Back to home page

Anwar Ibrahim dan FDI 1 Trilion

20 September 2008 • 21 Komen Cetak Chenta!
Kini ekonomi dunia sedang demam. Lantas sukar untuk saya percaya apabila Anwar Ibrahim mengatakan jika Pakatan Rakyat berjaya menggulingkan Barisan Nasional, maka akan ada sejumlah besar pelaburan langsung asing (FDI) yang bakal mengalir ke dalam Malaysia:
Dalam sidang akhbarnya semalam, Anwar turut mengumumkan bahawa lebih USD 1 trillion pelaburan asing menanti untuk memasuki pasaran negara jika politik, kehakiman negara, media, polis, peraturan Bank Negara diperbaiki...

...Jika Pakatan Rakyat memerintah, kemasukan USD 1 trillion pelaburan asing akan menjana aktiviti ekonomi yang aktif dalam negara, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi negara yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat. Ini yang sebenarnya rakyat kehendaki.
Ya, 1 trilion. 1 trilion ialah nombor 1 yang diikuti dengan 12 sifar di belakangnya (1, 000, 000, 000, 000). 1000 juta = 1 bilion. 1000 bilion = 1 trilion.

Angka ini terlalu besar dalam keadaan ekonomi dunia yang sedang meracau. Kalau pun ia sedang tak meracau, saya masih susah nak percaya. Belanjawan 2009 yang baru dibentangkan pun hanya diperuntukan sebanyak RM 207.9 bilion. Itu RM, bukan USD. Jika 5 kali belanjawan berikutnya menggunakan peruntukan sebanyak itu pun, nilainya masih lagi tidak dapat mengatasi USD 1 trilion. Sungguh tidak rasional apabila FDI melebihi belanjawan negara dalam jumlah yang sangat besar.

Bahkan dalam tulisan Agenda Ekonomi Malaysia: Gagasan Pembangunan yang ditulis oleh Pak Anwar sendiri, ada menyebut bahawa:
Pelaburan asing di Malaysia merudum ke RM14.69 bilion tahun lepas dari RM17.09 bilion pada tahun 2004, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB di dalam Laporan Pelaburan Dunia 2006.
Nilai pelaburan asing pada dua tahun yang berbeza itu, jika dicampurkan pun, masih lagi jauh dari nilai USD 1 trilion yang mungkin masuk sekiranya Pakatan Rakyat berjaya meraih kuasa. Nilai FDI pada USD 1 trilion adalah terlalu besar bagi sebuah negara, yang mana ia adalah hampir bersamaan dengan nilai FDI Global pada tahun 2007.

Pada akhir tahun 2009, nilai ini adalah anggaran kos yang perlu ditanggung oleh Kementerian Kewangan Amerika untuk menaja misi perang di Iraq yang sudah pun memasuki tahun ke-5.

Pada tahun lepas pula, The New York Times menganggarkan kos total peperangan di Iraq adalah sekitar USD 1.2 trilion. Di bawah adalah gambarajah daripada laporan tersebut untuk membolehkan kita melihat betapa besarnya nilai USD 1.2 trilion itu:

Kos tahunan yang Amerika belanjakan untuk Perang Iraq jika dibandingkan dengan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain. Klik gambar untuk paparan yang lebih besar.


Segala fakta-fakta ini membuatkan saya tertanya-tanya sama ada lidah Pak Anwar tersasul, atau sengaja bluffing, atau penulis Harakah itu telah tersalah taip, atau dia tersilap dengar dan faham. Apa yang pasti, salah satunya mungkin betul.

KEMASKINI:
Ini komen saya dalam tulisan Hembusan Ditipu Harakah oleh Hasbullah:
Anwar main psikologi di sini. Bila Anwar sebut ada pelabur yang "mewakili aset yang berjumlah USD 1 trilion", hal ni seolah-olah boleh buat orang-orang kampung faham bahawa pelaburan akan masuk sebanyak USD 1 trilion.

Pengarang Harakah yang sepatutnya boleh lebih faham sikit-sikit tentang ekonomi berbanding orang biasa pun, boleh tertipu!

Sekarang giliran saya pula nak main psikologi. Saya ada aset sebanyak USD 50 bilion. Tak banyak, cuma kurang USD 8 bilion saja berbanding Bill Gates. Saya mahu melabur di Malaysia. Jadi sekarang, ada sesiapa yang terfaham yang saya nak melabur sebanyak USD 50 bilion di Malaysia?

21 Komen Tambah Komen↴

Pak Hembusan,

Penang Monorail ditaksirkan bernilai RM3.3bil, iaitu kira-kira US1bil. Dengan USD1trillion, kita boleh bina monorail di 1,000 kotaraya. Elok kita cepat-cepat daftar sebagai kontraktor wibawa supaya Pak Anwar dapat faraidkan projek-projek tersebut kepada kita bila dia berkuasa nanti.

Tanpa Nama

Penat kau buat analisis, tapi Anwar tidak kata ada 1 trilion menunggu

Hembusan Ditipu Harakah?

Hah, akan ku komen di blog Bro Sebol tentang kejadian Tipah Tertipu ini!

Bro Tawel,

Inilah populisme dalam ekonomi. Anwar sendiri masih membawa paradigma free market. Mcm mana PAS boleh tidur dengan mereka ni? Ideologi pembangunan barat berteraskan FDI tak boleh pakai dalam saat ini!

nanti kan..kan..kan
artikel ini akan disanggah pulak oleh husam...
husam adl bakal TPM kalau bung nuar jadi PM..
kan? kan? kan?

Entri yang bagus Tawel dan En Hasbullah. Saya tak terfaham yang kamu mahu melabur USD 50 bilion, Tawel.

Sekarang saya makin risau pada mereka yang sangat fanatik dengan Anwar. Tegur sedikit sudah mula melenting.

Hm.. Tolong lah fahamkan mereka (dan saya) tentang ini.

@Noreena, kalau fanatik ada asasnya tak mengapa. Bila tak ada asas yang masalah tu. Saya letak tulisan ni di satu portal politik, tapi ada juga yang tetap nak percaya bahawa Anwar boleh bawa masuk pelaburan USD 1 trilion, tanpa nak pertimbangkan kemungkinan yang Pak Anwar tersalah cakap ke, atau pun pengarang tu yang tersilap.

Walhal saya dah nyatakan bahawa USD 1 trilion = kira-kira nilai Global FDI 2007.

@Bro Rausyanfikir, harap-harap nanti boleh tulis pendekatan ekonomi berteraskan bentuk apa sebenarnya yang paling ideal pada masa ni. Adakah pendekatan ala-ala Fidel Castro ketika Cuba dikenakan sekatan ekonomi?

@Ilriady Al-Kalantani, Husam pun celik juga ekonomi. Sepatutnya dia sendiri boleh tahu bahawa Harakah membuat laporan yang silap. Boleh jadi dia sanggah, boleh jadi dia tak sanggah. Cuma janganlah cepat sangat bersangka-buruk dengan orang yang tak sebulu dengan kita.

Kredit juga harus diberikan kepada IbnuZack yang secara tidak sengaja tulis benda yang lebihkurang dengan saya

FDi USD 1 TRiLLioN : TeGuRaN BuaT HaRaKaHDaiLy

Tak taulah pak hembusan, DSAI bukak buku Ha Joon Chang ke tak pernah ntah. Kemelut politik kita telah sampai ke tahap boleh mensasaukan ekonomi negara. Haish perlukah Revolusi Perancis "dihidupkan" di negara sendiri? moga dijauhkan klon Maximillien Robespierre atau look alikenye di negara kita.

Nak tumpang tanya sesiapa yang boleh jawab. Agaknya bilakah drama bersiri bertemakan politik di Malaysia akan sampai ke penghujungnya? ;)

PiE

kalau saya ada USD 1 trilion, saya takkan laburkan kesemua USD 1 trilion saya.

Ini adalah satu analisa yang baik. Ia mampu membuktikan bahawa jumlah FDI yang di unjurkan oleh Anwar adalah tidak menasabah.

FDI tahunan Malaysia sejak beberapa dekad tidak pernah melebihi RM 30 billion, dan mengikut trend ianya mengalami turun naik yang mendadak (volatile).

Salah satu sebab FDI tahun ini berkurangan adalah disebabkan usaha Anwar untuk menggagalkan apa jua perancangan kerajaan. Usaha begini dapat menjadi realiti dengan bantuan CIA, yang berdiri kukuh menjayakan idaman Anwar. Nyata sekali beliau bukan sahaja mabok seks tapi juga mabok kuasa.

Saya juga difahamkan beliau adalah peminat setia wahabbi dan bergurukan Abdullah Yassin.

doel

Salam...
Cuak dgn dunia politik yang rasanya perjuangan membela rakyat tak seikhlas mana pun.

Sama macam noreena, saya juga risau dengan sindrom kefanatikan yang melampau-lampau. Bila mereka mengeluarkan kenyataan menyokong atau membangkang, ada yang seolah terlupa bahawa Allah itu Maha Mengetahui.... terlupa untuk menyerahkan segala keputusan akhir tu pada Allah...

Trillion atau billion bagi saya tak perlulah dikejar sangat sbb ia tak akan bernilai jika masyarakat kita makin berpecah.

Terkadang saya terfikir... segala kemajuan dan keuntungan yang dikejar sbnrnya akan 'membeli' banyak masa individu bersama keluarga. Sudahnya gejala sosial semakin berleluasa. Sedih tau...

Teringat kata salah seorang ustaz (kalau tak silap dari hadis nabi)... 'Kejar dunia, dunia kan lari. Kejar akhirat, dunia akan mengejar.' Lebih kurang begitulah ayatnya. So, skrg decide, mana yang nak dikejar dan mengejar.

Errr... saya ni macam dah lari dari topik asal. Maaf.

ko boleh la tawel tak duduk kat malaysia dah senang lenang di negara luar.orang yang duduk kat malaysia lani rase mcm nak kuar negaranya.mengikiut laporan dekat 500 ribu warganegara malaysia kebanuakkan melayu profesional dah keluar negara.apa yang tinggal sekarang ini.ekonomi dah merosot..kilang banyak tutup....gaji ciput...hidup kat bandar...kalo anwar kata nak bawa FDI bertrilion pun aku tak kisah janji ekonomi kta pulih bukan macam sekarang.

Tanpa Nama

secara jujur..buat masa ni namakan seorang tokoh yang boleh mengembalikan ekonomi malaysia dalam keadaan selamat....sila namakan...

Tanpa Nama

@Tanpa Nama yang komen ni, pernah dengar tak pepatah Melayu "Lagi besar periuk, lagi besarlah keraknya"? Setiap orang, tak kira kaya atau miskin, tak kira di Malaysia atau Amerika, akan ada sahaja masalahnya kalau dia tak reti bersyukur.

Great Depression 1930, lihatlah bagaimana ia telah menyebabkan ramai orang-orang kaya yang terpaksa membunuh diri.

Ya kalau Anwar jadi PM, insya-Allah ekonomi akan jadi lebih baik berbanding sekarang. Cuma isunya di sini bukan sama ada Anwar mampu atau pun tidak. Isunya di sini adalah fakta USD 1 trilion yang disalahtafsir oleh Harakah dan ramai pihak.

Salam Hembusan dan Pencinta Kebenaran,

Berikut adalah komen saya dalam blog Pakcik Sebol.

# qisti zahra' // 2008 September 21 17:14

Salam Pakcik Sebol dan Pencinta Kebenaran,

Saya nampak Islamnya idea Pakcik. Malangnya, negara-negara Islam diperintah oleh diktator atau lembu zionis yang dicocok hidung.

Lebih malang lagi, ramai ustaz-ustaz PPAS yang membontoti lembu zionis atau zionis malaya.

Ketika zionis malaya menjanjikan Tok Arab akan melabur USD 3 trillion, ramai ustaz-ustaz PAS bertakbir. Dalam krisis kewangan Amerika yang mutakhir membuktikan takbir itu sebagai petanda kematian jiwa intelek(ruhul intiqadi) dalam hati sebahagian ustaz-ustaz PAS. Macamlah ketika Muawiyah mendapat berita kematian Saiyidina 'Ali pada 21 Ramadhan, Muawiyah bertakbir.

Dalam krisis kewangan Amerika, Bush mencadangkan USD 700 bilion untuk pakej menyelamat. Itupun ditentang hebat Kongres Demokrat. Amerika 'considered as world finanial center', bila rugi USD 700 bilion, dah merudum ekonomi dunia yang bergantung kepada sistem kapitalis. Dr Mahathir pun mempertikaikan kewujudan 'hard cash' USD 300 bilion dalam Federal Reserve. Lebih dipercayai, jumlah tu hanyalah 'bank pledges'. 'Financial illusion but legally commercial'.

Tiba-tiba Anwar kata Tok Arab nak melabur USD 3 trilion. Macamana sebahagian ustaz-ustaz dalam PAS boleh percaya?

Kalau pun betul, mereka lupa ke yang 'fund manager' Tok Arab semuanya zionis? Indonesia terima IMF. Baru Maybank nak beli sebuah bank di Indonesia, dah terhalang. Zionis mana boleh senang orang Islam mula kuasai dunia kewangan walaupun 'major shareholders' Maybank yang beragama Islam bukan pun jaga sangat solat mereka.

Saya setuju sangat Pakcik dapat terangkan mekanisma kewangan dengan bahasa yang mudah dalam entri-enti Pakcik yang lalu. Moga generasi yang mendatang, dapat meninggalkan penjara pemikiran yang dicipta sendiri oeh sebahagian ustaz-ustaz PAS. moga ALLAH memberkati usaha Pakcik.

Takziah atas kematian Saiyidina 'Ali pada 21 Ramadhan.

Salawat
# qisti zahra' // 2008 September 21 17:31

Salam Pakcik Sebol dan Pencinta Kebenaran,

Pembetulan. Bulkan USD 3 trilion, tapi USD 1 trilion. Harap maaf.

Salawat

qisti zahra' // 2008 September 25 17:43

Salam Pakcik dan Pencinta Kebenaran,

Entah bila Si Nuek ni pernah diam-diam, saya pun tak tau. Si Nuek tu asyik berkokok siang malam tak kira orang tengah azan atau orang tengah puasa. Yang penting dia nak orang semua dengar tempikan dan kokokan dia. Dialah ayam jaguh. Dialah jagoan tengik.

Yang terbaru mengenai teguran Pakcik dan Ibnu Zack mengenai Harakah silap lapor pasal USD1 trilion. Pakcik kata silap Harakah pasal dalam web Keadilan hanya kata pengurus dana yang urus aset bernilai USD 1 trilion. Hari ni akhbar bercetak Keadilan kata pengurus dana jamin pelaburan USD 1 tilion. Masa Palcik tulis dulu ustaz-ustaz PAS yang bertakbir dah tutup muka sebab malu. Bila abah tunjuk akhbar Keadilan tu, diorang hanya geleng kepala. Adakah ini petanda 'ruhul intiqadi' kembali berputik dalam PAS. Susah nak cakap sebab Mujahid Rawa pun dah kena kelentong. Bertempik agar orang PAS bertakbir yang suratcara kepada Agong dah dihantar. Sekali Keadilan kata baru siap draf, belum hantar lagi. Pemikiran dan sentimen ahli jamaah kita habis dipermainkan secara sedar atau secara rela ditipu. Apa ertinya PhD dia dalam bidang dakwah? Buat malu ustaz-ustaz kat UKM je.

Inikah etika Si Nuek? Apa komen Pakcik kali ni?

Saya masih yakin bahawa siapa jua yang banyak bercakap dengan Si Nuek pasti jadi "biul", walaupun sebelum ni mereka normal.

Salawat

(Komen saya dalam blog Pakcik Sebol)

aku pun biul baca ko punya pendapat qisti zahra (putri umno kot).Pi jupe tok guru....belajar dengannya....sesama islam masing - masing tuduh zionis la,yahudi la,macam tahun 1969, ejen fbi la,amerika la,habisnya negara huru hara....dulu pak nuek dalam umno dituduh pelampau melayu...sekarang kat luar di tubuh ajen zionis....dulu dalam abim di tuduh pelampau islam....sekarang di tuduh penyokong liberalla....Pelampau sekular yang menggunkan nama islam lagi bahaya....

Tanpa Nama

Salam H dan Pencinta Kebenaran,

Tak main la UMNO, ke puteri UMNO ke. Orang-orang bekas UMNO macam Si Nuek pun saya takkan percaya. Dalam sejarah Islam dari Nabi Adam as sampai sekarang, mana ada seorang bekas pemimpin kanan dalam sebuah kerajaan yang zalim pernah bertaubat. TUHAN suruh kita belajar dari sejarah. Kalau TGNA terkhilaf dalam mempelajari sejarah kita pun kena akuilah kekhilafannya. Mana TUHAN bagi kita ikut ustaz bila dia khilaf? Kita hormati dia sebagai Ustaz yang selama ini betul tindak-tanduknya. Bila terkhilaf, kita tolak khilafnya je la. Tak payah sampai nak tolak dengan kesalehan dia.

Bila kita berforum, eloklah dengan hujah. Kita kan manusia diberi aqal oleh TUHAN. Kita bukan burung kakak tua atau keldai.

Selamat menyambut malam-malam terakhir Ramadhan. Moga kita semua diampunkan.

Salawat

Salam.
Saya ni, pengunjung baru Hembusan.

Kadang-kadang agak kecewa dengan sikap kita yang gemar mencari kesalahan pemimpin. Pemimpin ada yang gila kuasa, ada yang gila, ada yang gila segala benda, ada yang ikhlas berjuang demi agama, negara, rakyat, dan lain-lain. Dan pemimpin ini kita boleh kenali dengan mudah. Amat mudah. Amat-amat mudah.
Jadi, kenapa kita hendak mencari kesilapan, dosa, dan perkara-perkara yang kurang elok yang dia lakukan dan memperbesarkannya? Cukuplah jika dia tidak mengulangi dosa kecil itu. Tapi, kita memejamkan mata terhadap pemimpin yang menyalahgunakan kuasa sewenang-wenangnya.
Saya sedar segala yang saya taip disini, akan dipersoalkan di akhirat dan saya juga berharap kita semua sedar dan bersedia untuk menjawab di kemudian hari. Salam.

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.