Saya naik hairan dengan seorang brader dalam satu slot ceramah motivasi yang pernah saya hadiri. Brader berumur awal 50-an itu membawakan sebuah cerita yang berlaku di sebuah masjid di negara kita.
Katanya, sudah ada pak khatib yang beri khutbah dengan membaca teks daripada laptop. Kisah ini dihikayatkan kepada kami untuk membuktikan bahawa Islam semakin tekno, maju dan mengikut peredaran zaman di Malaysia.
Para hadirin ramai yang kelihatan teruja; mereka yang lebih naif ada yang sehingga ternganga mulutnya. Saya pula tidak teruja kerana kisah brader tersebut adalah satu contoh paling sengal bagi menggambarkan kemajuan.
Dalam hati saya berdoa agar pak khatib berkenaan faham apa tujuan mesin cetak dicipta. Malah, mana yang lebih ringkas dan fleksibel? Mengusung laptop atau pun membawa beberapa helaian kertas ke atas mimbar? Jika ada satu dua isi teks yang mahu dibuang atau ditokok beberapa minit sebelum khutbah berlangsung, yang mana satu lebih mudah diedit?
Setiap teknologi ada tempatnya yang tersendiri. Mengaplikasikan teknologi pada tempat yang salah boleh menyebabkan kita kelihatan poyo dan kuno; silap haribulan ia juga boleh merumitkan keadaan.
Beberapa bulan lalu ada sebuah majlis besar di Kuala Lumpur yang menghimpunkan para geek di Malaysia. Setiap hadirin yang tiba perlu mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran yang semestinya dijaga oleh geek juga. Menurut kawan saya yang berada di sana, proses pendaftaran ini telah dirumitkan dan dilambatkan dengan teknologi laptop dan Google Docs.
Oh kamu, mengapa tidak mengambil butiran hadirin dengan menggunakan pen dan kertas terlebih dahulu? Bukankah itu lebih mudah dan pantas?
Teknologi Salah Tempat
Label:
geekism
khutbah jumaat
kiss
Untuk mendapatkan entri-entri terkini pada masa akan datang secara automatik, langgan blog ini secara e-mel atau pun RSS. Atau boleh juga melanggan melalui fungsi Blogspot itu sendiri.
Langgan:
Feed entri ini
41 Komen • Tambah Komen↴
Points taken.
Khatib yang tekno bawa laptop untuk khutbah Jumaat. Khatib yang geek bawa PC.
Terengganu pelopor khutbah multimedia di Malaysia. Dengar khutbah sambil tengok slideshow.
Wow!
kalau di gereja mengunakan skrin besar oleh projektor...
jadi hardirin turut dapat melihat teks lagu2...
Haha. Pernah dengar cerita seorang rakan yang teruja, melihat doktor2 di Hospital Putrajaya mengambil rekod dengan menggunakan laptop. Saya pelik betul la, apa yang nak terujanya. Kalau ya pun nak senang penyimpanan data, kenapa tak gunakan saja PDA? Aduhai, pening kepala mendengar ceritanya, dan pening kepala melihat dia teruja. Haha.
Husnuzon lah, mungkin khatib itu juga membawa bacaan berupa e-book yang banyak di dalam laptopnya seperti kitab-kitab muktabar yang berjilid-jilid. Antara membawa sebuah perpustakaan bergerak dengan sebuah laptop, sebuah laptop lebih mudah dibawa.
Assalamu'alaikum wbth,
:) Bagus juga artikel ini. Tidak semua orang dapat mengaplikasikan ilmu pada tempatnya. Macam zaman ini juga - Internet atau buku ada yang menjadikan ia sebagai SUMBER UTAMA menuntut ilmu, dan tidak mahu mencari guru.
Seperti juga orang yang katanya - ambil sahaja hadith sahih untuk mengeluarkan hukum (tetapi tidak tahu bagaimana menggunakan hadith sahih, tidak tahu mana yang am dan khas, nasikh dan mansukhnya, mengapa RasuluLlah bersabda sedemikian dan banyak lagi).
Teknologi disalah gunakan membuatkan ekosistem alam ini huru hara. Memang patut diberikan pada orang yang tahu dan faham. Manakala yang tidak tahu pula wajiblah ia belajar agar tidak ketinggalan dan jangan menyalahgunakannya.
WaLlahua'lam
Teringat pula bila baca komen H2.
Kawan saya pengamal perubatan alternatif. Satu hari, dia agak penat melayan pelanggan dia. Maka, ketika pelanggan dia mengadu masalah, dia pun bersikap acuh tak acuh sambil menaip di komputer.
Pelanggan dia keluar sambil berbisik dengan suami dia, "Hebatnya tok bomoh ni, berubat pakai komputer!"
@Rdhanz, khutbah Jumaat ber-slideshow di Terengganu tu pun insyaAllah akan saya serang! Kenapa? Tunggu...
@H2, woit, kisahmu itu membuatkan saya teringat kepada satu eksperimen membawa desktop sambil minum kopi di Starbucks.
@mfrstudio, pak khatib tu nak bagi khutbah Jumaat dengan baca satu e-kitab ke? Tapi apa pun, isi utama tulisan ini adalah tentang bagaimana manusia dengan mudahnya mengaitkan kemajuan dengan laptop.
@IbnuNafis, wa'alaikumussalam. Nasihat yang bagus untuk orang-orang yang suka sangat memperlekehkan konsep berguru :)
Banyak sangat bidaah dalam hal ini. Yang sunnahnya semakin dibuang-buang. Khatib semakin tak pandai berkhutbah. Nak tunjuk pandai, pakai laptop, slideshow. Sepatutnya bila tak pandai berkhutbah semakin belajar berkhutbah, tapi semakin menyusahkan baca teks khutbah.
Kalau arab mesir ni solat di Malaysia, mungkin terkekeh-kekeh dia ketawa, dari awal khutbah sampai salam dek teringat keadaan khatib tak tengok jemaah, pastu tersilap pasang slideshow, ditegur pula oleh bilal.
Aduhai, tergelak besar tengok video tu. haha.
baca khutbah, bukan sampaikan khutbah
pakai laptop ke hape ke tetap gitu kan?
:)
Salam en Tawel...
maaf sye tau ni bukannya tempat yg sesuai tapi terpaksa la coz nak mintak tolong en tawel ajar camne nak setting ruangan komen kat blog biar jadi cantik macam kat blong en tawel ni kalau sudi boleh emelkan ke intishar_86@yahoo.com
Salam Tawel...
Erm... Setuju sangat dgn IbnuNafis.
Bila sebut ttg konsep berguru, kak su teringat entry Tawel tahun lepas ttg 'belajar membaca Al-Quran dalam masa 23 jam' Skrg ni pun ada yg cuba-cuba belajar Quran dgn tape dan juga melalui internet. Kenapa sampai begitu sekali? Malu, menjimatkan atau tak cukup masa?
Bukannya apa tu, printer pak khatib tu rosak. Buat kerja last minute, tak sempat nak pergi print kat kedai.
Nak tambah, izinkan ya?
Ha ada lagi satu ni, 'mangsa 'nak-berlagak' teknologi'.
Mereka membeli gadjets tak bersesuaian dengan keperluan mereka.
MEMBAZIR namanya.
Sebagai contoh, telefon bimbityang dibeli mempunyai fungsi GPRS, web akses, MMS, tetapi yang cuma diguna-pakai hanyalah penggunaan sebagai telefon bimbit biasa iaitu sebagai percakapan biasa dan sms.
Tak mahu ketinggalan katanya...
Aslkm,
Tak 'bertajdid segar' betul khatib tu (jika benarlah dia sengaja buat begitu) kerana sudah mengabaikan konsep jimat, memudahkan dan berkesan. Pakai kertas tentu jimat tenaga nak membawa, jimat elektrik/ bateri, mudah hendak dibuka tutup, mudah disunting.....
Sekiranya dia ta sengaja dan memang ada keperluan, tak ada masalah.
salam..
tidak sangka seperti ini boleh terjadi. teknologi dicipta untuk menyenangkan tetapi kes ini seperti menunjukkan teknologi lagi menyusahkan. hehehe
ok per gne laptop.len lah klu gne desktop..
silap2 pasni ade plak yg bg khutbah gne slide power point..ala-ala presentation kt klas.
huhu
yg pendaftaran tu klu gne kertas lg la lambat..
tak caye ce try..
hhehehe
salam...
saya stuju dgn ibnu ali...sepatutnya khatib berkhutbah bkn membaca khutbah. memang kena entri en tawel kali ni. memang khatib tu guna teknologi salah tempat. jazakallah.
Teringat presentation zaman sekolah dulu-dulu, terpaksa menggantikan slide power point dengan kertas mahjong dan marker pen gara-gara terputus bekalan elektrik di sekolah. :D
Selamat Tahun Baru Cina semua!
MACAM2..;)
perangai kita orang melayu agaknya....yang kecil suka sangat diperbesar-besarkan, paling penting saya rasa isi khutbah itu yang diberi perhatian bukannya isu khatib bawa laptop atas mimbar.Terserlah sangat ke cacatnya khutbah si khatib kalau dia membaca teks dari laptopnya ?
Mungkin ada alasan dia berbuat demikian dan saya tak nampak itu dikira sebagai 'teknologi salah tempat'....
Saya pernah mendengar ada masjid yang menayangkan slide sambil khutbah dibaca khatib...mungkin isi khutbah tentang perkembangan semasa yg lebih memberi kesan dgn tayangan slide. Malah ada juga khutbah jumaat dlm dwi bahasa dimana skrin digunakan utk menyangkan
terjemahan isi khutbah tersebut......saya rasa ini juga sebahagian teknologi yang 'orang agama' juga teringin nak manfaatkan....apakah itu juga dikira 'teknologi salah tempat ?....wallahuallam
Lagi syok kalau khatib tu tengah2 khutbah, pastu laptop dia keluar screensaver yg ada password pastu dia takleh login.
ataupun abes battery
ataupun keluar pop up window gambar 'pelik' yg terpancar di screen. habis jemaah semua batal puasa..
kah kah kah
hahha...xley bayang macam mana baca khutbah pakai laptop
Tak baik la saudara...
Mungkin mesin cetak pak khatib tu kehabisan dakwat, Maka Pak Khatib tersebut tidak berjaya mencetak teks khutbahnya.
Kita sebagai orang islam perlulah bersangka baik.
@Fariz, mungkin saya perlu perjelaskan satu perkara: Menurut brader penceramah tu, penggunaan laptop oleh pak khatib tu adalah tradisi baru yang cuba diwujudkan bagi menggantikan tradisi yang menggunakan kertas.
hahahaha....
Pening paler gak dengan orang2 yang dok membesar2 kan teknologi a.k.a laptop.
laptop, subset kepada teknologi.
huh? pening2.. ^^
tak paham la..biar la dia nak pakai laptop ke, nak pakai kertas ke, hafal ke, yg penting isi khutbah tu...salah ke pakai laptop masa khutbah?
@Tanpa Nama, bukan soal salah atau betul. Ini soal sunnah dan efisien.
Laptop dijadikan alasan untuk menunjukkan khutbah Jumaat semakin canggih dan berkesan, hingga membuatkan kita lupa bahawa sunnah khutbah paling berkesan adalah seperti mana yang Rasulullah lakukan, iaitu menyampaikannya tanpa memerlukan teks atau pun laptop.
Oleh kerana di negara kita ni ada undang-undang yang mewajibkan pak khatib mempunyai lesen terlebih dahulu sekiranya mahu menyampaikan khutbah tanpa berpandukan teks, maka ini menyebabkan majoriti pak khatib MEMBACA teks khutbah. Dan seperti apa yang saya terangkan di dalam artikel, kertas adalah teknologi yang paling efisien dan efektif dalam konteks membaca khutbah ini.
Sekian dimaklumkan.
Kalau di sini (salah satu kawasan di UK), senang aje khatib berkhutbah. Selalunya kertas yang dilipat-lipat atau telah dipotong kecil-kecil, ada nota pendek apa yang dia nak cakap, dan dari situ, dia hurai. Dengar pun best.
very interesting blog! I enjoy reading all the posts! You should update more often though! I have a request to make; Can you write about Doomsday 2012 in your next post?,if that's okay with you.It should be interesting to read. Kalau tidak boleh pun tak mengapa. But in any case,keep it up! =)
please make a post about Doomsday 2012!! that would be interesting to read!
salam anakanda tawel,kesian ummah islam di malaysia ni...senang sangat teruja dengan apa saja yang nampak moden sikit,mentaliti orang melayu kita ni masih di takuk lama sebab tu bila ada pameran hantu 2 juta orang pi tengok tapi baca buku 2mukasurat setahun, planetarium sapa yang gi jengok? urtvke, manggake, gempaq ke boleh bagi maklumat apa?
Saya berpendapat pemikiran penulis adalah sangat sempit. Biarlah mereka nak guna laptop ke apa ke..saya nak tanya,dosa ke pakai laptop? yang penting mesej dapat disampaikan dengan jelas, tak kira lah apa jalan sekali pon.jangan kolot sangat pemikiran tu.
salam blogger..
saya tertarik dengan perihal tajuk diatas. laptop, projektor, khutbah jumaat, dan terengganu
saya seorang pelajar di terengganu agak sudah biasa dengan senario ini. dari kacamata saya, selama duduk di terengganu ini;
1. khutbah tidak dibacakan melalui laptop tetapi kertas (lebih mudah)
- memang tidak dinafikan jika ada khatib yang menggunakan laptop untuk membaca teks, itu saya kira tindakkan kurang bijak. kerana bukan mudah untuk membaca menggunakan laptop dengan teks yang bermuka2 surat.
2. slaid ppt (powerpoint) ditunjukkan melalui projektor untuk menunjukkan main point
- slaid ini yang dikawal menggunakan laptop, dan tidak perlu diusung, hanya perlu diletakkan diatas mimbar sahaja.
- tujuan yang paling penting saya kira, kurangkan orang yang lelap diwaktu khutbah (hanya mendengar) dan jemaah lebih memahami isi khutbah (dengan melihat)
- menarik perhatian jemaah untuk mendengar (multimedia yang ringan)
saya membuat pandangan berdasarkan bidang saya, IT :)
lama tak update?
Selagi tujuan asas dapat di sampaikan, saya rasa tidak ada masaalah dari segi cara apa pun ia di laksanakan.
Jangan kerja mencari silap orang sahaja. Sebab apa yang berlaku bukan yang anda sukai ia tidak bererti salah guna.
Salam tawel..
aku tak mau komen pasal teknologi baca khutbah...
apa pun caranya kalau gaya penyampaian dan isi tidak meresap ke lubuk jiwa pendengar..apa kelebihannya teknologi?
saya rasa tak salah pakai slaid tu.xdela org ngantuk. blh la tarik minat org sket nk celik mata. perihal amik iktibar tu,atas individu la.klo xdbuka ati tu,xdpt la.. mm..kofom k ade khtib yg mengusung lptop k mimbar? kat Terengganu setahu saya, pkai text mcm bse jgk. cma tmbh projektor kat bawah,,
janganlah jadikan Islam itu payah....ade jer yang tak kena..then kutuk. Islam itu sesuatu yang mudah...mungkin bagi khatib itu, ianya mudah. Kiter sebagai jemaah dgar jelaa ape yang nk disampaikan...bukannyer disuruh membelek dan menghakimi setiap manusia mana betul mana salah di mata MANUSIA itu sendiri. Itu bukan keje kter, itu keje Allah swt. Kter just jalankan tanggungjawab kter mengikut batas2 agama...sudahlah...
sheikh usamah as sayyid bca khutbah org xngantuk pn...ulama' azhar baca khutbah xpkai laptop pn org dah jd smgt siap polis kna jga masjid...dah la tu xpakai teks pn.
khutbah kt mlysia bosan nk mmpus...khatib dok dlm dunia dia sndiri...org yg dgr pn dok dlm dunianya sndiri...
'ala kulli hal...sptutnya ckp gna ilmu dan iman...bknnya laptop atau slide powerpoint...
tajdid la skit...:)
Secara peribadi saya agak kecewa dengan cara khutbah2 disampaikan di negara kita..nada yang sekata..tidak membangkitkan semangat dalam jiwa..bagaimana sesuatu ilmu itu hendak meresap ke dalam jiwa jika penyampainya tidak menunujukkan semangat yang benar2 tinggi?saya cukup kagum dengan seorang pengkhutbah dari timur tengah ini yang pernah menyampaikan khutbahnya(dalam bahasa inggeris) di salah sebuah masjid di tanah air kita,walaupun usia beliau telah lanjut,namun cara penyampian beliau cukup membuatkan kita berasa mahu mendengar lagi dan lagi,malah apa yang disampaikan kepada makmum cukup memberi kesan yang mendalam, tambahan pula rata2 makmum memberi perhatian sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan. Tidakkah khatib tempatan mempelajari sesuatu dari apa yang dilakukan oleh beliau?bagaimana hendak memberi semangat kepada generasi muda sekarang jika apa yang disampaikan dalam khutbah setiap jumaat hanya untuk menyelesaikan tanggungjawab sebagai khatib semata-mata ibarat melepaskan batuk di tangga? Tolonglah, hanya hari jumaat merupakan hari di mana kita berkumpul untuk menunaikan fardhu jumaat dan inilah masanya untuk menyampaikan segala ilmu. Maklumlah, di zaman yang serba canggih dan penuh tipu daya serta fitnah ini, kita begitu sibuk, asyik dan leka dengan kerja2 di dunia.Alhamdulillah, setiap jumaat,kita masih lagi mampu berkumpul untuk menunaikan fardhu jumaat walaupun hakikatnya ada segelintir yang masih liat hendak melangkah kaki ke masjid walaupun Yahudi laknatullah telah mencipta pelbagai kenderaan untuk memudahkan perjalanan kita. Wallahualam.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.