A) Tiada video, teks pun berguna juga
Baru-baru ini, antara berita hangat dari Parlimen adalah Projek Khinzir Raksasa (PKR) vs Projek Babi Negara (PBN). Namun video pertikaman lidah yang terdapat di internet adalah tidak cukup untuk memberitahu saya apakah sebenarnya yang berlaku sebelum, selepas, dan malah sewaktu ia berlaku.Dalam hal ini, saya sangat respek pada Parlimen kerana kepantasan meletakkan teks perbahasan bertarikh 12 Mei 2008 tersebut di bahagian arkibnya, yang kini memuatkan mungkin kesemua teks perbahasan semenjak tahun 1960 sehinggalah yang paling terbaru pada 15 Mei 2008. Haha, ini sumber rujukan terbaik untuk membidas mana-mana ahli Parlimen yang mungkin akan kata, "Eh, saya tak pernah cakap macam tu!"
B) Tiada siaran langsung penuh, 30 minit pun berguna juga
Kata Ahli Parlimen Rembau:Saya mendapat maklumat balas, siaran secara langsung persidangan Parlimen mulai menurun memandangkan tidak semua orang ramai yang menyaksikan perbahasan di kaca televisyen setiap hari kerana waktu persidangan berlangsung pada waktu bekerja.
(Khairy: Kaji siaran langsung Parlimen, Utusan Malaysia Online, 17 Mei 2008)
Kalau jumlah penonton semakin berkurangan, biasalah tu. Siaran langsung Parlimen tujuannya bukan untuk buat penonton melekat di depan TV, seperti mana mereka menonton soap opera. Sebaliknya ia lebih bertujuan untuk menunjukkan integriti dan ketelusan kerajaan. Lagi pun, negara mana di dunia ini yang sidang parlimennya dilakukan pada waktu malam, iaitu waktu orang sudah pulang dari kerja?
C) Tiada duit yang cukup, arkib video pun berguna juga
Kata Menteri Penerangan:Kos menyiarkan siaran langsung sepenuh hari sesi sidang parlimen dianggarkan sebanyak RM100,000 atau RM3 juta sebulan... ...Selain RM3 juta tersebut, kerajaan juga perlu membelanjakan RM9 juta untuk membayar perkhidmatan syarikat komunikasi Telekom.
Jika betul kosnya setinggi itu, maka tidak mengapalah jika siaran langsung itu dihadkan sekadar 30 minit sahaja. Namun dengan syarat iaitu seperti mana juga teks perbahasan, rakaman video penuh persidangan tersebut boleh dimuat turun dari laman rasmi Parlimen, oleh sesiapa sahaja.
Pada berita yang sama juga ada menyebut:
Sebelum ini, kementerian berkenaan, dalam satu kenyataannya, berkata RTM membelanjakan RM1 juta untuk menempatkan tiga buah kamera di dewan parlimen untuk siaran langsung.
Apa pasal mahal sangat daaa.. Letak 3 buah kamera di Parlimen pun boleh ambil kos RM1 juta? Kos pembikinan dan promosi filem Cicak Man memerlukan RM 2.5 juta sahaja kamu tahu. Lalu apa guna menghasilkan sebuah filem berkos tinggi dari Parlimen, jika tidak ramai orang boleh menontonnya?
Eh ada tak saya sebut juga bahawa kos meletakkan arkib video perbahasan sejak dulu hingga sekarang, di laman web Parlimen Malaysia akan jadi tersangat rendah jika ia dibuat dalam format .torrent?
5 Komen • Tambah Komen↴
tak pernah tahu mengenai Hansard sebelum ini. terima kasih di atas maklumat tersebut.
Sokong idea torrent tu. Cadangan lain ialah untuk meletakkan video persidangan Parlimen di YouTube :)
Salam,
ada benarnya juga en. Tawel. Kebanyakan rakyat malaysia tak tahu adnya Siaran langsung @ atau Tak mahu menonton siaran langsung tersebut. Pengaruh hedonisme lebih kuat saya kira. =D
@Hafiz238, saluran rasmi Parlimen Malaysia di YouTube? Bagus juga tu..hehe. UK dah ada, tapi tak ada video perbahasan. Cuma baru-baru ni ada perbahasan sama ada nak letak atau tak.
@Syafik, wa'alaikumussalam. Pengaruh hendonisme di mana-mana negara pun memang kuat, tapi akan ada sahaja sebilangan kumpulan yang berminat nak tonton ;)
salam tawel..saja je ni...tertarik dgn tajuk entri ni..hi..hi
ada satu lagi peribahasa yg ummph jugak le dan agak famous dikalangan guru-guru sekolah...tapi bukan guru di skolah saya ye..
'Tiada Rotan,Penampar Pun Berguna'
salam`alayk~
Entri ini membuatkan saya terfikir, berapa agaknya kos menyiarkan siaran langsung keputusan hak pemilikan Pulau Batu Puteh dari Belanda yang disiarkan hampir 2 jam semalam..?
Dunia tanpa duit.. mungkinkah?
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.