Back to home page

3F - Fakta, Fitnah, Fasik

16 Mac 2008 • 9 Komen Cetak Chenta!
I
Kepadamu ahli-ahli politik yang membuat pelbagai kenyataan yang bersifat kontroversi atau pun tidak: Citation is always needed. Berikan saya fakta, statistik, graf dan carta pai.

gambar kartun politik

II
Kepadamu media arus perdana, etika kewartanan yang baik adalah sesuatu yang sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia, khususnya buat masa ini. Berikan saya berita yang adil, telus, tidak memfitnah dan tidak juga memprovokasikan semangat perkauman.

Sabda Rasulullah sallahualayhi wassalam:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
"Tidak masuk Syurga orang yang menabur fitnah." (Hadith riwayat Imam Muslim)



III
Kepadamu rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya, Allah telah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ
فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِي


Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al Hujurat ayat 6)

9 Komen Tambah Komen↴

Wah... boleh buat blog baru ni... 3F. Blog aku 3K... huhuhu.

Kini rakyat mahukan fakta dan bukti untuk kebenaran!

Salam...

Peringatan yang cukup baik... semoga kita semua akan dilindungi dari niat jahat sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan. Amin.

mula-mula baca agak tak berapa faham entri kali ni, tapi selepas diulang beberapa kali, barulah saya mengerti..

rupanya entri tentang sebaran berita-berita tanpa bukti dan penuh kontroversi.

walau bagaimanapun, ada juga berita yang ada bukti, tapi buktinya meragukan.

dan sekarang ini tak tau nak percaya pada siapa..

oh dunia akhir zaman..isk.

@Rean, hanya mereka yang mengikuti perkembangan semasa dan membaca berita dari pelbagai sumber sahaja yang akan mengerti entri ini ;)

TQ kipp dan suara untuk komen yang diberikan!

isk. kantoi jarang baca surat khabar, atau orang sini kata koran.

haha.

Hmmm... malangnya, yang terjadi di negara kita yang tercinta ini ialah, media (arus perdana) bertindak sebagai ajen fitnah dan sekaligus sudah menjadi golongan fasik yang kita perlu berhati² apabila menerima perkhabaran daripada mereka...

...

Yeehaa, ini tersangat mencerminkan sikap dan stail ahli-ahli politik di negara kita, terutamanya dari pihak tertentu itu, ehem ehem...

Mereka hanya mengeluarkan "fakta" daripada "kepala lutut" mereka, secara spontan, dan media (arus perdana) pun menyalin balik secara bulat² apa yang diperkatakan, seolah macam kata² mereka ini suatu "fatwa".

Teringat pula pada sesi "Debat Ala Parlimen" yang hamba pernah jalani sebagai salah satu daripada penilaian untuk suatu jawatan. Sudah nasib, hamba diletakkan di pihak "kerajaan". Malang lagi, pihak "pembangkang" bijak berhujah dan mempersoalkan sekaligus mematahkan segala hujah kami dengan meminta "bukti", "fakta", "statistik", serta memaparkan bukti² yang memihak kepada mereka sebagai hujah balas.

Entah kenapa tak ada sesiapa langsung di kalangan kami ("kerajaan") yang nak terfikir untuk "merekacipta" sendiri fakta, sebab ini suatu sesi olok² yang tak perlukan sandaran fakta sebenar pun, cukuplah sekadar untuk mengukuhkan hujah di kalangan pihak "kerajaan".

Tapi itulah, mungkin kami ini wakil² kerajaan yang "jujur" sangat kot, tak mampu nak "menipu", heheh! "Beruntung" atau "malang" bagi pihak kerajaan kalau mendapat orang seperti kami sebagai wakil mereka? B-)

Apahal pun, ini membuktikan, memang susah bagi seseorang yang "jujur" untuk berpihak kepada "kerajaan", sebab tiada hujah yang dapat digunakan untuk membela pihak ini. Kalau kita tengok di media pun, memang jelas kelihatan wakil² kerajaan majoritinya tidak memberikan hujah yang bernas (syukur beberapa wakil yang tidak bernas ini ramai yang kalah, termasuklah seorang dari negeri hamba... buat malu orang negeri hamba saja ada manusia macam itu di Parlimen!).

Kesimpulannya, mudah lagi menjadi pembangkang! =))

P/S: Ahli politik dari pihak yang "tertentu" itu seharusnya belajar dari Sensei, memberi hujah semuanya disandarkan dengan fakta... ;)

Huish Convoy, bila masa hamba cakap SEMUANYA berfakta? Okaylah, kalaulah selama ini hamba cakap berfakta, kali ini nak buat satu kenyataan yang tidak sempat nak cari fakta sokongannya:

Dasar Ekonomi Baru, DEB adalah satu dasar bijak yang dilancarkan pada tahun 1970. Dasar yang salah satu matlamatnya ini adalah untuk meningkatkan ekuiti Melayu dan Bumiputra ke paras sekurang-kurangnya 30% ini, hanya dirangka untuk jangkamasa 20 tahun sahaja.

Dengan kata lain, ia sepatutnya sudah tamat secara rasmi pada tahun 1990. Ia mungkin masih diteruskan selepas tahun 1990 kerana ekuiti Bumiputra hanya berada pada tahap 18% sahaja di waktu itu, dan malangnya ia menurun kepada 15% pada tahun 2000.

Tidak dapat dinafikan bahawa idea bijak Tun Abdul Razak ini telah berjaya mengangkat status ekonomi Bumiputra ke tahap yang jauh lebih baik, namun sepertimana yang menjadi isu sekarang, yang dipersoalkan adalah ketelusan dan keadilan perlaksanaanya di masa kini.

Sebenarnya apa yang patut kita risaukan sekarang adalah isu Wilayah Pembangunan Iskandar. Che Det pun dah naik risau tentangnya. TV3, RTM, Utusan dan Berita Harian saja lagi yang masih belum risau!


PS: Tak suruh percaya kerana hamba tak letak citation :p

Untuk mengelakkan hamba dilabel sebagai Pro-Barisan Rakyat, ada baiknya juga orang-orang UMNO membaca blog beberapa orang kuat UMNO sendiri seperti A Kadir Jasin dan Ruhanie Ahmad. Hamba sokong apa yang baik dari BN atau BA dan menolak apa-apa yang batil dari mereka.

Kpd semua

Usalah lah meluapx2kan semangat anti party ataupun bias fakta dan etcx3. Itulah hakikat dunia , makin dikejar makin tertekan dan jangan pula kamu sekali diconsume olehnya. Ingat tak puas hati kat kerajaan , sakitnye hati ngan kezaliman hanyalah sekirax2 paling lame pun bagi Umat ni 100 taun je (lazim). Persediaan kat alam baqa cam mane! itulah yg lebih aula..

Hatta Iblis makhluk yg dilaknat dan "the main catalyst of all these heretic and hectic "events pun kita tidak dianjur untuk melaknat or buat diskuisi menceritakan keburukkan iblis.

Berkata Rabiuatul Addaiwiyah "yang lagu In-Team suke nyanyi tu eh Inteam eh", "Daku menyintai Allah Taala sehingga tidak ada masa membenci Iblis".

Kita dapat nilai sendiri bagaimana pengantungan kehidupan kita terhadap dunia ini sendiri.

Bukanlah bermakna hampba reject politik ke dok. Tapi maybe aku rasa kene kasik sedikit tanbih di sini:

"Tulislah sesuatu yang menyelamatkan kamu di akhirat".

So once again yeah i agree citation is needed. But beware!!!

1. False accusation leads to fitnah. and it'm more terrible for a Muslim to fitnah another Muslim.

2. True accusation leads to ngundat "bahasa Jawa" atau Melayunye ngumpat. Dan dosa mengumpat itu juga besar.

3. Diam kerana kecut itu bacul, tapi kalau diam kerana khuatir apa yang disebut kelak akan mendatangkan lagi fitnah adalah baik. Diam kerana khuatir apa yang disebut berpunca dari kemarahan juga baik. Kesimpulannya. lidah/tangan hanya cakap/tulis selepas berfikir. Think before you talk.

Terlajak google boleh tekan go back. Terlajak submit post ishx2 at the mercy of Tawel
Terlajak kata.... hish.. no comment

Aduih aku sendiri tak citied ape yang aku tulis.

janganlah memperbesarkan isu politik tuduh menuduh..krit menkritik ni..sy sdiri pn dh naik meluat ngan org yg sgt2 taksub ngan politik hingga sggup memaki..mencercerca pihak lawan..astgfirullahalazim apa dh nk jdi nga dunia skrg lebih2 kt malysia..
kt kg sy nun pn ada isu politik melampau ni..sy nk kongsi satu cerita la..kalu seorg dri parti...menjadi imam semua yg dari parti lain xikut jemaah solat..ishh..ishh..smpai mcm tu skali..moga diorg ni sedar apa yg diorg buat tu...
berbalik kpd isu sebaran berita tanpa fakta or bukti ni sbenarnya dh bnyak berlaku..kerja wartawan tu sebenarnya mencari berita kdg2 betul tpi kdg2 ada jgk yg fitnah utk melariskan majalah atau rancangan diorg..jdi jgn mudah percaya..dia bt dia tggung..moga kita x tergolong dlm golongan itu..muhasabah diri dn saling ingat mengingat termasuk diri sy jga yg khilaf ini..

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.