Back to home page

Ilmu Yang Bermanfaat

30 September 2006 • 17 Komen Cetak Chenta!

Habib Ali di KLIA


Saya ada tabiat yang tak berapa elok. Saya ada banyak buku, tapi malangnya saya ini jenis yang makan masa agak lama untuk mengkhatamkan sesebuah buku. Tak kisahlah apa-apa jenis buku - baik bertemakan Islam, sains, novel, dan apa-apa sahaja. Ini bukan disebabkan saya beli tapi tak baca, tapi sebab saya beli buku agak banyak, dan kemudian baca buku A sikit, esok baca buku B sikit, lusa baca buku C sikit pula. Dengan kata lain, tabiat saya yang tidak elok ini ialah baca-buku-sana-sikit-sini-sikit.

Jadi, kalau saya ada 10 buah buku, dan satu buku saya ambil masa 1 bulan untuk baca, maka saya memerlukan 10 bulan untuk mengkhatam 10 buah buku tersebut. Selepas saya menonton video Habib Ali di KLIA, saya rasa saya patut tukar tabiat ini. Habib Ali menasihati kita supaya membaca satu buku sampai habis, dan kemudian barulah beralih ke buku yang lain pula. Dan cukuplah sekadar kita membaca sedikit sahaja setiap hari, tetapi istiqamah. Inilah caranya supaya kita betul-betul boleh menghayati ilmu yang kita kutip dari buku yang dibaca.

Mahu Cari Ilmu Banyak Mana?

Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses kita mencari ilmu adalah niat kita. Apa niat kita cari ilmu? Saya kadang-kadang berasa takut untuk mencari ilmu. Saya takut kerana apabila saya muhasabah, munasarawak, dan munabrunei diri saya, saya mendapati bahawa saya tidak mengamalkan segunung ilmu yang telah saya miliki dan pelajari. Ini cukup memalukan!

Saya belajar dan tahu macam-macam. Saya mungkin tahu siapa yang meriwayatkan hadith ini, saya mungkin tahu apa status hadith itu - hasan, sahih, daif, maudhuk, marfu', mutawatir dan sebagainya, saya mungkin tahu 101 satu kitab berserta nama pengarangnya, saya mungkin tahu berbagai-bagai jenis hukum fiqh, saya mungkin tahu sehingga perkara yang sekecil-kecilnya dalam perbahasan bab-bab khilaf dan furu dalam agama. And the list is growing...

Tapi saya malu pada Allah dan diri sendiri kerana saya kadang-kala alpa untuk mengamalkan ilmu-ilmu yang saya pelajari itu. Contohnya, saya hari-hari keluar masuk tandas, tapi sangat jarang saya membaca doa masuk dan keluar dari tandas, seperti mana yang Rasulullah sallahu alayhi wassalam ajar kepada kita semua. Nabi ajar kita doa ketika pakai baju, tapi boleh dikira dengan jari berapa kali saya amalkan doa tersebut, padahal saya tahu ilmu itu.

Kita Yang Tertipu

Kita selaku golongan yang mencari ilmu ini jangan ingat diri kita ini selamat dari tipu-daya syaitan. Kita cari ilmu banyak-banyak, dan kita sangka diri kita sudah menjadi lebih baik dari semalam.

Ketahuilah bahawa hari ini lebih baik dari semalam hanya boleh berlaku jika ilmu yang kita kutip itu menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa kepadanya. Kita belajar ilmu hadith sehingga hafaz semua sanad hadith itu dengan sempurna adalah satu perkara yang sia-sia jika kita tidak beramal dengan isi hadith tersebut.

Saya selitkan di sini petikan tulisan Ustaz Nik Roskiman yang menghadiri ceramah Sheikh Nuh Ha Mim Keller di University of Glasgow, Scotland:
Pada hakikatnya ilmu itu bukan dilihat dari segi siapa yang memilikinya, tetapi ilmu yang membawa kepada takut dan mengagungkan Allah swt (English: awe/reverence). Tiada bezanya seorang professor Phd di sebuah Universiti yang tinggi ilmunya dengan seorang nelayan yang jahil jika ilmu itu tidak membawa kepada si pemiliknya merasakan kehebatan Allah swt.

Tidak guna jika seseorang itu habis membaca berpuluh atau beratus buku, hafal hadith-hadith, dan ayat-ayat al-Quran dan tahu siapa yang menulis kitab apa, dan banyak ilmu pengetahuan sehingga tahu setiap perkara sekecil-kecilnya, namun tidak beramal dengannya. Sedangkan seorang yang hanya tahu satu hadith sahaja tentang kelebihan solat berjemaah misalnya, terus beramal dengannya. Itu lebih mulia. Tahu kelebihan sedekah lalu terus bersedekah. Ilmu itu jika tidak digunakan ianya tidak berguna. Ilmu itu berguna dan bernilai hanya apabila ianya diamalkan. "Allah tidak melihat luaran kamu, tetapi hati dan amalan kamu". Dia melihat 'cermin hati' itu dan bersihkanlah cermin itu dengan amalan. Hanya cermin yang bersih sahaja yang akan mampu memancarkan kembali cahaya ilahi.

Baca teks lengkap di sini...

Oleh itu, pada bulan Ramadan yang mulia ini, ada baiknya kalau kita renung-renungkan diri kita. Tanya pada diri kita mengapa aku cari ilmu! Jangan kamu belajar tinggi-tinggi, tapi bila minum air, jarang-jarang baca Bismillah. Dan cari ilmu ini jangan sebab untuk berdebat atau bermujadalah dengan orang.

17 Komen Tambah Komen↴

Tawel,

Saya tersenyum bila baca tentang tabiat buruk awak tu sbb saya pon sama. Buku2 saya dah keliling pinggang dan semua menunggu saya untuk habiskannya. Tapi Alhamdulillah ada sebuah dua yang hampir habis dibaca.

Tentang amaln sunat2 kecil spt baca dua keluar masuk bilik air dsbnya, saya teringatkan kawan2 di Uni dulu rata2 kalau selepas ambil wudhu terus hadap kiblat dan berdoa, dll...saya sampai sekrang tak habis hafal doa tu lantas tak baca lah..:(...dan mcm2 lagi doa yg perlu dihafal

Tanpa Nama

Takde segmen JALAN-JALAN ke?

Tanpa Nama

DrRoza, tidak ku sangka ada jugak yang sama tabiat dengan ku di sini. Takpe, insyaAllah kita buat sikit2. Nanti lama2 melekatlah amalan tu dalam hidup kita.

Kaki bangku, kalau mu nak masuk Debat Piala Perdana (ada ke debat ni?), wajiblah bagimu mengamalkan ilmu tu. Hehe. Tapi debat ni penting jugak sebenarnya. Debat/jidal dalam perkara agama ni makruh bagi ulama, dan haram pula bagi orang awam kata sesetengah ulama'. Teringat pula kata-kata Imam Shafi'e rahimahullah alayhi tentang anak muridnya iaitu Imam Muzani rahimahullah alayhi: "Kalau dia berdebat dengan Syaitan, dia akan menang." Rujuk Reliance of Traveller m/s 1084. Kalau kita tak pandai ilmu debat, camne kita nak lawan geng2 Islam Liberal yang tafsir Al-Quran ikut suka hati perut mereka?

Imran: Demi menjawab soalanmu, maka ini dia:
JALAN-JALAN:
Imran @ caliph.wordpress.com

1. Habib Ali kata baca buku biar dari kulit depan ke kulit belakang. Dia tak kata baca buku sampai habis baru tukar buku baru... dia nak kata jgn celam celup buku, nanti quote/faham tak kena konteks... masa mengaji pon biasa sahaja dalam satu sessi baca dua tiga kitab baca satu chapter setiap satu. esok macam tu jugak, sambung pulak chapter lain.

2. tidak salah berjidal bahkan dituntut agama bila sampai waktunya (sila lihat an-nahl 125). yg salah itu bila berjidal dgn salah niat, salah tujuan dan apabila tidak ada kapasiti (tiada ilmu, tiada skil debat) untuk melakukannya.

(maapla byk lak komennya)

Tanpa Nama

ada khilaf dlm mentafsir ucapan habib ali kot...salah penterjemah lah ni..huhu

bagusnye kalo faham arab

"Jika saya di pihak pembaca, setelah membaca
bulletin tersebut, saya mungkin terfikir, betul jugak
tu, oleh itu, baik aku tak payah belajar banyak-
banyak kerana takut tidak diamalkan dan disoal di
akhirat nanti."

"Saya sering mendengar alasan ini dari ramai orang
bila ditanya mengapa tidak mahu menambah ilmu.
Jawab mereka, buat apa tau banyak banyak, nanti
tak amal, kena soal, masuk neraka pulak."

"Jadi saya percaya, bulletin seperti itu hanyalah
akan memberikan semangat kepada golongan
sedemikian untuk terus berterusan dengan sedikit
ilmu yang mereka ada tanpa memberi sedikit pun
usaha untuk menambahnya."

"Saya percaya, ayat yang terbaik yang boleh
digunakan adalah, sedikit mana pun ilmu yang
ada, kita amalkan, dan pada masa yang sama
terus berusaha mencari ilmu."


Saya copy-paste artikel tawel ni,but then ada pulak org respond mcm ni..mungkin pemahaman dia bertentangan agaknya,tak sama seperti yg saya fikirkan..wallahu a'lam..

Tanpa Nama

Ler..kenapa macam tu pulak. Sebab Ruqayya tak pos video ni sekali agaknya. Saya tak tulis pun jangan cari ilmu. Cuba tengok video tu pada timeline 3:50. Dan tulisan ini sebenarnya lebih khusus ditujukan kepada the Seeker of Knowledge.

As a Seeker of Knowledge, kita patut sentiasa menyoal diri sendiri sama ada ilmu yang dicari itu relevan atau tidak bagi dirinya. Dan adakah kita sudah mengamalkan ilmu yang dicari sejak sekian lama itu.

Orang yang beri alasan tak mahu cari ilmu sebab takut kena soal dek kerana tak amal ilmu, bagi saya itu sebenarnya alasan orang malas. Contoh lain: Ada orang malas nak buat terawih 20 rakaat, lalu dibidaahkan terawih 20 rakaat.

Orang malas sentiasa memberikan alasan. Saya tak fikir orang yang ikhlas mencari ilmu akan memberikan alasan seperti itu. Malah bila ilmu tu makin lama makin bertambah, dia sendiri secara automatik akan menilai segala amal dari ilmu yang dipelajarinya.

Mungkin saya patut mengulas panjang lebar di pos yang lain dengan menggunakan contoh dari kitab Ya Ayyuhal Walad oleh Imam al-Ghazali.

Anak Alam: Alamak, aku salah dengar ke? Tapi aku rasa aku wajib tukar tabiat buruk ni. Hehe..insyaAllah.

silakan kalau nk mengulas panjang! :),tak sabar nak baca!!
saya cuma nak menyampaikan betapa pentingnya utk kita beramal dgn ilmu kita..tp dia faham lain la pulak..

Tanpa Nama

oleh sebab aku yang pakai linux & firefox ni ada problem dengan video youtube/ quicktime tu, maka aku pun (perasan) ter"hack" website diaorang. Yang nak download boleh download di sini (32 Mb):

http://www.guidancemedia.com/downloads/videos/Airport.mov

Tanpa Nama

satu tulisan yg bagus utk dimuhasabah bersama sempena Ramadhan.

Sekadar ingin berkongsi satu pesanan. Semasa ana di Mesir dulu setiap tahun akan diadakan marrad kitab antarabangsa or pesta buku. Boleh dkatakan ramai yg tau tentang ni.Alkisahnya ramai yg malas nak p tiap2 tahun, tapi telh berpesan salah seorang Azhari kepada kami. Perlu pergi juga sebab bagus untuk survey apa keluaran kitab yg terbaru.

Keduanya semasa biasa kita baca kitab jarang kita baca Muqadimah kitab sedang muqaddimah kitab adalah yg paling penting utk memahami keselruhan tujuan penulisan oleh penulis dan apa isinya secara umum.

Proses talaqqi, Daurah kitab juga pengijazahan sanad hadith adalah yg paling barakah dan kita akan dpt syarah satu nas dengan panjang lebar, tp tak semua kitab kita berpeluang jesteru kita semua share masalah yg sama, tak habiskan baca kitab:)

InshALlah, kta jdkan Ramadhan kali ini pencetus baru.

Tanpa Nama

InsyaAllah nai :) Selamat menghabiskan baca kitab-kitab tu. Pesta buku kat sana tu macam pesta buku antrabangsa Malaysia kat PWTC ke? Ke kat sana banyak kitab-kitab agama?

SMS: Baru ku tahu Linux tak boleh main Youtube.

kalau diikutkan ma'radh kat Mesir ni tersangatlah besar sangat. Menghimpun dr pelbagai negara. Kalau di Pwtc emm, kat Pwtc tak sama rasanya.Tapi Ma'rad kitab di Kaherah ni sangat besar. Sebagai contoh, bila jalan masuk tu dia umpama gerbang besar ke satu universiti, or masuk pameran yg sgt besar..Setiap satu Maktabah or Publication buku akan ada satu gedang besar ada yg besar dan dalam ada yg sekadar sederhana besar dan luas. Diibaratkan kalau di Pwtc punya besar umpama satu/dua di antara gedung2 kat sana. Susah nak gambarkan. Kalau tengok gambar ok kot. Di dalam gedung2 tu ada yg setingkat or dua tingkat. Tempatnya pula sangat luas. Kalau nak cr buku terbitan baru, satu hari memang tak cukup. Kena menghabiskan masa yg lama. Tapi Alhamdulillah, alakullihal. Cuma bukan semua buku kat sana murah2 dan bukan semua kitab2 agama. Yg best dpt survey apa keluaran kitab karangan terbaru Ulama'ulama'kita.

Ada juga student dr Uk yg buat Pdh or dr negara2 lain berjalan2 di Maa'rad.

Yg menginsafkan adalah betapa ketaqwaan dan zuhud dunia menyebabkan Ulama'-ulama' yg kita cintai dapat mengarang banyak kitab seumur hidup mereka. Kita di zaman ini, kualiti tulisan tidaklah dapat dibandingkan kerana taqwa mrk itu lebih tinggi maka kesan tinggalan tulisan mereka lebih berpanjangan, barakah dan mendalam.

Wallhua'lam.

Tanpa Nama

SMS: Baru ku tahu Linux tak boleh main Youtube.
hold on chap. bab linux "tak boleh" ni aku sensitive sikit. hehe. biasanya youtube no problem on Firefox/Linux, cuma ntah kenapa video habib `ali ni tak boleh pulak.

pasal "kemeriahan" buku kat mesir/mideast ni aku agak2 ler, salah satu sebabnya, bila sorang syaikh keluar buku, adalah radd kat buku tu. lepas tu keluar pulak radd `ala radd lagi, and then radd `ala radd `ala radd `ala ... hehe

aku pun ulat buku gak. syarah muhadhdhab pun ada hati nak belek, walhal bidayatul hidayah tu pun tak terkhatam. *hawqalah*

Tanpa Nama

Aiwah..:)

yelah tu,salah satu sebabnya. Maka bertali arus ibarat kata muthalsal perkembangan ilmu.

oh, sama-samalah kita menghadam inshAllah kitab2 semua tu. Em kalau kitab2 asas di dalam mazdhab kita Syafiie tidaklah mengapa untuk kita merujuk kitab tersebut tanpa menghabiskan salah satu di antara keduanya kerana ianya merupakan rujukan harian kita. Namun andai dapat di'talaqqikan' bg mrk yg berpeluang lagi seronok dan barakah. InshAllah

Tanpa Nama

Yg menginsafkan adalah betapa ketaqwaan dan zuhud dunia menyebabkan Ulama'-ulama' yg kita cintai dapat mengarang banyak kitab seumur hidup mereka. Kita di zaman ini, kualiti tulisan tidaklah dapat dibandingkan kerana taqwa mrk itu lebih tinggi maka kesan tinggalan tulisan mereka lebih berpanjangan, barakah dan mendalam.

Zaman sekarang ini, kita dah silap faham. Kita fikir, kalau nak jadi dai'e, maka ilmu kena la banyak macam ulama'. Kalau nak jadi ulama', ambil jalan yang betul. Bukan belajar sekerat2, lepas tu tulis benda yang merepek-repek.

SMS: Keh2..apa pun, aku salute kat Linux. Aku rasa kalau semua sekolah kat Malaysia ni install Linux dan OpenOffice, gerenti Kementerian Pendidikan dapat jimat banyak duit sebab tak payah beli lesen dari Microsoft untuk Windows dan Microsoft Office. Btw, habiskan baca buku-buku yang anda beli. Hehe..dan jangan lupa amalkan ilmu.

"tidaklah mengapa untuk kita merujuk kitab tersebut tanpa menghabiskan salah satu di antara keduanya kerana ianya merupakan rujukan harian kita."

terima kasih ustazah. saya pun penah dengar nasihat macam ni dari sorang tok syaikh.

"Namun andai dapat di'talaqqikan' bg mrk yg berpeluang lagi seronok dan barakah."

saya teringat syaikh muhammad ya`qoubi dari mesir. masa kecik2 dia talaqqi lisan al-`arab. ajeeb, seumur hidup tak penah ku tahu ada orang talaqqi kamus.

tawel:

eh, kau nak gomen pakai linux/ openoffice, kau tak nak try ke? kalau belum aku suggest kau pakai opensuse. lepas tu aku boleh pass kat kau blog linux aku.

satu lagi motto aku: "Linux: Free as in Freedom"

Tanpa Nama

Tunggu aku jadi programmer, baru aku pakai Linux. Sekarang ni, kalau aku tukar Linux, banyak kerja2 dan projek aku terbengkalai. Hehe.. Kat sekolah tak guna dreamweaver, photoshop, bla2.. Dan yang penting, masalah pulak kalau aku nak scan dan print notes.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.