Back to home page

Sesuatu Tentang Fanatik

05 Januari 2009 • 19 Komen Cetak Chenta!

1. Fanatik sebenarnya wujud dalam setiap aspek kehidupan

Tragedi perpecahan manusia yang dicetuskan oleh fanatik bukan sekadar berlaku dalam ruang lingkup politik, agama dan ideologi semata-mata; bahkan turut merangkumi hal-hal yang agak trivia seperti:
  1. Sukan (Bergaduh dan berbunuhan kerana bola sepak);
  2. Komputer (Windows vs Mac vs Linux [1])
  3. Konsol (Xbox 360 vs PlayStation 3 vs Nintendo Wii)
  4. Hiburan (Peminat fanatik Mawi yang berhempas-pulas mempertahankannya daripada serangan pembenci fanatik Mawi)

Gambar kartun PC vs Mac vs LinuxKomik parodi kepada iklan Apple, Mac vs PC.

Perhati dan amati setiap inci isu yang berpusing di sekeliling; lalu kita akan mendapati bahawa kesemuanya dijangkiti oleh elemen fanatisme. Masing-masing mahu memenangkan apa yang diri sendiri suka dan cinta. Cuma apabila sifat fanatik ini dizahirkan dalam konteks politik, agama atau ideologi, maka kesannya lebih ketara dan mudah untuk kita nampak. Mengapa?

Pertama, kerana ia melibatkan jumlah manusia yang lebih besar. Untuk fanatik berlaku, maka wajib ada sekurang-kurangnya 2 manusia yang saling tidak bersetuju di antara satu sama lain. Lebih ramai manusia yang bertelingkah, maka lebih kuat gelombang fanatik itu.

Kedua, kerana politik, ideologi dan agama adalah berkaitan dengan kekuasaan; dan secara fitrah, manusia cinta kepada kuasa. Kekuasaan pula akan sering membawa penindasan terhadap individu atau kumpulan yang tidak sekapal kepalanya.

Hakikat ini wajib difahami agar kita menyedari bahawa fanatik ada di mana-mana. Adalah sesuatu yang ironi apabila anda memperlekehkan agama, ideologi dan medan politik sebagai lubuk insan fanatik, namun dalam masa yang sama anda sanggup memarahi sesiapa sahaja yang mengusik artis idola anda [2].

Ada jelas?


2. Tidak kira anda di pihak yang betul atau salah, anda tetap akan ada penyokong fanatik

Mari kita lihat dalam konteks Anwar Ibrahim vs Mahathir. Para penyokong fanatik Anwar Ibrahim menafikan segala tuduhan buruk yang dilemparkan oleh Mahathir. Para penyokong fanatik Mahathir pula memang sudah beriman kepada dakwaannya bahawa Anwar adalah seorang kaki liwat dan agen Amerika.

Segala macam dakwaan dan pembelaan ini membuatkan golongan atas pagar sukar membuat keputusan. Mustahil untuk kedua-duanya berdiri di atas jalan yang benar. Salah seorang pasti berbohong untuk menyelamatkan batang leher sendiri.

Namun apa yang ajaibnya, tidak kira siapa pun yang sebenarnya bersalah di mata pengadilan, mereka pasti akan ada penyokong setia lagi fanatik yang sanggup bermandi darah demi mempertahankan manusia yang dipujanya.

Semua orang tahu betapa kejamnya Adolf Hitler. Beliau bertanggungjawab dalam tragedi Holocaust yang telah mengorbankan berjuta-juta orang Yahudi ketika era Perang Dunia Kedua. Namun beliau tetap mempunyai pengikut setia terutamanya daripada ahli Parti Nazi. Radovan Karadzic, seorang lagi penjenayah perang dan pernah menjadi antara manusia paling dikehendaki di dunia ini, telah membunuh begitu ramai umat Islam ketika Perang Bosnia 1992-1995. Namun masih ada juga yang menyokongnya sehingga ke hari ini.

Walau sekejam mana dua manusia ini, hatta sesiapa pun pemimpin zalim yang bakal lahir di masa hadapan, alam akan memperlihatkan kepada kita bahawa mereka akan tetap disokongi oleh sekumpulan manusia yang fanatik. Mengapakah ini boleh berlaku?

Ini kerana zalim itu relatif: Zalim di mata anda, tidak semestinya zalim di mata orang lain. Bahkan fanatik itu seperti cinta sifatnya; ia buta. Cinta bermaksud kentut busuk yang dilepaskan oleh kekasih tetap didakwa wangi. Fanatisme pula bermaksud yang salah tetap didakwa sebagai betul.

Ada jelas?


P.S. Nantikan kesinambungan entri ini yang bertajuk Agama dan Fanatik.
---

Nota Kaki

^[1] Bahkan di kalangan pengguna fanatik Linux sendiri, mereka juga mampu berpecah-belah. Contoh yang jelas: GNOME vs KDE. Oh, jika anda bertanya yang mana satu saya cenderung, maka saya lebih fanatik kepada GNOME yang bersifat minimalis itu. Hidup GNOME!


^[2] Pada sekitar tahun 1999 dan 2000, saya pernah beberapa kali memperlekehkan si Tomok dari kumpulan New Boys di hadapan para peminat setianya, yang rata-rata terdiri daripada para gadis yang masih berada di bangku sekolah menengah. Semenjak ada di antara mereka yang mengajukan buku lima ke arah saya, taubat saya tak akan kritik lagi suara Tomok yang sengau itu.

Namun setiap kali saya melihat para peminatnya yang menjerit dan meraung-raung apabila Tomok beraksi (walaupun dia sekadar miming), saya mula memikirkan kembali kewajaran taubat saya itu.

19 Komen Tambah Komen↴

a'ah...ada bnyak btolnya..
tawell..
aku,kalau orang pertikai dewan ulama..
aku mesti lawan..
aku fanatik ulama ker??

Kalau anda fanatik gnome ha disyorkan menggunakan package ini:
qgtkstyle.i386 : Qt style rendering using GTK+ themes

Package ini berfungsi merender "semua applikasi yg berasaskan perpustakaan QT supaya nampak lebih elok or cenderung ke arah tema GTK".

P/S: Sekian lama wow ade update.

Oh, Abqori memang orang yang sentiasa fanatik.

Agama:
Abqori fanatik kepada agama. Dan Abqori bersyukur kerana difanatikkan kepada agama ini. Sebab itulah apabila Abqori lihat orang agama lain fanatik kepada agama mereka, rasa kasihan tak agak-agak. Sewaktu di puncak bukit Sinai, Abqori pernah jumpa seorang Kristian Negro yang berdoa bersungguh-sungguh menadah tangan kepada yang didakwanya sebagai “Bapa”.

Apabila Abqori tanya kepadanya apa yang dibuatnya, dia menjawab, “I’m praying to my Father in heaven. He is hearing me. He loves me.” Lebih kurang maknanya demikian. Namun yang paling tak dapat dilupakan, matanya berair-air dan rasanya Abqori tak pernah lagi berdoa sampai menangis sedemikian. Sungguh kasihan kerana kefanatikannya ke arah sesuatu yang penuh kecelaruan.

Komputer :
Betullah katamu Tawel suatu ketika dahulu yang kita berdua memang minat berfoya-foya dengan sumber terbuka. Yang seronoknya, Abqori pun fanatik kepada Gnome jua. KDE walaupun agak cantik, bagi Abqori ia memang berair. Apatah lagi peneroka webnya yang bersifat kekerangan itu. Tampak memualkan. (Nampak sangat Abqori fanatik kepada Gnome kan?)

Minimalis itu apa maknanya ya?

Bahasa :
Kerana Abqori orang Pahang, maka lahjah yang paling Abqori fanatik adalah lahjah orang Pahang. Jika ada kawan Pahang Abqori yang bercakap dengan Abqori menggunakan lahjah orang luar, maka terimalah kritikan yang meruntuhkan. Jika beliau bercakap guna lahjah lain dengan orang lain, maka itu Abqori boleh maafkan. Abqori selalu juga bercakap Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab menggunakan lahjah Pahang Abqori yang sengaja dibuat-buat. Yang peliknya, macam manalah orang-orang Mesir masih tetap boleh memahaminya.

Dan kerana kefanatikkan kepada lahjah Pahang inilah, Abqori tergelak sakan membaca entri telor ini. Nampaknya carian di Google amat menghampakan, kerana jika kita mencari “telo percakapan”, tetap ada jumpaan yang berlambakan. Nampaknya tetap kena ada seseorang jua yang membawa Kamus Dewan untuk memutuskan siapakah yang berada di wilayah yang haq.

Hembusan:
Sebenarnya Abqori nak cakap yang Abqori ci*ta blog Hembusan, tetapi apabila melihat kenyataan (baca : statement) terakhir di entri ini, Abqori terpaksa tutup hidung terlebih dahulu untuk mengucapkan sedemikian. Yang jelas, Abqori tak fanatik Hembusan, sebab kalau Abqori fanatik, maka susahlah kalau apa yang En. Tawel katakan, semuanya akan Abqori benarkan walaupun ia penuh dengan kesalahan.

Yang pasti, Abqori suka blog Hembusan.

Salam Tawel...

Setiap kali hati ada kecenderungan yang melampau keatas sesuatu atau kepada seseorang, kak su selalu mengingatkan diri... bahawa hanya Allah yg tahu mana yang benar dan mana yang terbaik untuk diri. Bimbang andai sikap fanatik yang keterlaluan akan membawa padah akhirnya. Sakit jiwa sudahnya bila yang dipercaya mengundang luka, kebenaran yg disangka rupanya pembohongan semata...

Semoga Allah berikan kecenderungan hati pada yang baik dan benar sahaja.

p/s : Komen utk statement 'Cinta bermaksud kentut busuk yang dilepaskan oleh kekasih tetap didakwa wangi.' Kak su tak pernah berhadapan dgn kentut wangi. Dan kesimpulan kak su, kentut tetap busuk walau siapapun yg melepaskannya, terutama kalau pelepasnya menghadapi masalah constipation. Kekeke...

Fanatik, adakah serupa dengan...

Love at first sight? chemistry bertaut heh!

Seterusnya, chenta sampai bila-bila...

Di atas soalan ya, siap yang tau harap jawab :)
Saya tak tau, sebab itu saya tanya.

the same thing happens in Holy Land of jeruslaem!

Oh! Saya fanatik dengan Takoyaki!
Tapi saya tak adalah sampai tunjuk penumbuk bila ada yang tak dapat terima selera saya tu. Macam kawan saya si Malek tu. Saya cuma gelakkan habis-habisan dan minta izin nak habiskan takoyaki dia. Tak elok membazir. Kan?

Muahaha!

Dah. Tak nak komen dah. Terlalu "geek".

Kalau komen juga, nanti jadi macam ni...
"Gnome? Macam nama hantu dalam cerita Supernatural. Eee..."

Tidak salah rasanya fanatik kalau kita telah mengkaji dan menemui bukti kukuh tentang kebenaran empunya yang kita fanatik.

Kalau pasal komputer pula, buatlah pilihan yang terbaik, pilihlah yang berkualiti dari kuantiti.

@perokoksoleh, siapa yang pertikaikan tu? Kalau dari kalangan orang berilmu juga, maka like most nerd fights, both sides are right. Just learn how to co-exist peacefully.


@Yondie, yang boleh buat applikasi berasaskan KDE supaya nampak macam GNOME, tak ada ke?


@Abqori, kita memang sama-sama minat GNOME! Apa pun, minimalis tu maksudnya ringkas, tidak kompleks; namun masih tetap nampak elegan. Terbit dari perkataan minimum. Tentang telor vs telur vs telo, rasanya memang telor la Abqori. Haha! Artikel Penggunaan Slanga Dalam Kalangan Remaja ni, mengejanya sebagai telor. Okay ini dia definisi telor berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat:

(télor) tidak dapat mengucapkan kata-kata dgn sebutan yg betul, pelat: dr ~ per­cakap­annya dapat diketahui dr mana dia datang; lidahnya ~ tidak boleh berkata dgn terang (jelas);keteloran perihal telor (salah ucapan).

Oh, fanatik kepada telor kah kita sekarang ini wahai Abqori? Apa pun terima kasih kerana ci*ta kepada blog hamba yang tidak seberapa ini :D


@Suara, kentut suami Kak Su pun tak wangi ke? Hehe.


@Dhuat79, rasanya lebih kurang sama. Bagi saya, cinta adalah subset kepada fanatik :)


@susu dan biskut, kalau ada orang kutuk si Yuna tu, betul ke tak tunjuk penumbuk? Sikit-sikit rasa bengang pun tak ada? Baiknya dia..


Terima kasih kepada para pengomen yang lain :)

erm. fanatik ada dimana-mana. Penyokong Chelsea dan MU pun tak berlaga angin. Biarpun kawan baik, kami selalu saja bertegang urat jari [lembut sikit, tak macam betegang urat tengkuk] kalau cerita bab-bab bola ni. Hahah.

sekarang pun saya tak pasti nak jadi fanatik SLR Nikon atau Canon. Pakai Digicam SAMSUNG tanpa sedikit fanatik pun. Erm, Tawel fanatik SLR mana satu? Gambar-gambar di Flickr tu cantik-cantik. Pencahayaan dan warna mantap-mantap. Ahah.

H2

thankss...

owhh,
hehehe...kita sependapat,lalala~~

yg pertikai blogger2x...
cth bila mana dewan ulama PAS membenarkan menggunakan perkataan ALLAh..
ps:aku bukan PAS or UMNO..lalala~~~

Assalamualaikum en.tawel,

ku kira kamu seorang yang fanatik dengan blogspot juga bukan? haha, maaf saya bergurau.

Ala kullihal, fanatik boleh menjadi suatu penyakit yang menimbulkan suatu perasaan holier than thou. Manakan tidak, macam en.tawel kata, yang busuk boleh kata wangi, yang buruk masih di tatang bagai minyak yang penuh. Bukan apa, realitinya kita kena faham bahawa yang sempurna itu ALLAH swt, lalu pasti manusia dan apa yang ada di dunia ini bukanlah sempurna, namun kepelbagaian yang ada itu saling menyempurnakan.

Contoh mengenai GNOME dan KBR (jujurnya saya langsung tidak tahu menahu tentang LINUX), mungkin GNOME yang minimalis di lihat praktikal untuk kamu dan kawan-kawan yang lain, tetapi KBR menyempurnakan kehidupan yang lain dengan kelebihannya pula. Dan kalian samada yang meminati GNOME atau KBR menyempurnakan sesama sendiri. Ah, mungkin saya mula merapu.Maaf.

Lalu atas fitrah kita yang tidak sempurna itu, maka harus saling berlapang dada menerima teguran atas kelemahan dan berlapang dada dengan perbezaan yang merupakan kepelbagaian yang jika di acu kerana NYA, maka insyaALLAH membawa sempurna (walau tidak sepenuhnya tentu) sebagai hambaNYA.

Wallahua'lam

nahwanNUR

saya fanatik terhadap biskut... (^__^)

p/s: salam maal hijrah dan selamat tahun baru en. Tawel..

Tawel...

Kalau kentut wangi menjadi petanda wujudnya perasaan cinta, rasanya kak su tak pernah jatuh cinta kot.

Dan kak su dah berpuluh, malah mungkin beratus kali tanya abang, adakah kentut kak su wangi di hidungnya? Jawapannya tetap tak wangi.

Hahaha...

p/s: Nanti jgn lupa bagitahu kak su kalau Tawel dan jumpa gadis yang berkentut wangi.
Opss... ini dah jadi topik kentut lak ke?

Tawel juga fanatik dengan 'google' heh :)
Penguin serta lynux rasanya...

sALAM..

Fanatik?
memang kita akn jadi fanatik,
tapi jika diberi kekuatan,
ingin shj berada pada fasa pertengahan
dalam kesederhanaan..

Wallhua'lam..

Saya fanatik terhadap darah sekarang sedangkan saya amatlah fobia dengan darah sebelum ini. Keperluan pengkajian menyebabkan status fobia bertukar kepada fanatik. Hm, apa kata kamu buat entri tentang 'Fanatik dan Fobia'? :D


PS: Burung biru di bawah kata kamu demam. Demam mahu balik kah?

@H2 saya tak fanatik kepada mana-mana SLR sebab saya mana ada SLR. Hehe. Gambar di Flickr tu kebanyakkan guna kamera point-and-shoot dan yang separa SLR. Begitulah adanya.


@nahwanNUR, sebenarnya saya lagi gemar Wordpress. Tapi oleh kerana Wordpress yang free tak boleh edit template, maka terpaksa lah pura-pura fanatik kepada Blogspot. Eh apapun, rasanya KDE bukan KBR. Hehe.


@Biskutz, haha samalah dengan ada seorang kawan saya yang fanatik biskut. Salam maal hijrah juga! (^__^) (Pinjan senyum)


@Suara, baiklah Kak Su. Akan ku buru gadis berkentut wangi. Hehe.


@Arnamee, salam juga dan terima kasih untuk komen yang pertama di sini rasanya!


@Nooreena, kamu fanatik terhadap darah? Itu sangat horror! Entri tentang 'Fanatik dan Fobia'? Rumit juga tu sebab saya tak pernah fobia kepada apa-apa :D

P.S. Sekarang ni musim demam sebenarnya. Termasuk saya, dalam rumah ni ada 3 orang sedang demam.

slm best blog hembusan ,berisi tapi santai .......moga dipermudahkan untuk menulis dan terus menulis....moga kita semua bersama hidayahnya

Nur

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.