Back to home page

Kisah Si Padang Jawa

15 Februari 2007 • 65 Komen Cetak Chenta!
Saya berasal dari Padang Jawa. Padang Jawa ini adalah satu kariah yang pada dahulunya milik Majlis Perbandaran Klang, dan kemudian pada awal tahun 2000, jatuh bangun kampung saya ini sudah berada di bawah tampuk pengurusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Acapkali ada orang yang tersesat masuk ke dalam Padang Jawa, padahal mereka mahu pergi ke Kampung Jawa yang berdekatan KISAS.

Walau pun Shah Alam sudah menjadi sebuah bandaraya pada detik 10 Oktober 2000, tetapi saya masih tertanya-tanya bilakah sebuah hospital kerajaan setaraf Putrajaya (atau pun sekurang-kurangnya setaraf Hospital Banting) akan muncul di bandar yang mempunyai populasi kira-kira 600,000 ribu orang yang bertebaran di 56 buah seksyen.

Agaknya Datuk Bandar Shah Alam dan MB Selangor masih lagi ingin bergurau-senda dengan kita. Dan proses gurau-senda ini sudah pun berlaku selama 7 tahun. Shah Alam adalah ibu negeri Selangor dan Selangor pula merupakan negeri paling maju di Malaysia, tetapi tiada hospital kerajaan di dalamnya. Ini tidak kelakar. Tiada sesiapa mahu bergurau-senda dalam hal-hal seperti ini.

Jika ini berlaku, maka akan senantiasa berputarlah plot dan tema drama realiti seorang makcik tua yang menangis bagai nak rak, apabila melihat bil hospital anaknya yang dimasukkan secara kecemasan akibat eksiden motorsikal, yang beribu-ribu RM jumlahnya. Padahal anaknya itu cuma patah kaki. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak ambulans ke Selangor Medical Center tiada siapa dapat menolongnya.

Bagi sesiapa yang tidak tahu di mana Padang Jawa ini, maka cukuplah saya mengatakan bahawa mercu tanda utamanya ialah Puspakom. Puspakom ini terletak di bahagian barat rumah saya. 10 minit berbasikal ke arah timur dari rumah saya pula terdapat INTEC yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pendidikan Persediaan (PPP UiTM) yang terletak di Seksyen 17. Bersebelahan Puspakom ini terdapat tapak tanah perkuburan Islam. Apabila berlaku kematian di kampung saya, biasanya jenazah akan dikebumikan di situ. Bersebelahan tapak perkuburan itu pula ialah Lebuhraya Persekutuan. Sewaktu tok imam membacakan talkin dan mendoakan kesejahteraan si arwah, bunyi-bunyi enjin motokar yang derumannya bersilih ganti seolah-olah turut mengaminkan apa-apa yang perlu diaminkan.

Padang Jawa boleh diakses melalui perkhidmatan bas awam yang melakukan perjalanan pergi balik Klang-Shah Alam. Bayaran tambangnya adalah tetap; iaitu 80 sen. Beberapa tahun lampau, apabila tambangnya mahu dinaikkan dari 70 sen ke 80 sen, para pengusaha bas berhujah bahawa bas mereka memiliki air-cond. Bagi rakyat Malaysia yang hidup pada garisan Khatulistiwa, kemewahan air-cond adalah satu perkara yang asyik lagi nikmat. Maka, tiada begitu banyak rungutan yang diterima waktu itu. Malangnya, apabila harga minyak mentah dunia semakin meningkat tahun demi tahun, suhu dalaman bas itu juga nampaknya semakin meningkat. Hari ini, 90% bas-bas mini yang memasuki Padang Jawa sudah memiliki air-cond asli: angin. Maka sekarang ini, semakin keraplah saya melihat gadis-gadis tidak bertudung, yang asyik membetulkan rambutnya apabila desiran angin kuat mengibas-ngibas rambut mereka yang terburai.

Oh ya, jika anda tidak bernasib baik, perjalanan (termasuk waktu tunggu bas datang) dari Klang-Padang Jawa atau Shah Alam-Padang Jawa mungkin mengambil masa kira-kira 1 jam. Bayangkan berapa lama pula kalau Klang-Shah Alam. Tapi apa mahu kisah. Pengangkutan awam Malaysia memang begitu, tidak efisien walau pun di dalam lingkaran sebuah bandaraya, dan ia kini sedang berada di ambang apokalips jika Menteri Pengangkutan tidak bertindak bijak. Maka janganlah hairan apabila negara kita mengalami kesesakan trafik yang maha dahsyat, dan janganlah juga naik ajaib apabila budak tingkatan 1 sudah tidak sabar-sabar mahu mengambil Lesen P.

Seorang rakan saya di London (memang lahir dan membesar di London, berbangsa Pakistan) tergelak besar apabila dia ditanya adakah sudah mengambil lesen kereta. Waktu itu umurnya 21 tahun dan masih belajar. Hidup di tempat yang memiliki sistem pengangkutan awam yang efektif menyebabkan seseorang tidak perlu langsung memiliki kereta mahu pun motor, lagi-lagi jika orang bujang trang tang tang. Tetapi di negara kita, tabiat mengambil lesen kenderaan selepas SPM adalah budaya unik orang kita. Sama ada kita akan pandu kereta atau tidak, sama ada kita akan tunggang kapcai atau tidak, sama ada kita mahu jadi mat rempit atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting, habis SPM pergi ambil lesen. Hakikatnya, ramai orang yang ada lesen tetapi lesennya itu hanya terselit kemas dalam dompetnya, tanpa pernah langsung diperiksa oleh JPJ. Ini selalunya berlaku kepada wanita.

Padang Jawa juga boleh dilawati dengan menaiki tren komuter. Apabila anda mahu membeli tiket komuter, carilah butang yang bertanda Padang Jawa. Stesen Komuter itu terletak di belakang Sekolah Kebangsaan Padang Jawa (SKPJ), iaitu tempat saya menadah ilmu dari umur 7 hinggalah 12 tahun. Dan di sebelah sekolah ini pula terdapat bahagian bontot kilang CCM yang sangat besar. Kilang CCM ini adalah kilang yang menghasilan bahan-bahan kimia. Ketika saya masih kecil, selalu juga saya belajar di kelas sambil mengirup udara busuk dari kilang tersebut. Sekarang ini, nampaknya sudah tiada lagi bau busuk tersebut. Mungkin Jabatan Alam Sekitar, dengan bantuan Karam Singh Walia sudah pun melakukan tindakan tegas ke atas kilang tersebut (setelah beberapa tahun). Kini, murid-murid SKPJ boleh belajar dengan menghirup udara yang lebih bersih.

sembelih lembu
Seekor lembu untuk disembelih sempena satu majlis kenduri kahwin jiran. Gambar dari beranda rumahku.


Dari mana asalnya nama Padang Jawa ini? Saya sendiri tidak tahu dari mana asalnya nama Padang Jawa ini. Ayah dan ibu saya adalah antara penghuni terawal Padang Jawa. Mereka sudah menetap di situ sejak awal 60-an lagi. Zaman itu Padang Jawa masih kaya dengan hutan rimba. Amat mudah untuk mendengar bunyi cengkerik menyanyi-nyanyi di waktu malam. Seksyen 17 waktu itu juga ditumbuhi dengan tanaman kelapa sawit. UiTM juga masih tidak wujud, apatah lagi Kompleks PKNS. Malah waktu itu, Padang Jawa merupakan kawasan yang masih 'keras'. Kira-kira 200 meter di belakang rumah saya ada satu pokok kundur besar yang dikatakan berpenunggu. Tetapi kini pokok kundur itu sudah tiada. Dan sewaktu kakak sulung saya masih kecil, dia dan beberapa orang lagi adik-beradik saya pernah melihat satu lembaga yang mempunyai rambut yang panjang mengerbang (iaitu hantu) sedang mengetuk lesung batu di bahagian dapur rumah. Dan lesung batu itu kini sudah pun berusia dalam 30 tahun, dan ia masih lagi digunakan oleh ibu saya untuk membuat sambal belacan dan lain-lain lagi.

Pada masa itu jiran terdekat ayah dan ibu saya bernama Pakcik Suradi yang mana jarak rumahnya terletak kira-kira 500 meter. Pada hari ini, jiran terdekat keluarga saya hanya dipisahkan oleh jarak satu ludah. Pakcik Suradi ini masih hidup, cuma sekarang ini beliau selalunya akan solat dalam keadaan duduk. Jika hanya ada saya dan dia dalam surau, dia akan menyuruh saya menjadi imam. Saya selalunya menolak memandangkan dia lebih tua dan berilmu dari saya. Tetapi disebabkan keuzurannya, saya terpaksa menerimanya juga. Tongkat kayu pula adalah temannya ketika berjalan. Saya tabik spring kepadanya kerana beliau jarang sekali meninggalkan solat berjemaah di surau atau masjid, walaupun ketika saya masih kecil, saya selalu juga lari dan menyorokkan diri apabila ternampak batang hidung beliau.

Ini kerana saya tidak tahu mahu beri alasan apa apabila saya diajak bersolat di surau yang letaknya kira-kira 4 minit berjalan kaki dari rumah. Namun demikian, ini tidaklah menghalang saya dan rakan sepermainan dari terus bermain bola sepak lima sebelah di halaman rumahnya yang sangat luas dan mempunyai rumput lembut ala-ala rumput oversea. Tapi syarat tetap ada. Kata beliau dengan tegas, "Kalau nak main bola kat depan rumah Wak Long ni, kena solat jemaah kat surau!" Di hadapan rumah Pakcik Suradi ini ada telefon awam yang sering digunakan untuk aktiviti gayut-menggayut. Saya tidak tahu betapa marahnya dalam hati Pakcik Suradi ini apabila beliau melihat ada makhluk yang bergayut di situ apabila azan sudah pun dilaungkan.

Pakcik Suradi ini, atau lebih mesra dipanggil sebagai Wak Long adalah orang Jawa. Isterinya juga orang Jawa. Begitu juga dengan ibu saya. Tetapi ayah saya adalah Banjar. Dan ini seterusnya melayakkan saya dipanggil anak kacukan (Jawa + Banjar). Bagi kebanyakkan manusia, menjadi anak kacukan menyebabkan mereka bangga dan kembang hidung, lagi-lagi jika ada DNA mat saleh yang melekat di dalam tubuh, sehingga mereka lupa bahawa yang Allah pandang pada manusia hanyalah takwa, dan takwa itulah sebaik-baik bekal untuk kita bertemu Allah.

Kadang-kadang, untuk menyenangkan hati beberapa orang kawan saya yang bukan anak kacukan, saya selalunya akan berkata kepada mereka, "Mak kau perempuan, ayah lelaki. Kacukan la tu." Dan acapkali, mereka berpuas hati dengan nasihat saya tersebut. Tapi dalam hati, mereka mungkin masih berharap jika 20 tahun lebih yang dahulu, ayahnya memilih untuk berkahwin dengan seorang gadis British berambut blonde dan bermata biru, dan bentuk badannya pula bak seorang supermodel yang dipilih menjadi duta produk Calvin Klein.

Apabila saya melihat secara kasar penduduk asal Padang Jawa ini, saya mendapati kebanyakannya adalah orang-orang Jawa. Mungkin, disebabkan orang-orang Jawa menjadi majoriti, maka muncullah nama Padang Jawa itu. Cuma sekarang ini, apabila demografi Padang Jawa semakin berubah beransur-ansur menjadi seperti mana Kampung Baru, dek kerana diapit oleh Shah Alam dan Klang yang pesat membangun, maka ia telah menerima banyak kehadiran orang-orang dagang dari luar yang mahu mencari rezeki di kilang-kilang yang banyak terdapat di Seksyen 16.

Akhirnya fenomena ini telah meningkatkan ekonomi penduduk Padang Jawa. Rumah-rumah kayu juga sudah banyak yang berubah menjadi rumah batu. Yang kaya pula sudah memasang pintu pagar besi saiz king-kong yang boleh menghalang pencuri dari memecahkannya (tetapi masih boleh dipanjat). Bagi si peminta derma pula, mereka akan berfikir banyak kali sebelum memberikan salam. Atau kadang-kala, mereka sudah tidak lagi perlu lagi memberikan salam kerana kemajuan teknologi hari ini. Sebuah punat kecil yang boleh mendendangkan bunyi ting-tong apabila dipicit, ada terletak di bersebelahan pagar besi yang beratnya berkali-ganda dari si tuan rumah itu sendiri. Setakat ini, masih tiada sebuah rumah di Padang Jawa yang memasang CCTV, dan ia mungkin akan ada satu ketika nanti.

Padang Jawa di era pasca millenium adalah sebuah kampung moden yang didiami oleh masyarakat madani mini. Orang Melayu lebih kurang 95% dan India 5%. Bangsa Cina pula sangat kecil jumlahnya. Setakat yang saya tahu, ada 3 sahaja keluarga cina yang pernah tinggal di Padang Jawa. Yang pertama tinggal di atas kedai mamak (rumah kedai). Sewaktu kecil, ayah saya sering membawa saya ke kedai mamak ini untuk membelikan jajan Tora dan Ding-Dang yang amat popular satu ketika dahulu.

Keluarga Cina yang kedua pula agak popular kerana mereka memiliki sebuah kedai membaiki basikal di samping kedai runcit harian. Ketua keluarganya bernama John dan sesiapa yang tidak tahu Kedai John, maka sahlah mereka adalah pendatang baru di Padang Jawa. John juga antara penghuni terlama Padang Jawa dan merupakan kenalan rapat keluarga saya. John dan isterinya suka mengusik ibu saya dengan memanggilnya 'Minah cantik'. Dahulu ketika ibu saya membela ayam kampung, maka sayalah yang selalu ditugaskan untuk membeli terigu (makanan ayam) di kedai John kerana harganya yang agak murah. Selalunya, isteri John akan mengakhiri transaksi dengan berkata, "Kirim salam sama Minah cantik." Pelanggan utama yang membeli ayam yang ibu saya bela pula adalah orang-orang Indon. Orang-orang Indon sebenarnya lebih sukakan ayam kampung berbanding ayam bandar yang sudah disuntik dengan hormon estrogen.

Anak-anak John membesar di Padang Jawa. Cuma mereka disekolahkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Namun demikian, 2 anaknya yang terakhir bersekolah di sekolah menengah yang sama dengan saya. Kedua-duanya merupakan kenalan merangkap junior saya, seorang lelaki dan seorang perempuan, dan salah seorangnya pernah menjadi anak murid saya dalam kelas tutorial kimia percuma yang saya adakan kira-kira 4 tahun lepas. Yang lagi seorang pula kini menjaga kedai jual telefon dan sim card secara part-time di Padang Jawa. Kedai telefon ini kalau tidak silap adalah milik abangnya. Kedai telefon itu terletak di Jalan Mat Raji, yang mana saya menganggap jalan ini sebagai Bukit Bintang versi Padang Jawa. Ini kerana kawasan ini begitu banyak kedai runcit, restoran, dan kiosk makanan yang beraneka ragam. Inilah kawasan yang paling terang di waktu malam di Padang Jawa.

Keluarga cina ketiga yang saya tahu pula hanyalah seorang wanita yang tinggal bersendirian. Saya mengetahuinya dari ibu saya. Kira-kira setahun lebih yang lepas, wanita cina ini mula menghadirkan dirinya dalam kelas pengajian Ahad di Masjid as-Solihin yang sering dihadiri oleh ibu saya. Masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang ada di Padang Jawa. Oleh kerana populasi penduduk Padang Jawa asyik meningkat, maka masjid ini sudah entah berapa kali diperbesarkan perimeternya. Usaha pembesaran Masjid as-Solihin ini begitu bermakna apabila tibanya hari Jumaat dan hari raya. Tetapi, pada waktu-waktu lain, usaha pembesaran itu nampaknya begitu membazir. Ini seperti mana yang berlaku pada masjid-masjid mahal lagi glemer di negara kita. Pengimarahan masjid gagal!

Di Masjid as-Solihin inilah berlakunya bibit-bibit perkenalan di antara wanita cina itu dan ibu saya. Menurut riwayat ibu saya yang Insha-Allah hasan, dan disahihkan pula oleh saya, wanita cina itu dahulunya bukan Islam. Buddha barangkali. Beliau tiada suami. Tetapi tak pasti pula kalau kenapa dia tiada suami. Apa yang menyebabkan beliau memeluk Islam adalah kerana pengalamannya berkerja sebagai seorang nurse. Menjadi nurse membuatkan dia sering melihat babak-babak akhir kehidupan seorang manusia.

Katanya, beliau melihat orang-orang Islam mati begitu senang. Kalau orang-orang kafir, begitu seksa untuk mati. Hal ini membuatkan beliau menjadi takut dan seterusnya berfikir panjang untuk mencari sebab hakiki kepada fenomena aneh dan misteri tersebut. Akhirnya pencarian itu membawa beliau kepada Islam. Alhamdulillah. Pengalaman beliau itu mirip kepada apa yang dialami oleh Dr Maurice Bucaille (pengarang buku The Bible, The Qur'an and Science) yang merupakan seorang doktor berbangsa Perancis. Dr Maurice tertarik untuk mendalami Islam setelah melihat bagaimana orang-orang Islam dari wilayah Afrika Utara (seperti Maghribi, Tunisia, Algeria) yang banyak terdapat di Perancis, menghembuskan nafas mereka yang terakhir. Sebagai seorang doktor, sudah pasti beliau melihat pelbagai jenis ragam dan karenah manusia dalam perkara-perkara yang melibatkan hidup dan mati ini.

Beliau berasa kagum kepada si mati dan keluarga si mati. Baginya, orang-orang Islam nampak lebih matang dan bersedia untuk menghadapi satu taboo universal yang dinamakan kematian. Namun demikian, setakat yang saya tahu, tiada sumber sahih yang dapat membuktikan bahawa beliau adalah seorang Muslim, walaupun pada hakikatnya beliau banyak mengkaji tentang Al-Quran dan menyanggah Bible. Kita doakan sahaja beliau mati dalam Islam. Amin..

Nampaknya saya sudah menulis dengan sangat panjang. Tetapi masih ada perkara lain yang belum disentuh. Tak mengapalah, di sini saya berhenti dahulu. Dan sebagai satu dedikasi kepada kampung tempat tumpah darahku, dan juga orang-orang Jawa di luar sana, maka saya putarkan lagu Tombo Ati oleh Opick. Selamat mendengar. Kalau tak faham, sila tanya rakan-rakan Jawa anda yang berdekatan.


Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur'an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur'an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

65 Komen Tambah Komen↴

kau orang padang jawa rupanya, aku sempat tinggal disana pada usia aku belum sampai dua bulan hingga 4 tahun, lepas tu aku pindah ke Teluk Kapas, jalan Syapadu yang popular dengan jalan maut yang sehingga kini telah mengorbankan lebih seratus nyawa, tapi sekarang aku sudah menjadi orang Perak.

Jonh yang kau maksudkan tu yang buat roti yangorang panggil roti jonh tu ke...

ibnulfaridh

hehe... lawak, x terpk plak kaitan john tauke kedai ngan roti john.

Menarik gak entry kali ni, mesti seronok dapat merasa kehidupan kampung di tengah2 bandaraya.

Dulu time masih ada suasana kampung, sangat best. Tapi skg ni, dah rasa kurang best. Nantila ada masa sambung lagi kisah Padang Jawa ni. Seronok pulak mengimbau kisah-kisah silam ni..hehe.

Tapi apa pun, roti john dan encik john adalah dua entiti yang berbeza, yang saling tiada kaitan antara satu sama lain. Hehe. Tapi tak ku sangka kau pun pernah tinggal kat Padang Jawa jugak..duduk kat mana time tu?

Nice new layout! I enjoyed your story, especially your recollections of your Wak Long. I didn't understand this phrase though:

Saya tabik spring kepadanya

Tabik spring? Can you explain?

bin gregory

Aku nak tanya satu je tawel. benda ni lama dah menghantui aku..

apa makan perkataan "GUSTI" dalam lagu Tombo Ati tu?

Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah (atau ringkasnya Gusti Putri) dalam cerita Puteri Gunung Ledang tu kenal tak? Gusti Putri adalah seorang Puteri Jawa yang beragama Hindu.

'Gusti' adalah istilah yang membawa dua maksud berbeza, yang perlu disesuaikan dalam konteks ayat dan keadaaan. Gusti ni lebih kurang sama dengan maksud 'Lord'. Dalam English, Lord boleh membawa dua maksud utama, iaitu 'Tuhan' dan 'awalan yang digunakan oleh raja atau pun orang-orang besar.'

Jadi, Gusti bermaksud 'Tuhan' dan 'Tuan'. Gusti Allah = Tuhan Allah. Tapi istilah Gusti Allah adalah slang yang biasanya hanya digunakan oleh orang-orang Jawa di Tanah Jawa sahaja.

Bin Gregory: Mechanically, spring will give extra kinetic energy for a premoving object when it moves. Tabik is a physical action of salutation that is commonly seen in the soldier and police tradition. So, tabik spring is a very energetic tabik with high level of momentum, esteem and honor. It just a slang that was popularized by Malaysian youth.

Hopefully I explain everything well :)

wah, bagus punye definition, buleh tambah kat wikipedia ni.

Hah! Ok, TQ.

Bin Gregory

At first I though that all Padang Jawa residents are Javanese..but actually not all..but mostly

I agree with mardhiah..that tabik spring term can be put into wikipedia...heheh

p/s; know what, "JAWA" is actually used to name a race in star wars..with no association whatsoever with real life I think (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Star_Wars_races_%28F-J%29#Jawa)

sangat lawa template kali ni.

"tabik spring is a very energetic tabik with high level of momentum, esteem and honor."

excellent definition :D

Hehe..terima kasih Hafiz. Ok, pasni kalau wikipedia ada page utk the list of Malaysian slangs, boleh amik definisi tabik spring dari sini.

Sword, aku bersyukur sebab alien berspesis Jawa dalam Star Wars tu takde kaitan dgn dunia nyata :D.

oh ye..sy prnh dengar nama pdg jawa ms dlm komuter. hik2 siap ada link ccm lg. seronok klu dibesarkn di satu tmpt, tak yah pindah randah. sy br tgk2 blog ni smlm. menarik.

tak sangka ade yg menulis psl padang jawa..jalan mat raji tu dah jadi tempat yg slalu d kunjungi...makan di warung wak pon dah jadi kebiasaan... =)

Tanpa Nama

salam..saudara Tawel orang jawa+banjar rupanya...saya dengar orang jawa ni pandai-pandai belaka, makan apa ek..hehe.

sini kalau beli tanah nak buat rumah bagus tak???

rusli

Alamak, masuk bisnes hartanah pulak. Hehe.

Kalau nak buat rumah sewa, rasanya bagus juga rasanya sebab Padang Jawa ni tersepit di antara Shah Alam dan Klang. Jadi banyak la orang-orang luar yang nak cari rumah untuk disewa. Padang Jawa mungkin akan menjadi seperti Kampung Baru suatu hari nanti. Siapa tahu..

Tapi kalau nak buat rumah sendiri, kena fikir banyak perkara. Saya pun kalau boleh memang tak mahu buat rumah di situ. Satu masalah Padang Jawa ni, bila jumlah penduduknya sekarang mahu mencecah 5 angka. Tapi jalan raya keluarnya yang utama cuma ada satu. Jadi kalau pagi-pagi tu, terutama kalau hari hujan, siap sedialah untuk berhadapan dengan traffic jam.

Satu lagi masalahnya, sekarang ni dah terlalu banyak rumah-rumah sewa yang dibina. Jadi perancangan kampung ni dah jadi tak teratur. Agak bercelaru sebenarnya. Tempat untuk kanak-kanak bersosial dah makin terhad sebab kawasan-kawasan lapang semakin berkurangan. Jadi agak bahaya untuk budak-budak. Macam-macam lagi le.

a.kum woi aku dah duduk padang jawa 18 tahun la.kau takde sebut pun pasal keluarga borhan,mesti ko kenal keluarga borhan ,sebab dia orang lama kat situ,

Tanpa Nama

adeh, x sangka ye ader gak pasal pdg jawa kat cni ngeh²...haku da lame dok cni ala kt jln mat raji la...byk² jln haku rase jln mat raji la yg bez sbb pe haku cam tu huhu penuh ngn kedai & gerai...kalo lapo senang je nk cri makanan.tp skunk ni penuh debu al-maklum jer la nk beso kn jln pulak...weh kite leh jumpe nih..

yg psl john tu, dulu aku skool kt skool 16 selalu la singgah kedai john tu kdg² pam tayar x pon beli air eskerim soda RM0.50 hehehe...tp tu sume dlm kenangan bile tingat balik mmg syok.

nanti la kalo free haku smbung ye nk ingt balik ngeh²..................

Tanpa Nama

Banyaklah pula penghuni Padang Jawa yang 'terlawat' blog ni. Mak aku cakap, banyak rumah dan kedai kat tepi Jalan Mat Raji yang kena pecah sebab termakan sikit tanah rezab kerajaan. Mesti dah tak meriah jalan tu lagi dah sekarang.

Okeh, senang-senang nanti sambung balik. Kisah Si Padang Jawa ni ada sequel. Tapi tak tahu bila nak siap.

meriah lagi seiiii,

yang kena rizab jalan tu sebelah je...
gelanggang tomoi tu dah kena pecah dah...
bagi aku lagi best sebab jalan dah besar sikit...
senang sikit nak parking...
kedai2 yang ada tu still on nampak cun sikit pasal semua kedai kena buat baru walaupun pakai material lama tapi still nampak baru...
siap projek tu kang lagi le meriah...


hehehhehe

adi-PJM

Ish, tapi kesianlah kat tuan rumah dan kedai tu sebab MBSA pecah masa minggu pertama Ramadan. Dengar-dengar sampai masuk TV3 dan suratkhabar. Rimba Jaya pun dah kena gondol. Hai..macam-macam betullah sekarang ni.

Hehe, tapi baguslah kalau ada balik. Boleh beli nasi ayam kat situ lagi waktu malam ;)

Penduduk Padang Jawa, baca ini:

Sejarah
Kampung Padang Jawa adalah sebuah kampung yang terletak di antara 2 Bandar besar iaitu Bandar Klang dan Shah Alam. Jaraknya dari Klang lebih kurang 7 km dan dari Shah Alam 5 km. Kampung ini terbahagi kepada dua pentadbiran daerah iaitu Klang dan Petaling yang mana sempadan diantara kedua daerah terletak dikampung ini. Kampung ini juga boleh dianggap sebagain salah sebuah kampung yang tertua di dalam Daerah Klang yang mana wujud sejak tahun 1880.

Menyingkap kembali sejarah kelahiran kampung ini, dari pencerita Tuan Hj Ahmad bekas imam Masjid Padang Jawa bahawa kampung ini telah wujud kira – kira pada tahun 1880. Dua orang adik beradik yang dikenali dengan nama Tok Mohd Tahir dan Tok Pakar telah datang membuka kampung ini. Mereka berasal dari Kuala Langat (Bandar @ Bandau). Pada asalnya kampung ini terbahagi kepada beberapa kawasan iaitu kawasan Kampung Berangan (sekarang dikenali Kawasan Jalan Berangan), Kawasan Telok Benta (Sekarang dikenali sebagai Kawasan Jalan Tegas) dan Padang Lalang (sekarang dikenali sebagai Sg. Rasah Dalam @ Kulon).

Nama Kampung Padang Jawa mula bertapak apabila seorang yang bernama Wak Kiran telah datang membuka kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai kawasan Rimba Jaya. Beliau terkenal dengan kehandalannya dalam ilmu pendekar dan mempunyai beberapa pembantu untuk membersihkan kawasan yang dibukanya. Untuk memudahkan pekerjanya berulang alik menggunakan perkhidmatan keretapi (telah terdapat jalan keretrapi ) beliau telah memohon sebuah stesen keretapi didirikan dikampung ini dan pihak kerajaan telah bersetuju mendirikannya. Di atas persetujuan pihak kerajaan telah menerima cadangan Wak Kiran supaya menamakan stesen tersebut sebagai Stesen Kampung Padang Jawa. Sejak dari itu maka terkenal kampung ini dengan nama tersebut dan sedikit demi sedikit maka lenyaplah nama lama Kampung Berangan, Teluk Benta dan Padang Lalang.

Sebenarnya pada waktu tersebut telah terdapat sebuah stesen yang terletak di Padang Lalang atau berhampiran Jalan Connought Bridge. Stesen ini digunakan sebagai tempat persimpangan menyambung perjalanan keretapi untuk ke Kuala Selangor (sekarang dikenali Kawasan Sri Kenanga). Satu perkara aneh yang perlu berlaku ialah wujudnya Batu Gajah yang terletak ditengah Sungai Klang. Menurut ceritanya iaitu pada suatu ketika 3 ekor gajah cuba menyeberangi sungai tersebut. Setibanya dipertengahan sungai ketiga – tiga gajah tersebut telah ditegur oleh sang kelembai (tidak diketahui jenis makhluknya) dan dengan tiba – tiba sahaja terus menjadi batu. Semenjak itu maka kawasan tersebut dikenali dengan nama Batu Gajah. Menurut ceritanya juga batu tersebut akan kelihatan apabila air sungai surut.

Kampung ini pada mulanya terkenal dengan dusun buahan, nelayan dan kebun getah. Sebelum tahun 1960an pekerjaan penduduk kampung ini ialah sebagai pekebun, nelayan dan penoreh getah. Sungai Klang yang merentasi belakang kampung ini menjadi sumber rezeki nelayan yang mana terdapat banyak ikan, udang galah dan sebagainya. Bagaimanapun sejak tahun 1960 sungai ini mula tercemar oleh pembuangan sisa toksik dan semenjak itu tertutuplah mata pencarian nelayan. Sebelum tahun 1960 jumlah penduduknya dianggarkan tidak melebihi 500 orang yang mana terdiri dari dua kaum majority jawa dan melayu. Terdapat juga sedikit kaum India dan cina. Sejarah telah berlalu dan bermula pada tahun 1960 kampung ini telah dibanjiri oleh pendatang dari lain Negeri di semenanjung mencari pekerjaan. Beberapa kilang seperti kilang baja (CCM) telah didirikan berhampiran kampung ini. Shah Alam mula dibangunkan. Perindustrian juga mula dibangunkan.

Kampung ini mula terhimpit dengan arus pembangunan, penduduknya bertambah ramai dianggarkan seramai 25,000 orang. Sejak dari itu pendudukasalnya telah mula mendirikan rumah – rumah sewa. Terkuburlah sebahagian dusun dan kebun getah. Himpitan bukan sahaja pembangunan dari kedua Bandar bahkan dalam kampung ini juga telah terhimpit dengan kesesakan rumah – rumah yang telah didirikan dengan begitu banyak sekali. Tanah yang terbiar menjadi kawasan perumahan dikenali sebagai kawasan setinggan.

SUMBER:
eKlang komuniti.
http://www.pdklang.gov.my/kampung.asp?kgID=16&kgIDSub=1


Laman itu down buat masa ni. Cuba akses guna Google's Cache.

owh,harapnya jangan lah padang jawa jadi kg. baru no.2, sesak..

A.Zares

hm...saya org padang jawa gak,
rs b'bangga sebenarnye jd pnduduk situ,kalu balik cuti, kdai topup anak john Mesti pegi..lgpon dl mase zaman kecik2 dl slalu repair beskal kat kdai john. seronok kalu di ingat kn balik ksah dl2 bersama KAMPONG PADANG JAWA.. hehe..

salam`alayk~


mak saya pernah duduk di padang jawa semasa beliau masih muda remaja. ^^ sekarang kami telah menjadi warga shah alam 100%. (^_^)v


.sis er.

Tanpa Nama

Akum boleh saya tau sapa yang menulis blog ini sbb saya pun org pdg jawa gak.sama2 membesar kat sana

Tanpa Nama

salam,kabare

nyong pun orang pdg jawa jgk.dibesarkan disitu.main parit,tgkp belut,puyuh,main lastik2 dsb.sungguh seronok skrg dah berubah.Wak suradi itu memang dikenalai ramai dan kami hormatinya sebagai otai kg. harap dalam blog ini boleh sertakan gambar kg pdg jawa ni...lagu tombo ati juga fevourite disini.nyong pernah dengar lagu ni da lagukan oleh buruh jawa yang buat umah..

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam dan waras Anonymous. Mengimbau memori lama nampaknya! Siapa saya? Hehe..apa yang saya beritahu tentang siapakah saya di blog ini, maka itulah saya ;)

Eh sejak kecil duduk situ ke? Entah-entah kita pernah main parit sama-sama. Saya pernah main di parit yang menghala ke Sungai Klang tu. Hang pernah ka?

kampung kelahiran aku 2.. sampai skang aku dok padang jawa.... huwakakkakaka... skang aku dh di gelar pengali kubor dh... bye

Tanpa Nama

salam..
14Feb2007 kisah si padang jawa dipamerkan(thanks alot to Tawel)
16Feb2009 baru aku terbaca (aku ni mmg salu tak update)
Itupun dok kerana nak tau Padang Jawa ni bawah mukim mana?? Urusan kerja.
Padang Jawa tanah airku.
Memang aku sayang sgt kat Padang Jawa.
Tempat aku belajar dari darjah 1 sampai darjah 6, cikdu Jamaliah, cikgu Ali, Cikgu Mohimin apa khabar mereka, apa khabar pencapaian akedemik anak didik SKPJ?? Aku pernah menjadi Ketua Pelajar selaku Ketua Pengawas tahun 1995 di SKPJ, itupun atas dasar undi populariti oleh pelajar perempuan..aku rasa begitulah dasar aku dicalonkan waktu itu.
Tempat aku mengail ikan haruan kat parit belakang rumah Wak Bilal Wondo. Tak sangka aku kat situ pun ada ikan keli.
Tempat aku main konda-kondi, main kejar-kejar, polis entry, main nyorok- nyorok sekitar kejiranan Lorong Tebu a.k.a Lot 1416, Jalan Bilal Wondo berdekatan dengan rumah Wak Wahit atau lebih dikenali Cik Wahit penjual Mee Sop.
Sebelah Jalan Berangan ada parit jernih tempat aku tangkap ikan pelaga guna tin milo atau botol kaca kosong..
Sungai Klang belakang tempat aku pancing ikan patin guna roti Gardenia..
Kedai gunting rambut sebelah masjid solihin..tulah kedai pertama aku mendapatkan khidmat gunting rambut.
Kalau kedai gunting ni ramai sgt orang, aku cabut pergi sek.17 sebelah kedai komik Ali Shopping.
Kedai komik Ali Shopping tu pulak tempat aku wajib singgah dari tahun 1995 sampai 2009 ni, tempat aku menjamah bacaan ringan komik keluaran Hong Kong termasuk Wira Tunggal, Pedang Setiawan, Alam Perwira dll.
Aku rasa ada benda ko termiss tentang 'keluarga Cina' di Padang Jawa. Selain Kedai John yang terkenal dengan pembantu jualannya yang berbangsa India(pengecaman mudah adalah melalui tabiatnya menyelit syiling 20sen di telinga) terdapat lagi satu keluarga cina menjalankan bisnes Ladang Jambu Batu kemudian bertukar kepada Ladang Tebu di sebelah Jalan Berangan. Kini Cina tu sudah berpindah dan ladang mereka telah bertukar menjadi belukar di Padang Jawa. (pemandangan jelas betapa luasnya ladang tu boleh dilihat dari atas Flyover Padang Jawa) Bukan apa..sekadar mengingat kembali di situlah tempat aku curi beberapa biji jambu batu milik keluarga cina tu dan aku agih-agihkan samarata bersama rakan seperjuangan. (masa tu tak tau halal-haram)walaupun terang dan nyata tempat tu dijaga rapi oleh anjing yang haram peliharaan keluarga cina tersebut.
Kalau kawasan kelapa sawit yang masih bertahan sampai sekarang di sebelah kiri Traffic Light Padang Jawa masih dianggap sebahagian Kampung Padang Jawa. Maka di situ juga terdapat adik beradik cina yang menjalankan kegiatan membaiki motosikal di bawah teduhan kelapa sawit tersebut sejak tahun awal 80-an lagi.
Aku sayangkan Padang Jawa sebab di situlah tempat aku membesar. Aku risau dengan kemasukkan terlalu ramai pendatang asing dan tempatan yang membawa kepada peningkatan kes jenayah di Padang Jawa. Begitu rancak rumah sewa dan rumah kedai didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan, pembinaan yang tidak terancang menyebabkan masalah tekanan air yang rendah dah parking yang tidak cukup sehingga membawa kepada pergaduhan sesama jiran dan above all pencemaran yang sungguh menghayat hati. Kini parit tempat aku ketagihkan aktiviti sauk puyu, sepat dan haruan sudah menjadi tempat saliran sampah. Ikan longkang yang terkenal dengan ketahanan yang tinggi terhadap pencemaran pun sudah tidak kelihatan.
Kini aku tidak lagi menetap di Padang Jawa tapi aku tetap risau masa depan Padang Jawa.
Kalau ada masa boleh borak-borak ngan aku kat(shahril_zone@yahoo.com)

shahril

pengali kubur...macam si botak je.tak pun si along...

Tanpa Nama

wak sudar ni...wak sudar kan pengali kubur no 1 PJ

Tanpa Nama

kenape en tawel dah lama tak menulis dalam blog nie....

Tanpa Nama

Bila sequel kisah si padang jawa ni nak siap....

Tanpa Nama

adu tak sangka ada jumpa blog tentang padang jawa ye.aku duduk kat sana pun dari kecil.sekarang dah lama tak balik beb.aku balik sana pun bulan jan 09.aduh rindunya kat padang jawa...the best in the world...affandi

Tanpa Nama

mana en tewel ni macam menyepikan diri..he..ke sibuk nak kawin....jiran merangkap kawan baik en tewel da lama kawin....hang bila lagi

Tanpa Nama

beb.ak jugax owg pdang jawa.
smpai skunk dk sne.
n psl kedai john 2 mmg popular r..
slalu tyme blik skola tyar pancit g twos kdai john 2..
gile lme dh.ak pn dh 18 thn..
haha.

affandi ni rasenye junior aku mase kat 16.mase aku jd cikgu kat skpj aku ajar adik dia...tp kat mane depa sekarang nie....bile en tewel nak wat sequal pdg jawa 2 ni....

Tanpa Nama

marilah suma anak - anak padang jawa tak kira yang dilahirkan atau yang dibesarkan atau yang menyinggah sekejap kat padang jawa ni kita pergi ke masjid...

Tanpa Nama

hoho..
baru aku prasan menantang ni..hoho..
nk tnye ckit..
yg menulis ni fendy ek?

Tanpa Nama

Salam kasih sayang buat penduduk2 Padang Jawa dan bekas2 penduduk Padang Jawa yang hati nuraninya masih sekar mekar di Padang Jawa. Moga sihat sejahtera hendaknya. Kecil sungguh dunia ni, tak terlintas langsung dek akal cerdas waras aku ni rupa-rupanya dikalangan level2 bos di Jabatan Kerajaan tempat aku berkhidmat sekarang ni ada yang berasal dari Padang Jawa. Walaupun xda sebarang susur-galur tali kekeluargaan dengan bos-bos ni tapi ntah nape asal sebut jer org pdg jawa mesti aku akan rasa kemesraan semulajadi bagai lama bersaudara(geli pula ayat aku ni).

Pointnya di sini ialah walau kita tak mengenali sesama sendiri tapi dek sebab pernah tinggal satu kampung yang sama maka fitrahnya kita cenderung untuk merasakan hubungan sesama kita bagai bersaudara. Dan perasaan istimewa ini dapat dihayati dengan mendalam apabila pertemuan sesama kita berlaku di luar ruang rangkup Lembah Klang.

Percaya atau tidak penghuni-penghuni Padang Jawa ni sebenarnya terdiri dari suku dan puak yang hebat handal belaka.(Mohon penduduk padang jawa yang dihormati supaya mengizinkan penggunaan perkataan suku dan puak sekadar membawa kesan sensasi dalam coretan kali ini)Hebat handal suku dan puak di perkampungan kita ni mirip cerita panggung fantasi aksi komedi 'Kung Fu Hustle' terbitan Beijing Film Studio arahan Stephen Chow. Atau jugak mirip cerita siri manga terkenal NARUTO terbitan Shueisha nukilan Masashi Kishimoto. Ada suku puak dari kampung kita yang mahir mengubat rawat luar dalam, ada yang mahir tempur tangan kaki tanpa senjata, mahir berpolitik dari timbang dan bulan ke politik kedai kopi, mahir berniaga dari tahap urus tawar kontrak dan tender hingga ke jual beli di tepi jalan.

Peristiwa hebat handal yang mempunyai catatan rekod antaranya ada suku puak dari kampung kita yang menang pertandingan kompang, ada yang juara muay thai, ada yang dapat straight A dalam UPSR, PMR, SPM dan bawa nama kampung kita sampai ke negara maju Jepun, England, Ireland, German dan lain-lain. Peristiwa hebat handal tanpa rekod pun tak kurang ceritanya termasuk ada yang rumahnya kalau masuk pencuri akan lemas dan tak boleh cari jalan keluar, ada yang berkebolehan tampar lembu sekali mati, ada yang boleh tundukkan musuh dengan tutur mulut sahaja, ada yang berkeris terbang, dan pelbagai lagi kisah hebat handal dari kampung kita.

Tapi satu kisah menarik ingin aku kongsi bersama tentang peristiwa aku dan kawan2 menggunakan kemahiran hebat handal suku puak kampung kita ni juagk untuk tangkap balik pencuri komputer rumah kitorg..tapi di coretan lain kali lah sebab masa mencemburui aku..apalah yang dicemburukan sangat aku pun tak tau,sekian..

shahril

ramai orang yang hebat dari padang jawa ni dah byk yg pindah...macam- macam kisah....yang terbaru kisah rumah yang tidak dijilat api walaupun api marak..kisah itu aku dengar sampai kat melaka orang bercerita..malah orang luar negara dari usa pun penah bermalam di kampung kite....begitu popular..aku penah jd anak angkat sebuah kuarga kat ulu perak...kat gerik kawasan pedalaman...bila sebut asal dr pdg jawa terus ibubapa angkat aku kate anaknye kat situ dan dia penah pegi...begitu famous pdg jawa nie...ramai org yg hebat dah berpindah termasuk sorang yg handal dalam ilmu perubatan islam..byk lg kisah kat pdg jawa nie....bila org tanye aku dr mane...dgn bangga aku ckp dr pdg jawa...walaupun dulu penah digelak orang...skrg tidak lagi

Tanpa Nama

oh ye nk sambung sikit pasal pokok kelapa sawit kt depan traffic light tu da kena tarah dlm 2 3 ari lepas..gondol abis so cuaca jd panas giler tang situ..bengkel cine tu pon aku rase kena pindah agak nye xkn nk stay situ kn..kesian plak kena cari tempat baru..da lame die b'tapak kn..kedai lom bukak lg customer da sampai dl..

Tanpa Nama

cayalah.. bangga jadi orang padang jawa...

Tanpa Nama

@Tanpa Nama. Aha, tu kedai motor yang paling lama di Padang Jawa. Masa aku belum sekolah lagi, rasanya dah ada. Maknanya, dah lebih 20 tahun bertapak di situ. Kau tahu ke projek apa nak dibuat di situ? Tapi betul la, makin panas Padang Jawa ni!

Salam Tawel. Akak ada bg link ni kat fb akak. hehehe . ramai org pdg jawa nak tau sapa penulis blog ni. Akak kenal ngan ibu Tawel, cik Minah Cantik tapi Tawel ni akak jarang or paling tepat tak pernah nampak kalo sesekali balik pdg jawa (sebab kena lalu depan rumah Tawel).

ummu 'ammar

aku rasa projek pembangunan...atau tanah tu dijual ikut lot - lot...sbb aritu ade orang offer rasenye kat tanah tu...

Tanpa Nama

padang jawa mmg dah panas...ladang jambu pun dah dibeli kerajaan negeri kate nak wat masjid gan pusat islam

Tanpa Nama

en tewel ni popular gak kat sekolah gan kat padang jawa...orang tua - tua pun kenal...

sabiq jr

interesting sgt lah.
2hari bace.
hehe.
hmm. tp xpenah pulak pergi padang jawa.
one fine day, insyaAllah.
agk2 kajang ke padang jawa bape lame ey.

@Cik Dyanabahri, naik komuter je senang. Pilihlah stesen Padang Jawa :)

Ada tambahan fakta sikit....sebelum Ladang Jambu Batu kemudian bertukar kepada Ladang Tebu di sebelah Jalan Berangan...Kawasan tu adalah merupakan kawasan pokok getah. Saya tahu sebab saya tinggal sebelah tanah keluarga Cina tu.....Jalan Muhibbah.

Tanpa Nama

Sebenarnya kg padang jawa ini mempunyai spirit dimana kalau berjumpe dgn orang yg pernah duduk padang jawa walaupun sehari disitu...mereka akan bercerita dan tidak malu untuk mengaku tinggal di pdg jawa...tak mcm zaman 80 an atau 90an dulu.Byk kajian tentang tempat yang dah hamba buat tapi mengkaji ttg padang jawa ni btul2 seronok...untuk mengetahui ttg sejarah,dan geografi.sosiologi dan antropologi padang jawa sila layari http://sejarahpjp.blogspot.com/...kajian ni baru siap tahun nie dah update pun...tak lama lagi ingat nak kuar buku lak...

SabiqJr

paling best skali kt p.jawa time ari raye! sbabnye jalan xsebuk! dh la simpang banyak jlan alternative xde! paling boring skali orang buka restoran tepi jalan kt p.jawa xsediakn parking kt customer tlah menyebabkan masalah lalu lintas! XGUNA BESAKN JALAN KLO JD TMPAT PARKING! BERTINDAK LA PADA SESIAPA YG JD KETUA KMPG TU!

ORG PDG JAWA YG BENGANG

mase duk pdg jawa teringgin sangat nak pindah ke tempat yg lapang dan tenang...tak mcm pdg jwa yg sempit,nak parking pun susah slalu gak nak gaduh...bila dah pindah ketempat yg kita katakan tenang dan senang perkara sebaliknya pula berlaku....en tewel dah pindah meru ke...kat situ pun sesak gak..

Tanpa Nama

@Tanpa Nama di atas, Insya-Allah bulan Jan 2011. Meru memang sesak, tapi sekurang-kurangnya pembangunan yang berlaku di sana tersusun dan terancang.

Dan entry ini mmg panjang, namun perlu ditambah pembangunan & pemidahan setinggan ke rumah flet PPR Rimba Jaya. Yang tingginya 17 tingkat, dari 2 blok ke 3 blok. Sejuk tinggal di dalamnya, namun di luarnya hangat membara ekoran pembinaan rumah teres berharga *rm 350,000.00. Hem, baik ke buruk ke? Sudah 2tahun lebih saya tinggal disana.

@Wan Hafisah, projek Ken Rimba ke tu? Baiklah tu rasanya, tingkatkan harga hartanah di situ. Hehe apa pun, tak sangka tinggal di situ rupanya!

Tawel..tinggal disitu, memang byk momen tercipta. Hendak atau tidak, berdepan dgn bau busuk di tangga2(sikap buruk manusia), dikejutkan dengan bunyi 2 benda~azan, kerana surau di bawah flet, dan bunyi hon KTM setiap pg. mengejutkan semua umat Islam bgn beribadat dan bekerja. Namun, siapa tahu..Rimba Jaya itu sarat dgn cerita nya juga. Mungkin entry saya nti berbaur "Ken Rimba Jaya-bukan merapu meraban". Hehhehe:)


p/s: agaknya tawel dah terkenal takde masa lawat blog2 penulis ni. namun, saya titipkan juga link disini. ada kelapangan sila jemput ke sini:

http://akusertajiwabisnesku.blogspot.com

0rg2 yg ade kat pdg jawa ni pun smua agk aneh di mate aku yg slame ni membesar di ctu... da rmai sgt 0rg lua duk pdg jwa, aku sndri da tak nampak kwn2 aku spermainan dlu... mne tak, ade yg stdy ja0 nun ke pntai timur.. ade yg dah kawen, berhijrah juge mungkin... 2 ta0n jek aku tggal kan pdg jwa sbb futher stdy, da ckup bnyk perubahan yg aku rase kan... hurmmm...

@Yan Azian, saya dah lama perasan. Kawan masa kecil dulu, dalam 40 orang ada kalau dihitung. Tapi disebabkan di Padang Jawa ni lebih banyak orang luar yang duduk menyewa, maka bila tiba masanya, mereka pun pindah. Sekarang ni, ada lah terjumpa dalam seorang dua.

hurmmm.. bt0l tu.. kalau ade jmpe pun mgkin da tak knal sbb msing2 da m'besar & b'laku perubahan dari segi fizikal... klu t'jmpe pun psti akan mrenung 0rg tu dgn lme, bru ingt die la mmbe zman sk0la... huhu~

assalamualaikum..

saya aidil.. sya membesar kat padang jawa dri kecik lagi.. seronok btul ble dgr cter tu.. teringat balik masa kecik2 dulu.. hahahaha..

dulu awal 90an..gate keretapi sebelah sekolah fenomena biasa setiap awal pagi dan lewat petang..jem teruk bila keretapi lalu

Tanpa Nama

rumah aku betul2 kat depan surau jalan tegas..nama aku faizal,kaum kerabat aku semua tinggal kat padang jawa..tapi sekarang aku jarang balik padang jawa,insya allah satu hari nanti aku akan menetap semula di sana..

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.