Setakat yang para saintis mampu nampak dan kira, di angkasa ini terdapat 70 sextillion buah bintang (iaitu 70 ribu juta juta juta = 7 × 1022). Jumlah ini lebih banyak dari sekalian butiran pasir yang ada di dunia ini.
Matahari adalah satu dari 70 sextilion itu. Membandingkan saiz bumi dan matahari sudah cukup menunjukkan betapa kecilnya bumi ini, dan betapa kecilnya manusia.
Dan di angkasa sana, terdapat kira-kira 100 bilion galaksi , dan galaksi tempat kita tinggal ini, iaitu Bimasakti (Milkyway) adalah satu darinya. Dan cahaya memerlukan kira-kira 100,000 tahun untuk merentasi Bimasakti ini.
Tak mampu nak membayangkannya. Dan tak dapat nak membayangkan bagaimana golongan-golongan Atheist dan free-thinker boleh percaya yang alam ini terjadi dengan sendirinya, tanpa ada 'sesiapa' yang mengawalnya.
Subhanallah. Tenangkan fikiran. Matikan seketika enjin keegoan yang membawa kepada peperangan dan permusuhan di sana-sini, untuk sama-sama kita memerhati langit, supaya kita menjadi manusia yang mahu berfikir.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berfikir;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.Surah ali-'Imran: 190-191
Baca:
- Imperfect Estimate Claims Universe Has 70 Sextillion Stars
- Galaxy - in Wikipedia
3 Komen • Tambah Komen↴
Cantik :)
Subhanallah...
allahumma Solli wa sallim 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad bi 'adadi khalqillah....
so beautiful... bukan stakat atheis, namun fahaman2 agama yang mempunyai konsep 'banyak tuhan', trinity, 'dewa-dewi' juga perlu berfikir, jika banyak 'tangan' yang menjamah alam ini, sudah tentu roak binasa segalanya
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.