Back to home page

Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang Terlampau

09 Mac 2008 • 38 Komen Cetak Chenta!
gambar pilihan raya umum malaysia 2008Wah, terkejut sungguh hamba apabila mengetahui keputusan Pilihan Raya Umum kali ke-12 menyaksikan pihak pembangkang berjaya membentuk kerajaan di 5 buah negeri, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Selangor. Tidak ketinggalan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang majoritinya kini sudah berada di tangan pembangkang.

Tapi yang paling hamba terkejut adalah apabila Parlimen Shah Alam, yang di situ terletaknya rumah hamba, kini sudah jatuh ke tangan PAS. Tidak pernah-pernah berlaku sepanjang hamba hidup.

Hamba tidak tahu politik, apatah lagi mahir tentangnya. Cuma semenjak awal tahun 2008 sahaja baru hamba mula aktif mengambil tahu dengan mendalam tentang sepak terajang politik tanah air. Apa yang hamba boleh kata, janganlah risau dan bimbang. Negeri-negeri itu masih lagi milik kerajaan. Cuma ia dikuasai oleh pembangkang yang tugasnya adalah untuk melakukan check-and-balance dalam setiap urusan dan projek kerajaan.

Jangan khuatir, pembangkang bukanlah musuh negara dan mereka tidak bertujuan untuk mengucar-kacirkan Malaysia. Kalau begitulah objektif mereka, maka sudah lama mereka kena tendang keluar dengan Yang di-Pertuan Agong kita. Di samping itu, sebenarnya tiada istilah Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan Barisan Alternatif. Kita cuma ada satu kerajaan sahaja, iaitu kerajaan Malaysia yang diwakili oleh mereka yang duduk bersidang dan berdebat di dewan Parlimen.

Oleh itu kalau tuan hamba orang Kelantan, maka bukan duit PAS yang membawa pembangunan di sana. Kalau tuan hamba orang Johor pula, bukan duit UMNO yang membawa kemajuan di situ. Kita hanya ada duit kerajaan Malaysia. Sumber duit kerajaan Malaysia pula diperolehi melalui pelbagai jenis cukai yang dikutip daripada rakyat Malaysia yang menyokong pencadang atau pembangkang.

Sama ada tuan hamba sokong pencadang atau pembangkang, maka tuan hamba masih lagi seorang rakyat yang setia kepada kerajaan Malaysia. Satu-satunya cara untuk tuan hamba menentang kerajaan adalah apabila tuan hamba mengambil dasar pengganas seperti dalam filem V for Vendetta.

Tuan hamba kena faham ini betul-betul apabila mahu bersembang tentang isu demokrasi kerana istilah "kerajaan", "pembangkang" dan "duit kerajaan" adalah antara istilah yang paling disalahtafsirkan oleh ramai rakyat Malaysia, termasuklah mak hamba juga. Tapi kini mak hamba pun dah mula faham sikit-sikit apa ertinya sistem Raja Berperlembagaan yang bertunjangkan demokrasi walaupun umur dia sudah lebih 60 tahun.

Hamba rasa hembusan angin perubahan sedang melanda politik negara kita. Hamba juga melihat keajaiban berlaku apabila populariti pembangkang semakin meningkat naik walaupun suara rintihan mereka dibisukan di televisyen dan akhbar nasional negara, bahkan pada hakikatnya mereka punya hak untuk muncul sama berkempen melalui media tersebut.

Apapun, hamba harap pihak pembangkang tidak menjadi seperti kera mendapat bunga apabila mereka bersidang nanti, hanya semata-mata mereka telah berjaya mendapat pencapaian yang boleh dibanggakan. Jadi bukankah ini masanya untuk Sidang Parlimen kita disiarkan secara langsung di kaca televisyen, atau paling cikai pun melakukan live streaming video di internet? Barulah kita boleh lihat dan nilai bagaimana perilaku calon yang kita pilih itu beraksi di Parlimen!

Tuan hamba tidak percaya kata-kata hamba pun tidaklah mengapa kerana menurut satu mitos, semua blogger adalah pembohong[Citation needed]. Hamba tidak akan kecil hati kerana kalau hamba begitu, maka hamba sudah paradoks kepada idea demokrasi yang hamba cuba terangkan kepada tuan hamba tadi.

Sebagai penamat cerita, hamba harap siasatan ke atas ketelusan SPR mesti terus dijalankan. Hamba sendiri secara peribadi mengetahui dua orang kawan hamba, yang TIDAK PERNAH mendaftar, tetapi tiba-tiba namanya ada tersenarai dalam daftar pemilih. "Aiyo yo yo, apa ini SPR...", kata hamba kepada tuan hamba, sambil hamba menggeleng-gelengkan kepala.

---
- Kredit gambar Pilihan Raya Umum 2008 oleh PenyeriBintang.

38 Komen Tambah Komen↴

Ya Sensei, hamba juga masih terkejut. Tak sangka (tapi memang sudah menjangka akan berlaku jua suatu hari nanti) bahawasanya negeri kelahiran hamba kini sudah bertukar tangan.

Makin tak sangka rupanya lagi tiga negeri lain pun turut bertukar tangan!

Memang PRU yang paling "brutal" dalam sejarah Malaysia!

Tapi rakyat sudah bersuara. Faktor orang muda (pengundi baru) dan media baru ni tak boleh dipandang remeh, haha!

Hamba rasa antara faktor negeri hamba bertukar tangan, antara lainnya, ialah kerana kelayakkan calon itu sendiri. Orang dah muak dengan muka² tu kot, hahah!

Tapi ada suara² "sumbang" mengatakan "Ah, habis la negeri kita. Pembangunan terbantut, Kerajaan Pusat akan sekat duit, bla bla bla...". Owh, mentaliti sebegini masih menebal, hah!

Begitu juga, macam yang anda kata tu, mentaliti rakyat kita (ini mesti sebab sudah bagus punya kena brainwash) yang tak faham konsep KERAJAAN, sebaliknya lebih memilih konsep kepuakkan dan melabel dan menyalahgunakan istilah PEMBANGKANG. Aiyoh!

Bilalah semua rakyat kita akan faham bahawasanya "kerajaan" itu ialah suatu entiti yang mentadbir, mengurus dan memberi kemudahan pada rakyat, tidak kira dari parti manapun dia?

Tapi tak dinafikan, sentimen itu ada benarnya sebab memang amalan "memilih bulu" ni diamalkan pun, hahah!

Semoga kita semua berjaya keluar dari mentaliti karut itu, dan menjadi lebih matang.

Yang SPR pulak tu, hmm... kalau benar ada pengundi hantu, nampaknya mereka itu tidak banyak membantu, heh! Mungkin mereka tersalah kawasan tumpuan kot?!

Ah, maaf kalau apa yang hamba tulis kali ni tak tersusun, hamba masih pening dan mamai dengan kejutan yang berlaku ni, ohoho!

P/S: Tukang kempen yang berkempen hebat menerusi media rasminya, tapi tak mampu kawal emosinya bila ditemubual media asing, akhirnya tersungkur jua. Hehehe... ;)

Moga-moga gelombang kecil ini membawa kepada arus yang lebih besar menuju perubahan yang lebih baik.

Hamba pun tertunggu-tunggu bilakan akan tiba masa perdebatan di Parlimen itu disiarkan kepada khalayak ramai. Alasan rakyat Msia belum bersedia pasti tidak boleh diguna pakai lagi untuk menutup helah sesetengah pihak yang hanya tahu melayan kantuk pabila bersidang!

Apapun.. sudah lama hamba tidak meninggalkan sebarang komen walau tidak putus bertandang. Apakah dua orang kawan tuan hamba itu juga hamba kenal? Jadikan kiraan itu 'tiga', tuan hamba.. kerana hamba yang jauh di bumi kanggaru ini juga telah 'didaftarkan' untuk membuang undi waima tidak pernah mengisi sebarang borang.. hehe..

Tuan Sensei,

pertama-tamanya,
tajuk artikel yg memikat~

"Jangan khuatir, pembangkang bukanlah musuh negara dan mereka tidak bertujuan untuk mengucar-kacirkan Malaysia. Kalau begitulah objektif mereka, maka sudah lama mereka kena tendang keluar dengan Yang di-Pertuan Agong kita."

hamba gemari ayat tuan hamba yang ini.. dan hamba mohon untuk berkongsi entri ini dengan yang lainnya ;)


Tuan Saladin,

"Tukang kempen yang berkempen hebat menerusi media rasminya, tapi tak mampu kawal emosinya bila ditemubual media asing, akhirnya tersungkur jua. Hehehe... ;)"

Dia tersungkur di kawasan Parlimen hamba, parah, terluka. Pengajaran yang turun dari langit, diturutkan oleh yang di bumi.. kali ini, bukan dia seorang sahaja yang akan jadi "budak yang baru belajar".


Tuan Sensei & Tuan Saladin,
sedar mahupun tidak, pandangan-pandangan yang tuan hamba utarakan sebegini banyak mendewasakan hamba..
terima kasih!

Hamba seakan bermimpi di siang hari.. semalaman tidur tak lena =)

@Intan Saleh, sebenarnya tuan hambalah salah seorangnya. Hamba sekadar menjadi pembaca senyap blog tuan hamba sahaja kerana payah sungguh nak buat komen. Ehem, tahniah di atas pertunangan!

Kira-kira 3 tahun dahulu sewaktu kursus BTN, hamba bertanya kepada seorang pegawai BTN tentang mengapa tiada sebarang inisiatif untuk membuat siaran langsung Sidang Parlimen di TV. Katanya, kos tinggi. Kalaulah hamba jumpa lagi pegawai BTN tu, mahu sahaja hamba bertanya mengapa tidak diusahakan untuk menyiarkan secara langsung di internet, yang mana kosnya adalah seketul komputer, 2-3 buah perakam video, dan talian jalur lebar yang tidak dijangkiti oleh siput?

@Ibnu Abas, moga tuan hamba semakin dewasa dalam iman. Tapi jangan lupa pergi sunat bila sudah masuk umur 21. Hamba rasa terkilan sungguh pada kawan-kawan hamba yang tidak mengundi dan apatah lagi mahu mendaftar, padahal mereka ini bakal atau sedang menjawat jawatan dalam bidang profesional.

@Convoy, hamba sebelum ini sebenarnya masih tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan dengan "Tukang kempen yang berkempen hebat menerusi media rasminya". Hamba baca ini, baru hamba tahu.

Terima kasih atas pandangan tuan hamba semua.

Ya Ibnu Abas, "tukang kempen" itu, sejak dia menjadi Menteri yang berkenaan itu, menjadi kemuncak kemualan media arus perdana dalam menyiarkan bahan² propaganda yang berlebihan melampaunya. Itu kesalahan pertama dia.

Kesalahan keduanya ialah menjatuhkan maruah negara kita dan rakyatnya ketika menjawab temuramah dengan penuh emosi dan tak profesional dengan Al-Jazeera! Siap menuduh Al-Jazeera dengan tuduhan seolah dia boleh kawal kandungan dalam stesen TV berkenaan sepertimana yang dia dok buat pada media arus perdana. Dok biasa sangat buat macam tu, sampai terbawa² bila ditemuramah media asing.

Apahal pun, negeri kita bakal berubah! ;)

...

Ya Ibnu Abas, tak sangka anda boleh menjadi dewasa dengan membaca apa yang hamba utarakan, sedangkan hamba sendiri belum pasti apakah hamba ini sudah dewasa atau belum!

...

Wah Sensei, tak sangka hamba boleh menjadi terlampau vague sampai anda tak dapat tangkap siapakah individu yang hamba maksudkan!

Sementara itu, seronok jugak melihat media arus perdana (yang terkontang-kanting tanpa menterinya!) masih mampu untuk menyampaikan berita² yang sama kualitinya (yang memualkan) itu.

Dengan berita yang berat sebelah.

Negeri hamba sudahpun dipinggirkan secara sistematik oleh media arus perdana (dah terasa dah pun mulai hari ini), hahah!

Rakyat Kelantan dan negeri² yang menyokong "yang lain" dah dilabel oleh media sebagai "menolak pembangunan" (suatu penghinaan kerana merendahkan dan menghina rakyat dengan label sebegitu).

Dalam rancangan bicarawara mereka, dipanggillah pemerhati itu dan ini untuk mengulas.

Bertambah lawak dalam ulasan mereka, cukup baik punya konar, tapi masih gagal mengatakan bahawa kekalahan teruk pihak pemerintah ini, antara punca paling utamanya ialah sebab ada pemimpin tidur yang memberi anak menantu ipar duainya yang membuat kerja²nya. Oh, perkara sebegitu pastinya HARAM untuk disentuh!

Ulasan mereka memberikan alasan yang entah apa². Lepas tu dikatakan mungkin rakyat tidak mahu pembangunan atau tidak faham pembangunan yang ingin diberikan. Isu utama penolakan rakyat masih tak mahu nak diketengahkan.

Adoi, sembang apa ini? Sembang kat kedai kopi pun lagi bernas dan berasas la daripada bicarapurapura sebegini, kan?!

...

Sekian, terima kasih... B)

Ouh.. maaflah. Fungsi commenting itu terpaksa hamba set sedemikian angkara aktiviti spam. Girang hati hamba mendengar tuan hamba masih sudi menjenguk. Terima kasih atas ucapan.

Hmm.. kos tinggi? Mahu dibuat siaran langsung di internet? Tak terjangkau dek akal agaknya cadangan tuan hamba itu.. maklumlah internet inikan banyak pengguna si bloggers yang penipu belaka (read: bukan pakcik makcik yang terima sahaja), bakal mengundang bencana tersalah khalayak sasaran. :p

Salam

Tuan Sensei: TabarakAllahuahsanul Kholiqin. Such a surprise result. Samalah kita. Hamba pun pernah tinggal di s.alam. Never in life I thought that Pas will win in Shah Alam. But people will change and they have make their desicion. Furthermore, the candidate bro. Khalid is an outstanding candidate.

Sebenarnya banyak yang nak dikongsi dari kami yang berada d grassroot termasuk ingin berkongsi analisa keputusan PRU kali ini di saluran tv 1 dan 3 sepanjang malam dan pagi 8 dan 9 Mac yang lalu tetapi masa tidak mengizinkan lagi.

Faktor dll.

@Convoy: Isu pembangunan bukan menjadi isu utama rakyat sekarang terutamanya bagi kawasan yang sudah developed. Ini diakui oleh kebanyakan penganalisis politik di media massa pada malam keputusan hari tersebut.

Kemenangan ini merupakan ujian dan amanah. Namun sekarang adalah waktu kita bekerja dan menyusun strategi berkhidmat untuk rakyat. Di situ juga ada beberapa isu kritikal yang sangat perlu diteliti oleh Barisan Rakyat selepas kemenangan.

1) Negeri berkebajikan dan janji-janji.
2) 'Perkahwinan' politik antara DAP, PAS dan PKR.
3) Isu hak-hak Melayu.

Istilah duit kerajaan juga bukan sesuatu yang popular di kalangan rakyat berfikir melainkan mereka yang malas berfikir, bak kata Dr. Nasir " Saya telah mendapat biasiswa rakyat jadi saya perlu bekerja untuk rakyat."

Istilah pembangkang juga boleh ditafsir negatif atau positif. Tidak kira bagaimanapun ia ditafsirkan ramainya parti selain dari pemerintah dalam parlimen satu keperluan untuk mengukuhkan kerajaan menurut salah satu kajian politik dunia.

Sekarang waktu kita mengembeleng tenaga bersama. Tidak kira cenderung politik atau tidak. Kalau minat di bahagian akademik, IT, pengurusan, pendidikan ataupun pentarbiyahan in my humble opinion kita wajar mengambil bahagian.

Allahua'lam.

p/s: Kami berjaga hingga hampir Subuh menanti keputusan. Pihak barisan rakyat berjaya MENAFIKAN 2/3 ( Star 9th March ) parlimen. Negeri sembilan cuba kurang 2 kerusi sahaja lagi untuk ditawan oleh Barisan Rakyat.

Assalamu'alaikum.

March 08, 2008

8.00 p.m.
Buletin Utama
Bla bla bla KERAJAAN dan bla bla bla PEMBANGKANG

Sebelum jam 19.59 p.m
ANALISIS KEPUTUSAN PRU-12
TV1, TV3 (khususnya) dan TV9
Bla bla bla KERAJAAN dan bla bla bla PEMBANGKANG

Masuk jer March 09, 2008
bla bla bla BN dan bla bla bla pembangkang

Lepas jam 2.00 a.m
bla bla bla BN


Sampailah jam 4.00 a.m
aku masih tak tahu negeri aku dapat kat siapa???

dan malam tadi = March 09, 2008
di TV1
panelis ANALISIS KEPUTUSAN PRU-12
(yang aku ingat cuma pengerusi BERNAMA) mengatakan MEDIA PERDANA perlu lebih telus (haih! dia pun ngaku yg media tak telus selama ini). dan dia juga salahkan eksploitasi media yang terlalu pro-BN menyebabkan orang ramai tak percaya kat media perdana, lalu mencari alternatif (blog la tu) lebih mempercayai media alternatif.
Lalu dia berharap agar media memberikan ruang kepada pembangkang.

Semoga, TV dan Akhbar utama bersikap neutral.


untuk pengetahuan, sepanjang tempoh kempen, aku tak tengok TV especially Berita. Sbb rasa mual dan nak mumtah tiap kali tengok TV akibat KEMPEN YANG TERLAMPAU....

perubahan yang agak ketara. Dato Seri Rafidah Aziz bernasib baik tidak tersungkur kali ini.Kawasan parlimen beliau, Kuala Kangsar, adalah bersebelahan dengan kawasan parlimen Samy Vellu.

Semoga kerajaan yang dipilih oleh rakyat mampu menunaikan segala janji pilihan raya mereka. Kalau pembangkang tidak dapat mentadbir dengan baik, arus perubahan ini mungkin akan bersifat sementara sahaja.

Moga gelombang baru ini membawa perubahan positif terhadap Malaysia.

p/s: Artikel saudara mmg sesuatu yang membina minda.

Tanpa Nama

Salaam,

Keputusan PRU12 memang dijangka akan memihak kepada pertambahan kerusi BA dalam menyekat majoriti dua-pertiga BN (Be end?), tetapi "penawanan" 4 negeri itu memang di luar jangkaan, lebih-lebih lagi Perak dan Selangor (negeri-negeri kubu kuat BN).

Makhal shakti (kuasa rakyat) telah terbukti, kerana rakyat selama ini telah dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang memberi kesan langsung kepada mereka. Kelantangan media baru (internet) dalam memberikan sumber berita alternatif, menyedarkan sebilangan rakyat yang selama ini berada dalam "kebutaan" berkenaan kepincangan-kepincangan kerajaan lalu dengan pendedahan-pendedahan berani yang selama ini dikekang oleh kerajaan yang berkuasa. Tak hairanlah jika mereka yang terdedah kepada sumber berita ini - khususnya rakyat di kawasan bandar dan pinggirannya - menghayun undi ke pihak "pembangkang".

Nota: Kini istilah "pembangkang" adalah juga merujuk dan akan digunakan kepada BN di lima buah negeri tersebut... kerana kerajaan negeri adalah di bawah BA.

@Convoy, suara sumbang seperti itu memang banyak kedengaran kerana rakyat tak pernah diajar atau diberi kesedaran berhubung ekonomi sesebuah negeri. Mungkin juga kerana itu, rakyat dengan mudah ditipu oleh mereka yang memerintah. Hakikat yang perlu diberi perhatian adalah sumber pendapatan negeri bukan hanya dari kerajaan pusat (melalui pinjaman, ya... hutang, bukannya sedekah atau dana percuma). Sumber asli (kecuali minyak yang telah di'petronas'kan - bukan dimiliknegarakan) dan hasil-hasil dari pertanian, industri, perniagaan dan sebagainya adalah pendapatan yang akan digunakan oleh kerajaan negeri untuk pembangunan. Pengurusan yang cekap, jujur, amanah dan berhikmah terhadap sumber pendapatan ini merupakan intipati kepada kemajuan sesebuah negeri.

Lihat saja kepada Kelantan, kerajaan negeri di bawah PAS telah membuktikan, walaupun dengan sumber terhad, mereka telah berjaya melaksanakan pembangunan yang berhikmah dan seimbang (lihat sendiri di Kelantan, bukan mendengar berita yang dipial [twisted] oleh media prima); walaupun terpaksa menanggung beban hutang yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu tatakala menerajui Kelantan - sekarang ia menjadi salah satu negeri "pembayar hutang" yang terbaik (tunggakan hutang negeri yang terendah). Jangan terperanjat, di sebalik pembangunan yang pesat di negeri Selangor itu, tunggakan hutang kerajaan negerinya adalah antara yang terbesar! Kalau saya jadi Tan Sri Khalid (bakal MB Selangor?), memang pening jadinya - orang lain buat dan tunggak hutang, kita kena membayarnya!

@Ibnu Abas, "pembangkang" kini telah matang, sebagaimana rakyat telah mula menunjukkan kematangannya. Lihat saja, tiada lagi perarakan kemenangan; BA melantik Mohamad Nizar (PAS) sebagai MB, walaupun DAP adalah pemegang kerusi yang paling banyak di Perak. Pertelingkahan hanya akan merugikan kedua-dua belah pihak, kerana mereka yang licik itu akan mengambil kesempatan daripadanya.

@Sensei, berkenaan siaran langsung Sidang Parlimen tu rasanya bukan kerana kos yang tinggi, tetapi wakil-wakil rakyat kita "membangkang" kerana takut tembelang mereka pecah. Ya lah, tak ke haru kalau ditunjukkan wakil tu ponteng, atau tertidur ketika membahaskan isu-isu di Parlimen? (Macam kat sekolah pulak yek!) Memang sah, PRU di lain kali mereka ini akan tersungkur... :-))

inasni

Salam...

Alhamdulillah... semuanya telah berjalan dengan lancar. Apa yang saya bakal tulis disini mungkin bukan lagi menunjukkan prinsip saya yang mahu menjadi sekadar pemerhati yang tak nampak menyebelahi mana-mana pihak, tapi entah kenapa saya rasa terlalu nak menulis dan meluahkan apa yang terbuku di fikiran saya ini. Dan saya mohon izin anda untuk menumpang tulisan saya disini andai bersesuaian (sbb saya tahu anda akan tapis dulu tulisan pemberi komen di blog ini)

Kejutan... namanya lagi kejutan, memanglah mengejutkan tapi sebenarnya tak ada apa yang nak dihairankan kerana semuanya kuasa Allah. Allah yang mampu membuka mata, Allah yang mampu mengubah hati manusia. Bila Dia nak tunjukkan apa yang disembunyikan, Dia akan tunjukkan dengan banyak cara yang kadang tu tak terfikir oleh kita. Sekeras manapun hati seorang manusia tu, kalau telah di tentukan Allah untuk dilembutkan hatinya, maka akan lembutlah juga akhirnya.

Syukur, apa yang saya minta dikabulkan Allah. Sebenarnya bukan hanya saya yang meminta, tapi ramai lagi yang meminta dan berdoa... beribu-ribu, berpuluh-puluh ribu, beratus-ratus ribu mungkin meminta perkara yang sama seperti yang saya minta.

Malah sebenarnya saya rasa mata saya yang tertutup selama inipun terbuka oleh doa orang-orang yang terdahulu sedar daripada saya. Doa dari yang ikhlas meminta, pasti Allah kabulkan lambat laun.

Negeri saya dan kawasan tempat saya mengundi masih mengekalkan pemerintah yang sama. Negeri yang digelar Serambi Mekah masih selamat walaupun sebelum ini terdapat spekulasi yang kononnya corak pemerintahan akan berubah.
Tapi bukan negeri saya yang berubah, tapi negeri-negeri lain juga!

Sekadar ingin berkongsi cerita dan pengalaman dari negeri yang sering diwarwarkan akan dirampas pemerintahannya...

Saya balik kekg dgn bas pembiayaan sendiri (tiket dibeli sebaik saja tarikh pilihanraya diumumkan), bertolak dari pukul 9 mlm dan akibat kesesakan lalu lintas yang keterlaluan, 11.30 pagi saya akhirnya tiba di KB. Sepanjang perjalanan, saya boleh nampak betapa meriahnya (sbb ramai) yang berkumpul ditempat mengundi dan ini membuatkan saya lagi tak sabar untuk sampai kedistinasi. Nak lihat sendiri suasana dikg saya pula.

Adik saya bercerita, kawannya yang balik awal sehari disambut sendiri oleh MB kami diperkarangan stesyen bas. Beliau terus kebandar KB selepas selesai solat subuh untuk menyambut anak Kelantan yang pulang untuk mengundi. Sebelum tu, tuan guru dan puluhan ribu rakyat Kelantan bangun seawal 3 pagi berkumpul di perkarangan stadium untuk sembahyang hajat dan bermunajat meminta agar pilihanraya kali ini diselamatkan dari unsur-unsur yang tidak baik dan tidak adil, meminta mampu mengekalkan pemerintahan.

(Salah seorang adik saya turut menyertai perhimpunan tersebut. Satu buletin ringkas yang diterbitkan petangnya diedarkan untuk tatapan rakyat menunjukkan betapa ramainya yang menyertai seruan munajat bersama pemimpin. Saya yang sampai dihari pilihanraya hanya mampu melihat dan membacanya saja, namun cukup untuk membuatkan saya menitiskan airmata. Terasa ruginya saya kerana tidak dapat menyertai mereka semua. Saya masih menyimpan risalah tersebut kerana ia mengandungi doa dan seruan Tuan Guru kepada rakyatnya supaya pulang mengundi)

Kemudian kami bercerita tentang kempen dan kemeriahan sepanjang tempoh berkempen dijalankan. Pilihanraya kali ni macam tak banyak ceramah yg dibuat jadi perbualan kami lebih kepada murahnya rezeki org Kelantan dan murahnya hati orang yg menyokong perjuangan PAS diKelantan. Bajet kempen tak sebanyak BN, tapi ada saja org yang mahu membantu. Banner dan poster dihantar oleh org yg tinggal diluar dari Kelantan (mungkin warga Kelantan dan mungkin juga tidak), yg dikatakan atas pembiayaan individu dan bukan parti. Jamuan untuk sukarelawan kempen diberikan oleh individu yang bermurah hati (yg terdiri dari kalangan warga kg/daerah itu sendiri yang punya kehidupan yg agak selesa ,bukan kaya raya atas dasar sumbangan ikhlas dan sedekah. Ia bukan 100% sumbangan dari calon sbb kalau calon nak sponsor semua, mmglah banyak belanjanya, lagipun bilik gerakan sementara yg dipanggil 'pos' oleh org Kelantan mmg banyak dibuka.)

Bercerita juga tentang sikap dan pengalaman orang tertentu yang pernah berhadapan dgn calon-calon yang rasanya saya tak mahu tuliskan disini, tapi cukup buat saya rasa maklumat itu berguna untuk saya memahami diri dan sedikit latar belakang kelakuan calon yg saya pilih dan calon yg saya tolak. (Semoga apa yg dikhabarkan pd saya itu adalah benar dan saya tidak tersalah faham)

Satu lagi... satu soalan yg akan ditanya org setiap kali saya bagitahu saya mengundi di Kelantan ialah ttg pembiayaan balik (tiket ataupun duit minyak). Sikap saya yg tidak menunjukkan kecenderungan mana-mana parti dan mungkin juga disebabkan saya yg hanya balik kekg sesekali, membuatkan mrk tak tahu saya dipihak mana. Setibanya saya di kg, saya terus kepusat pengundi tanpa singgah dimana-mana 'pos'. Kemudian, barulah saya melaway sdr mara. Kebetulannya saya ada saudara yang menyokong kedua-dua parti yang bertanding, jadi bila dilihatnya saya balik, saya disuruh supaya claim biaya perjalanan pulang. Walaupun pd awalnya saya menolak, tapi kemudiannya saya fikir ada baiknya saya claim dgn niat andai saya dapat, duit itu saya akan saya berikan kpd anak-anak buah saya yg masih belajar atau sedekahkan kepada mrk yg saya lebih memerlukan. Lalu saya claim dari kedua belah pihak disamping saya boleh mengetahui sesuatu yg saya ingin tahu. Muslihat... ;)

Bila saya claim dari PAS, dapat RM100, hampir serta merta tanpa banyak soal, cukup sekadar ada yg mengesahkan saya ni menetap diluar dari Kelantan, pulang untuk mengundi (semakan nama dibuat)dan tanpa disyaratkan yg saya harus pangkah 'bulan'. Kemudiannya saya ditemani oleh saudara yg dipihak satu lagi, untuk buat claim jugak. Nama diambil dan dicatatkan tapi kali ni syaratkan untuk pangkah 'dacing'. Saya tanya adakah saya akan dapat dgn cepat sbb saya perlu pulang, tapi katanya perlu tunggu sehingga pulul 3.30 iaitu 3 jam dari masa saya menyerahkan nama saya kepada mrk. Sambil menghabiskan masa dgn anak buah saya, saya menunggu masa yg dijanjikan. Leka bermain, saya pergi ke tempat tadi pukul 4.30ptg utk 'bertanya khabar' tentang status claim saya tadi. Katanya saya perlu mengisi borang dan borang tu saya kena pegi ambil dirumah si polan yg saya tak tahu kat mana letaknya, kemudian kena tunggu lagi sbb dgn borang tu barulah wakilnya dibenarkan untuk mengambil duit yg terletak di satu tempat yg lain pulak. Saya tanya lagi berapa jumlah yg saya akan dapat? Ada seorang wakil kata RM150 tapi dibantah oleh sdr saya kerana katanya perantau spt saya dijanjikan RM200. Mereka terus bertekak dan saya biarkan saja kerana malas nak masuk campur. Saya kemudian mengambil kertas untuk menulis maklumat diri saya dan menyerahkan surat tu kepada wakil yg menjaga bahagian claim untuk diserahkan kepada 2 warga tua dikg saya sebagai amanat saya kpdnya sekiranya saya layak dpt wang tersebut sbb saya perlu berangkat pulang. Lagipun saya tak mungkin sempat mengambil duit itu dgn segala karenah dan percanggahan yg berlaku didepan mata saya sendiri.

Segala yg berlaku, ada rahsia yang tersembunyi. Saya dapat tahu apa yg saya nak tahu dan apa yg saya tak ingin tahu.

Segala pengalaman dan cerita yg saya dapat dlm masa yg singkat, benar-benar mengejutkan saya. Saya suka melihatnya apa yg terjadi sebagai hasil atau jawapan dari Allah untuk doa yang diperdengarkan oleh saya dan juga berpuluh ribu (mungkin beratus ribu)rakyat yg lain.

Diceritakan juga selepas itu ada pengundi yang lembut hati dan sukarela mengaku didatangkan khas untuk menjadi 'hantu-hantu' diKelantan dan kemudiannya beberapa buah bas yang mengangkut ramai lagi hantu-hantu yang lain dapat dikesan dan ditahan sebelum membuang undi.

Kemenangan yang diperolehi juga adalah hasil doa yang diperdengarkan. Allah itu Maha Pemurah kepada yang meminta; yang dipinta ialah dikekalkan pemerintahan kepada angkatan yang memperjuangkan Islam diKelantan dan diberikan kemenangan kepada PAS dan PKR. Allah kabulkan, bukan hanya satu negeri yang diberikan, tapi 5! (termasuk wilayah persekutuan)Dia berikan bukan hanya kepada hamba yang menyembahNya saja tapi juga kepada orang lain (saya maksudkan P.Pinang yang jatuh ketangan DAP serta kerusi-kerusi lain yang berikan kepada wakil bukan Islam).

Saya taklah sampai bertepuk tangan bila pihak lawan kalah, kerana saya tahu ada antara mrk yg dlm parti BN benar-benar ingin membantu masyarakat melayu dan mrk yg susah tapi saya saya suka melihat ia sbg satu pengajaran keseluruhan kepada BN yang mungkin lupa bahawa bukan semua orang melihat wang dan kemajuan sebagai satu faktor penting yg nak dikejar dalam kehidupan didunia yg ternyata hanya sementara ni (dikhabarkan BN telah banyak menabur wang untuk memikat hati rakyat Kelantan terutama disaat-saat akhir menjelang hari pilihanraya).

Allah berkuasa untuk melakukan apa yg dikatakan mustahil oleh sesetengah pihak. Seperimana kata Saladin dan yg lain-lain, mungkin rakyat sudah muak dgn muka-muka tu dan mungkin juga kerana kelayakan calon lain yg dipertandingkan, namun apa yg pasti setiap perkara berlaku dgn bersebab. Hanya perlu diingat bahawa pembalasan Allah boleh dijalankan didunia lagi kalau Dia menghendaki begitu. Kalau tidak, diakhirat nanti pasti ada kerana dipenghujung setiap kehidupan ada kematian dan perhitungan yang menunggu.

P/S : Saya cuma ingin berkongsi kisah pilihanraya yg saya lalui, berkongsi pandangan saya dgn anda dan pembaca lain jika diizinkan. Kalau tak disiarkan pun tak apa sbb paling tidak, saya tahu ada seorang pembaca yg telah membaca tulisan saya ni. :) Apapun kalau ada tak sesuai untuk disiarkan, sila edit dulu ya. Wassalam.

Memang terlampau, tetapi ianya terhebat. Sudah pasti terkejut, tetapi tidak terhaert attack.

Suka dengan tulisan tuan hamba... syabas!

@Convoy, hamba buka Berita Harian Online, beritanya agak memualkan berbanding Utusan Online. Di samping cuba untuk mengelakkan berita-berita yang memaparkan kemenangan pembangkang, galeri gambarnya juga bersifat sangat berat sebelah. Mana dia gambar Tan Sri Khalid Ibrahim bakal MB Selangor yang baru, dan juga bakal MB dan KM baru yang lain?

Adush..bilalah mereka ni nak sedar agaknya. Apa yang ada, gambar Ustaz Azizan menerima watikah dari Sultan, yang mana gambar ini menjadi gambar utama dalam berita PAS Arah Tabika Dikosongkan. Tapi bila baca betul-betul, berita tu tak ada pun terdapat mana-mana arahan rasmi dari kerajaan negeri sendiri yang mengarahkan penutupannya. Cuma yang diceritakan, ada individu (entah siapa agaknya) yang pergi ke tabika tu dan kemudian mengarahkan penutupannya. Lalu wartawan bernama Omar Osman ini menemubual Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok SAHAJA dan kemudian menyiarkan laporan berbunyi:

"Mereka mengutamakan politik lebih daripada segala-galanya sehingga sanggup menyusahkan kanak-kanak Tabika yang tidak berdosa dan menjadi mangsa. Tambahan pula mereka baru saja menang dan sepatutnya memikirkan perkara lain dulu yang lebih penting iaitu menjaga kebajikan rakyat."

Rakyat boleh terpedaya jika mereka tidak membaca berita ini dan ini. Kemanakah perginya etika kewartawan mereka semua ini? Apakah mereka tidak malu dan tidak sedar dengan apa yang sedang mereka lakukan itu?

@Alqasam, isu pembangunan kemudahan asas (aku buat jalan, aku pasang tiang lampu, aku buat jambatan, aku bagi elektrik, maka undilah aku) rasanya masih relevan di Sabah dan Sarawak. Mereka masih boleh diperdayakan, sepertimana juga mak, ayah, atuk dan nenek kita yang tinggal di Semenanjung diperdayakan.

@Aiyrie, habis tu kau dah dapat tahu belum negeri kau dapat kat siapa sekarang ni? Berita pasal pilihan raya Malaysia ni, tengok ulasan AlJazeera di YouTube lagi bagus kerana mengambil pandangan semua pihak.

@Inasni, Tan Sri Khalid memang boleh botak kepala. Selangor negeri yang (paling?) banyak hutang. Dari segi cara beliau berucap dan bercakap, memanglah tiada kelihatan seni pidatonya. Tapi bila tengok di Youtube tentang beberapa pandangannya berkenaan ekonomi Malaysia, hamba yakin beliau boleh membawa pembangunan yang lebih baik di Selangor.

@Suara, haha terima kasih menceritakan pengalaman. Macam baca cerpen pula rasanya! Bagus-bagus, teruskan bercerpen di blog Suara :)

Terima kasih semua untuk komen yang diberikan! Arigato arigato.

Terima kasih suara atas cerita pengalaman anda yang menarik tu. Izinkan hamba "menggunakan" kisah anda ini (bukan untuk dicopypaste ke mana², tapi) untuk dijadikan "hujah" untuk perbandingan antara kedua² parti ini, serta suasana sebenar di negeri anda, andai perlu "bertengkar" dengan sesiapa yang tak puas hati dengan pertukaran kerajaan di negeri hamba ini!

Cuma ingin juga hamba tanya, macam mana rakyat negeri Kelantan mendapat sumber maklumat mengenai kerajaan negeri mereka, sebab ternyata mereka tidak boleh mendapatkannya (dan mempercayainya) daripada media arus perdana! Hamba perlu belajar menyesuaikan diri sebab hamba masih "baru" dalam situasi sebegini, hahaha!

Atau memang perlu bergantung pada internet sahaja?

...

"Sensei, nampak gayanya hamba sudah memperkenalkan blog anda kepada (paling koman pun dah pasti ada seorang) blogger dari Wordpress. Maka oleh itu, anda terhutang budi kepada hamba. Cepat bagi jawatan penting dalam Parti Hembusan atau anda akan kehilangan sokongan hamba, ha ha ha!"

Atau...

"Sensei, nampak gayanya hamba sudah... bla bla bla... maka UNDILAH HAMBA!"

Amacam, macam gaya tipikal ahli politik Malaysia tak? ;)

...

Sensei, berita pasal tabika KEMAS tu sungguh memualkan. Hamba sampai hampir bertengkar dengan seseorang mengenai hal ini.

Dia tu memang hamba tahu sangat pihak yang disokongnya tu, dan tak menjangka negeri hamba yang tercinta ini akan jatuh ke tangan pemerintah sekarang pun, heheh! Maka dia pun berpandangan negatif la terhadap kerajaan sekarang ni. Oleh sebab itulah, bila keluar berita camtu, dia terus percaya, sebab hampir sama dengan berita di Terengganu suatu ketika dulu (yang sampai hari ini hamba nakkan kepastian betul ka kejadian tu).

Untuk pengetahuan Sensei kejadian (yang kononnya berlaku) di Tabika KEMAS itu "dikuatkan" lagi dengan berita kat TV3. Ini lagi dahsyat, dia tunjuk sebuah Tabika KEMAS di Kuala Kedah, dirosakkan. Lepas tu ditunjukkan temuramah dengan staf/guru di situ yang kecewa dengan kerajaan PAS bla bla bla... Lepas tu kat Selangor pulak tunjuk Tabika KEMAS terbakar, dan mereka cuba nak kaitkan dengan... ah, hamba terus bangun dan tak tengok dah berita tu, hahah!

Maka hamba pun bagilah balik "hujah balas" kepada seseorang itu, dengan menunjukkan laporan dari Harakahdaily tu.

Lepas tu hamba cuba berhujah pakai logik akal mengatakan bahawa selaku kerajaan yang dah berkuasa, secara sahnya kalau dia nak tutup tabika tu, dia boleh arahkan saja, buat apa dia buat cara samseng merosakkan premis tabika (macam kat Kuala Kedah menurut laporan TV3 tu). Logik kan hujah hamba ni, kan kan kan?

Oh ya, perlu ditegaskan di sini, berita itu HANYASANYA disiarkan oleh TV3. Seingat hamba, RTM1 (yang sepatutnya menjadi media rasmi BN) pun tak ada siarkan berita macam itu, seingat hamba la, sebab asyik bertukar saluran TV, mungkin jugak terlepas. Maknanya berita di TV3 ini lebih memualkan daripada RTM!!

Apahal pun, hamba memang selama ini dah meluat dengan berita di TV3 (tak boleh meluat TV3 itu sendiri secara keseluruhan sebab masih ada program kegemaran hamba di situ, hihihi...), dan sekarang hamba sudah ada sebab baru untuk bertambah meMELUATinya.

Dan hamba juga kini sudah meMELUATi Berita Harian yang kelihatan lebih "jahat" daripada Utusan. NST jugak. Oh lupa pulak, mereka semua ni satu geng! Patut la... :P

Untuk PRU pada kali ini, saya telah 'dipinjamkan' KHAS ke S Alam.

Banyak yang ingin diceritakan tetapi ada diantaranya 'biarlah rahsia'...

Apapun, saya harus kembali kepada tempat berbakti saya, Naquib dan sahabat saya merindui saya di sana :)

Pengalaman bekerja dengan ikhwah akhwat di S Alam sangat lemak manis madu.

2007: Liberal to Labor
2008: BN to BA
2009: apa? to apa?

=]

carrotcake@ANU

aku pelik betul laa... even pilihan raya baru je lpas 2 minggu ni, mcm2 dh dengr pasl parti2 pembangkang ni.... memg trkjt, trharu dan mcm2 terr la... lagi2 negeri2 utara ni... mcm mane smpi mcm ni skali..?????... ape lagi yg tak cukup ekkk...?????... nk u, dh dpt.. nk bantuan, bleh bg... tp mindset rakyat ni ssh dduga... tak pe.. disbbkan u all yg pilih dorang, u all yg tentukan pembgnn negeri u all... u all yg akn tngk mcm mne pembgkg wat keje... coz segale2nye u all yg undi dorg... aku bkn lah nk slh kn pengundi.., tp pkr lah... ape lagi yg x ckp yg kerajaan yg dl bg u all????... aku x bleh bygkn la kalo PAS ke, DAP ke.. ape2 la wat dsr br dlm neg u all... cbe bygkn shppg cmlex tu dharamkn.... huuuu... serammnyee... kalo bkk pn smpi kul 8 mlm je kot... hehehe... ooppss, jgn marahh... latest news yg aku dngr pasl kindergarden dttp kannn... ape yg dorg buat???... tak pikir mase depan ank2 u all???... dorg kt mne lg nk dpt basic punye pljrn??? x kan umur br 5 ke 6 thn trs leh msk darjah satu???.... ni lagi satu, psl pelntikan MB ni... adoiiii... mcm2 hal...

Tanpa Nama

Salam Anonymous di atas. Buat pengetahuan, saya selalunya reject komen tidak bernama yang bersifat provokasi kerana ia jelas melambangkan sifat tidak bertanggungjawab orang yang membuat komen tu. Bahkan, ejaan dan struktur ayat yang cacamarba membuatkan saya makin enggan untuk memberikan respon kerana saya tidak tahu bahawa saya sedang berurusan dengan orang dewasa atau pun kanak-kanak. Tapi kali ini saya lepaskan komen seperti ini.

Pertama:
ape lagi yg tak cukup ekkk...?????... nk u, dh dpt.. nk bantuan, bleh bg

Itu tanggungjawab pemerintah. Universiti, bantuan dan sebagainya, semuanya dibayar menggunakan duit kerajaan, iaitu cukai yang dipungut dari rakyat. Kerajaan pula tugasnya adalah untuk menguruskan wang yang dikutip itu agar pembangunan yang berlaku menjadi lebih terancang dan bijak.

Kedua:
u all yg akn tngk mcm mne pembgkg wat keje.

Baik kita semua akan tengok bagaimana Datuk Khir Toyo selaku ketua pembangkang akan buat kerja di negeri Selangor. Kamu sebenarnya sedang celaru dengan istilah "kerajaan" dan "pembangkang". Dan ini jelas menunjukkan kamu tidak membaca apa yang saya tulis, lalu menghamburkan secara melulu rasa tidak puas hati kamu di sini.

Ketiga:
cbe bygkn shppg cmlex tu dharamkn.... huuuu... serammnyee... kalo bkk pn smpi kul 8 mlm je kot

Kelantan yang diterajui PAS selama 18 tahun, apakah shopping complex diharamkan di sana? Dan kalaulah pun buka sampai pukul 8 malam sahaja, apa masalahnya? Eh awak, mari sini lawat UK dan Ireland. Nanti boleh tengok bahawa 95% pasaraya dan kedai-kedainya di seluruh negara tutup pada pukul 6 petang.

Ketiga:
latest news yg aku dngr pasl kindergarden dttp kannn... ape yg dorg buat???... tak pikir mase depan ank2 u all???

Ni pasal apa? Isu Tabika Kemas di Kedah? Saya ada tulis dalam komen di sini.

Keempat:
ni lagi satu, psl pelntikan MB ni.

Jangan expect segala transisi boleh berlaku dengan smooth 100%. Pergi ke blog Lim Kit Siang juga. Baca apa yang dia tulis berserta komen para pembacanya. Dan jangan sentiasa termakan dengan provokasi yang sentiasa dilakukan oleh pihak media arus perdana.

Tuan Saladin,
kerja Tuhan siapa tahu!
macam-macam cara dia mendewasakan.
Pilihanraya ini, salah satu sarana~Nya.

Tuan Saladin,
Dia akan menunjukkan diri,
walau dalam cara yang sesulit mana sekali pun..
hatta, kepada diri yang sukar untuk mendapat maklumat,
untuk menetap pendirian yang cenderung kepada kebenaran.
Bukankah begitu seharusnya, rencana~Nya.
Kerja Tuhan penuh rahsia.

Dan,
Moga negeri kita dilimpahi Cahaya~Nya,
dijadikan negeri kita negeri beragama, tempat istirehat
Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan.
In sya Allah.

Kerana,
Allah cuma memihak pada mereka yang bekerja untuk~Nya.
Bukan bagi mereka yang cuma 'bercakap' bagi pihak~Nya, kan?
(yang ini saya tujukan pada politikus yang bermodalkan air liur semata-mata,
tanpa mengira warna dan jalur mereka.)


Tentang berita Tabika KEMAS tu,
benar-benar menentang logika akal. Setelah benar-benar diteliti beberapa sumber berita, memang saya sependapat dengan tuan.

Kerajaan negeri mana yang akan berperilaku sedemikian barbarik.. melainkan yang mengkhabarkan berita itu (media perdana yang memualkan) sendiri menonjolkan unsur penyelewengan dalam tanggungjawab kewartawananya, seperti kebiasaannya. Dalam suasana panas seperti ini.


Tuan Aiyrie,
harapan tuan,
"Semoga, TV dan Akhbar utama bersikap neutral."

sama seperti harapan saya, dulu-dulu.. zaman muda-muda dulu. (macam dah tua pula saya sekarang ni. Hehe)

Ini suatu harapan yang terlalu idealistik, saya kira.

Dalam jangkamasa terdekat ini, bagi saya masih mustahil
selagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 masih kekal seperti sekarang,
pemegang 'ubun-ubun' kompeni-kompeni media itu tidak berubah tangan,
dan pihak sama masih memegang jawatan "taukeh media";
walau terajunya bertukar tangan, namun permainan wayang media akan diskripkan menurut skrip yang sebelum-sebelum ini juga.

Permainan media akan berputar yang itu-itu juga. Kita harus cepat faham dan tak mudah percaya. Bagi berita yang berunsur politik seperti ini.


Kak Alqasam,
saya setuju dengan pendapat Akak dan Tuan Sensei..

isu pembangunan bukan perkara pertama, menurut suara majoriti di sesetengah tempat.. isu-isu yang diketengah kali ini, harus menurut strata masyarakatnya.

seperti yang akak utarakan dalam posting yang ini, dalam blog akak.

itu cabaran berat kepada Barisan Rakyat untuk ditangani sebijaknya, mengikut prioriti dan kemampuan setelah iklim politik negeri distabilkan.

janji itu, yang dituntut segera oleh rakyat kelas menengah dan bawahan. mereka yang benar-benar ternantikan perubahan yang dijanjikan.

akhir sekali, dengan membuang sentimen politik berat sebelah, kini penggembelengan tenaga harus melibatkan semua, tanpa mengira faktor parti. Demi negara yang dicintai, buanglah virus benci yang bisa rosakkan jiwa.

Mereka yang memilih untuk meminggirkan pihak yang lain, atas alasan-alasan yang direka-direka (bak kata FT: kebimbangan yang direka-reka sendiri) jelas belum benar matang dalam politik sekarang.


Tuan Sensei,
Mudah-mudahan Dia terus mengajarkan kita semua, apa yang diingini~Nya agar diredhai kita semua dengan ilmu yang kita ada,
menghampiri~Nya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba~Nya dan khalifah~Nya sekaligus.

Sensei, istilah sunat itu suatu lelucon yang punya maksud mendalam. Aha! Sunat kali kedua pada umur-21. Menjadi dewasa sekali lagi.. bukan sedikit yang nak lari dari tanggungjawab 'bersunat' ni. Mereka yang berkenaan nak berlepas diri, sengaja memilih jalan mudah untuk tidak peduli. Padahal, yang mengeluh kesah dan merungut nanti, bukankah yang itu-itu jua?

Mudah-mudahan lebih ramai tak memilih untuk termasuk ke dalam golongan ini, in sya Allah. (termasuklah diri ini).


Encik/Cik Anoni,
saya di belakang Tuan Sensei.
Provokasi media perlu ditangani sebaiknya, saya percaya kita punya akal yang dapat menjangkau lebih dari apa yang diprovok media-media yang bobrok itu.


Yang lain-lain,
saya sedang belajar sesuatu dari pendapat, cerpen dan suara anda jua. baik nadanya positif atau negatif. terima kasih daun keladi!

hehe..
saya tak pro parti, saya pro kerajaan berhemah. nak tengok apakah yang akan jadi dalam senario politik malaysia. semoga berubah lebih baik. harap-harap lepas ni takdelaa board projek yang tulis "satu lagi projek kerajaan bn" yang sangat lame tuh. hahaha!

kepada anonymous, the people don't owe the government, but the government owes the people. kerajaan dapat duit dari cukai rakyat, maka adalah natural bagi rakyat untuk mendapat semua kemudahan-kemudahan dan pembangunan. kenapa isu yang sepatutnya dah lapuk ini dijadikan bahan untuk mengutuk satu sama lain?

err sensei, saya tak mengundi hari tu sebab tak sempat daftar jadi pengundi..belum cukup umur. isk isk isk

Tuan Ibnu Abas! Terima kasih atas puisi yang ditujukan kepada hamba itu! Hamba terharu! ;)

Tuan Ibnu Abas, sahabat hamba dari Indonesia terkejut bila hamba beritahu dia bahawa kita hanya layak mengundi ketika 21 tahun ("Nggak ketuaan tuh?????"), sedangkan mereka pulak 17 tahun, masih sekolah, dah boleh mengundi!

Tuan Ibnu Abas, anda memang seolah lebih "tua" (matang ler) daripada umur anda (sepertimana yang anda paparkan pada profil anda tu), heheh...

...

Sensei, Cik Nony tu Cybertrooper kot? Alahai, kalau media mereka "melaporkan berita sekerat²", mereka sendiri pulak "membaca berita sekerat²", tu yang tak baca komen anda fasal penutupan Tabika tu!

...

Cik Nonymus Prime... oops, maaf, anda tak layak memegang nama Prime/Convoy berdasarkan cara anda berhujah itu.

Cik Nonymus, izinkan hamba menambah apa yang sudahpun dijawab dengan kemas oleh Sensei.

Cik Nonymus, anda nak tengok bagaimana "pembangkang" buat kerja? Ha, sila lihat siapa yang sedang memusnahkan dokumen sulit di Selangor? Itu memang kerja "pembangkang" la tu! Jangan silap pulak, siapa yang menjadi "pembangkang" di situ sekarang!

Cik Nonymus, sekarang cuba lihat di Pulau Pinang! Bagaimana "pembangkang" di sana buat kerja? Oh jangan silap lagi, bukan DAP yang menjadi pembangkang di situ, tetapi yang anda sokong itu yang menjadi pembangkang. Lihat apa mereka buat? Mereka berdemonstrasi di KOMTAR. Wah, FRU tak tembak mereka dengan air? Mereka tak dilabel "perusuh" dan "pengkhianat"? Hamba buat² hairan sajalah!

Cik Nonymus, anda mungkin tahu ke mana menghilangnya bekas MB Selangor?

Cik Nonymus, anda pernah ke Kota Bharu? Anda pernah ke KB Mall? Nah, cuba ke sana. Dengan malunya hamba mengakui, tiada satu pun pasaraya di ibunegeri hamba (kononnya bandaraya) yang sehebat KB Mall, padahal negeri hamba (sebelum inilah) diperintah oleh pihak lain. Eh, seingat hamba la, waktu hamba ke situ awal tahun ini, hamba keluar dari KB Mall dalam jam 9.30 malam la. Apa pasal tarak tutup lagiiii?

Cik Nonymus, Tabika Kemas tu sandiwara pihak anda la.

Cik Nonymus, anda jangan buat² tak nampak ya, masalah perlantikan MB masih berlaku di Perlis dan Terengganu.

...

Cakap pasal isu MB ni, kalau Lim Kit Siang dituduh menderhaka kepada Sultan Perak (dan masih dipaparkan sebagai begitu oleh media, biarpun media juga ada melaporkan beliau menarik balik kenyataannya dan memohon maaf), maka tidakkah kita rasa tindakan tidak menyetujui calon MB Perlis yang diperkenankan oleh Raja Perlis itu sebagai tindakan menderhaka? Kenapa media tak melaporkannya sebegitu?

Oop, tak perlu jawab... hamba dah tahu jawapannya! Sekarang jelaslah siapa yang lebih tidak menghormati kedaulatan Sultan! ;)

...

Cakap pasal media pulak, hamba rasa nak tergelak mengenangkan TV3 yang kini berada di negeri "pembangkang". Agak² boleh tak Kerajaan Negeri Selangor yang baru tu ambil tindakan undang² terhadap "fitnah²" yang disebarkan? Sampai ditutup terus, atau paling koman pun mereka terpaksa pindah bangunan... macam sandiwara Tabika Kemas pindah bangunan yang mereka pentaskan tu, ahahha!

...

Alhamdulillah, proses pembentukan Exco negeri hamba berjalan lancar, tiada pergaduhan, biarpun diprovok media (ai... sempat lagi!) sebab tiada peruntukan kerusi untuk satu²nya wakil DAP yang menang di sini. Tapi tiada pula susulan! Heh, memang tak ada isu la yang nak dimainkan oleh media ("pembangkang") ni. Syukur Alhamdulillah!

Salah seorang Exco tu, sahabat baik, sekampung pulak, satu kelas lagi, dengan ayah hamba. Sekalung tahniah buat beliau!

@Ibnu Abbas, kamu di belakang saya? Ni yang takut ni..kot kot kena tikam dari belakang. Hehe, gurau saje!! Jangan gusar dengan sifat media perdana yang berat sebelah kerana mereka sebenarnya masih belum sedar apa itu disruptive technology seperti internet.

@rean, cukup 21 pergi sunat!

@Convoy, hamba rasa Lim Kit Siang ni pun dah sampai masanya untuk dia berundur dari DAP. Pola pemikiran dia seakan dah tak relevan untuk Malaysia era 2000-an. Tapi hamba respek kepada ramai ahli-ahli DAP yang berani untuk sangat tidak bersetuju tentang keputusannya baru-baru ni.

Eh, jadi betul ke demonstrasi di KOMTAR tu? Kalau begitu pelik jugaklah, kerana *ehem ehem*, demonstrasi jalanan bukan budaya kita. Itu budaya Barat!! Adush, banyak sungguh bahan ironi dan satira yang berlaku selepas pilihan raya ni.

Semoga sifat UltraMelayu, UltraCina, UltraIndia, UltraKadazan, UltraIban, dan sebagainya semakin pupus di bumi Malaysia. Ada sesiapa yang mahu belajar bagaimana Rasulullah menghapuskan sifat assobiyyah (kepuakan) dalam kabilah-kabilah Arab kira-kira 1400 tahun dahulu?

Salam. terkejut, bersyukur, terkedu, terkilan, semua perasaan bermain di fikiran sekarang nih.

Bile baca komen2 di blog YB LKS, memang nampak ketara yang penduduk Malaysia terutamanya bukan melayu, inginkan perubahan ke arah 'malaysian malaysia'. Sangat menarik! Cuma, yang menjadi kesedihannya di sini, kebanyakan dari mereka masih tidak faham dengan Islam, dan sangat2 menakuti prinsip negara Islam yang dipertahankan oleh PAS, walaupun, PAS sudah melembutkannya dengan 'negara kebajikan'.

Keadaan 'Islamophobia' yang ketara inilah yang amat merunsingkan saya. Bagaimanakah caranya untuk kita terangkan pada mereka bahawa Islam adalah untuk semua. Islam membawa keadilan dan kemakmuran untuk semua. Dalam Islam, tiada NEP/DEB. Islam menolak faham asobiyah. Saya tak tahu macammana nak fahamkan dorang. Having said that, kaum melayu Islam sendiri pon bermasalah jugak untuk memahami hakikat yang Islam bukan untuk kaum Melayu sahaja. Islam adalah untuk semua. Tiada hak istimewa melayu dalam Islam. Kemakmuran dan kemewahan mestilah dikongsi bersama. Ingatlah, kita semua adalah hambanya, maka wajiblah kita menyayangi makhluk2 Allah yang lain.

Hmm, bagaimana caranye ye sensei tawel dan rakan2 lain?

Mereka yang masih tidak faham dengan Islam, seringkali menganggap PAS cuba mengtalibankan Malaysia. Orang-orang kuat PAS kenalah terangkan bahawa Taliban dan PAS sangatlah berbeza pendiriannya. Taliban pun dah tersasar dari ASWJ.

Orang-orang Melayu sendiri pun dah ramai yang mempertikaikan DEB. Tapi jumlahnya masih kecil. Sebenarnya saya lebih suka jika jurang ekonomi rakyat Malaysia diselesaikan berdasarkan tahap ekonomi mereka, dan bukan berdasarkan kaum.

Contoh kasarnya, anak orang-orang Melayu yang sudah kaya-raya, mereka tidak perlulah lagi diberikan biasiswa dan pinjaman kerajaan. Bukankah biasiswa itu lebih baik diberikan kepada anak-anak kaum Cina atau India yang mana pendapatan tahunan seisi keluarganya masih di bawah RM 20,000? Pengalaman saya sendiri, saya agak kurang senang apabila melihat ramai juga anak-anak Melayu yang mendapat biasiswa penuh kerajaan untuk belajar di luar negara, padahal gaji sebulan ibu bapa mereka paling-paling RM 50,000!

Ataupun, mengapa juga kita tidak memberikan sahaja pendidikan PERCUMA dari sekolah rendah sehinggalah ke IPTA bagi pelajar yang mana pendapatan keluarganya di bawah paras RM 12,000/tahun?

Malah, mengapa tidak kita memberikan pinjaman PTPTN secara AUTOMATIK kepada semua pelajar di IPTA yang mana pendapatan tahunan seisi keluarganya di bawah RM 24,000? Dan jika pelajar-pelajar ini mendapat sekurang-kurangnya 2nd class upper, pinjaman tersebut akan bertukar menjadi biasiswa.

Ataupun bagaimana pula jika kemasukan di IPTA dibuat dengan LEBIH berdasarkan kedudukan ekonomi rakyat Malaysia. Makin kaya seseorang itu, makin susahlah anak dia hendak masuk ke IPTA. Orang kaya mampu untuk menghantar anak dia ke IPTS atau di oversea. Jadi dengan itu, ini akan lebih membuka kuota kepada anak-anak Melayu, Cina, dan India yang kurang berada untuk turut sama menikmati hak mendapatkan pendidikan di Malaysia.

Dengan cara ini, protes dan rasa disisihkan di kalangan mana-mana bangsa boleh dihapuskan. Hanya orang-orang Melayu, Cina dan India yang miskin sahaja akan memprotes apabila kekayaan ekonomi tidak diagihkan dengan bijak.

Orang Melayu, Cina dan India yang kaya tidak memprotes. Mereka sudah mendapat segala-galanya dan sudah duduk empuk di zon selesa. Ahli politik kita perlu lebih belajar Teori Maslow.

Salam...

Seminggu selepas pilihanraya, pelbagai komen di dengar, samada dari penyokong atau pembangkang, samada dari yang menang ataupun yang kalah. (Yang mana satu penyokong atau pembangkang, diri sendiri yang menentukan) Ada yang telahpun mengambil keputusan untuk berdiam diri, ada pulak yang semakin galak beraksi, mempertahankan apa yang dirasakan betul dan apa yang dirasakan salah.

Biar disebelah manapun kita berpihak, janganlah ada yang bertindak keterlaluan. Kepada Anonymous (yg sdr tuan rumah lepaskan komennya yg agak keterlaluan), menyatakan pendapat tak salah, malah digalakkan, mengharapkan dengan begitu minda akan terbuka untuk melihat satu sudut pandangan yang berbeza, tapi jangan sampai isu yang dibangkitkan atau dipertahankan akan menyalakan api permusuhan. Paling penting jangan beri komen dengan mengikut perasaan, kerana itu bukti ketidakmatangan.

Saladin, anda boleh gunakan cerita saya sebagai contoh, tapi bagi saya ia bukanlah satu pengukur untuk menilai keseluruhan corak parti BN. Saya lebih suka melihatnya sebagai kelakuan individu, sikap manusia yang kadang tu terlalu leka ‘bermain dgn RM’ sehingga lupa bahawa ada sesuatu yang lebih penting untuk ditunjukkan iaitu keikhlasan untuk membantu. Tentang pertanyaan anda mengenai sumber yang diperolehi tentang perkembangan dlm negeri, rasanya saya boleh katakan bahawa rakyat Kelantan menggunakan pelbagai alat sebaran, cuma untuk rakyat yang berada luar dari Kelantan, mungkin internet dan email menjadi sumber utama berita disebarkan. Bagi saya, paling penting bila menerima email atau berita tentang Kelantan, saya merisik khabar dari saudara mara dan sahabat handai yang berada di kampung untuk mengesahkan. Itu saja. Paling penting, saya percaya bahawa, baik buruk sesuatu berita, ada rahsia tersembunyi yang akan memberi kesan samada jangka pendek atau jangka panjang. Seperti kata Ibnu Abas, kerja Tuhan penuh rahsia.

Pandangan peribadi saya, sesetengah perkara yang dicerita oleh media ataupun individu tertentu, kadang tu bukannya bertujuan untuk memburukkan, tapi keadaan tertentu membuatkan ia kelihatan buruk. (bergantung kepada corak penulisan [yg berkait rapat dgn niat dan matlamat penulis] dan pemahaman pembaca) Setiap maklumat diserap dan dinilai, namun ia masih belum boleh dijadikan sebagai penentu betul salah satu-satu pihak. Terkadang apa yang berlaku hanyalah satu kebetulan yang membuatkan salah faham. Apapun, Allah lebih tahu apa sebenarnya yang berlaku dan Dia sentiasa ada untuk membetulkan apa jua kesilapan dengan cara yang tersendiri. Cuma mampukah kita melihatnya dengan cara yang positif, agar tidak akan ada sikap menuding jari, mencari salah siapa yang akhirnya akan membawa kepada perselisihan dan perpecahan? Kepada pemberita atau penyampai berita, tanggungjawab anda berat, lalu laporlah sesuatu yang benar dan menyeluruh.

Saya tak pandai berbicara tentang politik, jadi maafkan saya andai ada tulisan saya yang kedengaran tidak matang dalam mengeluarkan pendapat. Saya sememangnya bangga juga bila ada yang bersuara mahu memperjuangkan nasib bangsa melayu dibawah pimpinan BN dan saya tahu ada sesetengahnya begitu ikhlas memperjuangkan nasib anak bangsa kita. Kepada pemimpin BN yang berjiwa begitu, hanya terima kasih mampu saya ucapkan.

Tapi maaf.... pemikiran saya melihat kepada sesuatu yang lebih besar iaitu Islam. Perjuangan Islam lebih luas, lebih telus, lebih realistik dan lebih mampu menyatukan pelbagai bangsa. Dalam Islam ada Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain, tapi Islam tidak mengenepikan bangsa lain yang selalu dikaitkan beragama selain dari Islam. Setakat ini, di Kelantan, saya tak dengar ada sungutan dari bangsa lain tentang ketidakpuasan hati terhadap pemerintah, jadi rasanya ia cukup untuk dijadikan bukti bahawa Kelantan telah berjaya menyatukan bukan sahaja bangsa Melayu, tapi juga bangsa lain yang beragama lain selain dari Islam.

Saya setuju dan amat tertarik dengan pendapat Mardiah. Ketakutan kepada ‘Islamophobia’ yang begitu merunsingkan. Bagi saya, fenomena ini terjadi kerana sikap sesetengah kita (bukan hanya para pemimpin, tapi juga kita sebagai pengikut) yang keterlaluan bila mengeluarkan pendapat sehingga mengeluarkan kenyataan yang agak keras sehingga menakutkan mereka yang bukan beragama Islam. Mungkin ada ketika tegas itu perlu, tapi biarlah kita gunakan pendekatan yang mampu buat mereka faham dan alami sendiri bahawa Islam tak seburuk yang disangkakan.

Saya selalu dengar orang kata, orang Kelantan pemikirannya lain. Saya pun tak tahu dimana lainnya, mungkin ya dan mungkin tidak. Tapi kalau dinilai dari segi corak kepimpinan, bagi saya Tuan Guru Nik Aziz lebih bersikap lembut dan bertolak ansur. Mungkin... saya tekankan sekali lagi, mungkin kerana sikap lembutnya itu, mudah menyerap hati kami semua, bangsa melayu dan juga bangsa lain yang tinggal di Kelantan. Mereka menerima pemerintahan Pas di Kelantan, malah tak rasa terpinggir walaupun beragama lain. Awalnya mereka takut juga, tapi setelah 18 tahun bersama Pas, mereka pasti mampu melihat sekarang bahawa kepimpinan Pas tak ‘sengeri’ yang dibayangkan, lalu PRU kali ini, sekali lagi sebahagian mrk terus memberikan mandat kepada Pas untuk memerintah.

Perak, Kedah, dan Selangor kini diberi peluang untuk membuktikan apa yang mereka laung-laungkan selama ini. Terserah pada mereka untuk meletakkan Islam atau Melayu sebagai asas perjuangan. Kalau memahami prinsip Islam yang sebenarnya, saya yakin kepimpinan mereka lebih telus dan jujur. Kalau membela Melayu sebagai asas, mungkinkah akan timbul isu tertentu yang akhirnya mengundang masalah lain?

Semoga Allah selamatkan masyarakat dan negara kita dari mengalami perpecahan yang merugikan.

A'kum....
saya sgt sokong ape yg dikatakan dalam blog nih...
kite sbnrnya dok dalam pemerintahan KERAJAAN MALAYSIA....
tp prasankah anda.. kekadanag jika ada je projek kerajaan yg nak bangunkan, pasti dieorg tulis kat board pemaju tu (SEBUAH LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL) walhal itu merupakan wang rakyat bukan wang BN...jadi BN x layak tulis cam tu....Bukan itu je.. jentera2 KERAJAAN MALAYSIA seperti RTM, BERNAMA, SPR, dll telah dimanipulasi utk pihak2 tertentu...
ini telah menimbulkan persoalan ketelusan dalam demokrasi....

Tanpa Nama

@Suara, perkara yang paling saya suka tentang Nik Aziz ialah kesederhanaan hidupnya walaupun beliau adalah seorang MB. Dulu saya adalah salah seorang rakyat yang berjaya dibasuh otaknya oleh media tentang betapa "jahat", "kolot", dan "melampaunya" manusia bernama Nik Aziz ini. Apa pun, kalau internet super duper laju, jom tonton Sehari Dalam Kehidupan Nik Aziz.

Semalam saya ada juga membaca kisah KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang enggan tinggal dalam rumah rasmi Ketua Menteri. Katanya tidak mahu membazirkan RM100 ribu untuk kepentingan dirinya. Semoga beliau betul-betul ikhlas dan istiqamah dengan apa yang dilakukan itu, kerana saya sudah naik respek kepadanya.

TQ Cik Suara atas komen-komen yang selalu bersifat bernas dan deskriptif ;)

@Anonymous, rakyat masih melihat bahawa Barisan Nasional adalah genericized trademark bagi kerajaan Malaysia. Macam orang beli mee segera. Katanya dia beli Maggi, tetapi sebenarnya dia membeli mee segera berjenama Mi Cintan dan Indomee.

Maggi, Sellotape, Pampers, Colgate, Photoshop, Google, dan Barisan Nasional adalah antara contoh-contoh genericized trademark. Kalau dalam produk, benda ni tak adalah masalah besar. Tapi bila ia melibatkan kerajaan dalam sebuah sistem demokrasi, agak payah jugalah sebenarnya. Tengok sahajalah negara kita, rakyatnya masih kabur dalam memahami apa itu kerajaan dan apa itu pembangkang.

Tenkiu suara. Izinkan hamba pulak menceritakan kisah daripada kawan kepada salah seorang ahli keluarga hamba yang pulang ke Kok Lanas untuk mengundi.

Alkisahnya, insan ini pun pergilah ke pondok panas BN untuk kelim. Setelah disoal siasat seketika, maka lalulah Datuk Seri Annuar Musa di hadapan pondok itu. Insan ini yang kenal baik dengan beliau pun menyapa beliau dari jauh, dan disambut. Melihat akan itu, petugas di situ dengan segera menghulurkan wang sejumlah RM200 tanpa banyak soal lagi.

Seterusnya, insan ini ingin pula mencuba nasib beliau di pondok panas PAS pula. Beliau disoal seperti biasa, dan setelah dapat dibuktikan beliau anak tempatan yang bertugas di luar Kelantan, maka berlakulah tawar-menawar. Petugas pada mulanya menawarkan RM50 dan seterusnya RM80, tapi insan ini meminta RM100 seperti yang sepatutnya dijanjikan (agaknyalah). Tapi, tiba-tiba isteri insan ini memanggil dari jauh dan berkata "Abang buat apa di pondok PAS tu?".

Terbocorlah rahsia insan ini penyokong BN, maka insan inipun terus berlalu dari situ tanpa menunggu lagi samada apakah petugas itu akan tetap menghulurkan wang itu atau tidak, hehe...

...

Haa, berkenan dengan Islamofobia di Malaysia ini, selain daripada suara² orang yang ekstrim yang secara tidak sengaja telah memberi gambaran yang salah terhadap orang bukan Muslim mengenai Islam, hamba rasa penyumbang TERBESAR ialah di kalangan pemimpin tertinggi yang menakut²kan para pengundi di kalangan orang bukan Muslim mengenai natijah yang akan berlaku sekiranya mereka menyokong parti ini. Sebagai Muslim, hati kecil hamba terasa "terhina" dengan kata² pemimpin ini. Bukannya nak memberikan goodwill mengenai Islam, malah menghina pula Islam, heh...

...

Kata² Anonymous (17 Mac 2008) itu memang terbukti menerusi sikap beberapa pihak di kalangan kita yang terasa seperti sudah "membelot" pada negara kalau tidak memangkah parti itu. Lawak... lawak!

...

Sensei, hamba mengandaikan anda dahulu menyangka Nik Aziz seorang Wahhabi? ;)

Oh, terima kasih atas pautan ke video yang anda muatnaikkan tu. Hamba kena tunggu dengan sabar sebab internet hamba sangat laju!

Kalau kisah KM Pulau Pinang itu kita tafsirkan sebagai sesuatu yang mirip kepada cara MB Kelantan, maka hamba juga sudah mula rasa respek lagi kagum pada beliau.

@Convoy, mana ada TG Nik Aziz berfahaman Wahhabi. Kan TG mengajar Sifat 20. Eh Convoy, hang tak takut ke dituduh sebagai 'pengkhianat bangsa' apabila hang respek dan kagum pada Guan Eng?

Hamba gusar juga. Tapi bila hamba tahu yang Guan Eng pernah dipenjarakan kerana membela seorang gadis Melayu bawah umur yang dirogol oleh seorang menteri berbangsa Melayu juga, hilang kegusaran hamba.

Lim Guan Eng, 1997.. seperti mana yang dikisahkan oleh Saudara Google.

@Ibnu Abas: media yang bersikap neutral memang agak idealis, tetapi kebebasan (bukan mutlak!) media adalah perlu di samping memecahkan monopoli terhadap media arus perdana. Seperti juga kerajaan, media perlu ada check-and-balance. Pemecahan monopoli akan memastikan media tadi bersaing dan berusaha ke arah mendapatkan kredibiliti dan kepercayaan pembaca/penonton/pendengar dengan berita yang benar dan telus.

@mardiah: kalau nak tunjukkan Islam itu agama universal, buat seperti yang dibuat oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA, jelmakan Islam dalam diri. Memanglah ia memakan masa yang panjang tetapi kesannya mungkin akan berkekalan berabad lamanya...

Dan juga sepatutnya (seperti yang dikatakan oleh Sdr Convoy), 'orang-orang Islam' yang menjadi pembelot (munafiq?) itu tak sepatutnya diberikan muka untuk bercakap bagi pihak Islam.

@Sensei: cadangan mengenai pemberian tempat/bantuan pelajaran berdasarkan kedudukan ekonomi semata-mata itu tidaklah hamba persetujui seratus-peratus. Merit juga sepatutnya diambil kira supaya kita tidak ketandusan golongan ilmuwan dan intelek yang berwibawa. Bagaimanapun ia memerlukan formula yang perlu dibincangkan dengan lebih mendalam; yang nyata bukan di blog yang terhad ini... ;-)

Dan lagi satu, hamba lebih suka (tak tahu pula dengan orang lain) sekiranya orang Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa itu hanya dirujuk sebagai RAKYAT... kerana kita tidak mahu lagi merujuk rakyat sebagai bangsa! Heh... ia hanya cadangan hamba.

inasni

Salam. Lama hamba tak melontarkan komentar di sini.

Ya Sensei, soal TG Nik Aziz tu, hamba tidaklah cenderung nak mengatakan beliau itu sepertimana yang hamba sebutkan sebelum ini.

Tapi hamba dok perhati, dari ilmu hamba yang tak seberapa ini, terdapat beberapa perkara/pendapat beliau yang "kureng" selari dengan pendapat/pegangan yang kita dok pegang selama ini.

Tak tahulah sama ada beliau memang nak berkata sebegitu, atau hamba yang salah faham (maklumlah, ilmu kurang). Tapi banyak kali jugak hamba salah faham ni, dan orang di sekeliling pun, salah faham jugak. Hamba rasa kalau orang awam salah faham kata² ulama, yang menjadi panutan mereka, maka tidakkah itu sesuatu yang agak "merbahaya"?

Hamba bagi contoh. Khutbah Jumaat di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, 21 Mac lalu. Malam sebelum tu, majlis ceramah Maulidur Rasul di Stadium Sultan Abdul Halim, hamba tak sempat dengar ceramah yang beliau sampaikan sebab hamba balik awal, haha! Sempat dengar TG Hadi Awang saja, kira oraitlah tu. Alhamdulillah, mujur waktu nak Solat Jumaat, tetiba terfikir nak ke Masjid Al-Bukhary, padahal hamba memang tak tahu TG Nik Aziz memang dijadualkan ke situ.

Maka dapatlah hamba mendengar secara langsung, khutbah yang disampaikan oleh TG Nik Aziz. Nak cerita apa yang beliau cakapkan, yang hamba "kureng" setuju tu, nanti takut hamba terpetik di luar konteks pulak. Alhamdulillah, ada hamba Allah yang memuat naikkan video khutbah itu di Youtube. Alamatnya ialah http://www.youtube.com/watch?v=UKcgMj0FZ4U.

Sila perhatikan pada minit ke 3:32, apabila beliau mula menceritakan sejarah Sambutan Maulid. Kemudiannya hamba jadi tak berapa setuju dengan cara ayat yang beliau sampaikan pada minit ke 4:57. Yang buat hamba "kureng" setuju tu bukannya apa, tapi sebab beliau kata "pada waktu kelahiran Nabi SAW, baginda tiada kaitan dengan kita, lepas baginda dapat wahyu 40 tahun lepas baginda lahir, baru baginda ada kaitan dengan kita".

Dan pada minit ke 6:24, beliau cadangkan supaya kita membesarkan hari Nuzul Al-Quran (ini tiada masalah, secara dasarnya hamba setuju, biarpun pada sekali imbas, ini seperti suatu perayaan penganut Syiah pulak, cuma bezanya, ianya disambutkan pada hari terakhir turun wahyu).Pada minit ke 6:57 jugak hamba kurang setuju dengan cara ayat itu dilafazkan. Hamba tak beranilah nak ulas, kiranya silalah dengarkan sendiri.

Maka, seperti yang selalu diucapkan, kita "berlapang dada" dengan perbezaan pendapat. Tapi hamba jadi tak reti nak menjawab soalan kenalan hamba yang bertanya, "kenapa cara beliau cakap tu macam tak berapa setuju dengan sambutan Maulid". Dan ada ketikanya, kelihatan ada ilmuan tertentu yang memandang remeh pada orang awam yang disifatkan sebagai "tak cukup ilmu, tak mengaji" dan sebagainya. Jadi mereka tidak cuba untuk memahamkan "orang awam" ini mengikut tahap pemikiran mereka, bahkan mengabaikan mereka (agaknya sebab itulah ramai jugak orang muda yang terpengaruh dengan aliran you-know-what ;)).

Biarpun isi kandungan khutbah itu lebih banyak manfaatnya yang lain, namun biasalah, orang akan lebih mengingati sudut² yang kontroversi. Tambah pulak hujah itu dikuatkan dengan artikel sebaran Hizbut Tahrir (setiap hari Jumaat memang ada disebarkan secara percuma) yang turut membangkitkan isu sambutan Maulidur Rasul dan, secara ringkasnya, mengatakan benda ini Nabi SAW tak buat.

Tapi, yang bestnya, rupanya perkara ini turut mendapat perhatian oleh seorang ulama yang boleh dikatakan tersohor di bumi Nusantara ini. Ingatkan hamba sorang saja yang dok berteka-teki, rupanya ada orang hebat juga yang telah merespon mengenai khutbah itu.

Yang menjadikan hal ini lebih lucu, respon itu diberikan oleh tokoh ini, beberapa jam selepas khutbah itu, iaitu pada hari yang sama, di masjid yang SAMA!

Alhamdulillah, biarpun (sekali lagi) hamba tidak menyedari bahawa adanya majlis tokoh ini di situ, dan akibatnya hamba telah termiss untuk mengikutinya, tetapi pada awal pagi Jumaat itu, Allah telah mempertemukan hamba dengan majlis tokoh ini. Siap sempat berjabat tangan lagi dengan tokoh ini.

Tokoh itu ialah Syeikh Nuruddin Al-Banjari. Pada kuliah/majlis ilmunya di masjid yang sama, beliau telah mengulas isi khutbah tersebut. Rupa²nya, beliau juga tidak bersetuju dengan cara "ayat" yang disampaikan dalam khutbah, mengenai perkaitan kelahiran Nabi SAW dengan kita.

Maknanya, kami sependapat (cewah!). Beliau juga rasa apa hamba rasa. Bezanya, "perasaan" hamba setakat itu sajalah, tak dapat nak ditunjangi dengan hujah yang kuat. Sedangkan ketidaksetujuan Syeikh dapat dikukuhkan dengan dalil² yang kuat.

Oh ya, hamba Allah yang sama juga telah memuatnaik video jawapan Syeikh Nuruddin Al-Banjari ini di Youtube. Alamatnya ialah pada http://www.youtube.com/watch?v=h0Ps7Kqd8g0 dan bahagian kedua pada http://www.youtube.com/watch?v=Z76bCOJl7Bo.

Apa niat si pemuatnaik ini, hamba pun tak pasti, tapi kita sangka baiklah pada beliau, dan juga pada kedua² tokoh ilmuan ini mengenai perbezaan pendapat mereka masing². Hamba pulak, akan ikut pendapat yang selari dengan apa yang memang dari dulu hamba dok dengar. ;)

Paling koman pun, manfaat yang boleh diperoleh melalui video² ini ialah bagi mereka yang meminati tokoh² ini tetapi tidak dapat/sempat menghadiri majlis yang mereka hadiri. Maka, oleh itu, bersangka baiklah pada hamba yang meletakkan pautan ke video² ini, heheh...

P/S: Maaf, komentar panjang lebar ini lari terus daripada topik asal. Yang berkait dengan komentar ini ialah kerana hamba merespon pada respon bagi komentar terakhir hamba di sini dahulu.

Walau bagaimanapun, sebenarnya perkara ini masih ada sedikit hubungkait dengan pilihanraya, lebih tepat lagi, ianya merupakan kesinambungan bagi "keputusan pilihanraya yang terlampau (mengejutkan)". Disebabkan keputusan sebegini, disebabkan sebuah negeri ini berubah pemerintah, maka seorang tokoh itu akhirnya dapat berkhutbah negeri berkenaan. Dan akibatnya, kita dapat tonton video² ini... B)

Jangan lupa Convoy yang Nik Aziz ni perjuangannya lebih kepada siasah dan haraki. Biasanya para ulama yang berjuang dalam hal ni agak berbeza pendekatannya berbanding para ulama yang lebih kuat mengambil jalan tradisional, yang mana selalunya mereka ini lebih kuat rasa cinta dan mahabbahnya kepada sambutan kelahiran Nabi, dan mereka jugalah yang paling lantang bersuara bila ada mana-mana pihak yang membida'ahkan (atau sekadar mengkritik) majlis mawlid.

Kata-kata TG Nik Aziz, "pada waktu kelahiran Nabi SAW, baginda tiada kaitan dengan kita, lepas baginda dapat wahyu 40 tahun lepas baginda lahir, baru baginda ada kaitan dengan kita", hamba rasa memerlukan penjelasan yang lebih mendalam daripada Tuan Guru sendiri. Ingat isu "Allah samseng" dan "orang utan"? Cuma kadang-kala hamba harap TG mengeluarkan kenyataan yang lebih ringkas, tepat dan padat tanpa memerlukan sebarang penjelasan yang kedua.

Selama mana prinsip PAS tidak dicemari dengan pendekatan Islam yang mempunyai set pemikiran ala-ala Hizbut Tahrir, Al-Ahkam.net, dan Rasul Dahri, hamba yakin PAS mampu meyakinkan rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa di Malaysia ini bahawa PAS is seriously for ALL.

PS: Oh ya, jangan samakan juga majlis sambutan Maulidur Rasul yang membawa sepanduk berarak di jalan dengan majlis yang benar-benar membaca mawlid dan qasidah ;)

Ya, berkenaan "harapan" anda itu, inilah aspek yang hamba rasa beliau seriously harus pertimbangkan. Kata² beliau ini biasanya perlukan penjelasan kedua. Bagi yang dah kenal beliau, yang pernah berguru dengan beliau, mungkin tiada masalah. Tapi kasian donk pada orang awam!

Orang awam bergantung harap pada ulama. Apa saja persoalan mereka mengenai agama, kepada ulama la mereka bergantung harap.

Adapun, kalau sesuatu isu itu sudah lama diterima pakai, yang tiada keraguan mengenainya, namun tiba² muncul individu agamawan yang memberikan pendapat yang "ganjil", yang membuatkan orang awam jadi ragu-keliru, maka hal ini seharusnya tidak berlaku. Bukan semua orang di dunia ini "cendekiawan".

Kalau ulama berkata sesuatu yang "memeningkan", mereka (orang awam) akan keliru dan terus keliru kalau tidak diperjelaskan.

Oleh yang demikian, hamba berasa beliau perlu melantik beberapa orang kanan sebagai "menteri penerangan" beliau, untuk menerangkan maksud sebenar kata²nya, bilamana timbulnya kekeliruan. Ataupun sesiapa yang sudah kenal betul dengan beliau, sudah pernah berguru dengan beliau, silalah tampil memberi penerangan. Jangan emosi pulak sudahlah, hehe!

...

(selingan)

Hamba rasa sedikit jengkel dengan beberapa orang di alam siber ini, bila ada yang menanyakan hal ini (dalam ruang chatbox saja pun, haha!), mungkin si penyoal itu ikhlas nak tahu (kalaupun tidak, kita perlu bersangka baikkan?), tapi yang menjawab itu adakalanya tidak membantu, malah menuduh pula si penyoal dengang tuduhan yang agak tidak wajar (contohnya: cari gaduh).

Ada pula yang buat kesimpulan si penyoal itu tiada disiplin ilmu tertentu yang membolehkan beliau mengerti jawapan, maka bertindak untuk mengabaikan saja si penyoal itu. Wah, kalau penyoal ini sudah "berilmu", untuk apa beliau bertanya kan?

Jadi, hamba lihat, adab segelintir orang berilmu ini tidak membantu. Adakalanya kelihatan seperti mereka bongkak dengan ilmu mereka. Ada pulak yang mempersoalkan kewajaran menggunakan alam siber sebagai wadah menuntut ilmu. Kalau itu macam, tak hairanlah geng "you-know-what" tu lebih mendapat tempat di kalangan orang muda, yang tak berilmu tapi ada kecenderungan dan keinginan untuk belajar biarpun sedikit.

Bertalaqqi tu bertalaqqi juga, tapi jangan diabai terus alam siber ini. Memang ini zamannya, tidak boleh kita nafikan peranannya. Tak percaya, sila rujuk keputusan pilihanraya tahun ini, peranan "siapa" yang membawa kepada keputusan sebegini? Jeng jeng jeng... hehe!

(tamat selingan)

...

Oh, pemikiran ala Hizbut Tahrir tak dapat diterima ya? Mujurlah selama ini pun hamba baca SOUTUN NAHDAH (SUARA KEBANGKITAN... akhbar mingguan (?) Hizbut Tahrir) yang diedar percuma setiap hari Jumaat di masjid² sekitar tempat hamba setelah selesai solat Jumaat itu secara "sebelah mata" saja, heheh! Walau bagaimanapun, ada juga beberapa pandangan mereka yang nampak menarik dan "macam betul".

...

P/S: Iya, hamba tahu sambutan Mawlid itu merujuk kepada acara berqasidah itu. Bahkan majlis sebegitulah yang dirujuk oleh beliau dalam khutbahnya (tak "ter"masuk dalam rakaman di Youtube itu, sebab rakaman itu tak bermula dari awal² khutbah beliau). Hamba mendengar beliau berkata lebih kurang begini "majlis kita selawat yang ada ketikanya kita berdiri".

...

Siyasi ka, haraki ka, tradisionali ka, marilah kita cari titik pertemuan. Nak cari titik pertemuan tu senang ja. Salah satu yang paling penting ialah, JANGAN timbulkan isu yang kita berbeza pendapat mengenainya, hehe! B-)

Salam.
Tak tahu patut atau tidak saya memberi pendapat saya di sini kerana saya bukanlah orang yang berilmu dan saya juga bukan berguru dengan mana-mana ulama. Walaupun salah seorang ulama dan pemimpin yg saya kagumi ialah TG Nik Aziz, tapi saya bukanlah anak muridnya, jadi tak berhak dan tak layak untuk saya bercakap bagi pihaknya. Seperti juga sdr Saladin, saya tak mampu nak kemukan dalil menyokong atau menyanggah apa yg diperdebatkan disebabkan diri yang kekurangan ilmu.

Tapi berbekalkan harapan untuk melihat masyarakat Islam kita selalu cuba untuk berfikir secara positif, saya cuba untuk meluahkan apa yang ada di fikiran saya. Erm... Bukankah setiap orang punya pendapat yang tersendiri, samada pendapat itu diluahkan dengan perbezaan kumpulan yang amat ketara (spt parti) ataupun dlm kumpulan itu sendiri (perbezaan suara dlm parti). Ulama juga manusia biasa yang punya pendapat sendiri mengikut kecenderungan pemahaman masing-masing.

Saya dah dengar rakaman yang sdr Saladin pautkan bersama dengan komennya. Terima kasih. Saya menulis bukan berniat untuk menyatakan saya sekepala ataupun bersetuju dengan ulama yang mana satu tentang isu ini, kerana kedua-dua mereka amat saya kagumi lantaran memiliki ilmu agama yang mendalam. Bila saya dengar ceramah dari dua ulama yang kaitkan, saya cuma mahu berfikir secara mudah dan ringkas. Tak sesuai saya menampilkan diri untuk memperdebatkan tentang siapa yang betul atau siapa yang ‘lebih’ betul dan menguraikan kenapa timbul rasa kurang setuju dlm isu sambutan Maulid Nabi ini.

Sebelum saya memusatkan perhatian kepada persoalan yang sdr Saladin timbulkan, sekilas pandangan tentang apa yang saya rasa bila membaca tulisan Saladin. Mengikut pemahaman saya bila membaca komen dari sdr Saladin; anda tahu bersangka baik mmg penting, tapi bagaimana nak menerangkan fikiran yang merasakan apa yang diluahkan oleh TG Nik Aziz sedikit bercanggah dengan pendapat sendiri? Betul ke?Rasanya itu yang menjadi persoalan anda dan juga kebanyakan dari kita kerana bila timbul percanggahan sebegini, maka akan timbul jugalah orang yang mempertikaikan kenyataan itu, lalu bila diulas dan dikembangkan akan membentuk satu medan perdebatan yang menghadiahkan ‘kesuaman’ atau ‘kepanasan’ dalam hati kalau tak kena caranya.

Bagaimana nak mengatasinya? Memanglah kalau boleh sebaiknya TG sendiri memberi penjelasan untuk kenyataan yang diberikan, tapi beliau bukanlah ahli cyber yang mengadap komputer untuk melihat komen yang terpapar di internet dan chatbox. Lalu saya rasa pentingnya kita cuba berkongsi pendapat mengikut pemahaman masing-masing. Kalau kita jumpa titik persetujuan, alhamdulillah. Kalau tidak, lupakan saja dan anggaplah ia sebagai pendapat individu yang tak perlu kita sanggah kerana rambut sama hitam tapi hakikatnya kita punya pemikiran yang berlainan. Jangan sampai ada bara yang membentuk nanah di hati kita. Ingat tu...

Ops... panjang benar mukaddimah saya ni. Maaf. Berbalik kepada isu ceramah Maulid yang dikemukakan, saya sebenarnya lebih suka melihat yang TG Nik Aziz hanya meluahkan pendapatnya yang merasakan apa yang dia rasa 'lebih penting', bukannya tak penting tapi lebih penting. Mungkin ayat yang digunakan tidak sesuai dan tidak tepat, lalu wujudnya pemahaman yang berbeza. Tapi masa khutbah Jumaat, mana ada sesi soal jawab, kan? Lalu apa yang dinyatakan tidak dapat dipersoalkan ketika itu juga bagi membolehkan pemahaman yang lebih tepat. Satu lagi kemungkinannya ialah TG Nik Aziz tu orang Kelantan yang menggunakan slang dan gaya bahasa orang Kelantan tapi dijemput berceramah di Kedah, dan Ustaz Syeikh Nuruddin pula masih ada slang Jawanya (betulkan?), juga berceramah dikalangan audien yang rasanya bukan semuanya berdarah Jawa. Saya pernah dengar ceramah Ustaz Syeikh Nuruddin secara live, ada juga bahasanya yang tak difahami kerana slang yang agak pekat. Bila difikirkan kembali, tidak mustahil sedikit sebanyak slang dan gaya bahasa mempengaruhi pemahaman tentang apa yang disampaikan.

Bila TG Nik Aziz menyatakan "pada waktu kelahiran Nabi SAW, baginda tiada kaitan dengan kita, lepas baginda dapat wahyu 40 tahun lepas baginda lahir, baru baginda ada kaitan dengan kita", apa yang saya faham ialah dia cuma nak mengatakan bahawa ajaran Nabi SAW lebih banyak yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan kita selepas Baginda menerima wahyu yang pertama berbanding dengan sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul. Memang tidak dinafikan kisah sepanjang hidup Baginda adalah kisah contoh yang perlu kita kenang dan ikuti (termasuk sblm baginda diangkat menjadi Rasul) tapi hakikatnya segala tentang Baginda lebih banyak dikisahkan selepas Baginda dengan rasminya dilantik menjadi utusan Allah. Setiap kata-katanya menjadi ungkapan yang penuh dgn ilmu bila Allah mengangkat dia sebagai perantaraan. Segala butir bicara dan perlakuannya menjadi perhatian lalu segala yang berkaitan dengan Baginda dicatit untuk dijadikan panduan kita umat Islam. Memang peribadi dan kisah hidup Baginda sebelum menjadi Rasul turut diceritakan dan dijadikan panduan untuk kita umat Islam, tapi tidak sebanyak dan sedetail selepas baginda diturunkan wahyu yang pertama.

Kerana pemahaman dan bandingan penilaian ‘sebelum dan selepas’ itulah saya rasa apa yang TG Nik Aziz nak sampaikan ialah mana yang dia rasakan ‘lebih’ penting. Kerana itu juga beliau cenderung mencadangkan dan mengatakan bahawa dia 'merasakan' Nuzul Quran lebih penting dari Maulid Nabi kerana ianya adalah titik perubahan utama, iaitu permulaan ajaran Islam yang sebenar-benarnya, yang mana akan kekal sehingga keakhir zaman. Tambahan pula setahu sayapun Maulid Nabi memang tidak dirayakan dizaman Baginda, dengan kata lain tidak ada sambutan hari jadi ataupun birthday celebration sepanjang hayat baginda. (Sila betulkan kalau ada dalil yang mnunjukkan ada sambutan sebegitu dizaman Baginda). Namun kerana kita amat menghargai Baginda dan berharap generasi yang dilahirkan akan mencontohi keperibadian baginda, maka diadakan majlis mengingati kelahiran junjungan besar kita iaitu Maulid Nabi yang mana kadang tu disertakan dengan acara khusus untuk bayi. Rasanya tak salah berbuat begitu kerana itu adalah harapan setiap individu yang mempunyai anak. Lagipun memperdengarkan selawat dan qasidah adalah zikir memuji yang amat digalakkan, cuma terserah kepada kita samada mahu melakukannya secara berkumpulan ataupun bersendirian. Sama juga samada berdiri atau duduk semasa berselawat, itu hanyalah cara yang lebih disukai, bukannya ada betul salah pun. Itu saja.

Apapun, memang sudah namanya manusia, tahap pemahaman dan cara pemikiran juga berbeza antara individu. Bila sesetengah orang berucap atau berceramah, bukannya mrk sengaja nak membuatkan kita yang mendengar ni pening kepala,dan tak mahu cuba untuk memahamkan kita, tapi saya rasa mrk tak pasti sejauhmana pemahaman kita tentang apa yang telah disampaikan. Kadang tu ayat yang ringkas dan mudah juga boleh tersalah faham, apatah lagi kalau ayat yang panjang. Skil individu berbeza, contohnya saya sendiri, mmg tak tahu buat ayat pendek dan ringkas. Maaf kalau ada yang pening membaca komen saya ni. :)

Satu lagi... Kadang apa yang diluahkan adalah apa yang terlintas difikiran tika itu, bukannya apa yang di rancang untuk dikatakan.... lalu kerana kita ada sifat spontan yang wujud dlm setiap keadaan, maka terbitlah ungkapan yang kadang tu tak sedap didengar. Saya pun kadang tu ‘terkejut’ dgn istilah tertentu yang digunakan oleh TG seperti yang sdr Tawel kita sebutkan, tapi saya selalu fikirkan yang mungkin terkadang tu TG Nik Aziz bukan sengaja nak buat orang salah faham dan sakit hati. Dia juga manusia biasa, walaupun ulama tapi tetap ada kelemahan dan kekurangan, maka kesilapan tetap berlaku bila mengungkapkan sesuatu. Memanglah amat baik kalau bila timbul sesuatu isu atau salah faham, keadaan itu dapat dijelaskan oleh tokoh yang berkenaan, sepertimana dalam isu ini ialah TG Nik Aziz sendiri tapi kadang tu dia pun tak berpeluang untuk menjelaskannya kerana kekangan tugas dan channel komunikasi yang terhad. Mungkin jugak kerana dia tak tahu adanya orang yang tak faham dan tak setuju dgn apa yang diperkatakan, lalu tak ada penjelasan yang dibuat.

Akhir sekali, mengulas satu statement oleh sdr Saladin, bagi sayala lah kan... pendapat yang sesetengahnya dirasakan ‘ganjil’ hanya berlaku pada individu yang memahami dengan cara yang berbeza, bukan soal orang tu cendikiawan atau tidak. Namun, jangan jadikan pemahaman yang berbeza menjadi punca percanggahan antara kita umat Islam.

Mohon maaf kalau ada yang salah faham tulisan saya ini. :)
Wassalam.

@Suara, saya selari dengan pandangan yang ini:

Bila TG Nik Aziz menyatakan "pada waktu kelahiran Nabi SAW, baginda tiada kaitan dengan kita, lepas baginda dapat wahyu 40 tahun lepas baginda lahir, baru baginda ada kaitan dengan kita", apa yang saya faham ialah dia cuma nak mengatakan bahawa ajaran Nabi SAW lebih banyak yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan kita selepas Baginda menerima wahyu yang pertama berbanding dengan sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul.

TQ Suara atas komen yang panjang lebar :)

Asssalamu'alaikum

Setelah mendengar kedua-dua video tersebut (Khutbah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ulasan Syeikh Nuruddin Al-Banjari), apa yang saya faham ialah.

Nabi s.a.w lahir, kita juga lahir. Jadi kelahiran tu belum membuktikan apa-apa. Tetapi, bila wahyu diturunkan kapada Nabi s.a.w, time tu barulah sah keseluruhan hidup baginda s.a.w mempunyai perkaitan dgn umat.

Sebab apa, sebelum wahyu turun, siapa yang mengesahkan kebenaran nabi? Hanya orang2 Quraish sahaja (Al-Amin). Bila wahyu turun, Allah s.w.t sendiri yang mengesahkan kebenaran Baginda, hatta pengesahan yang diberikan oleh orang2 Quraish itupun disahkan oleh Allah s.w.t walaupun akhirnya ada orang Quraish sendiri mengatakan bahawa Nabi s.a.w gila."

Jadi, apa yang Tuan Guru Nik Abdul Aziz cakap tu (pada fahaman saya) merujuk, jika kelahiran Nabi s.a.w tidak disusuli dengan penurunan wahyu, maka tidak ada hubungkaitnya dengan umat.

Manakala, saya mengambil ulasan Syeikh Nuruddin Al-Banjari sebagai penerangan bahawa, Telah sahih penurunan wahyu ke atas Nabi s.a.w, maka kelahiran Nabi s.a.w ada hubungkait dengan umat.

Keutamaan di beri kpd nuzul al-qur'an, kerana nuzul al-qur'an mengesahkan kerasulan dan hubungkait baginda s.a.w dengan umat dari lahirnya sampai wafatnya.

itu dari apa yang saya faham.

Kalau salah, tolong betulkan.

Salaam.

Mungkin sebagai penutup bagi isu "pilihanraya" (yang dah melencong akibat hamba, guilty as charged!), maka izinkan hamba memaparkan perspektif yang sedikit berbeza mengenai kisah antara dua Syeikh ini.

Hamba pun sering juga melawat dan membaca tulisan Ustaz ini di laman sesawangnya, maka terjumpalah hamba akan pendapatnya yang ini. Silalah klikkan ia ;) ...

P/S: Kalau dilihat pada potret (gambar) Ustaz ini, kelihatan beliau ini seperti Syeikh Nuruddin versi Malizi yang muda sedikit, hihihi... =)

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.