Wah tak sangka ya. Harian Metro dikatakan sengal oleh anda. Kami di sini amat sukakan Harian Metro sebagai hiburan selain mendapat apa-apa maklumat yang best-best.Komen ini membuatkan saya teringat kepada satu babak yang paling lucu, yang dikatakan antara yang paling memorable dalam sitkom satira politik British yang bertajuk Yes Minister:
Jim Hacker: Don't tell me about the press. I know exactly who reads the papers: The Daily Mirror is read by people who think they run the country; The Guardian is read by people who think they ought to run the country; The Times is read by people who actually do run the country; the Daily Mail is read by the wives of the people who run the country; the Financial Times is read by people who own the country; The Morning Star is read by people who think the country ought to be run by another country; and The Daily Telegraph is read by people who think it is.Terima kasih kepada YouTube, kerana di sana ada terdapat babak yang dimaksudkan ini:
Sir Humphrey: Prime Minister, what about the people who read The Sun?
Bernard: Sun readers don't care who runs the country, as long as she's got big t*ts.
Apa yang perbualan satira ini cuba sampaikan ialah
- Setiap akhbar mempunyai sasaran uniknya yang tersendiri;
- Bagaimana cara kita berfikir di masa hadapan akan bergantung kepada jenis bahan bacaan yang selalu kita baca pada hari ini.
Saya pernah sekali membaca The Sun. Kalau saya nak bagi orang Malaysia faham apakah ciri-ciri utama akhbar ini, saya mengibaratkannya sebagai gabungan majalah Mangga dan Harian Metro, cuma lebih ganas. Pelarisnya adalah berita sensasi picisan, gosip artis, isu seks dan gambar perempuan seksa-seksi yang ada sehingga menayangkan t*ts-nya tanpa tapisan seurat benang.
The Sun memang super sengal. Tapi sekali itu sahajalah saya baca. Itu pun bukan saya beli. Tahu-tahu ia sudah ada di atas sofa di bahagian ruang tamu. Mana saya tahu surat khabar itu begitu sifatnya! Walaupun ia sengal, namun ke muka terakhir juga saya membeleknya. Astaghfirullah, astaghfirullah, astagfirullah. Patutlah gua, ooops saya, makin rabun.
Jadi apa yang Bernard kata dalam ayat itu sebenarnya adalah satu sindiran kepada masyarakat UK yang suka sangat membaca The Sun sampai seolah-olah tak kisah apa nak jadi pada negara sendiri. Itulah dia akhbar yang paling popular di UK selepas News of the World yang diterbitkan pada setiap hari Ahad. Hah, ini akhbar apa pula? Wartawan News of the World lah yang mendedahkan kegiatan pelacuran yang dilakukan oleh genius Matematik, Sufiah Yusuf, yang kita semua kenal.
Kali pertama saya membaca akhbar ini yang dibeli oleh kawan saya, terkejut mat yeh saya dibuatnya kerana aksi-aksi panas Sufiah dipampangkan tanpa tapisan. Ah sudah, ini akhbar al-tabloid al-picisan mirip The Sun rupanya! Rabun lagi saya jadinya. Nak hentikan baca susah pula sebab ini berita memang panas.
Kawan saya itu pun jahil tentang sifat akhbar ini. Dia pun baru membeli akhbar itu buat kali pertama. Tujuannya adalah untuk mendapatkan goodies percuma yang disisipkan bersama. Buat pengetahuan, akhbar dan majalah di sini memang selalu memberikan goodies.
Walaupun dua akhbar yang paling popular di UK adalah bersifat super sengal, namun bangsa ini tetap maju. Inilah dia 2 akhbar yang tersenarai dalam Top 10 akhbar paling laris di dunia:

Sebab itu saya kata bahawa saya tidak akan poyo dengan memandang rendah kepada para peminat Mastika dan Harian Metro, terutamanya yang berbangsa Melayu. Tapi orang-orang Melayu juga jangan lupa bahawa bangsa British ini bangsa yang rajin membaca. Mereka layan The Sun dan News of the World, tetapi mereka juga layan bahan-bahan bacaan ilmiah dan bermutu yang lain. Jangan silap di sini, wahai Melayu.
Jangan lupa juga bahawa selaku umat Islam, kita tidak akan maju sekiranya dosa-dosa kita terlalu banyak. Berhati-hatilah kerana ada sesetengah bahan bacaan pengubat kesengalan yang boleh menarik pahala dan menambahkan pula dosa kita.
Now.. how many wives of the people who run the country will read Hembusan? Kui kui kui. ¶ Teruskan membaca entri ini »