Back to home page

Di Keheningan Malam

06 Ogos 2008 • 27 Komen Cetak Chenta!

Fi lailatin min al Layali - Muhammad al-Husayn


Download lagu ini.



في ليلة من الليال
لست أدري ما اعتراني
ظلمةٌ تغمرني يا رب


Di suatu malam dari sekian malam,
Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku,
Kegelapan menyelubungi diriku, wahai Tuhan.


الأرض ضاقت والسماء
وقلبي ما عرف الضياء
والدمع بات يبكي يا إلهي


Bumi dan langit ku rasakan sempit,
Hatiku tidak menjumpai cahaya,
Dan air mataku sentiasa bercucuran, wahai Tuhanku.


عصيت والذنب كبير
وإني في حزني أسير
مقيد بالذنب يا رب

Aku ingkar dan dosaku bertimbun,
Sesungguhnya aku di dalam penjara kesedihan,
Dirantai oleh dosa-dosaku, wahai Tuhan.


فهل يستحق يا إلهي
العفو مجرماً
مقرٌّ بالذنوب يا إلهي

Akan layakkah, wahai Tuhanku,
kemaafan diberikan kepada si pesalah,
yang sering berbuat dosa, wahai Tuhanku?


أنت الذي خلقتني
رحمتني ورزقتني
دوماً يا رب قد كنت معي

Engkau yang menciptakanku,
Mengasihiku dan memberikanku rezeki,
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa mendampingiku,


لكنني نأيت عنك
نسيت ما قد كان لك
وسرت في طريقي يا إلهي

Namun aku pula menjauhi-Mu,
Aku melupai apa yang ada pada-Mu,
Dan aku mengikuti jalanku sendiri, wahai Tuhanku.


واليوم يا رب أعود
من ظلمة خلف الحدود
فالقلب منكسر وطرفي حائر


Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,
Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan,


وأنا الغريق فلا أرى
إلا سواك لي منقذاً
لا ملجأ ولا منجى إلا أنت
يا إلهي

Aku yang kelemasan tidak melihat sesiapa
melainkan Engkau untuk menyelamatkanku,
Tiada tempat berpaling, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku!



Pada suatu hari, seorang lelaki berjumpa dengan seorang sahabat Rasulullah sallahu alayhi wassalam yang bernama Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anh dan berkata:
Wahai Ibn Mas'ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut-masai, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.

Abdullah bin Mas'ud kemudian menjawab:
Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang yang sedang membaca Al Quran; tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang boleh mengingatkanmu kepada Allah.

Ketiga, kamu cari suatu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

Jika selepas melakukan kesemua ini, jiwamu masih juga tidak tenteram, bermohonlah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan lagi milikmu.

---
Nota Sampingan
1) Perenggan yang ke-7 mungkin tak berapa tepat terjemahannya.

2) Melodi lagu Fi lailatin min al Layali ini adalah adaptasi daripada lagu Hallelujah yang pertama kali dipopularkan oleh Leonard Cohen pada tahun 1984. Generasi hari ini mungkin pertama kali mendengar lagu Hallelujah (versi yang dimodenkan) menerusi filem animasi Shrek.


Hallelujah - Shrek


Ada ke mana-mana penyanyi nasyid yang nak guna melodi Silent Night pula lepas ni?

3) Terima kasih kepada Ustaz Aljoofre atas sedikit pembetulan.

27 Komen Tambah Komen↴

salam.....
Sungguh berkesan di hati saya lagu ini. sungguh sedih dan juga menginsafkan. Saya tidak sangka melodi lagu inggeris boleh diislamikkan. Setiap umat islam mengimpikan sesuatu seperti ini...semoga dapat mengpublishkan nasyid-nasyid seperti ini

sekian, wassalam....:>

Sungguh rugi tidak dapat mendengar dan memuat turun lagu di atas. Laman web tersebut tidak dapat dibuka di tempat kerja saya. :(

Hati sekarang umpama ombak yang menggila di tengah lautan. Harap diri ini tidak menjadi gila.

Terima kasih Tawel untuk pengisian kali ni.

Eh Tawel, baru saya perasan ayat di bawah perkataan HEMBUSAN pada laman kamu ini. Kamu semakin...hm...semakin apa ya..? Sebaiknya kamu jawab sendiri. :)

Assalamualaikum wrt wbt

minta maaf, ana tak dapat cari lagu ni dalam imeem, dah cuba type seperti kat atas tu, tp keluar no results found.
tolong ya

Tanpa Nama

@Sarah Alia Shahrim, sebenarnya bukan lagu Inggeris yang diIslamikkan, tapi 'lagu nasyid' Yahudi/Kristian yang diIslamikkan. Dalam lagu Hallelujah, ada liriknya yang menceritakan kisah King David (Nabi Daud) yang terdapat dalam Bible.

@Noreena, alamak itu macam tu ke? Cuba dapatkan dari Savefile. Kalau tak boleh juga, guna url dari Savefile tu (http://www.savefile.com/files/1714794) di sini.

@Tanpa Nama, lagu ni di imeem ada di sini. Tapi kenapa? Tak muncul ke lagu yang saya embed dalam entri ni?

Alhamdulillah sudah selamat disimpan. Terima kasih Tawel. Dapat mengurangkan sedikit rasa 'gila' dalam hati. :)

jzkk enta atas bantuan, huhu... bukan tak muncul, sebenarnya muncul cuma tak dapat dengar. Lagi satu ana nak masukkan lagu ni dalam playlist kat imeem.
maaflah kalau menyusahkan enta...

Tanpa Nama

Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,
Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan,

Adakah kita telah kembali dari jalan yang mengelirukan.atau kita terus terkeliru.bermohonlah pada Allah kerana yang membolak balikkan hati kita adalah Allah.itu sebabnya kita selalu berdoa supaya Allah menetapkan hati kita dijalan yang benar dan tidak berpaling darinya.Namun apabila jalan kebenaran berada dihadapan kita dan kita menafikan serta meminta petunjuk jalan sedangkan ia memang kebenaran maka sesatlah kita dari jalan tersebut selama - lamanya.lantaran kita memohon petunjuk yang sesat.

Tanpa Nama

oh, ada embed ke? macam takde je? dari haritu lagi takde. tapi download tu takde masalah. best lagu dia ;)

thanks sensei!

dah lama cari lagu ni tapi tak jumpa sebab tak tahu tajuk dia..huhuhu

lagu yang sangat sedap!sama meremangkan bulu roma seperti lagu farshi turab..

Tanpa Nama

"Perenggan yang ke-7 mungkin tak berapa tepat terjemahannya."

Apakah anda yang mentransilasikan lirik kata untuk lagu di atas? Baru tahu eh lagu ni? hehe.

Salam.

'Tiada penyelamat, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku!'

Ramai yang tahu tapi berapa ramaikah yg meminta padaNya?

3 nasihat yg amat berharga...
Saya suka...
"...bermohonlah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan lagi milikmu."

Tanpa Nama

salam,

beautiful. terima kasih.

SH

terima kasih, lirik yang sungguh menginsafkan

Tanpa Nama

salam tawel..selalu baca blog hembusan ni,tapi baru first time komen.teringat zaman dok dkt smath kg jawa.terasa makin jauh pulak.thanks untuk artikel kali ni..mengajak kita sama dan saling berfikir untuk kembali ke jalanNya.mudah-mudahan..saya mintak copy yer..nak bg orang lain baca jugak

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam. Wokeh, silakan :)

Salam sedara Tawel........

Memang saya dah tahu lame tentang Fi Lailatin nih.. Muhammad Al-Husayan... memang layan jugak lagu dier..

Ana waktu dulu bagi lagu nih kt mereka2 yg layan lagu2 rock tetiber buat anjakan paradigma dengan terus 'menggilai' lagu ini. Siap print lirik dier bwk ke mana2. Yang paling best tgk sorg yg dulunya paling layan lagu Linkin Park dpt menghafal lagu arab nih.

Ana juga sudah beberapa kali berhasrat untuk letak lagu ini dalam blog ana..... tetapi masalahnya pasti kemalasan untuk menterjemahkan lagu ini ke dalam bahasa melayu menyebabkan hasrat itu hanya terkubur. Sejujurnya ini kali pertama ana lihat terjemahannya dalam Bahasa Melayu..... Tahniah sedare Tawel..

Ape2pon..... diharapkan dengan muncul lagu2 bermelodikan muzik barat tetapi bertemakan nasyid serta muncul dari penasyid2 muslim sndiri, membuatkan org islam tidak lagi mempedulikan lagu2 barat...seperti ini...http://cetusanmindaseorangpemuda.blogspot.com/2008/07/top-10-nasheed-inggeris.html
(dh baper kali dh promot kt blog nih.. hehehe... takdehal kan sedare Tawel?)

Tak ker itu salah satu tujuan nasyid ini diciptakan pada awal penubuhannya...??

Salam juga NahnuNasrullah. Hehe, tak ada hal punya! Lirik ni bukanlah hasil terjemahan saya 100%. Dah agak lama terjemahannya berlegar-legar di internet. Tapi saya tengok bahasa terjemahannya sedikit kaku dan ada beberapa baris yang tak diterjemahkan.

Jadi versi terjemahan yang ada di sini adalah versi upgrade + lirik asal dalam bahasa Arab.

Salam..

Terima kasih kerana berkongsi.

Sedikit pembetulan. Baris pertama, fi lailatin minallayali, sepatutnya tanpa huruf ya' di belakang, dan tanpa terjemahan malam-malam "ku". Ini kerana huruf alif lam pada kalimah tersebut sudah menjadi makrifah dan tidak dapat dimasukkan pula ya' mutakallim.

Baris terakhir pula, sepatutnya la malja wa la manja, seperti di dalam Alquran dan bukan la manja wa la manja. Terjemahannya pula tiada tempat berpaling tiada tempat penyelamat, melainkan Engkau.

Apapun, terima kasih sekali lagi.

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam. Terima kasih atas pembetulan!

Baris pertama: Patutlah macam pelik sebab dalam lagu tak dinyanyikan sebagai 'layali'.

Baris kedua: Macam mana eja 'la malja' dalam Arab? Macam yang dalam doa nak tidur tu juga ke?

Lirik dalam Arab ni sebenarnya dari laman rasmi penyanyinya sendiri. Oklah apa pun akan dibetulkan :)

Salam Tawel...

Saya teringat satu lagu yg saya suka... Lagu itu saya dgr pd thn 90-an kot. tapi saya tak tahu tajuk dan siapa penyanyinya. Mungkin Zubir Ali, mungkin Kopratasa, tapi mungkin juga bukan keduanya. Lagu ni pernah juga dijadikan lagu latar utk drama, tapi tak ingat drama apa.

Liriknya saya tak tahu sangat. Cuma beberapa baris je yg saya ingat dgn jelas. Itupun bhg chorusnya aje...

Kalau tak menyusahkan, boleh tak tawel tolong carikan... Maaf... saya mmg tak pandai bab-bab lagu, tapi sekali sekala nak jugak dengar lagu ketuhanan yg mampu meramas hati.

Tuhan ku...
CahayaMu...
Panas suci, bagai kerdip lilin....

Chorus:
Oh Tuhanku...
Aku hilang bentuk
kembara di bumi asing

Oh Tuhanku...
pintuMu kuketuk
Aku tak bisa berpaling....

Err... kalau tak siarkan komen ni pun tak pe... :)

Tanpa Nama

Google aje lirik tu kak Suara. InsyaAllah jumpalah. Buktinya, saya dah pun jumpa dalam masa tak sampai 10 saat. Ni dia lagunya. Kualiti audio cukup-cukup makan saja.

Selalu juga dengar lagu ni masa zaman bebudak. Memang sedap!

Lagu atas ini juga best!

Sempena menjelang Ramadhan ni, minta maaf la Tawel kalau selalu komen-entah-apa-apa kat sini. Halalkan segala tulisan ya. Salam Ramadhan semua! :)

Uih... tak sampai 10 saat dah dapat erk. Nampak benar kak su ketinggalan dlm teknologi IT. Tapi mmg itulah kenyataannya. huhu...

Thks ya... atas usaha 'menggooglekan' lagu tu utk kak su. Dapat dgr lagu-lagu puisi yg lain jugak... tu yg best tu. Leka kejap...

Ramadhan... Selamat mengerjakan ibadah puasa ya. Jadikan Ramadhan ini adalah Ramadhan yng terbaik berbanding dgn yang lepas.

assalamualaikum en tawel. boleh saya copy&paste lirik lagu ini?terima kasih, selamat menyambut ramadhan

Tanpa Nama

salam alaik..sy juga mahu men'copy paste' kan lirik lagu ini..sgt2 jatuh hati pd liriknya

Salam..
Lagu nie irama dia lain sikit..cam ada keunikan tersendiri..memang hebat betul 'penangan' dia..menarik minat ramai nak dengar.. :-)

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.