Taliban Untuk Malaysia. Takbir!!
Sama ada ekau sokong Pak Lah kerana memperkenalkan Islam Hadhari, atau sama ada ekau sokong kuat sama Khir Toyo yang mengatakan Selangor yang baru ini angkuh kerana mengharamkan sebarang program Islam Hadhari, atau pun ekau nak jadi Encik Yes-Man kepada Hassan Ali yang mendakwa Islam Hadhari itu lebih banyak membawa kekeliruan pada masyarakat, eden cuma nak ekau tahu satu benda sahaja.
Jadi apa bendanya? Ketiga-tiga hamba suruhan Allah itu, termasuklah juga individu dan organisasi lain yang hebat bersurah tentang pro dan kontra Islam Hadhari ini, tidak pernah sedar bahawa beberapa cara pemikiran Taliban adalah penyelesaian kepada permasalahan manusia. Malah berdasarkan pemerhatian eden, negara yang sedang eden tumpang ini, Ireland, dan juga jirannya iaitu United Kingdom, cara pemikiran Taliban itu sudah pun lama menjalari dasar pemerintahannya.
Takbir!!
Eden sebenarnya terkejut apabila mengetahui akhbar Malay Mail pernah mendakwa MB Selangor sebelum ini, Khir Toyo, pernah mahu mengTalibankan Selangor. Ini gara-gara usaha beliau untuk menghududkan waktu operasi pub dan disko sehingga jam 12 tengah malam sahaja, berbanding jam 3 pagi seperti mana yang masih berlaku sehingga sekarang.
Malah dua tahun lampau pun eden pernah tersedak terkeluar kahak hijau apabila Menteri Pelancongan ketika itu mahu waktu operasi pusat hiburan, kelab malam, pub dan restoran di bandar-bandar utama supaya dilanjutkan sehingga jam 5 pagi. Hujahnya, keadaan sedia ada tidak mampu menarik minat pelancong untuk datang:
Bertuahnya negara Malaysia yang tidak pro kepada ideologi Taliban ini. Eden yang di sini, dan ramai juga sahabat handai eden di UK, mati kutu di waktu malam sebab setiap hari bila tiba pukul 6, banyak kedai dan pasaraya yang ditutup.
Takbir!!
Sebenarnya jika eden mahu berbicara tentang arak di sini, ekau boleh naik pelik. Ini memandangkan Ireland adalah sebuah negara yang dikenali dengan rakyatnya yang kaki minum. Arak adalah budaya mereka, seperti mana anime dan manga adalah budaya kepada bangsa Jepun. Sebut sahaja Irish, akan terimbau pub-pubnya yang subur melata itu. Sebut pub, akan teringatlah pula kepada arak berjenama Guinness, yang kilangnya itu kira-kira 7 minit berbasikal dari rumah eden. Kilang ini adalah antara kilang arak terbesar di dunia dan ia merupakan tarikan nombor 1 kepada pelancong asing yang melawat ke sini.
Namun dari segi pengawalan jualan dan waktu operasi pub dan diskonya, mereka tetap lebih Taliban dari negara kita yang kini mengamalkan dasar Islam Hadhari yang diyakini mampu memberikan pencerahan kepada ummah. Bouncers kelab malamnya pun memang sangat tegas dan mereka sentiasa bersedia untuk menendang keluar sesiapa sahaja di bawah umur 18 tahun yang cuba memasuki teritori yang dipeliharanya itu.
Kira-kira 5 tahun dahulu, Menteri Keadilan Ireland yang bernama Michael McDowell telah mengemukakan usul bagi menyelesaikan masalah ketagihan arak yang semakin memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Beliau seolah-olah berlagak menjadi polis moral apabila sudah mula sibuk mahu menjaga gaya peminuman arak rakyatnya. Macamlah rakyat Ireland ini bodoh sangat sehingga tidak tahu untuk menilai apa yang baik dan buruk untuk dirinya.
Akibatnya kini had masa pembukaan pub-pub di Ireland pada malam hari berkerja adalah sehingga jam 11.30 malam sahaja (12.30 malam bagi malam Sabtu dan Ahad). Malah arak tidak boleh dijual di mana-mana pada Hari Krismas dan Good Friday. Ini semua sudah jauh lebih teruk dari ciri-ciri Taliban seperti yang dicanang oleh Malay Mail itu sebab setahu eden di Malaysia, belum pernah lagi ada larangan menjual arak pada hari-hari perayaan.
Apabila Michael McDowell diganti oleh Brian Lenihan pada tahun lepas, belum pun sampai setahun memegang kuasa, keTalibanan Menteri Keadilan yang baru ini jauh lebih mengerikan. Pada awal tahun 2008, Brian Lenihan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji peningkatan penjualan alkohol di pasaraya, kedai kemudahan dan stesen minyak, di samping turut mengkaji semula undang-undang yang membenarkan pub beroperasi lebih masa, dan juga keberkesanan hukuman ke atas peminum arak bawah umur.
Takbir!!
Kepelikan eden semakin menjadi-jadi apabila negara seTaliban Ireland ini, begitu keras dan ketat undang-undangnya dalam hal penjualan rokok, dan apatah lagi arak kepada pembeli di bawah usia 18 tahun. Pernah seorang kawan eden yang berwajah baby face, berusia 19 tahun, tidak dibenarkan langsung membeli sekotak rokok di sebuah kedai kemudahan ala-ala 7-Eleven berdekatan rumah eden. Hanya setelah kawan eden ini menunjukkan IDnya, maka barulah tuan kedai yang kerek itu menjual rokok kepadanya.
Lalu bagaimana pula halnya dengan negara kita Malaysia yang anti-Taliban? Menjual rokok pada budak-budak sekolah, yang kekadang masih berpakaian seragam sekolah adalah amalan biasa bagi ramai pekedai. Kedai kemudahan 7-Eleven yang banyak di negara kita itu pun selamba badak saja menjual arak kepada remaja Islam dan bukan Islam di bawah umur 18 tahun. Eden tidak rasa 7-Eleven yang bertaburan di negara kelahirannya, iaitu Amerika, akan mengambil ringan dalam hal-hal seperti ini.
Baru-baru ini pula eden membaca laporan bahawa Ireland menduduki tangga ke-6 dalam Indeks Keamanan Global 2008. Lagi pelik eden dibuatnya. Bagaimana negara yang mengamalkan dasar Taliban ini boleh menjadi antara 10 negara paling aman di dunia, sedangkan negara kita yang terlalu fobia dengan istilah Taliban berada di tangga ke-38? Puas eden berfikir sebabnya, namun akhirnya eden membuat kesimpulan bahawa kekalahan kita ini mesti gara-gara ancaman gagasan Kerajaan Langit oleh Ayah Pin! Situasi kerajaan dalam kerajaan adalah tidak bagus. Selagi Ayah Pin tidak ditangkap, kita sentiasa dalam bahaya.
Hah apa pun, kalau ekau ini kaki minum dan mahu pula datang melawat ke sini, berhati-hatilah kerana pasukan polis negara Ireland Darul Taliban ini pernah menjadikan kesalahan berkaitan tabiat meminum arak sebagai musuh nombor satunya.
Takbir!!
Fenomena yang sama juga berlaku di UK. Walaupun dari aspek Indeks Keamanan Global, kita di hadapan UK, yang mana ini mungkin disebabkan penglibatan mereka dalam perang di Iraq, namun jangan kita lupa bahawa UK adalah antara negara paling maju dan moden di dunia. Mana-mana negara membangun akan sering menjadikan UK sebagai model dan rujukan.
Sebenarnya satu ketika dahulu, undang-undang berkaitan waktu operasi pub dan kelab malam di UK bukanlah seperti sekarang. Semenjak Perang Dunia Pertama sehinggalah tahun 2005, pub dan kelab malam di Britain dan Wales terutamanya, wajib ditutup pada pukul 11 malam. Waktu penutupan ini sudah tentu lebih Taliban daripada waktu tamat operasi yang pernah dicadangkan oleh Khir Toyo.
Pada tahun 2005, Parlimen UK telah meluluskan rang undang-undang yang membenarkan mana-mana pub dan kelab malam bagi memohon lesen operasi 24 jam. Mengapakah boleh datang idea ini dan diluluskan pula? Ini kerana itu adalah antara janji manifesto Parti Buruh (Labour Party) dalam pilihan raya umum di UK. Parti Buruh memenangi pilihan raya tersebut dan Tony Blair selaku pemimpin tertinggi parti tersebut, telah berusaha keras bagi memastikan idea kontroversi itu terpahat sebagai satu rang undang-undang kerajaan.
Seperti mana juga kes Brian Lenihan yang keTalibanannya lebih terserlah berbanding bekas penyandangnya, hal yang sama juga berlaku kepada Gordon Brown. Baru sebulan mengambil kuasa dari Tony Blair, Brown yang juga dari Parti Buruh ini telah mengeluarkan cadangan bersifat Taliban bagi mengubah semula undang-undang yang membenarkan pub dan kelab malam di Britain beroperasi 24 jam sehari. Ideanya, tempoh 24 jam ini wajar dihududkan.
Akan wujudkah pemimpin Malaysia beragama Islam yang mahu
mencontohi keTalibanan pemerintahan Gordon Brown?
Walaupun pada akhirnya cadangan itu tidak dilaksanakan, namun Brown masih berusaha menjadi polis moral bagi memastikan rakyat jelatanya lebih sopan, beradab dan tidak ganas, yang mana kesemua ciri-ciri fitrah manusia ini semakin terhakis gara-gara pengaruh negatif arak dalam masyarakat. KeTalibanan Perdana Menteri Britain yang baru ini semakin meluat dipandang rakyat apabila kerajaan pimpinannya telah membatalkan projek pembinaan super kasino di Manchester. Nampaknya corak pemikiran Perdana Menteri di negara paling berpengaruh di dunia ini juga sudah dirasuki hantu Taliban.
Apa yang ironinya, bapa mertua Tony Blair juga sebenarnya bersifat Taliban seperti Gordon Brown. Beliau adalah antara yang menentang keras cadangan kerajaan yang meluluskan lesen operasi 24 jam kepada pengusaha pub. Amat menyedihkan apabila keTalibanan bapa mertua Tony Blair tidak berjaya dicerna oleh anak menantunya. Apo boleh buat jang. KeTalibanan tak dapat diwarisi dari seorang ayah mertua yang 'bertaqwa'.
Takbir!!
Maka sekarang ini ekau nampak tak bahawa ideologi Taliban dalam isu berkaitan arak dan disko ini, diamalkan oleh negara yang antara paling aman di dunia, dan juga dipraktikkan oleh negara yang antara paling maju di dunia.
Sebelum eden tutup coretan ini, eden mahu tanya juga sampai bila ekau mahu faham bahawa tak ada arak dalam pesawat MAS pun tidak mengapa. Tujuan utama orang beli tiket kapal toghobang adalah kerana mereka nak bergerak dari Destinasi A ke Destinasi B dengan cepat dan mudah. Dan perkara utama yang mereka pertimbangkan ketika membeli tiket adalah kompeni mana yang beri tambang lebih murah. Bukan kompeni mana yang ada hidang arak paling murah, bagus, sedap, lazat, nikmat dan masyuk.
Ini seperti mana ekau makan kat warung mamak. Sama ada warung mamak itu buka siaran gusti WWF atau pun kartun Usop Sontorian, ekau tak akan kisah sangat sebab tujuan utama ekau datang situ adalah untuk isi perut ekau yang kempis itu. Tapi ekau akan marah dan bengang sangat-sangat jika warung mamak itu kotor, lalat berterbangan di sana-sini, makanan tak sedap, dan harganya pula mahal, walaupun di kala ekau sedang makan, restoran mamak itu ada menayangkan rancangan gusti WWF yang memang ekau sudah minat sejak zaman dulu kala lagi.
Mampukah MAS menjadi pesawat bebas arak?
Maka oleh sebab itu, adakah ekau pernah dengar mana-mana syarikat penerbangan yang bersaing dengan menggunakan isu arak sebagai strategi? Tak ada! Strategi utama mereka adalah perang harga. Siapa yang bagi harga lebih murah, itu yang akan dipilih. Arak cumalah satu faktor picisan. Tak ada penumpang akan mengamuk sakan jika tiada arak dalam pesawat, sekiranya tambang yang mereka bayar itu berpatutan dan layanan yang diberikan juga bagus.
Aduhai, cukuplah syarahan eden serba sedikit tentang psikologi pengguna dan pembeli ini. Esok lusa, apabila ekau naik kapal toghobang MAS, laungkan 'takbir' pada pramugara dan pramugari Islam yang menuangkan arak pada penumpangnya. Jangan tersalah laung 'take beer', sudahlah. Itu eden tak tanggung sebab walaupun kita akan ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nankir apabila kita mati nanti, namun kubur ekau dan eden tetap lain-lain.
Eh ekau kalau pernah duduk di mana-mana negara moden dan maju yang ada terselit juga unsur-unsur Taliban di dalam pemerintahannya, beritahulah pada eden dan yang lain. Kita kena buktikan bahawa Taliban is the future.
Takbir!!
Jadi apa bendanya? Ketiga-tiga hamba suruhan Allah itu, termasuklah juga individu dan organisasi lain yang hebat bersurah tentang pro dan kontra Islam Hadhari ini, tidak pernah sedar bahawa beberapa cara pemikiran Taliban adalah penyelesaian kepada permasalahan manusia. Malah berdasarkan pemerhatian eden, negara yang sedang eden tumpang ini, Ireland, dan juga jirannya iaitu United Kingdom, cara pemikiran Taliban itu sudah pun lama menjalari dasar pemerintahannya.
Takbir!!
Eden sebenarnya terkejut apabila mengetahui akhbar Malay Mail pernah mendakwa MB Selangor sebelum ini, Khir Toyo, pernah mahu mengTalibankan Selangor. Ini gara-gara usaha beliau untuk menghududkan waktu operasi pub dan disko sehingga jam 12 tengah malam sahaja, berbanding jam 3 pagi seperti mana yang masih berlaku sehingga sekarang.
Malah dua tahun lampau pun eden pernah tersedak terkeluar kahak hijau apabila Menteri Pelancongan ketika itu mahu waktu operasi pusat hiburan, kelab malam, pub dan restoran di bandar-bandar utama supaya dilanjutkan sehingga jam 5 pagi. Hujahnya, keadaan sedia ada tidak mampu menarik minat pelancong untuk datang:
Bandar raya seperti Kuala Lumpur sangat 'malap' pada waktu malam, tiada aktiviti hiburan, mereka (pelancong asing) tidak tahu buat apa selepas jam 12 malam, pusat membeli-belah pun tutup jam 10 malam.
Bertuahnya negara Malaysia yang tidak pro kepada ideologi Taliban ini. Eden yang di sini, dan ramai juga sahabat handai eden di UK, mati kutu di waktu malam sebab setiap hari bila tiba pukul 6, banyak kedai dan pasaraya yang ditutup.
Takbir!!
Sebenarnya jika eden mahu berbicara tentang arak di sini, ekau boleh naik pelik. Ini memandangkan Ireland adalah sebuah negara yang dikenali dengan rakyatnya yang kaki minum. Arak adalah budaya mereka, seperti mana anime dan manga adalah budaya kepada bangsa Jepun. Sebut sahaja Irish, akan terimbau pub-pubnya yang subur melata itu. Sebut pub, akan teringatlah pula kepada arak berjenama Guinness, yang kilangnya itu kira-kira 7 minit berbasikal dari rumah eden. Kilang ini adalah antara kilang arak terbesar di dunia dan ia merupakan tarikan nombor 1 kepada pelancong asing yang melawat ke sini.
Namun dari segi pengawalan jualan dan waktu operasi pub dan diskonya, mereka tetap lebih Taliban dari negara kita yang kini mengamalkan dasar Islam Hadhari yang diyakini mampu memberikan pencerahan kepada ummah. Bouncers kelab malamnya pun memang sangat tegas dan mereka sentiasa bersedia untuk menendang keluar sesiapa sahaja di bawah umur 18 tahun yang cuba memasuki teritori yang dipeliharanya itu.
Kira-kira 5 tahun dahulu, Menteri Keadilan Ireland yang bernama Michael McDowell telah mengemukakan usul bagi menyelesaikan masalah ketagihan arak yang semakin memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Beliau seolah-olah berlagak menjadi polis moral apabila sudah mula sibuk mahu menjaga gaya peminuman arak rakyatnya. Macamlah rakyat Ireland ini bodoh sangat sehingga tidak tahu untuk menilai apa yang baik dan buruk untuk dirinya.
Akibatnya kini had masa pembukaan pub-pub di Ireland pada malam hari berkerja adalah sehingga jam 11.30 malam sahaja (12.30 malam bagi malam Sabtu dan Ahad). Malah arak tidak boleh dijual di mana-mana pada Hari Krismas dan Good Friday. Ini semua sudah jauh lebih teruk dari ciri-ciri Taliban seperti yang dicanang oleh Malay Mail itu sebab setahu eden di Malaysia, belum pernah lagi ada larangan menjual arak pada hari-hari perayaan.
Apabila Michael McDowell diganti oleh Brian Lenihan pada tahun lepas, belum pun sampai setahun memegang kuasa, keTalibanan Menteri Keadilan yang baru ini jauh lebih mengerikan. Pada awal tahun 2008, Brian Lenihan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji peningkatan penjualan alkohol di pasaraya, kedai kemudahan dan stesen minyak, di samping turut mengkaji semula undang-undang yang membenarkan pub beroperasi lebih masa, dan juga keberkesanan hukuman ke atas peminum arak bawah umur.
Takbir!!
Kepelikan eden semakin menjadi-jadi apabila negara seTaliban Ireland ini, begitu keras dan ketat undang-undangnya dalam hal penjualan rokok, dan apatah lagi arak kepada pembeli di bawah usia 18 tahun. Pernah seorang kawan eden yang berwajah baby face, berusia 19 tahun, tidak dibenarkan langsung membeli sekotak rokok di sebuah kedai kemudahan ala-ala 7-Eleven berdekatan rumah eden. Hanya setelah kawan eden ini menunjukkan IDnya, maka barulah tuan kedai yang kerek itu menjual rokok kepadanya.
Lalu bagaimana pula halnya dengan negara kita Malaysia yang anti-Taliban? Menjual rokok pada budak-budak sekolah, yang kekadang masih berpakaian seragam sekolah adalah amalan biasa bagi ramai pekedai. Kedai kemudahan 7-Eleven yang banyak di negara kita itu pun selamba badak saja menjual arak kepada remaja Islam dan bukan Islam di bawah umur 18 tahun. Eden tidak rasa 7-Eleven yang bertaburan di negara kelahirannya, iaitu Amerika, akan mengambil ringan dalam hal-hal seperti ini.
Baru-baru ini pula eden membaca laporan bahawa Ireland menduduki tangga ke-6 dalam Indeks Keamanan Global 2008. Lagi pelik eden dibuatnya. Bagaimana negara yang mengamalkan dasar Taliban ini boleh menjadi antara 10 negara paling aman di dunia, sedangkan negara kita yang terlalu fobia dengan istilah Taliban berada di tangga ke-38? Puas eden berfikir sebabnya, namun akhirnya eden membuat kesimpulan bahawa kekalahan kita ini mesti gara-gara ancaman gagasan Kerajaan Langit oleh Ayah Pin! Situasi kerajaan dalam kerajaan adalah tidak bagus. Selagi Ayah Pin tidak ditangkap, kita sentiasa dalam bahaya.
Hah apa pun, kalau ekau ini kaki minum dan mahu pula datang melawat ke sini, berhati-hatilah kerana pasukan polis negara Ireland Darul Taliban ini pernah menjadikan kesalahan berkaitan tabiat meminum arak sebagai musuh nombor satunya.
Takbir!!
Fenomena yang sama juga berlaku di UK. Walaupun dari aspek Indeks Keamanan Global, kita di hadapan UK, yang mana ini mungkin disebabkan penglibatan mereka dalam perang di Iraq, namun jangan kita lupa bahawa UK adalah antara negara paling maju dan moden di dunia. Mana-mana negara membangun akan sering menjadikan UK sebagai model dan rujukan.
Sebenarnya satu ketika dahulu, undang-undang berkaitan waktu operasi pub dan kelab malam di UK bukanlah seperti sekarang. Semenjak Perang Dunia Pertama sehinggalah tahun 2005, pub dan kelab malam di Britain dan Wales terutamanya, wajib ditutup pada pukul 11 malam. Waktu penutupan ini sudah tentu lebih Taliban daripada waktu tamat operasi yang pernah dicadangkan oleh Khir Toyo.
Pada tahun 2005, Parlimen UK telah meluluskan rang undang-undang yang membenarkan mana-mana pub dan kelab malam bagi memohon lesen operasi 24 jam. Mengapakah boleh datang idea ini dan diluluskan pula? Ini kerana itu adalah antara janji manifesto Parti Buruh (Labour Party) dalam pilihan raya umum di UK. Parti Buruh memenangi pilihan raya tersebut dan Tony Blair selaku pemimpin tertinggi parti tersebut, telah berusaha keras bagi memastikan idea kontroversi itu terpahat sebagai satu rang undang-undang kerajaan.
Seperti mana juga kes Brian Lenihan yang keTalibanannya lebih terserlah berbanding bekas penyandangnya, hal yang sama juga berlaku kepada Gordon Brown. Baru sebulan mengambil kuasa dari Tony Blair, Brown yang juga dari Parti Buruh ini telah mengeluarkan cadangan bersifat Taliban bagi mengubah semula undang-undang yang membenarkan pub dan kelab malam di Britain beroperasi 24 jam sehari. Ideanya, tempoh 24 jam ini wajar dihududkan.
Akan wujudkah pemimpin Malaysia beragama Islam yang mahumencontohi keTalibanan pemerintahan Gordon Brown?
Walaupun pada akhirnya cadangan itu tidak dilaksanakan, namun Brown masih berusaha menjadi polis moral bagi memastikan rakyat jelatanya lebih sopan, beradab dan tidak ganas, yang mana kesemua ciri-ciri fitrah manusia ini semakin terhakis gara-gara pengaruh negatif arak dalam masyarakat. KeTalibanan Perdana Menteri Britain yang baru ini semakin meluat dipandang rakyat apabila kerajaan pimpinannya telah membatalkan projek pembinaan super kasino di Manchester. Nampaknya corak pemikiran Perdana Menteri di negara paling berpengaruh di dunia ini juga sudah dirasuki hantu Taliban.
Apa yang ironinya, bapa mertua Tony Blair juga sebenarnya bersifat Taliban seperti Gordon Brown. Beliau adalah antara yang menentang keras cadangan kerajaan yang meluluskan lesen operasi 24 jam kepada pengusaha pub. Amat menyedihkan apabila keTalibanan bapa mertua Tony Blair tidak berjaya dicerna oleh anak menantunya. Apo boleh buat jang. KeTalibanan tak dapat diwarisi dari seorang ayah mertua yang 'bertaqwa'.
Takbir!!
Maka sekarang ini ekau nampak tak bahawa ideologi Taliban dalam isu berkaitan arak dan disko ini, diamalkan oleh negara yang antara paling aman di dunia, dan juga dipraktikkan oleh negara yang antara paling maju di dunia.
Sebelum eden tutup coretan ini, eden mahu tanya juga sampai bila ekau mahu faham bahawa tak ada arak dalam pesawat MAS pun tidak mengapa. Tujuan utama orang beli tiket kapal toghobang adalah kerana mereka nak bergerak dari Destinasi A ke Destinasi B dengan cepat dan mudah. Dan perkara utama yang mereka pertimbangkan ketika membeli tiket adalah kompeni mana yang beri tambang lebih murah. Bukan kompeni mana yang ada hidang arak paling murah, bagus, sedap, lazat, nikmat dan masyuk.
Ini seperti mana ekau makan kat warung mamak. Sama ada warung mamak itu buka siaran gusti WWF atau pun kartun Usop Sontorian, ekau tak akan kisah sangat sebab tujuan utama ekau datang situ adalah untuk isi perut ekau yang kempis itu. Tapi ekau akan marah dan bengang sangat-sangat jika warung mamak itu kotor, lalat berterbangan di sana-sini, makanan tak sedap, dan harganya pula mahal, walaupun di kala ekau sedang makan, restoran mamak itu ada menayangkan rancangan gusti WWF yang memang ekau sudah minat sejak zaman dulu kala lagi.
Mampukah MAS menjadi pesawat bebas arak?Maka oleh sebab itu, adakah ekau pernah dengar mana-mana syarikat penerbangan yang bersaing dengan menggunakan isu arak sebagai strategi? Tak ada! Strategi utama mereka adalah perang harga. Siapa yang bagi harga lebih murah, itu yang akan dipilih. Arak cumalah satu faktor picisan. Tak ada penumpang akan mengamuk sakan jika tiada arak dalam pesawat, sekiranya tambang yang mereka bayar itu berpatutan dan layanan yang diberikan juga bagus.
Aduhai, cukuplah syarahan eden serba sedikit tentang psikologi pengguna dan pembeli ini. Esok lusa, apabila ekau naik kapal toghobang MAS, laungkan 'takbir' pada pramugara dan pramugari Islam yang menuangkan arak pada penumpangnya. Jangan tersalah laung 'take beer', sudahlah. Itu eden tak tanggung sebab walaupun kita akan ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nankir apabila kita mati nanti, namun kubur ekau dan eden tetap lain-lain.
Eh ekau kalau pernah duduk di mana-mana negara moden dan maju yang ada terselit juga unsur-unsur Taliban di dalam pemerintahannya, beritahulah pada eden dan yang lain. Kita kena buktikan bahawa Taliban is the future.
Takbir!!
Labels: arak, isu sensasi, satira, taliban
Masa dan Siapa Lagi Rasa?
I - Drama Melayu
Demi Masa, Bahagian 1/9
Saya seorang sahaja yang rasa, atau pun semua orang sebenarnya rasa bahawa telemovie Demi Masa yang ditayangkan di Cerekarama TV3 baru-baru ini, idea dan plotnya 95% serupa dengan kisah seorang anak dan ibunya yang buta sebelah, yang sering disebarkan melalui e-mel? Suratan atau kebetulan?
Kisahnya:
My mom only had one eye. I hated her. She was such an embarrassment. She cooked for students and teachers to support the family. There was this one day during elementary school where my mom came to say hello to me. I was so embarrassed. How could she do this to me?! I ignored her, threw her a hateful look and ran out.
The next day at school one of my classmate said, "Eee, your mom only has one eye." I wanted to bury myself. I also wanted my mom to just disappear.
So I confronted her that day and said, "If you're only gonna make me a laughing stock, why don’t you just die?!" My mom did not respond!! I didn't even stop to think for a second about what I had said, because I was full of anger. I was oblivious to her feeling.
I wanted out of that house. So I studied real hard, got a choice to go to Singapore to study. Then I got married. I bought a house of my own. I had kids of my own. I was happy with my life.
Then one day, my mom came to visit me. She hadn’t seen me in years and she didn't even meet her grandchildren. When she stood by the door, my children laughed at her. I screamed at her, "How dare you came to my house and scare my children! Get out of here! Now!" And to this my mom quietly answered, "Oh, I'm so sorry. I may have gotten the wrong address," and she disappeared out of sight.
One day, a letter regarding a school reunion came to my house. So I lied to my wife that I was going on a business trip. After the reunion, I went to the old shack just out of curiousity. My neighbours said that my mom died. I did not shed a single tears. They handed me a letter that she had wanted me to have.
"My dearest son, I think of you all the time. I'm sorry that I came to Singapore and scared your children. I was so glad when I heard you were coming for the reunion. But I may not be able to even get out of bed to see you. I'm sorry that I was a constant embarrassment to you when you were growing up. You see, when you were very little, you got into an accident and lost your eye. As a mother, I couldn't stand watching you having to grow up with one eye. So, I gave you mine. I was so proud of my son who was seeing a whole new world for me, in my place, with that eye.'
With my love to you,
Your Mother
II - Iklan Jam

Selepas ini kalau nampak mana-mana iklan jam, cuba perhatikan waktu yang disetkan.
III - Masa yang Aneh
Saya seorang sahaja yang rasa, atau pun semua orang sebenarnya rasa bahawa masa itu satu konsep yang sangat aneh? Mengapakah masa ini terlalu paradoks sifatnya, yang mana konsep masa ini adalah sesuatu yang sangat membebankan bagi mereka yang paling kurang memilikinya?Mungkinkah golongan yang paling terbeban dengan masa adalah mereka yang sudah pun didatangi dengan 5 perkara sebelum sempat melakukan persediaan yang sebaiknya di waktu mereka sihat, muda, kaya, lapang dan hidup?
Labels: artikel rojak, cerekarama, demi masa, hari ibu
Panas, Proton & The Next Big Thing
Lupakan sebentar isu kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Putih dari segi maruah dan kedaulatan, kerana jika ia dibincangkan dari aspek pemanasan global, Singapura juga bakal kehilangan pulau yang luasnya Retak sepanjang 16 km ini bermaksud dunia sudah semakin panas dan ini bermakna akan lebih banyak ais yang cair. Lebih banyak ais yang cair, maka lebih banyak kandungan air laut. Lebih banyak kandungan air laut, bermaksud kawasan-kawasan rendah seperti Pulau Batu Putih itu akan dinaiki air yang tidak akan surut. Malah, kota-kota besar seperti London, New York dan Jakarta juga bakal tenggelam tidak lama lagi jika usaha mengawal pemanasan global ini secara proaktif tidak dilakukan oleh semua pihak.
Maka bagaimanakah Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil boleh membantu masalah ini? Salah satu caranya adalah dengan melakukan inovasi besar-besaran dalam syarikat Proton dan Perodua supaya menghasilkan kereta berkuasa solar, elektrik ataupun udara, yang efisien dan mampu dimiliki oleh ramai orang.
Syarikat Tata Motors dari India sudah pun menghasilkan kereta yang bergerak dengan kuasa udara termampat. Negara lain seperti Australia dan Korea juga sudah mula berfikir dan berusaha bagi mencari cara bagaimana udara boleh menggantikan minyak yang menjadi matawang dalam tamadun manusia zaman moden ini.
Teknologi kereta yang tidak berasaskan petroleum, dan tidak pula menyebabkan pencemaran alam adalah the next big thing dalam industri permotoran. Jika Proton dan Perodua cepat menyedari realiti dan peluang ini, maka ia bukan sahaja dapat membantu krisis pemanasan global, malah dapat juga bersaing di peringkat antarabangsa dengan lebih hebat lagi.
Tolonglah Proton, jangan terlalu berbangga dengan kereta Islamik pertama di dunia kerana kereta Volkswagen jiran saya sudah pun menjadi kereta Islamik yang entah nombor berapa sejak dahulu lagi. Masakan tidak, kompas Kaabah memang sudah berada di dalam keretanya. Malah drawer Volkswagennya itu pula sudah lama boleh menjadi tempat menyimpan tudung dan Al-Quran.
Melainkan kita mahu sekadar berbangga dengan sebuah kereta yang terdapat kompas Kaabah dan ada pula tempat khas bagi menyimpan Al-Quran dan tudung, maka idea saya boleh dibakulsampahkan sahaja. Eh, tapi jangan lupa masukkan ia ke dalam tong kitar semula!
Video kereta Air Car yang dihasilkan oleh MDI, iaitu syarikat dari Luxembourg,
yang akan berkerjasama dengan Tata Motors.
Labels: idea, pemanasan global, perodua, proton, statistik
Bukan Yahudi, Tetapi Zionis
Kita wajar meluruskan beberapa fakta yang kita tahu selama ini tentang kekejaman yang berlaku di bumi berdirinya Masjid al-Aqsa. Selepas 60 tahun negara haram Israel ditubuhkan, masih ramai yang tidak tahu membezakan di antara Zionis dan Yahudi. Jika kita sendiri malas memahaminya, maka jangan pula melatah apabila dunia Barat merumuskan Taliban dan al-Qaeda adalah manifestasi dan refleksi sebenar ajaran Islam.
Musuh sebenar pada waktu ini ialah Zionis, bukannya Yahudi. Maka sebab itu saya nasihatkan jangan sewenang-wenangnya melaungkan Yahudi laknatulullah sebagai satu tanda protes kita terhadap kekejaman rejim Zionis di Palestin.
Negara Israel yang ada pada hari ini bukannya sebuah negara berideologi Yahudi, sebaliknya ia adalah sebuah negara Zionis yang memperkudakan agama untuk terus berkuasa. Ini bukan saya yang kata, tetapi inilah intipati utama dalam buku yang ditulis oleh Alan Hart, Zionism: The Real Enemy of the Jews.
Alan Hart (tengah) diapit oleh 2 orang rabbi Yahudi yang turut menentang kezaliman Zionis di tanah
Palestin. Gambar diambil ketika konferens Against Zionism: Jewish Perspective. [Kredit foto: Abadi]
Di kala Parlimen Malaysia menentang usul pendudukan haram Israel di Palestin yang dicadangkan oleh Tuan Guru Hadi Awang, sehingga membuatkan Che Det menyirap,
namun perkara sebaliknya pula yang berlaku di kalangan orang-orang Yahudi di Amerika dan Israel. Malah di kala Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menolak usul tentang sambutan Hari Naqba yang ke-60 kerana katanya usul itu 'tidak perlu disegerakan', 20 orang aktivis Yahudi ditangkap di San Fransisco kerana protes mereka terhadap 60 tahun pembentukan negara mahaharam Israel.
Antara slogan mereka, "Jews in Solidarity with 60+ years of Palestinian Resistance"
dan "No Time to Celebrate".
Tidak segankah kita sebagai sebuah negara yang kira-kira 60% penduduknya beragama Islam? Atau kalau pun kita tidak mahu mengaitkannya dari aspek agama, lalu adakah negara Malaysia ini sudah pekak matanya, bisu telinganya dan buta lidahnya tentang pencabulan hak-hak asasi manusia di Palestin? Maka selepas ini janganlah kita terlalu prejudis kepada Yahudi, tetapi sila bencikan Zionis secukup rasa.
Perjuangan Palestin adalah satu perjuangan yang besar. Kadang-kadang kita sendiri terpinga-pinga bagaimana untuk berjuang untuk Palestin. Oleh kerana menentang Zionis dan sekutu rapatnya adalah salah satu caranya, maka apa kata kita semua ambil tahu tentang sikap kerajaan terhadap Syarikat Halliburton yang ada kaitan dengan Zionis itu, yang kini telah pun melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar, iaitu satu wilayah kontroversi yang dikatakan tempat 'terjualnya kedaulatan negara'.
Apa guna melempang nyamuk yang jauh, jika yang di depan mata dibiarkan terbang?
---
Baca juga:
- What is Israel Doing? A Call by Jews in Britain.
- Wilayah Pembangunan Iskandar lebih membimbangkan dari Batu Puteh.
Musuh sebenar pada waktu ini ialah Zionis, bukannya Yahudi. Maka sebab itu saya nasihatkan jangan sewenang-wenangnya melaungkan Yahudi laknatulullah sebagai satu tanda protes kita terhadap kekejaman rejim Zionis di Palestin.
Negara Israel yang ada pada hari ini bukannya sebuah negara berideologi Yahudi, sebaliknya ia adalah sebuah negara Zionis yang memperkudakan agama untuk terus berkuasa. Ini bukan saya yang kata, tetapi inilah intipati utama dalam buku yang ditulis oleh Alan Hart, Zionism: The Real Enemy of the Jews.
Alan Hart (tengah) diapit oleh 2 orang rabbi Yahudi yang turut menentang kezaliman Zionis di tanahPalestin. Gambar diambil ketika konferens Against Zionism: Jewish Perspective. [Kredit foto: Abadi]
Di kala Parlimen Malaysia menentang usul pendudukan haram Israel di Palestin yang dicadangkan oleh Tuan Guru Hadi Awang, sehingga membuatkan Che Det menyirap,
Dewan Rakyat kita yang dipenuhi wakil-wakil kita tidak menyokong usul untuk menunjukkan simpati kita terhadap Palestin. Sebab itu dalam negara kita ini ada orang yang layak jadi Presiden Israel tetapi tidak layak jadi Presiden Singapura.
namun perkara sebaliknya pula yang berlaku di kalangan orang-orang Yahudi di Amerika dan Israel. Malah di kala Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menolak usul tentang sambutan Hari Naqba yang ke-60 kerana katanya usul itu 'tidak perlu disegerakan', 20 orang aktivis Yahudi ditangkap di San Fransisco kerana protes mereka terhadap 60 tahun pembentukan negara mahaharam Israel.
Antara slogan mereka, "Jews in Solidarity with 60+ years of Palestinian Resistance"dan "No Time to Celebrate".
Tidak segankah kita sebagai sebuah negara yang kira-kira 60% penduduknya beragama Islam? Atau kalau pun kita tidak mahu mengaitkannya dari aspek agama, lalu adakah negara Malaysia ini sudah pekak matanya, bisu telinganya dan buta lidahnya tentang pencabulan hak-hak asasi manusia di Palestin? Maka selepas ini janganlah kita terlalu prejudis kepada Yahudi, tetapi sila bencikan Zionis secukup rasa.
Perjuangan Palestin adalah satu perjuangan yang besar. Kadang-kadang kita sendiri terpinga-pinga bagaimana untuk berjuang untuk Palestin. Oleh kerana menentang Zionis dan sekutu rapatnya adalah salah satu caranya, maka apa kata kita semua ambil tahu tentang sikap kerajaan terhadap Syarikat Halliburton yang ada kaitan dengan Zionis itu, yang kini telah pun melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar, iaitu satu wilayah kontroversi yang dikatakan tempat 'terjualnya kedaulatan negara'.
Apa guna melempang nyamuk yang jauh, jika yang di depan mata dibiarkan terbang?
---
Baca juga:
- What is Israel Doing? A Call by Jews in Britain.
- Wilayah Pembangunan Iskandar lebih membimbangkan dari Batu Puteh.
Labels: isu sensasi, palestin, politik dunia, wilayah pembangunan iskandar, zionis
Nama Barat Saya Ialah Ray
Beberapa tahun dahulu, setelah saya menyedari bahawa orang-orang putih ini sangat sukar untuk menyebut, apatah lagi untuk ingat nama sebenar saya, maka saya memutuskan untuk memBaratkan nama saya. Lalu saya memilih 'Ray' kerana bunyinya agak hampir dengan nama sebenar saya, di samping ia turut membawa maksud yang baik iaitu sinaran (sebenarnya ada banyak lagi makna ray).
Agenda pemBaratan nama saya ini sangat berjaya kerana sesudah itu, tiada seorang pun di antara mereka yang bertanya soalan seperti, "Sorry, what's your name again?" Hal ini sedikit sebanyak telah meruntuhkan dinding komunikasi di antara saya dan mereka.
Apabila saya mula menulis blog kira-kira 3 tahun lebih yang silam, saya menggunakan kata ganti diri 'aku'. Kemudian apabila saya berhasrat untuk menjadikan blog ini lebih bersifat mainstream, dan tidak seolah-olah hanya ditujukan kepada kawan dan kenalan saya, maka 'aku' telah diubah menjadi 'saya'. Saya tidaklah pula tahu sama ada agenda ini berjaya atau pun tidak. Cuma apa yang saya percaya, istilah 'saya' adalah lebih selamat digunakan berbanding 'aku' kerana kita tidak akan tahu 100% bahawa pelawat yang membaca tulisan kita itu sebaya, lebih muda atau pun lebih tua daripada kita.
Jangan lupa bahawa kita tidak menggunakan kata ganti diri pertama 'aku' ketika bersembang dengan orang yang lebih tua. Kalau di Sabah dan Sarawak, itu mungkin lain ceritanya kerana menurut cikgu Bahasa Malaysia saya yang pernah bertugas di sana, kalau anak muridnya mahu ke tandas, mereka dengan santainya berkata, "Cikgu, aku mahu ke tandas."
Kemudian sepanjang saya menulis di blog ini, saya menjumpai dan dilawati oleh para bloggers yang tidak menggunakan 'saya' mahupun 'aku'. Sebaliknya mereka menggunakan istilah ana, anta, anti, antum, akhi, akhina, ukhti, termasuklah juga kaifahaluk, ahlan wa sahlan, ukhuwwah fillah dan sebagainya. Ini sedikit sebanyak membuatkan saya berasa sedikit janggal kerana saya tidak membesar dalam istilah-istilah tersebut. Saya bukan budak lepasan sekolah agama dan tidak pula mengambil mana-mana pengajian bahasa Arab. Walaupun saya ada juga sesekali menggunakannya dalam beberapa konteks tulisan saya, namun jika ia digunakan secara meluas, saya berpendapat ia boleh menjadi satu dinding komunikasi untuk menarik pembaca baru seperti saya.
Namun demikian, adalah penting juga untuk menjadi diri sendiri dalam setiap tulisan yang kita hasilkan. Walaupun saya secara peribadinya tidak menggalakkan mana-mana blogger untuk mengArabkan kata ganti nama diri, namun jika ana, anta, anti dan antum sudah sebati dalam diri, sehingga dalam perbualan harian pun itulah yang digunakan, maka teruskanlah. Namun jika di dunia realiti, istilah 'aku' dan 'saya' yang selalu dilafazkan, maka agak kurang bijak untuk membahasakan diri sebagai 'ana' apabila menulis.
Ingat, membina sebuah blog yang membincangkan isu-isu Islam tidak semestinya bermaksud bahawa kita perlu juga mengArabkan kata ganti nama diri kita.
Pada akhirnya ia lebih bergantung kepada siapa tulisan itu hendak disasarkan. Jika kumpulan sasarannya adalah mereka yang tidak mengambil pengajian Islam, bukan juga lepasan sekolah agama mahupun Timur Tengah, maka istilah 'saya' atau sekurang-kurangnya 'aku' adalah lebih mesra sifatnya. Begitu jugalah sebaliknya.
Ini semua penting bagi merobohkan sedikit dinding komunikasi yang boleh menghalang terbentuknya titik persefahaman di antara satu sama lain.
Jam Kelahiran
Saya mahu jam yang genius ini kerana ia analogi kepada 'tiada kejayaan tanpa pengorbanan'. Mungkinkah di samping Solat Istikharah, jam ini juga boleh membantu seseorang membuat keputusan yang sangat sukar di dalam hidupnya?
Birth clock
Penerangan dari pereka jam ini:
Birth clockPenerangan dari pereka jam ini:
The "Birth Clock" is a fragile glass object containing a digital clock that is not working; it is designed to help you to come to a decision when you're stuck at a specific point in life. Smash the glass, and the clock will start to work, leaving you with the broken object as a reminder of your dramatic decision. Leave the object as it is, and you remain out of time, having the beautiful object as a reminder of your resistance to change. What would you do?
Labels: kreativiti, motivasi
Tiada Rotan, Akar Pun Berguna Juga
A) Tiada video, teks pun berguna juga
Baru-baru ini, antara berita hangat dari Parlimen adalah Projek Khinzir Raksasa (PKR) vs Projek Babi Negara (PBN). Namun video pertikaman lidah yang terdapat di internet adalah tidak cukup untuk memberitahu saya apakah sebenarnya yang berlaku sebelum, selepas, dan malah sewaktu ia berlaku.Dalam hal ini, saya sangat respek pada Parlimen kerana kepantasan meletakkan teks perbahasan bertarikh 12 Mei 2008 tersebut di bahagian arkibnya, yang kini memuatkan mungkin kesemua teks perbahasan semenjak tahun 1960 sehinggalah yang paling terbaru pada 15 Mei 2008. Haha, ini sumber rujukan terbaik untuk membidas mana-mana ahli Parlimen yang mungkin akan kata, "Eh, saya tak pernah cakap macam tu!"
B) Tiada siaran langsung penuh, 30 minit pun berguna juga
Kata Ahli Parlimen Rembau:Saya mendapat maklumat balas, siaran secara langsung persidangan Parlimen mulai menurun memandangkan tidak semua orang ramai yang menyaksikan perbahasan di kaca televisyen setiap hari kerana waktu persidangan berlangsung pada waktu bekerja.
(Khairy: Kaji siaran langsung Parlimen, Utusan Malaysia Online, 17 Mei 2008)
Kalau jumlah penonton semakin berkurangan, biasalah tu. Siaran langsung Parlimen tujuannya bukan untuk buat penonton melekat di depan TV, seperti mana mereka menonton soap opera. Sebaliknya ia lebih bertujuan untuk menunjukkan integriti dan ketelusan kerajaan. Lagi pun, negara mana di dunia ini yang sidang parlimennya dilakukan pada waktu malam, iaitu waktu orang sudah pulang dari kerja?
C) Tiada duit yang cukup, arkib video pun berguna juga
Kata Menteri Penerangan:Kos menyiarkan siaran langsung sepenuh hari sesi sidang parlimen dianggarkan sebanyak RM100,000 atau RM3 juta sebulan... ...Selain RM3 juta tersebut, kerajaan juga perlu membelanjakan RM9 juta untuk membayar perkhidmatan syarikat komunikasi Telekom.
Jika betul kosnya setinggi itu, maka tidak mengapalah jika siaran langsung itu dihadkan sekadar 30 minit sahaja. Namun dengan syarat iaitu seperti mana juga teks perbahasan, rakaman video penuh persidangan tersebut boleh dimuat turun dari laman rasmi Parlimen, oleh sesiapa sahaja.
Pada berita yang sama juga ada menyebut:
Sebelum ini, kementerian berkenaan, dalam satu kenyataannya, berkata RTM membelanjakan RM1 juta untuk menempatkan tiga buah kamera di dewan parlimen untuk siaran langsung.
Apa pasal mahal sangat daaa.. Letak 3 buah kamera di Parlimen pun boleh ambil kos RM1 juta? Kos pembikinan dan promosi filem Cicak Man memerlukan RM 2.5 juta sahaja kamu tahu. Lalu apa guna menghasilkan sebuah filem berkos tinggi dari Parlimen, jika tidak ramai orang boleh menontonnya?
Eh ada tak saya sebut juga bahawa kos meletakkan arkib video perbahasan sejak dulu hingga sekarang, di laman web Parlimen Malaysia akan jadi tersangat rendah jika ia dibuat dalam format .torrent?
10 Lagu Ibu Yang Patut Anda Tahu
Di negara kita, Hari Ibu disambut pada setiap hari Ahad ke-2 dalam bulan Mei. Ini bermakna pada tahun ini, rakyat Malaysia akan menyambutnya pada tanggal 11 Mei 2008. Maka saya membuat edisi khas untuk menyenaraikan 10 buah lagu tentang keistimewaan seorang ibu yang perlu anda tahu.
Demi ibu-ibu di luar sana juga, maka pada kali ini saya telah menjadi lanun (pengedar lagu). Maafkan ku ibu. Namun jika aku seorang lanun, maka Robin Hood itu adalah saudara seperjuanganku. Ku harap ibu mengerti...
PANDUAN
A. Top 10 Lagu
C. Undian
A. Top 10 Lagu
- Bonda - M Nasir
- Ummi - Haddad Alwi & Sulis
- Lagu Untuk Ibu - Brothers
- Untukmu Ibu - Exist
- Your Mother - Rasheed Bhikha
- Ibu Mithali - Nadamurni
- Oh Ibu - Alleycats
- Lagu Untuk Seorang Ibu - Kembara
- Buatmu Ibu - Aeman
- Ibu - Firdaus
C. Undian
---
1) Bonda – M Nasir
Bonda adalah antara hasil karya terbaik M Nasir. Ketika saya masih di bangku sekolah rendah, saya masih ingat betapa popularnya lagu ini yang sering diputarkan di corong radio dan kaca televisyen. Lalu tidak hairanlah lagu ini pernah memenangi anugerah lagu terbaik kategori Irama Malaysia pada pertandingan Juara Lagu TV3 tahun 1994.Lirik Bonda:
Mengapa kanta ini masih berkacaDownload Bonda | Kembali ke panduan
Sedang ku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu syurga
Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan
Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi
Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu
Oh bonda.. bonda..
2) Ummi – Haddad Alwi dan Sulis
Lagu ini adalah dalam bahasa Arab yang dinyanyikan oleh penyanyi nasyid terkenal Indonesia, Haddad Alwi, bersama seorang penyanyi cilik (tapi sekarang sudah besar), Sulis. Dalam banyak-banyak lagu nasyid yang ada di akaun YouTube saya, inilah lagu yang paling popular.Lirik Ummi:
Ummi yaa lahnan a'syaqohuSaya tiada mp3 lagu ini. Jadi tonton sahajalah video ini:
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu
Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati
Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani
Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy
Ummi.. ummi.. ummi..
3) Lagu Untuk Ibu – Brothers
Lagu nasyid berentak harmonis ini memang sedap didengar. Ia mengisahkan seorang anak yang sangat berterima kasih kepada ibunya yang telah mendidik agar dia kekal di jalan yang lurus. Maka si anak ini berdoa agar Allah akan sentiasa mengasihi ibunya juga. Lagu ini secara mudahnya dipenuhi dengan tema kasih sayang.Lirik Lagu Untuk Ibu:
Seorang wanita bermahkota ibuDownload Lagu Untuk Ibu | Kembali ke panduan
Menggenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidak kan terurai
Kerna tautan ini
Tautan darah dan akidah
Dan rahmat dari Allah
Kini ibu peganglah tanganku ini
Biar ku bawa ibu menjelajah
Hasil titik peluhmu
Biar ku bawa ke alamku
Hasil ukiranmu selama ini
Dodoianmu ibu
Membina benteng pemisah
Antara yang hak dan yang batil
Membakar semangat perjuangan
Mengait kasih pada Junjungan tercinta
Tersujud lemah mengabdi diri
Kepada yang Esa
Jika belum pernah
Kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Moga Tuhan menyayangimu
Seperti mana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya
4) Untukmu Ibu – Exist
2 anggota asal kumpulan Exist yang masih terus aktif pada hari ini ialah Ajai dan Mamat. Sewaktu kumpulan ini muncul, mereka semua masih remaja. Suara pun masih belum garau. Unsur-unsur tidak garau inilah yang membuatkan lagu Untukmu Ibu ini sedap didengar telinga. Kalau tidak percaya, sila dengar lagu ini yang dinyanyikan semula oleh Mamat yang sudah pun berusia 20 tahun lebih. Kurang kick!Saya tujukan lagu ini kepada mereka yang telah ketiadaan ibu di dunia yang fana ini. Bukan semua orang bertuah dapat menikmati kasih ibu. Ada ibunya yang meninggal ketika bersalin dan ada juga yang pergi ketika sebahagian di antara kita masih terlalu kecil untuk mempunyai memori bersama ibu tercinta. Bagi yang masih mempunyai ibu, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita masih ada ibu sebagai tempat bermanja...err dan apa itu..mungkin juga tempat kita untuk tidur sekali-sekala di bawah ketiak ibu.
Lirik Untukmu Ibu:
Oh ibuDownload Untukmu Ibu | Kembali ke panduan
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya padamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potretmu berulang kali
Ku renungkan kalimah yang diberi
Tuhan yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasih-Mu
Oh ibu
Kau kasih sejati
Ku taburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Di saat ini
Ku teruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
5) Your Mother – Rasheed Bhikha
Lagu ini mempunyai melodi yang sangat ceria dan ia merupakan lagu hits dalam album I Look, I See yang didalangi oleh Yusuf Islam. Kalau mendengarnya, InsyaAllah hati yang gundah akan pasti tersenyum. Your Mother adalah sebuah lagu yang mungkin digubah dengan bersandarkan kepada sebuah hadith: عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم
Maksudnya:
Abu Hurairah telah berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku layan dengan baik seperti seorang sahabat?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian ayahmu."
(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
Sebagai nota sampingan, Rasheed Bhikha adalah anak lelaki kepada penyanyi nasyid yang terkenal di sebelah Barat, iaitu Zain Bhikha.
Lirik Your Mother:
Who should I give my love toDownload Your Mother | Kembali ke panduan
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
'Cause who used to hold you
And clean you and cloth you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of
Giving all my love
Who should I think the most of
After Allah and Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
'Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay right close to
Listen most to
Never say no to
After Allah and Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears
Knows your fears
Who really cares
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother
6) Ibu Mithali – Nadamurni
Semua wanita boleh menjadi ibu. Namun apa yang membuatkan seseorang ibu itu layak digelar ibu mithali? Bait yang paling saya suka dalam lagu ini ialah "Kau disayangi kerana menyayangi". Mengapa? Kerana kadang-kadang kita sendiri didedahkan dengan berita anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya. Namun jika diselidik betul-betul, rupa-rupanya anak itu sebenarnya tidak mendapat didikan yang sempurna dari ibu bapanya.Pernah mendengar satu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab?
Pada suatu hari, Saidina Umar telah dilawati oleh seorang bapa bersama anak lelakinya. Bapa tersebut telah meminta Saidina Umar untuk menegur kelakuan derhaka anaknya.
Namun sebelum Saidina Umar sempat berbicara, budak itu telah berkata: "Wahai Amirul Mukminin, sebelum tuan berkata sesuatu, boleh tuan ceritakan apakah kewajipan seorang bapa kepada anaknya? Ini kerana bapa saya sendiri telah memberikan saya nama yang tidak elok dan tidak mengajarkan saya Kitabullah. Bukan itu saja, malahan bapa saya juga telah menikahi seorang perempuan (iaitu ibu budak tersebut) yang tidak diketahui asal-usulnya."
Mendengar kata-kata budak tersebut, Saidina Umar pun berkata kepada si bapa "Wahai si fulan si fulan, sesungguhnya kamu telah derhaka kepada anak kamu sebelum anak kamu menderhaka kepada kamu."
Kepada mereka yang kurang arif dalam industri nasyid, penyanyi lagu ini adalah Ustaz Asri yang kini mengetuai kumpulan Rabbani.
Lirik Ibu Mithali:
Ibu mithali ibu yang sejatiDownload Ibu Mithali | Kembali ke panduan
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrahku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
7) Oh Ibu - Alleycats
Lagu ini membawa mesej yang sangat mudah: Kalau mahu berbakti kepada ibu dan kalau mahu memohon ampun kepadanya, lakukanlah sementara ibu kita masih ada.Lirik Oh Ibu:
Terhenti dari bicaraDownload Oh Ibu | Kembali ke panduan
Kaku membisu
Sepi seketika
Terbayang wajah tuanya
Membisik rindu
Memanggil padaku
Berita seburuk ini
Adalah kenyataan yang menyedihkan
Inginku kembali ke pangkuanmu
Bermesra dan bermanja
Tetapi apa dayaku
Kerana hidup dan mati
Adalah kudrat Ilahi
Ada yang terkunci di hati
Seperkara lagi
Tak dapat ku penuhi
Oh ibu maafkanlah diriku
Belum sempat tunaikan
Janjiku padamu
Tetapi apa dayaku
Kerana hidup dan mati
Adalah kudrat Ilahi
Kau pergi meninggalkan diriku
8) Lagu Untuk Seorang Ibu – Kembara
Lagu ini pernah tersenarai dalam Top 20 'Nasyid' yang Bukan Nasyid dan ia merupakan antara lagu popular dalam album sulung kumpulan Kembara yang diketuai oleh M Nasir. Kenapa lagu ini relevan? Bagi mereka yang dilahirkan dalam keadaan ibu bapa mereka dari kalangan orang yang senang dan kaya, biasanya sukar untuk mereka melihat jasa dan pengorbanan seorang ibu.Namun bagi seorang anak dari keluarga yang susah, ditambah lagi yatim, pengorbanan seorang ibu mampu menitiskan air mata anak tersebut, mahu pun orang luar yang tiada kaitan darah.
Lirik Lagu Untuk Seorang Ibu:
Ibuku mengapa engkau menangisDownload Lagu Untuk Seorang Ibu | Kembali ke panduan
Apakah yang kurang
Walaupun ayah telah tiada
Itu tak bermakna akhirnya hidup kita
Ibuku tenangkanlah hatimu
Kerna suria kan pasti menjelma
Usia mudaku tak menghalang diriku
Untuk membela dirimu
Ayahku walaupun engkau gugur
Kerna Pertiwi
Namun jasamu ku kenang selalu
Ku mahkotakan ke puncak cemara
Nanti bila aku sudah dewasa
Ingin ku menjadi pemimpin negara
Akan ku bela nasib kita
Itulah sumpah anakmu
Dari itu hentikan tangisan
Pandanglah masa depan
Betapa ku cinta padamu
Pelukanmu menguatkan semangatku
Duhai ibuku dengarkanlah lagu
Untukmu..
9) Buatmu Ibu – Aeman
Jarang-jarang saya jatuh cinta dengan sesebuah lagu, terutamanya lagu zaman kini yang semakin tiada kualitinya. Namun sewaktu kali pertama saya mendengar lagu ini di komputer kawan, seraya itu juga saya melafazkan, "Aku nak copy lagu ini!"Lirik Buatmu Ibu:
Ibu bergenang airmatakuDownload Buatmu Ibu | Kembali ke panduan
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biar pun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biar pun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
10) Ibu – Firdaus
Di samping Ibu, kumpulan nasyid Firdaus juga ada menyanyikan sebuah lagu top yang didedikasikan kepada pengorbanan para ibu dan ayah, iaitu Permata Ayah Bonda. Dari segi emosi, saya lebih menggemari lagu tersebut. Namun oleh kerana tulisan ini adalah khas bagi memperingati ibu, maka lagu Ibu dipilih.Lirik Ibu:
Oh ibuDownload Ibu | Kembali ke panduan
Oh dengarlah ratapanku anakmu
Terima kasih
Oh ibu
Oh dengarlah ratapan dari anakmu
Terima kasih
Tiada dapat dinilaikan
Pengorbananmu selama ini
Terima kasih oh ibu
Kasih sayang cinta murni
Sejak kecil hingga kini
Ku dibelai dan diberi sinaran
Oh ibu
Oh dengarlah ratapanku anakmu
Oh terima kasih
Oh ibu
Oh dengarlah ratapan dari anakmu
Oh terima kasih
Ibu pesanan ku genggam
Ku semat segala ajaran-Nya oh
Tidak ku lupa erti kehidupan
Ibu dikaulah yang tersayang
Akan hukum pegangannya
Tidak ku lupa suruhan Yang Esa
Oh ibu
Oh dengarlah ratapanku anakmu
Terima kasih
Oh ibu
Oh dengarlah ratapan dari anakmu
Terima kasih
---
BONUS CERAMAH:
1) Makbulnya Doa Ibu oleh Ustaz Akhil Hayy2) Adab Anak Terhadap Ibu Bapa oleh Ustaz Ismail Kamus
3) Derhaka Ibu Bapa oleh Ustaz Haji Shamsuri
Kembali ke panduan
UNDIAN
Setelah 24 hari undian dibuka, maka ini keputusan bagi soalan "Saya panggil mak, anda pula?":
Kembali ke panduan
Fatima Si Gadis Arab
Mula-mula, saya rasa comel tengok Fatima. Memang ramai pun orang kata budak ni comel. Tapi bila ada soalan "Di Mana Allah", ada juga rasa tidak sedap di hati. Saya teruskan menontonnya, dan bila 2 soalan lain diajukan:

Lalu membuat saya tertanya-tanya, siapalah yang ajar Fatima benda-benda macam ni. Perlu sangatkah bagi budak berumur 2 tahun ini didedahkan dengan hukum-hakam beberapa amalan Islam yang terdapat khilaf ulama padanya? Dan yang lagi dahsyat, terus dibasuh otak budak ni bahawa amalan-amalan itu adalah bidaah (dalam konteks di sini, ia dirujuk kepada bidaah sesat).
Adik Fatima, kalau kau faham Bahasa Malaysia, abang nak pesan satu sahaja:
- Apa hukum menggunakan biji tasbih (dijawabnya bidaah),
- Apa hukum menyambut Maulid Nabi (juga dijawabnya bidaah),

Lalu membuat saya tertanya-tanya, siapalah yang ajar Fatima benda-benda macam ni. Perlu sangatkah bagi budak berumur 2 tahun ini didedahkan dengan hukum-hakam beberapa amalan Islam yang terdapat khilaf ulama padanya? Dan yang lagi dahsyat, terus dibasuh otak budak ni bahawa amalan-amalan itu adalah bidaah (dalam konteks di sini, ia dirujuk kepada bidaah sesat).
Adik Fatima, kalau kau faham Bahasa Malaysia, abang nak pesan satu sahaja:
"Bila dah besar nanti jangan sikit-sikit nak bidaah orang dah le."
Labels: bidaah
cos ♥ ≟ ∞
Dalam bahasa bukan Trigonometri: "Adakah semua cinta itu bersifat infiniti?"

UPDATE: Untuk mengelakkan orang tersalah tafsir gambar di atas, seperti mana yang berlaku pada Cikgu Ummuhanah, maka saya letakkan juga dialog yang mungkin dicakap oleh burung di atas. Terjemahan dialog dalam bahasa burung kepada bahasa manusia telah direka dan dilakukan oleh Aiyrie:
Pada satu hari, Syaqiq bertanya kepada Hatim, "Kamu telah bersahabat denganku selama 30 tahun. Apakah yang telah kamu perolehi dari persahabatan kita ini?"
Jawab Hatim, "Aku telah memperolehi lapan perkara, cukup sebagai bekalan bagi keselamatan aku di Akhirat nanti."
Dan ini salah satu dari 8 perkara tersebut:
(Pertanyaan Syaqiq al-Balkhiy kepada kawan baiknya, Hatim al-'Assam. Dari kitab Ya Ayyuhal Walad al-Muahib tulisan Imam al-Ghazali)

Pic 1: "Ooii!! buat apa tu.. Tido ke?"---
Pic 2: "Oooiii!!! Bangun... Takde keje ke tido tengah jalan ni??"
Pic 3: "Eh! Budak ni, taknak bangun pulak. Aku sekeh karang."
Pic 4: "Aik!! Tak bangun jugak, ni yang aku geram ni."
Pic 5: " Nah! Amik kau."
Pic 6: "Ya Allah, ni bukan tido ni. Dah arwah dah. Somebody, help me. Kawan aku meninggal tepi jalan."
Pada satu hari, Syaqiq bertanya kepada Hatim, "Kamu telah bersahabat denganku selama 30 tahun. Apakah yang telah kamu perolehi dari persahabatan kita ini?"
Jawab Hatim, "Aku telah memperolehi lapan perkara, cukup sebagai bekalan bagi keselamatan aku di Akhirat nanti."
Dan ini salah satu dari 8 perkara tersebut:
Aku melihat semua manusia mempunyai kekasih. Sebahagian mereka sanggup menemani kekasihnya sehingga waktu ajal mendatang. Ada pula yang akan terus menemaninya hingga ke liang lahad. Selepas itu mereka akan pulang. Tinggallah manusia ini keseorangan di dalam kuburnya.
Lalu aku berfikir, "Sebaik-baik sahabat adalah mereka yang sanggup menemani aku sehingga ke dalam lubang kubur. Aku tidak menemui sahabat sebegini melainkan amal solehku."
Lalu aku pun menjadikan amal soleh sebagai kekasih aku. Agar amalan aku itu boleh menjadi pelita menerangi kegelapan di dalam kubur aku kelak, boleh menghiburkan aku dan tidak meninggalkan aku keseorangan di dalamnya.
(Pertanyaan Syaqiq al-Balkhiy kepada kawan baiknya, Hatim al-'Assam. Dari kitab Ya Ayyuhal Walad al-Muahib tulisan Imam al-Ghazali)
Labels: begitulah hidup, cinta
- Generasi Friendster Friday, 4 July 2008 | Komen: (0)
- Blog Hiatus Tuesday, 24 June 2008 | Komen: (5)
- Halangan #2: Cuaca Panas Wednesday, 18 June 2008 | Komen: (16)
- Tanya Tawel: Mahu berbasikal, tapi.. Sunday, 15 June 2008 | Komen: (8)
- Halangan #1: Kenderaan Melambangkan Status Saturday, 14 June 2008 | Komen: (18)
- Bercinta Dengan Basikal Sunday, 8 June 2008 | Komen: (20)
- Poster Motivasi: Edisi Minyak Thursday, 5 June 2008 | Komen: (9)
- Krisis Minyak dan Krisis Air Wednesday, 4 June 2008 | Komen: (7)
- Taliban Untuk Malaysia. Takbir!! Thursday, 29 May 2008 | Komen: (17)
- Masa dan Siapa Lagi Rasa? Tuesday, 27 May 2008 | Komen: (15)

comments error