Akak teringin la naik basikal pergi kerja. Tapi macam mana ye? Ada tak basikal yang boleh angkut anak-anak akak ni, beg-beg sekolah, bakul susu, buku-buku, handbag, payung dan kekadang kena bawa bakul yang penuh berisi bekalan makanan. Hmm, banyak benda sampingan yang perlu dibawa ke tempat kerja weh. Basikal boleh bawa ke?
Lagi satu, pelana dia kecik dik. Tak berdaya menampung kaum wanita yang banyak mengalami perubahan fizikal. Mahu lenguh pinggang eden nak sampai kat tempat kerja. Kesian..naik kereta juga best. Walau pun harga minyak buat akak senak perut, akak sabar.
Tawel menjawab:
Secara teknikal, basikal biasa yang sering digunakan di Malaysia memang tak boleh memberikan khidmat sedemikian. Rim dan tayarnya tidak mampu menanggung bebanan sebanyak itu. Tapi kalau motosikal, insyaAllah boleh. Hal ini pernah berlaku di negara China. Tapi pastikan akak Ummuhanah ada skill merempit yang syumul supaya senang meloloskan diri dari kepungan JPJ.
Jika akak Ummuhanah serius untuk berbasikal, maka penyelesaian masalah ini adalah dengan membeli basikal tandem:
Beginilah rupa basikal tandem.
Berapa besar pun keluarga Ummuhanah, jangan risau, basikal tandem ini ada yang datang dengan 10 tempat duduk. Lebih banyak dari tempat duduk kereta weh!
10 Komen • Tambah Komen↴
Laa, siapa kata tiada pilihan? Kadang-kadang, inilah kita. Benda depan mata tak nampak. Yang jauh, nampak.
teka-teki: basikal apa yang orang tak panggil basikal?
jawapan: Beca
Basikal itu ada, tapi orang tak panggil basikal. Kita panggil BECA. Saya cadangkan akak beli beca. Dan pastikan seat yang digunakan tu, modify supaya boleh menanggung perubahan fisiologi wanita.
sangat tak tahan..lawak sungguh lah entri ni la weh!huhu~
hu, sgt2 perlu public transport yg best!!
smentare uh..pekate sme gune skuter c0mey yg tolak2 dgn kaki uh...xpn r0llerblade,huahua
Salam.
Rasanya pernah nampak pemandangan menaiki motosikal begitu di kampung saya. Tapi tak delah sampai 5 orang. 4 orang tu biasalah... Rasanya sekarang pun masih ada, cuma jarang sangat. Tak pasti pulak samada mereka itu punyai skil merempit yang syumul atau sebaliknya...
assalamualaikum..baru 'terserempak' dengan blog ni dalam google reader punya recommendation section. memang lawak dan berisi. subscribe.
Hakakakaka! Kalau macam ini punya gaya, memang mati kutu la nak berhujah.
Err... tapi sebetulnya kita memang suka cari dan memberi alasan untuk "memenangkan" diri kita yang adakalanya ternyata salah. Tak caya kalu, tanyalah pak² menteri kita! :P
...
Haha, basikal tandem ni (baru pertama kali tahu nama dia, hahah!), pertama kali aku nampak, di Malaysia ni, secara langsung la, ialah di Kolej Matrikulasi Kedah, sebab aku dok ulang-alik ke sana hantar-jumpa-jemput adik aku di situ. Waktu petang² tu, berkayuhlah pelajar di situ mengelilingi kolej.
...
P/S: Tertarik dengan idea Encik Zacharias tu supaya menggunakan sejenis BESKAL yang digelar sebagai BECA tu. Membuatku terkenang zaman aku kecil² dulu, keluar pekan dengan arwah nenek aku dengan menaiki beca. Sekarang ni rupa beca tu sendiri aku dah tak nampak dah di jalanraya tempat aku ni, huhuhu...
wwwaaahh !!
ada entri khas untuk akak kat sini rupanya yer...terima kasih la weh..
fuyyoo..menarik benor basikal ni wehh...teruja akak dibuatnya...naik ramai-ramai, kayuh pun ramai-ramai.
kalau naik beca tak best..naik ramai-ramai, tapi kayuh sorang-sorang.
Basikal yang tawel tunjuk ni rasanya 'padan' dgn famili akak ni. Tak der lah ramai sesangat anak akak...akak muda lagiii...tua sikiiiit je dari ekau dik..ehem
mmm..sapa tahu mana akak boleh dapatkan basikal ni kat sini ?? (sila angkat tangan bila nak jawab soalan cikgu )
antara kelemahan basikal tandem (bagi yang belum pernah naik)
1) Ketidakstabilan: Jika anda biasa berbasikal, anda akan dapat rasakan yang kestabilan basikal anda dikawal oleh anda. Bila berbasikal tandem, kestabilan anda ditentukan oleh rakan anda, begitu sebaliknya. Jatuh satu, jatuh semua.
2) Maintenance: Jika salah satu bahagian rosak, maka dua2 penunggang tidak dapat bergerak, atau terlalu membebankan untuk kedua-dua bergerak. Begitu juga, jika anda berbasikal seorang diri, anda mungkin memerlukan tenaga lebih (jangan pandang belakang kalau tiba-tiba terasa berat).
3) Panjang: kepanjangan basikal tandem membuatkan 'turning radius' nya agak besar, dan di situ, anda akan menjadi kurang agile.
Cadangan: gunakan sambungan khas seperti di UK. Anak2 ada sambungan khas, seperti basikal satu tayar, yang digunakan untuk sambungan ke belakang basikal dewasa.
salam...
hemm penggunaan basikal ya...
saya bukan malas menggunakan basikal tetapi sekolah saya melarang pelajar asrama bermain basikal petang-petang menyebabkan saya semakin menyebabkan rantai basikal di rumah saya berkarat dan tayarnya pancit tidak berganti. Adik saya pula, hadiah basikal sempena UPSRnya pula dicuri pada suatu malam hanya selepas 2 hari menggunakannya. Basikal berharga 300^ itu tidak dapat dikesan kerana pencuri s*** itu telah menjadikannya hak haram beliau. Kasihan adik saya...tentang penggunaan motor.. ayah tak kasi guna kerana tiada lesen dan takut digunakan untuk menjadi medium lumba haram...kesimpulannya, saya tidak dapat menggunakan basikal mahu pun motor...:<<:
zacharias,
Saya setuju dgn saudara.
Sebaliknya kalau dah determine, segalanya mungkin...
Pernah melihat basikal tandem MTB? Dihadapan sepasang mata saya sendiri menyaksikan sepasang suami isteri telah menghabiskan PCC Presidential 2007 sepanjang 60km di "offroad" trail.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.