Tahun ini statistik kematian semasa menyambut hari perayaan Deepavali dan Hari Raya bertambah. Dari laporan media yang saya baca, sepanjang 11 hari di minggu perayaan tahun ini berlaku 9,976 kemalangan dan 189 telah menemui maut.Klik sini untuk baca seterusnya...
Untuk saya, angka statistik ini amat menggerunkan. Apa yang berlaku dua minggu dulu di jalan-jalan raya dalam negara kita lebih hebat dari pertempuran di Fallujah. Di Iraq statistik rasmi hingga ke minggu ini telah menunjukkan 2,058 soldadu Amerika telah tewas, 20,000 lebih telah cedera. Tetapi semua ini berlaku dalam masa lebih dari dua tahun. Justeru, secara nisbah kelihatan dua minggu serangan kereta di jalan raya di Malaysia lebih hebat dari letupan IED - improvised explosive device - yang digunakan oleh gerila pembebasan di Iraq.
Saya tidak memandu dan saya tidak suka kepada kereta. Saya menganggap kereta adalah 'serial killer' (pembunuh bersiri) yang sedang mengamuk di negara kita. Saya akui, pandangan saya tidak dikongsi ramai, malah mungkin ada yang akan ketawa apabila berhadapan dengan apa yang saya ajukan ini.
Pembunuh Bersiri
Saya gemar membaca komentar oleh Hishamuddin Rais. Ia selalunya bersahaja, disulami humor dan amat kena pada batang hidung. Mungkin anda akan gemar juga. Saya sertakan sedikit cerapan dari artikel beliau - Pembunuh Bersiri.
Label:
aneh dan misteri
kemalangan
Untuk mendapatkan entri-entri terkini pada masa akan datang secara automatik, langgan blog ini secara e-mel atau pun RSS. Atau boleh juga melanggan melalui fungsi Blogspot itu sendiri.
Langgan:
Feed entri ini
3 Komen • Tambah Komen↴
Thanx...for the article mmg inresting komentar from this guys... tapi sy tak berapa sokong sangat 100% tentang keburukan mempunyai kereta sendiri yg dianggap serial killer, dan komen membesarkan jln tu...I've my point of view.
haha..itulah yg buat artikel dia interesting..
You'll be surprise to know that here it is zero(0) accident in a day of 180 km road...
Come to see where it is....
salam perkenalan..
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.