Back to home page

7 Font Islamik yang Anda (Mungkin) Tak Tahu

25 Ogos 2008 • 18 Komen Cetak Chenta!
Dalam komputer saya ada beberapa font dari jenis Dingbat yang bercirikan kesenian Islam. Font-font Islamik ini banyak membantu saya dalam beberapa perkara dan projek yang saya siapkan.

Contohnya, tulisan Muhammad Rasulullah pada bahagian akhir video Solla 'Alaikallah sebenarnya adalah karakter "[" dari font AGA Islamic Phrases. Tulisan Alhamdulillah yang ini pula adalah karakter "+" dari font yang sama.

Maka dalam entri ini saya kongsikan 7 font Islamik yang saya ada, tapi anda mungkin tak ada dan tak tahu. Gambar-gambar bagi setiap font yang ada di sini cuma sebahagian kecil daripada koleksi lengkap font tersebut.


1) AGA Islamic Phrases

aga islamic phrase font

2) Mohammad RasoolAllah

mohammad rasool Allah font

3) Besmellah 1

besmellah 1 font

4) Besmellah 2

besmellah 2 font

5) Besmellah 3

besmellah 3 font

6) Besmellah 5

besmellah 5 font

7) SHia

Peringatan: Font SHia adalah font yang ada terselit unsur-unsur Syiah di dalamnya. Namun tidak semua karakternya ada kaitan dengan Syiah; contohnya seperti gambar di bawah ini. Maka pilih dan tapislah dengan berhati-hati.

shia font


Perisian ini pula boleh membantu anda untuk view, install & organize fonts:

18 Komen Tambah Komen↴

salam..,tak sangka ya ada dingbat sebegini. boleh berikan laman web yang menyediakan muat turun font atau dingbat yang berkenaan dengan kesenian islam....

Tak ada laman yang khusus rasanya :)

masyaAllah..hebat seni islam ni :)

Tanpa Nama

hehe ape lagi bro tawel, make one!! .

P/S: thanks for the wonderful font ..

Y0nd13..kalaulah abah ni berkemampuan, sepuluh pun abah nak buat..

Ahha, gambar yang kedua, yang ada font yang membentuk orang bertasyahud tu, aku dengar dari Datuk Syeikh Zakaria Haji Ahmad Wan Besar, dia kata gambar camtu, kalau dibuat frame pastu dilekat ke dinding, haram hukumnya, sebab menyerupai benda hidup, manusia pulak tu. Aku jugak teringat di rumah tok (nenek dalam bahasa Kedah) aku dulu pun pernah ada gambar tu, hoho! Tapi kalau setakat nak buat hiasan secara font kat gambar kat PC, tak tau la pulak apa hukumnya, huhu...

Haaa, yang font Syiah ni, antara yang menarik (yang tak ada di entri ini, tapi boleh diperhatikan dalam entri² mengenai Syiah di Wikipedia) ialah font "Ali" dalam tulisan Arab di mana huruf `Ain itu membentuk misai dan janggut muka lelaki yang kononnya digambarkan sebagai Saidina Ali. Satu lagi, khat unik, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab yang kalau diterbalikkan, dapat dibaca "Ali".

Tak mengapa kot aku cerita secara eksplisit mengenai bentuk tulisan Syiah tu? Sebab aku tak letak pautan ke gambarnya pun, hehe...

Tapi kalau marabahaya, silalah moderasikan komentarku ini... ;)

Terpulanglah Convoy nak ikut pendapat yang mana. Kalau rasa diri warak dan boleh syadid, janganlah letak gambar/lukisan benda hidup dalam rumah. Kalau nak lagi syadid, tak perlu juga letak di PC.

Tapi jangan lupa juga yang kalau kita dah pilih untuk syadid dalam hal ni, maka gambar-gambar kartun Islamik (contoh dari Alwan Comics), janganlah diletakkan di blog juga. Gambar ulama pun (contoh gambar Ustaz Azizan dan Nik Aziz), jangan dibuat frame di dalam rumah. Jadi terpulanglah.

Haha Convoy, pasal font Syiah tu, buat apa nak terbalikkan tulisan "Muhammad"? Hang buat cheq teringat pada konspirasi ni pula!

Haha, baru teringat, itu sebenarnya Fatwa Negeri Kedah mengenai hukum membuat hiasan dinding menggunakan ayat² Al-Quran. Adapun membuat tulisan khat yang membentuk "benda hidup" seperti orang bertasyahud itu adalah dilarang. Kalau buat bentuk masjid ka apa ka, boleh la. Nanti ada kesempatan jumpa dia, aku tanya dia lagi, Insya Allah. ;)

Buat apa terbalikkan tulisan "Muhammad"? Sebab bila diterbalikkan, huruf Mim+Ha(pedas)+Mim+Dal tu akan membentuk `Ain+Lam+Ya. Khat tu diletakkan selari dan bersebelahan, tiada yang di atas dan tiada yang di bawah. Aku tak mahu la nak pautkan entri di Wikipidia pasal Syiah tu di sini, tapi buat pengetahuan sesiapa yang "teringin" nak tengok, gambar tu memang ada di entri utamanya. Cuma kena skrol sikit ke bawah (ada di bahagian USULUDDIN mereka). Skrol sikit lagi ke bawah (bahagian SYIAH ISMAILI), akan jumpa khat yang membentuk harimau pulak (rasanya dilukis oleh orang yang sama yang buat khat bentuk lelaki bertasyahud tu kot)!

Hahah, "konspirasi" berkaitan minuman jenis Cola itu! Apa pendapat hang? Aku dalam banyak² "kisah"/propaganda memperburukkan benda² yang berkaitan dengan Yahudi atau propaganda menghina Islam ni, yang ini (terbalik tulisan boleh baca yang lain) antara yang paling aku percaya. Yang lain tu nampak sangat bohongnya, contohnya LEGO yang menghina Rasulullah SAW, Nike yang menghina Muslimin sedang bersolat, F1 yang menghina Kaabah. Atau apakah ini pun bohong juga?

jazakallah khair..entri ini byk membantu saya :)

Tanpa Nama

Untuk mendownload font ABC yang kelihatan 'ala-ala arab', silalah ke www.dafont.com

Salam...Sedare Tawel boleh tak sent font tu kat emel ni : xvolution@putera.com

Tak dapat nak download la font tu..bila dah sampzi 99% dia fail to download...

Tanpa Nama

Wokeh. Sudah pun dihantar.

saye nk kongsi dlm blog saye, k..

huikkkkkkkkkkkk.....naik poning den baca tulisan2 jawi tu..tp lawa..

sampai ada tulisan yg den tak reti nk baca..

Tanpa Nama

nak juga...blh x emel ke wgoncanglembing@gmail.com

Link downloadnya saudah rusak , bisa dikirim lewat email ::

sisolah@gmail.com

boleh emailkan ke omarzuhdi@yahoo.com
terima kasih

Tanpa Nama

x boleh dload.. boleh emailkan ke vioclaxz_91@yahoo.com

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.