Dalam kartun ini, saya telah padamkan gambar muka dan tangan. Pada kartun ini, Nabi Muhammad digambarkan sedang tersenyum dan dalam keadaan ceria. Kartun ini memerlukan anda berfikir untuk memahami maksud tersirat. Gambar dilukis oleh non-Muslim. Gambar ini bukan dari Jylland-Postens.
Saya ingat, cukuplah saya menulis tentang isu penyiaran gambar kartun Nabi pada pos
Gambar Kartun Rasulullah. Waktu itu saya kira, isu ini akan reda dalam satu dua malam sahaja lagi - tetapi saya hanya berangan-angan kosong. Umat Islam hari ini masih ramai lagi yang jahil tentang adab dan akhlak sebagai seorang Muslim.
Semenjak saya menulis tentang isu itu juga, saya perhatikan tiba-tiba ramai yang masuk ke dalam blog ini melalui kata kunci seperti
Gambar kartun Nabi,
Muhammad cartoons,
boikot barangan Denmark,
gambar hina Nabi Muhammad, dan sebagainya. Ini bermakna, ramai yang ingin tahu bagaimanakah rupa bentuk kartun tersebut yang disiarkan oleh Jyllands-Posten.
Saya tidak tahu pula berapa ramai orang Islam yang turut sama berminat melihat gambar kartun Nabi tersebut. Saya anggap, ada jutaan umat Islam seluruh dunia yang melaram ingin melihatnya - hatta saya sendiri! Oleh itu, sebenarnya saya patut malu pada diri saya. Mengapa tidak? Saya mengakui lukisan itu offensive, tapi pada masa yang sama saya ingin pula mellihatnya!! Ini satu sifat yang bertentangan. Sebagai contoh, orang yang menganggap gambar-gambar lucah dan pornografi sebagai sesuatu yang offensive, akan berusaha sama sekali untuk tidak melihatnya, apatah lagi mencarinya.
Gambar ini salah satu dari 12 gambar yang disiarkan oleh Jylland-Postens. Sebenarnya, tidak semua 12 gambar tersebut memaparkan Nabi dalam kelakuan yang menghinakan. Walau bagaimana pun, gambar ini memaparkan Nabi dalam wajah yang bengis (saya telah padam wajahnya) yang menyimpan bom di dalam serban Baginda.
Juga dari Jylland-Postens. Wajah dan tangan telah saya padamkan.
Juga dari Jylland-Postens. Wajah dan tangan telah saya padamkan. Gambar kartun ini menghina para syuhada yang mati di jalan Allah.
Jadi, di sini wujud satu isu penting yang lain - Apakah tindakan umat Islam memprotes itu betul-betul disebabkan gambar Nabi itu offensive, atau umat Islam ini sudah tidak ada modal lain bagi memperjuangkan agama suci kita ini, iaitu agama Islam?
Saya jadi terkilan apabila membaca berita yang melaporkan bahawa kedutaan Denmark dan Norway di Damascus, Syria, telah dibakar oleh para perusuh yang 'memperjuangkan' kesucian Nabi saw. Bagi saya, mereka ini adalah golongan pelampau. Yang menyiarkan kartun itu adalah syarikat akhbar, bukannya kerajaan Denmark dan Norway.
Mereka sekadar memperjuangan Nabi secara kulit, bukan dari segi isi. Apakah mereka ini tidak tahu sunnah, akhlak dan adab sebagai seorang Muslim. Apa yang mereka dapat dengan membakar kedutaan tersebut? Apakah masalah ini sudah selesai? Tindakan mereka membakar kedutaan tersebut adalah haram sama sekali. Itu harta awam!! Malah, bangunan yang menempatkan kedutaan Denmark itu turut berkongsi dengan kedutaan Chile dan Sweden. Apa kena mengena negara Chile dan Sweden dalam konflik ini?
Di UK pula, para penunjuk perasaan membawa sepanduk yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada orang Islam dan bukan Islam. 9/11 is coming to Europe, Learn the 7/7 lessons, Slay those who insult Islam, dan sebagainya, juga tidak membawa kepada penyelesaian. Ini akan makin meyakinkan golongan non-Muslim di Eropah dan seluruh dunia bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang.
Bukan dari Jylland-Postens. Kalau saya tak silap, gambar ini dilukis sebagai serang balas kepada tindakan melampau umat Islam. Saya tidak padam gambar kartun orang lidi yang didakwa sebagai Nabi Muhammad saw itu.
Walaupun ini sesuatu yang benar, tetapi it is not always the case. Umat bukan Islam di Tanah Melayu dan Indonesia satu ketika dahulu sebagai contoh, diIslamkan melalui jalan perdagangan. Para pedagang Arab dari Yaman datang berniaga di Nusantara, pada masa yang sama ingin menyebarkan ajaran Islam. Apabila para pembeli tidak dapat membayar hutang, para pedagang Arab ini akan menghalalkan sahaja hutang itu - kerana mereka ingin mencari keredhaan Allah. Mereka tidak pernah menipu ketika berniaga dan tidak mahu mengambil untung yang berlebihan. Mereka mengikut cara Rasulullah saw berniaga.
Dengan cara inilah, penduduk Tanah Melayu dan Indonesia yang masih belum Islam ketika itu, tertarik pada ajaran murni yang dibawa oleh Islam. Inilah yang patut kita contohi. Kerana usaha para pedagang Arab itu lah, hari ini kita melihat separuh penduduk Malaysia beragama Islam, dan jumlah penganut Islam terbesar di dunia adalah di Indonesia.
Mengapa kita perlu jadi begitu melampau hanya semata-mata lukisan Nabi Muhammad itu? Tindakan para wartawan itu memang tidak wajar. Tetapi kita mesti sedar bahawa musuh-musuh Islam itu wujud pada setiap zaman - dan mereka adalah sebahagian daripadanya. Dan mereka ini pula adalah musuh yang tidak begitu signifikan. Jadi mengapa kita perlu mengeluarkan tenaga yang sehabis-habisnya untuk melawan musuh sebesar kutu ini, sedangkan musuh sebesar gajah kita lupakan? Akibat tindakan ini, imej Islam makin tercemar, terutamanya di Barat.
Jangan terlalu melatah dalam hal ini. Isu lukisan Nabi ini cuma isu tetek-bengek daripada sejumlah longgokan masalah umat Islam yang ada. Lukisan yang memaparkan Nabi bukan sekadar 12 lukisan yang disiarkan oleh Jylland-Postens. Ia wujud sejak zaman dahulu lagi, sehinggalah hari ini dan sampai kiamat. (kalau tak silap, lukisan Nabi yang terawal dijumpai adalah pada zaman Turki Uthmaniyyah. Sila betulkan saya andai silap). Apakah kita ingin melakukan protes ganas dan biadab ini sehingga hari kiamat, dan seterusnya lupa isu-isu penting yang lain?
Kalau nak juga, maka apa yang akan jadi:
- Umat Islam akan dilabel sebagai teroris sampai kiamat
- Non-muslim akan makin skeptikal pada ajaran Islam yang mendakwa sebagai 'religion of peace'
- Umat Islam di Sudan, Somalia, Chad dan sebagainya, akan makin banyak mati kebuluran sebab tak ada saudara mereka yang memperjuangkan nasib mereka (mana taknya, asyik nak perjuang isu gambar Nabi aje)
- dan seterusnya. Fikirlah sendiri...tak mampu saya nak tulis semua.
Sekian.
Saya ingin kalian baca komen sahabat saya, Anak Alam, pada pos Gambar Kartun Rasulullah.
Gambar ini dikatakan berasal dari Parsi atau Asia Tengah. Dikatakan berusia beratus-ratus tahun. Sebenarnya, banyak lagi gambar-gambar yang memaparkan Nabi Rasulullah saw yang dilukis sejak zaman dahulu lagi. Saya telah pun padam gambar tangan dan muka. Dalam gambar ini, Rasulullah digambarkan sebagai sedang memberikan khutbah kepada para pengikutnya.
¶ Teruskan membaca entri ini »