Back to home page

Makin Panjang, Makin Banyak Ikan Emas

13 September 2008 • 31 Komen Cetak Chenta!
Di kala ini, saya sedang menyiapkan satu artikel yang agak panjang. Menghasilkan tulisan yang berjela-jela di internet sebenarnya adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan. Apatah lagi kalau berazam untuk menjadi seorang novelis atau cerpenis maya. Ini memandangkan cara seseorang membaca di internet adalah tidak sama seperti mana mereka membaca bahan bercetak.

Secara purata, pengguna internet paling-paling hanya akan membaca 28% daripada apa yang ditulis. Lagi panjang kita tulis, lagi sedikit mereka baca; yang selebihnya mereka sekadar melihatnya sepintas lalu (scan). Hanya sebahagian kecil sahaja yang akan membaca perkataan demi perkataan dari awal sehingga akhir. Ini bermaksud, peluang untuk kita syok sendiri bagi setiap tulisan yang kita hasilkan di internet adalah amat tinggi.

Tragedi ini berlaku kerana internet ada terlalu banyak gangguan. Maklumat yang melimpah-ruah di internet kadang-kadang menjadi satu sumpahan kepada internet itu sendiri. Sedang kita membaca artikel, tiba-tiba tangan menggatal hendak klik sana-sini tanpa sempat menghabiskan dan menghadam betul-betul apa yang sedang dibaca. Akibatnya, info yang sedang kita hendak kutip itu tidak dapat diserap sepenuhnya.

Ini berbeza kalau kita membaca buku. Di dalam buku, tiada widget dan gadget. Di dalam buku, tiada perkataannya yang boleh diklik. Ketika membaca buku, kita tidak akan hirau untuk mengetahui siapa sedang online di YM, kita tidak kisah berapa banyak emel baru yang masuk, dan bagi yang masih ada Friendster, kita tidak akan peduli untuk login ke sana untuk mengetahui berapa banyak komen/testimonial baru yang diterima.

Buku (dan juga bahan bercetak yang lain) itu sifatnya monogami; bila kita membacanya, kita hanya akan fokus pada buku itu sahaja. Blog, wiki, forum dan sebagainya yang terdapat di internet ini pula, menggoda tumpuan kita agar berpoligami dengan bahan bacaan yang lain (termasuk juga audio dan video) secara serentak. Internet sebenarnya membuatkan kita cenderung untuk tamak meraih maklumat yang berada di dalamnya, tetapi bila sudah dapat, maklumat itu sekadar dibaca ala kadar dan kemudian kita melompat ke sana-sini untuk menagih maklumat yang lain.

Suatu ketika dahulu saya juga ada penyakit yang sedemikian. Belum habis membaca yang ini, saya melompat kepada yang itu. Sehinggalah akhirnya saya dikhabarkan bahawa sifat suka melompat-lompat ini lama-kelamaan boleh membuatkan fokus seseorang itu hanya bertahan paling maksimum selama 9 saat sahaja, iaitu sama seperti ikan emas.

Akibatnya, kita bakal mendapat satu habit yang menyukarkan kita untuk menumpukan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan, baik di dunia maya mahu pun di alam nyata (contoh ketika belajar di dalam kelas). Habit ini pula malangnya dibentuk tanpa kita sedari.

Walaupun tulisan yang panjang tidak begitu digalakkan, namun perlu diakui bahawa tulisan yang pendek tidak mampu mengupas sesuatu isu dengan mendalam dan berwibawa. Saya mendapati ada 4 perkara yang sekiranya dilakukan oleh pemilik blog atau laman yang mempunyai artikel yang panjang lebar, maka ia dapat membantu saya dan mungkin juga ramai yang lain untuk memberikan tumpuan yang lebih jitu kepada apa yang hendak disampaikan.

Ingat 4 Perkara

1) Jangan gunakan warna font cerah di atas latar belakang yang gelap. Blog Sosialis Kanan adalah the worst offender di kalangan blog yang saya ikuti:


Setiap kali saya membaca blog tersebut, saya perlu mematikan style (kalau di Firefox, View --> Page Style --> No Style) agar ia jadi sekadar begini:

Bagi hasil tulisan yang memerlukan tumpuan yang tinggi dari pembacanya, maka dalam kebanyakkan kes, sila gunakan font berwarna gelap (contohnya hitam) dan latar belakangnya pula adalah berwarna putih.


2) Jangan guna saiz font yang kecil. Kalau boleh, gunakan saiz font yang sekurang-kurangnya seperti di dalam blog ini. Ingat, bukan semua pembaca terdiri dari anak-anak muda yang masih kuat matanya. Dan bukan semua orang tahu bagaimana untuk mengawal saiz font secara manual melalui browser yang mereka gunakan.


3) Nyahkan shoutbox dari blog atau laman anda. Di samping membuka ruang seluas-luasnya untuk pencacai, pemfitnah dan spammers untuk bermaharajalela (cuba bayangkan apa akan jadi jika anda tak dapat akses ke blog dalam jangka waktu yang lama, dan blog anda itu pula popular?), widget ini juga adalah antara elemen utama yang boleh mencuri tumpuan seseorang dari apa yang sedang dibacanya.

Malah masa yang anda gunakan untuk berurusan dengan mereka yang menjerit di shoutbox itu, sebenarnya lebih produktif jika ia disalurkan untuk menghasilkan tulisan yang baru. Jika mereka benar-benar mahu berurusan dengan anda, maka mereka boleh menggunakan emel.


4) Lagu/zikir/selawat/bacaan al-Quran yang terpasang secara automatik adalah annoying. Bila saya pergi ke blog anda, perkara pertama yang saya mahu lakukan adalah membaca apa yang anda tulis; bukannya mencari butang STOP yang kekadang entah di mana letaknya.

Ingat, ada ramai pembaca yang boleh hilang tumpuan jika mereka mendengar muzik, hatta al-Quran sekalipun. Dan kalau pun mereka tak akan hilang tumpuan, bukan semua orang minat nak mendengar lagu-lagu nasyid jiwang yang terpasang secara automatik di blog anda. Maksudnya, selera manusia tidak sama. Jadi cara paling selamat, jangan buat autoplay.



Itu sahaja di antaranya. Maka bantulah saya dan ramai yang lain agar mereka semua tidak mempunyai tumpuan seperti ikan emas. Lebih banyak ikan emas di blog anda, bermakna lebih besar peluang anda untuk syok sendiri. Justeru itu, kurangkan populasi mereka!

Jika anda boleh membaca artikel ini dari awal hingga habis, maka ketahuilah bahawa anda mempunyai fokus di tahap super! Persoalannya, ada berapa banyak ikan emas yang sedang berenang-renang di sini?

31 Komen Tambah Komen↴

kalo aku mmg baca blog-blog orang lain dari google reader shj.mmg bersih dan clear.tumpuan pun lebih.cuma kalau nak komen baru aku masuk blog tu.

Patut lah terasa 'lemas' ketika membaca artikel yang panjang berjela di internet. Rupanya hendak bertransformasi kepada ikan emas. Biasanya saya akan mencetak artikel yang panjang dan membacanya dengan senang hati di bawah pencahayaan yang optimum.

Idea menghapuskan shoutbox itu amat baik. Tapi tunggu lah dulu.. sampai bila? Mungkin sampai ada yang mengaku sebagai musuh saya. Harapnya tiada lah ye. :D

salam. setuju sangat2 dengan 4 reminder yg en. tawel sebut di atas tu. saya sebagai pembaca blog selalu sangat menjadi mangsa oleh para blogger yg syok sendiri.

adeke letak font warna-warni di dalam background warna hitam. 'bulau' mata saya dibuatnya. kadang2 ada juga yg saja letak font warna hitam dalam background warna hitam jugak. saja nak timbulkan kelainan kononnya padahal timbulkan rasa annoying sangat2 adalah.

jazakallah en.Tawel kerana memahami perasaan kami sebagai tukang baca blog. :D

uNs.Azhar

Ikan emas ada 5 kali disebut.
hehe..

Terima kasih en tawel.sgt relevan untuk saya baik pulih. Ada cadangan bagaimana untuk memudahkan pembacaan dengan latar belakang yang gelap?

Nanti email saya yek. TQ.

@Farhan, aku pun macam tu juga. Tapi cuma malangnya, ada sesetengah blogger, bak kata uNs Azhar tu, yang suka buat mewarnakan tulisannya dengan macam-macam warna. Sekali lagi, the worst offender di kalangan blog yang aku langgan adalah Sosialis Kanan. Cuba tengok screenshot artikel dari blog ni di Google Reader. Macam mana nak baca kalau macam tu?

@Rausyanfikir, TQ kerana nak baik pulih! Cara terbaik adalah dengan tinggalkan terus latar belakang gelap. Tapi kalau nak teruskan juga:

1) Kurangkan 'kegelapan' warna latar hitam tu. Sekarang ni, latar belakang warna blog tu adalah #000000. Jadi, mungkin boleh tukar kepada #333333.

2) Gunakan font Verdana dan saiz dia jangan kecil sangat.

Bila dah godek no 1 dan 2 ni, maka jadilah lebih kurang begini.

3) Gunakan satu jenis font sahaja untuk semua entri.

4) Jangan buat tulisan yang terlampau warna-warni (rujuk respon saya kepada Farhan).

@Noreena, tak semestinya musuh sahaja yang akan buat dajal di shoutbox. Spammers sentiasa ada cik kak!

@Rean, tinggi fokus nampak.. Sampai sempat kira berapa kali saya sebut ikan emas.

Assalamu'alaikum...

Satu lagi artikel tentang "adab" "ngeblog" dari Encik Tawel. Beberapa tips yang diberikan dalam artikel ini sebenarnya telahpun beberapa kali diutarakan oleh Encik Tawel sama ada dalam artikel mahupun dalam komen balas beliau.

Namun demikian, saya agak kurang bersetuju dengan tips yang pertama. Alasan utamanya ialah.... jeng..jeng...jeng... saya sendiri mengamalkan cara tersebut.... maaf ye...

Bukan apa, ini kerana latar belakang yang gelap mengurangkan kapasiti cahaya yang dihasilkan oleh monitor. Hasilnya, lebih kurang tenaga yang digunakan dan lebih kurang intensiti cahaya yang masuk ke mata. Ini terutamanya jika kita menggunakan monitor CRT (cathode ray tube). Ingat tak zaman kanak-kanak dulu, ibu-ibu akan marah kalau anak-anak duduk dekat sangat dengan TV "nanti mata rabun" katanya.

Tapi kalau latar belakang gelap digabungkan dengan warna tulisan bewarna-warni (apatah lagi jika warnanya merelip macam oren terang atau merah terang) bak kata uNs.Azhar dalam komen di atas, itu memang saya tak setuju. Hatta kalau latarbelakang putihpun, tak manis kalau berhias berlebih-lebihan.

Jangan guna saiz font yang teramat kecil, itu saya setuju. Saya ni rabun orangnya....

Pasal shoutbox tu pun saya agak setuju. Melainkan kerja anda ialah melayan komen-komen di shoutbox 24/7, eloklah di cari jalan agar tidak ada kata-kata kotor yang ditinggalkan disitu...

Jangan buat Autoplay music ni pun saya setuju. Bahkan inilah tips yang saya katakan telah berkali-kali diutarakan oleh Encik Tawel.

Kesimpulannya, artikel Encik Tawel ini adalah satu saranan, bukan arahan. Jika anda tak setuju, ia tak menjadi masalahpun. Yang baik kita ambil, yang tak berapa baik buat kita, mungkin baik bagi orang lain.

Tentang mencetak artikel panjang untuk dibaca di bawah pencahayaan yang optimum seperti yang Cik Nooreena katakan dalam komennya, saya agak kurang bersetuju. Bukan apa, sayang kat pokok-pokok kita. Tapi kalau memang ada keperluan, seperti kita nak highlight mana-mana bahagian yang penting untuk dijadikan nota, itu takpe. Takut nanti, dah print pastu bila baca,rupa-rupanya junk artikel je, lepastu kertas tu dibuang begitu sahaja. Kan dah membazir kertas.

Akhir komen, maaf ye kalau ada tersalah bahasa dan terlanjur kata. Lama tak mengomen dalam hembusan.

p/s: saya ada terbaca ntah kat mana ntah dalam komen balas Encik Tawel yang mengatakan bahawa nama "hembusan" bagi blog ni adalah satu "ter"kesalahan. Boleh Encik tawel ulas tak kerana pada saya "hembusan" ini memang tajuk yang sesuai bagi bog ini yang sentiasa meng"hembus"kan idea-idea segar lagi bernas agar dapat dihirup kesegarannya oleh pelawat-pelawat blog ini.

Siapa masuk laman saya tentu berpinau mata, warna biru jingga tulisannya. : )
Kalau rajin nak kena ubah nih.

@Aiyrie, wa'alaikumussalam. Tentang tips pertama, saya wajib membidas hujah tersebut. Pernah dengar Blackle aka Google Black yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan tenaga yang digunakan oleh skrin komputer di seluruh dunia?

Google menafikannya. Malah bagi flat screen monitor, menggunakan latar belakang gelap sebenarnya ada kemungkinan untuk menambahkan lagi penggunaan tenaga.

Kapasiti tenaga cahaya yang dikeluarkan sebenarnya bergantung kepada brightness setting monitor komputer kita. Jadi kalau nak kurangkan kapasiti tenaga cahaya yang dipancarkan, godeklah di bahagian tu.

Tentang nama 'hembusan' pula, sebenarnya masa nak daftar blog, tak tau nak pilih nama apa untuk domain blogspot tu. Hatta sampai sekarang, saya pun tertanya-tanya kenapalah aku ambil 'hembusan'!

@Alexanderwathern, memang wajib ubah! Saya memang susah nak fokus bila baca tulisan di blog Tuan Alexanderwathern tu.

Apa komen sensei mengenai blog saya pula..font tulisan warna putih, tapi berlatarkan kelabu.. :D

Saya pening, macam mana mahu membesarkan size font, bila saya pergi ke Layout > Fonts and Colours, page tidak boleh berfungsi. Pelik pun ada, selalunya sebelum ini tak pernah pula terjadi. Ada cadangan?

Saranan 1 & 2: Angguk2 bersetuju

Saranan 3: Aduh. ni susah ni.

Saranan 4: Ouch! Sakit la! Baru je letak autoplay lagu tu tadi. Huhu habis raya nanti pupus la tu kot..

Di awal pembabitan dalam dunia blog dulu pernah juga menggunakan warna hitam sebagai latar belakang. Nampak macam 'cool'. Tapi tak sampai seminggu, tukar warna lain. Kemudian entah berapa banyak kali tukar, sampailah ke warna yang digunakan sekarang. Harap tetaplah pendirian.

Aiyrie~ Bukanlah semua artikel panjang saya akan cetak. Cuma yang terpilih sahaja selepas di'scan' dan ditapis. Saya pun sayang pada pokok-pokok yang semakin sedikit ni.

Tawel~ Baik. Saya akan delete shoutbox itu supaya saya tidak akan menjerit di kemudian hari.

Dah lama tak beri komen di sini. Biasanya baca di Google Reader sahaja.

Walaupun kata tengah menulis artikel panjang, tulisan kali ini pun boleh dikira panjang juga :)

Semua saranan itu baik. Malah kalau boleh, cuba jangan letak lagu langsung di dalam blog kerana ia boleh meningkatkan masa untuk 'loading' blog tersebut.

Minta maaf, ada nak tulis benda tak berkaitan dengan tulisan kali ini, fungsi blogspot tu adakah merujuk kepada blog widget? ini merujuk kepada ayat ini 'Atau boleh juga melanggan melalui fungsi Blogspot itu sendiri. '

@Hafiz238, memang blog widget. Tapi widget tu masih tak kunjung tiba sampai sekarang. Ada beberapa blog, macam blog Roslan SMS dah ada fungsi ni.

Tapi bagi blog yang tak dapat-dapat lagi, boleh saja buat sementara waktu guna link ni:

http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=xxxxxxx

Gantikan nilai xxxxxxx tu dengan blog ID kita.

Assalamu'alaikum...

Terima kasih atas informasi tentang blackle dan penafian goolge tesebut. Memang saya tak pernah dengar pun. Setelah membaca artikel penafian goole tersebut, mungkin saya akan menukarkan latar belakang blog saya dalam masa terdekat. Ini kerana sememangnya penggunaan monitor CRT telah semakin berkurang. Di tempat kerja sayapun, semua officer baru mendapat monitor LCD yang menyebabkan saya cemburu dan rasa rugi masuk awal...

tapi saya suka ngan shoutbox. lebih mesra blogger gitu. hehe

saya suka jugak sekali-sekali bertukar ke theme gelap gelita. sekadar cuba2 sahaja. bosan juga selalu dengan theme putih kan. hehe :)

Salam.

Selepas baca n3 ni, saya cuba nak tukar templete dan edit html code yang saya tak faham langsung. Sudahnya saya yg sakit kepala. huhu...

Blog en.tawel kita ini dan blog kujie, mmg antara blog yg saya rasa mudah dan bersemangat untuk membacanya. Nampak tersusun dan ringkas. Teringin nak buat spt ini, tapi rasanya terpaksa akur pada kekurangan diri dan masa.

Mungkin kalau setakat nak delete shoutbox tu, bolehlah saya lakukan, tapi yg lain-lain tu mmg saya tak tahu. Sedihnyaaa...

Setuju!

Perubahan sikap hehe :)

@KNizam, setuju bahawa shoutbox memang mesra blogger. Tapi ni la dia "psychology of the shoutbox". Bila kita bina blog, apa MATLAMAT yang kita mahu sebenarnya? Mahu pelawat baca dan ulas artikel atau pun mahu bersosial dan berborak di shoutbox?

Bila shoutbox lebih meriah daripada ulasan yang diberikan bagi setiap artikel, maka sebenarnya pelawat atau rakan bloggers datang lebih disebabkan kerana mereka mahu bersosial di shoutbox.

Jadi kalau matlamat kita nak orang baca dan ulas apa yang kita tulis, maka nyahkan shoutbox itu sekarang! :)

@Kak Suara, sebelum nak buang shoutbox tu, fikir dulu sama ada tujuan kak Suara tulis blog ni lebih kerana tujuan bersosial atau pun bukan. Kalau lebih untuk bersosial (maknanya Kak Suara tak kisah sangat orang baca atau pun tidak apa yang ditulis dalam entri), maka tak payahlah buang. Nanti sunyi-sepi macam dalam kubur pula blog tu. Hehe..

1) Setuju. Tapi pernah juga termasuk satu website ni yang menggunakan latar belakang gelap dan warna font yang cerah, dan ia nampak sangat cantik. Mungkin kerana design nya yang sangat menawan dan professional, maka latar belakang gelap tidak menjadi apa-apa masalah. Tak ingat website mana, jadi tak dapat nak letak kat sini.

2) Pun setuju.

3) Dulu pernah ada shoutbox kat blog. Tapi selepas beberapa ketika, terpaksa dibuang shoutbox tersebut. Bukan kerana terlalu banyak shout untuk dilayan, tapi kerana shoutbox tersebut terlalu sunyi lagi sepi, tak ada orang nak tulis apa-apa. Hoho.

4) Ini 100% sokong. Pernah juga tulis pasal ni dalam blog. Kalau setakat satu autoplay, tak apa, mungkin boleh dicari butang stop dalam blog tersebut. Tapi kalau sampai tiga atau empat autoplay, kelam-kabut dibuatnya. Pernah termasuk dalam satu blog ni, ada sekurang-kurangnya empat autoplay. Usaha juga nak cari butang stop, tapi dah tak jumpa, tekan butang back je lagi senang. Huhu.

P.S. Wajah baru Hembusan ni sangat cantik. Mungkin boleh buka satu lagi blog, untuk menempatkan blogger templates (hasil rekaan En. Tawel) untuk peminat setia Hembusan. ;)

PiE

Salam.
Tidak mengsetkan pautan-pautan dalam artikel supaya dapat dibuka di tab/window yang baharu, juga menyebabkan kehilangan tumpuan pembaca.

@PiE,

1. Itu biasanya designer yang mahir dengan teori warna sahaja yang boleh membuat laman berlatarkan gelap supaya senang dan mudah dibaca. "Gelap" bagi mereka boleh jadi #000000, #333333, #1B1404 dan banyak lagi. "Terang" bagi mereka boleh jadi #FFFFFF, #FCFCFC, #FCFBF3 dan banyak lagi. Dan mereka ni juga faham sama ada font serif atau sans-serif yang lebih bagus digunakan untuk latar yang gelap.

Tapi biasanya yang saya tengok, bila mereka pilih latarbelakang gelap pun tak jadi masalah sebab blog mereka selalunya tentang tutorial yang tak banyak sangat perkataan. Begitulah adanya.

3. Sedih hamba mendengarnya..sabarlah!

4. Haha sabarlah sekali lagi PiE! Autoplay adalah antara benda buruk yang kita warisi dari generasi yang memeriahkan internet pada sekitar lewat 90-an, iaitu di kala Geocities, Lycos dan Angelfire sangat popular laksana Wordpress dan Blogspot pada hari ini.

Kekadang tak faham juga apa tujuan mereka buat autoplay. Kita masuk blog mereka, katakan ada bacaan al-Quran terpasang sendiri. Kalau kita biarkan saja, dan kemudian kita buka muka baru dari blog tu (di new tab/window), maknanya ada satu lagi yang terpasang. Maknanya kena stop salah satu.

Kalau kita stop sejak dari awal lagi dan kemudian kita buka lagi muka baru, al-Quran tu akan terpasang sekali lagi. Tension, tension!

P.S. Insya-Allah andai ada kesempatan ;)


@Mawardi, salam juga. Jangan risau, biasanya masalah tu tak bermaharajalela sangat sebab tak ramai yang tahu nak letak target="_blank". Hamba lagi annoying dengan mereka yang guna fungsi blink (buat perkataan berkelip-kelip) dan marquee (buat perkataan scroll horizontal/vertical).

Oh.. patutlah setahun dua kebelakangan ini, saya sangat sukar untuk menumpukan perhatian dalam kursus ataupun mesyuarat. Sekejap sahaja boleh menumpukan perhatian. Ikan emas rupanya saya ni :D

Bersetuju dengan #1, 2 dan 4.
#3- Sebab itu saya letakkan shoutbox di bahagian bawah setelah menu-menu lain. Ia adalah kemudahan untuk sahabat meninggalkan pesan, terutama kepada pengguna baru yang tidak tahu menggunakan function mesej. Walaubagaimanapun, terganggu juga dengan spammer-spammer. huhu.

Cadangan tips #4:
Pecahkan tulisan yang panjang kepada 2-3 bahagian yang pendek. Pembaca pun tidak kepenatan membacanya :)

Kak su dah buang pun... Biarlah sunyi macam lubang kubur. Bagus jugak kan, sbb ia akan mengingatkan diri ttg kematian. hehe

Tapi kak su buang bukan tak suka bersosial, tapi sebab tak nak buang masa untuk menjawab sapaan dan pertanyaan di shoutbox tu. Lagipun ruangan komen setiap n3 masih boleh dijadikan medan bersosial, kan?

Saya dah pening main edit edit blog ni..aihh

shout box menjadi tradisi la geng..
:D

Walaupun kebanyakan tidak membaca habis tapi kalau penulisnya mampun merungkai kata2 bernas dan berilmiah untuk dikongsi dgn pembaca bilangan sedikit yang membaca habis tu akan mendapat manfaat bersama. :)

Salam. Minta izin nak link blog En Tawel ye. Tapi saya dah link dulu. Syukran

Ikan emas ye...
Anak buah Tuan Tawel ada jumpa saya ni, saya pakaikan dia baju raya siap-siap. : )

http://3.bp.blogspot.com/_xE_w_Sq00zk/SNPBTIqlzXI/AAAAAAAAAB4/IgWFMLqyL8k/s1600-h/penguin+copy.jpg

Haih betul ke anak buah saya tu? Warna kulit macam buah terung saja! ;)

salam...terima kasih kerana memberi tips yang bagus...ramai kengkawan sy yang membina blog...suka menggunakan back hitam font flourescent green....bagi saya lah,,,,,cool juga membuat camtu tapi.............seperti kata anda....agak lari jugaklah tumpuan tuh..lebih2 lagi sy yg ader myspace nih...frenster da lamer x layan............

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.