Oleh kerana saya sedar hampir 100% yang datang ke blog ini adalah orang awam - dan tiada para Imam mujtahid atau ulama besar yang melawat blog ini, maka adalah lebih mudah dan selamat untuk saya menulis bahawa: Hukum menyentuh Al-Quran tanpa wudhuk adalah haram. Inilah pegangan dari keempat-empat mazhab - baik mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Shafi'i dan juga mazhab Hanbali. Pendapat yang membolehkan memegang Al-Quran tanpa wudhuk dalam keadaan tidak darurat, maka ia bukanlah dari pendapat majoriti ulama.
Maka saya menyeru agar perdebatan yang tidak signifikan itu dihentikan. Berdebat pada perkara yang menjadi ijmak ulama adalah perbuatan yang sangat membuang masa - lebih-lebih lagi bagi orang awam seperti kita semua. Allahu 'alam.
Bagi yang faham Bahasa Inggeris, boleh baca artikel sokongan:
- Where does it say that we cannot touch the Qur'an without wudu?
- Etiquettes of touching and carrying the Qur'an
17 Komen • Tambah Komen↴
Benar saudara Tawel, terdpt percanggahan pendapat mengenai wudhuk. Adakah boleh atau tidak memegang kitab suci Al-Quran tanpa wudhuk. Dr pembaca saya, ada yg mengata ianya sekadar dosa kecil. Dosa kecil kalau dihimpun2 boleh berganda juga jdnya.
Bila menyebut psl wudhuk. Ingin juga bertanya dengan Tawel, ada pendapat yg mengatakan seandainya kita terpijak/tersentuh najis cicak. Wudhuk kita tidak batal. Kurang pasti juga.
Rujuk : ->
http://media.mmu.edu.my/mufti/jawapan/baca.php?id=148
Saudara mohdabdulhalim,
1. Kenapa postkan ke sini? adinda tawel saya ni bukan mufti.
2. kalau ada soalan kita tanya mufti. kalau mufti sudah beri jawapan, kita pulak tak nak percaya dan pergi pulak tanya orang lain, baik tak payah tanya mufti atau ustaz dari awal.
dah bertanya, dah dapat jawapan, duduk diam-diam. jangan buang masa, buat amalan tu sungguh2.
Anak Alam, rilex.. Mohdabdulhalim tu rasanya ikhlas bertanya =). Sebenarnya halim, masalah timbul bila kita dah tak makin yakin pada mufti dan ustaz kita. Dah banyak kali jugak aku jumpa orang-orang yang bertanya macam-macam tentang hukum-hakam fiqh. Bila si ustaz tu dah bagi hukum, si mamat ni pergi tanya pulak apa kedudukan hukum tu dalam mazhab lain. Lepas tu bila dia tahu pendapat mazhab lain lagi senang, dia pertikaikan pulak pendapat mazhab Shafi'i.
Aku pun bengang jugak tengok orang yang macam ni. Sebab diorang ni biasanya akan pertikaikan mazhab Shafi'i kalau dia tengok pendapat mazhab lain lebih mudah dah senang. Contohnya tentang doa qunut. Oleh sebab mazhab Hanafi kalau solat Subuh tak baca doa qunut, maka dia kata mazhab Shafi'i ni menyusahkan. Ceh, ada ke patut. Setakat ni aku tak pernah dengar lagi pulak puak-puak ni pertikaikan pendapat mana lebih kuat tentang hukum memakan seafood selain dari ikan. Penat ooo tengok perdebatan perkara-perkara kecil ni. Kadang-kadang tu aku tengok punya la berapi-api debat tu, sampai macam nak terbakar skrin komputer aku ni. Tapi bila perhatikan betul-betul, rupa-rupanya mereka ini berdebat tentang hukum pakai serban - sunat atau tidak. Alahai..
Apa pun, betul la jawapan dari Jabatan Mufti Negeri Melaka tu. Kau pijak najis ikan paus pun tak batal. Haha..bersihkan aje najis tu.
Yes, I actually agree with Anak Alam.
I think this is a problem of attitude - it has nothing to do with Salafi/Wahabi.
In a student forum I attended recently, a sister raised up her hands and asked, 'I want to ask about the validity of praying behind a Shi'ite. An ustaz told me it is valid, but you have to repeat your prayer. I want to know what is the ruling?'
I replied back, 'You already have the answer.'
Attitude problem.
I think the real motive behind that sister's question is the dalil or evidences for such ruling. Yup, it's an attitude problem - especially when a layman keep asking dalil for every hukum.
The main essence of relationship between ordinary Muslim and ulama is TRUST. It is like how the patient trust his/her doctor. Patient don't really need to ask dalil/evidences from any medical books.
When you don't trust the ulama, then you got a serious problem of attitude. The dalil is there. If we really want to know the dalil for every rulings in fiqh, why don't we learn it in a proper and systematic way - find a sheikh.
Just a piece of advice..
: ) -> Maafkan saya Anak Alam kalau pertanyaan saya tu mencetus emosi marah buat saudara.
Memang benar saudara Tawel bukanlah mufti.
Alhamdulillah, sekurang-kurang dari perbincangan sebegini kita dpt memperbetulkan yg mana masih kurang dlm diri kita ini. Manusia mana yg sempurna?
Terus-terang saya katakan memang saya tahu yg wudhuk itu masih SAH. Situasi asalnya sebegini, pengalaman sbnr saya.
Bila solat berjemaah di surau yg nyata ramai warga emas, yg bnyk pula ragamnya. Satu ari tu, ada salah seorang jemaah t'pijak najis cicak dan rakannya mencelah "kena ambil wudhuk tu..!". Saya pun mencelah : "Tak perlulah.. sekadar basuh je anggota yg terkena najis tu..".
Dan rakannya menjawab "Eh anak (sambil menyebut nama bapa) memandai plak. Hukum mana yg engko ikut tu..?" Dan saya hanya mampu berdiam dari menjawab. Takut pula lain jadinya.
Bukan menunding jari mana2 pihak. Dan inilah hakikat yg berlaku pd hari ini. Spt yg dinyatakan oleh saudara Tawel dlm entry terbaru ini. Bnyk kecelaruan berlaku berlaku di kalangan kita. Apabila sesegh kelompok masyarakat yg kefahaman agamanya yg kureng, tidak 'up-to-date', masih mengikut kefahaman tradisional. Maka berlakulah pelbagai kecelaruan.
Samalah macam kefahaman dan kecelaruan sesetgh pihak yg mengatakan memegang kitab suci tanpa wudhuk boleh dan ada yg kata tidak boleh. Dan bnyk lagi kecelaruan seperti bab2 puasa & lain2.
Maaf Tawel, Anak Alam & Planet Hijau. Kerana menghangatkan sesi ni. Syukur kenal dgn rakan seperti Tawel. Sekurang2nya dpt memperbaiki diri ini dlm ilmu agama.
assalaamualaikum,
MasyaAllah,Sollu alaNabi wayusallmu taslima...
setiap yang berlaku ada hikmahnya, tidak mengapa tersalah sekali sekala, kita salah, orang yg lebih arif betulkan, lagipun berlapang dada sesama kita amatla perlunya di zaman celaru-penyebab-perpecahan ni.
selalunya bila dah niat nak menghampiri kesempurnaan (walaupun mungkin sukar sempurna hingga ke akhir hayat, wallahua'lam-do our best), selagi itu lah Allah Taala akan mng'hantar' someone untuk betulkan kita, INsyaAllah...walaupun kekadang perit telinga mendengar :-) bila kena tegur.
wallahua'lam...have a blessed Jumu'ah, insyaAllah
why is it that i dont read Senor Alam's comment in angry tone?
I thought his short comment was appropriate.
I dont think this is about not wanting people to ask, but about teaching people to whom they should ask, and when to ask, and waht to ask. Yes, if people dont want to listen to our advice, we just keep quite like Imam al-Ghazali taught us. There should be some tasawuf in asking and some tasawwuf in advicing.
Assalamualaikum.
Saya nak bertanya. Tentang hukum2, hadis2, dan kisah sahabat r.a., saya pernah sampaikan kpd member saya. Tapi dia cakap 'Mana dalil?'. Saya jawab 'Ustaz cakap'. Kemudian dia balas 'Kena ada dalil'. Dia suruh saya check dulu dalil2 sahih ke tak. Perlu ke saya check suma benda saya dengar dari ustaz2? Saya keliru jugak sebab member saya ada latarbelakang agama dan ada mengikut usaha dakwah. Perlu ke?
Assalamualaikum,
Hari ni saya rasa sedih bila baca komen baru dari pelawat,tidak berbentuk komen, tetapi berbentuk soalan e.g tanye pendapat empunya blog. Tidak kesampaian mesej yang hendak disampaikan Anak Alam rupanya.
Sebenarnya, amat bertepatan teguran yg diberi Anak Alam di awal2 komen yg ringkas dan padat, walau agak tegas tapi mengandungi maksud penuh hikmah untuk sekalian pelawat dan empunya blog i.e: bertanya jika tidak tahu pada yang tahu, tapi kena ingat, bukan semua orang kita boleh tanya, tanya hanya pada scholars (para alim ulama)bukan pada warga biasa.
Hatta ulama2 sendiri, bila kita gelar 'Syeikh' kat dia, dengan amat merendah dirinya Tok2 Guru kita ni, mereka akan cakap "No, no..i'm not a Syeikh.." itula contoh scholar sebenar, akhlak Rasulullah S.A.W yg dipamernya. MasyaAllah.
Cara para ulama' menjawab soalan pun dihiasi kalimah merendah diri walaupun soalan2 yg ditanya soalan2 yg macam simple di telinga warga awam, yg kalau ditanye kat warga awam ni nescaya rasa confident benar akan jawapannya (dan confident nak jawab)..tapi tidak bagi ulama', yg mana jawapan sentiasa disudahi dgn kalimah 'wallahua'lam'..MasyaAllah.
Jadilah seperti padi, semakin berisi, semakin menunduk, dan buanglah resam lalang..semakin panjang..semakin ?
wallahua'lam
maaf ye,saya ni pun- bising2 besi je
Oo macam tu rupanya kisah silam kau tu Halim. Biasala tu..tak semua orang tahu hukum-hakam. Mana-mana yang tak tahu tu, kita bagitau la. Tapi jangan risau la Halim, aku rasa takde tercetus apa-apa emosi marah kat sini. Rasanya, kalau sesiapa yang baca komen-komen kat sini, insyaAllah boleh dapat sesuatu yang sangat berguna.
Seperti kata anonymous di atas, sepatutnya orang yang makin alim, makin tunduk dia. Sebahagian besar persoalan ahmadi tu, dah dijawab oleh saudara anonymous.
Tentang sikap sesetengah individu meminta dalil pada setiap hukum, nasihat, dan juga kisah sahabat, bagi saya itu adalah sifat yang sangat baik. Tapi jangan la terlalu fanatik sampai SEMUA perkara perlu diberi dalil.
Nak bagi dalil, tengoklah apa isunya, waktu, tempat, keadaan dan individu yang terlibat. Dalil tu ada. Percayalah. Kadang-kadang ustaz atau sheikh yang memberitahu kita tentang sesuatu hukum tanpa disertakan dalilnya sebab dia nak memudahkan orang ramai. Bagi saya cara ni agak berhikmah.
Takkan lah seorang sheikh nak bagi semua dalil secara lengkap, disertai juga bagaimana proses istinbat, padahal yang datang ceramah adalah terdiri dari 90% warga tua berusia 50 tahun ke atas. Pening lalat nanti pakcik dan makcik yang datang ceramah mingguan tu.
Bagi ahmadi dan saya yang bukan pelajar aliran agama, apabila kita berbicara persoalan agama dengan kawan-kawan yang belajar agama secara formal, memang la kita akan berasa sukar kalau nak bagi dalil-dalilnya. Selalunya kita akan cakap, 'Ustaz kata'. Betul tak?
Selalu juga ustaz-ustaz yang bagi ceramah tu sertakan juga dalil-dalilnya, tapi disebabkan aliran agama bukan bidang pengkhususan kita, biasanya kita akan mudah lupa dalil yang diberikan itu - tapi kita tetap ingat apa hukum atau kisah sahabat Nabi yang diceritakan oleh ustaz.
Pelajar aliran agama tak boleh la nak syadidkan sangat budak-budak bukan aliran agama dalam hal ni. Kalau setiap kali kita nak berdakwah wajib disertakan dalil-dalilnya, nanti terbantut pula usaha dakwah tu.
Kadang-kadang saya terfikir satu perkara lucu. Jika satu hari nanti, akan ada lagi kes penangkapan artis di Kelab Malam Zouk, dan tiba-tiba artis itu bertanya kepada para pegawai JAWI: Kamu semua ni nak tangkap kami di sini, apa dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadith? Zaman Nabi ada ke buat macam ni? Bagi dalil-dalil tu dulu dan kaedah istinbatnya sekali. Kalau tak, encik semua tak layak tahan saya dan rakan-rakan!
Mahu terkedu pegawai JAWI di situ.
Haha..
Thanks for the info.
Sori kalau ada yg marah.
Kira komen bentuk soalan la.
Bolehkan?
teringat kat ayat al-waqiah..
77 : Sesungguhnya Al-Quraan ini adalah bacaan yang sangat mulia,
78 : pada kitab yang terpelihara ,
79 : tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.
80 : Diturunkan dari Rabbil 'alamiin.
p/s: tawel..keboringan melanda ku..xm minggu depan..tu pasal buat keje sikit..hehe..
:)...we in peace...discuss here for clear up apa yg kusut..sy juga byk soalan yg hendak ditanya...tetapi tidak bermakna kita tidak pernah study, research atau tidak tahu langsung..sesuatu perkara itu...'bertanya tidak semestinya tidak tahu' bertanya ada banyak sebab...sapa2 yg lepas ni rasa takut nk bertanya, please don't let it...just tanya..tak salah, let us keep this way... 'bertanya tidak semestinya tidak tahu'...terpulangla kepada si pemberi jawapan...hendak menerimanya..nak rasa benda tu soalan bodoh ke...tak relevan ke...tak patut ker...yg ptg niat sipenanya ek..;)...so skang ni sy harap satu hari nnt sy suggest to tawel...meh kita discuss pasal isu 'samak' plak...even benda tu the most simple thing to discuss about...tapi byk benda bleh jadi issue...contohnya...mana2 utensils yg pernah digunakan utk memasak makanan haram adakah boleh digunakan dengan hanya air sabun atau mesti disamak...hehe..isu ni br timbul di tempat keja sy, setengah ckp lain setengah ckp lain...surf internet ternampk plak komen dr 'Astora jabat' ada isu plak(find self)...so this is one of example...klu blog ni berminat discuss isu/soalan ringan2 ni..amat2la dihargai..:)....insyaAllah..senang hati pelawat baru dan pelawat2 yg perlu jalan bagi mencari mana2 jawapan yg majoriti diikuti...wallah'wa'lam..salam
Ya, itu yang saya hendak utarakan.
Kita ni bila nak tanya atau minta bantuan
a. biarlah betul pada tempat bertanya - kalau tidak hanya mengulang tragedi Wahabi dll
b. jadi resourceful sedikit. Cuba cari dahulu tempat-tempat yang betul untuk bertanya itu. Bukan dengan ambil jalan mudah melalui email, atau blog.
Ada kawan nak ke negeri India, bertanya pada saya yang tak duduk di India dan tak pernah pergi India tentang Delhi dan jalan-jalan di Delhi. Macam mana nak jawab?
hurmm..saya rasa tak payah fikir panjang..berbalik kepada asas..apakah perkara-perkara yang membatalkan wuduk..itu sudah mencukupi sebagai panduan kita..
p/s : saya hanya insan yang belajar agama seperti dalam syllabus..
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.