Back to home page

Berus Gigi Lapok

24 Januari 2011 • 41 Komen Cetak Chenta!
Saya menulis tentang ini, bukan apa. Sekadar ingin menyelongkar sama ada berus gigi saya yang bermasalah, atau pun gigi saya sendiri yang ada masalah. Dengar cerita saya ini dahulu, dan kemudian tolong dedahkan jika berus gigi anda juga selalu meragam.

Begini al-kisahnya..

Saya tidak tahu apa penyakit setiap batang berus gigi yang saya beli sejak akhir-akhir ini. Colgate, Jordan, Pesona, Oral-B, dan entah bermacam jenama lagi; dari jenis Hard, Medium, Soft, Extra Soft: semuanya macam tidak semenggah kualitinya.

Tidak sampai sebulan, susuk berusnya sudah terburai-burai. Padahal di setiap kotak berus gigi yang dibeli, saya digula-gulakan dengan mesej yang mendakwa bahawa "Pakar pergigian menyarankan agar berus gigi ditukar setiap 3 bulan sekali".


Namun sila lihat gambar berus gigi Colgate Soft yang baru sahaja saya pakai buat kali pertama pada 9 hari lepas. Saya ulangi: 9 hari lepas.


Fakta tentang berus gigi di atas:
  1. Digunakan 2 kali sehari sahaja: Pagi masa bangun dan malam sebelum tidur. Kalau 9 hari, bermaksud ada 18 kali berusan. Selalunya saya gosok gigi paling kurang 3 kali sehari. Namun untuk tujuan eksperimentasi dan entri ini, ia dihadkan kepada 2 kali sahaja.
  2. Ia digunakan untuk berus gigi sahaja. Lidah, gusi, lelangit dan anak tekak tidak termasuk.
  3. Purata masa menggosok adalah 2 minit dan tekanan pada berus gigi tidak melebihi daripada apa yang disarankan, iaitu sekitar sebiji oren seberat 150 gram.
  4. Saya tidak memakai braces.

Namun lihat, tidak sempat mencapai usianya 3 bulan, nampaknya berus gigi ini sudah wajib diganti. Mujur saya tak beli, tapi diberi oleh doktor gigi ketika saya membuat pemeriksaan tempoh hari.

Saya mendapati rata-rata berus gigi hari ini, sebenarnya sudah perlu diganti selepas sebulan. Kalau jenis Hard, mungkin tahan lama sedikit. Tapi kalau jenis Soft, selalunya tempoh hayat dalam 3 minggu sahaja. Kalau terus guna juga, nanti adalah tahi gigi yang terlekat di celah-celah gusi.

Walaupun saya memahami bahawa semua produk zaman moden akan tertakluk kepada "Konsep keusangan" (Obsolescence) untuk memastikan ia boleh dihasilkan dalam skala besar-besaran (lalu membuatkan harganya murah), namun kalau tidak sampai 2 minggu berus gigi yang dibeli sudah jadi "usang", ini tidak boleh jadi.

Maka saya ingin bertanya kalau-kalau ada yang tahu, berus gigi apa yang bagus di pasaran?
---


P.S. Teringat perbualan tempoh hari dengan seorang rakan. Butirannya tentang sumber tenaga. Dia kata, satu hari nanti saintis akan mencipta sebiji bateri yang boleh bertahan sampai bila-bila. Saya jawab, "Sebenarnya kalau nak cipta tu, sekarang pun dah boleh. Tapi kalau kau adalah pengusaha kilang bateri, macam mana nak untung kalau orang beli bateri kau sekali sahaja, dan lepas tu tak beli-beli lagi? Maksudnya, teknologi bateri yang "lebih hijau" ini tidak akan dapat sambutan daripada industri itu sendiri."

Dimakan mati emak, diluah mati ayah. Inilah hukum ekonomi yang memastikan produk zaman moden menjadi sesuatu yang mampu dimiliki oleh hampir kesemua manusia. Tapi dalam masa yang sama, jangan mimpilah juga kira-kira 80 tahun yang mendatang, akan terbit satu kisah tentang vacuum yang dibeli oleh Lebai Kassim di tahun 2010, masih gagah beroperasi serupa macam yang Pak Bill beli pada tahun 1929.

41 Komen Tambah Komen↴

Uish. Tak kan la baru 9 hari sudah begitu dahsyat 'kembangnya'?

Berus gigi Mesir pun tak macam itu sekali. Tahan la untuk beberapa bulan, tidak kembang.

Ataupun si pengguna kena cermat, jangan gosok gigi terlalu ganas. kikiki...

zaman sekarang semua x berkualiti..beros gigi cepat rosak, jalan tar cepat berlubang,handphone banyak faulty..haish..ape nak jadi..

:: Kerje Hari Ini ::

berus gigi ke gigit berus ni tawel? dasyat ni. Guna jenis klasik je. Lebih tahan lama. kayu Sugi ke?

hahahahaaaa.....tu la lumrah hidup sekarang...kualiti penghasilan sesuatu bahantidak langsung dititik beratkan...ia sudah menjadi kebiasaan dewasa ini.......

Haa itulah kome, pas ni guna yg tradtional je ataupun kayu sugi. mungkin kena buat brus gigi dari sabut kelapa kot.

@Seimura, betul 9 hari. Tapi masa di Ireland dulu, berus gigi kat sana pun tahan lasak, sekurang-kurangnya lebih sebulan. Sejak balik Malaysia, baru perasan yang berus gigi sini akan padam tak sampai sebulan.

@Syafiq Azuan, memang dahsyat. Aku pernah je guna kayu sugi dulu. La ni, susah pulak nak cari kat mana dia jual. Dulu ada banyak kat Mydin.

Haha lawak aku tgk berus gigi kau..aku rasa mmg ada jenis org yg gigi dia boleh merosakkan berus..mcm adik aku..berus gigi dia salu jadik kembang gini..tp aku pakai yg soft bertahun2 sampai pudar kaler x pernah kembang(gusi aku lembut x tahan pakai yg hard)..hinggakan berus gigi tu aku guna buat gosok penjuru toilet pun masih x kembang..aku rasa kau ni kuat sangatla tawel..

Hang berus gigi ke berus lantai? Tenaga yang digunakan seolah-olah memberus lantai. Haha! Gusi kuat ni. Selalu makan tomato eh? :D

Betul la hukum ekonomi tu. Sama macam virus. Orang yang cipta antivirus adalah orang yang sama mencipta virus. Mesti mau untung maa...



PS: Tadi ada masalah internet. Tak tau la komen da pos ke tak. Kalau dah, abaikan komen yang ini ye.

Cara menggosok gigi mungkin salah. Pressure yang dikenakan mungkin agak berlebihan. Mungkin en tawel boleh guna berus gigi letrik lepas ni.Mudah dan memang bersih walaupun harga agak mahal.

Tak pernah pulak berus gigi saya jadi macam tu.
Kadang-kadang bosan pula pakai berus gigi yang sama lebih dari 3 bulan.
(saya pakai oral b)

laili

En.Tawel..aku x tau ko rajin x layan benda2 macam gini..tapi aku bagi je kat ko..kalau ko x mo takpe..aku x marah pun..sbb aku tau belog ko ni tulis tentang isu semasa je..takdak benda2 lagha macam belog aku..

aku bg ko award..
http://cikbetty.blogspot.com/2011/01/main-bagi-bagi-award.html

Kamu buat kak Su tergelak je tawel. Pertama kali tengok gambar berus gigi tu, lintasan pertama kak su macam Reen jugak. Kamu berus gigi ke berus lantai??? Haha...

Tapi Kak Su pun alami masalah yg sama, cuma kondisi berus gigi kak su tak separah berus gigi kamu. Apapun, mmg barangan sekarang dibuat untuk mudah rosak. Barangan elektrik seperti TV, mesin basuh, peti ais dll pun sama jugak.

Kayu sugi... cuba kamu pegi kat bazaar hujung minggu kat belakang masjid Shah Alam, rasanya ada je kayu sugi ni kalau nak beli.

ganas bebenor...baik guna kayu sugi...

Awanama

inilah kali pertama saya nampak berus gigi rupa macam ni. Memang susah nak percaya berus gigi ini digunakan untuk 9 hari aje.. haha.. Saya pun sebelum ini pakai berus gigi tahan untuk sebulan.. lepas tu beli berus gigi yg mahal sikit, tahan jugalah, dalam 3-4 bulan.

try exploring other brands that suit your taste or rather, your teeth. =p

Maaf, saya lupa nak tukar profil, yg komen di atas bukannya hadyy, tapi saya, RaRa.

RaRa

gosok gigi ke gosok badan ni? ngeri nak melihatnya, apa-apa pun, saya tukar toothbrush setiap bulan, saya membantu pengusaha berus gigi.:)

Haha terima kasih kepada semua yang mengomen semuanya.

@Mimiamilia, saya tak rasa kekuatan memberus jadi puncanya. Sebab ada lagi satu berus gigi Colgate Soft yang selalu saya beli, hanya akan jadi macam gambar dalam entri bila dah dalam 30 hari guna. Kesimpulan, kekuatan memberus adalah perkaitan, bukan penyebab.


@Hadyy, 3-4 bulan?? Kome gosok gigi seminggu sekali ke apa? Haha.

Dulu saya pernah juga ada masalah ni. Sebab guna yang soft. Kemudian tukar kepada hard. Tak lama. Sebab tak selesa. Gusi berdarah teruk. Takut pitam lepas gosok gigi, sebab hilang banyak darah. Jadi yang sesuai dengan gigi dan gusi saya berus medium. Boleh tahan sampai 3-4 bulan. Lepas tu berus akan jadi sebagaimana gambar di atas. Kawan pesan tak perlu gosok terlalu kuat, ia akan menipiskan gigi.

Tak pernah berlaku dalam hidup sy berus gigi jadi macam ni. Pd pandangan sy, tawel kena kurangkan tekanan gosokkan berus pada gigi. walaupun gigi tu keras lama2 enamelnya boleh nipis apabila menggosok dengan kuat ditambah pula dengan menggunakan ubat gigi yang salah.Tak pasal2 dapat gigi sensitif. Lengkapkan penjagaan mulut dengan cecair pencuci mulut selepas memberus gigi.

Awanama

Hahahahahah! Lucu! Pernah tengok berus gigi macam ni..tapi cuma pada dua orang. Pertama, adik kecik saya. Kedua, ex bf saya. Ex bf saya tabiatnya suka gigit berus gigi time berus gigi. LOL!

Tapi bila tengaok Tawel Sensei pun jadi macam ni, serius lucu banget. Berus gigi saya tak pernah kembang semangkuk kayak gitu. :P

@Lovesucks, haha dimaklumkan bahawa saya tak pernah gigit berus gigi. Tapi ni rasanya salah berus gigi. Berus gigi yang tengah guna sekarang ni, dah dekat 2 minggu masih sihat sejahtera lagi :)

aku pun ada masalah cari berus gigi sesuai. aku tak boleh pakai soft atau medium, sebab aku rasa mcm x gosok gigi. aku kena pakai hard, dan selalu sebulan dah kembang. aku cuba morning kiss punya berus gigi, sangat bagus. aku suka berus gigi yang baris berusnya lebih banyak.

biasa kayu sugi pun ada yang low quality. mungkin dah biasa pakai berus gigi, kayu sugi jadi kembang sejurus selepas pakai.

9 hari.. saya rasa kalu letak ditempat terdedah ada mahkluk lain tompang pakai cuba simpan dalam tempat tertutup cnth tapaware...

Awanama

@mfrstudio, aku kalau HARD, gusi senang berdarah. Ok, TQ untuk cadangan Morning Kiss!

@Tanpa Nama, kalau makhluk itu merujuk kepada manusia, ini tak mungkin. Rumah saya ni ada saya dan mak je. Mak ada berus gigi dia sendiri :)

Try berus gigi amway. tak puas hati boleh pulangkan balik, duit dikembalikan.

kemon

Aslkm Tuan Tawel... hehe.
Hebat betul memberus (teringat iklan sabun Fab zaman kecik2 dulu yg berdialog , "Haiii....? Mencuci/memberus begitu teruk sekali?").

Nampaknya kena la pinjam berus gigi Aziz Satar dalam Bujang Lapok : )

Abu Zulfiqar@ Alexanderwathern

en tawil mahkluk lain yang dimaksudkan cnth cicak dan lipas... pernah terjadi tgh mlm dlm kul 1 pagi masuk bilik air tengok ada lipas kekadang cicak duk melekap kat berus gigi patut le berus gigi aku x sampai seminggu jadi cam tu.. pas tu simpan dalam bekas tertutup setel masalah....

Awanama

kerana masalah gini la saya selalu beli berus gigi yg hard... tp sakit gusi wo...hu hu.. :)

Kenapa macam rupa berus tandas ek?
Ganasnya. Hahahahahahaha. Maaf tergelak.
Jujurnya, saya pun pakai Jordan dan Colgate Soft warna putih... tapi lepas tiga bulan pun alhamdulillah sahaja rupa parasnya. Anda punya ini sangat... hmm....

@Famia, berus tandas yang rupa macam berus gigi saya! Kalau 3 bulan masih sihat paras rupanya, maka jelaslah kekuatan tangan kita tidak sama ayu.

Tuan, melainkan anda gunakan berus gigi itu untuk berus selain gigi... mungkinlah baru kelihatan begitu. Kalau tidak, saya cadangkan anda bertukar kepada Medium. Sebab tekanan yang anda kenakan ke atas gigi (bukan, sepatutnya tekanan ke atas berus) adalah terlalu umph! Jadi, sebelum lebih banyak berus gigi soft terkorban... apa kata anda cuba Medium. Kasihan weh berus gigi tu.

@Famia, Haha okay nanti cuba medium. Buat masa ni, kena habiskan stok Soft lagi 3 tu haa.

HAHA . i like this post ! dasyat betul berus gigi tu . nway , so nice ur blog . follow me back :) http://wanieituaku.blogspot.com/

hang berus ke gigit...dasatnya.

Awanama

Bila nak buat entri baru ni encik tawel? Dah nak masuk bulan mei dah ni. hehe.

Dasyat btol! Ini mungkin nak jimat kos, 2 dlm 1, lpas brus gigi bwat brus toilet plak..gurau, jgn mare..

Awanama

Saya juga pernah mempunyai pengalaman seperti ini. Biasanya masalah berpunca dari jenis berus gigi yang digunakan. Tak semua jenis berus gigi walaupun dari jenama yang boleh dipercayai itu berkualiti. ;)

atau mungkinkah ada kesilapan pada teknik anda memberus gigi??

tonyoh kuat sangat kot. huhu

tp susah lah nk cri berus gigi yg betul2 berkualiti.

tp systema serius best,

@queriz, saya gosok gigi sangat ayu lagi gemah-gemalai.

@Puteri Iqa, berus gigi Colgate tu dah kira kualiti la kan? ;)

rasanye cara gosok gigi yang salah ni...cube try google teknik2 berus gigi yang betul..byk jenis..antaranya teknik roll, bass, fones, scrub and charter...try teknik roll

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.