Back to home page

Kenapa Kau Tidak Mengundi?

05 Mac 2008 • 7 Komen Cetak Chenta!
Selamat mengundi saya ucapkan kepada sesiapa yang bakal mengundi di Pilihan Raya Umum ke-12 pada hari Sabtu ini, 8 Mac 2008! Di bawah pula adalah undi bagi kawasan Parlimen Hembusan. Ehem, saya jamin undian anda di bawah adalah rahsia.

KEPUTUSAN: Proses undian telah ditutup pada 1 May 2008. Dari 103 orang yang mengundi, maka inilah keputusannya. Sesungguhnya rakyat telah bersuara!

7 Komen Tambah Komen↴

Salam...
Selamat mengikuti perkembangan pilihanraya walaupun anda tak mengundi! Doakan agar segalanya berjalan lancar dan doakan juga agar calon/parti yang diharapkan menang, akan menang. :-)

Tanpa Nama

Oh..lol.
^^
Jangan lupa lantik PACA untuk parti hembusan ni. Sangat penting dan kritikal dalam memastikan ketelusan dalam pengiraan undi. Ianya sangat malah lebih penting dari kempen, bendera dll. Pada masa ini segalanya mungkin berlaku. Mana tahu nanti-nanti lawan parti hembusan; prti xxx akan sabotaj saat-saat akhir? Ada teman yang pernah ke kursus PACA beritahu antara taktik adalah merosakkan undi yang diyakini pro sekian sekian akan dicalit dengan pen untuk merosakkan undi yang tersebut. 'Sanad' ini sangat sohih malah 'rawi'nya thiqoh jiddan.

p/s: Ana ada terbaca satu komen tentang link berkaitan Peningkatan Ekonomi tidak bermakna taraf hidup meningkat. Di mana ya? Terima kasih. Wallahua'lam.

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam Suara. InsyaAllah. Semoga PRU kali ini membawa angin perubahan politik yang lebih baik di negara kita.

Alqasam mahu jadi PACA bagi Parti Hembusan ke? ;) Hadoi boleh ada sabotaj macam itu ke? Sahih pula sanadnya tu. Tapi nak buat macam mana. Dah Malaysia begitu. Tak hairanlah kita berada di tangga ke-81 dalam Indeks Demokrasi Tahun 2006 yang dikeluarkan oleh The Economist Intelligence Unit.

Negara Israel yang kita kutuk-kutuk sebagai zionis, zalim dan bangsat itu pun, berada di tangga ke-47. Sebab itu PRU di Israel, kesemua parti-parti yang bertanding diberikan peluang SAMA-RATA untuk muncul di akhbar dan TV.

Tawakal sahajalah. In Allah we trust. Tentang pautan tu, ini dia.

PS: nantikan kemunculan iklan Parti Hembusan di Yahoo Messenger anda ;)

Wah, terima kasih atas iklan percuma tu! =))

Hamba terpegun lagi terkesima membaca hadis yang diriwayatkan oleh saudari alqasam! Teringat pada episod "Wheels" dalam siri MISSION: IMPOSSIBLE yang hamba tonton di RTM2 baru² ini, mengenai sabotaj pilihanraya yang tidak telus.

Hehe, sungguh nak tergelak apabila mengenang ada beberapa aspek tertentu yang kita perlu akui bahawa musuh ketat kita yang paling kita tak suka pun ada sesuatu yang lebih bagus daripada diri kita sendiri. Contohnya mengenai pilihanraya di Israel tu!

Apahal, saya menyokong apa saja keputusan pucuk pimpinan Parti Hembusan! Teruskan perjuangan dan bersabar lah!

Sedang kesedihan apabila membaca artikel ini:

"Human Rights Watch (HRW) menjangka rakyat Malaysia akan dinafikan proses pengundian yang adil dalam pilihan raya Sabtu ini dan menuduh kerajaan menekan pembangkang serta memanipulasikan proses pilihan raya."


Parti Hembusan mungkin kalah jika perjalanan pilihan raya begitu walaupun sebenarnya hanya hamba seorang yang bertanding di kawasan Parlimen Hembusan ='(

*Hembus tetap hembus!*

Ni tolong hembus ni... Foooooosh!

Nah, tengok bagaimana saudara V for Vendetta ini menyampaikan manifesto yang akan dilaksanakan jika dia menang. Ini dia videonya.

saya rasa kite pernah berbalah pasal politik di zaman sekolah.saya tahu sikap anta....mmg dari dulu tidak mahu terlibat secara lansung pasal politik.tp selepas anta menulis pasal politik inilah kesan apabila kita semua member- member ke menara gading.perubahan telah berlaku.sahabat kita terutama di shah alam ini mengundi termasuk ana dan melakukan perubahan ini untuk kesejahteraan rakyat.

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.