Ehem..tapi sebelum itu, apa itu hamm dan apa itu hazan? Jawapannya ada di dalam doa [1] yang berikut:
Sedikit ralat pada terjemahan: "..dari rasa gelisah dan sedih", dan bukan sebaliknya.
Maka, hamm bermaksud gelisah manakala hazan bermaksud sedih. Dengan kata lain, doa yang Nabi ajar itu bukan semata-mata untuk mengelakkan rasa sedih, tetapi juga untuk membuang rasa gelisah di dalam hati. Apa beza di antara rasa gelisah dan sedih?
Sheikh Hamza Yusuf ada mensyarahkan doa ini di dalam buku The Purification of the Heart. Katanya, hamm adalah kebimbangan atau kegelisahan manusia tentang perkara-perkara yang akan berlaku di masa hadapan, sementara hazan adalah kesedihan tentang perkara-perkara yang sudah pun berlaku di masa terdahulu. Maka doa ini sebenarnya mengajak kita supaya memohon perlindungan dari Allah dalam perkara-perkara yang terdahulu dan yang akan datang. Ini kerana sifat Allah itu adalah sama sahaja tidak kira masa memandangkan Dia tidak dibatasi dengan konsep masa yang dilalui oleh manusia.
Jadi sekarang anda sedang hamm atau sedang hazan? Ini contoh-contoh hamm dan hazan:
Hamm:
- Risau tak cukup duit untuk tanggung anak bini makan;
- Gelisah sebab ah long dah mula main kasar bila kutip hutang dari kita;
- Gelisah sebab ayah masih tak pulang-pulang, padahal katanya hanya keluar membeli ikan di pasar sahaja;
- Risau tak kahwin-kahwin lagi, padahal umur semakin meningkat.
- Risau keputusan SPM tak boleh dapat 40 A1.
Hazan:
- Sedih mengenangkan ayah dan ibu yang telah pergi menghadap Ilahi tanpa sempat kita betul-betul membalas segala jasa-jasa mereka;
- Sedih sebab tak belajar betul-betul masa SPM. Kalau belajar sungguh-sungguh, mesti ada peluang dapat 40 A1 dan sekaligus dapat menjadi Pelajar Terbaik SPM Tahun 20xx.
- Sedih bila bini curang dan lari ikut lelaki lain yang ada kereta mewah 5-6 buah . Kita pula, motor kapcai sahajalah harta paling mahal yang ada;
Jadi anda boleh dapat gambaran yang jelas apa itu hamm dan apa itu hazan. Semestinya, menyelesaikan setiap masalah yang menyebabkan hati kita berasa hamm atau hazan, akan memerlukan pendekatan yang berbeza.
Hazan
Dalam kes hazan, apa yang kita boleh buat apabila tiba-tiba berasa sedih, sebagai contoh kerana mensia-siakan bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang sebelumnya? Kita tidak boleh buat apa-apa untuk membetulkan segala kesilapan dan peristiwa yang telah pun berlalu. Kita tidak punya mesin masa untuk kembali ke zaman silam.Maka, salah satu cara bagi menyelesaikan kecelaruan hati disebabkan rasa hazan, adalah dengan mengakui kesalahan, kesilapan, atau mungkin juga dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Jika perlu meminta maaf kepada seseorang, maka pergilah. Jika taubat kepada Allah adalah jalan yang terbaik, maka pintu rahmat-Nya sentiasa terbuka luas selagi Kiamat belum tiba. Tidak guna sentiasa bersedih di atas apa yang telah berlaku. Bak petikan satu lirik lagu P. Ramlee yang popular:
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang tentu menangis,
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracunlah diri.
Jangan racuni hati anda. Keep moving forward.
Hamm
Hamm menjadikan seseorang itu gelisah tentang perkara-perkara yang masih belum berlaku lagi di masa hadapan. Jadi, apa yang anda boleh buat? Seperti mana juga dalam kes hazan, kita tidak punya mesin masa untuk pergi meninjau ke masa hadapan bagi melihat apakah terjadi atau pun tidak segala kerisauan-kerisauan kita itu.Satu-satunya cara yang anda boleh buat adalah dengan berdoa kepada Allah, di samping berusaha untuk mengelakkan sebarang kemungkinan buruk yang mungkin (diulangi MUNGKIN) terjadi. Doa yang terdapat di bahagian awal artikel ini adalah salah satu doa yang baik untuk diamalkan.
Saya juga pernah mendengar ceramah Dr Fadzilah Kamsah yang mana beliau mengatakan bahawa:
90% dari kerisauan manusia tidak pernah berlaku.
Saya tidak tahu bagaimana angka statistik itu terhasil, dan sedikit sebanyak saya berasa skeptikal pada nilai tersebut. Apapun, kita abaikan sahaja kesahihan nilai tersebut dan saya sebenarnya yakin bahawa kebanyakkan kerisauan-kerisauan manusia selalunya jarang-jarang berlaku.
Manusia risau pada hal-hal yang bersifat relatif seperti soal rezeki dan jodoh. Tetapi jarang-jarang risau yang kita mungkin mati esok hari. Semua manusia dijamin mati. Maka risaulah banyak-banyak tentang kematian. Soal rezeki pula, kadang-kadang dengan berusaha sikit, Allah bagi banyak. Kadang-kadang usaha banyak, makin banyak pula hutang di keliling pinggang. Jodoh pula, kadang-kadang sudah kahwin pun boleh berlaku masalah hingga bercerai-berai. Maka ini semua perkara-perkara yang tidak tentu lagi hala tujunya. Kurangkan kerisauan anda dalam perkara-perkara seperti ini.
Setiap Orang Ada Cara Tersendiri
Oleh yang demikian, analisa hati anda. Ketahui anda sedang hamm atau hazan, maka ini akan lebih memudahkan proses bagi mendatangkan semula ketenangan di dalam hati. Harus diingat bahawa kaedah-kaedah menangani hamm dan hazan yang saya tuliskan ini adalah bersifat umum, dan ia tidak terhad kepada yang itu sahaja.Ada banyak lagi cara lain yang boleh kita pilih. Masing-masing pasti punya cara unik yang tersendiri. Namun, jangan pilih cara yang haram dan syubhat untuk mencari ketenangan hati, seperti meminum arak ataupun menghisap rokok hingga 40 batang sehari.
Apa pun, jangan sekali-kali menafikan rasa hamm dan hazan yang datang di dalam hati. Anda tidak boleh tipu rasa tersebut dengan menyibukkan diri dengan kerja-kerja lain, balik rumah selalu untuk berjumpa ibu-bapa dan keluarga, pergi bandar untuk gelak-gelak, minum-minum, makan-makan dan main bowling dengan member, dan sebagainya.
Rasa hamm dan hazan ini akan sentiasa datang dalam hati anda selagi ia tidak diubati. Maka sebaik-baik ubat adalah dengan kembali kepada Allah kerana Dialah yang menciptakan hati kita ini [2].
Sekian adanya. Senyum sokmo.
Nota Kaki
[1] Fadhilat bagi doa ini adalah seperti berikut:Dari Abu Said al-Khudri, bahawa Rasulullah masuk ke dalam masjid dan mendapati ada seorang Ansar bernama Abu Umamah. Maka Rasulullah bertanya, "Wahai Abu Umamah, kenapa engkau berada di dalam masjid di luar waktu solat?"
Beliau menjawab, "Kerisauan dan hutang, ya Rasulullah."
Baginda bersabda, "Mahu aku ajarkan engkau satu doa, jika engkau membacanya akan hilang risaumu dan tertunai hutangmu?"
Jawabnya, "Tentu sekali."
Sabda Baginda, "Bacalah 'Allahumma innii a'udzubika...sehingga tamat."
Kata Abu Umamah, "Aku pun membaca doa itu dan hilang kerisauanku dan tertunai hutangku."
(Hadith riwayat Abu Daud)
[2] Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia, jika ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah ia adalah hati. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
---
KERJA SEKOLAH
Bagi mereka yang mahir Arab, jika jangan bersedih = La Tahzan. Maka kalau jangan gelisah = La ____ ?
SIRI LA TAHZAN SEBELUM INI:
#1 - Hidup Ibarat Mencabut Gigi
#2 - Jangan Cemburu dan 8 Petua Mengatasinya
22 Komen • Tambah Komen↴
Assalamualikum,
Hmm.... kalau tidak silap, jangan gelisah= la tahim.
artikel yang baik. kadang2 manusia harus sedar masalah yang dihadapinya supaya dapat menyelesaikan masalah dengan baik.
40 A1 SPM? WOHOOOO, rekod dunia tu! ^_^
Terima kasih untuk artikel ni, dapat juga dijadikan panduan untuk diri ini...
salam ramadhan ya saudara tawel,tiada comment khusus cuma ucapan jazakallahu khairan atas article ini, ada peringatan di situ buat diri saya yang sentiasa lupa, semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa...semoga ramadhan kali ini, lebih baik dari ramadhan yang lepas.
La Tarzan ke jawapannya? maaf saya tak reti berbahasa arab, gurau je. anyway, apa jadinya?
Salam,
hmm, 'la tahmm' kot. Huhu...pepandai je. Eh, 'Selamat berpuasa dan semoga dapat melipat-gandakan ibadah-ibadah sunnat yang lain dalam bulan yang penuh baraqah ini' ditujukan kepada encik tawel dan sahabat2 lain yang membaca blog ni. Tinggal 16 hari je lagi ramadhan. isk..isk..
salam..
walaupun tak mahir arab,tapi nak cuba buat kerja sekolah..
jangan gelisah = la tahamm
kalau salah harap dibetulkan..
thank you for this article. it really made my day.
sometimes, if not everytime, God work wonders. things just appear automatically when i need it and make this life easier.
oh and mark twain too, once remarked, 'most of my problems, i never actually encountered' ;)
Assalamu`alaikum. Maaf menyampuk :D
Cakap pasal Sheikh Hamzah Yusuf, dalam rancangan di TV3 iaitu ASSALAM USA, episod 30 September 2007, menampilkan Zaytuna Institute! Kalau tak dapat tonton, nanti saya carikan kot² ada rakaman rancangan tu di Youtube, kalo ada, saya akan paparkan alamat pautannya... :D
Kepada yang buat kerja sekolah, terima kasih. Kawan saya yang belajar Arab kat UIA, dia kata jawapannya = La Tahamm. Tahniahlah kepada yang betul. Yang pasti, bukan La Tarzan :)
Terima kasih Kak Mardiah. Semoga Akak pun dapat mengkuasaduakan ibadah-ibadah di bulan ni..hehe.
Convoy, berani sungguh menyampuk. Takku maafkan! ;). Okay, tolonglah carikan video tu kalau ada. Buat masa ni saya punya internet terbatas. Tak boleh nak surf sana-sini.
Terima kasih kepada yang rajin bebenor menulis komen di sini :).
salam Ramadhan yang maish berbaki..
kepada En. Anony: Assalm Usa? Rancangan itu bersiri atau sekali sahaja? Kalau bersiri bila dan pukul berapa? MasyAllah! Sepatutnya tak terlepas tu. Maklum rumah kami sekeluarga tidak mempunyai tv. Tp harap dapat ditonton di youtube atau mana2.
salam
i like this entry :)
al-qasam
as-salam usa dan jejak rasul terbaru
ada di youtube, search je
Assalamu`alaikum.
Saudara alqasam, "En. Anony", tu merujuk kepada saya kan? Alamak, maaflah, lewat benar saya mereply pun, maknanya anda sudah pasti "ketinggalan" menontonnya di TV3 sebab tayangannya pada 5 petang tu cuma pada hari Sabtu dan Ahad, dan memandangkan Sabtu minggu ni dah pun raya, jadi saya rasa siri ni dah "tamat" dah la kot, tak tau kot masih berbaki... hehhe...
Siri ni sebenarnya adalah "sebahagian" daripada siri JEJAK RASUL 13: SAHABAT, cuma memang dah jadi cara TV3 sekarang, Isnin hingga Jumaat baru betul punya JEJAK RASUL, sementara yang hari Sabtu dan Ahad punya, kira agak "lari" sikit dari topik, hihihi...
Setakat ni dah 8 episod disiar di TV3, tapi jangan risau! Saya dah jumpa rakaman episod Zaytuna Institute tu di Youtube!
ASSALAM USA episod 6 bahagian 1
ASSALAM USA episod 6 bahagian 2.
Bahagian satu tu banyak tunjuk pasai Imam Zaid Shakir. Bahagian dua tu ada tunjuk cara sorang pelajar Zaytuna Institute sedang cuba "menghafal" dengan menuliskannya semula di atas sejenis papan, entahlah saya pun tak berapa faham kaedah apakah itu, hehe... Kemudian diselit la pulak sebuah sekolah untuk bebudak yang menyelitkan unsur² Islam di sana.
Episod² sebelum itu, boleh cuba search di Youtube, ataupun klik saja hasil carian ni...
Episod 7 dan 8 (6 & 7 Oktober yang lalu) masih tak diupload nampaknya.
Tapi kan, mungkin juga kalian semua dah pun cari dan jumpa, haha!
Okay, maaf la tuan rumah yea, sebab lari tajuk. Dah ada orang menanya, kenalah saya jawab, heheh! ;)
Convoy, Saudari AlQasam bukan Saudara. Hehe ;)
Saya nak tengok, tapi PC yang saya guna sekarang ni tak ada speaker la pula. Tunggu nanti-nanti le. Rasanya kaedah menghafal tu antara kaedah yang digunakan oleh ulama zaman dulu-dulu.
Satu lagi contoh lain, lepas mereka hafal al-Quran, mereka akan tulis kat atas tanah/pasir. Lepas tu padam tulisan tu, dan kemudian tulis lagi sampai la betul-betul melekat dalam hati dan kepala.
Salam,
Maaf ye Tawel kalau lari topik. Memandangkan ada orang cakap pasal as-Salam USA tu, terus sahaja ke profile uploader,
http://www.youtube.com/profile?user=sahabatpeterpan
Kalau search, kadang-kadang lambat sikit untuk keluar dalam search index walaupun video sudah di upload.
p/s: Maaf, bahasa rojak. ^_^
Wa'alaikumussalam. Laa hang ke sahabatpeterpan tu..ish2. Maaf bahasa rojak jugak ;)
salam tawel.... wahh lama betul tak buka blog tawel... heran juga blog tawel tak dapat diaccess dari ofis... hmmmm... apepun akak singgah ni utk mengucapkan salam aidilfitri kat tawel n sume shbt2... semoga gembira dihari raya... kalau tak balik kg, jgn sedey2 ye... all the best!!!
buku la tahzan, ada dalam simpanan, tapi sampai sekarang belum khatam... selamat hari raya!!!
Aslkm Tuan Tawel.
Salam Lebaran, maaf zahir batin salah silap ana selama hari ini. Walaupun jauh di perantauan, la tahzan... : )
Rumah tak ada internet ye? Tak apa,itu memberi banyak masa untuk menulis artikel panjang lagi padat, silap-silap sebuah buku... mana tahu kan?
Sempena raya ni, ana tujukan lagu Dendng Perantau untuk anta. He he... la tahzan.
Wassalam.
salam... maaf tawel, nak inform skjp... selamat hari raya... sy telah delete blog saya, malangnya ada org lain telah menggunakan address itu, jd nak maklumkan bahawa http://yamieabas.blogspot.com bukan kepunyaan yamina lagi. harap maklum
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah.
Eid Mubarak to you and your beloved ones.
Please forgive me for any of my shortcomings.
Taqqabal ALLAHu minna wa minkum.
Fi amanALLAH :)
alhamdulillah, tergerak hati baca blog bro tawel. wadah yang telah membuat hati terasa tenang semula...
Salam Aidilfitri.... dah lama tak menjenguk, tetiba dihidangkan dengan layout yang berbeza dan penuh ketenangan... isinya masih lagi bermanfaat.....
salam,
Nak minta izin utk share artikel ini di blog saya, boleh?
Tk.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.