Back to home page

Doa Belajar oleh Imam al-Haddad

23 Februari 2007 • 11 Komen Cetak Chenta!
Niat adalah inti utama ibadat. Tanpa niat yang betul dan ikhlas, amalan yang baik sekalipun tidak akan diterima oleh Allah. Oleh itu, apabila kita mencari ilmu, tidak kira ilmu berkaitan Islam atau pun bukan, maka adalah penting bagi kita untuk sentiasa memeriksa niat kita itu. Sesuatu ilmu itu menjadi ilmu sekular apabila ia membawa kita jauh dari mengingati Allah, sama ada Geografi, Fizik, Matematik, bahkan ilmu fiqh, hadith, al-Quran, dan sebagainya.

Oleh itu, Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad (iaitu Imam al-Haddad; 1044-1132H) sangat menggalakkan anak-anak muridnya untuk membaca satu doa yang dibaca sebelum memulakan sesi pembelajaran. Dan doa ini adalah antara doa yang selalu diulang-ulang oleh para pelajar di Darul Mustafa, Tarim.

Doa yang diajarkan oleh Imam al-Haddad itu adalah seperti di bawah ini:

doa oleh imam al-haddad

Ini pula contoh bacaannya, seperti mana yang dibacakan oleh Ustaz Fauzi dalam program Deen Intensive Dublin pada Summer 2006 yang lepas (dari kelas talaqqi Tarbiyatus Sibyan karangan Imam Ramli. Doa yang anda dengar ini ada tambahan doa lain):



Ini pula terjemahan kepada doa ini (kalau ada silap, sila betulkan):
Aku niatkan untuk belajar dan mengajar,
mengambil dan memberi manfa'at,
mengambil dan memberi peringatan,
mengambil faedah dan memberi faedah,
berpegang teguh pada Kitab Allah
dan sunnah Rasulullah sallahu alayhi wassalam,
menyeru kepada petunjuk,
menunjuk ke arah kebaikan,
menuntut dan mencari keredhaan Allah,
mendekatkan diri dan mendapatkan balasan dari-Nya.
Amin.

Oleh itu, pastikan kita selalu memeriksa niat kerana niat itu terletak di hati, dan hati pula adalah satu tempat yang sangat senang untuk berubah-ubah dan berbolak-balik sifatnya. Niat yang ikhlas akan membawa hasil yang berkat. Mungkin kisah yang akan saya ceritakan di bawah ini, akan menjadi inspirasi dalam usaha kita mencedok dan mencari ilmu yang bermanfaat yang ada di serata dunia ini. Kisah ini saya petik dari The Sufi Sage of Arabia oleh Dr Mostafa al-Badawi. Buku ini adalah biografi kisah hidup Imam al-Haddad.

Orang Pertama Digelar al-Haddad

Keturunan Bani Alawi pertama yang mendapat gelaran al-Haddad (secara literal bermaksud Tukang Besi) ialah Syed Ahmad yang hidup pada kurun ke-9 Hijrah. Beliau sering menghabiskan masanya di sebuah kedai membuat barangan besi di Tarim. Syed Ahmad dan si Tukang Besi ini adalah bersahabat baik.

Pada masa yang sama juga, terdapat seorang lagi keturunan Nabi yang bernama Syed Ahmad yang juga tinggal di Tarim. Syed Ahmad yang ini sangat terkenal orangnya, dan mempunyai ramai anak murid.

Apabila melihat keadaan ini, si Tukang Besi berasa agak sukar untuk menerima kenyataan kerana kawan baiknya, iaitu Syed Ahmad, yang sering berada di kedainya, yang mana beliau menganggapnya sebagai seorang Wali Allah, tidak mendapat perhatian langsung dari masyarakat setempat. Bagaimana Syed Ahmad yang itu begitu popular, padahal Syed Ahmad rakannya pula, tak ada sangat yang mengenalinya.

Maka dia pun sering mengkritik sahabatnya itu. Satu hari, Syed Ahmad ini membalas kritikan sahabatnya dengan berkata, "Insya-Allah, kamu akan menyaksikan sesuatu yang akan membuatkan kamu gembira." Tidak berapa lama selepas itu, orang ramai mula datang berbondong-bondong ke kedai milik si Tukang Besi itu untuk berjumpa dengan Syed Ahmad, duduk bersama-sama dengannya, dan meminta doa dari Syed Ahmad.

Pada akhirnya, jumlah orang ramai yang datang telah melebihi dari kapasiti yang boleh ditampung oleh kedai si Tukang Besi itu, sehingga dia sudah tidak boleh melakukan sebarang kerja hariannya lagi. Apabila ini berlaku, maka dia berkata kepada Syed Ahmad, "Wahai Syed, cukuplah ini. Sekarang aku yakin bahawa kamu adalah seperti apa yang aku fikirkan."

Apabila orang ramai sudah mula mengenali kehebatan ilmu kedua-dua orang Syed Ahmad yang ada di Tarim, maka mereka menggelarkan Syed Ahmad yang selalu berada di kedai si Tukang Besi sebagai Syed Ahmad al-Haddad.

Dan keturunan yang lahir dari Syed Ahmad al-Haddad ini kesemuanya ditambahkan gelaran al-Haddad pada penghujung namanya, seperti mana nama Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad, dan juga Habib Ahmad Mashhur al-Haddad, yang merupakan salah seorang guru kepada Dr Mostafa al-Badawi, yang kini merupakan seorang doktor pakar Psikiatri di UK.

Semoga Allah merahmati roh Imam al-Haddad dan orang-orang soleh yang lain, sama ada yang masih hidup mahu pun yang telah mendahului kita. Amin.

P.S. Terima kasih kepada Ibnulfaridh kerana menolong melakukan terjemahan doa di atas.

11 Komen Tambah Komen↴

adakah artikel Imam AlHaddad itu dipostingkn sempena ulang thn kelahirannya..=5 Safar = 23 Feb 07?

apa2pun, alhamdulillah, moga bertambah barakah blog biru ni..cantik.

ps:kami ada sedikit nota2 pengajian, Risalatul Muawanah n etc di blog ibu2 M'sia di UK

dalam terjemahan ni :

"mengambil dan memberi manfa'at,
mengambil dan memberi peringatan"

saya tak pasti, sesuaikah dengan memberi atau lebih sesuai dengan memperoleh sebab al-intifa' adalah muthowa'ah bagi an-naf' dan al-istifadah adalah muthowa'ah bagi al-ifadah.

Mutawa'ah adalah akibat yang terhasil dari satu perbuatan, seperti perbuatan memecah dalam bahasa arab dipanggil kasara, kesan dari memecah itu ialah pecah yang dalam bahasa arab dipanggil inkasara,

Jd intifa' itu adalah kesan dari naf' maksudnya bila mengambil manfaat, kesan dari perbuatan mengambil manfa'at itu, memperoleh manfa'at, atau adakah terjemahan intifa' itu dengan makna memberi manfa'at turut membawa maksud muthowa'ah, jika betul maka boleh sahaja maksudkan begitu.

semoga ada ahli nahu dan sorof dan boleh jelaskan perkara ni, ambo reti sikit2 je.

ibnulfaridh

ibnulfaridh, betullah tu terjemahan 'memberi manfaat'.

kalau kata memperoleh, maka al-naf'u dan al-intifa' beri makna yg sama sahaja..

ruqayya

UmmuMhmd, saya betul-betul terkejut dgn soalan tu. Saya sendiri tak ingat bilakah tarikh lahir Imam al-Haddad ni. Bila saya check sekali lagi dalam buku, rupa-rupanya memang betul macam yang UmmuMhmd cakap tu.

5 Safar = 23 February = tarikh saya buat posting yang ni. MasyaAllah!! Siapa sangka yang Allah mahu kita mengingati tarikh kelahiran Imam al-Haddad dengan cara saya membuat posting yang ini.

Kebetulan yang tidak disangka-sangka. InsyaAllah ada hikmah dan rahmat di sebaliknya :)

Ibnulfaridh dan Ruqi, jadi ok ke tak terjemahan ni. Saya ada guna terjemahan English yang dibuat oleh Sidi Abdul Aziz jugak. Apa pun, kalau rasa terjemahan tu perlu diperbetulkan lagi, sila beritahu.

takpe dengan terjemahan tu, cuma terbalik je, misal al-ifadah wa al-istifadah, sepatutnya memberi dan mengambil faedah, tapi diatas tu mengambil dan memberi faedah tapi biarlah begitu, asal makna tak lari dan orang faham.

al-ifadah tu ada dua makna, boleh makna mengambil faedah dan boleh makna memberi faedah, tapi istifadah tu satu makna aja iaitu mengambil faedah, jadi lebih sesuai al-ifadah itu memberi faedah.

an-naf' tu sama makna dengan al-ifadah, tapi kalau dalam bahasa arab ada beza tapi saya tak pasti apa bezanya, tapi kalau dalam bahasa melayu tak tau pulak ada beza antara manfaat dengan faedah

ibnulfaridh

Salam,

Sidi Abdul Aziz dah translate doa niat belajar Imam Haddad.Version SAA lain skit tapi tetap sama.Susunan ayat dia ada skit berbeza dgn apa yg ustaz fauzi baca.Tapi rasanya translation Sidi Abdul Aziz sgt baik sebab vocabulary English lebih besar drp bahasa Melayu.Aku dah emailkan kat kau....

Wassalam

Wa'alaikumussalam.
Wokay Shafiq. TQ.

sesiapa tahu maksud doa yang selalu dibaca pada mula mula waktu sekolah kat kelas? erm mcm mana ?

Tanpa Nama

tolong emailkan pada mi0r12tiga@gmail.com ok?

Tanpa Nama

Assalammualaikum...sy nk tnye ade x doa untuk
kte lupe kn seseorang..? mksud sy, sy nieh msih lgi brsekolah...dan tdak lme lg akn mnduduki peperiksaan spm..sy dh 8 bulan singel...sjak sy thu yg cple tuh haram..sy amik kputusan utk ptus kn hbungn tuh...tp hati sy msih lg syang kn dye...nak d katekn stiap mase sy akan tringat kn dye....sy dh cube sdaya upaya sy utk lupekn dye...tp still jgk ingt kn dye...sy dh cube tnye ustazah...tp tetap jgk ingat kn dye...sy mntak sgt2...ade x cara & doa yg boleyh kte lupekn dye...???? pleezz rply b4 12/6/2011...terima kasih... hanya ALLAH swt shja yg mampu mmblas sgalanya...insyaALLAH....amin... salam..

nur syahirah

@Nur Syahirah, Tak tahulah pula dik kalau ada doa nak lupakan orang yang kita sayang ni. Tapi kenapa mesti nak saya reply sebelum 12/6/2011? Musykil pula saya.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.