Back to home page

Mengapa Dewan Rakyat Unik?

15 Oktober 2008 • 26 Komen Cetak Chenta!
Pada masa kini, Dewan Rakyat ada seramai 222 orang ahli parlimen (Member of Parliament, MP). Di United Kingdom, Dewan Rakyat mereka dipanggil House of Commons; yang mana buat masa ini ia dianggotai oleh seramai 646 orang ahli.

Kadang-kadang saya melihat Dewan Rakyat kita ada sedikit unik berbanding House of Commons. Dalam kebanyakkan kes, kedua-duanya memang banyak yang sama. Ini gara-gara kita sekadar mengadaptasi sistem pentadbiran yang diwariskan oleh British setelah mereka angkat kaki secara rasmi pada 1957.

Parlimen kita unik bukan kerana ia tidak menyiarkan liputan penuh perbahasan secara langsung, tetapi adalah dari segi rekabentuk dewannya. Kalau kita melihat perbahasan di House of Commons buat kali yang pertama, kita mesti tertanya-tanya, "Eh, macam ini ke Parlimen UK?"

Perhatikan gambar dari video perbahasan di House of Commons ini:


Sempoi sungguh dewannya! Mereka sekadar duduk sebelah-sebelah dan tiada tempat khusus bagi setiap MP. Jarak bagi setiap barisan kerusi di antara satu sama lain adalah agak rapat. Yang di-Pertua Dewan juga duduk sangat berdekatan dengan ahli dewan. Ia kelihatan tidak begitu formal tetapi dalam masa yang sama tetap berprestij.

Mereka juga tiada meja. MP Malaysia kalau tak ada meja, memang pening kepala mereka. Cakap sikit, ketuk meja. Cakap sikit, ketuk meja. Lain kali Dewan Rakyat perlu menggantikan meja dengan gendang bongo agar sedap sikit bunyi yang dihasilkan. Apa pun, ini bukanlah sifat buruk yang khusus kepada MP Malaysia sahaja. Saya yakin, kalaulah para MP di House of Commons ini turut dibekalkan dengan meja, pasti akan diketuknya juga apabila perdebatan menjadi semakin panas.

House of Commons yang lebih kecil berbanding Dewan Rakyat (walaupun hakikatnya jumlah MP mereka lebih besar) ini, hanya boleh memberikan tempat duduk kepada 427 orang sahaja. Ingat, jumlah keseluruhan MP ialah 646 orang. Jadi bila tempat sudah penuh, para MP yang datang lambat harus berdiri di bahagian yang berdekatan dengan pintu masuk dewan, atau di mana-mana yang mereka boleh selit:

Perhatikan yang berdiri itu. Dari video ini.


Walaupun demikian, bukan semua perbahasan akan membuatkan dewannya sesak. Ada di antaranya yang sengal seperti ini:

Sidang ini sebenarnya dilakukan pada waktu malam.


Dengan kata lain, rekabentuk House of Commons adalah sangat praktikal. Ia dibina dengan satu fakta bahawa setiap sesi perbahasan tidak semestinya akan atau wajib dihadiri oleh seluruh ahlinya. Lalu, mengapa mesti membazirkan wang untuk menyediakan tempat duduk yang khusus untuk setiap MP?

Apabila setiap MP tidak dibekalkan dengan mikrofon di tempat duduk masing-masing, ia juga boleh memupuk semangat perbahasan yang sihat. Ia mengurangkan kebarangkalian untuk terpanculnya suara murahan dan membuang masa yang tiba-tiba menyampuk dari kejauhan sewaktu sesi pembentangan usul sedang berlaku; yang kadang-kala sampukan ini tidak diketahui siapa yang menuturkannya.

Mikrofon di depan mata akan menyebabkan semua orang mahu bercakap tanpa menunggu giliran dan mengikut sunnah-sunnah Parlimen. Bila semua mahu bercakap, siapa pula yang mahu mendengar? Dan bila semua orang sudah bercakap secara serentak, mustahil sesebuah perbahasan itu akan mempunyai sebuah kesimpulan yang baik dan bernas.

Inilah dia kebaikannya apabila memberikan dua buah mikrofon sahaja yang diletakkan di bahagian meja besar House of Commons; satu untuk wakil pencadang dan satu untuk wakil pembangkang. Mana-mana ahli Parlimen lain yang ingin bertanya dan mencelah semasa sesi soal-jawab, mereka perlu berdiri terlebih dahulu dan kemudian mengajukannya tanpa bantuan mikrofon.

House of Commons juga dibina dengan menggunakan satu hakikat bahawa dua orang yang berdebat tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat jauh. Perbahasan bukan sekadar pada lidah, tetapi ia juga melibatkan bahasa badan yang mustahil untuk ditangkap sekiranya mereka yang berdebat itu duduk amat berjauhan. Sebab itulah bagi mana-mana MP yang ingin membentangkan sesuatu usul di House of Commons, mereka perlu pergi ke meja yang terdapat di bahagian tengah dewan tersebut dan bukan sekadar melafazkannya dari kerusi yang didudukinya.

Sesungguhnya, jika diukur dari aspek rekabentuk Parlimen Malaysia, kita punya memanglah lebih canggih berbanding apa yang UK miliki. Ini kerana mereka punya bangunan Parlimen sudah agak berusia. Kita punya pula masih muda; tak sampai setengah abad lagi pun usianya.

Tapi yang muda itulah yang sudah bocor bumbungnya. Nak baiki bumbung Parlimen yang bocor pun, paling kurang sudah memakan RM 12 juta beb! Kayo pakcik kayo! Ooops silap, kayo kroni JKR kayo!

Bangunan Parlimen UK pernah dijilat api pada tahun 1834. Kemusnahan yang terjadi telah membuatkan bangunan itu dibina semula secara berterusan dalam jangka masa 30 tahun. Maka sekiranya bangunan Parlimen Malaysia hangus musnah dijilat air, maka inilah nasihat saya kepada para kontraktor yang akan mendapat projek untuk membinanya semula:
Rekalah Dewan Rakyat dengan meminta bantuan pakar psikologi. Tanya dia 2 perkara: Pertama, mengapa manusia berdebat? Kedua, bagaimana keadaan persekitaran boleh mempengaruhi perjalanan sesebuah debat.
Arakian begitulah yang dimaklumkan.

26 Komen Tambah Komen↴

Sesuai dengan tajuk entri, entri ini sendiri adalah unik. Tak pernah pula terlintas di fikiran nak fikir pasal perbezaan dewan rakyat di dua negara berlainan. Sekarang, tahu lah sedikit sebanyak tentang perbezaan dewan rakyat di Malaysia dengan di UK. Kalau nak dibandingkan, macam banyak aje kelebihan UK daripada Malaysia. Hmm...

P.S. Baru nak tengok filem Primer. Baca komen orang, kalau sekali tengok, memang tak boleh nak faham. Kena tengok sekali lagi. Dan kena tahu atau faham sikit istilah atau konsep yang digunakan, baru senang sikit nak faham. Baca sinopsis macam best aje filem ni. Kalau tak, takkan boleh dapat anugerah dalam Sundance Film Festival 2004. Yang lebih mengagumkan adalah bajet untuk filem ni cuma $7000, tapi gross revenue hampir setengah juta. Dan tak ramai yang terlibat dalam penghasilan filem ni.

P.P.S. Maaf komen perenggan kedua lari dari tajuk.

PiE

bagus entry nih!
xsangka plak parlimen mereka se'sempoi' itu. Macam warung kopi, tapi stiil prestigious! (dan tidak membazir)

dah tiba masanya hentikan pembaziran baiki bumbung parlimen, dan wujudkan suasana debat politik yang lebih baik!

:)

Tanpa Nama

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaALLAH point yang bagus especially on debate skills. Bila di lihat gambar House of Common, saya jadi teringat rekabentuk dewan perbahasan u saya dahulu, lebih kurang begini saiznya. Bezanya tetap sama, ia seperti parlimen kita, cuma saiznya kecil sedikit. Maknanya lebih hebat dari House of Common (mungkin, lol)

"Rekalah Dewan Rakyat dengan meminta bantuan pakar psikologi. Tanya dia 2 perkara: Pertama, mengapa manusia berdebat? Kedua, bagaimana keadaan persekitaran boleh mempengaruhi perjalanan sesebuah debat.". Sebenar dalam pengajian kami, dua benda yang en.tawel sebutkan merupakan silibus utama dan faktor utama yang di titik beratkan, namun, bila dah keluar bekerja, semua kembali bergantung kepada kehendak clients. Well, 'client is always right'. Tema yang kadangkala boleh dikatakan 'sengal'.

good article to be consider by both parliment peoples and designers, and debaters as well :p

jazakallahu khair

Siiru ala barakatillah.

topik yang bagus dan ulasan yang bagus....kat malaysia kalau rapat macam tu alamat dah bertumbuk la.kat Malaysia rasanya hanya DUN negeri Johor sahaja yang duduk rapat - rapat macam tu.cuma ada meja kat tengan macam bilik mesyuarat.

Tanpa Nama

Salam Tuan Tawel, maklumat yang sangat berguna. Selama ini saya bayangkan di UK canggih habis, rupa-rupanya...sempoi aje. : )

Sebenarnya saya secara peribadi tidak bersetuju dengan ketuk-ketuk meja, sesekali nampak macam orang tak bertamadun pulak. : )

Pernah ada sebuah syarikat (dalam buku motivasi terbaca ni)nak majukan syarikatnya, majikan tak sediakan kerusi khas kepada pekerja. Majikan sediakan 'kerusi panas' saja. Siapa perlu menulis apa-apa boleh pilih kerusi panas yang tak berapa buah. Waktu mesyuarat semua berdiri, untuk cepatkan tamatnya mesyuarat tanpa bincang perkara yang tak perlu. Berkesan untuk syarikatnya.

WA.

Tanpa Nama

@PiE, Eden tak faham-faham lagi. Dah tengok 2 kali, tapi pening juga! Hehe. Kalau minat Primer, usha lah juga Donnie Darko.


@moja, ya memang macam warung kopi. Cuma tiada kopi yang disediakan :)


@nahwanNUR, debate skills ahli politik UK memang hebat. Kalau bagi Bush, hatta Obama sekali pun, untuk masuk berdebat dalam House of Commons, memang boleh terkucil dan tergagap-gagap mereka dibuatnya. Eh cik nahwanNUR ni macam bekas debater aje!


@Tanpa Nama, DUN Johor bolehlah rapat-rapat sebab majoritinya dari parti yang sama.


@alexanderwathern, wa'alaikumussalam. Cerita dari buku motivasi tu memang bagus. Kadang-kadang mesyuarat yang sepatutnya ringkas pun, boleh meleret-leret jadi sampai 90 minit. Pengalaman sendiri..haih.

smart la mereka..xsngke mereka bgitu rupenyer..

gud article...xsngke mreke cmtu sempoi...tu 1 faktor ker yg buat mereka lgi bersatu dn aper yg dibncng tercpai mtlmt dn smart.?? hurmmm...

Bagaimana mahu dibawa idea bagus ini ke peringkat nasional?

PS: Tuan Alexander, saya pernah menghadiri mesyuarat selama 8 jam. Nasib baik ada rehat sekejap untuk solat dan makan.

alahai lawaknya ... ingatkan semua yg dari UK tu glamer.... selekeh abis.

Kita kat Malaysia ni dah sinonim dengan kata-kata " biar papa asal bergaya"....tapi dalam bab dewan yang canggih ni keselesaan ahli dewan memang diberi keutamaan. Dek kerana selesa dan nyamannya dewan maka PM kita pun boleh terlentuk ketika pembangkang lantang menghentam.....gambar PM tido masa sidang dewan jadi koleksi sejarah negara yang paling mahal saya rasa.... issk...terasa ketara berbeza dewan di UK ngan dewan kita....hebat malaysia weh!
Tapi kan paling best masa sidang dewan ialah bila perwakilan ketuk2 meja...waaaa meriah ooo ....dan yang terbaru ialah bila berhujah depa main tunjuk-tunjuk jari kat pihak lawan ... bolehlah ukur telunjuk sapa yang paling panjang...ngeh3x

hhmmm.. mungkinkah kalaulah depa dok rapat-rapat dalam dewan akan ada yang terjolok lubang hidung terkena tundingan jari?? ntah...

Tanpa Nama

Salam...
Kecewa bila tengok wakil rakyat kita tepuk-tepuk meja. Org kata kepimpinan melalui teladan kan. Kalau dah pemimpin berkelakuan macam kanak-kanak, kanak-kanak nak berkelakuan macam mana? Bukankah kanak-kanak tu yg bakal jadi pemimpin nanti.

Terfikir jugak, bagaimana kelakuan YB di zaman awal kemerdekaan dulu. Adakah mereka pun main tepuk meja jugak?

Tapi... bagus jugak untuk mengejutkan mereka yang tidur dalam dewan, kan?

Tanpa Nama

@nur_fitrah, tak semestinya faktor rekabentuk dewan ni buat "mereka lagi bersatu dan perbincangan mencapai matlamat dan smart". Cuma boleh meningkatkan lagi kemungkinannya.


@nooreena, laa buat apa nak bawa ke peringkat nasional pada masa ni? Bangunan Parlimen tu elok lagi. Nak buat ubahsuai 100%, mahal ongkosnya. Jadi buat masa ni, aplikasikan pada mesyuarat JKKK dah ler. :)


@khamleng, sebenarnya bangsa British ni agak konservatif. Jadi mereka ni memang berusaha untuk mengekalkan tradisi dan warisan bangsa. Maka, mereka teruskan sahaja tradisi duduk rapat-rapat masa bersidang; walaupun sebenarnya mereka boleh saja kalau nak buat dewan mereka lebih gah, canggih, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kadang-kadang sifat konservatif mereka ni memang selekeh juga lah kalau difikir-fikirkan. Zaman orang di Malaysia semua sudah pakai VCD, di UK kadang-kadang masih ada lagi VHS yang dijual.


@Kak Suara, ya memang boleh mengejutkan mereka yang tidur dalam dewan; seperti mana ketukan meja oleh cikgu saya yang mampu membantutkan usaha saya untuk tidur di dalam kelas. Hehe..

"Dalam kebanyakkan kes, kedua-duanya memang banyak yang sama. Ini gara-gara kita sekadar mengadaptasi sistem pentadbiran yang diwariskan oleh British setelah mereka angkat kaki secara rasmi pada 1957."

Jika kita ikut sejarah negara-negara Barat pun, mereka ubah pemikiran @ mentaliti mereka dahulu baru berfikir cara untuk bangunkan negara. Sebab itulah mereka ada Renaissance, Reformation dll.

Lain kes dengan Malaysia, mungkin sibuk nak jadikan Malaysia negara maju, maka kita ceduk saja benda-benda yang dirasa relevan dari Barat tanpa kita pikir cara-cara untuk ubah mentaliti dulu. Sebab tulah kalau kita lihat macam ada yang tak kena saja dengan pembangunan Malaysia nih. Pak Lah pun kata:

"Tak guna kalau kita ada pembangunan infrastruktur taraf dunia pertama kalau mentaliti rakyat seperti negara dunia ketiga"

Wallahualam

Tanpa Nama

Salam Tawel,

Begitu rupanya parlimen di sana. Kalau mereka bergaduh wajib ruangan di tengah itu akan menjadi arena gusti. :)

laaaaa.... macam tu jer?

tapi nampak lebih mesra kalau duduk macam tu....

herg...

;-)

Ralat

Maka sekiranya bangunan Parlimen Malaysia hangus musnah dijilat air text
, maka inilah nasihat saya kepada para kontraktor yang akan mendapat projek untuk membinanya semula:

Tapi Tuan Tawel, sekiranya parlimen kita dijilat api dan dibangunkan mengikut acuan Palace of Westminster itu, kenalah juga berhati-hati. Takut kalau-kalau nanti ada dikalangan ahli parlimen kita yang terlampau mesra. LOL...

Tanpa Nama

@BanjarRakai, terima kasih. Tapi malangnya bukan ralat. Memang disengajakan sebab nak buat ayat tu jadi oxymoron sikit. Hehe. Tapi apa pun, ayat tu cuba memberikan amaran bahawa ancaman terbesar kepada Parlimen buat masa ini adalah air, bukannya api.

Haa..kalau takut jadi kes raba-raba, kenalah buat ala-ala gaya tempat duduk penonton di stadium bola.

Salam..

Saya merasakan walau bagaimana rupa bentuknya parlimennya, jikalau wakil rakyat yang dipilih itu memang dasar bobrok..sama..ya sama..begitu juga sistemnya..

@Ibnurashidi, salam juga.

Rupabentuk Parlimen akan tetap ada pengaruh besarnya. Contoh: Saya ada melihat satu klip di House of Commons yang mana ada seorang MP wanita melaungkan "Fuck you, fuck the system!" kepada Gordon Brown. Waktu ni keadaan dewan memang agak kalut.

Akibatnya, laungan tu jadi tak berapa jelas dan semacam diabaikan. Namun apa akan jadi kalau laungan tu dibuat melalui mikrofon?

kita suka yg besar2. juga suka yg cakap besar2. :)

Salam maaa !

Dewan rakyat Malaysia dah jadi sarkas, penghuninya macam budak-budak dan tiada moral bahasa

wah
x sangka parlimen uk camtuh
satu perbezaan yang sangat besar antara kita n mereka
bagaikan langit n bumi
tapi perbahasan malam ader x kat cni????
sy x tau la....
kalo ader ley bg tau
jealous kat form 3 n form 5 yang gi tgk perbahasan kat parlimer arituh.....
tengok gambar pon da tau parlimaen kita sangat luas
luas memerlukan mikrofon,,,,,,
kalau x....caner nak bercakap ek..
tpi yang x ley blah
caner lah bangunan parlimer yang sebegitu penting bley bocor airnya.....
...................................................................

What language is this, I am trying to translate

?

@ R.E. II, it's Malay language; the language spoken in Malaysia. If you want to use Google Translate, choose Indonesian language. Anyway if you choose that, it'll greatly blow the accuracy away. But then it's the closest you'll ever get, at least for now.

kadang-kadang terkesima melihat karenah ahli parlimen ketika bersidang.
cuba bandingkan dengan pelajar-pelajar sekolah yang diajar tertib sopan santun ketika menyertai pertandingan perbahasan... langsung tidak sama!

Tanpa Nama

tapi parlimen di perancis, scotland, turkey, austria,greek dan lain2 negara maju pun macam dewan malaysia jugak,mungkin kita yg ikut diorg. tapi british ni sebab warisan dari dulu2,so diorg nak pelihara. tapi kita yang baru nak buat ni, thats why bangunan pun megah semamcam ja. dua2 pun ada kebaikan. klau kt taiwan or hongkong klau xsilap smpai boleh baling2 kerusi lagi dalam parlimen, baikla buat macam malaysia nih.

eddy

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.