Back to home page

Poster Motivasi: Edisi Minyak

05 Jun 2008 • 9 Komen Cetak Chenta!
Bila harga minyak naik, jiwa jadi sedih dan kacau. Mudah-mudahan 3 poster motivasi yang saya siapkan di bawah ini boleh membantu. Klik setiap gambar untuk membesarkan saiznya.


Gambar poster Peluang diambil oleh Drs Khalil Idham Lim. Kelihatan kereta berbaris panjang bagi mengambil peluang untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas kawasan Parit Buntar sebelum kenaikan harga petrol yang mendadak.


Gambar poster Kejayaan diambil oleh Dil. Selamat tinggal RM 1.92 seliter. Sabarlah.. Barang yang lepas jangan dikenang kerana kalau dikenang meracunlah diri.


Gambar poster Nikmat adalah ihsan mSTAR Online. Azhan Sharom menunjukkan botol berisi minyak bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kuantiti botol kiri berdasarkan harga lama manakala yang kanan pula jika mengikut harga baru.

9 Komen Tambah Komen↴

teringin nak tengok orang ramai kayuh basikal je kat bandar2 malaysia. macam kat sini :)

takpun jalan kaki. kat sini nenek2 ngan atuk2 pun semangat jalan kaki nak pergi mana2. kat malaysia harapan je la..

haih..minyak..minyak.. sekarang tengah berkira2 nak teruskan atau tak rancangan nak ambil lesen kereta nanti balik. bawak kereta=pakai minyak=pakai duit=membazir. belajar kayuh basikal je laa =p

Assalamu'alaikum..

Harga minyak naik. Memang dah dijangkakan pun. Tapi saya sedih sebab pemimpim Melayu kita lebih selesa berbohong dari berkias.

Pengusaha stesyen petrol pun satu, tak sampai setengah jam umum harga nak dinaikkan, "dan-dan" minyak petrol kat stesyen dia habis. Siap sorang kata komputer rosak, sorang kata pump rosak, sorang kata minyak habis. Nampak sangat pembohongannya.

Semoga cepat-cepatlah pihak yang bertanggungjawab membuat R&D untuk menggantikan petrol sebagai sumber tenaga.

p/s: ada yang cadangkan buat ladang kincir (bukan ladang kinzhir) kat Malaysia. Setahu saya, kat Malaysia tak layak buat ladang kincir sebab kelajuan angin tidak cukup. Jangan la jadi macam ahli politik yang suka bandingkan dengan negara lain tanpa mengambil kira situasi di negara kita.

salam tawel...
pada hari tersebut akak menghadapi kesukaran menghantar anak ke tempat tuisyen kerana kesesakan jalanraya dek berbarisnya kenderaan untuk mengisi minyak di stesen minyak berdekatan....apa nak jadi malaya ! Pihak kerajaan tak habis-habis menyebut supaya rakyat ubah gaya hidup...naik kenderaan awam !! bayar jugak tu bukannya free...cakap senang ler...ingat pejabat atau tempat kerja kita tepi stesen bas ke??.... kalau pakai minyak gamat camno??...

Tanpa Nama

Salam.

Hehe... 'Barang yang lepas jangan dikenang. Kalau dikenang meracun diri...' Aduhai...

Saya memang tak pandai nak mengomen ttg bab-bab ekonomi cuma sekadar ingin berkongsi sesuatu yang rasanya ramai dah tahu. Erm... lebih tepat lagi, saya sekadar mahu mengingatkan.

Rasanya susah dan boleh juga dikatakan mustahil untuk menurunkan kembali harga minyak.Ye lah... minyak pun dah nak habis, kan. Rasanya itu salah satu tanda dunia dah tua... Kiamat dah dekat...

Setiap kali timbul isu ttg kenaikan harga, pasti ramai yang akan bersungut, marah dan kecewa. Itu memang tak boleh nak dielakkan sebab yang terpaksa menanggung bebannya ialah kita sebagai pengguna. Dan bila ada kempen untuk mengubah cara hidup, lagilah marah. Kenapa ya? Kerana rasa pemimpin hanya tahu suruh rakyat berubah tapi mrk sendiri tak berubah?

Saya tak mahu mengutuk sesiapa. Samada pemimpin atau rakyat, samada mrk mahu berubah atau tidak, itu adalah pilihan sendiri. Allah saja yang mampu menggerakkan hati seseorang untuk berubah atau sebaliknya.

Tapi bukankah lebih baik jika kita berfikir sejenak, apa yang sebenarnya harus dilakukan. Alangkah baiknya jika kita berhenti bersungut atau paling tidak kurangkan kata-kata negatif yang keluar dari mulut kita sebab itu tandanya kita tak bersyukur.

Sebaliknya gantikan dengan berdoa dan meminta kepada Allah supaya melapangkan rezeki dan melancarkan urusan kita. Memberikan rasa kecukupan terhadap apa yang telah Allah kurniakan. Lalu dengan itu kita tak akan rasa sakit hati, marah dan kecewa yang keterlaluan.

Banyak sekali amalan murah rezeki yang boleh diamalkan seperti sembahyang sunat, zikir dan doa tertentu. Cubalah amalkan sembahyang sunat dhuha dan membaca nama Allah 'Ya Wahhab, Ya Wahhab, Ya Wahhab...' (Allah Yang Maha Pengurnia) sebanyak 40 kali semasa sujud terakhir, atau amalkan wirid 'Ya Allah Ya Razzaq' (Allah Yang Maha Pemberi Rezeki) sebanyak 300 kali selepas setiap solat fardhu. Atau baca surah Al-Waqiah selalu. Ayat seribu dinar pulak seharusnya dijadikan amalan dan bukannya digantung untuk hiasan.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh diamalkan untuk memohon kemurahan rezeki tapi yang saya berikan tadi hanyalah sebahagian kecil saja.

Semoga Allah melapangkan hati kita semua dan memberkati rezeki yang telah diberikan.

P/S : Maaf ya, sebab rasanya komen saya tak fokus pada kenaikan harga minyak tapi rasanya tak de lah lari dari tajuk, kan? Motivasi adalah fokus sebenar saya. Sbb tujuan saya hanya menulis adalah untuk mengingatkan diri sendiri dan jugak teman pembaca blog.

Tanpa Nama

cuaca kat sini tak same ngan yg disana...klu bwk basikal kat mesia ni tah smpai ke tak..klu smpai pon tmpt yg dituju, bermandi peluh lah jwbnye..

Tanpa Nama

kepada nickname suara yg komen...

kalo mcmtu nk tawakal aje maka xde gunanya amalan kita tu. bila org pijak kepala kita jgn biarkan. sedangkan nabi sndiri menengahnya. selagi boleh lawan kita lawan..

Tanpa Nama

Salam...
@Coklat, saya tak pernah tulis yang kita hanya perlu bertawakkal saja. Komen saya lebih kepada perkongsian tentang amalan yang merupakan sebahagian dari 'usaha' yang boleh dilakukan untuk menghadapi krisis ekonomi yg sedang menimpa kita semua. Hidup kita harus bergantung pada Allah, bukan pada kerajaan, bukan pada pekerjaan, bukan pada minyak.... Kerajaan, pekerjaan, minyak dan sebagainya yg ada didunia ini hanyalah alat untuk meneruskan kesinambungan hidup kita yang memang diketahui hanyalah sementara.

Dan saya juga tak kata biarkan saja orang pijak kepala kita. Saya cuma tulis berhenti bersungut. Bersungut yang mana selalunya kita akan keluarkan kata-kata negatif yang bukan hanya menyakitkan hati kita sendiri tapi juga mempengaruhi dan menambahkan panas hati orang lain yang mendengarnya.

Ketidakpuasan hati boleh dinyatakan tanpa mengeluarkan kata-kata kesat seperti 'gila', 'celaka', 'mampus' dan sebagainya. Mungkin anda dan teman-teman blogger yang lain tak menyebutnya, tapi saya tahu ada yang ringan mulut melepaskan rasa kecewa, sedih dan marah dengan cara mengucapkannya kata-kata negatif begitu...

Saya menyokong mana-mana individu yang penuh dengan idea dan lantang bersuara seperti tuan rumah kita ni, sebol, faisal, alqasam, nizam, mfrstudio dan ramai lagi teman blogger yang lain yang kalau saya nak senaraikan memang panjang. Dan saya mendoakan agar Allah memudahkan jalan kejayaan dalam setiap perjuangan kita selagi ia membawa kebaikan pada semua.

Dan bila sebut tentang cara nabi kita, saya amat pasti, Rasulullah tak pernah membalas penganiayaan mahupun penghinaan orang terhadapnya dengan kata-kata kesat sekalipun baginda dikasari dan disakiti. Setiap kata-kata Baginda tetap terpelihara.

Apapun, maafkan saya kerana kelemahan diri dalam menyampaikan apa yang saya maksudkan....

Tanpa Nama

Salaam...

Poster motivasi? Tajuk memang bagus... tetapi gambar yang disiarkan rasanya tidak menggambarkan "motivasi" yang dikehendaki, walaupun dilihat pada sudut yang "lebih positif". Mungkin akibat pandangan yang menjadi kabur dan keruh, sekeruh suasana akibat letusan berita yang menyayat hati itu beserta adukan kesan dan akibatnya kelak yang pasti akan hadir... sepastinya terjahan guruh setelah silau kilatan petir!

@suara, saranan anda itu memang tepat... malahan kita sepatutnya tidak pernah lupa bahawa segala yang terjadi adalah dengan kehendakNya jua... walau apa sekalipun yang kita usahakan atau lakukan. Konsep tawakkal itu terlalu terpesong pada pandangan orang kita. Ingatlah... doa itu adalah senjata orang mukmin.

Dengan memaki hamun tidak akan mengubah keadaan, malah kerugian yang diperolehi... baik akibat di dunia atau akhirat kelak. Sepertinya kita tidak redha akan ketentuan yang terjadi, lalu mengeluarkan kata maki, yang secara lebih halusnya tertuju kepada Khaliq yang membenarkan ia terjadi. Nah, di mana kedudukan kita sebagai makhluk?

Terkadang kita lupa, bahawa apa yang terjadi kini secara langsung atau tidak adalah akibat dari perbuatan atau pilihan kita dahulu samada secara aktif mengambil bahagian, atau secara pasif membiarkannya terjadi...

Tanpa Nama

@Inasni, tajuk entri ni dilabelkan sebagai hahaha ada sebab-musababnya. Poster-poster di sini, seperti mana juga banyak poster-poster yang lain di internet, adalah bersifat parodi terhadap poster-poster motivasi yang popular tu. Poster parodi ni adalah antara internet phenomena.

Pemula parodi ni adalah Despair Inc, yang mana poster-poster parodi mereka ini bertujuan untuk Increasing Success by Lowering Expectations. Jangan serius sangat naaa..

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.