Back to home page

Makan Nasi

12 November 2007 • 11 Komen Cetak Chenta!
Saya membaca berita ini, lalu akhirnya hari ini saya telah berjaya menyedekahkan 500 butir beras, di samping boleh melakukan sedikit santai minda. Dalam masa yang sama, saya semakin mengukuhkan lagi kosa kata Bahasa Inggeris saya.

Anda cuba sendiri. 1 perkataan yang betul = 10 butir beras:

FreeRice Website. Click to go.Klik gambar untuk melawat laman web FreeRice.


Lalu saya berfikir berapa banyaklah sangat perut yang boleh diisi dengan 500 butir beras. Segenggam beras rasanya ada beribu-ribu butir beras.

Ketika saya berkerja part-time di restoran tandoori Pakcik Yusuf, rasanya ada berbilion-bilion butir beras (nasi) yang saya buang ke dalam tong sampah tiap-tiap hari. Butir-butir nasi ini dihasilkan oleh para pelanggan yang makan nasi tak habis. Macam budak-budak!

Bila saya kata mereka macam budak-budak, maka saya rasa macam budak-budak juga. Kadang-kadang saya juga makan nasi tak habis sampai licin.

Kalau saya tahu di dunia ini ada sekurang-kurangnya 15 juta kanak-kanak yang mati setiap tahun sebab tak cukup makan (dan jika anda mengambil masa selama 5 minit untuk membaca entri ini, maka kira-kira 143 orang kanak-kanak sudah pun mati), maka sumpah saya tak akan melawan cakap mak saya, di waktu saya kecil, bila dia cakap pada saya: "Adik ni... Ini yang mak marah bila adik makan nasi tak habis ni!! Menangis nasi ni tau!"

"Tipu la tu nasi menangis", jawab saya waktu itu.

Sekarang apabila saya sudah besar, barulah saya sedar bahawa nasi itu juga adalah makhluk Allah. Mungkin nasi yang dibuang itu sebenarnya menangis, kerana kita tidak tahu menghargainya. Siapa tahu kalau nasi itu benar-benar menangis? Tiada dalil yang mengatakan nasi tidak menangis jika dibazirkan. Dan tiada juga dalil yang mengatakan nasi menangis jika kita buang begitu sahaja.

Kemungkinan tetap ada. Sedangkan dari hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, terdapat satu kisah yang mana ketika Rasulullah sallahu alayhi wasalam sedang memberikan khutbah di atas mimbar, mimbar itu menangis kerana mendengarkan ayat-ayat Allah dibacakan oleh Rasulullah. Bunyi tangisan mimbar itu begitu kuat, sehingga seakan-akan mimbar itu mahu pecah. Sampailah Rasulullah terpaksa turun dari mimbar itu dan kemudian merangkulnya bagi menenangkan mimbar tersebut.

Pernah juga saya baca satu kisah yang mana ada gunung yang menangis ketakutan setelah Allah menurunkan ayat yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari api neraka yang mana bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu.... (Surah at-Tahrim, ayat 6)"

Gunung itu menangis kerana takut-takut kalau dia (gunung) akan menjadi batu-batu yang membakar golongan orang-orang berdosa di Akhirat nanti.

Maka, sila marah saya jika anda nampak saya makan nasi tak habis. Lagipun, ini salah satu langkah pertama saya dan anda untuk mengamalkan Islam mengikut ajaran Al-Quran dan Sunnah yang paling sahih, berlandaskan manhaj dan kefahaman Salafus Soleh yang sebenar-benarnya*. Golongan Salafus Soleh tak membazir makanan!


-----
*Ayat ini bersifat parody, bergantung kepada siapa yang sedang membacanya. Abaikan jika rasa tidak faham. Tetapi, ada orang akan faham :)

11 Komen Tambah Komen↴

Salam..

Ya lah En. Tawel, waktu saya kecil pun, mak saya pun selalu cakap macam tu. Saya paling payah hendak habiskan makanan. Tetapi, apabila dah makin besar ni, berusaha untuk habiskan makanan walaupun kadang-kadang ada juga tak dapat nak habiskan. Teringat dekat satu iklan beras, "sebutir nasi ibarat setitik peluh petani". Ya, mungkin kita juga patut menghargai kepada petani yang bertungkus-lumus mendapatkan beras untuk kita semua menikmati nasi lazat itu.. Huhuhuhu.. (",)


p/s:
Terima kasih ya, saya memang dah letak link blog ni.

http://www.youtube.com/watch?v=boUtEtT0PFI

http://www.youtube.com/watch?v=7aVyNYSAoO8

http://www.youtube.com/watch?v=DASPDjCwulM

TQ MFR!

"Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani". Ingat tadi nak petik juga ayat ni masa menulis tadi. Tapi tak jadi. Macam tau-tau aje.

salam tawel..lama x msk sini

boleh caya ke derma mcm ni?
apa bukti pengesahan mereka akan salurkan derma ni?

mcm mana diorang nak kira beras2 tu?lenguh dibuatnya diorang..huhu..

membaca buku EHM membuatkan aku sikit sedar betapa zalim negaranya maju..mau masuk poket diorang je..

Tanpa Nama

Almarhumah Ummi dulu sering menasihati kami begitu juga, dan kami selalu juga mempersoalkan, mengapa nasi itu henda menangis sedangkan dia lebih beruntung kerana tidak dimakan.

Ummi dengan lembut menjawab, nasi menangis kerana tak dapat masuk perut orang yang beriman dan seterusnya masuk ke syurga. Sedih nasi tak dapat bersama kita ke syurga.

Tarbiah aqidah, feqh dan tasawuf yang dikumpulkan sekali ini, yang makin sirna zaman sekarang.

Tanpa Nama

Farhan, InsyaAllah boleh percaya:
FreeRice is a sister site of the world poverty site, Poverty.com.

Tapi mestilah tak kira butir demi butir bila dalam proses mengagihkan beras tu. 1 soalan betul = 10 butir besar tu cuma gimik aje. Mana ada orang derma besar ikut butir, mesti pakai kilo atau kampit biasanya.

Mungkin salah satu cara adalah dengan menimbang jisim 10 butir beras. Jadi katakan kalau:

1 microgram = 10 butir beras;

Maka:

1 kg (atau 1e9 microgram) = 1,000,000,000 butir beras.

Maka:
1kg beras = 100,000,000 (100 juta) jawapan betul.

1kg beras = 100,000,000 (100 juta) jawapan betul.

sehingga 12 november ,
1,519,627,180 jawapan betul=1.5 kg beras

aku makan nasi sebulan perlukan 5 kg beras, bermakna jika aku orang miskin yang harap bantuan website itu, aku perlu tunggu 500 juta jawapan betul untuk tanggung hidup aku selama sebulan sahaja.

jika 1.5 kg beras berjaya dikumpul oleh website itu untuk diderma bermula dari 7 oktober, bermakna lebih kurang sebulan dapat 1.5 kg.

jika setahun ada 12 bulan, bermakna website itu boleh mengumpulkan hanya 18 kg sahaja hingga november tahun depan.

jika orang miskin yang perlu beras hanya 10 orang sahaja di dunia, maka sebulan 10 orang itu perlukan 50 kg beras untuk hidup.

ini bermakna pengumpulan beras yang diusahakan website itu hanya berjaya memenuhi 36% keperluan 10 orang miskin untuk hidup selama sebulan. Ini bererti lebih kurang 4 orang sahaja yang akan hidup dalam 10 orang.Dan hanya hidup selama sebulan. Dan perlu tunggu 1 tahun untuk dapat bantuan itu.

pengajaran dari analisis ini, bila ada lebih duit jangan buang belanja bukan-bukan. fikirlah duit itu kalau disedekahkan pada orang miskin boleh bantu orang miskin itu hidup dan tak mati kebuluran.

boleh hubungi jabatan kebajikan masyarakat mahupun mana-mana ketua kampung bagi menyalurkan bantuan sedekah anda terus kepada fakir miskin.

sekian terima kasih.

silap kira pula pada mesej yang lepas.

1kg beras = 100,000,000 (100 juta) jawapan betul.

1,519,627,180 jawapan betul=15 kg beras

sebulan=15kg dikumpul, setahun=180kg dikumpul

1 org= 5 kg sebulan

maka 180kg dapat menyelamatkan 36 orang miskin untuk keperluan beras dalam sebulan.

Haha. Jangan lupa MFR yang semua kiraan ni ada assumption:
1 microgram = 10 butir beras.

Kau cuba la seludup masuk 10 butir beras dan lepas tu timbang kat dalam makmal.

assalamualaikum....sy baru pas main vocabulary kt freerice.org tadi...mmg la niat baik nk menderma...tiba2 terperasan lak..beras2 nie akan didermakan kepada anak2 israel yg X miskin...hmmm...nie yg tgh fikir....anak2 israel nie makhluk ALlah gak...tp klu diorg dh besar nnt mst ikut mcm bapak2 diorg...klu X caye....ms jwb soklan2 vocab tue..tgk iklan kat bwh box....akan nmpk iklan yg saya nmpk tadi....wallahualam....

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam. Ehem ehem, tak perlu fikir jauh sangat sampai ke situ rasanya. Orang susah kita tolong saja. Tapi yang mana bahagian yang tolong Israel tu? Tak perasan pula. Rujuk peta.

Masa Tsunami 2004 dulu, jumlah derma dalam skala global yang terbanyak datang bukan dari negara Islam pun. Jepun dan US menderma berkali-kali ganda lebih banyak dari Arab Saudi dan negara-negara Islam lain yang kaya. Saya suka sifat penduduk Barat yang tidak begitu berkira apabila masuk bab-bab kemanusiaan ini.

Pernah satu hari, staffs di salah satu department di Trinity College berjaya mengumpulkan dalam 5000 Euro untuk bantuan Tsunami.

5000 Euro,
hanya satu hari,
hanya satu department,
di sebuah universiti,
di sebuah negara yang majoritinya bukan Islam.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.