Back to home page

cos ♥ ≟ ∞

02 Mei 2008 • 14 Komen Cetak Chenta!
Dalam bahasa bukan Trigonometri: "Adakah semua cinta itu bersifat infiniti?"

Gambar burung yang kematian kekasih.
UPDATE: Untuk mengelakkan orang tersalah tafsir gambar di atas, seperti mana yang berlaku pada Cikgu Ummuhanah, maka saya letakkan juga dialog yang mungkin dicakap oleh burung di atas. Terjemahan dialog dalam bahasa burung kepada bahasa manusia telah direka dan dilakukan oleh Aiyrie:
Pic 1: "Ooii!! buat apa tu.. Tido ke?"

Pic 2: "Oooiii!!! Bangun... Takde keje ke tido tengah jalan ni??"

Pic 3: "Eh! Budak ni, taknak bangun pulak. Aku sekeh karang."

Pic 4: "Aik!! Tak bangun jugak, ni yang aku geram ni."

Pic 5: " Nah! Amik kau."

Pic 6: "Ya Allah, ni bukan tido ni. Dah arwah dah. Somebody, help me. Kawan aku meninggal tepi jalan."
---
Pada satu hari, Syaqiq bertanya kepada Hatim, "Kamu telah bersahabat denganku selama 30 tahun. Apakah yang telah kamu perolehi dari persahabatan kita ini?"

Jawab Hatim, "Aku telah memperolehi lapan perkara, cukup sebagai bekalan bagi keselamatan aku di Akhirat nanti."

Dan ini salah satu dari 8 perkara tersebut:
Aku melihat semua manusia mempunyai kekasih. Sebahagian mereka sanggup menemani kekasihnya sehingga waktu ajal mendatang. Ada pula yang akan terus menemaninya hingga ke liang lahad. Selepas itu mereka akan pulang. Tinggallah manusia ini keseorangan di dalam kuburnya.

Lalu aku berfikir, "Sebaik-baik sahabat adalah mereka yang sanggup menemani aku sehingga ke dalam lubang kubur. Aku tidak menemui sahabat sebegini melainkan amal solehku."

Lalu aku pun menjadikan amal soleh sebagai kekasih aku. Agar amalan aku itu boleh menjadi pelita menerangi kegelapan di dalam kubur aku kelak, boleh menghiburkan aku dan tidak meninggalkan aku keseorangan di dalamnya.

(Pertanyaan Syaqiq al-Balkhiy kepada kawan baiknya, Hatim al-'Assam. Dari kitab Ya Ayyuhal Walad al-Muahib tulisan Imam al-Ghazali)


14 Komen Tambah Komen↴

hati saya terusik melihat gambar burung diatas.

maaflah. komen gambar, bukan artikel. hehehehe..

Tanpa Nama

Paracletos: Gambar itu pun adalah sebahagian dari artikel. So, komen anda tak keluar tajuk. Heheh.. memandai je saya ni. Maaf, En. Tawel kalo "assumption" saya salah.

Aiyrie, ya sesungguhnya kau memang pandai. Tapi ni bukanlah artikel sangat. Cuma gambar + kata-kata hikmah + tajuk. Tajuk saya yang fikir, kata-kata hikmah dari kitab Imam al-Ghazali, dan gambar saya tak dapat pastikan sumber asalnya.

alahai tawel..slow sungguh lah akak..burung dua ekoq tu buat apa haa...persepsi manusia memang tak sama walaupun melihat gambar yang sama......sekor burung mengamuk sakan bila kawan yang dikejutnya itu tidoq tak bangun-bangun...tengok je mulut siburung tu kemain besor lagi tempik kat kawan dia...tapi yang sekoq lagi tu...buat tak peduli je...ngantukk beb....jadi macam tak de kaitan ngan artikel awak tu...apa-apa pun akak ada kitab ni yang cukup akak sayang,istimewa dihadiahkan oleh anak mak mertua dalam sessi nak ngorat akak dulu.
ada something yg. tak kena dalam fikiran tawel ni bila tunjuk gambor burung sepasang tu....musykil le..

Tanpa Nama

Burung tu kematian kawan (atau mungkin juga makwe dia). Ish..ish..bukan tidur. Mana ada burung tidur macam tu, kat atas jalan pula tu. Burung pun macam ayam juga, tidur menenggek.

Cuma yang syahdunya gambar ni, burung tu tak tahu pun kawan dia dah mati. Itu yang dia cuba kejutkan juga.

Seekor burung kelicap melihat kawannya tidur di atas jalan. Dia pun "mendarat" dan mendekati kawannya itu.

Pic 1: "Ooii!! buat apa tu.. Tido ke?"

Pic 2: "Oooiii!!! Bangun...
takde keje ke tido tengah jalan ni??"

Pic 3: "Eh! Budak ni, taknak bangun pulak. Aku sekeh karang"

Pic 4: "Aik!! Tak bangun jugak, ni yang aku geram ni"

Pic 5: " Nah! Amik kau"

Pic 6: "Ya Allah, ni bukan tido ni. Dah arwah dah. Somebody, help me. kawan aku meninggal tepi jalan"

Si burung kelicap itu merataplah atas kematian kawannya.

Itulah kisah yang saya nampak.

Hubungan gambar dengan kata-kata hikmah tersebut, "yang hidup itu tidak mampu terus bersahabat dengan kawannya yang telah mati, dan burung yang telah mati tu juga tidak mampu membawa kawannya yang masih hidup itu mati bersama-sama (walaupun dia jerat kawan dia dengan bangkai dia sendiri kat tengah jalan dengan harapan ada lori yang akan melanggar kawan dia tu).

Hubungan dengan tajuk pulak, "adakah semua cinta itu bersifat infiniti?", Dah dibuat dalam bentuk soalan, maka En. Tawel menyuruh kita berfikir. Antara persoalan yang kita perlu fikir.

1)Adakah cinta itu kekal?
Kalau kekal, cinta yang macam mana yang kekal. Kalau tak kekal, yang macam mana pula?
2)Adakah persahabatan itu satu bentuk cinta? Jika ya, ia tergolong dalam kategori mana?
3)Cinta kepada Siapa yang patut kita berikan pada tahap infiniti (kekal dan terbesar)?

dan lain-lain...


Maaf sekali lagi En. Tawel, saya memandai sekali lagi. Tapi, saya bukanlah pandai sangatpun. Sekadar berkongsi idea. Yang baik kita ambil, yang buruk kita saling ingat-mengingatkan.

p/s: Saya musykil, setiap kali saya klik pada "publish your comment" buat kali pertama, kotak komen ni hanya sekadar refresh.
Oleh itu, saya klik sekali lagi. Baru dia refresh dan keluar "Comment moderation has been enabled. All comments must be approved by the blog author."

kalau komen saya keluar 2 kali, maafkan saya. Komen ni tak perlu dipublishkan. tapi harap dapat dijawab. Adakah komen saya keluar dua kali?

@Aiyrie, tak ada pula dobule posting. Okeh saja. Dan TQ untuk dialog dan saya pinjam masuk dalam entri naa..

assalamualaikum,
sedikir perkongsian...Sidi Afifi suggest utk beli kitab Ayyuhal Walad [Dear Disciple] versi ini: http://www.amazon.co.uk/Al-Ghazali-Letter-Disciple-Ayyuhal-Walad/dp/0946621632...
translator tersebut bernama Tobias Mayer, was a jew, dan alhamdulillah sudahpun memeluk Islam :)...
apapun, ini juga video menarik utk dikongsi bersama tentang Imam al-Ghazali http://www.youtube.com/watch?v=_RCI7zVwJlg
sekian adanya,
wassalam wbt

salam`alayk~

Alhamdulillah tidak agak terlewat membaca artikel ini sebab ketiadaan kemudahan internet di rumah (tapi menggunakan perkhidmatan internet secara 'haram' di padang sekolah lama!) :D

Melihat pada diri sendiri dan alam sekeliling benar-benar mengingatkan diri ini pada Pencipta. Sesuatu yang tak bisa diinterpretasikan dalam bentuk perkataan. Terima kasih atas perkongsian. :)

p/s: Ada pameran Senibina Haiwan di Muzium Selangor sampai Julai ini. Kehadiran semua amat dialu-alukan. Semoga beroleh manfaat. ;)

Salam tawel, saya suka baca. Terima kasih! =D

Tanpa Nama

Salam Sensei,
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun.. Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan menemui Tuhannya.. tidak dikira masa, semua akan hilang dan amal soleh adalah salah satu perkara yang akan menemani kita di kubur nanti. Cinta=Infiniti adalah cinta seorang hamba kepada Tuannya yang Maha Agung. Cintailah Allah dan RasulNya, seluruh makhluk di dunia akan mencintaimu dan langit akan menjunjungmu.Itulah cinta sejati.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui isi hati setiap hambaNya.

Tanpa Nama

Assalamu'alaikum.

Eheh! Tak sangka pula cerita ngarut saya menjadi sebahagian dari artikel En. Tawel. Kalau sahabat kita, En. Saladin yang berhikayat, tentu lebih menarik lagi ceritanya.

Salam.

"Adakah semua cinta bersifat infiniti?"
Cinta bagi saya tak boleh diukur, jadi mungkin itu yang menyebabkan ianya bersifat infiniti.

Cinta.... satu topik yg terlalu besar untuk diperkatakan. Rasanya dalam semua kisah yg wujud didunia ini, kisah cinta ialah kisah yg paling mengambil tempat disetiap sudut dan penjuru masa. Cinta terlalu banyak cabang sebenarnya. Terlalu bersimpang siur laluannya.

Cinta pada ibuayah, pada keluarga, pada diri sendiri, pada sahabat, pada pemimpin, pada ilmu, pada nafsu, pada kebendaan, pada alam, cinta pada keamanan, cinta pada perjuangan... cinta... cinta.. cinta... Hidup ini mmg penuh dgn kisah cinta, bukan? Setiap langkah yg diatur, setiap saat yg terdetik, semuanya penuh dgn laluan cinta.

Cinta yg paling agung.... cinta pada Allah. Dan kerana cinta Allah pada makhluk ciptaanNya, maka kita wujud hari ini. Dan kerana sayangnya Dia pada kita, Dia telah memenuhi hidup kita dgn cinta... dikelilingi oleh cinta. Jadi, sudahkan kita membalas cinta Allah dengan menyebut namaNya selalu? Bukannya begitu cara orang bercinta, merindu dan menyebut namaNya selalu?

Yang pasti cinta banyak mencorakkan peristiwa. Suka, duka, sedih gembira, dosa, pahala, semuanya ada dlm cinta, semuanya berlaku kerana cinta.

Cinta Allah mampu menyucikan hati dan cinta selain Allah iaitu cinta dunia banyak yang mencemarkan. Kerana itulah Rasulullah bersabda, "Cinta dunia sumber segala kesalahan." Dan entry En. Tawel ini menekankan ttg amal soleh yang mana ianya juga persoalan cinta, tapi cinta pada Allah...

Pernah baca entry saya pasal cinta tanpa syarat?

Adui... tiba-tiba saya rasa nak termuntah cakap pasal cinta ni. Sebab banyak sangat. Haha... Selamat bercinta En.Tawel...

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.