Back to home page

15 Perkara Saya Belajar Dari Google Trends

16 November 2007 • 11 Komen Cetak Chenta!
Mari lihat ilmu apa yang boleh kita gali dari Google Trends*!

SC = Screenshot.
Oleh kerana trend geografi yang ditunjukkan oleh Google Trends kadang-kala akan berubah-ubah mengikut masa, maka fungsi SC adalah untuk menjadi dalil kepada trend yang berlaku pada waktu artikel ini ditulis. Apapun, biasanya perubahan itu tidak begitu signifikan.

Jadi saya mempersembahkan 15 perkara yang saya pelajari dari Google Trends:


1) Industri hiburan nasyid dan dangdut (SC) memperlihatkan persaingan sengit. Jika di Malaysia, lebih ramai peminat nasyid yang tertumpu di Alor Setar dan Batu Pahat. Dangdut pula mendapat sambutan paling hangat di Kuantan.

Secara umum, di Malaysia nasyid lebih popular berbanding dangdut. Perkara yang sebaliknya berlaku di Indonesia. Tetapi saya masih tertanya-tanya apa yang membuatkan dangdut tiba-tiba mencanak naik pada akhir 2006. Ada idea?


2) Yang mana lebih popular di internet tentang solat*, puasa, zakat dan haji? (SC). Nampaknya di Malaysia, 'solat' lebih popular terutama di Ipoh. Di Indonesia, 'puasa' adalah lebih popular, manakala 'haji' menjadi carian paling popular di Brunei.

Carian apa paling tidak popular bagi ketiga-tiga negara bermajoriti Muslim ini? Z-A-K-A-T = ZAKAT! Zakat adalah carian paling tidak popular bagi ketiga-tiga negara, yang mana ia langsung tidak popular di Brunei. Bolehkah statistik ini memberitahu kita bahawa umat Islam sebenarnya tidak begitu minat mempelajari tentang zakat, apatah lagi membayarnya? Hanya Allah yang tahu.

Berdasarkan graf di bawah pula, kita akan menemui sesuatu yang lebih menarik tentang 4 dari 5 rukun Islam yang ada. 'Puasa' kelihatan popular di akhir-akhir tahun, yang mana ia bersamaan dengan ketibaan bulan Ramadan. Pada masa yang sama juga, carian tentang 'solat' agak meningkat pada bulan puasa dan kemudian turun semula setelah Ramadan berlalu pergi. Maka sekarang kita tahu bahawa lebih ramai orang ingin belajar/memperbetulkan solat apabila tiba bulan Ramadan.



Carian 'zakat' pula menjadi sedikit popular setelah Ramadan masuk beberapa hari. Begitu juga dengan carian 'haji' yang bertambah setelah kira-kira 2 bulan berlalunya Ramadan. Saya rasa, tidak salah untuk membuat kesimpulan bahawa bulan Ramadan, Syawal, Zulqaedah dan Zulhijjah adalah bulan 'menuntut ilmu' bagi kebanyakan orang.

Perhatikan juga kolum News reference volume. Kelihatan berita tentang haji adalah yang paling kerap berlaku. Saya kira, untuk menggalakkan umat Islam melakukan solat dan zakat, maka media massa perlu juga menyentuh selalu tentang dua rukun Islam yang tidak kurang pentingnya berbanding haji itu.


*Oleh kerana terdapat variasi pada istilah dan ejaan solat, maka saya menggunakan operator logik OR, iaitu |, semasa membuat perbandingan.


3) Penduduk Kedah lebih suka mengambil tahu tentang Islam (SC) terutama di kawasan Alor Setar. Populariti 'Islam' secara umumnya stabil sepanjang tahun, tetapi seperti terdapat sedikit penurunan pada tahun 2007.


4) Peminat Akademi Fantasia (SC) lebih ramai tinggal di Kota Kinabalu, diikuti dengan Kota Bahru. Juga dapat diperhatikan bahawa populariti Akademi Fantasia menjunam pada tahun 2006 dan 2007.


5) Walaupun orang kata bahawa Malaysia sejak akhir-akhir ini asyik kemaruk Akademi Fantasia, tetapi nampaknya Islam masih tetap mendahului Akademi Fantasia (SC). Cuma pada satu masa di tahun 2005, pernah sekali populariti Akademi Fantasia mendahului Islam. Salahkan Mawi (SC)! (lihat pertengahan 2005).


6) Hamza Yusuf dan Tariq Ramadan (SC) adalah dua orang ulama Islam yang terkenal di sebelah Barat. Walaupun pada mulanya populariti Tariq Ramadan jauh mengatasi Hamza Yusuf, namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai mula mengenali Hamza Yusuf.

Juga perhatikan bahawa Tariq Ramadan begitu popular di Perancis. Pengguna yang menggoogle Tariq Ramadan kebanyakkannya berbahasa Perancis, dan ini mungkin menjadikan beliau kurang popular di negara-negara yang tidak menggunakan bahasa ini sebagai bahasa pertama atau kedua.

Manakala Hamza Yusuf (yang berpengkalan di US) nampaknya memiliki pengaruh yang besar di UAE, Mesir, UK, Arab Saudi dan Malaysia. Beliau juga sangat dominan di bandar Kaherah, diikuti Birmingham dan London.


7) Datuk Seri Zainuddin Maidin dan orang-orang dari Kementerian Penerangan akan menghadapi masalah besar dalam proses penukaran (lagi-lagi tukar) istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia (SC).


8) Siti Nurhaliza pernah jauh leeeeeebih popular dari Dr Mahathir (SC). Oops, tunggu dulu! Satu ketika dahulu, Ayah Pin (SC) pernah lebih popular dari Siti Nurhaliza dan Dr Mahathir.


9) Dari aspek politik pula, populariti Tun Dr Mahathir hampir sentiasa mengatasi Pak Lah (SC). Namun pada kira-kira pertengahan 2007, Pak Lah jauh lebih popular dari Dr Mahathir. Ini mungkin disebabkan pernikahan Pak Lah pada bulan Jun yang lepas.


10) Mari kita berspekulasi ke atas pertembungan UMNO dan PAS* (SC) pada pilihanraya umum tidak lama lagi.

Jika carian 'UMNO' dan 'PAS' di Google dapat menggambarkan secara kasar peratusan undi yang bakal diterima oleh kedua-dua parti politik gergasi Malaysia ini nanti, maka adakah UMNO melalui tiket BN akan menang mudah di Kedah dan Melaka? Adakah Shah Alam dan Johor Bahru akan tetap menjadi kubu kuat UMNO? Adakah persaingan sengit akan berlaku di Pahang, terutamanya di bandar Kuantan?

Kita saksikan ramalan Tok Bomoh Google!


UMNO = Biru | PAS = Merah


*Oleh kerana istilah 'PAS' tidak begitu unik, dan ada bermacam-macam PAS di dunia, maka saya menghadkan segmen geografi - iaitu hanya di Malaysia. Dengan cara ini, PAS yang dibandingkan dengan UMNO akan berkemungkinan besar merujuk kepada Parti Islam SeMalaysia.


11) Walaupun secara fizikal Malaysia lebih besar dari Singapura, tetapi di internet, Singapura mengatasi Malaysia (SC).


12) Dalam ledakan internet sebagai alternatif kepada media tradisional, Berita Harian dan Utusan Malaysia (SC) semakin mengukuhkan posisinya. Pertumbuhan saluran berita alternatif seperti Harakah dan TranungKite kelihatan agak statik dan mungkin memerlukan revolusi yang lebih agresif.

Harakah sebagai contoh, hanya menjadi sangat popular pada tahun 2004 (iaitu tahun Pilihanraya Umum Ke-11). Selepas itu prestasinya seakan kurang hormon pertumbuhan. Satu lagi laman berita alternatif, iaitu Malaysia Today mengalami pertumbuhan positif yang memberangsangkan:




13) Blog vs akhbar. Blog menang dan semakin menang. Ini trend di Malaysia (SC) mahu pun pada peringkat global (SC). Kesimpulannya, gunakan blog dengan sebaiknya dalam usaha mempromosikan idea, pendapat, dakwah, dan nasihat yang baik.


14) Orang Ipoh, Melaka dan Batu Pahat adalah kelompok paling ramai yang memerlukan biasiswa / tajaan / scholarship (SC). Carian ini biasanya menjadi sangat popular pada sekitar bulan Februari dan Mac setiap tahun.


15) Di internet ada lebih banyak syurga dari neraka! (SC)


--------------------
* Kadang-kadang trend akan berubah mengikut masa. Statistik dari Google Trends ini juga tidak boleh dijadikan satu statistik yang mutlak, memandangkan data yang dipungut hanya bersandarkan Google
database sahaja, dan bukan satu set lengkap dari Yahoo, Ask.com, Live Search dan sebagainya.

Di samping itu, data tersebut juga akan berlaku sedikit bias kerana tidak semua orang guna internet! Tetapi secara umumnya begitulah refleksi minda semasa masyarakat. Gunakan nasihat Google ini sebaiknya:
"Google Trends aims to provide insights into broad search patterns. Several approximations are used when computing your results. Please keep this in mind when using it."

--------------------
BACA JUGA:
Is Islam.. Is Malaysia

11 Komen Tambah Komen↴

Salam. Maklumat ni sangat berguna!!!! Syukran jazilan. Teruskan menulis.

Salam...
Wah.. Ada lagi ilmu baru yang saya dapat kat sini.. Teruskan menulis eh salah, teruskan menaip..
Huhuhu.. (",)

salam
selaku orang asal kuantan
saya betul-betul tak sangka
yang carian untuk dangdut banyak dari kuantan, rasa nak tergelak pun ada

mengenai kemungkinan pas boleh menang di kuantan, sebetulnya pas memang pernah menang pun, jadi ada kemungkinan juga

menarik rupanya google trend :)

Wah, bangganya jadi orang Alor Setar!!! Banyak yang cari pasal nasyid!!! Tapi yang sedihnya, agaknya mereka ini jugalah yang menyumbangkan kepada berkurangnya jualan album kumpulan nasyid kita (seandainya tujuan mereka mencari itu adalah untuk memuat turun lagu mp3!).

Tentang dangdut tu, hamba rasa ia popular tahun lepas di Indonesia MUNGKIN sebab di sana ada rancangan realiti TV yang mencari penyanyi dangdut (pakai undi SMS juga!). Menariknya, dikhabarkan seorang rakyat Malaysia dari Sabah/Sarawak (pernah masuk Bintang RTM rasanya) nama Marcel kalau tak salah, adalah peserta paling top dalam rancangan tu. Diminati ramai, popular dia di sana berbanding di sini, heheh!

Oh, orang Kedah lebih banyak mencari pasal Islam di internet? Aduh, satu markah lagi untuk kami!!!

Hmm... Zainuddin Maidin agak popular sekarang, dengan isu BMnya, dan baru² ini isu dia dengan Al-Jazeera, ish ish... Apahalpun, hamba rindukan Menteri Penerangan yang dulu²...

Haha, Dr. Mahathir, satu lagi kebanggaan Kedah, bagi yang suka kat dia la (eh eh, Kedah lagi! Satu lagi markah!). Yang hamba tahu, dia ni tak suka Wahhabi, hehehe!

Tentang UMNO dan PAS tu, alangkah bagus kalau nama PAS tu sebenarnya bukan PAS, sebaliknya nama/kalimah lain yang lebih unik, yang tak ada yang lainnya di dunia (seperti kalimah UMNO), pasti cariannya akan jadi lebih mudah.

P/S: Kenapa tak cari pasal Anwar Ibrahim? ;)

Assalamualaikum,

Jangan risau orang Kuantan. Saya baru buat trend untuk zikir. M'sia mendahului Indonesia dan Turki. Dan bandar Kuantan paling top.

Tanpa Nama

Convoy, Menteri Penerangan yang mana? Dulu ada juga Menteri Penerangan yang sangat popular sebab dia gunting rambut artis-artis rock yang suka simpan rambut panjang lebih paras bahu. Hehe..

Kalau nak buat trend zikir, kena pastikan juga macam mana ejaan zikir yang digunakan oleh orang di Indonesia dan Turki. Kalau tak, mungkin graf tak akan berapa tepat.

Terima kasih kepada lain-lain yang memberikan komen :)

SEGAR! Teruskan menulis :)

Ternanti-nanti setiap minggu entry kreatif anda.

Oh ya, MMB dah lama menghilang ye? Kenapa?

Salam. Tahniah kerana berkongsi ilmu dan informasi berguna ini. Teruskan usaha anda mengemukakan idea dan tulisan memberi kesan mendalam di hati pembaca.

Tanpa Nama

wah bagus sekali...thankzz

tulisan yang bagus,, terima kasih atas infonya
salam kenal dari saya, raudensah
http://download-mp3nasyid.blogspot.com

salam,sy masih xcekap gunakan googel trneds ni walopun ia sebenarnye salah satu tools utk cari keyword terhangat ... ;)

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.