Back to home page

Panas, Proton & The Next Big Thing

24 Mei 2008 • 8 Komen Cetak Chenta!
Lupakan sebentar isu kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Putih dari segi maruah dan kedaulatan, kerana jika ia dibincangkan dari aspek pemanasan global, Singapura juga bakal kehilangan pulau yang luasnya kira-kira dua buah padang bola sepak (Berdasarkan berita NTV7, katanya begitulah. Berdasarkan Wikipedia, ia seluas 2,000 m². Maka tidak logik jika keluasannya adalah 2 padang bola kerana jika mengikut ukuran piawai, luas minimum dua padang bola = 90 m x 45 m x 2 = 8100 m²) itu beberapa dekad dari sekarang. Saya menyedari hakikat ini setelah membaca berita terkini tentang kewujudan retakan yang sangat besar di Artik.

Retak sepanjang 16 km ini bermaksud dunia sudah semakin panas dan ini bermakna akan lebih banyak ais yang cair. Lebih banyak ais yang cair, maka lebih banyak kandungan air laut. Lebih banyak kandungan air laut, bermaksud kawasan-kawasan rendah seperti Pulau Batu Putih itu akan dinaiki air yang tidak akan surut. Malah, kota-kota besar seperti London, New York dan Jakarta juga bakal tenggelam tidak lama lagi jika usaha mengawal pemanasan global ini secara proaktif tidak dilakukan oleh semua pihak.

Be afraid, be very afraid.. [Kredit foto: Global Warming Art]


Maka bagaimanakah Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil boleh membantu masalah ini? Salah satu caranya adalah dengan melakukan inovasi besar-besaran dalam syarikat Proton dan Perodua supaya menghasilkan kereta berkuasa solar, elektrik ataupun udara, yang efisien dan mampu dimiliki oleh ramai orang.

Syarikat Tata Motors dari India sudah pun menghasilkan kereta yang bergerak dengan kuasa udara termampat. Negara lain seperti Australia dan Korea juga sudah mula berfikir dan berusaha bagi mencari cara bagaimana udara boleh menggantikan minyak yang menjadi matawang dalam tamadun manusia zaman moden ini.

Teknologi kereta yang tidak berasaskan petroleum, dan tidak pula menyebabkan pencemaran alam adalah the next big thing dalam industri permotoran. Jika Proton dan Perodua cepat menyedari realiti dan peluang ini, maka ia bukan sahaja dapat membantu krisis pemanasan global, malah dapat juga bersaing di peringkat antarabangsa dengan lebih hebat lagi.

Tolonglah Proton, jangan terlalu berbangga dengan kereta Islamik pertama di dunia kerana kereta Volkswagen jiran saya sudah pun menjadi kereta Islamik yang entah nombor berapa sejak dahulu lagi. Masakan tidak, kompas Kaabah memang sudah berada di dalam keretanya. Malah drawer Volkswagennya itu pula sudah lama boleh menjadi tempat menyimpan tudung dan Al-Quran.

Melainkan kita mahu sekadar berbangga dengan sebuah kereta yang terdapat kompas Kaabah dan ada pula tempat khas bagi menyimpan Al-Quran dan tudung, maka idea saya boleh dibakulsampahkan sahaja. Eh, tapi jangan lupa masukkan ia ke dalam tong kitar semula!


Video kereta Air Car yang dihasilkan oleh MDI, iaitu syarikat dari Luxembourg,
yang akan berkerjasama dengan Tata Motors.

8 Komen Tambah Komen↴

Sudah tiba masanya Perodua dan Proton mencontohi syarikat TATA dalam mengeluarkan kereta yang lebih mesra alam..Lagipun kereta ini lebih murah dan menjimatkan..

Tanpa Nama

Salam.

Hmm...nak hasilkan kereta guna biofuel pun nampaknya macam kurang relevan dah. Saintis-saintis dah beri amaran-Countries should avoid planting crops for biofuels that stand a high risk of becoming invasive species

Guna udara ajela…blog saudara Tawel pun guna udara untuk berhembus….Proton bila lagi?

Tanpa Nama

Salam Tawel Sensei,

Ahh... penggunaan kuasa solar... satu daripada antara topik mesra alam yang menarik minat saya sejak sekian lama.
Pada pandangan saya, kita (negara Malaysia) patut berasa malu dengan negara-negara dibenua Eropah seperti Jerman mahupun dibenua Asia seperti Jepun kerana mereka begitu maju di dalam penggunaan sumber-sumber kuasa yang boleh diperbaharui ini. Masakan tidak, negara mereka menerima sinaran cahaya mentari kurang dari kita yang boleh dikatakan sinaran mentarinya menyinar sepanjang tahun. Tapi penggunaan cahaya matahari di dalam menjana elektrik di negara kita masih lagi sangat rendah. Itu belum dibandingkan lagi penjanaan kuasa dari sumber-sumber alam yang lain seperti angin dan ombak. Sekiranya kita betul-betul ikhlas di dalam membangunkan sistem kuasa solar ini, saya pasti setidak-tidaknya telah banyak lebuhraya dan jalanraya di Malaysia ini diterangi dengan lampu jalan. Sudah pasti jalan seperti Gua Musang - Kuala Krai contohnya, dapat diterangi dengan lampu jalan dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada penggunanya. Saya rasa menghasilkan lampu jalan berkuasa solar tidaklah sesusah menghasilkan kereta berkuasa solar. Keinginan dan azam yang kuat di pihak pemerintah diperlukan untuk menentukan dasar kuasa negara kerana sudah pasti ada pihak yang akan 'cedera' (dari segi kewangan barangkali) sekiranya kuasa solar (ataupun kuasa-kuasa yang lain) dipermajukan.

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam BanjarRakai. Haha, memanglah kita sekufu dalam isu ni! Idea menjana elektrik dari kuasa solar untuk kegunaan lampu-lampu jalan memang bagus. Lagi-lagi sebab kedudukan geografi Malaysia yang berada di Khatulistiwa, maka kita disinari matahari 12 jam sehari, sepanjang tahun.

Negara Jepun dan Eropah lain, yang ada musim sejuknya pun (jadi siangnya pendek), boleh memanipulasi tenaga solar dengan baik. Lalu mengapa tidak kita?

Jika kerajaan bijak, maka seharusnya kita mewajibkan projek-projek perumahan baru, supaya dilengkapi dengan panel solar supaya sekurang-kurangnya 50% penggunaan elektrik sesebuah rumah boleh dijana dari matahari. Tak syok ke kalau rumah sentiasa ada air-cond yang digerakkan dengan kuasa solar?

Dan sekarang saya sebenarnya menanti-nanti negara mana yang boleh terlebih dahulu menggunakan bahan buangan organik sebagai sumber tenaga. Ala..macam kereta De Lorean tu..
;)

Ahaks! Idea "kereta Islamik" tu memang lawak yang membuatkan aku "gelak golek²"!

...

Aku nak tahu juga, kereta yang menggunakan bahan² selain daripada petroleum ini, apakah ianya akan "selaju" kereta² petroleum. Maaflah, aku ni memang betoi² "buta" dalam bab² permotoran ni!

Sebab apa aku tanya ialah apakah berkemungkinan kereta sebegini akan alienate geng² IMPAK MAKSIMA yang seronok berdrift dan berdrag di jalanan! Mana tau penggunaan tenaga alternatif ini memberi "impak" negatif yang "maksima" terhadap prestasi atlet² ini, heheh!

Tata Motors tu kalau boleh kongsi teknologi dengan kita, menerusi NAZA, orait jugak ya?

...

Kereta De Lorean itu?! Hahaha, Sensei, bayangkan apa yang perlu dilalui oleh Dr. Emmet Brown untuk menghasilkan kereta sebegitu!

[SPOILER KECIL] Mencuri Plutonium, hampir dibunuh oleh pengganas Libya, kena guna tenaga elektrik dari kilat, sehinggalah akhirnya pada tahun 2015, barulah tercipta teknologi yang membolehkan bahan organik sebagai sumber tenaga!

Itupun, ianya hanya digunakan untuk menjanakan tenaga yang cukup untuk menghidupkan "jentera" yang membolehkan mereka merentas masa, sementara untuk bergerak di jalan, masih menggunakan enjin biasa.

Eh eh, tahun 2015? Dah tak lama dah kan? Tak sabarnya menanti! ;P

Kalau aku bagi idea buat "basikal Islamik", kau akan gelak tergolek tak? Yang mana basikal Islamik ni dilengkapi dengan bakul khas bagi meletak Al-Quran, rehal dan buku-buku agama yang lain. Maka basikal ini sangat ideal untuk budak-budak yang pergi mengaji di sekolah agama. Malah ia juga dilengkapi dengan radio mini yang sudah diset awal-awal kepada Radio IKIM. Buat pengetahuan, radio ini mendapat kuasa janaan dari dinamo basikal. ;)

Tentang laju atau tak, aku tak pasti. Tapi kalau boleh capai 100 km/jam, rasanya tu dah cukup ok. Lagipun, masa Henry Ford mula hasilkan kereta secara besar-besaran, top speed Model T pun cuma 72 km/jam. Jadi jangan expect lebih-lebih sangatlah kelajuan kereta yang guna teknologi yang masih 'dara' ni.

Haha, sama-samalah kita nantikan tahun 2015. Tapi aku dah pernah kecewa. Dulu masa kecik-kecik (lewat 80-an), ingatkan tahun 2000 nanti dah ada kereta terbang. Tapi dah 8 tahun berlalu, habuk pun tarak...

Salam Tawel,

Masa saya kerja di Proton dulu ada juga project untuk kereta hybrid (electric+petrol) dan terlibat masa feasibility study ketika itu( dalam 2 tahun lepas). Bagaimana projek itu sekarang tak tahu la pulak saya. Dengar kata projek tu pernah dibekukan sebab takde budget.Almaklumla, kalau bab2 nak buat research ni memang pakai banyak budget. Lagipun pada pandangan saya Proton lebih menumpukan penyelidikan untuk kereta yang mampu dibeli oleh rakyat Malaysia.Kalau kereta solar ke hybrid ke kos pengeluaran agak tinggi.

Nantila saya korek-korek cerita kat proton tu ada tak buat research untuk kereta yang mesra alam.

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam Mimi. Haha, bekas orang Proton ke? Cubalah korek-korek.

Research memang pakai budget. Tapi oleh sebab Proton ni adalah government-linked company, maka budget tu boleh datang dari peruntukan kerajaan. Cuma masalahnya kerajaan tak letak prioriti dalam hal ni, dan merasakan projek hantar pelawat angkasa tu lebih penting buat masa sekarang. Lebur RM 95 juta kat sini.

Dan kalau tak ada budget pun, saya boleh faham sebab kerugian Proton dalam isu MV Agusta. Tahun 2004 beli saham MV Agusta sebanyak 70 juta Euro. Dan bila dah pening-pening kepala, macam mana saham yang dibeli dengan harga semahal tu boleh dijual semula pada harga yang sangat murah?

Jadi macam mana nak ada budget untuk buat R&D? Dan benda ni berlaku 2 tahun lepas, iaitu ketika ura-ura nak buat projek kereta hybrid yang dikatakan oleh Cik Mimi tu.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.