Back to home page

Tajdid Untuk Si Dungu

09 November 2007 • 12 Komen Cetak Chenta!
Saya ingat saya sudah 'mati' dek kerana ketiadaan talian internet di rumah selama hampir sebulan. Seorang blogger tanpa internet adalah ibarat seorang samurai tanpa katana, atau seperti seorang nelayan tanpa sampannya; tidak boleh buat apa-apa.

Sekarang internet sudah ada. Maka saya melakukan beberapa kemaskini yang patut saya lakukan. Salah satunya di blog Pro Tajdid dengan meletakkan artikel Kemelut Umat Islam: Antara TAJDID dan TAFSID yang ditulis oleh Raja Ahmad Mukhlis.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pula siri-siri buku For Dummies semakin membanjiri rak-rak buku di pasaran global, maka saya ingin juga menggunakan isitilah For Dummies ini. Segala macam topik ada tersedia untuk dummies semua. Tetapi topik tajdid masih tidak ada.

Oleh itu saya memberikan nama timangan kepada artikel yang ditulis oleh Raja Ahmad Mukhlis sebagai Tajdid for Dummies (Tajdid untuk Si Dungu).

Antara sebab-sebab utama saya memberikan nama tersebut adalah kerana:

  • Artikel itu ditulis dalam bahasa yang mudah - sesuai untuk para dungu di luar sana;
  • Ia menjelaskan bagaimana puak Wahhabi hari ini telah memutarbelitkan istilah tajdid. Maka anda akan mendapat jawapan mengapa ada kempen tajdid yang berbeza-beza;
  • Ia turut menjelaskan mengapa kempen 'tajdid' yang dilaung-laungkan oleh puak Wahhabi sebenarnya adalah satu ancaman kepada kesatuan umat Islam global (saya ulangi, global, dan bukan semata-mata di Malaysia sahaja).

Jika anda mahu Tajdid for Dummies: For Advanced Readers, silalah membaca artikel Saya Juga Salafi Seperti Anda! yang dikarang oleh Ustaz Muhammad Fauzi. Saya tambahkan "For Advanced Readers" kerana ia mengandungi banyak jargon (istilah teknikal).

Berbalik kepada artikel yang ditulis oleh Raja Ahmad Mukhlis, saya ingin memetik perenggan ini:
Apa yang jelas bagi mereka takkala mereka melakukan sedemikian ialah, mereka menganggap hanya mazhab mereka sahaja yang sesuai dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah dan menepati kehendak dan kefahaman nash-nash yang ada, sedangkan mazhab-mazhab yang lain tidak benar. Ini membawa kepada usaha menyerang ijtihad-ijtihad yang tidak sehaluan dengan mereka, dalam usaha memertabatkan mazhab mereka.

Kenapa saya petik perenggan tersebut? Kerana ia sudah menjelaskan 80% apa itu fahaman Wahhabi. Dari 80% inilah yang banyak menimbulkan kecelaruan, kekeliruan dan agenda sesat-menyesat sesama saudara seIslam.

Kenalan Dari Perancis

Arakian tersebutlah seorang kawan kepada kawan saya yang datang mengunjungi Dublin baru-baru ini. Dia belajar di Perancis, berbangsa Melayu. Walaupun baru pertama kali berjumpa dan berkenalan, tetapi oleh kerana sifatnya yang ramah, maka agak mudah untuk berbual dengannya tanpa ada sebarang rasa janggal.

Borak punya borak, termasuklah juga isu Wahhabi ini. Dia menceritakan bahawa penangan Wahhabi di Perancis agak teruk juga. Agak gerun juga saya mendengarnya. Kisah-kisah yang diceritakan olehnya tidak pernah pula saya jumpai di sini. Katanya, hingga ada satu kumpulan Wahhabi yang tidak mahu bersolat di belakang seorang Imam A, dengan alasan bahawa akidah imam tersebut sudah korup (sudah saya bilang dahulu bahawa perbezaan utama di antara Wahhabi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah dari segi akidah).

Pada bab yang lain pula, kenalan Perancis saya itu menceritakan lagi bagaimana ada satu pasangan suami isteri yang bercerai-berai disebabkan fahaman Wahhabi ini. Suami isteri ini pada mulanya bukan Islam. Mereka mula berjinak-jinak dengan Islam dan kemudian mendapat hidayah melalui dakwah yang dilakukan oleh jemaah tabligh. Alhamdulillah.

Malangnya, lama-kelamaan sang suami telah dibasuh otaknya dengan fahaman Wahhabi yang kononnya mengaku sebagai the most 'al-Quranest' and the most 'Sunnahnest' followers. Sang suami semakin berubah dan sang isteri pula semakin merasai kehangatan perubahan yang tidak diundang tersebut.

Hinggalah sampai satu tahap, sang suami mengajak isterinya melakukan upacara akad nikah kerana dia sudah mula meragui akidah dan tahap keilmuan imam yang mengatakan bahawa perkahwinan mereka yang berlaku sebelum Islam tetap sah kerana masing-masing; suami dan isteri, telah memeluk Islam. Dengan kata lain, kontrak perkahwinan mereka tidak perlu pun diperbaharui sebenarnya.

Isterinya tidak mahu kerana dia yakin dengan imam tersebut. Lalu tiada kata persetujuan dapat dicapai, maka akhirnya berlakulah konflik dan tragedi yang membawa kepada jalan penceraian.

Satu masjid telah musnah..

Fokus Sudah Berbeza

Jadi, ada di antara anda yang bertanya sejauh mana blog ini akan membincangkan mazhab, Wahhabisma, dan sebagainya? Oleh kerana saya ingin menjadikan blog ini lebih fokus, maka saya membuat keputusan untuk mengurangkan entri-entri berkaitan isu tersebut.

Kalau pun jika saya menulis entri-entri yang berkenaan, maka saya akan menyentuhnya dari sudut yang sedikit berbeza, yang boleh membawa kepada sesuatu yang lebih produktif, seperti "Bagaimana Mazhab Memudahkan Hidup Saya", dan bukan seperti "Hadith Najad: Satu Analisa".

Anda mahu tahu bagaimana mazhab memudahkan hidup saya? Tunggu-tunggu sahajalah artikelnya. Atau jika anda mahu dan anda pula adalah jenis tech-savvy, maka anda fahami Prinsip Pareto, DRY, dan KISS terlebih dahulu. Ketiga-tiga prinsip ini banyak digunapakai dalam penghasilan software dan hardware bermutu tinggi yang mampu berfungsi pada kadar paling optimum dengan kos yang paling minumum.

Cuba kaitkan ketiga-tiga prinsip ini dalam mazhab, dan anda akan tahu bahawa hidup anda selaku umat Islam sebenarnya akan menjadi lebih mudah dan produktif dengan mengikuti salah satu mazhab muktabar, dan akan menjadi sukar dan rumit apabila golongan anti-mazhab menceroboh minda anda tanpa salam!

Kita tutup kisah Wahhabi. Ini blog cermin diri, motivasi dan produktiviti!

12 Komen Tambah Komen↴

Salam En. Tawel..
Lama saya menunggu, akhirnya ada juga entry terbaru di blog yang penuh ilmiah ini.. Acap kali saya terjumpa dengan perkataan wahhabi, tapi saya masih tidak tahu akan maksud perkataan tersebut.. Terasa naif sungguh..

Semoga En. Tawel sentiasa memunculkan diri di dunia blog ini..

Oh ya.. Lagi sekali saya nak bagi tahu.. Saya ambil link blog En. Tawel, hendak letak di blog saya..

p/s:
Terasa skema sungguh, kerana hendak menggunakan laras dan tajwid Bahasa Melayu yang betul..(",)

Barakallahu Fik..

Cantik juga dibuat pengkhususan begitu. Sama-sama berganding bahu dalam apa jua yang boleh dikategorikan sebagai amr bilma'ruf dan annahy 'anilmunkar.

Sdr Tawel,
Isu berkaitan gerakan wahabi/salafi/kaum muda ini sudah berlarutan sekian lama dan kelihatan tiada penghujungnya. Dalam konteks dunia melayu, generasi awal (datuk nenek moyang kita) amat cemerlang dalam menanganinya kerana mereka berada dalam zaman di mana pengajian ilmu agama berada di tempat yang amat istimewa. Pada masa itu, guru-guru agama amat dihormati, disanjungi dan dimuliakan oleh masyarakat. Bukti kegemilangan pengajian agama adalah negeri-negeri seperti Kelantan & Acheh yang mendapat jolokan serambi kaabah kerana lahirnya tokoh-tokoh agama terbilang serta bersemaraknya pusat-pusat pengajian agama di nusantara ini. Justeru itu, sistem-sistem pengajian yang ada pada masa itu amat berkesan menangani permasalahan ini secara ilmiah dan sekaligus menenggelamkan ide-ide wahabiah.
Secara teorinya, saya melihat bahawa gerakan wahabi akan tumbuh dengan suburnya dibumi melayu dalam beberapa tahun akan datang apabila:
1. Kaedah pengajian tradisional (pondok/pesantren) dihapuskan yang mengakibatkan,
2. kekurangan ulama-lama pakar yang mampu menangkis serangan wahabi,
3. Penghantaran pelajar-pelajar ke pusat pengajian yang berteraskan idealism wahabiah.
4. Terlalu banyak ruang diberikan kepada golongan wahabi untuk menyuarakan fahaman mereka terutamanya melalui media massa.

Golongan wahabi ini melihat penentang-penentang mereka sebagai "gagal berhujah secara ilmiah". Maka ketika ini kita melihat golongan-golongan yang mampu berhujah dengan mereka secara ilmiah semakin berkurangan. Apa yang anda lihat pada 50 tahun akan datang??

akutakcerdik

Wa'alaikumussalam Biskutz Lemau :). Silakan link. Terima kasih juga AlJoofree.

Akutakcerdik, yang batil akan lenyap juga satu hari nanti. Tak esok, lusa. Dulu fahaman Muktazilah juga sangat kuat sampai 'dianuti' oleh orang-orang besar dalam Empayar Abbasiyyah. Dan tengok juga berapa ramai ulama-ulama besar, seperti Imam Ahmad Bin Hanbal, yang kena seksa dan penjara oleh geng-geng Muktazilah satu masa dulu.

Tapi akhirnya, masa berlalu...yang batil telah pun pergi. Hari ini, kita tak memerlukan kitab dan perbincangan yang berat-berat untuk memberitahu kepada semua orang bahawa Muktazilah adalah batil.

Masa akan menjadi pembolehubah untuk kita melihat perkara yang sama berlaku kepada fahaman Wahhabi yang batil, lagi menyusahkan orang-orang awam macam den ni.

sama-sama kita mentajdidkan diri =)

Tanpa Nama

Salam ziarah.. offtopic .. Mungkin perkara yang sama juga berlaku dalma dunia Linux hehe...

Adapun Linux itu hanyalah sebuah kernel sahaja yg dilengkapi dengan pelbagai software yg dilesenkan dibawah GPL.

Dan daripada situ berkembang pula kepada 3 aliran Linux yang terawal iaitu Red Hat, Slackware dan Debian.

Dan daripada ketiga-tiga aliran ini wujud pelbagai jenis aliran pengedaran distro Linux seperti Ubuntu, Gentoo , Fedora di mana kesemuenya walaupun berbeza dari segi installation customization, tapi semue menepati piawaian GPL.

Ada juga yang sudah sampai ilmu Linuxnye tahap tinggi lalu cube membuka distronye sendiri dariapda akar umbi (Tapi perbuatan ini hanya dilakukan setelah betulx2 faham daripada awal sistem hingga akhir dan diiktiraf oleh badan FOSS ) dan bilangan mereka tidak ramai.

Tetapi terdapat juga mereka yang jahil Linux dan ingin menggunakannya tapi tidak berdiskuasi sesame pengguna lain. Akibatnya mereka merasa sukar lalu menuduh Linux adalah kanser bagi dunia penkomputeran.

Rasanya saya telah merepek panjang lebor. Konklusinye nak khabar kat sini kalau orang-orang yg kita gelar geek pun
mendalami ilmu Linux secare bersanad dan bertaklid takkanlah kita tidak boleh mempraktikan juga dalam Ilmu agama yaa..

Patutlah saya belajar Ubuntu tak pandai-pandai lagi. Ish2..kena ambil ijazah dari Y0nd13 ni. Boleh ke?

PS: Kenapa hardcore geek suka eja nickname dia dalam l33t hah? - T@\/\/3| 53/\/53!

Tentang tajdidsegar, protajdid dan mungkin juga saudara Tawel Sensei sendiri, ana rasa tak sedap hati sebenarnya. Apa sebenarnya yang ingin dibawa? Malah ana tengok pegangan tajdidsegar dalam akaun youtubenya agak ekstrim, mudahnya meletak label. Malah seolah-olah keliru antara tasawuf dan wahabi. Minta penjelasan.

Budak Malaysia

Terima kasih Budak Malaysia sebab bertanya. Sebenarnya akaun YouTube tajdidsegar itu dijalankan oleh musang berbulu ayam. Saya sendiri pun tak tahu siapa gerangannya.

Musang ini cuba mengaitkan akaun YouTube nya dengan ProTajdid.blogspot.com dan BicaraSufi.com (lalu cuba mengelirukan orang).

Malah nama yang digunakan juga, iaitu "Alexanderwathern al-CAIRO" sengaja dipilih bagi mengelirukan lagi orang. Ini Alexanderwathern sebenar. Mungkin juga musang itu cuba untuk mengaitkannya dengan individu bernama Alexandaricairo, yang mana kedua-duanya adalah rakan blogger saya.

Saya ulangi, akaun YouTube itu dijalankan oleh musang berbulu ayam. Never trust that kind of fox!

PS: Baca juga ini.

Oh, anda juga moderator ProTajdid rupanya. Saya masih terkial2 meneka bagaimana Protajdid itu dapat 'mencuplik' satu artikel lama saya. Sekarang sudah terang. :)

Anak Alam

Baru tahu ke? Ingatkan buah hati dah beritahu ;)

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.