kullihal, terima kasih daun keladi, lain kali, ajarkan saya pelbagai ilmu lagi.
maaf bertanya, sememangnya cara memberi komen di blog ini apa memang begini? rasanya dulu itu berbeza dan lebih mudah. Oh, atau saya sendiri yang lupa dan tidak sedar? :(
@Muneerah, peminat Ong Bak ke?
@Syafik, janganlah terasa dengan Apabila... Hehe. Nak semak populariti bukan di Google Zeitgeist, tapi di Google Trends, atau yang lebih terperinci lagi di Google Insight.
@nahwanNUR, salam juga. Hehe tak sangka la pula boleh membantu. Alhamdulillah :)
Sistem komen dulu tu memang lagi mudah. Tapi saya tak tahu kenapa embedded comment form tu dah tak muncul di blog ni lagi kalau saya pilih opsyen tu. Maka terpaksalah letak sistem yang lama. Begitu adanya.
Aslkm,
Istilah 'kopi dan pasta' tu memang menarik. Mula-mula baca, ingat apa kebendalah 'kopi dan pasta' ni. : )
Setelah tawel sensei tulis wordpress bukan pilihan utama, aku serta merta mendaftar semula ke blogspot. Saja ingin mengikut arus. Hehe.
oh begitu. Mungkin ada kekeliruan pada sistem.
Apapun, saya sempat menumpang populariti blogspot. Walau sekarang sudah bersama 'teman' baru, yang lama tidak saya lupakan :)
Moga sama istiqamah walau di mana kita pilih untuk berada
Kalau sesekali malas nak update sbb sibuk study, takpe ... harapnya jangan sbb terkena fenomena Al-Fatrah lagi, dah le.
Psssttt... saja nak bagi tawel jealous; raya kak su cukup meriah sbb berada di Malaysia. :D
@Alexanderwathern, sebagai nota sampingan, istilah kopi dan pasta itu bukan saya yang reka. Hehe.
@SangPelangi.com si budak Wordpress-hosting-sendiri, marilah beralih sepenuhnya ke Blogspot kerana setiap bulan tak perlu fikir nak bayar apa-apa :P
@NahwanNur, sistem tu dah okay kembali lepas saya godek-godek! Dan doa istiqamah juga buat dirimu!
@Suara, psssttt juga. Meriah itu relatif sifatnya; berbeza penafsirannya oleh insan yang berbeza. Amacam, falsafah tak? Hehe..
Salam tawel.
Nampaknya Bush Kene Baling kasut tertinggal dalam entry ini, kene edit ni hehehe
(tulaa, awal sangat wat artikel ni, watlah 31hb ke..)
Salam juga Ibnu Ali! Hehe, sesuatu yang tak disangka. Tapi oleh sebab dah buka cerita tentang Bush dibaling kasut ni, mari saya kongsikan lawak-lawak yang berkaitan:
1. Bushtrix
2. Bush yang sangat popular di Youtube.
3. Main flash game.
4. Parodi dalam format gif.
:D
salam...
terima kasih info...baru tahu...
bila tgok bg setiap negara, byk perbezaannya...
Malaysia lain, Singa pura-pura pun lain, India mari pun lain, UAE pun lain, uk lain dan negara2 lain...macam-macam ada...
wassalam
-pena-
iskk...ingat entry yang ni akak nak tumpang sengeh je, malas nak letak komen....tapi...errr nak kena bertanya juga ni nampaknya.....tak abis lagi malas ekau tu tawel ??...akak dah beberapa kali singgah sini , bila nak letak entry baru ni ??..tak suke la hidangan kopi dan pasta ni, akak nak nasi bariani gam jugak.... tolonglah tawel, rindu nak mendengar cerita darimu... :D
salam.
minta maaf, lari topik jap.hehehe
baru sebentar tadi tengok Buletin Utama tv3, Micheal Jackson dah peluk Islam. Dia peluk Islam pada 22 Nowember 2008.sumber kawan baik dia kalau tak silap.Alhamdulillah, hijrah yang bagus sangat2.
wassalam
-hamba-
@Tanpa Nama. Salam juga. Gembira nampak. Hehe :)
Tapi malangnya, saya pun tengok-tengok juga berita yang dimaksudkan tu (Buletin Utama, 29 Disember 2008, Part 4, Time = 9m18s). Dan apa yang saya dapati:
1) TV3 dah ketinggalan kapal sangat;
2) TV3 pun sekadar menggemakan berita yang pertama kali dilaporkan oleh akhbar sengal The Sun. Rujuk entri saya Sebenarnya Michael Jackson Tak Pasti Lagi Peluk Islam.
Proses penggemaan seperti inilah apa yang kita gelar sebagai "echo chamber". Bagaimana untuk menghapuskan echo chamber tentang berita Michael Jackson masuk Islam? Jawapannya adalah dengan menampilkan ulasan Michael Jackson sendiri tentang hakikat pengIslaman beliau.
salam...
hehe...sy ingatkan 22 November 2008 tu yg the latest..sy bg komen utk respon entri yang ditulis oleh en.sensei tu.Aduihhh...sayang sgt sbb tv3 yang p cerita lagu tu, takpa2...moga2 'mikail' buat pengakuan na. :)
terima kasih info :)
wassalam
wah... cuba lihat negara chile
(sorry td salah ejaan "cuba")
p/s:3) Gunakan tajwid Bahasa Melayu yang tidak tunggang-langgang.
Nampaknya kepala Abqori sama dengan kepala kak Ummuhanah (maksud istilah sekepala atau sehati sejiwa). Sejak akhir-akhir ini, Abqori asyik-asyik dihidangkan dengan ‘kapal api’ saja setiap kali ke sini. Bila nak ada entri baru ni? Nanti dituduh mati macam Abqori baru tau!
Ini kena virus malas ke, kena writer’s block? Ke kena winter bugs? Haha.
Apa-apa pun kalau kak Ummuhanah nak nasi beriani gam, Abqori nak Vanilla Coke dan Twisties. Mahal tu makanan-makanan ni di Mesir, itupun kalau ada lah. Corntos yang harga 30sen di Malaysia itu pun harganya 3 Pound disini. Tak terbeli Abqori. Sudah lah hanya di sebuah kedai sahaja di Egypt ni. Rindu betul Abqori dengan ‘mereka’.
Segeralah menulis kembali ya! Ops, banyak pula iklan untuk komen ini!
Perhimpunan BERSIH :)
Hmnn lamanya adik Tawel bertapa...
Looooking forward to read your new entry :)
@Syam Ahmed, hehe apa yang menariknya dengan Chile tu?
@Abqori, jangan bimbang saya masih hidup! Belum mati lagi! Tapi komen-komen yang sebelum ni, saya tengok Abqori macam mengidam makanan Malaysia saja. Haha, kalau betul, eloklah bertandang selalu ke blog Kak Suara sebab dia suka cerita pasal makanan, lantas menjeleskan saya.
@dhuat79, terima kasih kerana sabar menunggu. Hehe.. :)
Amboi... amboi... hehehe...
Sekali baca, macam promosi blog kak su. Dua kali baca, macam menyindir kak su kuat makan je. Tapi tak kisahlah, sbb paling penting kak su dah berjaya membuatkan Tawel jeles. Yessss!!!.... Hahaha...
Haha. top trip to terengganu.
ahlan wa sahlan la.:P
*but, i'm selangorian.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.